Tanggal 13 March 1964, jam 0320 pagi, satu kejadian
bunuh,rompak dan rogol berlaku di Austin
Street, berhampiran Kew Garden, Queens, di ibu kota New York, USA. Mangsa , Catherine "Kitty" Genovese, yang baru pulang dari kerja telah
diserang berulang kali pada malam yang sama. Beliau sebenarnya telah menjerit
meminta tolong semasa diserang, namun dianggarkan terdapat seramai lebih kurang
12 orang (ada yang mengatakan lebih 34 orang) saksi yang mendengar dan melihat
kejadian itu, tidak berbuat apa-apa sehinggalah keadaan sudah terlambat.
Yang
lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku hanya di hadapan apartment mangsa, di kawasan
kediaman beliau.
True story.
Intro:
Pernah tak tengah korang jalan-jalan dengan pakwe or makwe
korang then korang tertengok ada pelancong
mat salleh tengah sesat? Then Mat Salleh tu tengah bertanya pada seorang
uncle atau auntie yang tak berapa reti nak cakap bahasa inggeris, dan
komunikasi antara mereka tak ubah macam ayam tengah bercakap dengan itik. Pastu
korang yang terer bahasa Inggeris ni hanya biarkan derang dengan hal derang
tersendiri- mengharapkan ada orang lain yang terer Bahasa Inggeris macam anda
yang akan muncul dan mengambil tanggung jawab membantu Mat Salleh tersebut?
Dengan alasan-korang ada hal tersendiri dan malas nak angkat
port dan masok campo urusan orang lain. Kelak akan ada orang lain yang akan
tolong derang walau bukan korang.
Okey.. If me found Minah Salleh like this oso me spik Manglish. I say, "u go straight, no kona-kona". |
Kalau gua jadi korang pun, gua malas nak angkat port.
Unless, yang mat salleh sesat tu adalah
seorang awek yang cun melecun , dan yes –gua akan bantu seadanya. Siap tunjuk
jalan dan lukis peta kasi derang. Tak cukup itu, siap mintak add di FB dan
follow Twitter lagi. Dengan alasan, senang nak contact bila ada ape-ape jadi.
Biasalah, gua ni kan lelaki yang baik serta warga Malaysia yang
bertanggungjawab. Ehem.
Tapi bukan itu yang gua nak tekankan. Bukan.
Yang gua nak nyatakan disini adalah suatu gejala psikologi
yang dipanggil “responsibility dispersion / penyuraian tanggungjawab” atau “bystander effect/ kesan pemerhati”.
Sebahagian ahli psikologi yang turut
memanggilnya sebagai “responsibility diffusion” atau “Genovese Syndrome”.
Kesemua istilah-istilah ini merujuk kepada gejala psikologi yang sama.
If korang search "responsibility diffiusion", gambar ni la yang akan kuar. Ce Google kalu x caya.. |
Definisi:
Secara amnya, dari sudut akademik , fenomena psikologi ini bolehlah ditafsirkan sebagai:
“bila terdapat lebih banyak orang di suatu tempat dan di
masa yang sama, akan lebih sukar untuk orang yang berada dalam kesusahan untuk
mendapat pertolongan”.
Dalam bahasa mudahnya, ia bermaksud “budaya malas nak angkat
port hal orang lain sebab korang pikir akan ada orang lain yang akan tolong”.
Straight forward, gua kasi translate kat korang paham. Mudah kan?
Secara teorinya, kehadiran
orang –orang lain membuatkan setiap individu itu berasa dirinya kurang penting
untuk bertindak balas pada situasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan
dengan setiap pertambahan bilangan orang lain di tempat itu,rasa tanggung jawab
untuk membantu itu semakin kurang !
Meraka masing-masing akan
menganggap akan ada orang lain yang akan memberikan bantuan, lebih-lebih lagi
jika masih terdapat lagi orang lain yang dirasakan lebih layak untuk membantu.
Hipotesis Sindrom Genovese: Pertambahan jumlah orang di suatu tempat berkadar songsang dengan kebarangkalian seseorang dalam kesusahan itu mendapat bantuan sewajarnya. |
Implikasi:
Nampak enteng, namun jika diperhalusi, gejala ini mungkin membawa
masalah yang amat besar. Lihat saja pada kes yang gua nyatakan diatas. Cuba
letakkan watak mangsa dalam kejadian diatas adik atau kakak perempuan korang, anak
korang, mak korang, crush korang, atau awek or bini korang. Yang mana bila ada
benda-benda buruk berlaku kat derang, orang-orang lain yang mendengar atau
melihat kejadian tu tak menolong, malah buat-buat tak nampak dan tak dengar
kerana mereka malas nak angkat port dan harap ada orang lain yang akan tolong.
Pikir-pikir balik, memang ngeri beb. Siyes seriau gua rasa.
Kisah rogol yang sadis. Ingatkah anda ? |
Reason : Bakpo (mengapa) hal ini berlaku?
Bagi gua personally, hal tak nak angkat port ni berlaku
sebab masyarakat kurang kasih sayang antara manusia. Kurang semangat kejiranan.
Kurang semangat satu Malaysia. Eh? Kesitu plak. Hal ini semakin jelas jika
korang lihat di area Bandar-bandar besar. Masing-masing dok sebok wat hal
masing-masing, malas nak campur hal orang.
Contoh: Kajian kes di Malaysia (bagi senang paham)
Pernahkah dengar dialog2 sumbang ini?
Dialog 1:
“Biarlah si Man tu kena dera dengan bini dia. Hal rumah
tangga derang,”
Dialog 2:
“Aku nampak Amran, anak si Kiah tu kena pukul kaw-kaw dengan
bapak dia sebab poteng sekolah. Biar jelah. Memang tu kot cara si laki Kiah tu
nak didik anak. Akan ade kowt, orang lain akan report polis dan masok Buletin
Utama…”
Dialog 3:
“Semalam si Rosie ,anak jiran kita tu angkut 5 orang mat
motor masok dalam rumah dia. Mak budak tu takde pergi umrah. Tataw la apa yang
jadi dalam rumah tu semalam. Nanti ada la orang lain report kat jabatan agama
tu.. Bukan hak kita nak menyebok..”
See? See?
Another reason kenapa hal ini berlaku, sebab masyarakat
malas nak panjangkan cerita- malas jadi saksi, malas naik turun mahkamah, malas
nak terlibat, etc. Hal ini lebih common bila hal-hal yang lebih serius,
terutamanya melibatkan hal-hal jenayah. Masyarakat juga takut, kerana mereka
berasa gerun untuk melaporkan-kalau-kalau si pelaku salah itu akan target
family meraka pula. Jadi, biarlah orang lain yang menanggung risiko itu- dan
bukan mereka.
How to prevent it from happen?
Mae: " Why do you think the rape case is increasing? Because the (bad) people becoming brave. Why? Because of people like you (yang malas nak angkat port)." |
Soalan tu sukar untuk gua jawab. Infact, gua sendiri pun
baru tersedar tentang bahayanya syndrome ini jika dibiarkan bertapak dalam
minda masyarakat kita. So, the best approach yang gua boleh suggest is, 2
benda:
- Raise the awareness
- Masyarakat kita ni sebenarnya kadang-kadang
tidak sedar tentang sindrom ini. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan
mengelakkan diri dari terpalit dengan sindrom ini, dan implikasi yang boleh
berlaku. Percayalah, jika mereka meletakkan diri mereka dalam kes Kitty
Genovese sperti diatas, mereka akan sedar dan mungkin akan berubah.
- Pupuk semangat kejiranan dan kasih sayang sesama makhluk
- Nowadays people (including myself) tidak lepas
dari kemahuan mahu megelakkan diri dari campur tangan dalam hal orang lain yang
kita tak kenal,mahu mengelak untuk meletakkan diri dalam kekusutan masalah
orang lain. Thus, the proclivity of the to bent and move away from involving
themselves into the trouble is increase.
If we manage to put some L.O.V.E within the community, things gonna get
better- percayalah.
- Sudah-sudahlah bergaduh tentang perbezaan kaum
dan perbezaan kepercayaan pollitik sesame kita. Racist, hate, anger- its all
bad stuff. Cubalah hindari. Try to focus on our similarity, not on our
differences.
As my Kelantanese friend always say: "Ikok kawe kubba kawe" –Meaning: Its my buffalo; Its up to me to do what with it. |
Konklusi:
Natijahnya, syndrome psikologi “Responsibility Dispersion”
ini sebenarnya bukan benda baru—“dah lama dah !” bak kata Dr.M, mantan PM kita masa dia nak letak jawatan.
Secara tidak langsung, kita sendiri pun sebenarnya pernah terbabit secara kita
sedari atau tidak.
Hal ini jelas mencerminkan yang kita ni sebenarnya
sangat-sangat pentingkan diri sendiri, dan malas nak membantu orang lain yang
korang tak kenal—unless macam gua cakap, yang dalam kesusahan tu awek yang amat
lawa, atau cowok yang sanget genteng, orang berjawatan tinggi dan punyai
kepentingan pada korang— barulah korang akan bantu derang dengan seadanya.
Choi!!
Ok? Faham.
Gua highly suggest korang tengok video yang gua attach kat
bawah ni.
Ia merangkumi segala mesej yang gua cuba sampaikan. Memang best video ni.
Highly reccommended !
If u excuse me, gua nak gi tolong aunty yang depan gua ni
kejap. Dia baru je jatuh.
Tak, aunty ni tak cantik. Dah nama aunty, kan? Tapi awek
yang cuba nak tolong aunty ni lawa . Bila lagi gua nak tunjuk gua ni gentelmen,
ye dak?
Ok. Chao~
Spread the words fellas. Let’s make Malaysia a better
community and a safer place to live.