Saturday, 18 May 2013

Entri Factual: Responsibility Dispersion / Responsibility Diffusion for Dummies



Tanggal 13 March 1964, jam 0320 pagi, satu kejadian bunuh,rompak dan rogol  berlaku di Austin Street, berhampiran Kew Garden, Queens, di ibu kota New York, USA.  Mangsa , Catherine "Kitty" Genovese, yang baru pulang dari kerja telah diserang berulang kali pada malam yang sama. Beliau sebenarnya telah menjerit meminta tolong semasa diserang, namun dianggarkan terdapat seramai lebih kurang 12 orang (ada yang mengatakan lebih 34 orang) saksi yang mendengar dan melihat kejadian itu, tidak berbuat apa-apa sehinggalah keadaan sudah terlambat.

Yang lebih menyedihkan, kejadian itu berlaku hanya di hadapan apartment mangsa, di kawasan kediaman beliau.

True story.



Intro:

Pernah tak tengah korang jalan-jalan dengan pakwe or makwe korang then korang tertengok ada pelancong  mat salleh tengah sesat? Then Mat Salleh tu tengah bertanya pada seorang uncle atau auntie yang tak berapa reti nak cakap bahasa inggeris, dan komunikasi antara mereka tak ubah macam ayam tengah bercakap dengan itik. Pastu korang yang terer bahasa Inggeris ni hanya biarkan derang dengan hal derang tersendiri- mengharapkan ada orang lain yang terer Bahasa Inggeris macam anda yang akan muncul dan mengambil tanggung jawab membantu Mat Salleh tersebut?

Dengan alasan-korang ada hal tersendiri dan malas nak angkat port dan masok campo urusan orang lain. Kelak akan ada orang lain yang akan tolong derang walau bukan korang.

Okey.. If me found Minah Salleh like this oso me spik Manglish. I say, "u go straight, no kona-kona".

Kalau gua jadi korang pun, gua malas nak angkat port. Unless, yang mat salleh sesat  tu adalah seorang awek yang cun melecun , dan yes –gua akan bantu seadanya. Siap tunjuk jalan dan lukis peta kasi derang. Tak cukup itu, siap mintak add di FB dan follow Twitter lagi. Dengan alasan, senang nak contact bila ada ape-ape jadi. Biasalah, gua ni kan lelaki yang baik serta warga Malaysia yang bertanggungjawab. Ehem.

Tapi bukan itu yang gua nak tekankan. Bukan.

Yang gua nak nyatakan disini adalah suatu gejala psikologi yang dipanggil “responsibility dispersion / penyuraian tanggungjawab” atau  “bystander effect/ kesan pemerhati”. Sebahagian ahli psikologi yang  turut memanggilnya sebagai “responsibility diffusion” atau “Genovese Syndrome”. Kesemua istilah-istilah ini merujuk kepada gejala psikologi yang sama.

If korang search "responsibility diffiusion", gambar ni la yang akan kuar. Ce Google kalu x caya..

Definisi:

Secara amnya, dari sudut akademik , fenomena psikologi ini bolehlah ditafsirkan sebagai:

“bila terdapat lebih banyak orang di suatu tempat dan di masa yang sama, akan lebih sukar untuk orang yang berada dalam kesusahan untuk mendapat pertolongan”.

Dalam bahasa mudahnya, ia bermaksud “budaya malas nak angkat port hal orang lain sebab korang pikir akan ada orang lain yang akan tolong”.

Straight forward, gua kasi translate kat korang paham. Mudah kan?

Secara teorinya, kehadiran orang –orang lain membuatkan setiap individu itu berasa dirinya kurang penting untuk bertindak balas pada situasi dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Dan dengan setiap pertambahan bilangan orang lain di tempat itu,rasa tanggung jawab untuk membantu itu semakin kurang !

Meraka masing-masing akan menganggap akan ada orang lain yang akan memberikan bantuan, lebih-lebih lagi jika masih terdapat lagi orang lain yang dirasakan lebih layak untuk membantu.

Hipotesis Sindrom Genovese: Pertambahan jumlah orang di suatu tempat berkadar songsang dengan kebarangkalian seseorang dalam kesusahan itu mendapat bantuan sewajarnya.


Implikasi:

Nampak enteng, namun jika diperhalusi, gejala ini mungkin membawa masalah yang amat besar. Lihat saja pada kes yang gua nyatakan diatas. Cuba letakkan watak mangsa dalam kejadian diatas adik atau kakak perempuan korang, anak korang, mak korang, crush korang, atau awek or bini korang. Yang mana bila ada benda-benda buruk berlaku kat derang, orang-orang lain yang mendengar atau melihat kejadian tu tak menolong, malah buat-buat tak nampak dan tak dengar kerana mereka malas nak angkat port dan harap ada orang lain yang akan tolong.

Pikir-pikir balik, memang ngeri beb. Siyes seriau gua rasa.

Kisah rogol yang sadis. Ingatkah anda ? 

Reason : Bakpo (mengapa) hal ini berlaku?

Bagi gua personally, hal tak nak angkat port ni berlaku sebab masyarakat kurang kasih sayang antara manusia. Kurang semangat kejiranan. Kurang semangat satu Malaysia. Eh? Kesitu plak. Hal ini semakin jelas jika korang lihat di area Bandar-bandar besar. Masing-masing dok sebok wat hal masing-masing, malas nak campur hal orang.

Contoh: Kajian kes di Malaysia (bagi senang paham)

Pernahkah dengar dialog2 sumbang ini?

Dialog 1:
“Biarlah si Man tu kena dera dengan bini dia. Hal rumah tangga derang,”

Dialog 2:
“Aku nampak Amran, anak si Kiah tu kena pukul kaw-kaw dengan bapak dia sebab poteng sekolah. Biar jelah. Memang tu kot cara si laki Kiah tu nak didik anak. Akan ade kowt, orang lain akan report polis dan masok Buletin Utama…”

Dialog 3:
“Semalam si Rosie ,anak jiran kita tu angkut 5 orang mat motor masok dalam rumah dia. Mak budak tu takde pergi umrah. Tataw la apa yang jadi dalam rumah tu semalam. Nanti ada la orang lain report kat jabatan agama tu.. Bukan hak kita nak menyebok..”

See? See?

Another reason kenapa hal ini berlaku, sebab masyarakat malas nak panjangkan cerita- malas jadi saksi, malas naik turun mahkamah, malas nak terlibat, etc. Hal ini lebih common bila hal-hal yang lebih serius, terutamanya melibatkan hal-hal jenayah. Masyarakat juga takut, kerana mereka berasa gerun untuk melaporkan-kalau-kalau si pelaku salah itu akan target family meraka pula. Jadi, biarlah orang lain yang menanggung risiko itu- dan bukan mereka.

How to prevent it from happen?

Mae: " Why do you think the rape case is increasing? Because the (bad) people becoming  brave. Why? Because of people like you (yang malas nak angkat port)."
Soalan tu sukar untuk gua jawab. Infact, gua sendiri pun baru tersedar tentang bahayanya syndrome ini jika dibiarkan bertapak dalam minda masyarakat kita. So, the best approach yang gua boleh suggest is, 2 benda:

  •       Raise the awareness

-   Masyarakat kita ni sebenarnya kadang-kadang tidak sedar tentang sindrom ini. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan mengelakkan diri dari terpalit dengan sindrom ini, dan implikasi yang boleh berlaku. Percayalah, jika mereka meletakkan diri mereka dalam kes Kitty Genovese sperti diatas, mereka akan sedar dan mungkin akan berubah.

  •        Pupuk semangat kejiranan dan kasih sayang sesama makhluk

-   Nowadays people (including myself) tidak lepas dari kemahuan mahu megelakkan diri dari campur tangan dalam hal orang lain yang kita tak kenal,mahu mengelak untuk meletakkan diri dalam kekusutan masalah orang lain. Thus, the proclivity of the to bent and move away from involving themselves into the trouble is increase.  If we manage to put some L.O.V.E within the community, things gonna get better- percayalah.

-   Sudah-sudahlah bergaduh tentang perbezaan kaum dan perbezaan kepercayaan pollitik sesame kita. Racist, hate, anger- its all bad stuff. Cubalah hindari. Try to focus on our similarity, not on our differences.

As my Kelantanese friend always say: "Ikok kawe kubba kawe" –Meaning: Its my buffalo; Its up to me to do what with it.
Konklusi:

Natijahnya, syndrome psikologi “Responsibility Dispersion” ini sebenarnya bukan benda baru—“dah lama dah !” bak kata Dr.M, mantan PM kita masa dia nak letak jawatan. Secara tidak langsung, kita sendiri pun sebenarnya pernah terbabit secara kita sedari atau tidak.

Hal ini jelas mencerminkan yang kita ni sebenarnya sangat-sangat pentingkan diri sendiri, dan malas nak membantu orang lain yang korang tak kenal—unless macam gua cakap, yang dalam kesusahan tu awek yang amat lawa, atau cowok yang sanget genteng, orang berjawatan tinggi dan punyai kepentingan pada korang— barulah korang akan bantu derang dengan seadanya. Choi!!

Ok? Faham.

Gua highly suggest korang tengok video yang gua attach kat bawah ni.
Ia merangkumi segala mesej yang gua cuba sampaikan. Memang best video ni.


                                    Highly reccommended !

If u excuse me, gua nak gi tolong aunty yang depan gua ni kejap. Dia baru je jatuh.

Tak, aunty ni tak cantik. Dah nama aunty, kan? Tapi awek yang cuba nak tolong aunty ni lawa . Bila lagi gua nak tunjuk gua ni gentelmen, ye dak?
Ok. Chao~

Spread the words fellas. Let’s make Malaysia a better community and a safer place to live.


This is Mejah. Out. 

1 comment:

  1. Btul....dah byk sgt org cmtu....rietta pown kdg kdg cmtu, bila org dh ramai...mls nk cmpur...tpi hakikatnya...yg ramai tu sekadar pemerhati...

    ReplyDelete