Monday, 12 August 2013

Cerita Rakyat: Sabil, Prebet Sapu dan Pagi Raya

Latar tempat : Lapangan Terbang Pengkalan Chepa
Latar masa : Pagi raya pertama
Latar masyarakat: Masyarakat Mesia berbilang kaum yg menyambut raya

Camni la rupa Air Port Kota Bharu, baq hang! 


Pagi itu pagi raya. Sabil baru saja selamat mendarat di Pengkalan Chepa  jam 8 pagi setelah bertolak dari LCCT awal pagi tadi. Sayup-sayup kedengaran suara takbir memecah keheningan pagi itu. Kerana kesibukan kerja , baru hari itu Sabil dibenarkan bercuti dan pulang beraya di Kelantan. 

Target Sabil hanya satu, setibanya dia di Kelantan, cepat-cepat dia mahu bertolak ke Kampung Dewan Beta, Kota Bharu untuk menyambut hari lebaran bersama atuk dan nendanya. Dilihat di pintu keluar ruang menunggu itu, terdapat beberapa orang yang menawarkan khidmat “prebet sapu”  atau nama rasminya “teksi tanpa lesen”.

Bey, ambo nok gi Kappong Beto ,Koto Baru nih. Slaluh. Berapo ya hey?”, soal Sabil , dalam bahasa Kelantan. Mungkin dia boleh mendapat diskaun jika berbuat demikian, pikirnya.

Translation: “Bang. Saya nak pergi ke Kampung Beta, Kota Bharu ni. Sekarang. Berapa ringgit ya?”

“Koto Baru, dik? Buleh. 80 ya..” balas mamat prebet sapu tersebut, sambil menjeling kearah 3 lagi rakannya yang sedang menghisap rokok dan buat muka poker face. 

Translation: “Kota Bharu, dik? Boleh. 80 ringgit”

Sabil terkejut mendengar jumlah itu. Seingatnya, 2 bulan lepas dia juga pernah ke destinasi itu. Dan harganya adalah Cuma sebanyak “30 ya” sahaja. Gila cekik darah ni !!

“Hurm. Takpo lah bey. Timo kasih..” ujar Sabil , sambil berlalu dari situ. Kecewa dengan sikap “abey” tersebut. Pergerakan Sabil  terus diperhatikan sepi oleh 4 orang pemandu “prebet sapu” tersebut.

Sambil berlalu, Sabil menelefon ayahnya . Ayah Sabil yang juga on the way to Kota Baru berjanji untuk mengambil Sabil di lapangan terbang. Niat asal Sabil yang tak mahu menyusahkan orang tuanya di pagi raya itu tak kesampaian disebabkan oleh sikap pemandu “prebet sapu” yang nyata mahu mengambil peluang.

Selesai menelefon, Sabil menyalakan rokok DUNHILL biru di bibirnya. Dah sebulan dia tidak merokok di siang hari. Terasa sungguh nikmat di setiap tarikan dan hembusan asap yang penuh karbon monoksida itu. Terkedek-kedek datang “abey”  yang Sabil tegur tadi. Sabil buat-buat tak nampak saja mamat tu.

“Ginilah boh. Ambo siyey ko demo, boh. Kalu 60 guano? Takdok 80 gak, 60 pun takpo doh..” ujar “abey prebet sapu” tersebut. Memujuk Sabil.

Translation: “Macam nilah , boss. Saya kesiankan awak, boss. Kalau 60 ringgit macam mana? Tak ada 80 ringgit, 60 ringgit pun dah okay”

“Tak po, terimo kasih..” balas Sabil. Ringkas. Tak pandang pun muka “abey” tersebut.

 Pelik, tadi panggil aku “adik”, sekarang panggil aku “boss” pulak. Adoyai. Sabil mencampakkan puntung rokoknya ke dalam longkang.Beredar dari situ.

Sabil masuk ke ruang dalam air port, menuju kearah  kerusi urut berbayar. Dimasukkannya wang kertas berwarna merah ke dalam mesin itu itu, lalu dia duduk di kerusi itu sambil berbual-bual dengan Mat Salleh yang ada disebelahnya. 

40 minit berlalu,  sebuah kereta Mercedez berwarna perak masuk ke dalam kawasan airport dan parking betul-betul di sebelah kereta “abey prebet sapu” tersebut. Kemudian, Sabil keluar dari ruang menunggu dalam air port dan memasukkan bag tariknya ke dalam kereta itu. 

Kereta ayah Sabil sudah tiba. Kelihatan ayah Sabil, ummi dan adiknya dalam motokar itu. Selesai bersalaman dengan ayah dan umminya, Sabil berjalan kearah “abey-abey prebet  sapu” yang dari tadi memerhatikan gelagat Sabil.

Sabil bersalam-salaman dengan pemandu-pemandu teksi haram tersebut dan menghulurkan mereka duit sebanyak 10 ringgit setiap seorang. Mereka semua kelihatan blurr. Kemudian, Sabil memegang bahu “abey” yang memancingnya tadi dan berbisik:

Gambar hiasan. Ni bukan Sabil, ya adik-adik!

“Abey, ambo bukey tak dop pitih sakni. Abey mitok 100 pun ambo bulih bui lagi. Cumo, ambo tok brehi berkompromi  denga orey-orey yang membusuk kae namo negaro nih..

Translation:
“Abang. Saya bukan tak ada duit tadi. Abang nak seratus pun saya boleh bayar. Cuma, saya tak suka bagi peluang kepada orang yang membusukkan nama negara ini..

Sabil berlalu. Dan “abey-abey prebet sapu” tadi masih tercengang.  Mereka merasa “terpukul” dengan perlakuan Sabil tersebut, terutamanya yang memancingnya tadi.

Semoga mereka berubah.

No comments:

Post a Comment