Friday, 28 June 2013

Entri Faktual: Punca Orang Islam Menolak Hudud (Prolog)

Salam Satu Malaysia.

Ihsan Gambar dari mohmadazhan.com


Syukur pada Tuhan sebab bagi gua peluang untuk bernafas lagi. Syukur gua dah selamat balik dari bertugas setelah hampir setengah tahun. Dan terima kasih sebab sudi singgah dan baca blog gua. 

Tujuan gua berblogging bukan nak jadi feymes. Bukan nak cari duit. Bagi gua , blog ni adalah medium gua sampaikan mesej pada masyarakat , terutamanya masyarakat Mesia dalam mengetengahkan pendapat dan pandangan gua dalam seswatu isu.

Sebelum gua melangkah lebih jauh,awal-awal gua nak bagitahu yang dalam beberapa entri yang akan datang ini, gua akan menulis tentang hukum hudud, InsyAllah. Entri asal dia satu saja,tapi sebab panjang sangat, gua akan post part by part dan cuba sedaya upaya gua ringkaskan, bagi korang mudah digest.

A friendly reminder,entri-entri gua ni, LANGSUNG tak akan sentuh pasal POLITIK. So, gua harap semua faham.

Terdapat satu kisah yang ingin gua kongsikan , sebagai pengenalan terhadap hukum hudud. Semoga mendapat idea yang gua nak sampaikan.

********************************************************************


“Kalau aku dapat siapa yang curi kereta aku, aku akan kerat empat tubuh dia!”  

Begitu marah seorang member gua yang baru kehilangan kereta. Dicuri sewaktu sewaktu dia sedang solat Jumaat di sebuah negeri di utara semananjung.

“Apa pencuri tu tak fikir? Orang tengah semayang kot..,” tambahnya lagi dengan penuh nada marah.

“Kereta aku tu biasa-biasa saja pun. Dah lama dah aku pakai. Banyak jasa kereta tu pada aku dan family aku. Buat hantar anak ke sekolah. Buat cari rezeki..” Keluhnya lagi.

“Betul ke kalau kau jumpa orang tu kau akan kerat empat?”tanya gua inginkan kepastian.

“Confirm! Kalau dapat memang aku tak lepas!” jawabnya dengan nada bersungguh-sungguh.

Gua tiba-tiba tersenyum. Bukan mahu gelakkan kesulitan yang dia alami, cuma tiba-tiba hati gua rasa dicuit.

“Kenapa kau senyum?” soal dia dengan dahi yang berkerut-kerut.

“Kau dah berubah. Pendirian kau.. berbeza,”jawab gua.

Dia masih terpinga-pinga.  Kehairanan.


“Kau seperti sudah menyokong hudud sekarang. Dulu kau melawan hukum itu. Cakap hudud tu kejam lah. Tak berperikemanusiaan lah. Tak relevanlah. Sekarang kau cakap yang curi kereta kau tu, kau nak kerat empat..,” terang gua. Menjawab persoalan yang bermain-main dalam benak kepala dia.

Jujurnya,gua tak risau jika dia menerima hukum hudud tetapi berbeza pendapat tentang proses perlaksanaannya, tetapi dia menolak hukum hudud secara total. Malah melihatnya sebagai kejam, tak berperikemanusian dan tak releven.  Menolak bulat-bulat hukum Tuhan, itu yang bahaya.

Dia terdiam. Sunyi. Seperti baru saja ditempeleng oleh kata-kata gua tadi.

“Kau nak kerat empat. Kau tak kesian ke pada pencuri kereta kau tu?” giliran gua menyoalnya.

“Bukan . Bukan tak kesian. Tapi..”

“Tapi kau berasa marah? Berasa geram? Kau rasa kau dizalimi, dikhianati bukan?”

Gua cakap demikian bukan gua nak kenakan dia. Tidak. Gua juga bersimpati dengan dia. Gua sendiri pernah kehilangan kasut dan talifon bimbit sewaktu bersolat Subuh di sebuah terminal bas satu masa dahulu. Segala contacts number, data-data, gambar dan mesej-mesej kenangan gua banyak dalam phone tu. Dah la pagi tu gua sepatutnya pegi dating, maka berseliparlah gua pagi itu berjumpa awek idaman gua.



Marah memang marah. Cuma, taklah sampai nak kerat empat pencuri tu. Bagi gua, gua redha. Mungkin, ada rezeki yang ada pada gua tak bersih, tu sebab Tuhan nak ambil balik dari gua. Gua contented.

“Hudud taklah sampai nak kerat empat. Hanya setakat kerat pergelangan tangan. Itu pun sebelah saja. Nak potong pun bukan lah macam main potong saja macam potong ayam. Susah. Syarat nak potong pun begitu ketat, teliti dan amat rapi. Tujuannya bukan untuk menyeksa, tetapi sekadar mendidik pencuri dan rakyat ,serta menegakkan keadilan untuk semua,” sambung gua.



Apabila terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang faham dan sedar betapa relevannya hukum Allah.

***************************************************************

Sekian sahaja nukilan gua kali ni. Entri ni hanya pengenalan kepada beberapa entri yang akan datang. Untuk entri yang akan datang, gua akan cuba jelaskan satu persatu. Target  gua, semua rakyat Mesia, tak kira Muslim or non-muslim, tak jahil bila orang berbicara tentang hukum hudud ini.

Untuk next entri gua akan terangkan apakah hukum hudud itu sebenarnya, juga punca-punca umat Islam Malaysia menolaknya. Juga untuk next entri, kalau diizinkan Tuhan, gua akan terangkan bagaimana pendekatan yang gua rasa terbaik di mata gua, jika kita ingin melaksanakan hudud di negara kita ini.

Sebab di akhirat kelak, di padang mahsyar, gua tak nak apabila gua dihisab, Tuhan akan tanya pada gua, apa yang gua lakukan untuk menegakkan hukum hudud di negara kita, gua ada jawapan dan usaha yang gua dah lakukan, iaitu memperkenal dan mejelaskan hukum ini kepada umum melalui blog gua.

Untuk pembaca blog gua yang non-Muslim, entri-entri gua yang akan datang boleh dijadikan rujukan jika korang nak tahu tentang hukum hudud ini. Gua sangat-sangat mohon maaf jika ada benda yang korang rasa kurang seronok baca.

Gua hanya menyampaikan. Terpulang atas korang nak setuju atau tidak. Ada sebarang persoalan, hanya komen dibawah. Nanti kita sama-sama bincang.

if you guys can excuse me, gua kena tido awal sket malam ni. Sebab esok gua nak gi Stadium Bukit Jalil kejak. Nak tengok match bola final Piala FA 2013.

Kelantan lawan team Joho.

Saje jew letak gambo ni. Nak kasi semangat sikit. Ehem. Xde kena mengena antara yang hidup atau yang meninggal dunia, or yang akan hidup. Okay?

"Gomo Kelate Gomo".

This is Mejah,

Out.

No comments:

Post a Comment