Wednesday, 24 October 2012

Bebelan Yaya: Sindrom Balak Handsome, Awek Tak Cun & Awek Cun , Balak Tak Handsome


Salam sejahtera.

[ Makluman ]

<Entry ini telah ditambah sedikit sebanyak oleh Mejah sendiri sebab ada beberapa orang komen entri kali ni isi tak banyak.Tak cukup. Tak puas. So, trimas atas teguran ikhlas anda,Mejah dah tambah siket-siket dari pandangan Mejah (tulisan gua kaler Hijau, gitu!). Harap anda berpuas hati. And to Cik Yaya, jgn kecik hati. U've done a good job. Tq~>

Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it !

Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula, seorang wanita.  Boleh dikatakan, Yaya ni  macam alter ego Mejah la. Chewah.

Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.

Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas rindu menulis blog.

Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat entri kali ni. Hehehe~

Enjoy !!

****************************************************************

Yaya Menulis: Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)

Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem.

Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.

Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah seorang mamat yang menegur kawan Yaya.

Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.

So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya. Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .

The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~

Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu, tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai 10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.

Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.

“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop gila.” kawan Yaya

Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda. Buntu.  Memikirkan beberapa perkara.

“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”

“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”

“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak? Nenek? ”

Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat (tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ). Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.

"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan.

Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,

 “You.. Balak tadi tu handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”

But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex Mejah tu.

“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF awak?”

Sebab.. Mejah tak hensem pun. <-- Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.

Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar mengedit gambar! Hehehe~

Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format totallymejah, SnS (Short n Simple).

  • ·      Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~

Sejujurnya, rata-rata pasangan yang Yaya perhatikan, tak semua macam tu.So gejala Beauty and The Beast ni,bagi Yaya masih pada kadar yang normal dan masih terkawal. Biasanya, Yaya lebih suka tengok pasangan yang dah berkahwin, kerana bagi Yaya,pasangan bercouple tu bukannya jaminan. Couple budak-budak zaman sekarang hanyalah trend. Dan Yaya yakin, jika Yaya tanya budak-budak muda yang sedang berkepit sana sini tu, rata-rata akan cakap yang dia orang tak pasti sama ada mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau tidak. Masih mentah dan tak matang lagi. Infact, topap pun pakai duit PTPTN atau duit mak bapak, apatah lagi merancang dengan lebih jauh tentang masa depan.

Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu.  Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan sama-sama  buruk. Macam Yaya, sama cantik dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’

  • Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan.


Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak seberapa itu. 

Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka pentingkan.

Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage, mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan.

Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam  Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch !

Mereka kembali pada basic : Beauty is only a skin deep and doesn’t last forever.

Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan mereka cerah.

Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni. Sweetalker bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.

And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal / basketball, skill yang tahap  gaban dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam bidang masakan. Get it?

Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana?
Then,again. Another good reason is because, lain orang , lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the beholder. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
  • Conclusion

Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh lagi cun dan lawa? Hentikanlah .


"Will you love me , even with my darkside?"
Darkside- Kelly Clarkson.



.:: Jap Yaya. Mejah Nak Menambah ::.

Jangan cakap korang deny benda ni la. Coz aku pun camtu. Tapi, kalu korang tak  skeptikel cam  gelagat tukang masak kat atas, gua salut korang! Hup-Hup !

Personally, bagi Mejah- beauty is not everything. Coz, gua ada travel ke sebahagian tempat dalam dunia ni dan jumpa macam-macam orang. Semua manusia dijadikan Tuhan cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Cuma , sejak kecik, kita dididik yang cantik dan handsome itu adalah model. Yang gojes dan cun itu penyanyi, pelakon. 

Sampaikan, ada minah tu cakap kat gua, dia diet dan nak kuruskan badan dia kaw-kaw semata-mata sebab nak jadi model. Gua tanya dia, apa sebab dia nak jadi model. Dia hanya cakap, sebab model tu orang yang lawa-lawa. Dan semua perempuan nak jadi model. Gua diam. Tak cakap apa-apa. Sebab gua tak nak bergadoh dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia.

Yang minah tu tak tahu, gua pun ada kawan yang jadi model. Model iklan syampoo kereta sebetulnya. Dan dia jadi model syampoo tu pun sebab nasib dia baik. Sebab dia tak lawa pun.(Bagi gua la, kan?) Tapi da rezeki dia, kan? Tokey syampoo keta tu suka tengok senyuman dia. Biarlah. Gua bangga ada kawan model syampoo keta. Heh.

The point is, cantik atau handsome nya kita, tak bermakna jika orang yang kita sayang tu, tengok kita dan rasa nak tapak-tapak muka kita dengan kaki dia. Pointless. Tak kisah la korang selawa dan seseksi Rosie Huntington-Whiteley (alah, makwe Transformers yang baru tu) sekalipun, tak bermakna kalau balak korang tak lalu nak tengok anda. 

Rosie Huntington : Pergh.. meleleh beb.. Da la cun.. Speaking slang British.. Model VS plak tu,.. Owh.. Owh..

Baik korang muka biasa-biasa saja, tapi bila suami/ orang yang sayang anda tengok korang, derang rasa nak belai , nak pelok dan nak sayang korang, kan? Bukan gua nak cakap, semua orang kena jadi buruk dan tak lawa/hensem, tapi kalau korang rasa korang tak lawa /tak hensem, tak bermakna korang harus merendah diri. Tidak. Perangai tu kena jaga. Mulut tu lazer (sarcasm) skali skala takpe, tapi jangan mulut hudoh (a.k.a mulut takde lesen dalam memburuk dan membusukkan orang).

Janganlah orang kutuk; "Perangai sama buruk dengan muka" or "Harap muka je lawa,perangai epic fail" or "dah la perasan comel, mulut pulak longkang". Sebab, gua pernah jumpa dan bergaul spesis-spesis ni; yang perasan cun dan mulut tak berlapik bila marah- yang buatkan gua pikir, baik tak payah ada bini lawa tapi perangai dan mulut hampeh. Apa guna kita cun, tapi sebab perangai kita yang tak berapa munasabah tu, orang tak respect pada kita. Kan?

Avatar Cik Fatt ; Flaunder the Fish.  Comel. Hik hik.

Bak kata Cik Fatt, sorang member gua, dea cakap-

Quote:


"Ye la..dari mne wujud perkataan ugly? Hodoh...tu sume rekaan mnusia sejagat...
Sbb mata diorang x brknan..terus ckp hodoh
N d fact is..God creates each of u beautifully in His eyes..spe kite nk ckp..Hodoh~"


Unquote:

Tentang bab yang si Fatt tules kat atas tu,korang pikirla sendiri. Memasing da besar, kan? Takkan nak jadi cam budak Emaresem- nak kena suap segala benda.

Bagi Mejah,dalam bab Beauty and The Beast ni, biarlah derang tak lawa. Tak sekufu dalam bab paras rupa ni, tapi bila derang bersama, derang bahagiaBA-HA-GI-YA. Paham? Derang happy. Masa depan derang terjamin. Gua lagi happy lagu tu. 

Kalu dapat yang cun, yang handsome sebagai pasangan hidup tu, kira bonus la. Syukur. Sebab yang penting, kebahagiaan- sekarang dan masa depan yang tyerjamin.Janji dapat restu ayah ibu. Baru berkat perkahwinan tersebut. Insyallah.

.:: Mejah habis tambah, back to Yaya ::.



Sebagai akhir kata, Yaya nak share something yang Mejah tulis di status Wassap dia,

“True love is the ability to love some1 just the way they are and at the same time, the ability to admit own mistake and weakness

“Cinta sejati adalah kemampuan untuk menyintai seseorang dengan sekadar siapa dia dan pada masa yang sama, kemampuan untuk mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri”

So. Korang rasa korang  nak boyfriend/girlfriend yang lagi handsome/lawa dari yang sekarang? Cuba take a step back, and think, korang cantik dan lawa sangat ke sebenarnya? Bersyukurlah ada orang yang sayang korang dengan sepenuh jiwa tu. Jangan menyesal di kemudian hari.

"If you left your lover because you found someone better than him/her, that person you found MAY left you afterwards for someone who are better than you. It’s karma."

Remember that. It happened to Yaya before. Hehehe~

Thanks tau sebab sudi baca tulisan Yaya.

Yaya

Salam sayang.

This is Yaya. Muaahkz. <3


P/s- memang betul, rupa taklah penting. Bak kata mak, hati yang suci dan murni memang sukar dicari. Tapi, sanggupkan anda menatap rupa suami/isteri yang tak berapa kacak/cantik setiap kali anda bangun tidur untuk next 30 to 40 years after anda kahwin? Tepuk dada, tanya selera!


·          

22 comments:

  1. sebb cinta tu dtg dr hati...lau yg ensem n cntik je ade yg nak...ape nak jd kt yg xhensem n xcntik...wah3...

    -sume same je...yg penting hati mau baek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurm.. x sume orang pikir camtu.. Mejah pikir, yang mana dapat membahagiakan, tak banyak kerenah.. dan sedap lah jugak mata memandang.. coz, macam Yaya cakap la, nk lh jugak bgn tido pagi2, bukak mata and tgk ada pasangan hidup kita yg lawa sket, kan?

      btw, lelaki berhak pileh.. pompuan xley nak memileh sgt.. huahuahua..

      Delete
  2. kan?nampak byk kapel camtuh.ada yg mmg mcm x logik nak dterima bijik mata kalau nampak dorang.bg kita mgkn x padan langsung tapi entah celah bulu kaki mana entah dorang suka kat kapel dorang yg ibarat langit dan bumi..itu semua soal hati..

    P/S : saja je nak komen,saja nak tunjuk masih hidup.. HAHAHA kbai <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Soal hati"

      Good term used there..

      Kalau hati da suka xley nak cakap ape, ye dak? Bagi Mejah yang penting bahagia.. Anda bahagia dgn pasangan anda, so be it la kan?

      Entry ni saje nak bagitau, kenapa gejala Beauty and The Beast ni berlaku.. Terima kasih atas pendapat anda..

      Delete
  3. Memang banyk couple2 yg mcm ni.. Banyak sebabnyer juga.. Dulu kwn sy pernah cakap, dia ada balak x hensome sbb biar balak dia xder org lain yg nk. So dia rasa senang. Susah nk jaga balak hensome ni...

    Ada juga sbb duit. Biar x hensome asal poket penuh... Hehehe

    Ada juga org yg cakap biar sedap mata memandang , sbb kita yg nk bersama dia selamanya...

    Tapi masalah sy pula, sy x jumpa lagi sesaper yg sedap dipandang oleh mata ini. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Et Ted ! Eh, Hetty ek?

      Ahem..

      Tu pasal. kekadang sebab perempuan ni, dia pikir dia nak anak2 dia hidup lebih terjamin di masa depan. Thats y derang cenderung pilih yang ada duit.

      Certain2 perempuan pikir, tak ape xde duit, asal hidup bahagia.

      Frankly speaking, utk hidup selesa dan bahagia zaman skrg ni, duit memang memainkan peranan yang penting.

      Selain tu, kahwin dengan orang yang status tinggi (well educated, have good jobs, popular) juga reason kenapa orang meletakkan paras rupa di tempat kedua.

      kekadang depa cakap: rupa hudoh xley ubah. xde duit, tapi ade rupa, kerja rajin-rajin, nanti ada la duit.

      Another thing yang kekadang depa lupa, kekurangan duit juga merupakan antara sebab utama kebanyakkan pasangan suami isteri bergadoh, and to some extent bercerai- isteri komplen x cukup tu, x cukup ni, dan ade plak orang yang ada duit dok cucuk si isteri ni- then, cerai dan kecurangan berlaku.

      Tambah2 plak bini tu lawa, kan? Hehehe.. Just saying..

      And tang balak / awek hensem/lawa susah dijaga tu juga betul. even bini orang pon zaman skarang ni ade orang hijack. payah gak tu. Above all , yang penting adalah KEJUJURAN dan KEPERCAYAAN dalam perhubungan.

      Yang jenis kuat menipu tu, mmg lebih cenderung utk lebih curang.

      Sekian.

      Thanks , Hetty.

      P/s- nanti ada la tu.Anda kan lawa. Mesti ada org nak punya!

      Delete
  4. Salam.
    hal ini pun terjadi juga dalam masyarakat Indonesia, kalo pacaran yang anak anak muda couple kapel tu, umur 13-19 taun pastinya mereka lebih memilih yang cantik dan gagah, ya cinta monyet gitu, karena kalo pacaran dengan yang maaf bahasa agak kasar tampang jelek, bakal jadi ejekan teman2, disekolah ato pun kalo lagi jalan2 di luar, kalo udah umur 20an ke atas yang udah serius mau menjalin hubungan kebanyakannya kita meilih yang mapan, punya pekerjaan yg baik, pengalaman hidup, itu yang terpenting jadi soal tampang udah gk dipersoalkan lagi.
    makanya gk heran kalo ketemu orang cantik menikah dengan pria yang jelek, dan sebaliknya.

    menurut orang yang udah nikah, keluarga dan teman saya rata rata bilang kecantikkan dan kegagahan hanya untuk sementara sama sekali tidak menjadi kebahagiaan rumahtangga :) :)

    maaf komen panjang soalnya saya baca postingannya lebih dari 20 mnt, saya hayatidan pahami baru berkomentar.

    Have a bless day Mejah & Yaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Susan.

      Maaf ya kerana perlu ambil masa yang lama membaca entry di atas, malahan dalam bahasa rojak Malaysia pula. Mejah harap Susan faham sepenuh contentnya. (>___<)

      Ya, saya stuju banget dengan kamu. Kecantikan dah kegagahan itu gak bisa jamin kebahagiaan. Tapi, pasangan yang mapan, punyai pengalaman hidup, punyai pekerjaan yang baik, itu hampir pasti bisa menjamin masa depan yang lebih cerah. kalau ketemu yang punyai ciri tadi, serta cantik, itu sebenarnya bonus!

      Barangkali, yang memikirkan kegagahan dan kecantikan itu poin penting dalam memilih pasangan, mungkin masih belum matang. Mejah juga berfikiran demikian semasa Mejah remaja.

      Anyway, thanks Susan ! Nanti Mejah sampaikan salam Susan pada Yaya.

      Delete
    2. Ok.
      gk papa. saya bisa ngeti bahasa Melayu, keseringan baca blog blog orang Melayu. :)
      yaa, tapi gk gampang kalo wanita lebih memilih kemapanan dibanding paras rupa, karena kalo orang cantik ketemu jelek dibilang si cewek matre.. itu lho yang mau uangnya aja, tapi kalo dipikir secara sehat memang lebih baik memilih kemapanan dibanding paras rupa. :)

      Delete
    3. iya benar.

      Stuju banget sama Susan. Thumbs up!

      Tapi, kalau bisa memilih, Mejah juga akan memilih yang mapan dan cantik! Gak mau jika tiada salah satu.

      Hehehe~

      Delete
  5. skang ni muka da tolak tepi, paling penting poket tak kosong (kebanyakkannya, tp tak semua)...hai, dunia2.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tipoo ~ tipoo ~tipoo !!

      Mejah still memileh rupa !

      Bhahahahaha~

      Delete
  6. haha, mnusia dlahir nk bnda2 baik cntik sempurna,. suma orang nk dpt cntik hnsem lawa kaya raya baik hati dan smua baik2 la,.

    ReplyDelete
  7. gambar terakhir aku spesis ke-5,tak ensem takde awek langsung
    umor da lanjut tak pernah ada awek layan,kui3
    jumpa blog nie pun google 'awek cun balak hodoh' utk menenangkan hati konon akan dapat gak dimasa depan,hahaha, pathetic
    tak dapat di dunia takpe, sabda Rasulullah jadi pegangan; "Tiada si bujang di dalam syurga" (Muslim)

    ReplyDelete
    Replies
    1. chill la bro..

      yang penting, bagi gua la. Utk approach perempuan ni, lu kena ada courage.
      Seken thing, jgn memileh sangat.

      yg bnyk kes yg gua jumpa, either laki or pompuan yg lambat dapat jodoh ni, geng2 yang leceh, cerewet dan terlalu memilih. Macam gua ni.

      so.. jodoh tu memang da tetap. but kena usaha jugak, bro.

      ok?

      need help or counseling, feel free to drop me a line, k?

      Delete
  8. hoho.. i x taw pun u blogger

    ReplyDelete
  9. nak celah sikit . hee . cantek/handsome tu subjektif . mcam sye dgn kawan sye taste ktorg mmg lain .. dy cakap handsome , sye tak cakap pon handsome . mungkin sye ckap yg A nie biase-ii jer .. tapi kawan sye ckap yg A nie handsome gile . cenggitu lah kira nye .. hee .. mcam gmba neelofa dgn anzalna kat atas tadi . neelofa mmg cantik . cantik sgt tapi sye suke lagi tgk anzalna .. tapi sye prempuan sye bgi cntoh lelaki lah . hehe .. contoh aaron aziz dgn syazwan zulkifli .. aaron aziz hensem gile kot tapi sye suke lagi tgk muke syazwan zulkifli nie .. contoh lagi , hehehe .. mungkin saye suke tgk ketera ferrari tapi org lain mungkin kereta lain .. haa gituu . hehe .. betulkan kalau sye sala .. :) .

    ReplyDelete