Sunday 18 March 2012

Sifat Egoism ( Ego ) dan makhluk bernama LELAKI

Keangkuhan dan kekuatan seorang lelaki itu bisa dimusnahkan dengan kasih sayang dan  bujuk rayu seorang wanita - Annoymouse.

Gua tengah jadi photographer untuk event bowling umi gua malam tuw. Snap sana, snap sini tetiba sang mantan gua telefon. Ringkas jew perbualan kami tapi, tapi kesannya amat dalam gua rasakan.

Intipati Perbualan:

“You reti kew main bowling tu?” soal dia.

“Tak. I dah lama tak main bowling. Tak reti pun sebenarnya,” jawab gua dengan penuh ketelusan. Tersengih sorang-sorang dalam bilik kalis bunyi.

“Owh.. Ada jugak lah benda dalam dunia ni yang you tak reti sebenarnya..” balas dia semula.

Gua terkedu. Selama ni, ego sangat ke gua dengan mantan gua tu? Sampai dia boleh bagi gua tamparan hebat dengan kata-kata dia tu tadi. Maybe dia tak de niat menyindir, tapi gua sendiri yang terasa sangat. Tu  yang mendorong gua menulis entry ni. Lelaki dan sifat egonya. Dari pandangan gua la.

Lelaki dan ego tingginya

Hukum alam. Law of nature. Ibarat irama dan lagu. Ibarat charkotiaw dengan kucai. Ibarat Spongebob dengan Patrick. Tak pernah terlepas dari dikaitkan.

Gua rasa kalau gua buat survey, panggil perempuan-perempuan dari seluruh pelusuk dunia ni, dan gua tanya derang satu soalan sama pada derang – Sila sebutkan cirri-ciri lelaki ; most of derang kalau tak semua akan ade jawapan yang berbunyi EGO, dalam pelbagai pelat dan bahasa.

Tapi benarkan lelaki ego?
Benarkah ego itu buruk?
Bersalahkah lelaki yang ego?
Berhakkah lelaki untuk menjadi ego?

Bagi keempat-empat soalan diatas , bagi gua – jawapannya YA. Biar gua hurai satu persatu. Macam biasa, SnS (Short and Simple).

Ego dan Lelaki.

System Mejah. SnS. Definition EGO by Mejah.

Ape itu definisi ego lelaki pada pandangan gua?

  • Tak pernah salah dengan perempuan.
  • Tak pernah kalah kepada perempuan.
  • Tak pernah tak tahu dalam segala benda bila ditanya perempuan.
  • Tak punyai kelemahan di depan perempuan.


Nampak tak pattern dia? Jika dengan perempuan, ego lelaki akan jadi lain macam. Tapi jika lelaki berada dikalangan lelaki dan tanpa sebarang perempuan, perkataan  EGO itu hampir tak wujud dalam kamus hidup seorang lelaki. Faham?

Jika korang macam bapak gua, yang suka tengok saluran National Geographic tu,dalam dunia binatang-binatang pun, yang jantan tu akan berkuasa. Mengawal. Mengawan. Mendominasi. Dominan. Menjaga kawanan. Dengan kacaknya. Singa contoh mudahnya.

Yang gua cuba sampaikan disini adalah EGO dalam lelaki tu lumrah alam. Memang tak ley nak buang. Ego tu memang termaktub dalam jatidiri dan DNA seorang yang berkromosom XY. Terutamanya bila berdampingan dengan perempuan. Leboh-lebih lagi di kalangan perempuan yang ada market.

Reason kenapa lelaki menjadi ego?



Simple. Kerana dia mahu dia tampak gagah, hebat, terbilang di mata para perempuan. Dengan itu harga diri mereka dirasakan akan nampak tinggi, walau hakikatnya indeks menyampah perempuan yang makin meningkat pada dia. Mudah kata, mereka jadi syok sendiri sebab perasan diri sendiri bagus. Heh !

Bila masa lelaki menjadi kurang ego ?

Yes ! Muka gua masok page totallymejah ! : Timmy, 3 tahun,  warga New Zealand.

Hakikatnya, lelaki cenderung untuk merendahkan egonya untuk perempuan yang dia sayang. Sifir dia mudah saja. Gua ramai member-member lelaki gua yang tampak hebat di mata gua, tapi berubah menjadi lembu tenusu New Zealand bila bersama orang yang mereka sayang. Mereka rela menjadi orang bodoh dan dungu demi awek derang. Ape awek derang cakap, derang iakan saje. Macam kat hidung tu ada tali tambat. Tarik je,tunduk. Macam tekan clutch masa bawak keta nak masuk selekoh. Mudah benor nak dikawal.

Terkesan sungguh gua. Kene nasi kangkang hapew? (Ish.. tak baek fitnah..)

Tapi, itu mostly masa bercinta sajalah. Ramai juga lelaki yang mempunyai ego  yang rendah tetiba menggunung tinggi egonya dengan perempuan yang bersama dia setelah lama bersama. Sebelum kapel, ego rendah tahap lumut dikaki bukit. Nak eja EGO pun tak reti. Naik moto EGO pun segan-segan. But, bila lama kapel or dah kawin, ego lelaki tersebut lagi tinggi dari pokok ketapang 100 tahun atas puncak gunung Everest! Sori la, hiperbola sket.

But, benarkah ego lelaki itu tak bagus?

Skuter EGO. Bagi yangtak kenal, Gambar hiasan.Heh!

Dari segi psikologi dan kajian politik, ego itu perlu ada dalam setiap orang-baik lelaki mahupun perempuan. Dan memang sejak Tuhan mencipta manusia pun perasaan itu elah tersemat di hati umat manusia. Yang membezakan adalah tahap keegoan itu.

Ego perlu untuk mempertahankan jati diri. Maruah. Gua tak kesah kalau ada awek ajak balak dia (or vice-versa) buat something-something dekat tepi semakm depan Pavvy atau tempat sebarangan, then si pasangan dengan egonya menolak seraya berkata:

 “Sorry hunn.. apa barang buat kat sini.. Pekata u kawin ngan I elok-elok and kita buat betul-betul kat rumah kita.. Siap mummy I tolong pasangkan cadar lagi utk katil dan tilam empuk kita nanti.. Ape kelass buat benda merapu-rapu tu kat sini.. dah la tak perlu risau pepew kalau terlajak..”

See ? Ego tu perlu. Dan ciri ego itu lebih menonjol dalam diri seorang lelaki. Kerana lelaki adalah ketua dalam keluarga. Lelaki itu berhak untuk punyai ego (pada kadar yg sesuai) kerana sudah dimaktubkan yang seorang lelaki akan menanggung segala dosa isteri-isterinya, anak-anak perempuannya dan juga adik-adik perempuannya. Dan lelaki itu adalah suami anda, ya puan-puan. Diulangi, suami. Bukan balak, boyfriend mahupun tunang anda.  Getit?

So, kalau korang yang perempuan tu, ada balak yang  ego tahap merapu-rapan karutnya, sila lempang mereka.. Kekekeke~ Guraw jew.. But, memang. Hak mereka untuk ego lebih-lebih tu tak patut ada. Ego sang balak tu perlu ditunjukkan kepada sang awek , untuk menunjukkan mereka mampu memimpin dan jadi suami yang baik, faham? Bukan tak boleh. Boleh, malah jatuh hukum perlu.

Menangani lelaki ego

Humble is the new awesomeness !
Gua ada pepatah untuk hal ini.

“Setinggi-tinggi ego itu, mampu ditundukkan dengan serendah-rendah diri”

Jadi merendah dirilah. Mengalahlah dalam hal yang remeh temeh. Jika perempuan suka dipuji dari sudut kecantikan dan penampilan dirinya, lelaki pula suka dipuji dari keteramapilan dan kedominannya. Pujilah. Jangan harap orang akan puji anda jika anda tak membiasakan diri anda memuji orang.

Contoh #1:
"Pandai abey pilih movie tu tadi, sedap jalan ceritanya. Terima kasih ya abey belanja tengok movie ni."

Contoh #2:
"Betul kata u, sayang. Kemeja kotak-kotak kaler peppel ni memang seswai dengan tona kulit I. Pandai u pilihkan ! U ni terer lah !"

Contoh #3 (skill menafikan pendapat lelaki ego) :
"Darling, yang you cakap tadi tu betul. Ada benarnya. I hargai pandangan u dalam hal ni. Tapi, bukankah u rasa , kalau kita pakai plan I, it will be slightly better? Kan ?"

(Senyum sket, then picit bahu dia slow2- cair cik abam kamoo tu, tahu~)

Try banding dengan yang ni..

"Darling, apehal  plak plan dia jadi camtu? Sampah abes ! U rasa plan u tu dah cukup bagos kew? I keje dalam bidang ni dah lama, tahu! U ape tahu? Duit beli rokok pun mintak dengan I, inikan…"

(Ha.. kejap lagi terbit la scene air mata dan pinggan terbang, gado2 and kutuk2 kat FB, etc..etc..)

Pertandingan check bau mulut sape lagi busuk ! Hekhek~

Atau yang terer berkata-kata, beri mereka kiasan yang dalam maksudnya. Biar mereka fikir sendiri. Lelaki kan ade semilan akal. Mesti derang ley fikir. Alah,macam mantan gua buat kat atas tadi. Berkesan, kak !

And to ladies, katahuilah. Jikalau korang perempuan rasakan balak or laki korang tidak boleh menerima pendapat korang semata-mata kerana tak mahu maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar derang saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, derang akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin derang akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Kan?

(macam gua la. Dulu ego sangat ngan mantan gua. Sikalang, gua rasa saket dia.. Adehh~)

Analogi mudah : Macam api la. Kalau api lawan api, makin besar apinya. Ce try lawan api pakai air, akan padamlah api tu. Gitulah konsep dia.Ego vs Ego sampai kiamat pu n tak abes. Kenalah salah sorang beralah. Amat rare tahu lelaki beralah kepada perempuan. So, hargailah jika ia berlaku, ya puan-puan. Ye dak? 

Tak perlu mengadu nasib lebih-lebih di wall FB. Kita kan ada yang Maha Mendengar.  

Dan selalulah berdoa pada Tuhan agar si dia akan merendah diri dan bertoleransi. Kalu doa tu didoa dengan ikhlas, Tuhan akan makbul. Percayalah.

Sekian saja entri gua kali ni.  Thanks sebab sudi baca, komen2lah apa yang patut. Gua just gtaw apa pendapat gua. Maybe banyak benda gua terlepas pandang. Gua pun orang biasa gak. Banyak kelemahan. Hopefully, entry ni bermanafaatlah bagi korang.

************************************************************

Bye bye Fellas.. I need to start working again. Nak simpan duit, Balik nanti nak kawen. Sape nak kawen ngan gua? Kekekeke~  
BTW, gua akan kembali ke laut. Sambung kerja balik. Maybe end of Sepember baru gua balik Mesia balik. So, maybe ni entry terakhir gua buat masa nie. Harap korang enjoy la hasil tulisan gua selama ni.

Take care and wassalam.

This is Mejah. Out.

Tuesday 13 March 2012

Ibu Anda VS Awek Anda ( Dilemma seorang lelaki)

Kalo berbicara bab mertua, memang  orang Mesia tak lepas punya teringat cerita ni. Punyalah power abang P.Ramlee tu kan?


Hari itu sudah beransur petang. Burung-burung berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Itek-itek mula beratur dan berduyun-duyun pulang ke reban. Matahari makin tenggelam di ufuk barat, menghadiahkan umat manusia panorama yang indah, khusus bagi mereka yang suka mengagumi kejadian alam milik Tuhan.


Mak Sikin termenung jauh. Sulaman manik yang sedang dia usahakan itu terhenti seketika. Jari jemarinya yang sudah dimamah usia itu tidak lagi menari-nari seperti tadi. Dia menaggalkan cermin mata usangnya itu. Tekaknya berasa pahit. Dia menghela panjang nafasnya. Tubuh dan fikirannya berasa amat letih. Benar, ada sesuatu yang membelenggu kotak fikiran Mak Sikin sejak pagi – berkenaan Asfarina, calon menantunya.


Awal siang tadi, anaknya Sabil menelefon Mak Sikin yang baru selesai solat Dhuha. Baru semalam Sabil pulang dari bertugas di platform minyak di pesisir pantai Sarawak. Dua minggu sudah dia di lautan. Panggilan Sabil untuk bertanya khabar dan melepas rindu kepada bondanya. 


Sesudah bersembang tentang pelbagai perkara, tiba-tiba Sabil memberitahu bondanya sesuatu yang mengejutkan. Ibu bapa kepada Asfarina, kekasihnya mahu berjumpa Mak Sikin pada hujung bulan ini. Berjumpa untuk berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dalam masa terdekat.


Gua pun kekadang camni gak. Time busy. But, kekadang jew. Bukan selalu. Gua kan sopan, heh !


“Umi. Mak ayah Asfarina nak jumpa Umi. Mereka akan datang ke KL dari Sarawak pada hujung bulan ini,” kata Sabil, lembut dan sopan. 


“Kenapa mak ayah Asfarina nak jumpa Umi?” soal Mak Sikin,kehairanan. Berdegup kencang jantungnya.


“ Mak ayah dia nak berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dengan Umi,” balas Sabil, dengan rasa bersalah dan berbelah bahagi.


“Allah ! Biar benar !” tempik hati tua Mak Sikin. Terasa dunianya berhenti berputar seketika.


“Habis tu? Apa kata Sabil?”tanya Mak Sikin lagi, dambakan kepastian Sabil. Sekelumit pun tak dia jangka bahawa Sabil akan benar-benar merancang untuk mengahwini Asfarina.


“ Sabil tak tahu. Sebab Sabil memang bercadang nak berkahwin dengan Asfarina. Cuma, Sabil rasa sekarang bukan masanya,” jelas Sabil.


“Sabil. Umi tak kisah bila Sabil nak kahwin. Tapi, betul ke Sabil nak kahwin dengan Asfarina tu? Sabil kan tahu Umi tak berkenan dengan dia sebagai menantu Umi,” balas Mak Sikin, dengan sedikit tinggi nada suaranya. 


Memang Sabil tahu yang Mak Sikin memang tak berkenan akan Asfarina. Terlalu banyak beza antara mereka berdua. Memang tak ada satu sifat pun pada Asfarina yang dapat mengambil hati Mak Sikin. Dari empat ciri-ciri wajib calon menantu anak-anak Mak Sikin tetapkan dari awal,hanya dua saja yang dipenuhi oleh Asfarina. Jangankan nak lulus, short-listed pun tak lepas !


Ya. Asfarina berbangsa Melayu. Tapi bukan Melayu Kelantan seperti yang Mak  Sikin dambakan. Ya, Asfarina mempunyai adik beradik yang sedikit, tetapi Asfarina tidak tinggi, berbadan katik malahan tidak cantik di mata Mak Sikin. Mana mungkin dia merelakan anak lelakinya yang sulung ,tampan dan berkerjaya besar itu memperisterikan Asfarina yang tak cukup syarat itu !


Ni lah calon menantu yang Mak Sikin cari gamaknya. - Melayu. Kelantan. Adik beradik tak ramai. Dan bukan bertubuh katik. Gua search "awek kelantan Pasir Mas", gambar awek ni keluar. Nasib baik tak keluar nama Neelofa, kan?


“Sabil tahu, Umi. Tapi Sabil sayang dia..” balas Sabil dengan rasa salah.


“Sabil. Kalau Sabil tetap nak berkahwin dengan Asfarina, Umi dah tak ada seorang anak bernama Sabil, tahu !” kata Mak Sikin memberikan amaran pada Sabil. Sekonyong-konyongnya, tak rela dia kehilangan putera sulung yang dia sayang dan bangga-banggakan kepada gadis kecil molek itu.


“Umi, yang Sabil sayang..” Sabil mula menyusun kata. Mahu benar dia memujuk bonda dia yang dia sanjung itu. Dan dia juga tak mahu Asfarina kecewa di penghujung episod cinta mereka.


“Cuba Umi bayangkan Umi ditempat Asfarina. Tahun ni dia dah berumur 25 tahun. Ahli keluarga dia dah bertanya  bila dia akan kahwin dengan Sabil. Kalau Sabil putus dengan dia, dah tak ada orang lain yang sanggup kahwin dengan dia. Umi juga cakap, dia tu tak cantik,”


“Umi kan seorang  perempuan. Tentu Umi dapat rasa apa dia rasa. Sabil dah lama berkawan dengan  dia. Dah lalui macam-macam pengalaman dengan dia. Sebelum Sabil berjaya seperti hari ini, dia dah wujud dalam hidup Sabil. Masa Sabil masih budak yang tak ada apa-apa, dia yang ambil Sabil. Sabil tak pernah ada orang yang betul-betul pedulikan tentang Sabil selain Asfarina”


“Cuba Umi letakkan Umi dalam jiwa wanita Umi. Sanggupkan Sabil pergi pada Asfarina dan katakan pada dia, “Kita putus. Umi saya  tak suka awak sebab awak tak cantik” ? Umi, Sabil tak pilih isteri Sabil berdasarkan rupa. Kalau sebab rupa semata-mata, sampai bila-bila pencarian Sabil tak akan habis, Umi.”


Mak Sikin hanya berdiam diri. Tak mampu untuk dia berkata apa-apa. Dia cuba meresap hujah-hujah Sabil.


Ce teka ni sapew? Ha.. Ni awek pun awek Kelantan jugak.  Cik Puan Temenggung  Kelantan .  Cun seyh ! Kalu awek ni ngorat Sabil, gua tataw Sabil nak kan dia ke tidak. Korang rasa ?


“ Ramai perempuan yang cantik mahu berkenalan dengan Sabil. Pegawai tinggi. Model. Eksekutif. Ada juga yang kawan-kawan Sabil perkenalkan pada Sabil macam-macam perempuan. Semua Sabil tak mahu. Satu-satunya yang sentiasa ada di fikiran Sabil adalah Asfarina, Umi..”


"Lagipun, si Asfarina tu dia bukan berkawan sangat dengan orang lain. Dia tak ada perangai buruk lain Umi. Dia tak liar. Tak ada perangai dan peel yang tak senonoh. Dia tak kacau orang. Dan macam Umi jugalah, suka pada kucing. Jiwa penyayang,"


“Sabil pun dah cukup rapat dengan keluarga dan ayah Asfarina sendiri. Umi pun tahu, ahli keluarga Asfarina orang yang baik-baik. Jika Umi tak restui perkahwinan Sabil dan Asfarina, Sabil akan malu berdepan dengan mereka Umi,” jelas Sabil dengan tenang dan penuh rasa hormat pada Mak Sikin. Mahu benar dia mendapat green light dan restu bondanya itu.


Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak. Rambut tak putus. Itu niat hati kecil Sabil yang tak mahu keadaan keduanya bertambah keruh.


Sedikit demi sedikit, hati wanita Mak Sikin tersentuh dengan kata-kata Sabil. Barangkali Sabil ini mewarisi kelebihan bapa dia yang pandai memujuk hati perempuan itu. Sungguh. Anaknya itu suka pada Asfarina yang kecil molek itu. Sayang dengan sebebar-benarnya. Mungkin tak ada apa lagi yang mampu dikatakannya pada Sabil.


"Kalu baby tu hensem, sebab bapak dia hensem. Kalau baby tu cantik, sebab mak kepada bapak dia cantik " - Sabil.


“Nanti kalau Sabil kahwin dengan dia, cucu Umi kan jadi tak cantik sebab ibu dia tak cantik,” kata Mak Sikin,nada bersenda dengan Sabil.


“Aah.. Mana ada Umi. Mesti lawa sebab bapak dia hensem  dan nenda dia lawa ,” balas Sabil selamba,disertai gelak kecil.


“Jadi, boleh lah Umi,ya?” sambung Sabil pendek.


“Erm..” balas Mak Sikin dalam-dalam. Di pelusuk lubuk hati dia, Tuhan saja tahu betapa banyak ketidak sanggupan harus dia ketepikan untuk melafas kata setuju yang sepatah itu. Pengorbanan seorang ibu , bukan dari fizikal sahaja. Tapi soal hati dia sendiri terpaksa dia nafikan untuk melihat putera yang cukup dia sayang menikmati secebis kebahagiaan . 


Restu dari seorang ibu. Itu sangat besar, tahu !


*****************************************************************


" Ya, benar. Saya pernah bercinta dengan seorang blogger. Dia bukan artis, dan  dia orang Klatey " - Neelofa, pengacara Nona. 


Salam Satu Mesia !


Gua kembali menulis entry ala-ala menyentuh perasaan ni. Bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman gua bersama semua rakyat Mesia yang mungkin punyai masalah yang sama- pasangan tak mendapat restu dari ibu bapa utk berkahwin.


Masalah engkorang mungkin tak sama. Tapi, yang gua cuba sampaikan adalah berdiplomatiklah dengan ibu korang. Jangan kecewakan hati orang tua kita.


Macam Sabil, dia tahu Umi dia tak suka si Asfarina itu,jadi dia dengan perlahan-lahan dan dengan sopan menyentuh hati Umi dia. Umi dia juga seorang perempuan- yang punyai hati yang lembut dan mudah tersentuh jika kena caranya. Jangan lah sebabkan awek , kita bermusuh dan membenci ibu kita sendiri. Ingatlah, ke mana pun kita- hakikatnya kita tetap akan pulang ke ibu kita.






Di situ asal kita. 


If korang ada benda nak share,sudi2kan lah komen. 


This is Mejah. Out.





Wednesday 7 March 2012

KONY 2012 : Fakta Yang Korang Mungkin Tak Tahu (Hidden Facts)

KONY : Fakta terselindung yang mungkin anda tak berapa nak tahu


Siri Penjelasan Mudah Dari Kaca Mata & Kata Mulut Mejah


KONY ya.. Let see what you think about the organisation after reading this article.




Salam Satu Mesia.


Gua kembali lagi untuk menulis entri yang tak berunsur fiksyen cinta yang meleret-leret tu. Hari ni kecoh pasal KONY kat internet, FB, Twitter, BBM, Youtube dan sepupu sepapat dengan mereka. So entri ni berdasarkan research dan fakta nak bagi korang semua faham apa itu fenomena KONY ni.


Sejujurnya, gua dah jangka benda ni akan feymes dan trending dalam masa 2-3 hari ni. Citew nye camni. Gua tengah syok layan YouTube, tengok kereta Mercedez yang boleh tukar-tukar kaler dan jadi invisible (boleh ghaib). Tetiba, kat ruangan komen tu ramai plak makhluk2 yang suggest “Search KONY 2012”.


Bila gua search “KONY 2012” kat YouTube plak, berlambak-lambak video fresh (just uploaded 2-3 hours ago) dari seluruh dunia yang bercakap mengenainya. Dalam masa kurang beberapa jam saja, KONY menjadi trending dalam Tweeter bagi region Malaysia dan seluruh dunia.


So. Ape sebenarnya KONY ni?


Sejenis makaroni kah? BUKAN.
Akronim baru yang sepupu sepapat dengan LOL atau ROTFL kah? PUN BUKAN.
Nama boyband baru kah dari Indon atau K-POP Korea kah? PUN BUKAN JUGAK.
Single baru Maher Zain kah? Bukan. Salah sama sekali.


KONY? First time gua dengar, gua ingatkan lembu dalam citew kartun Connie The Cow. Kakaka~


Biar gua jelaskan. Slow-slow gua explain kat engkorang ape dia KONY tu. Also, the hidden facts behind this project. Something yang agak shocking. 


Fast Facts:
"Joseph Kony (a.k.a Kony) adalah pemimpin kumpulan gerila (LRA) di Uganda yang turut menggunakan kanak-kanak sebagai tentera beliau. Kempen untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang jenayah yang Kony lakukan dinamakan KONY 2012 project."


Sebenarnya, KONY, KONY 2012 project, STOP KONY adelah merujuk kepada benda yang sama. Secara mudahnya, ia adalah merupakan suatu kempen untuk masyarakat dunia menyekat dan menghukum Kony.


Pergerakan kempen ini telah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Invisible Children.


Lets keep it short and simple (SnS)


Siapakah Kony ?


"Tadaa~ Gua lah Kony yang korang sebut-sebutkan tu. Kacak tak gua?"


Joseph Kony (a.k.a Kony) merupakan ketua pergerakan gerila di Uganda, sebuah negara di Afrika. Pergerakan kumpulan ini dinamakan LRA (Lord’s Resistance Army- Tentera Penentangan Tuhan ). Tujuan penubuhan LRA ini adelah untuk membentuk sebuah kerajaan theokratik Kristian (kerajaan yang berasakan agama dan menolak demokrasi) di Uganda. Dalam LRA, mereka mengganggap Joseph Kony sebagai utusan Tuhan dan Tuhan menyampaikan mesejNya secara direct kepada si mamat Kony ini.

Secara dasarnya, Kony mengatakan bahawa dia sedang memperjuangkan undang-undang Tuhan (Ten Commandments) dan agama Kristian. Kira dia claim dia tak salah la dalam perjuangan dia.


So, kalau orang tanya Kony tu amende, korang tau la camne nak jawab dengan panjang lebar, ye dak? 


Untuk merealisasikan matlamat dia, usaha yang dilakukan oleh Joseph Kony ini adalah untuk mengumpul orang yang sanggup menjadi bala tentera beliau (LRA). Untuk itu, selain orang dewasa beliau telah menculik dan memaksa kanak-kanak lelaki menjadi askar LRA. Kanak-kanak perempuan pula dijadikan hamba seks. Orang (termasuk kanak-kanak) yang tanak ikut cakap dia akan di bunuh dengan serta merta. Dianggarkan,  terdapat lebih kurang 66 ribu kanak-kanak telah menjadi askar kepada dia dan dianggarkan setakat ini askar-askar Kony ini telah pun membunuh sebanyak 2 juta nyawa.


Kony sebenarnya sedang diburu atas kesalahan dia oleh US Treasury Department ( Jabatan Bendahari (??) Amerika) dan telah pun di senaraikan sebagai Specially Designated Global Terrorist ( Pelampau Antarabangsa Yang Dikhaskan). Namun. sehingga hari ni beliau masih belum dapat ditangkap.


Faham takat ni? Bagus.


So, ape kaitan dan kena mengena masyarakat dunia dengan fenomena gelobal ni, KONY 2012 ?


Kempen KONY 2012. Heh~


Bersangkutan dengan perkara diatas, tentera US telah pun dihantar ke bumi Uganda untuk membantu penduduk dan askar-askar tempatan Uganda. Namun, penghantaran mereka ke sana bukanlah untuk menangkap Jospeh Kony tetapi sekadar untuk memberi maklumat, nasihat dan bantuan ketenteraan, tetapi bukan untuk berperang dengan tentera LRA, melainkan jika mereka di serang.


Jadi, terdapat segelintir masyarakat US yang merasa diri mereka terpanggil untuk membantu masyarakat Uganda. Mereka mahu pihak kerajaan US membuat usaha yang lebih keras ke atas penangkapan dan pendakwaan ke atas Joseph Kony. Mereka mahu kerajaan US jadi lebih drastic, lebih ganas, lagi gempak dalam menangani hal ini ! 


Jadi segellintir masyarakat ni telah menubuhkan pegerakan yang dipanggil “Invisible Children.” Mereka mahu masyarakat dunia lebih tahu siapa dia Joseph Kony ni. Mereka mahu dunia sedar apa yang Joseph Kony sedang lakukan. Thus, mereka pakat menyarankan kita menyokong kempen menentang Jospeh Kony dengan pakat menyebar dan mengkenalkan kepada dunia siapa Joseph Kony ni. Dan mereka mahu Kony ditangkap dan dibicarakan pada tahun 2012.






Kat atas ni video asal dia. Okay. Oleh Invisible Children. (Tengok, supaya lebih faham)


Projek KONY 2012 ini termasuklah pengumpulan dana untuk pergerakan ini, penyebaran video,penampalan poster dan banner,perhimpunan awam, hebahan di FB, Youtube dan Twiter - bertujuan mempopularkan Jospeh Kony dan untuk masyarakat dunia tahu tentang jenayah yang dia lakukan. Diharapkan, dengan semakin ramai orang faham dan kenal siapa itu Joseph Kony,masyarakat akan mendesak pihak kerajaan US untuk menyelesaikan isu ini dengan lebih serious.

Kat atas tu, gua kasi link video dia untuk lebih faham. Tapi, kena baca artikel ni sampai abis. Ada Fakta Terkejut yang patut anda tahu dan share.


 Special Features : Fakta Terkejut ! OMG!


Setel satu bab. Tapi, after Mejah investigate, ada benda yang mengejutkan yang Mejah jumpa. Biar Mejah share. Hehe~


 Fakta terkejut # 1:


"They are compatriots, not children" -Joseph Kony


Pada tahun 2006, Joseph Kony sebenarnya telah bertemu dan berunding dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Uganda tentang peperangan pihak LRA dan kerajaan Uganda. Namun, menurut dia, dia tak perlu didakwa di mahkamah antarabangsa kerana dia tidak melakukan apa-apa  kesalahan.


Kony juga mendakwa yang dia tidak mempunyai  kanak-kanak dalam angkatan tentera nya. “Yang ada hanyalah pejuang-pejuang ,bukan kanak-kanak,"  kata Kony secara selamba kepada pihak wartawan antarabangsa, Reuters.


Fakta terkejut # 2 :Kekejaman Kony


Salah satu mangsa kekejaman Kony. Terdetik rasa sayu seketika~


Kony dilaporkan menggunakan kanak-kanak sebagai askar LRA. Untuk menjadi askar LRA, kanak-kanak teersebut akan disuruh membunuh ibu bapa mereka sendiri; dengan itu mereka akan menjadi tentera LRA seumur hidup kerana mereka sudah tiada tempat bergantung lain lagi. Setelah diculik, kanak-kanak ini akan di suruh menjadi hamba untuk membawa barang-barang pihak LRA dan apabila kanak-kanak itu sudah letih dan tak mampu bekerja lagi, kanak-kanak itu kan ditinggalkan seperti sampah sahaja atau lebih terok lagi, dibunuh.


Kony juga akan menjadikan kanak-kanak itu sebagai umpan di barisan hadapan (yang kadang kala tak bersenjata) ketika pihak LRA bertempur dengan askar Uganda. Kanak-kanak perempuan pula akan dijadikan “isteri” tentera-tentera beliau . Kepada mereka-mereka yang bermasalah dan tak mendengar kata pula akan dicederakan, dicacatkan mahupun dipotong telinga, bibir dan hidung, kemudian dipaksa untuk memakan daging mereka sendiri.

Fakta terkejut #3 : Duit & Duit & Duit oleh Pergerakan Invisible Children


A Kony 2012 action kit pack. I mean, seriously guys?  You actually pay for these?




Gua akui niat murni pihak Invisible Children ni bagus. Dan video tu pun amat menyayat hati. Tapi, itu sajalah. Lepas gua dedahkan ni, mungkin fikiran korang akan mula rasa tak berapa senang tentang pergerakan ini.


First of all, menurut satu sumber, orang lelaki yang buat video tu telah pun dibayar  $90,000 setahun, (itu adelah sebanyak RM24000 sebulan jika korang pakai rate 3.2.) Dan jumlah duit itu tidak termasuk kos lain – barang2 filem, barang2 edit video, atau kos perjalanan dan tempat tinggal semasa beliau travelling (perjalanan di Uganda dan sekitar US tempat beliau promo kempen beliau). Semua kos itu telah ditanggung oleh dana Invisible Children.


Some website already declared Invisible Children as SCAM. Up to you to think its a charity program or the other way around. Kebajikan ker? Apsal untung banyak sangat?


Fast Facts :
Bayaran pampasan Kepada Kakitangan Invisible Children (2011)


· $88,241 | 0.99% | Ben Keesey - CEO
· $89,669 | 1.00% | Jason Russell - Co-Founder/Filmmaker
· $84,377 | 0.94% | Laren Poole - Co-Founder/Filmmaker


Jom kita tengok dari sudut lain pula.


Laporan Kewanagan Invisible Child (2011) (dalam USD)


Revenue (Perolehan)
· Jumlah Sumbangan                       : $10,334,060
· Program Pendapatan Perkhidmatan : $3,423,351
· Jumlah Perolehan                         : $13,757,411
· Perolehan Lain                             : $7,769
· Jumlah Perolehan                         : $13,765,180


Expenses (Perbelanjaan)
· Perbelanjaan Program                   : $7,163,384
· Bayaran Administratif                   : $1,444,570
· Bayaran Kempen Sumbangan         : $286,678
· Jumlah Perbelanjaan                    : $8,894,632


Bayaran kepada pertubuhan $0 


Pendapatan (Atau kerugian) sepanjang tahun: $4,870,548


Aset Bersih: $6,584,811


Banyaknya duit derma !!!  Tapi, tak habes lagi. 


Mengikut satu sumber lain pulak, dari $8.9 juta yang mereka belanjakan pada Tahun 2011, berikut adalah pecahannya:


· $1.7 juta kepada bayaran gaji pekerja mereka
· $357,000 dalam kos filem tersebut ( 30 minit tu)
· $850,000 dalam kos produksi
· $685,000 dalam kos barang-barang komputer
· $244,000 dalam servis special ( melobi politik )
· $1.07 juta kepada perbelanjaan perjalanan
· $400,000 sebagai bayaran sewa pejabat derang dkt San Diego
· $16,000 dalam kos hiburan dan lain-lain.


Hanya sebanyak 2.8 juta Dollar saja (31%) sahaja akan berjaya sampai kepada program kebajikan mereka  (yang seterusnya akan di ambil bahagiannya pula oleh pihak pengurusan di Uganda,)- berapa ringgit sangat yang budak-budak tu sebenarnya dapat? Cepikir..


Meaning to say if korang sedekah singgit untuk KONY 2012, dapat dekat orang sana 30 posen sahaja. Okey tak? (>___<)


Okey la tiga posen. Boleh beli ais krim LOLLY PONG apa? Alah, ais krim batang yang bole patah dua tu !


Jika itu tidak cukup untuk menghairankan anda, mereka juga enggan bekerjasama dengan Better Bussines Bureau (badan bertanggungjawab dalam ketelusan sesuatu perbadanan), menjadikan ketelusan mereka diklasifikasikan sebagai rendah oleh Charity Navigator (badan yang menguruskan laporan kewangan badan kebajikan), serta dikaitkan dengan penipuan. HuffingtonPost ada melaporkan ia di sini (klik).


Jadi, pesan gua. Korang nak sebarkan video tu silakan. Nak print poster dan sahut cabaran dalam video tu silakan. Tapi, kalau korang rasa nak bagi sumbangan pada Invisible Child, either bagi sumbangan keewangan or beli action kit derang, just think dua tiga kali. Lagi pun, tu kan hak korang. bukan duit gua. Be reasonable, okay?


Spread the words. Stop Kony. Semoga dia akan berjaya dibawa ke muka pengadilan. Do some research if you need to regarding the issue. Jangan pakai tengok, percaya bulat-bulat dan pakai sebar tanpa sebarang research.


Wei.. Jangan tenung awek gua lama-lama. Gua saman kang ! Saje letak gambar Neelofa. baru korang tak stress sangat.


The choice is yours.


This is Mejah. Out. Thanks for dropping by and reading.


Eh.. Kejap... Sape mamat dalam bulatan belakang dia tuh?? Cam kenal jew kan? Bukan mamat Kony kew tu?  Klik link untuk gambar lebih besar dan lebih terkejut 




*************************************************************


Okey. Mungkin korang rase gua tipoo korang. Bawah ade link yang best yang gua jumpa.Termasuklah penyata akaun Invisible Child. Kalu rajin, checklah. Dan betulkan gua kalau gua ada salah cakap or salah baca. Ok?


Peace.


Link references:



Sunday 4 March 2012

Aku Bukan Kasanova : What's Done Is Done. Goodbye. (Pt. 6)

I wish I could have gone out dating with you wearing this kinda "kotak-kotak" shirt or a plain baju kurung once.  You should look awesome in those outfits. Thanx Shila coz jadi model kejap. 



"Ini pengakhiran buat kita. Aku mahu terus berlari. Mengatur langkah meninggakan kamu demi masa depan." :: Intro ::


Pernah dulu aku menghentikan langkah aku sejenak untuk menoleh kebelakang untuk melihat kamu. Aku berhenti seketika untuk menghulurkan tanganku padamu. Mahu menjalin semula rasa cinta antara kita yang pernah mekar. Ingin kembali ke masa engkau masih menjadi segala-galanya bagiku.


Benar. Aku pernah menghancurkan hati kamu. Nyata aku amat kejam. Cukup aku kesali tindakan aku itu. Mungkin itu keputusan yang paling bodoh aku buat selama hampir 24 tahun aku bernafas di bumi Tuhan ini. Air mataku hampir tertumpah setiap kali aku mendengar orang menyebut namamu atau terlihat gambar wajah orang seiras kamu.  Memang benar. Aku merasa tidak sempurna sejak aku kehilangan diri kamu.


Tatkala aku mengenangkan kamu yang sudah bersama insan lain sekarang, aku menjadi tidak keruan. Dengki sungguh aku kepada dia kerana dia memiliki kamu yang pernah menjadi duniaku. Dan tiap kali kamu mempertahankan dia sewaktu kita saling bercakaran, hati aku luluh. Lebur. Ia cukup menyakitkan apabila kau memberitahu aku yang sayang kamu sudah menjadi milik dia. Terasa seluruh dunia terhenti seketika bila bibir indah kamu mengucap kata itu.


Benar kata kamu. Tatkala aku berjauhan dari kamu, lelaki itu yang berada di sisi kamu. Dia yang mengesat air mata kamu yang aku tumpahkan itu. Dia juga yang mengembalikan senyuman di wajah menawan kamu itu suatu masa dahulu. Dia jugalah yang mengisi kekosongan di hati kamu yang aku tinggalkan. Dia penyelamat kamu. 


Dan aku telah kembali . Untuk mengambil semula tempat aku di hati kamu. Aku ketepikan ego aku. Menjilat semula ludah aku pada kamu. Membetulkan kembali apa yang tak seharusnya binasa. Mengembalikan keintiman yang pernah wujud antara kita. Mengulangi semula kenangan dan perasaan yang indah dalam hidup kita. Mengotakan janji yang aku akan memperisterikan kamu dan menjadi bapa kepada anak-anak kamu. Mencipta syurga dunia kita berdua.


Tetapi kamu enggan. Dan aku faham tindakan kamu walau aku sangat membenci keputusan itu. Aku harus akur. Aku sudah tewas pada dia.


Cukuplah sekali kamu mempercayai aku dan aku menghampakan kamu. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersemat rapi di hati kita. Kamu mungkin mimpi paling manis dengan pengakhiran yang paling menyeksakan.


Aku mengucapkan selamat tinggal. Semoga kamu berbahagia dengan dia. Akan aku bawa hati yang remuk ini kepada insan lain yang mampu menghiasinya seperti kamu hiasinya dengan cinta dan kesetiaan kamu suatu masa dulu. 


Meskipun aku bakal merindui senyuman manis dan kegembiraan tawa hilai kamu, aku akan buang perasaan itu jauh-jauh. Aku akan timbus rasa rindu itu dalam-dalam di bawah bumi. Harapnya aku cukup kuat untuk semua itu.


Dan aku tidak pernah merasa kesal tidak pernah menjamahi tubuh kamu. Itu hak suami kamu. Itu juga pinta kamu pada aku.


I'm letting you go. Thanks for all those beautiful memories that we had.  I'm gonna treasure it.


Sudah terlalu lama aku mengharapkan kembali cinta kamu,
Sudah berbakul kata-kata benci mulut kita hamburkan ,
Sudah berkontena janji-janji kita aku palsukan,
Sudah lesu kelenjar air mata kamu bertitisan,
Sudah perit tekak kita saling bertempikan,
Sudah jemu dan jelek telinga kamu mendengar pujukan,
Sudah banyak rasa sayang, kasih dan rindu yang kita persiakan,
Hanya tinggal satu saja yang dapat aku katakan .


Yang sudah tu, sudahlah.


Selamat tinggal, you. Insan yang pernah sepenuh hati aku sayang.


Aku harus kembali berlari. Perjalanan aku masih jauh.  Jika kita bertemu kembali suatu masa nanti, tak ada apa lagi yang perlu aku lafazkan kembali.






Biar ukiran cinta kita di pasir pantai itu perlahan-lahan hilang dimamah ombak.


P/S : Entri ini ditulis sambil melayan perasaan dengan lagu Patah Seribu – Shila Amzah.




*************************************************************************

Tamat entri jiwang nih.  Nanti gua free gua tulis lagi.


Pesan gua, yang putus cinta tu dan still tak boleh nak let go and move on, gua ade petua.


Lu orang bayangkanlah ex lu tu dah mati. Dah dengan selamatnya di timbus dalam tanah. Tak usah nak pikir sangat dah barang yang dah lepas. Tak payah di YM atau bertweeting lagi. Tak payah di call atau mesej. Tak payah nak gi stalk FB dia even dia dah remove korang. Anggap jew dia dah takde. Bila korang dah rasa ok dah, kontek la dia balik. Tanya khabar. Selagi tak ok, jgn kontek, faham. melainkan emergency atau benar-benar penting.


Sounds kejam. But it work. Good luck. 


This is Mejah. Out.