Siri Penjelasan Mudah Dari Kaca Mata & Kata Mulut Mejah
KONY ya.. Let see what you think about the organisation after reading this article. |
Salam Satu Mesia.
Gua kembali lagi untuk menulis entri yang tak berunsur fiksyen cinta yang meleret-leret tu. Hari ni kecoh pasal KONY kat internet, FB, Twitter, BBM, Youtube dan sepupu sepapat dengan mereka. So entri ni berdasarkan research dan fakta nak bagi korang semua faham apa itu fenomena KONY ni.
Sejujurnya, gua dah jangka benda ni akan feymes dan trending dalam masa 2-3 hari ni. Citew nye camni. Gua tengah syok layan YouTube, tengok kereta Mercedez yang boleh tukar-tukar kaler dan jadi invisible (boleh ghaib). Tetiba, kat ruangan komen tu ramai plak makhluk2 yang suggest “Search KONY 2012”.
Bila gua search “KONY 2012” kat YouTube plak, berlambak-lambak video fresh (just uploaded 2-3 hours ago) dari seluruh dunia yang bercakap mengenainya. Dalam masa kurang beberapa jam saja, KONY menjadi trending dalam Tweeter bagi region Malaysia dan seluruh dunia.
So. Ape sebenarnya KONY ni?
Sejenis makaroni kah? BUKAN.
Akronim baru yang sepupu sepapat dengan LOL atau ROTFL kah? PUN BUKAN.
Nama boyband baru kah dari Indon atau K-POP Korea kah? PUN BUKAN JUGAK.
Single baru Maher Zain kah? Bukan. Salah sama sekali.
KONY? First time gua dengar, gua ingatkan lembu dalam citew kartun Connie The Cow. Kakaka~ |
Biar gua jelaskan. Slow-slow gua explain kat engkorang ape dia KONY tu. Also, the hidden facts behind this project. Something yang agak shocking.
Fast Facts:
"Joseph Kony (a.k.a Kony) adalah pemimpin kumpulan gerila (LRA) di Uganda yang turut menggunakan kanak-kanak sebagai tentera beliau. Kempen untuk menyedarkan masyarakat dunia tentang jenayah yang Kony lakukan dinamakan KONY 2012 project."
Sebenarnya, KONY, KONY 2012 project, STOP KONY adelah merujuk kepada benda yang sama. Secara mudahnya, ia adalah merupakan suatu kempen untuk masyarakat dunia menyekat dan menghukum Kony.
Pergerakan kempen ini telah dilakukan oleh sekumpulan manusia yang menggelarkan diri mereka sebagai Invisible Children.
Lets keep it short and simple (SnS)
Siapakah Kony ?
"Tadaa~ Gua lah Kony yang korang sebut-sebutkan tu. Kacak tak gua?" |
Joseph Kony (a.k.a Kony) merupakan ketua pergerakan gerila di Uganda, sebuah negara di Afrika. Pergerakan kumpulan ini dinamakan LRA (Lord’s Resistance Army- Tentera Penentangan Tuhan ). Tujuan penubuhan LRA ini adelah untuk membentuk sebuah kerajaan theokratik Kristian (kerajaan yang berasakan agama dan menolak demokrasi) di Uganda. Dalam LRA, mereka mengganggap Joseph Kony sebagai utusan Tuhan dan Tuhan menyampaikan mesejNya secara direct kepada si mamat Kony ini.
Secara dasarnya, Kony mengatakan bahawa dia sedang memperjuangkan undang-undang Tuhan (Ten Commandments) dan agama Kristian. Kira dia claim dia tak salah la dalam perjuangan dia.
So, kalau orang tanya Kony tu amende, korang tau la camne nak jawab dengan panjang lebar, ye dak?
Untuk merealisasikan matlamat dia, usaha yang dilakukan oleh Joseph Kony ini adalah untuk mengumpul orang yang sanggup menjadi bala tentera beliau (LRA). Untuk itu, selain orang dewasa beliau telah menculik dan memaksa kanak-kanak lelaki menjadi askar LRA. Kanak-kanak perempuan pula dijadikan hamba seks. Orang (termasuk kanak-kanak) yang tanak ikut cakap dia akan di bunuh dengan serta merta. Dianggarkan, terdapat lebih kurang 66 ribu kanak-kanak telah menjadi askar kepada dia dan dianggarkan setakat ini askar-askar Kony ini telah pun membunuh sebanyak 2 juta nyawa.
Kony sebenarnya sedang diburu atas kesalahan dia oleh US Treasury Department ( Jabatan Bendahari (??) Amerika) dan telah pun di senaraikan sebagai Specially Designated Global Terrorist ( Pelampau Antarabangsa Yang Dikhaskan). Namun. sehingga hari ni beliau masih belum dapat ditangkap.
Faham takat ni? Bagus.
So, ape kaitan dan kena mengena masyarakat dunia dengan fenomena gelobal ni, KONY 2012 ?
Kempen KONY 2012. Heh~ |
Bersangkutan dengan perkara diatas, tentera US telah pun dihantar ke bumi Uganda untuk membantu penduduk dan askar-askar tempatan Uganda. Namun, penghantaran mereka ke sana bukanlah untuk menangkap Jospeh Kony tetapi sekadar untuk memberi maklumat, nasihat dan bantuan ketenteraan, tetapi bukan untuk berperang dengan tentera LRA, melainkan jika mereka di serang.
Jadi, terdapat segelintir masyarakat US yang merasa diri mereka terpanggil untuk membantu masyarakat Uganda. Mereka mahu pihak kerajaan US membuat usaha yang lebih keras ke atas penangkapan dan pendakwaan ke atas Joseph Kony. Mereka mahu kerajaan US jadi lebih drastic, lebih ganas, lagi gempak dalam menangani hal ini !
Jadi segellintir masyarakat ni telah menubuhkan pegerakan yang dipanggil “Invisible Children.” Mereka mahu masyarakat dunia lebih tahu siapa dia Joseph Kony ni. Mereka mahu dunia sedar apa yang Joseph Kony sedang lakukan. Thus, mereka pakat menyarankan kita menyokong kempen menentang Jospeh Kony dengan pakat menyebar dan mengkenalkan kepada dunia siapa Joseph Kony ni. Dan mereka mahu Kony ditangkap dan dibicarakan pada tahun 2012.
Kat atas ni video asal dia. Okay. Oleh Invisible Children. (Tengok, supaya lebih faham)
Projek KONY 2012 ini termasuklah pengumpulan dana untuk pergerakan ini, penyebaran video,penampalan poster dan banner,perhimpunan awam, hebahan di FB, Youtube dan Twiter - bertujuan mempopularkan Jospeh Kony dan untuk masyarakat dunia tahu tentang jenayah yang dia lakukan. Diharapkan, dengan semakin ramai orang faham dan kenal siapa itu Joseph Kony,masyarakat akan mendesak pihak kerajaan US untuk menyelesaikan isu ini dengan lebih serious.
Kat atas tu, gua kasi link video dia untuk lebih faham. Tapi, kena baca artikel ni sampai abis. Ada Fakta Terkejut yang patut anda tahu dan share.
Special Features : Fakta Terkejut ! OMG! |
Setel satu bab. Tapi, after Mejah investigate, ada benda yang mengejutkan yang Mejah jumpa. Biar Mejah share. Hehe~
Fakta terkejut # 1:
"They are compatriots, not children" -Joseph Kony |
Pada tahun 2006, Joseph Kony sebenarnya telah bertemu dan berunding dengan pemimpin-pemimpin kerajaan Uganda tentang peperangan pihak LRA dan kerajaan Uganda. Namun, menurut dia, dia tak perlu didakwa di mahkamah antarabangsa kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Kony juga mendakwa yang dia tidak mempunyai kanak-kanak dalam angkatan tentera nya. “Yang ada hanyalah pejuang-pejuang ,bukan kanak-kanak," kata Kony secara selamba kepada pihak wartawan antarabangsa, Reuters.
Fakta terkejut # 2 :Kekejaman Kony
Salah satu mangsa kekejaman Kony. Terdetik rasa sayu seketika~ |
Kony dilaporkan menggunakan kanak-kanak sebagai askar LRA. Untuk menjadi askar LRA, kanak-kanak teersebut akan disuruh membunuh ibu bapa mereka sendiri; dengan itu mereka akan menjadi tentera LRA seumur hidup kerana mereka sudah tiada tempat bergantung lain lagi. Setelah diculik, kanak-kanak ini akan di suruh menjadi hamba untuk membawa barang-barang pihak LRA dan apabila kanak-kanak itu sudah letih dan tak mampu bekerja lagi, kanak-kanak itu kan ditinggalkan seperti sampah sahaja atau lebih terok lagi, dibunuh.
Kony juga akan menjadikan kanak-kanak itu sebagai umpan di barisan hadapan (yang kadang kala tak bersenjata) ketika pihak LRA bertempur dengan askar Uganda. Kanak-kanak perempuan pula akan dijadikan “isteri” tentera-tentera beliau . Kepada mereka-mereka yang bermasalah dan tak mendengar kata pula akan dicederakan, dicacatkan mahupun dipotong telinga, bibir dan hidung, kemudian dipaksa untuk memakan daging mereka sendiri.
Fakta terkejut #3 : Duit & Duit & Duit oleh Pergerakan Invisible Children
A Kony 2012 action kit pack. I mean, seriously guys? You actually pay for these? |
Gua akui niat murni pihak Invisible Children ni bagus. Dan video tu pun amat menyayat hati. Tapi, itu sajalah. Lepas gua dedahkan ni, mungkin fikiran korang akan mula rasa tak berapa senang tentang pergerakan ini.
First of all, menurut satu sumber, orang lelaki yang buat video tu telah pun dibayar $90,000 setahun, (itu adelah sebanyak RM24000 sebulan jika korang pakai rate 3.2.) Dan jumlah duit itu tidak termasuk kos lain – barang2 filem, barang2 edit video, atau kos perjalanan dan tempat tinggal semasa beliau travelling (perjalanan di Uganda dan sekitar US tempat beliau promo kempen beliau). Semua kos itu telah ditanggung oleh dana Invisible Children.
Some website already declared Invisible Children as SCAM. Up to you to think its a charity program or the other way around. Kebajikan ker? Apsal untung banyak sangat? |
Fast Facts :
Bayaran pampasan Kepada Kakitangan Invisible Children (2011)
· $88,241 | 0.99% | Ben Keesey - CEO
· $89,669 | 1.00% | Jason Russell - Co-Founder/Filmmaker
· $84,377 | 0.94% | Laren Poole - Co-Founder/Filmmaker
Jom kita tengok dari sudut lain pula.
Laporan Kewanagan Invisible Child (2011) (dalam USD)
Revenue (Perolehan)
· Jumlah Sumbangan : $10,334,060
· Program Pendapatan Perkhidmatan : $3,423,351
· Jumlah Perolehan : $13,757,411
· Perolehan Lain : $7,769
· Jumlah Perolehan : $13,765,180
Expenses (Perbelanjaan)
· Perbelanjaan Program : $7,163,384
· Bayaran Administratif : $1,444,570
· Bayaran Kempen Sumbangan : $286,678
· Jumlah Perbelanjaan : $8,894,632
Bayaran kepada pertubuhan $0
Pendapatan (Atau kerugian) sepanjang tahun: $4,870,548
Aset Bersih: $6,584,811
Banyaknya duit derma !!! Tapi, tak habes lagi.
Mengikut satu sumber lain pulak, dari $8.9 juta yang mereka belanjakan pada Tahun 2011, berikut adalah pecahannya:
· $1.7 juta kepada bayaran gaji pekerja mereka
· $357,000 dalam kos filem tersebut ( 30 minit tu)
· $850,000 dalam kos produksi
· $685,000 dalam kos barang-barang komputer
· $244,000 dalam servis special ( melobi politik )
· $1.07 juta kepada perbelanjaan perjalanan
· $400,000 sebagai bayaran sewa pejabat derang dkt San Diego
· $16,000 dalam kos hiburan dan lain-lain.
Hanya sebanyak 2.8 juta Dollar saja (31%) sahaja akan berjaya sampai kepada program kebajikan mereka (yang seterusnya akan di ambil bahagiannya pula oleh pihak pengurusan di Uganda,)- berapa ringgit sangat yang budak-budak tu sebenarnya dapat? Cepikir..
Meaning to say if korang sedekah singgit untuk KONY 2012, dapat dekat orang sana 30 posen sahaja. Okey tak? (>___<)
Okey la tiga posen. Boleh beli ais krim LOLLY PONG apa? Alah, ais krim batang yang bole patah dua tu ! |
Jika itu tidak cukup untuk menghairankan anda, mereka juga enggan bekerjasama dengan Better Bussines Bureau (badan bertanggungjawab dalam ketelusan sesuatu perbadanan), menjadikan ketelusan mereka diklasifikasikan sebagai rendah oleh Charity Navigator (badan yang menguruskan laporan kewangan badan kebajikan), serta dikaitkan dengan penipuan. HuffingtonPost ada melaporkan ia di sini (klik).
Jadi, pesan gua. Korang nak sebarkan video tu silakan. Nak print poster dan sahut cabaran dalam video tu silakan. Tapi, kalau korang rasa nak bagi sumbangan pada Invisible Child, either bagi sumbangan keewangan or beli action kit derang, just think dua tiga kali. Lagi pun, tu kan hak korang. bukan duit gua. Be reasonable, okay?
Spread the words. Stop Kony. Semoga dia akan berjaya dibawa ke muka pengadilan. Do some research if you need to regarding the issue. Jangan pakai tengok, percaya bulat-bulat dan pakai sebar tanpa sebarang research.
Wei.. Jangan tenung awek gua lama-lama. Gua saman kang ! Saje letak gambar Neelofa. baru korang tak stress sangat. |
The choice is yours.
This is Mejah. Out. Thanks for dropping by and reading.
Eh.. Kejap... Sape mamat dalam bulatan belakang dia tuh?? Cam kenal jew kan? Bukan mamat Kony kew tu? Klik link untuk gambar lebih besar dan lebih terkejut |
*************************************************************
Okey. Mungkin korang rase gua tipoo korang. Bawah ade link yang best yang gua jumpa.Termasuklah penyata akaun Invisible Child. Kalu rajin, checklah. Dan betulkan gua kalau gua ada salah cakap or salah baca. Ok?
Peace.
Link references:
- http://www.invisiblechildren.com/history-of-the-war
- http://www.nndb.com/people/398/000022332/
- http://en.wikipedia.org/wiki/Joseph_Kony#Biography
- http://c2052482.r82.cf0.rackcdn.com/images/737/original/FY11-Audited%20Financial%20Statements.pdf?1320205055
- http://www.huffingtonpost.com/2010/01/22/fraud-in-facebookchase-co_n_433928.html
- http://www.reddit.com/r/worldnews/comments/qlejg/kony_2012_is_a_campaign_that_aims_to_make_joseph/
- http://www.charitynavigator.org/index.cfm?bay=search.summary&orgid=12429
- http://www.reddit.com/r/videos/comments/qk0pd/kony_2012_help_raise_awareness_and_stop_joseph/
Dem, akak dah komen tadi, tetiba internet failed plak. Penat aku taip pepanjang. Dah malas dah la nak taip kali ke 2.
ReplyDeletehahahahahah~ ade link baru tu kak... check la.. gambar si mamat saleeh tu penipu besar..
ReplyDeletehttp://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2257078&st=20&p=49576985&#entry49576985
kejinya...thanx ye for the info..
ReplyDeletebagi gua, KONY project ni juga salah satu penyebaran elemen Yahudi..
Delete1) Gambar Piramid terbaik
2) Pemakaian gelang tali warna merah
Dan sebagai nya.. Wallahualam..