Sunday, 18 March 2012

Sifat Egoism ( Ego ) dan makhluk bernama LELAKI

Keangkuhan dan kekuatan seorang lelaki itu bisa dimusnahkan dengan kasih sayang dan  bujuk rayu seorang wanita - Annoymouse.

Gua tengah jadi photographer untuk event bowling umi gua malam tuw. Snap sana, snap sini tetiba sang mantan gua telefon. Ringkas jew perbualan kami tapi, tapi kesannya amat dalam gua rasakan.

Intipati Perbualan:

“You reti kew main bowling tu?” soal dia.

“Tak. I dah lama tak main bowling. Tak reti pun sebenarnya,” jawab gua dengan penuh ketelusan. Tersengih sorang-sorang dalam bilik kalis bunyi.

“Owh.. Ada jugak lah benda dalam dunia ni yang you tak reti sebenarnya..” balas dia semula.

Gua terkedu. Selama ni, ego sangat ke gua dengan mantan gua tu? Sampai dia boleh bagi gua tamparan hebat dengan kata-kata dia tu tadi. Maybe dia tak de niat menyindir, tapi gua sendiri yang terasa sangat. Tu  yang mendorong gua menulis entry ni. Lelaki dan sifat egonya. Dari pandangan gua la.

Lelaki dan ego tingginya

Hukum alam. Law of nature. Ibarat irama dan lagu. Ibarat charkotiaw dengan kucai. Ibarat Spongebob dengan Patrick. Tak pernah terlepas dari dikaitkan.

Gua rasa kalau gua buat survey, panggil perempuan-perempuan dari seluruh pelusuk dunia ni, dan gua tanya derang satu soalan sama pada derang – Sila sebutkan cirri-ciri lelaki ; most of derang kalau tak semua akan ade jawapan yang berbunyi EGO, dalam pelbagai pelat dan bahasa.

Tapi benarkan lelaki ego?
Benarkah ego itu buruk?
Bersalahkah lelaki yang ego?
Berhakkah lelaki untuk menjadi ego?

Bagi keempat-empat soalan diatas , bagi gua – jawapannya YA. Biar gua hurai satu persatu. Macam biasa, SnS (Short and Simple).

Ego dan Lelaki.

System Mejah. SnS. Definition EGO by Mejah.

Ape itu definisi ego lelaki pada pandangan gua?

  • Tak pernah salah dengan perempuan.
  • Tak pernah kalah kepada perempuan.
  • Tak pernah tak tahu dalam segala benda bila ditanya perempuan.
  • Tak punyai kelemahan di depan perempuan.


Nampak tak pattern dia? Jika dengan perempuan, ego lelaki akan jadi lain macam. Tapi jika lelaki berada dikalangan lelaki dan tanpa sebarang perempuan, perkataan  EGO itu hampir tak wujud dalam kamus hidup seorang lelaki. Faham?

Jika korang macam bapak gua, yang suka tengok saluran National Geographic tu,dalam dunia binatang-binatang pun, yang jantan tu akan berkuasa. Mengawal. Mengawan. Mendominasi. Dominan. Menjaga kawanan. Dengan kacaknya. Singa contoh mudahnya.

Yang gua cuba sampaikan disini adalah EGO dalam lelaki tu lumrah alam. Memang tak ley nak buang. Ego tu memang termaktub dalam jatidiri dan DNA seorang yang berkromosom XY. Terutamanya bila berdampingan dengan perempuan. Leboh-lebih lagi di kalangan perempuan yang ada market.

Reason kenapa lelaki menjadi ego?



Simple. Kerana dia mahu dia tampak gagah, hebat, terbilang di mata para perempuan. Dengan itu harga diri mereka dirasakan akan nampak tinggi, walau hakikatnya indeks menyampah perempuan yang makin meningkat pada dia. Mudah kata, mereka jadi syok sendiri sebab perasan diri sendiri bagus. Heh !

Bila masa lelaki menjadi kurang ego ?

Yes ! Muka gua masok page totallymejah ! : Timmy, 3 tahun,  warga New Zealand.

Hakikatnya, lelaki cenderung untuk merendahkan egonya untuk perempuan yang dia sayang. Sifir dia mudah saja. Gua ramai member-member lelaki gua yang tampak hebat di mata gua, tapi berubah menjadi lembu tenusu New Zealand bila bersama orang yang mereka sayang. Mereka rela menjadi orang bodoh dan dungu demi awek derang. Ape awek derang cakap, derang iakan saje. Macam kat hidung tu ada tali tambat. Tarik je,tunduk. Macam tekan clutch masa bawak keta nak masuk selekoh. Mudah benor nak dikawal.

Terkesan sungguh gua. Kene nasi kangkang hapew? (Ish.. tak baek fitnah..)

Tapi, itu mostly masa bercinta sajalah. Ramai juga lelaki yang mempunyai ego  yang rendah tetiba menggunung tinggi egonya dengan perempuan yang bersama dia setelah lama bersama. Sebelum kapel, ego rendah tahap lumut dikaki bukit. Nak eja EGO pun tak reti. Naik moto EGO pun segan-segan. But, bila lama kapel or dah kawin, ego lelaki tersebut lagi tinggi dari pokok ketapang 100 tahun atas puncak gunung Everest! Sori la, hiperbola sket.

But, benarkah ego lelaki itu tak bagus?

Skuter EGO. Bagi yangtak kenal, Gambar hiasan.Heh!

Dari segi psikologi dan kajian politik, ego itu perlu ada dalam setiap orang-baik lelaki mahupun perempuan. Dan memang sejak Tuhan mencipta manusia pun perasaan itu elah tersemat di hati umat manusia. Yang membezakan adalah tahap keegoan itu.

Ego perlu untuk mempertahankan jati diri. Maruah. Gua tak kesah kalau ada awek ajak balak dia (or vice-versa) buat something-something dekat tepi semakm depan Pavvy atau tempat sebarangan, then si pasangan dengan egonya menolak seraya berkata:

 “Sorry hunn.. apa barang buat kat sini.. Pekata u kawin ngan I elok-elok and kita buat betul-betul kat rumah kita.. Siap mummy I tolong pasangkan cadar lagi utk katil dan tilam empuk kita nanti.. Ape kelass buat benda merapu-rapu tu kat sini.. dah la tak perlu risau pepew kalau terlajak..”

See ? Ego tu perlu. Dan ciri ego itu lebih menonjol dalam diri seorang lelaki. Kerana lelaki adalah ketua dalam keluarga. Lelaki itu berhak untuk punyai ego (pada kadar yg sesuai) kerana sudah dimaktubkan yang seorang lelaki akan menanggung segala dosa isteri-isterinya, anak-anak perempuannya dan juga adik-adik perempuannya. Dan lelaki itu adalah suami anda, ya puan-puan. Diulangi, suami. Bukan balak, boyfriend mahupun tunang anda.  Getit?

So, kalau korang yang perempuan tu, ada balak yang  ego tahap merapu-rapan karutnya, sila lempang mereka.. Kekekeke~ Guraw jew.. But, memang. Hak mereka untuk ego lebih-lebih tu tak patut ada. Ego sang balak tu perlu ditunjukkan kepada sang awek , untuk menunjukkan mereka mampu memimpin dan jadi suami yang baik, faham? Bukan tak boleh. Boleh, malah jatuh hukum perlu.

Menangani lelaki ego

Humble is the new awesomeness !
Gua ada pepatah untuk hal ini.

“Setinggi-tinggi ego itu, mampu ditundukkan dengan serendah-rendah diri”

Jadi merendah dirilah. Mengalahlah dalam hal yang remeh temeh. Jika perempuan suka dipuji dari sudut kecantikan dan penampilan dirinya, lelaki pula suka dipuji dari keteramapilan dan kedominannya. Pujilah. Jangan harap orang akan puji anda jika anda tak membiasakan diri anda memuji orang.

Contoh #1:
"Pandai abey pilih movie tu tadi, sedap jalan ceritanya. Terima kasih ya abey belanja tengok movie ni."

Contoh #2:
"Betul kata u, sayang. Kemeja kotak-kotak kaler peppel ni memang seswai dengan tona kulit I. Pandai u pilihkan ! U ni terer lah !"

Contoh #3 (skill menafikan pendapat lelaki ego) :
"Darling, yang you cakap tadi tu betul. Ada benarnya. I hargai pandangan u dalam hal ni. Tapi, bukankah u rasa , kalau kita pakai plan I, it will be slightly better? Kan ?"

(Senyum sket, then picit bahu dia slow2- cair cik abam kamoo tu, tahu~)

Try banding dengan yang ni..

"Darling, apehal  plak plan dia jadi camtu? Sampah abes ! U rasa plan u tu dah cukup bagos kew? I keje dalam bidang ni dah lama, tahu! U ape tahu? Duit beli rokok pun mintak dengan I, inikan…"

(Ha.. kejap lagi terbit la scene air mata dan pinggan terbang, gado2 and kutuk2 kat FB, etc..etc..)

Pertandingan check bau mulut sape lagi busuk ! Hekhek~

Atau yang terer berkata-kata, beri mereka kiasan yang dalam maksudnya. Biar mereka fikir sendiri. Lelaki kan ade semilan akal. Mesti derang ley fikir. Alah,macam mantan gua buat kat atas tadi. Berkesan, kak !

And to ladies, katahuilah. Jikalau korang perempuan rasakan balak or laki korang tidak boleh menerima pendapat korang semata-mata kerana tak mahu maruahnya tidak tercalar, biarkan saja. Biar derang saja yang rasa betul. Akhirnya nanti, derang akan dimalukan oleh perangai egonya sendiri sehingga tercalar egonya. Siapa tahu, mungkin derang akan sedar dan belajar merendahkan egonya. Kan?

(macam gua la. Dulu ego sangat ngan mantan gua. Sikalang, gua rasa saket dia.. Adehh~)

Analogi mudah : Macam api la. Kalau api lawan api, makin besar apinya. Ce try lawan api pakai air, akan padamlah api tu. Gitulah konsep dia.Ego vs Ego sampai kiamat pu n tak abes. Kenalah salah sorang beralah. Amat rare tahu lelaki beralah kepada perempuan. So, hargailah jika ia berlaku, ya puan-puan. Ye dak? 

Tak perlu mengadu nasib lebih-lebih di wall FB. Kita kan ada yang Maha Mendengar.  

Dan selalulah berdoa pada Tuhan agar si dia akan merendah diri dan bertoleransi. Kalu doa tu didoa dengan ikhlas, Tuhan akan makbul. Percayalah.

Sekian saja entri gua kali ni.  Thanks sebab sudi baca, komen2lah apa yang patut. Gua just gtaw apa pendapat gua. Maybe banyak benda gua terlepas pandang. Gua pun orang biasa gak. Banyak kelemahan. Hopefully, entry ni bermanafaatlah bagi korang.

************************************************************

Bye bye Fellas.. I need to start working again. Nak simpan duit, Balik nanti nak kawen. Sape nak kawen ngan gua? Kekekeke~  
BTW, gua akan kembali ke laut. Sambung kerja balik. Maybe end of Sepember baru gua balik Mesia balik. So, maybe ni entry terakhir gua buat masa nie. Harap korang enjoy la hasil tulisan gua selama ni.

Take care and wassalam.

This is Mejah. Out.

19 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi komen di blog saya...
    Lelaki Ego kerana merasa dia berkuasa dan hebat. Tapi saya tak mengatakan semua nya begitu... Mungkin saya yang terlalu berlembut atau dia yang tak pandai hargai saya...

    Salam kenal Mejah... :)

    SiManis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak.

      Gua bukan chauvinist. Tapi, memang itu ketentuan alam. Gua tak cakap spesis gua bagus,juga tak menghina atau memandang enteng kaum wanita. Tapi, Tuhan telah menetapkan begitu.Dia lebih tahu. Dan Dia yang meletakkan lelaki di tahap tersendiri bila dibandingkan dengan perempuan.

      Tapi harus diingat,kuasa wanita juga yang mampu merebahkan seorang lelaki. Tuhan itu Maha Adil bukan? Dan tentang pasangan, saya masih muda dan banyak yang saya tak lalui lagi. Masih jahil dan mentah. Namun, saya percaya lelaki yang mamapu mengalah dan bertoleransi itu adalah yang terbaik.

      Dan kadang kala,lelaki ni sayang seseorang perempuan itu, namun mereka tak pandai nak tunjukkan-dan mungkin bukan kerana mereka ego utk mengakuinya. Kalau kak sakit hati, kak kenanglah saat2 indah time kak bersama dia.

      Suka itu indah. Kenapa perlu kita mengenangkan yang duka dan menyedihkan diri kita sendiri. Think postitif kak.

      Salam kenal, kak.

      This is Mejah. (>___<)

      Delete
  2. eh..rasanya lelaki ego sbb cara mereka dibesarkan..
    perasan tak bila setiap kali ada budak lelaki menangis,
    serta merta parents akan cakap
    "lelaki tak elok menangis"
    so,psychologically sampai dewasa mereka akan "kuat" scr fizikal mahupun emosi..
    itulah mendorong kpd ego
    #sorry kalau silap <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..

      ya.. Mungkin benar kata saudari..
      tapi bukan kah terdapat sebuah lagu, "Big Girls Don't Cry"?
      Tapi, honestly bagi Mejah- menangis itu perlu.

      Sedangkan para Nabi dan Sahabat pun menangis,inikan pula kita.

      Gua pun nanges masa gua melalui saat2 getir dengan mantan gua dulu. Dan gua tak rasa terhina pun- gua tak layan cerita Korea yang bnyk lelaki menangis tu ya! jgn salah faham pula.

      Gua rasa lu masa kecik2 dulu mesti kuat nanges, kan?

      kakakaka~

      Mejah.

      Delete
  3. ego boleh,tp biarlah bertempat.kalau da lelaki,suami, dia ketua keluarga, isteri mmg kena dgr ckp dia pun O.o

    ReplyDelete
    Replies
    1. S.E.T.U.J.U~

      (sebab tu kena pileh lelaki yang betul2 best sebagai laki, tahu!)

      This is Mejah. Out~

      Delete
  4. sy suke laki ego...sbb sy pon ego gk.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. penyataan anda sangat kacak..

      Gua doakan anda dan pasangan anda bahagia.

      (asal korang ade keserasian dan toleransi dalam keegoan memasing tuw, itu sangat kacak)

      Stay classy !

      Delete
  5. tengah gadoh dgn awek ke weh?
    haha
    hmm,org kata ego aku lebih dr laki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gua mana ade awek la. Mantan2 ade la sket2.

      Gado ngan dia? Buat apa? Kalau dia tu awek gua lagi , ade gak pekdah gadoh ngan dia. Atleast, saling kenal mengenali satu sama lain time gado tu.

      Dah nama mantan, kak. Hish..

      Apa ego akak lagi tinggi dari laki? Saya harap nanti kak akan kawen dengan orang yang berego lagi tinggi dari akak. Baru kelas..

      thehehe~

      Delete
    2. Boleh tanya sikit? U wtote.. 'Dulu gua ego ngan mantan gua,sikalang wa rasa saket dia' hahha kenapa ye? Maksud u?

      Delete
    3. dulu gua ego dgn dia. sebab ego tu, hubungan kiterang hancus. ended.

      infact, if i did lowered my ego and have more tolerans with her, maybe we already married today.

      but, God knows what best for us. the experience made us a better person. I learn to respect women more, because of her.

      my ex was a monster. and i created her.

      my bad.

      Delete
    4. Ouh haha. My ex. Sgt ego. U knowwat he said..'saya mati hidup semula pun xkan mnyesal hilang awak. Bahaha. Ntah la. He lied to me. N yet he said 'eh ape beza saya tipu awak or x tipu awak.. Saya dah x suke awak pun..' all those things. As a man.. U rasa betul ke dia xkan regret? He said 'u ni sgat baik n sgt setia..tapi ntah' haha. U think?. Sedihh

      Delete
    5. To answer this, u need to read a book entitled "Men from Mars, Women from Venus", chapter - Men's Love is Like A Rubber Band. You gonna understand more on how men's think and act in love.

      And based on my reading or experience, if he once loved you with all of his heart, even once, yes he will somehow regret it. But, kalau selama ni pun dia senanya berpura-pura utk cintakan you, so memang la dia tak akan menyesal.

      maybe he think he's not regretting it as he has found a new person. but once dia dah dgn org lain, dan orang bar tu tak sebest you, sooner or later he will regret it.

      my advice, move on. dont think too much about him, got over him. FAST.

      Delete
    6. U have wechat id? I have something to ask. And share. Coz. Here is just too pblic. Please. Need yr help. Thank u

      Delete
    7. U can contact me directly via my email : rhdonna@mail.com. The reason I dont give wechat ID is because, currently im working onboard ship and at the open sea with limited internet connection. I can read email and browse internet, but I cant do IMs.

      Hope this helps.

      Delete
  6. Saya suka bila lelaki yg sayang saya jadi seperti lembu tenusu. Hehehe. Kejam pulak rasanya statement itu. Jadi? Jadi? Bila awak dah terasa bila sang mantan cakap cenggitu? Apa yang akan berlaku next terhadap hubungan kamu? Makin baik ke tidok?

    Pendapat akak, ego itu memang perlu sebab itu adalah harga diri seseorang. Tapi jangan melampau sampai orang rasa kita ni serba tau dan serba tanak kalah. Macam dulu sebelum kawen, akak ada kawan dgn sorang lelaki ni. Dia ni kalau bercakap, semua benda dia best. Sampaikan barang2 dalam rumah dia pun dia nak cerita. So, akak terus rasa mcm nak merejek je kerja nya. Sebab akak tidak mahu bertemankan seseorang yg nak membuktikan sgt dia bagus dalam semua hal melalui kata-kata pujian utk diri dia sendiri. Kalau bagus biar le akak sendiri yang nampak.

    So, mejah. Kalau ego, ego yang betempat je cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak LyD yang cambest selalu,

      Firstly, naseb baek akak ni bukan awek gua. Gua xnak kene tusuk2 idung ni. hahaha~ kak memang kejam la.. gua respek sama lu, kak !

      Tu gua cakap kak, lelaki yang bukan suami, yang ego tahap melampau, layak dilempang saja laju2.. lain la kalau dia tu suami kak.. kena taat woo.. bukan gua cakap.. Tuhan yang buat gua cakap.. kekekeke~

      Betul kak. Ego itu perlu. Cuma berkadar yang sesuai. Macam yang akak cakap tu.

      p/s- Egoism tu salah satu ciri lelaki. Relakan saja, kak. Luar kuasa gua tu. Moga akak dan laki akak berbahagia selalu melaui mutualism dan tolerans.

      thanks, kak !

      Delete
  7. saya rasa saya pun ego gak... tapi dah kurg dah... saya setuju part yang lelaki ego kena bagi contoh@kiasan bagi dorg fikir guna 9 akal yg tu...

    ReplyDelete