Disclaimer: Ini hanya sebuah carpen pendek yang agak panjang. Kalau nak baca, bacalah dengan perlahan-lahan. Kalau tak ada masa, jangan baca kalau tak nak serabut kepala otak.
Berat juga persoalan yang aku bawa kali ni.
And uh, this is just a write up story. It's not real. Not entirely real. Not entirely.
***********************************************************
Petang itu aku turun ke kedai mamak RSMY. Selain untuk
menikmati cheese nan nya yang dikatakan antara paling gempak di bandar
metropolis Kuala Lumpur, aku datang ke sini sebab aku perlu jumpa seseorang – Indra, kawan lama aku.
Jujurnya, aku kenal Indra dah lama, sejak dari zaman matriks
dulu. Dulu, kami amat rapat sewaktu belajar sekali. Malah,aku juga individu
yang bertanggung jawab membasuh otak dia agar jangan kawin awal. It was back in
2007 aku bagi dia pesanan tu, but crazy as it seems, dia dengar cakap aku
sampai sekarang – untuk tak berkahwin
sampai mencecah umur 30.
Beza dia dengan aku, dia agak skema. Aku pula agak
rebellious. Dia bukan member yang kau boleh ajak teman kau fly or orang yang
ushar line masa kau ceroboh masuk asrama perempuan time sekolah menengah. Tapi,
tu kira ok lah sebab dia bukan kaki sabo.
Pernah sekali dia bagitahu aku yang mak makwe dia suruh
masuk meminang. Aku nasihatkan dia kalau betul dah setuju, family mak makwe dia
sukakan dia, dia dah mampu sara bini, just go on with it. But, dia pulak marah
aku sebab galakkan dia kawin.
Dia argue pasal pegangan hidup aku. Pasal benda-benda yang
aku pernah set up dalam kepala otak dia pasal perempuan. Tentang cara memikat
hati perempuan. Kelemahan mereka. Cara menjadi lelaki bermulut manis. Cara
menjadi buaya.
Tapi itu dulu. Zaman aku jahil. Zaman aku tak kenal lagi
erti jatuh cinta. Zaman aku tak reti lagi hargai hati perempuan. Zaman sebelum
aku kenal apa itu maksud frust nonggeng. Sebelum hati aku ibarat pinggan
Noritake digilis treler 18 tayar yang sarat membawa muatan bauksit di Kuantan.
Kini aku dah jadi lelaki baik. Tulus, suci, jujur dalam memuji.
Seseci lebaran bak kata Siti Nurhaliza sebelum dia kawin dengan Dato’K. Kerana
aku percaya, ayat paling sweet tu adalah ayat yang lahir dari hati dan bukan
lahir dari nafsu.
Sedang benak aku terbang melayang mengingatkan kembali semua
ex-ex aku yang sesetengahnya aku hanya kenal rupa tapi tak ingat nama, dan
sesetengahnya pula aku hanya ingat nama tak ingat rupa, bahu aku ditepuk dari
belakang.
“Eh, bro!”, kata aku menyapa Indra sambil menghulurkan
tangan untuk bersalam. Dia meyambut salam aku dengan tangan kanan sedang tangan
kirinya menarik kerusi, melabuhkan punggungnya untuk duduk.
“Eh lama gila tak jumpa kau, Mejah. Since habis majlis si
Azza kawin kan?” katanya sambil mengangkat tangan menanggil mamak.
“Eh, yelah. Ingat juga kau ye. Aku baru start cuti time tu.
Drive dari Sepang, turun PD..” balas aku.
“Mana tak ingat. Kan kau bawak gift besar gila masa wedding
dia. Semua orang ingat lah. Eh, kau tahu cerita kan pasal Azza tu?” soal Indra.
“Aku tak tahu..” jawab aku, menipu. Pura-pura tak tahu
cerita pasal Azza.
Sebenarnya, selepas 6 bulan kawin, Azza ada contact aku
pasal dia nak bercerai dengan laki. Kata Azza, suami dia jual MLM. Sebab skim MLM
laki dia dah kantoi, ramai orang serang suami dia dan dia. So, dia nekad nak
tinggalkan suami dia, dan actually aku yang temankan dia lari ke Johor Bharu.
Menyorok kat sana. Seminggu juga aku temankan dia disana; cari rumah sewa,
interview kerja, berkongsi tilam dan bantal.
Pasal aku bawak lari Azza tu, aku rasa Tuhan je yang tahu.
Rahsia kami.
Punyalah aku tatang Azza macam bini aku sendiri. Bawak lari,
carikan tempat tinggal, carikan dia kerja. Lepas 2 bulan aku “larikan” dia,
Azza tiba-tiba hilang. Tak dapat dikesan dari radar. Aku pun tak dapat hubungi
dia. Dia turut lari dari aku. Celaka.
Rugi? Taklah, aku dah dapat apa yang aku nak dari Azza. No
regrets.
Bagi aku pergilah jika dia nak pergi. Nak hilangkan diri.
Nanti time dia sesak-sesak, aku juga yang akan dia cari. Nanti jumpa lah balik
kalau Tuhan nak tunjuk.
“Dia cerai dengan laki dia. 6 bulan je kawin bro. Lepas tu,
dia hilang..” terang Indra pada aku. Aku mengangguk tanda faham. Buat-buat aku
tak tahu apa-apa. Biarlah minah cantik
kacukan Arab-Siam-Melayu itu hilang dalam lipatan sejarah hidup aku.
“Oh ya, kau telefon aku lewat malam semalam kenapa? Mak kau
paksa kau kawin awal ke macam mana?” kata aku, bergurau dengan dia.
“Tak lah..” Indra hanya tunduk. Melepaskan nafas yang begitu
berat.
“Nasib baik juga kau sebab aku ada kat KL. Boleh juga aku turun jumpa kau. Apa
masalah dia?” soal aku. Pelik juga bila air muka dia tiba-tiba berubah bila aku
tanya kenapa.
“Kau ada kenser ke apa? Ada lagi berapa bulan lagi kau punya
nyawa?” tambah aku sambil bergurau dengan mulut becok.
“Gila kau! Taklah. Ini pasal Sheera..”, jawab Indra.
“Sheera? Makwe kau yang kau tak masuk meminang dia sebab aku
larang dulu?” soal aku, mahukan kepastian.
Indra mengangguk tanda ya.
“Kau buat dia mengandung?” soal aku, berseloroh.
“Gila kau! Mana ada! Aku mana keji macam kau! Hahaha..”
balas Indra, kali ini dia gelak. Bagus. Aku suka bila dia gelak. Sebab aku tahu
masalah yang Inda akan kongsikan dengan aku nanti bukan masalah serius. Kali
kedua aku digelar gila dalam tempoh kurang seminit.
“Pasal Sheera. Dia.. dia dah tak layan aku macam dulu..”
tambah Indra, menjawab soalan yang aku tanyakan dia awal-awal tadi. Kini,dia
nampak agak sedih.
“Maksud kau, dia pinggirkan kau? Ceritalah sikit details
dia,” kata aku pada Indra. Butuhkan lebih maklumat.
“Aku kawan dengan Sheera dah lama. Since lepas matrix lagi.
Lepas tu kami berpisah masa masuk U. Lost contact. Then time start kerja,
tup-tup kami duduk satu level dekat office. Cuma dia department lain…”
“Kami berkawan lama. Dekat 2 tahun, then dia kena tukar
pergi ke tempat lain. Outside KL. Office branch kat Penang..”
“Masa dia baru pindah. Aku baru rasa hidup aku macam sunyi
bila dia tak ada. Nak pergi kerja pagi-pagi pun dah tak ada mood..”
“But kami keep in touch with each other. Siang kerja, malam
kami chat lah. Wassap-wassap. Time tu jugalah aku rasa, she’s the one for me.
Dia pun macam okay je dengan aku. Kami tak adalah declare kami kapel macam
budak-budak darjah satu, but yeah we got each other..”, terang Indra, panjang
lebar.
“Then, apa masalah dia?” soal aku. Ibarat anak kucing mengejar rama-rama terbang di padang rumput. Segalanya kedengaran indah
“Let me guess. Dia tiba-tiba busy, tak ada masa untuk kau.
Maybe dia dah tak nak layan kau sangat dah? Or, perhaps dia dah tak semesra
masa kau satu office dengan dia dulu?” soal aku lagi tanpa sempat Indra
menjawab soalan awal aku tadi.
“Erm.. yeah.. Yes. Macam mana kau tahu?” akui Indra terhadap
dakwaan aku. Dia seolah-olah pelik bagaimana aku tahu cerita yang bermain dalam
kepala otak dia.
“Ini Mejah lah. Kau dah lupa. I know girls inside out. How
they think, how they react and the things that you must be aware of..” kata aku
bangga, sambil jari telunjuk aku
menggesel hujung hidung aku yang tak gatal. Genetik ego dalam diri aku ni memang tak boleh nak dibendung.
“ Yeah.. That’s why aku nak tanya pendapat kau, Mejah..”
balas Indra.
“ Haha.. okay-okay..” kata aku sambil menuangkan Coca-Cola
Light ke dalam gelas berisi ais yang sudah separuh cair. Aku teguk. Perit
rasanya tekak apabila air berpaksikan ekonomi Yahudi itu menerjah masuk ke
kerongkong aku.
“Kau nak aku bagi jawapan yang tipu tapi menyenangkan ke,
kau nak aku bagi tahu the truth yang menyakitkan?” soal aku kembali kepada
Indra melontarkan pilihan jawapan yang ingin dia dengar dari mulut aku.
“Well, aku selalu sangka baik. Aku percayakan dia. Bila dia
cakap dia sibuk, aku telan je bulat-bulat yang dia tengah sibuk. Long distance
relationship is about trust, kan?” balas Indra.
“Long distance? KL – Penang? Tak sampai 4 jam pun drive kau
tahu tak? Kau jangan buat lawak. Aku punya long distance relationship belah
laut kau tahu? Pisah benua!” kata aku sambil menempelak Indra.
“Kau lain Mejah. Aku lain. Berbeza. Kat KL ni, orang rumah
sebelah pun kita tak kenal siapa. Apatah lagi kalau orang kat Penang,” hujah
Indra pada aku. Aku pun tak tahu point dia tu releven ke tidak, but aku datang
untuk nasihatkan dia. Untuk selesaikan masalah. Bukan untuk bahan dia.
“Kalau aku nak sedapkan hati kau, aku boleh je kau buta-buta
percayakan dia. Cipta macam-macam alasan dan andaian pasal apa dia cakap dia
sibuk. But,as a friend yang jujur, aku nak kau faham apa yang akan aku cakap
ni, mungkin akan lukakan hati kau..” terang aku kepada Indra. Dia kelihatan
tersentak dengan kata-kata aku.
“Well. I need to know what you think about this, Mejah. It’s
confusing. I don’t know what to believe anymore..” kata Indra dengan suara
tersekat-sekat. Ibarat dengar tak dengar je suara dia.
Aku teguk Coca-cola sekali lagi. Menarik nafas panjang. Aku
pandang Indra. Tengok tepat ke dalam mata dia.
“Dia dulu baik dengan kau. Rapat dengan kau. Hari-hari dia
akan contact kau. Share sekecik-kecik benda yang berlaku pada dia sepanjang
hari tu. Kau boleh rasa kemesraan dia time dia berborak dengan kau.
Kadang-kadang, bila kau dengar suara dia, jantung kau yang berdebar-debar,”
kata aku pada Indra.
“Kadang-kadang bila dia marah dia cari kau untuk tempat dia
luah perasaan. Kadang-kadang bila dia sedih, dia mintak kau dengar dia
mengeluh. Kau maybe spend berjam-jam dengar dia menangis dan meraung dalam
phone. Teman dia. But, bila dia gembira, dia share dengan kau keriangan hati
dia,” tambah aku.
“Sometimes, dia akan stay up late dengan kau. Borak
benda-benda deep. Share rahsia dia yang tak pernah dia share dengan orang lain.
Dia dedahkan part mana yang paling fragile dalam diri dia,” sambung aku.
“Yes, betul,” kata Indra. Mata dia kelihatan bersinar-sinar.
Mungkin teringat moments indah dia dengan Sheera agaknya.
“Dia jadi open up dengan kau, share secrets dia dengan kau
sebab dia percayakan kau. Kadang-kadang sebab dia nak tahu kau ni jenis jantan
macam mana. Boleh jaga secret dia ke tak. Husband meterial ke tak..”
“Then, suddenly everything changed kan?”soal aku.
“Emm..” balas Indra, bunyi macam nak tak nak je jawab.
“Dia always cakap dia busy or penat. Bila dia online, dia
dah jarang tegur kau. Kalau kau chat dengan dia, dia balas macam nak tak nak
je. Her excitement is gone. Kau rasa dia layan kau macam outsider.
Kadang-kadang bila dia update status di FB dia pun, status yang kau sendiri pun
tak ada idea apa yang jadi pada dia. Benda yang selalu dia cakap adalah dia
letih, penat, nak rehat. Sedih, gembira dia semua dia tak share lagi dah dengan
kau,” terang aku pada Indra.
Indra tunduk. Tak mampu berkata apa-apa. Mungkin setiap
benda yang aku bentangkan pada dia tu benda yang sedang dia tempuh.
Aku berhenti bercakap. Anney datang membawa sepinggan cheese
nan. Di letakkan diatas meja bersama
kuah putih berpudina. Aku tarik cheese nan tersebut. Tersembul keluar keju cair
seputih susu dari bahagian yang aku tarik. Meleleh-leleh seperti hati aku tiap
kali aku tengok rancangan Anis Nabilah memasak. Sedap. Enak. Mengasyikkan.
“Tapi kenapa Sheera dah tak kongsi segala benda yang berlaku
dalam hidup dia dengan aku lagi dah?” soal Indra pada aku.
Aku menghembus nafas selepas Indra mengacukan soalan itu
kepada aku. Keratan cheese nan yang berada dalam tangan aku, aku letakkan dalam
pinggan. Aku mengalihkan pandangan aku tepat ke muka Indra.
“Sebab.. mungkin sebab dia dah ada orang lain untuk dia
bercerita..” balas aku.
Air muka Indra berubah seperti baru kena panah dengan
halilintar.
“Yup. Maybe dia dah ada orang lain sebagai tempat dia
melepas perasaan..” kata aku sambil meneguk air.
“Tak kot. Maybe dia betul-betul busy. Penat..” respons
Indra. Somehow, aku tahu dia seolah-olah cuba bersangka baik, husnuldzon- macam
geng surau selalu cakap bila depa nak tipu diri sendiri tentang kejahatan orang
lain.
“Dude.. Ginilah.. Meh aku cerita sikit dengan kau..” kata
aku. Mula menyusun ayat dalam kepala aku, nak terangkan benda ni pada Indra.
“U see. Aku dulu pun ada makwe. Zaman sekolah, zaman matrix,
zaman U, zaman kerja.. Dah banyak perempuan aku jumpa dan hang out with. Kongsi
bantal dan tilam sama-sama. So apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman
aku..”
“Kau kena faham, busy adalah alasan paling mudah untuk kau
shut someone down. Kau malas layan someone, alasan yang paling legit dan paling
tak menyakitkan adalah “Saya Busy”. Kalau lelaki, biasanya kita akan cakap
“saya tengah driving” or “saya nak solat”. Alasan yang orang tak boleh nak
kondem balik..”
“But, alasan tetap alasan. Not more than that. Kalau betul
kau care pasal someone, kau akan find time. Kau akan usaha cari masa. For
example, kalau kau letih, kau akan call dia or layan dia chat sampai kau
tertidur. Kadang-kadang sampai kau tak tidur langsung sebab kau seronok chat dengan
dia..”
Jika wanita/lelaki tersebut berborak atau chat di phone sampai dia tertidur, kahwinilah dia. He or she got you in his or her mind and carry you together in their sleep. |
“Kalau kau tengah driving, kau akan sanggup berhentikan
kereta tepi jalan semata-mata kau nak jawab panggilan dia. Kalau kau ada tengah
ada kelas, kau sanggup curi-curi mesej bawah meja or sanggup tuang kelas sebab
nak keluar dengan dia..”
“Sepatutnya, kalau dia cakap dia busy, or middle of doing
something, lepas dia habis kerja dia, dia akan immedietly call kau or reply
mesej kau. Ia hanyalah alasan..”
“Infact, masa aku kerja shift, aku pernah buat sambungan
haram internet dalam main server kat office aku. Semata-mata sebab aku nak baca
email makwe aku time aku tengah kerja. Kalau boss aku find out, mati aku kena
buang kerja, kau tau tak?”
“Tapi, kita jadi berani dan sanggup buat benda-benda bodoh
ni sebab apa? Sebab bila kau dilamun cinta, kau sayangkan someone, kau sanggup
buat semua benda. When you are in love, everything you do, it feels so right,
even if its wrong..” syarah aku panjang lebar pada Indra.
Indra terdiam. Matanya nampak berkaca. Aku dah ready nak
hulurkan dia tisu yang buat balut sudu garpu aku tadi. Tak macho lah kalau
jantan menangis, ini bukan cerita telenovela Latin.
“So, apa perlu aku buat,Mejah?” soal Indra. Mulutnya sedikit
mencebik, tanda kecewa.
“Kau. Jaga-jagalah. Tak perlu letak harapan tinggi sangat.
Kalau kau serius dengan dia, kau masuklah meminang. Jumpa family dia. But,
kalau dia tak nak, dia cakap dia tak sedia, kau faham-faham lah..”
“Kau layan je dia macam biasa. Cuma kurangkanlah sikit,
takut dia menyampah pula dengan kau. Tak perlu kau soal dia apa-apa. Kalau dia
rasa dia sudi nak share dengan kau, dia akan sharelah. Kalau tak, kau buat-buat
tak tahu je…”
“Nanti dia sesak-sesak, dia bosan, tak ada orang nak layan
dia, dia cari lah kau balik..” kata aku pada Indra.
“Maybe, aku perlu cari orang lain? Lupakan dia terus?” soal
Indra lagi.
“Up to you. Cari je, bukan kau bertunang dengan dia ke apa
pun. Sebab, kesakitan yang dibuat oleh seorang perempuan tu, hanya boleh
dirawati dengan menggunakan seorang perempuan juga. Vice-versa..” terang aku
sambil menghabiskan potongan terakhir cheese nan.
“Ermm.. I’ll think about it then..” balas Indra.
Indra meyeluk sakunya. Mengeluarkan telefon bimbitnya,
memeriksa mesej. Melihat Facebook. Membelek TL di Twitter. Dia mencebik lagi,
tiada tanda sebarang aktiviti Sheera.
Apa agaknya yang perempuan tu tengah buat sekarang?
Mungkinkan sedang tengok wayang dengan jantan lain di
Queensbay Mall?
Mungkinkah sedang makan Char Kotiaw dengan member-member
lelakinya yang lain dekat Jalan Dato Keramat?
Mungkinkah sedang meratah peha ayam Nasi Kadaq Line Clear di
Jalan Penang?
Lantaklah, lepaskan dia. Biarlah dia nak buat apa. Kau
sabarlah, Indra.
“Mejah.. Kau kan expert bab-bab relationship ni. Kau.. Kau
bila lagi, bro ?” soal Indra, menghempap persoalan berat keatas aku.
“Aku? Entahlah Indra. Makwe pun takde. Haha..” balas aku.
Malas nak bukak cerita-cerita “kegagalan” aku. Berselindung di sebalik tawa
yang amat tawar.
Aku kemudiannya mengalihkan perhatian aku kepada phone aku.
Unlock, dan membelek TL di FB. Aku lihat perempuan yang aku tengah kejar
separuh mati dalam hidup tengah online. Baru post status yang aku pun tak berapa pasti
pasal jantan mana.
Bukak ruangan chat, rupanya dia dah baca mesej aku hours
ago, but dia tak reply. Ouch.
Bukan kau sorang Indra yang kena macam tu. Ramai orang
dibagi “harapan” palsu. Termasuk aku. Sebab tu aku faham perasaan kau. Aku
doakan kau cepat-cepat kawin Indra. Kawin pula dengan orang yang akan sayangkan
kau.
Amin.
******************************************************
Salam 1 Malaysia.
Kepada followers TotallyMejah yang mana setia, Mejah sincerely minta maaf sebab lama tak update blog.
Reason dia bukan sebab apa, Mejah cenderung untuk bercakap pasal sesuatu isu melalui FB Mejah saja. Plus, Mejah juga menjadi penulis artikel sukan untuk blog SemuanyaBOLA. Busy sikit.
Harap kalian makin sihat. Dan teruskan berblogging if that's what you guys really enjoy to do. Do things that make you happy. Okay?
And no. Mejah belum kawin lagi. Kalau Mejah kawin, kawin akan bagi tahu kalian. Hahaha.
Okay guys. Have a great day, and thanks for drop by.
This is Mejah.
Out.
What a great story!!
ReplyDelete