![]() |
| Kalo berbicara bab mertua, memang orang Mesia tak lepas punya teringat cerita ni. Punyalah power abang P.Ramlee tu kan? |
Hari itu sudah beransur petang. Burung-burung berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Itek-itek mula beratur dan berduyun-duyun pulang ke reban. Matahari makin tenggelam di ufuk barat, menghadiahkan umat manusia panorama yang indah, khusus bagi mereka yang suka mengagumi kejadian alam milik Tuhan.
Mak Sikin termenung jauh. Sulaman manik yang sedang dia usahakan itu terhenti seketika. Jari jemarinya yang sudah dimamah usia itu tidak lagi menari-nari seperti tadi. Dia menaggalkan cermin mata usangnya itu. Tekaknya berasa pahit. Dia menghela panjang nafasnya. Tubuh dan fikirannya berasa amat letih. Benar, ada sesuatu yang membelenggu kotak fikiran Mak Sikin sejak pagi – berkenaan Asfarina, calon menantunya.
Awal siang tadi, anaknya Sabil menelefon Mak Sikin yang baru selesai solat Dhuha. Baru semalam Sabil pulang dari bertugas di platform minyak di pesisir pantai Sarawak. Dua minggu sudah dia di lautan. Panggilan Sabil untuk bertanya khabar dan melepas rindu kepada bondanya.
Sesudah bersembang tentang pelbagai perkara, tiba-tiba Sabil memberitahu bondanya sesuatu yang mengejutkan. Ibu bapa kepada Asfarina, kekasihnya mahu berjumpa Mak Sikin pada hujung bulan ini. Berjumpa untuk berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dalam masa terdekat.
![]() |
| Gua pun kekadang camni gak. Time busy. But, kekadang jew. Bukan selalu. Gua kan sopan, heh ! |
“Umi. Mak ayah Asfarina nak jumpa Umi. Mereka akan datang ke KL dari Sarawak pada hujung bulan ini,” kata Sabil, lembut dan sopan.
“Kenapa mak ayah Asfarina nak jumpa Umi?” soal Mak Sikin,kehairanan. Berdegup kencang jantungnya.
“ Mak ayah dia nak berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dengan Umi,” balas Sabil, dengan rasa bersalah dan berbelah bahagi.
“Allah ! Biar benar !” tempik hati tua Mak Sikin. Terasa dunianya berhenti berputar seketika.
“Habis tu? Apa kata Sabil?”tanya Mak Sikin lagi, dambakan kepastian Sabil. Sekelumit pun tak dia jangka bahawa Sabil akan benar-benar merancang untuk mengahwini Asfarina.
“ Sabil tak tahu. Sebab Sabil memang bercadang nak berkahwin dengan Asfarina. Cuma, Sabil rasa sekarang bukan masanya,” jelas Sabil.
“Sabil. Umi tak kisah bila Sabil nak kahwin. Tapi, betul ke Sabil nak kahwin dengan Asfarina tu? Sabil kan tahu Umi tak berkenan dengan dia sebagai menantu Umi,” balas Mak Sikin, dengan sedikit tinggi nada suaranya.
Memang Sabil tahu yang Mak Sikin memang tak berkenan akan Asfarina. Terlalu banyak beza antara mereka berdua. Memang tak ada satu sifat pun pada Asfarina yang dapat mengambil hati Mak Sikin. Dari empat ciri-ciri wajib calon menantu anak-anak Mak Sikin tetapkan dari awal,hanya dua saja yang dipenuhi oleh Asfarina. Jangankan nak lulus, short-listed pun tak lepas !
Ya. Asfarina berbangsa Melayu. Tapi bukan Melayu Kelantan seperti yang Mak Sikin dambakan. Ya, Asfarina mempunyai adik beradik yang sedikit, tetapi Asfarina tidak tinggi, berbadan katik malahan tidak cantik di mata Mak Sikin. Mana mungkin dia merelakan anak lelakinya yang sulung ,tampan dan berkerjaya besar itu memperisterikan Asfarina yang tak cukup syarat itu !
“Sabil tahu, Umi. Tapi Sabil sayang dia..” balas Sabil dengan rasa salah.
“Sabil. Kalau Sabil tetap nak berkahwin dengan Asfarina, Umi dah tak ada seorang anak bernama Sabil, tahu !” kata Mak Sikin memberikan amaran pada Sabil. Sekonyong-konyongnya, tak rela dia kehilangan putera sulung yang dia sayang dan bangga-banggakan kepada gadis kecil molek itu.
“Umi, yang Sabil sayang..” Sabil mula menyusun kata. Mahu benar dia memujuk bonda dia yang dia sanjung itu. Dan dia juga tak mahu Asfarina kecewa di penghujung episod cinta mereka.
“Cuba Umi bayangkan Umi ditempat Asfarina. Tahun ni dia dah berumur 25 tahun. Ahli keluarga dia dah bertanya bila dia akan kahwin dengan Sabil. Kalau Sabil putus dengan dia, dah tak ada orang lain yang sanggup kahwin dengan dia. Umi juga cakap, dia tu tak cantik,”
“Umi kan seorang perempuan. Tentu Umi dapat rasa apa dia rasa. Sabil dah lama berkawan dengan dia. Dah lalui macam-macam pengalaman dengan dia. Sebelum Sabil berjaya seperti hari ini, dia dah wujud dalam hidup Sabil. Masa Sabil masih budak yang tak ada apa-apa, dia yang ambil Sabil. Sabil tak pernah ada orang yang betul-betul pedulikan tentang Sabil selain Asfarina”
“Cuba Umi letakkan Umi dalam jiwa wanita Umi. Sanggupkan Sabil pergi pada Asfarina dan katakan pada dia, “Kita putus. Umi saya tak suka awak sebab awak tak cantik” ? Umi, Sabil tak pilih isteri Sabil berdasarkan rupa. Kalau sebab rupa semata-mata, sampai bila-bila pencarian Sabil tak akan habis, Umi.”
Mak Sikin hanya berdiam diri. Tak mampu untuk dia berkata apa-apa. Dia cuba meresap hujah-hujah Sabil.
![]() |
| Ce teka ni sapew? Ha.. Ni awek pun awek Kelantan jugak. Cik Puan Temenggung Kelantan . Cun seyh ! Kalu awek ni ngorat Sabil, gua tataw Sabil nak kan dia ke tidak. Korang rasa ? |
“ Ramai perempuan yang cantik mahu berkenalan dengan Sabil. Pegawai tinggi. Model. Eksekutif. Ada juga yang kawan-kawan Sabil perkenalkan pada Sabil macam-macam perempuan. Semua Sabil tak mahu. Satu-satunya yang sentiasa ada di fikiran Sabil adalah Asfarina, Umi..”
"Lagipun, si Asfarina tu dia bukan berkawan sangat dengan orang lain. Dia tak ada perangai buruk lain Umi. Dia tak liar. Tak ada perangai dan peel yang tak senonoh. Dia tak kacau orang. Dan macam Umi jugalah, suka pada kucing. Jiwa penyayang,"
“Sabil pun dah cukup rapat dengan keluarga dan ayah Asfarina sendiri. Umi pun tahu, ahli keluarga Asfarina orang yang baik-baik. Jika Umi tak restui perkahwinan Sabil dan Asfarina, Sabil akan malu berdepan dengan mereka Umi,” jelas Sabil dengan tenang dan penuh rasa hormat pada Mak Sikin. Mahu benar dia mendapat green light dan restu bondanya itu.
Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak. Rambut tak putus. Itu niat hati kecil Sabil yang tak mahu keadaan keduanya bertambah keruh.
Sedikit demi sedikit, hati wanita Mak Sikin tersentuh dengan kata-kata Sabil. Barangkali Sabil ini mewarisi kelebihan bapa dia yang pandai memujuk hati perempuan itu. Sungguh. Anaknya itu suka pada Asfarina yang kecil molek itu. Sayang dengan sebebar-benarnya. Mungkin tak ada apa lagi yang mampu dikatakannya pada Sabil.
![]() |
| "Kalu baby tu hensem, sebab bapak dia hensem. Kalau baby tu cantik, sebab mak kepada bapak dia cantik " - Sabil. |
“Nanti kalau Sabil kahwin dengan dia, cucu Umi kan jadi tak cantik sebab ibu dia tak cantik,” kata Mak Sikin,nada bersenda dengan Sabil.
“Aah.. Mana ada Umi. Mesti lawa sebab bapak dia hensem dan nenda dia lawa ,” balas Sabil selamba,disertai gelak kecil.
“Jadi, boleh lah Umi,ya?” sambung Sabil pendek.
“Erm..” balas Mak Sikin dalam-dalam. Di pelusuk lubuk hati dia, Tuhan saja tahu betapa banyak ketidak sanggupan harus dia ketepikan untuk melafas kata setuju yang sepatah itu. Pengorbanan seorang ibu , bukan dari fizikal sahaja. Tapi soal hati dia sendiri terpaksa dia nafikan untuk melihat putera yang cukup dia sayang menikmati secebis kebahagiaan .
Restu dari seorang ibu. Itu sangat besar, tahu !
*****************************************************************
![]() |
| " Ya, benar. Saya pernah bercinta dengan seorang blogger. Dia bukan artis, dan dia orang Klatey " - Neelofa, pengacara Nona. |
Salam Satu Mesia !
Gua kembali menulis entry ala-ala menyentuh perasaan ni. Bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman gua bersama semua rakyat Mesia yang mungkin punyai masalah yang sama- pasangan tak mendapat restu dari ibu bapa utk berkahwin.
Masalah engkorang mungkin tak sama. Tapi, yang gua cuba sampaikan adalah berdiplomatiklah dengan ibu korang. Jangan kecewakan hati orang tua kita.
Macam Sabil, dia tahu Umi dia tak suka si Asfarina itu,jadi dia dengan perlahan-lahan dan dengan sopan menyentuh hati Umi dia. Umi dia juga seorang perempuan- yang punyai hati yang lembut dan mudah tersentuh jika kena caranya. Jangan lah sebabkan awek , kita bermusuh dan membenci ibu kita sendiri. Ingatlah, ke mana pun kita- hakikatnya kita tetap akan pulang ke ibu kita.
Di situ asal kita.
If korang ada benda nak share,sudi2kan lah komen.
This is Mejah. Out.





















