Salam sejahtera dan salam satu Mesia.
Maskot totallymejah doing gangnam style. Hehehe~ (biasanya, gua asik gambar awek je gua letak, ye dak?) |
For the record, gua bukan kaki K-Pop. Gua bukan peminat drama Korea yang
banyak lelaki dia jambu dan suka menangis itu. Gua juga bukan lelaki yang suka
tengok awek Korea yang cun macam anak patung menyanyi dan menari seragam dalam
bahasa yang gua tak faham. Bukan orang yang menggunakan dana MARA atau duit
PTPTN untuk membeli tiket konsert SuJu, T-Ara atau Bigbang. Dan of course, gua
bukan seorang yang duduk bersimpuh atas meja study hingga berejam-jam melayan rancangan
The Running Man.
Itu bukan gua. Tidak. Pemikiran dan mentaliti gua tak dijajah oleh awek-awek Korea. At least, belum lagi.
Dan gua menulis enrti kali ini bukanlah kerana gua suka sangat
lagu Gangnam tu. Tipulah kalau gua cakap dalam fon gua xde lagu tersebut gua download. Ada. Cuma merasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan rasa
supaya masyarakat Malaysia yang gua sayang ni, lebih berfikir dan matang bila
berhadapan dengan khabar angin di internet or so called “rumors”.
Maybe isu asas dalam entry kali ni (Gangnam hina Islam ?) lewat
sket- dah lapuk bak kata sesetengah orang. Tak panas. Masok angin. Tapi xpelah,
sebab Gangnam tu bukan benda asas yang ingin gua ketengahkan. Gangnam tu hanya
menjadi platform utk gua meluahkan pendapat dan pandangan gua.
Yang menjadi asas utama yang ingin gua ketengahkan adalah
cara rakyat Malaysia bertindak balas dengan cerita yang dibawa oleh angin-
“rumors”, yang x berasas, yang mereka x
kaji, x teliti tetapi pakai telan dan sebar tanpa sebarang unsur periksa.
Harus diingat, ini bukan sekali gua bercakap tentang isu
mentality masyarakat Mesia ni- dari kes pengharaman Starbucks kerana gelatin babi dan arak rum dalam keknya,kisah mamat
Bangladesh jatuh & mati dalam tangki kilang Coca-cola, teori lelaki curang ber IQ
rendah, peristiwa STOP KONY 2012 sehinggalah kes ini - Gangnam menghina Islam.
Okeyh, STP (straight to the point), baru-baru ni gua baru
balik dari berlayar- almost 6 bulan di laut. So, dalam sebulan sebelum gua
balik, masyarakat dunia tengah hangat dilanda demam Gangnam. Sehinggalah gua
balik (mid of Sept 12), and gua investigate, barulah gua taw apa sebenarnya
Gangnam style itu. Kira gua tak up to date sangat la pasal Gangnam ni.
Kejap, korang taw tak apa yang gua tengah citew ni? Infact, nenek gua kat Kampung Dewa Beta Hilir kat Kelantan pun taw apebenda fenomena Gangnam ni. Jgn gitaw gua korang tak taw pulak. Xpe. Yang xpenah taw ape tu Gangnam style, sila layan video bawah ni.
Gangnam style- lagu dan tarian tangan bersilang gaya ala-ala koboi naik kuda kepang. Ah, naik kuda. Bukan kuda kepang.
Baru jew gua nak layan Gangnam style tu, ada plak kazen gua cakap
“benda tu haram bang, Gangnam tu bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”,”. Gua tepuk
dahi. Gua tanya dia balik, “Sape cakap?”. Dia jawab. “Internet,”. Gua senyum.
Betul lah dia ni tipikal Malaysian. Senang betul percaya pada khabar kat internet. Gua
tak salahkan dia. Maybe sebab masyarakat sekeliling dia pun macam tu juga.
Gua pon bukak FB. Dan
seperti yang diberitakan, memang ada makhluk2 yang pakat menyebar “fitnah”
bekenaan. Gua tepuk dahi lagi sebab ramai pulak yang share gambar tu. Mengarut
betul. Gua investigate lagi, mencari terdapatkah blog-blog atau orang yang menafikan
berita palsu tu.Dan nasib baik, tak semua masyarakat Malaysia jahil dalam isu
ini- mungkin mereka sebahagian peminat-peminat K-Pop yang ingin mempertahankan
“kesucian K-pop" yang mereka minat bagai tu,atau sekadar rakyat Mesia yang
seperti gua merasa terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Tapi tak kisah lah,
kerana mereka tahu, sudah terlalu banyak penipuan di zaman sekarang dan mereka
bangkit untuk menegur apa yang tidak tepat, salah,tak berasas atau ringkasnya
cerita-cerita “karut”.
This is wot Im talking about. See, I not going to blame the person who created this "nonsense" first, but I blame those insolent people who irresponsibly spread this s*** out. Gila publisiti maybe. |
Okeyh. Sila teliti fakta-fakta yang ingin diutarakan.
Auta 1: Oppa Gangnam Style Bermaksud “Saya ingin menjadi Yahudi laknatullah”
Fakta 1: Oppa Gangnam Style secara ringkasnya bermaksud
“Abang, stail (cara) Gangnam”
Okey. Apa tu Gangnam Style ? Penah tanya Uncle Google dak?
Tak pernah? Takpe. Bagi gua cerita. Dari apa yang Makcik Wikipedia bagitaw gua,
Gangnam adalah sebuah area di bandar raya Seoul, ibu negara Koria. Specialnya
area Gangnam ni adelah kerana area tersebut adalah area masyarakat yang tinggi
taraf hidupnya (classy lifestyle).
Ni lah gambar banda raya Seoul, area Gangnam, baq hang ! |
So, terma “Gangnam style” tu merujuk kepada cara hidup mewah
mereka-mereka yang tinggal di area Gangnam. Dan sekonyong-konyongnya menolak
dakwaan yang “Oppa Gangnam Style” kunun-kunun nya bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”.
Tulusnya, lagu ini menceritakan tentang gaya hidup warga Gangnam yang mewah dan menyeru agar mereka tidak mencari "kekayaan palsu". Camtu la lebih kurang intipati lagu ni. Faham?
Maka,
sesiapa yang percaya pada dakwaan "Saya nak jadi Yahudi" tersebut,bolehlah anda ketegeorikan diri anda
sebagai “Bangang”. Hahaha. Sori. Guraw jew. But, yeah. Truth hurts. Jika anda
percaya, anda banganglah jawabnya.
So, if korang tannak dilebel “bangang”, so next time bila ada
rumors di internet,sila check seadanya ke“valid”an info tersebut okay? Heh.
Sapa percaya dan sapa sebar dan still percaya benda ni, anda memang sengal ! |
Auta 2: Mempersendakan Burroq dan Silang Tangan Sebagai
Salib .
Fakta 2: Ni lagilah karut. Camne gua nak eksplain ni. Erm..
Okey. Dari penelitian gua,dari segi direct translation liriknya, xde pon perkataan
Burroq (binatang tunggangan Nabi Muhammad SAW) dalam lirik lagu
tersebut. Dan logiknya, jika anda naik kuda pun, kalau kuda tu laju, adekah
dengan menyilang tangan (gaya PSY) itu akan membuatkan pegangan pada tali kuda
makin kuat? Tidak ! Honestly, a human with a working brain inside his/her head
wouldn’t think so, unless they are born retarded!
Isu tangan silang sebagai salib? Pure
nonsense! Perlukah gua mengulas? Bak kata seorang mamat dari satu blog (Oh Tidak! Blog), beliau
menyatakan:
“Abis, otroman (Ultraman) pun buat
silang tangan ko nak kata apa? Otromen agen Kristian? Otromen hina Islam?
Otromen pencacai Kristian?”
(terribly sorry for my Christian
friend who may read this, I’m just quoting what the man said).
Extract from Oh, Tidak ! Blog. Bawah ada link untuk baca kisah penuh perdebatan ini ! |
Klaka kan? Then, there are some
insolent people who defend their statements regarding the issue.
Menyedihkan. Huh~
Gua secara jujurnya tidak faham bagaimana masyarakat Mesia
ini berfikir dan bertindak balas terhadap “rumors” ini. Kenapa mereka kurang
pemikiran inkuiri untuk menyelidik dan perasaan ingin tahu. Kenapa mereka tak sekurang-kurangnya, berfikiran seperti gua? Padahal,gua orang Kelantan , negeri yang dilebel sebagai "negeri
paling mundur" dan tak berapa maju. Duduk pulak di hujung negari nun,
bersempadan dengan Siam. Gua hidup dalam family yang sederhana. Masa membesar
tak pernah kenal ASTRO pun. Sekolah pun sekolah kampung saja- yang mana murid
satu kelas sampai 50 orang. Petang-petang, bila gua ponteng kelas agama, gua
akan pergi menangguk ikan laga dalam parit- bukannya ralit bermain Gameboy
Color, PS X atau bermain kad Pokemon. Kampung nya hidup gua. Gua tak membesar dalam
keadaan demikian.
Persoalannya, mengapa rakyat Mesia hari ini, yang rata-rata
cerdik pandai dan hidup dalam keadaan yang serba moden dan lebih baik dari gua,
tidak mampu untuk mentafsir segala informasi yang disuap kepada mereka? Mengapa mereka tidak
merasa terpanggil untuk bertanya kepada diri mereka sendiri,
“Betulkah apa yang diceritakan oleh internet/orang ini?”
“Apa kata , kita kaji dulu informasi ini sebelum kita
sebarkan kepada awam?”
“ Terdapatkah sumber-sumber lain yang dapat kita periksa
untuk mengesahkan maklumat ini (multiple resources, not only from one)?”
Pokoknya, asal isu itu hangat dan popular, mereka akan terus
menyebarkannya – dengan mindset, jika mereka menyebar rumors itu, mereka
seorang yang up to date dikalangan masyarakat sekeliling mereka. Lebih-lebih
lagi jika rumors itu adalah bersangkutan dengan agama dan akidah yang mereka
anuti. Semua pakat sebar pakai SMS,BBM, Twitter dan sebar melalui email dan
Fesbuk.
Gua sedar bahawa masyarakat Malaysia memang penyanyang dan
perihatin. Gua hargai dan hormati nilai itu, cuma kadang2 gua harap masyarakat
Mesia ni lebih berhati-hati dalam menyebebar dan mempercayai rumors yang
sekadar didengar di mulut atau yang terbaca di internet. Dan berwaspadalah
dalam menyebar info yang anda dapat. Bukan percaya dan sebar secara buta-buta
saja “rumors” tersebut, bukan hanya pasal Gangnam ini, tapi juga hal-hal lain.
You may think that by only changing your own perception alone on seeing
things is just a small effort, but cumulatively, it will bring a greater impact
on our society in the future. And it all starts from you.
Anda mungkin fikir yang dengan hanya menukar persepsi anda sendirian dalam melihat kedalam sesuatu perkara hanyalah usaha yang kecil, tetapi secara kumulatifnya (terkumpul), ia akan memberi satu impak yang lebih besar untuk masyarakat kita di masa akan datang. Dan ia bermula dengan anda.
Keep spreading the words and ideas to the one you love and
care.
Semoga bangsa Malaysia takkan menjadi bangsa yang jahil
tukil , bangang dan mudah diperbodoh-bodohkan di masa akan datang.
Terima kasih.
This is Mejah. Out.
If you guys can excuse me, gua nak gi layan Parody “Super
Kampung Style” kejap. Heh .
Comelnya Hunny Madu tersebut.. Owh.. Owh..
Here's your link for reference, TQ~
- http://sudutpandanganku.blogspot.com/2012/09/lagu-gangnam-style-hina-nabi.html
- http://beautifulnara.com/penyebaran-lagu-oppa-gangnam-style-hina-islam-ialah-satu-penipuan-bodoh-daripada-orang-melayu/
- http://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_District
- http://en.wikipedia.org/wiki/Gangnam_Style
- http://blogr.my/go/33930/lirik-lagu-gangnam-style-hina-islam-adalah-palsu.html
P/S- Sori lah bahasa kasar sket. Harap maaf . Dan harap korang dapat poin yang gua nak ketengahkan. Segala komen dialu-alukan. Trimas.
Rilex mejah.... Cool plz..... ;)
ReplyDeleteBoleh marah.. kearah masyarakat mesia yg lebih berkualiti.. XD
Deletetotally true mejah.. bila org kata Islam hatters diorg marah, sdgkan diorg sendiri bertindak tanpa berfikir panjang.
ReplyDeleteyg buat fitnah tu pon org Islam gak.. Bdk tingkatan 3... Pastu abis satu Mesia jd bodoh sebab dia.. Bertuah betul siapa yg melahirkan nya.. (from rumors.. Heh!)
Deletebetul2..wa pun bukan peminat K-Pop tapi lagu tu ada lam hp wa..ada cari lam google translation pasal lirik ni,mmg xde bkait jarak rapat atau jarak jauh dengan hina Islam..nice super duper extra superb entry..info yg mabeles serta gojes <3
ReplyDeletewah.. lu rock la.. kalu jumpa nanti, kita same2 nari gangnam okeyh! bersenam.. kearah Mesia cerdas.. and thanx for baca n kometing , kak..
DeleteXD
nice entry...mane ko ha? hilang je
ReplyDeletesaya senyum je baca, tak tau nak komen apa, tapi saya salut dengan jalan pemikiran kamu.
ReplyDeleteitu barulah orang yang bijak dan pandai berpikir, semoga kedepan gk ada lagi isu mengina satu antar lain.
salam
Salam Susan.
DeleteSaya minta maaf jika kamu tersinggung dengan artikel diatas. Saya tidak rasis, dan tidak mempersendakan agama.Hanya mempersendakan pemikiran masyarakat Malaysia yang cetek fikiran nya. Saya benar2 harap kamu maafkan saya jika saya menyakiti hati kamu.
Terima kasih kerana sudi membaca nukilan hati saya.
Aziri Pauzi.
p/s- as a Muslim, we also love and believe in Jesus (Isa A.S).
6 bulan di outstation ke? Patut le lama ilang.
ReplyDeleteTo be honest, dulu aku pun jenis yang ko sumbat je apa pun, aku terima dan telan. Langsung taknak guna akal fikiran. Masa tu mmg naive. Sebab aku tak pernah terfikir yang ada org jenis pandai reka cerita utk tujuan tertentu. Sebab aku ingat semua org macam aku, hanya beritahu perkara yang sahih-sahih je.
Tapi bila aku dapat satu ayat dalam Al Quran Surah Al Hujurat ayat 6 yang bermaksud ;
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."
Aku terus je boleh tapis berita yang aku dgr atau baca di internet. Pasal Gangnam style ni, pastu pasal upin ipin agenda yahudi ko ada dengar? Yang tu pun boleh tahan bangang style jugak.
Wah..
DeleteGanas bahasa akak.. Kaget kejak gua..
Btw, trimas atas ayat Koran tu.Memey berguna bangat.
6 bulan? outstation? xlah.. Gua keje la kak.. Atas kapal.. Hehe~
Upin n Ipin agena Yahudi? xpenah dgr plak tu..
And congratz, coz da x jadi "bangang" dah..
LOLAR,
Aziri Pauzi.
<3 hehehe~
ReplyDeletesmoga mereka2 tu buka mata n buka minda sikit...
amin~
DeleteBerubahlah rakyat Mesia !! Hup-hup!
sibuk sangat la gangnam sana sini.nak komen nak bangkang.terpulang gaduhla......sama sama kome...
ReplyDelete