Sundal [sun.dal]
1. tidak elok kelakuannya (bkn perempuan), jahat, lacur: kau
memang gatal, ~; 2. perempuan lacur, perempuan jalang; ~ bolong sj hantu
puntianak, langsuir; bersundal, menyundal menjadi sundal
(bkn perempuan), menjadi pelacur, melacur; mempersundalkan menyebabkan atau memaksa
(seseorang) menjadi sundal atau perempuan
lacur; persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran.
-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online.
Gambar hiasan. Tak de kena mengena pun. Heh, |
“ Eh, abang. Saya mintak burger ayam biasa je. Bukan burger
ayam special. Siap ada keju dengan daging bungkus telor lagi tu..”
“ Takpelah dik. Kira abang belanja kali ni. Lain kali, adik
datang lah sini lagi. Nah, burger adik..”
“Hee.. Terima kasih abang. Berapa harga semua ni?”
“ Semua sekali, lima hinggit tujuh posen dik. Harga naik
sikit sebab kerajaan dah kurangkan subsidi..”
“Alamak bang. Sorry sangat-sangat. Saya bawak cukup-cukup je
. Alaa.. Saya bawak lima ringgit je ni..(nada merayu-rayu dengan wajah iras2
watak kucing Antonio Banderas dalam cerita Shrek)”
“Oh. Kalu camtu takpelah dik. Lima ringgit pun dah okey dah.
Adik cun punya pasal, ape hal sangat la tujuh posen tu. Asal jangan mintak
free, abang bole kasi la. Boleh nego punya..”
“Owh. Ye ke? Terima kasih abang. Hew hew..”
Salam satu Mesia.
Okey, gua nak tanya dan nak korang jawab dengan tulus. Dah
berapa kali korang terdengar perbualan yang bertemakan perkara yang sama dengan
tema di atas? Kalau bukan scene kedai
burger, mungkin scene- scene kat tempat lain,mungkin dalam drama TV.
Ce angkat
tangan, gua nak bilang.Okeyh. Ramai.
Isunya, perempuan
sering mendapat keistimewaan tertentu bila berhubungan dengan kaum adam.
Lebih-lebih lagi perempuan yang cun, yang comey ,yang mantop, yang Anzalna,
yang Neelofa. Tapi pekara pokoknya, dia itu seorang perempuan.
Juga berapa ramai yang berani mengakui yang di tempat derang
bekerja, ada watak perempuan yang boleh tahan cunnya tapi tak berapa power,
kurang cekap dan tak terer (even tak
reti sekalipun) dalam melakukan pekerjaan derang, but at the end of the day,
watak perempuan itu juga yang mudah dapat promotion dan dapat kenaikan gaji.
Watak itu juga yang disenangi dan di layan dengan baik oleh bos-bos mahupun
rakan sekerja dia.
Sape akui benda ni pernah jadi kat derang. Ce angkat tangan
sekali lagi. Gua nak bilang.
Okey. Terima kasih. Boleh jatuhkan tangan dan sambung baca.
Or korang ada ingat tak, waktu korang gi interview untuk kerjaya
yang langsung tak de kena mengena dengan paras rupa,contohnya kerja operator talipon
untuk Telekom atau Happy Mobile , korang
perasan tak, yang awek dengan rupa
yang boleh tahan, cukup inci bodinya, peluang untuk dia mendapat kerja adalah jauh
lebih tinggi berbanding awek yang tak berapa nak cun, even awek jenis yang
kedua tu lebih berkelayakan dan ada pengalaman.
Belum cukup dengan itu,isu paras rupa ni juga turut melibatkan
bidang kemasyarakatan termsuklah dalam bab-bab kekeluargaan. Sebab,bukan sekali
dua, malah berkali-kali juga gua dengar keluhan few member gua yang mendakwa ,
derang tak menjadi anak feveret parents derang hanya sebab derang tak berapa
nak cantik compare dengan adik-beradik dia yang lain.
It’s sad. But, that’s the ugly truth.
Contoh mudah digest lain:
Sebab dia perempuan, dia tak payah buat kerja berat. Even
sama-sama kerja kilang, jawatan sama, bayar gaji pun sama.
Sebab dia cun, dia naik mudah pangkat. Even minah tu tak
tahu buat kerja.
Sebab dia lawa, tokey kedai tu bole kasi special price. Even
gua yang regular customer pun haram nak dapat.
Sebab dia cantik, abang polis trafik tu kasi lepas -- Ye,
sebab dia cantik dan merayu-rayu dekat abam polis tu untuk tak disaman. Last-last dapat warning je. “Lain kali, adik bawak keta slow sikit ya.
Abang polis takut adik kemalangan..”
Choi!!!
Boleh baca tak permainan dia? Boleh? Bagus. Korang memang
bijak.
Hipotesis Gua:
Dalam semua contoh-contoh yang gua nukilkan dekat atas tu,
gua nak simpulkan satu je dekat sini:
Rupa tu amat-amat-amat-amat penting bagi seorang perempuan.
Semakin lawa seorang perempuan itu, masa depan dia makin cerah- lebih-lebih
lagi yang mana boleh bergaul dengan orang, berpelajaran dan boleh bawak diri
sendiri.
Ehem.. Bagi lelaki gua malas nak cerita. Sebab bukan
satu dua, malah bersepah makhluk yang berkromosom sama dengan gua yang menjadi
kesayangan ramai (family, bosses, masyarakat, orang kampung), even derang tak berapa nak kacak mana.
Why it happen (Kenapa ia berlaku) ?
Sedar tak sedar,memang sejak kita kecik , kita dah dididik
untuk “menghormati” kaum wanita. Dan bagi gua ia tak salah. Maka terbitlah
istilah-istilah “gentleman”, “ladies first” , anti-chauvinist, seksis, feminism
dan tak lupa juga frasa ayat , “kasi can la, dia awek kowt”. Lagi-lagi pada
wanita yang cun, sebab perasaan “menghormati” tu selalu bercampur baur dengan perasaan “sayang” , “kasih”, “cinta”, “wo ai
ni”, “ai shiteru” dan sebagainya.
Iya . Iya. Gua akui. Wanita adalah kaum yang lemah. Kaum
yang harus dibela. Di bentuk dari rusuk kiri lelaki, yang hampir dengan hati
untuk disayangi dan dekat dengan tangan untuk dilindungi. Perempuan tak sekuat
lelaki. Ada kerja-kerja berat lelaki
yang perempuan tak bley buat. Iya. Gua paham.
Kata member gua yang kerja dengan kerajaan dalambab beri
tender ni, kalu negotiator sesebuah
syarikat tu lawa, peluang syarikat tu nak dapat tender tu tinggi. Or bila ada
awek cun dalam opis, kaum2 Adam akan lebih bersemangat nak kerja. The working
atmosphere becomes different. Produktiviti syarikat naik. Budak-budak bujang
nak gi kerja pun tak de lah liat sangat. See? Ada guna “kecantikan” anugerah Tuhan
tu.
Tapi, yang gua concern sekarang adalah orang-orang perempuan
yang sengaja menyalah gunakan “asset” pada diri mereka untuk melindungi
kepentingan diri mereka sendiri.
Kecantikan diri mereka itu menjadi alat atau bantu loncatan
untuk mereka naik ke atas.
Adakah ia masalah?
Tidak . Pada awalnya tidak.
Dah memang Tuhan jadikan dia selawa Nora Danish dalam iklan
sabun pencuci sebelum dia menjanda dan secomel Lisa Surihari dalam iklam
Pampers wanita sebelum dia kawin. Dan memang hukum alam semua orang suka tengok
rupa yang indah. Gua pun camtu jugak. Lelaki mana yang cakap dia “tak memilih
kecantikan rupa, tapi melihat kecantikan hati” tu, gua declare dia mati pucuk.
Cuma, terdapat golongan yang “rupa je lawa, tapi perangai
buruk”, yang turut menggunakan kelebihan-kelebihan mereka itu bukan untuk
kepentingan diri sendiri saja, malah untuk menjatuhkan orang lain. Kadang-kala, walau si cantik tu dok buat hal
dia tapi tak kacau orang lain sekalipun, mungkin akan timbul rasa cemburu dan
dengki dalam hati orang-orang sekeliling mula timbul, ekoran layanan istimewa
yang tak derang dapat.
Contoh mudah, korang sama-sama kerja kilang dengan sorang
minah cun ni. Dia hari-hari dok “menyundal” dan main kenyit-kenyit mata dengan
“supervisa” korang. Tak lama kemudian, minah tu dapat promotion or naik gaji,
even korang kerja kat situ lagi lama dari minah tu. Tak hangin satu badan ke
korang?
Or bak kata member gua, sebab minah tu lawa, apa yang minah
tu cakap , orang lain semua percaya. Semua yang member gua yang tak berapa nak cun
tu cakap, semua yang dia cakap sepatah haram pun orang lain tak dengar. Walau,
si minah cun tu menipu. Tapi sebab dia lawa, orang percaya sama dia.
Lantaran, mereka-mereka inilah yang gua rujuk sebagai
“sundal”, even secara fizikalnya, derang tak berkongsi katil,tilam, selimut,bantal,
gula-gula getah mahupun straw dengan bos-bos derang.
Pedas? Terasa la tu.
Maksud tersirap bandung.
Dalam gua dok membebel dari atas sampai bawah, and sampai
dah penat korang baca, satu je fakta yang tersirat yang gua nak bagitahu;
“we are living in a MALE dominated world”.
Yes. “Male” dominated world. You read it right.
Itulah punca kenapa semua ini berlaku. Itulah kebenaran
pahit yang perempuan-perempuan kat luar sana, yang sedang membaca tulisan ini
harus akui. Itulah yang gua cuba nak sampaikan.
Sebab, gua tengok ramai perempuan yang bermati-matian nak
jadi cantik. Berhabis duit beribu ringgit beli air aura white bagai. Beli jamu
‘Cantik Tak Kak Ton’. Buat breast implant. Cocok botox. Suntik stem sel.
Sanggup mengikat perut sebab nak dapat tubuh yang menggiurkan. Sanggup
terseliuh kaki sebab nak pakai high heels.
Semua kegilaan-kegilaan ini disebabkan
apa?
Sebab nak nampak menarik di depan mata para-para lelaki. Bos
derang. Orang-orang yang “mengusai” hidup derang.
So, syok tak jadi seorang lelaki? Best kan? Tak caya, cuba
tengok video klip lagu Michel Telo, Mr.Worldwide or klip video PSY. Cuba ingat balik iklan-iklan pada
billboard, dalam TV dan majalah yang korang baca. Atau time autoshow or time
pelancaran apa-apa produk. Ce tengok kaum mana yang jadi model.
Kaum yang ada
halkum macam gua ke bukan? Terbukti ke tak kata-kata gua?
Or kalu still tak puas hati,simply scroll atas balik, tengok
billboard blog totallyMejah. Ce gitaw gua,gambar lelaki ke gambar perempuan
yang jadi model. Cun ke tidak. Better gua letak gambar kucing gua je if yang
gua cakap ni salah. Or letak gambar beruang ke. Gambar angsa ke. Kan?
Dalam kulit kacang (In a nutshell).
Dunia memang kejam. Dunia memang tak adil. Terimalah hakikat
tu.
Dua benda gua nak highlight dalam entri kali ni:
- · Perempuan. Asal cantik je, asal tahu bawak diri, ada pelajaran sikit, dah mampu pergi jauh.
- · Lelaki. Tak kacak tak apa. Yang penting bila ada duit, ada pangkat, ada kuasa, ada pengaruh – subjek dalam item kat atas tu akan datang dengan sendirinya. And sebab we are living in a male dominated world (ya, gua seksis), manusia yang mana bergelar “jantan” tu , sedarlah bahawa mereka sangat beruntung. Heh.
Sape stuju apa gua cakap? Angkat tangan. Hoh, yang tak
angkat tangan tu nampak sangat pernah menyundal. Keh keh keh.
Jangan marah eh? Nanti kena jual.
This is Mejah. Out.
*******************************************************
Entri ni gua nukilkan waktu gua tengah belayar. So, kurang sikit bisa dia. So harap maaf. Saja lepaskan rindu nak berblog.
Harap maklum.