Salam satu Mesia.
Alright, as promised, entri ni adalah rentetan atau kesinambungan dari entri gua yang earlier. Dalam entri kali ni, gua akan cuba ringkaskan dan gunakan bahasa yang mudah korang faham.
At the end of the day, gua harap masing-masing akan ada idea dan faham apa itu hudud dan pendapat korang mengenainya.
Sebab gua tau, korang rakyat Mesia (including me) semua tak berapa rajin nak baca benda yang berjela-jela, gua akan ringkaskan ikut format SnS (Short & Simple). Okay?
Bagus. Korang memang power.
Kalau kamu sebenarnya HUDUD itu baik untuk kamu, tentu sudah lama kamu mahukannya dilaksanakan, |
Hukum Hudud : Definisi
Dari segi terminologi, ia berasal dari perkataan HAD
iaitu sekatan, limit, restriction.
Dari segi bahasa, ia bermaksud:
"Hukum-hukum yang
tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sabda Nabi
Muhammad s.a.w, sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang
telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam
jenayah Hudud."
Jadi kepada macai-macai
yang mana dengan jahilnya mengatakan hukum hudud itu ciptaan manusia semata
adalah salah sama sekali kerana ia memang termaktub dlam kitab suci tersebut.
Hukum Hudud dalam Syariah (Undang-Undang Islam)
Hukum Hudud dalam Syariah (Undang-Undang Islam)
Sebelum kita pi lagi jauh, izinkan gua jadi lecturer subject Syariah Islam korang kejak. Bagi basic knowledge.
Perundangan Islam
(Syariat Islam) terbahagi kepada 4 sayap – Ibadat (ritual), Muamalat (ekonomi/
perbankan) , Munakahat (perkahwinan / Keluarga ) dan Jinayat (jenayah,
kesalahan, hukuman) . Dalam sayap Jinayat pula, ia terbahagi kepada 3: Qisas,
Ta’zir dan Hudud.
Hukum Qisas adalah
hukuman / balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Contohnya,
jika seseorang membunuh, maka hukuman bunuh juga akan dikenakan padanya.
Walaupun begitu, sehingga hari ini, masih terdapat perbezaan pendapat ulama
tentang hukum ini, samada ia adalah sebahagian dari hukum hudud atau tidak.
Hukum Ta’zir pula
adalah hukuman yang ditetapkan atas budi bicara dan penelitian para pemimpin di
sebuah negara, atas kesalahan yang tidak ditetapkan dalam hukum hudud,
contohnya Akta Pekerja, Akta Pemeliharaan Hutan, Akta Alam Sekitar dan Akta
Cetak Rompak. Ada faham? Bagus.
Hukum hudud pula adalah
tetap – tak boleh diubah, dinafikan dan diabaikan kerana ia adalah peraturan
dan hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan termaktub dalam al-Quran. Memang
amat menghairankan mengapa terdapat ramai umat Islam, yang mana memegang
perinsip rukun Iman, dan mengatakan mereka percaya kepada kitab (al-Quran), dan
percaya kepada Nabi, namun menolak hukum ini. Malah , ada yang mengutuknya dan
mendakwa hukum hudud itu kejam , tidak releven, tidak berperikemanusiaan dan
ketinggalan zaman!
Jenayah-jenayah berdasarkan undang-undang sivil |
Hukum-hukum yang
termaktub dalam hukum hudud:
Terdapat 7 hukum yang tersenarai
dalam hukum hudud.
5 darinya disebutkan
dalam al-Quran:
- · Zina (persetubuhan di luar nikah (perkahwinan)) –an-Nuur (ayat 2) – sebatan 100 kali (bagi yang belum berkahwin ), atau rejam batu (bagi yang sudah berkahwin) ,HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan
- · Qazaf ( menuduh zina kepada perempuan yg baik (kurang empat saksi lelaki yang adil))—an- Nuur( ayat4) – sebatan 80 kali, HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan
- · Mencuri – al –Maidah (ayat 38) – potong tangan, HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan
- · Hirabah ( Merompak ; 4 jenis rompak, hukuman berbeza kepada setiap jenis) – al- Maidah (ayat 33-34) – hukuman berbeza-beza mengikut jenis rompakan (mungkin juga hukuman dibatalkan jika si pelaku insaf sebelum tertangkap.
- · Bughah (menderhaka kepada pemimpin yang adil)—al-Hujurat (ayat 9) –diperangi dengan cara tertentu , namun sebahagian ulamak tidak meletakkannya dalam hudud kerana masih terdapat perdebatan berkaitan hukum bughah ini.
2 darinya disebutkan melalui hadis (hadith / preach
of ) Nabi Muhammad :
- · Sharbul Khamar (meminum arak)—Hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib – 40 -80 sebatan, HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan.
- · Murtad ( keluar dari agama Islam) – hadith yang diriwayatkan oleh Abu Annas rha – hukum bunuh, setelah beberapa melalui beberapa syarat yang tetapkan.
Hangpa-hangpa (korang) nampak tak pattern dia?
Hukuman hudud itu, hanya dijatuhkan hanya bila
individu-individu yang melakukan kesalahan tersebut benar-benar didapati bersalah
mengikut panduan Islam, dan tidak semberono. Tidak semestinya seseorang
pencuri yang mencuri itu dijatuhi hukuman potong tangan. Dan tidak
sewenang-wenangnya orang yang berzina (mengapa masyarakat kita suka menggunakan
istilah “seks bebas”, instead of "zina" ?) akan directly dikenakan hukuman rejam batu di
khalayak ramai. Tidak!
Ini bukan retis ye adek-adek, ni seorang Ustazah... Harap maklum~ |
Sehinggakan pada zaman Rasulullah SAW sendiri,
terdapat pendapat (Ustazah Marsyitah, if im not mistaken) yang mengatakan hanya
satu sahaja kes zina yang berlaku pada masa tersebut dan dijatuhi hukum hudud.
Kerana, untuk dijatuhi hukum hudud , pelbagai aspek perlu dinilai dengan amat
teliti. Hal ini termasuklah mempunyai saksi-saksi yang cukup- 4 orang lelaki
yang adil dan yang tidak melakukan dosa-dosa besar (tak meninggalkan bepuasa,
tak meninggalkan solat, tidak menipu), harus melihat keadaan itu secara
terang-terangan, serta beberapa syarat yang lain.
Antara contoh lain, pada zaman Saidina Umar
(khallifah Islam ke-2) , musim kelaparan melanda. Dan berlaku kes-kes kecurian
pada ketika itu kerana terlalu lapar, beliau tidak sewenang-wenangnya menjatuhi
hukum potong tangan kepada pesalah. Tambahan pula, hukuman potong tangan hanya
jatuh jika barang yang dicuri tersebut cukup nilainya dan atas sebab apa si
pelaku mencuri, selain beberapa syarat-syarat ketat yang lain.
Ini bermakna, jika seseorang mencuri selipar Jepun
korang kat masjid, tak bermaksud jika dia tertangkap, dia harus dibelasah dan
dipotong tangannya tanpa perbicaraan yang sah, tanpa saksi yang sah dan tanpa
bukti yang sah (cukup nilai )!!!
Faham takat ni?
Mengapa sesetengah pihak menolak hudud (either orang
Islam or bukan Islam)?
Alright. The best part of this entry.
Ade sesetegah reason yang gua berjaya korek and discover after some research done, mengapa
certain-certain orang Islam menolak pelaksanaan hukum ini.
- · Sebab tolak 1 -JAHIL ilmu agama
Orang-orang yang jahil
(tidak berilmu) inilah yang banyak menentang hudud. Hal ini kerana mereka tidak
tahu prinsip perlaksanaan hukum hudud. Mereka tidak tahu yang hudud tu hukum
dari Tuhan (yang Maha Mengetahui dan
Maha Adil) dan bukannya dari manusia.
Sampaikan ada orang
politik dengan selamba badaknya masa ceramah, cakap, “Tuan-tuan tahu tak, hukum
hudud itu tak terdapat dalam al-Quran. Hukum itu adalah dari ahli-ahli feqah
dan…” .
Maka, yang mana
pendengar-pendengar ceramah beliau, yang juga jahil tukil, akan mendengar dan
menyebar idealogi yang sama kepada orang-orang lain.
Hukum hudud tak disebut
dalam al-Quran, kata Dato’? Adoyai..
Yang mereka tahu adalah hudud itu hukuman tak
bertamadun dan kejam. Mereka sering dimomokkan oleh gambar-gambar dan
cerita-cerita negative tentang perlaksanaan hukum ini, tanpa mereka memeriksa
source of information yang mereka dapat.
Diburukkan pulak,
pihak-pihak secular dari Barat, bahkan dari Malaysia sendiri yang kuat
menyebarkan fahaman anti-hudud ini. Yang mana orang mengaku Islam yang sudah
dibasuh kaw-kaw otaknya oleh geng-geng Yahudi , terang-terang depa akan pikiaq
yang hudud ni -kejam, dan akan ada hukuman yang lebih baik dari hukum yang ditetapkan
oleh Tuhan yang Maha Tahu.
Heh.. Hillarious Video..
“Tuhan perintahkan
orang yang mencuri dipotong tangan, hang pi habaq dekat masyarakat yang orang yang
mencuri ni kita patut bagi depa kerja. Yang terer curi tayaq, hang nak suroh
depa kerja kedai tayaq. Yang terer rompak bank, hang nak suroh depa jaga bank? Lagu tu? "
Ada logik ka? Hang ada akai dak?
Kalau gua ada time ucapan tu, nak je gua tempik kat dia,
"HANG PIKIAQ HANG SAPA NAK BANGKANG DAN PERMAIN
KATA-KATA TUHAN HANG?”
Facepalm. Double facepalm.
·
Sebab tolak 2 – Banyak melakukan
kesalahan hukum hudud
Semestinya, orang-orang Islam yang lantang menafikan
hukum ini adalah mereka yang bergelumang dengan hukuman dan kesalahan yang
terdapat dalam hukum hudud ini. Contohnya, mereka orang Islam, namun gaya hidup
mereka tidak melambangkan gaya hidup orang Islam.
Mereka mengaku Islam. Namun, mereka ke club atau
pub. Mereka minum arak. Mereka bercemolot & berzina, mungkin dengan BF atau
GF mereka. Mereka sudah terbiasa dengan dosa-dosa ini.
Hal ini samalah seperti korang tengah driving
kereta. Tup-tup ada sekatan jalan raya oleh pihak polis dan JPJ. Tak perlu
korang berasa risau kalau korang bukan seorang penjenayah yang dikehendaki, tak
mabuk, bawak lesen memandu dan road tax kereta korang juga still valid. Tak
perlu risau dan tak perlu menggelabah tetex. Tak perlu buat u-turn untuk
escape. Tak perlu.
Tak perlu takut sebab korang memang tak ada buat salah apa-apa!
Logik,bukan ?
Even the Non-Muslim saying the same thing! Kalau tak buat salah, kenapa harus takut ? (please don't mind the political views) . |
·
Sebab tolak 3 -- Perinsip
“ketidak-adilan” dalam hukuman Islam
Sesetengah orang mengatakan hukum ini tidak sesuai
dilaksanakan di negara berbilang kaum seperti
Malaysia. Hal ini termasuklah golongan-golongan yang bukan beragama Islam
yang tidak beriman dan percaya pada kitab Al-Quran dan Nabi.
Kata mereka, tak adil. Tak adil bagi mereka yang
bukan Islam dikenakan hudud. Atau orang Islam dan orang bukan Islam dijatuhi
hukuman yang berbeza walau kesalahan mereka sama.
Contoh mudah, jika terjadinya kes zina, dimana pelakunya
seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam. Bagaimanakah perlaksanaan
hukum ini?
Komen gua, nak buat hudud, implement untuk semua. Habis cerita. |
Mereka yang tidak beragama Islam dengan sewenang-wenangnya akan mengatakan:
“ Kami bukan beragama Islam. Mengapa kami harus
patuh kepada undang-undang Islam?”
“Jika kami diadili dan dihukum dengan hukum Islam,
adilkah ia bagi kami?”
Sebenarnya, ia bukan masalah besar. Jika mahu keadilan, hukum hudud harus jatuh kepada semua rakyat Malaysia, tak mengira agama.
Jika hudud
dilaksanakan, sama ada mereka mahu atau tidak, mereka harus akur kerana mereka
bernaung dibawah sebuah negara Islam. Dalam entri yang akan datang, gua akan
perincikan tentang kesalahan hukum hudud untuk golongan non-muslim ni.
InsyAllah.
Contoh mudah yang ingin gua beri adalah perlaksanaan
AES. Memang kebanyakkan rakyat Malaysia menentang perlaksaan AES, tapi kalau
ikut logic gua- kalau lu tak speeding, mana mungkin lu akan kena sambar sama
kilat AES. Meaning to say, jika mereka tidak melakukan kesalahan yang termaktub
dalam hukum hudud, kenapa mereka harus takut ?
·
Sebab tolak
4- Belum sesuai masanya
Sekarang terlalu ramai memberi
komen bahawa "hudud belum sesuai". Jadi bila masa yang sesuainya?
Even ada someone , yang
ada pangkat Ustaz buat statement dekat newspaper:
“Setelah manusia
dapat makan dan hidup aman dengan baik dan sejahtera, hak semua orang dapat,
tapi ada juga yang (orang) sengaja nak mencuri tanpa sebarang keperluan…masa tu
kita (boleh) cakap pasal hudud,”
Link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
Link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm
Kejap. Gua tak ade niat
pun nak memperkecilkan kata-kata dia. Cuma, gua tanya soalan tu skali lagi.
BILA suasana kondusif yang ustaz tu sebutkan seperti diatas akan berlaku? Sape
ley jawab BILA?
Penantian yang tak tahu bila ia akan bermula, apatah lagi akan dilaksana. |
Tergelak kejak gua.
Adoi..
· Sebab tolak 5- Ekonomi negara kan terjejas. Rakyat hilang pekerjaan.
Seorang ahli politik yang non-Muslim, yang pernah turun takhta parti disebabkan hal yang sangat kontroversi, pernah mengatakan:
"Pagi ini saya menerima SMS, saya cuma telefon orang yang menghantar SMS itu tetapi tidak menjawab panggilan... katanya 1.2 juta akan hilang kerja jika wujud tafsiran dan pelaksanaan ketat hukum hudud di negara ini."
“SMS ini berkata MCA bercakap mengenai hudud, tetapi tidak bercakap mengenai peluang pekerjaan disebabkan penguatkuasaan ketat hukum hudud di negara ini... angka yang diberikan mencecah 1.2 juta,"
Again. Biar gua eksplain. Berdasarkan statistik pada tahun 2007, dari anggaran 25 juta orang rakyat Malaysia,10.9 juta orang dari pada itu adalah tenaga kerja dalam semua sektor. Dari jumlah itu, pekerja asing yang berdaftar adalah sebanyak 2.0 juta .
Soalan gua, setakat hari ini, yang 1.2 juta orang yang terlibat itu, adakah ia tergolong dalam golongan orang-orang Islam?
Memandu van arak? Bekerja di kilang arak? Menjual arak? Bekerja di pusat judi? Malah, adakah mereka juga menyara hidup dengan bekerja di bar, pub mahupun kelab malam?
Adakah korang rela jika satu hari nanti, ada anggota keluarga korang menyara hidup derang dan keluarga derang dengan hasil-hasil yang haram ini?
Tepuk dada korang, dan tanya!
Memetik kata seseorang yang gua respect:
"Hudud tidak menjejaskan FDI negara kerana apa saja bentuk sistem perundangan di mana-mana Negara, sekiranya undang-undang yang dilaksanakan itu memelihara hak, mencegah penganiayaan dan menghindar jenayah, maka pelabur akan lebih yakin justeru negara tersebut terhindar dari korupsi dan penindasan. [Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik.]
Hudud juga adalah undang - undang yang sangat berpotensi mencegah jenayah dan mungkar. Malah ia menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalah pengaruh jenayah dan budaya mungkar yang merosakkan tamadun atau peradaban manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, hudud mampu melahirkan negara yang aman, masyarakat yang sejahtera dan keluarga yang bahagia kerana mereka bebas dari ancaman jenayah, mungkar dan maksiat. Bahkan non muslim turut menikmati suasana ini.
Bayangkan apabila tiada lagi mabuk - mabuk, kesempitan wang akibat kalah judi dan jenayah seksual, maka rakyat akan selamat dan terasa aman serta bahagia. Justeru sebahagian besar jenayah yang berlaku hari ini adalah akibat mabuk, kalah judi dan kegagalan mengawal syahwat. Dari sinilah berlakunya rompak, samun, culik, rogol, bunuh dan sebagainya."
Konklusi:
Bagi gua personally,
gua tak rasa yang hudud tu tak releven dan tak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia. Honestly,
undang-undang hudud boleh dilaksanakan, Cuma untuk melaksanakan nya di negara
berbilang kaum di Malaysia ini, undang-undang tersebut perlu dikaji dengan
teliti akan perlaksanaannya.
Sebagai contoh, undang –undang
hudud ini boleh diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, tanpa pemansuhan
undang-undang sivil sedia ada, secara terus. Ianya mungkin perlu mengambil
tempoh peralihan yang lama, namun setidak-tidaknya usaha ke arah perlaksaan
hukum itu telah dimulakan.
Pada pandangan gua,
platform itu sudah tersedia. Hal ini kerana , perundangan yang ada di mahkamah Malaysia
adalah perundangan yang hybrid (sivil + syariah). Jadi,proses untuk
memperkenalkan hukum hudud ke dalam system perundangan Malaysia seharusnya
sudah boleh dimulakan.
Tentang soal cara
perlaksaan, either non-Muslim harus dihukum oleh hukum hudud or not, gua akan
slow-slow bagi pendapat gua dalam next entri. Tak nak entri ni sarat sangat,
ok?
Anyway, if ada sebarang
persoalan , pendapat, pandangan or ada fakta yang gua keutarakan tak betul,
mohon korang komen dekat bawah. Ada masa free , gua akan reply. Thanks.
Gua kena gi out station
besok. So, gua kena tido awal sket malam ni. Okay?
Luahkan perasaan mu !
This is Mejah.
Out.
Rujukan :
Rujukan :
- http://www.mohamadazhan.com/2012/10/hukum-hudud-dalil-dalil-mengenai-hudud.html
- http://www.statistics.gov.my/portal/download_Labour/files/BPTMS/PST-Siri10.pdf
- http://ilmudanamalan.blogspot.com/2008/12/perintah-hukum-hudud-di-dlm-al-quran.html
- http://www.tvazhar.com/index.php?option=com_content&view=article&id=114:by-muhammad-noorazam-bin-bahador&catid=57:rencana
- http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=272880
- http://lading-emas.blogspot.com/2011_11_01_archive.html
Allah , baru tahu Dr Mashitah dah jadi macam ni sekali , bertabarruj di hadapan bukan muhrim , dulu sgt2 sanjungi beliau , kata-kata beliau , peribadi beliau , yaAllah , semoga kita semua berubah menjadi lebih baik ya, bukan lebih ke arah keburukan .. :'(
ReplyDelete