Latar tempat : Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Latar masa : Pagi raya pertama Latar masyarakat: Masyarakat Mesia berbilang kaum yg menyambut raya
Camni la rupa Air Port Kota Bharu, baq hang!
Pagi itu pagi raya. Sabil baru saja selamat mendarat di Pengkalan Chepa jam 8 pagi setelah bertolak dari LCCT awal pagi tadi. Sayup-sayup kedengaran suara takbir memecah keheningan pagi itu. Kerana kesibukan kerja , baru hari itu Sabil dibenarkan bercuti dan pulang beraya di Kelantan. Target Sabil hanya satu, setibanya dia di Kelantan, cepat-cepat dia mahu bertolak ke Kampung Dewan Beta, Kota Bharu untuk menyambut hari lebaran bersama atuk dan nendanya. Dilihat di pintu keluar ruang menunggu itu, terdapat beberapa orang yang menawarkan khidmat “prebet sapu” atau nama rasminya “teksi tanpa lesen”. “ Bey, ambo nok gi Kappong Beto ,Koto Baru nih. Slaluh. Berapo ya hey?”, soal Sabil , dalam bahasa Kelantan. Mungkin dia boleh mendapat diskaun jika berbuat demikian, pikirnya. Translation: “Bang. Saya nak pergi ke Kampung Beta, Kota Bharu ni. Sekarang. Berapa ringgit ya?” “Koto Baru, dik? Buleh. 80 ya..” balas mamat prebet sapu tersebut, sambil menjeling kearah 3 lagi rakannya yang sedang menghisap rokok dan buat muka poker face. Translation: “Kota Bharu, dik? Boleh. 80 ringgit” Sabil terkejut mendengar jumlah itu. Seingatnya, 2 bulan lepas dia juga pernah ke destinasi itu. Dan harganya adalah Cuma sebanyak “30 ya” sahaja. Gila cekik darah ni !! “Hurm. Takpo lah bey. Timo kasih..” ujar Sabil , sambil berlalu dari situ. Kecewa dengan sikap “abey” tersebut. Pergerakan Sabil terus diperhatikan sepi oleh 4 orang pemandu “prebet sapu” tersebut. Sambil berlalu, Sabil menelefon ayahnya . Ayah Sabil yang juga on the way to Kota Baru berjanji untuk mengambil Sabil di lapangan terbang. Niat asal Sabil yang tak mahu menyusahkan orang tuanya di pagi raya itu tak kesampaian disebabkan oleh sikap pemandu “prebet sapu” yang nyata mahu mengambil peluang. Selesai menelefon, Sabil menyalakan rokok DUNHILL biru di bibirnya. Dah sebulan dia tidak merokok di siang hari. Terasa sungguh nikmat di setiap tarikan dan hembusan asap yang penuh karbon monoksida itu. Terkedek-kedek datang “abey” yang Sabil tegur tadi. Sabil buat-buat tak nampak saja mamat tu. “Ginilah boh. Ambo siyey ko demo, boh. Kalu 60 guano? Takdok 80 gak, 60 pun takpo doh..” ujar “abey prebet sapu” tersebut. Memujuk Sabil. Translation: “Macam nilah , boss. Saya kesiankan awak, boss. Kalau 60 ringgit macam mana? Tak ada 80 ringgit, 60 ringgit pun dah okay” “Tak po, terimo kasih..” balas Sabil. Ringkas. Tak pandang pun muka “abey” tersebut. Pelik, tadi panggil aku “adik”, sekarang panggil aku “boss” pulak. Adoyai. Sabil mencampakkan puntung rokoknya ke dalam longkang.Beredar dari situ. Sabil masuk ke ruang dalam air port, menuju kearah kerusi urut berbayar. Dimasukkannya wang kertas berwarna merah ke dalam mesin itu itu, lalu dia duduk di kerusi itu sambil berbual-bual dengan Mat Salleh yang ada disebelahnya. 40 minit berlalu, sebuah kereta Mercedez berwarna perak masuk ke dalam kawasan airport dan parking betul-betul di sebelah kereta “abey prebet sapu” tersebut. Kemudian, Sabil keluar dari ruang menunggu dalam air port dan memasukkan bag tariknya ke dalam kereta itu. Kereta ayah Sabil sudah tiba. Kelihatan ayah Sabil, ummi dan adiknya dalam motokar itu. Selesai bersalaman dengan ayah dan umminya, Sabil berjalan kearah “abey-abey prebet sapu” yang dari tadi memerhatikan gelagat Sabil. Sabil bersalam-salaman dengan pemandu-pemandu teksi haram tersebut dan menghulurkan mereka duit sebanyak 10 ringgit setiap seorang. Mereka semua kelihatan blurr. Kemudian, Sabil memegang bahu “abey” yang memancingnya tadi dan berbisik:
Gambar hiasan. Ni bukan Sabil, ya adik-adik!
“Abey, ambo bukey tak dop pitih sakni. Abey mitok 100 pun ambo bulih bui lagi. Cumo, ambo tok brehi berkompromi denga orey-orey yang membusuk kae namo negaro nih..” Translation: “Abang. Saya bukan tak ada duit tadi. Abang nak seratus pun saya boleh bayar. Cuma, saya tak suka bagi peluang kepada orang yang membusukkan nama negara ini..” Sabil berlalu. Dan “abey-abey prebet sapu” tadi masih tercengang. Mereka merasa “terpukul” dengan perlakuan Sabil tersebut, terutamanya yang memancingnya tadi. Semoga mereka berubah.
A muslim touches and do kind stuff to dogs. Problem ?
Sedap kan jalan-jalan sambil pegang tangan
balak korang? Rasa cam berejam-rejam genggam tangan balak tu, pun tak apa. Tak lenguh. Bagi awek-awek lain tahu yang balak hensem yang korang pegang tangan tu korang punya. Bagi depa jealous.
Syok kan bila korang usap-usap lembut rambut
awek korang? Tolak rambut dia ke belakang telinga. Pastu letak tangan korang
bawah dagu dia. Tekan lembut ibu jari korang kat bibir bawah dia yang lembab tu. Huuu~ Layan beb.
Nostalgik abes kan bila korang saling
bersandaran atas bangku konkrit di taman sambil bergurau senda? Pastu ada
adegan cubit-cubit manja.
Ah, indahnya berkapel !!! Sape cakap kapel tak best,
dia mati pucuk !
Petang itu petang Sabtu.Di sebuah taman kelihatan Mamat, budak Melayu beragama Islam sedang menaiki
motosikal yang baru pulang dari masjid selepas mengikuti kuliah agama selepas
solat Asar. Dia masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan lengkap berkopiah.
Mamat menikmati pemandangan indah di taman bunga itu. Tapi sayang, sayup di
sudut-sudut taman itu terlihat pasangan muda-mudi yang sedang berpacaran.
“Owh.. esok hari Ahad.
Ramai la keluar dating hari ini..”
Kerana berasa tak begitu
selesa dengan pemandangan-pemandangan demikian, Mamat memutuskan untuk patah
balik dan pulang ke rumah saja. Dia bukan kaki mengendap. Bukan kaki skodeng.
Tak. Mamat punya perangai tak macam perangai korang yang tak berapa nak senonoh
tu.
Baru saja Mamat
buat u-turn untuk balik, tiba-tiba…
"Guk..guk...Kaing..kaing..kaing..."
Seekor anjing kelihatan
tergolek di tengah jalan, baru saja dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu
laju dan meninggalkan anjing itu begitu sahaja.
Mamat blurr. Dia di dalam dilemma, samada mahu menolong anjing
itu, atau pun tidak. Anjing itu sepertinya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.
“Anjing itu kan najis Mughallazah. Najis berat. Darah anjing
pula tu. Ah.. Biarkan sajalah,” pikir Mamat.
Sanggupkah anda? Tepuk dada, tanya diri !
Mamat buat tak nampak saja kejadian itu. Lalu dia beredar dari
tempat itu secepat mungkin. Tapi hatinya masih ragu-ragu dengan tindakannya
itu.
Mamat teringat cerita ustatnya bahawa terdapat seorang pelacur yang masuk
syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Islam memang menyeru
umatnya berbuat baik kepada semua bintang, termasuk anjing mahupun babi
sekalipun.
“Walau anjing itu najis,
tapi dia makhluk Allah juga. Aku harus menolongnya..” bisik hati kecil Mamat.
Mamat menghampiri anjing
tersebut yang bergelimpangan di tepi jalan itu. Nyata anjing itu sudah mati dan
menjadi bangkai. Mamat memegang anjing itu, dan membawanya ke tepi jalan untuk
menanamnya.
Ternyata, tindakan mamat
itu diperhatikan oleh sepasang kekasih yang berada di situ.
Awek: “Baby, tengok
sana. Gila betul. Pakaian nya saja gaya orang beragama, tapi selamba aje pegang
anjing tu..” (sambil berbisik ke telinga balaknya)
Balak: “Ye lah beb.
Orang kita ni, kalau belajar agama banyak sangat pun, boleh jadi mereng (gila)
juga. Patutnya, kurang-kurang pun berlapik la. Anjing tu kan najis. Jom kita gi
ushar (tengok) di kejap, baby..”
Ada makna ke bertudung , tapi selamba badak je pegang-pegang yang bukan muhrim ? - Gambar Hiasan
Sambil berpegang
tangan , pasangan kekasih itu menghampiri Mamat yang sedang menggali lubang
untuk mengebumikan bangkai anjing tersebut.
Awek: “ Tapi bang,
anjing tu kan najis. Mana boleh pegang kalau tak pakai sarung tangan. Ada darah
lagi..”
Mamat: “Ah.. tak ada apa-apa la, kak. Bangkai ni Cuma
najis. Bukan berdosa kalau pegang. Nanti saya samak (cuci) lah..”
Balak: “Bang, najis tetap najis. Abang ni kan
belajar agama. Mana boleh main pegang-pegang bangkai anjing ni..”
Mamat terdiam seketika. Mahu mendigest apa
yang pasangan kekasih tu mahu memberitahu dia. Sambil tersenyum.
Mamat: “ Akak, abang. Maaf ya. Saya tahu
itu. Anjing ini mati dilanggar kereta. Jika semua orang membiarkan saja bangkai
ini di tepi jalan hanya kerana ianya najis, nanti bangkai ini akan membusuk,
mereput dan mengganggu lebih ramai orang. Lebih baik jika ada orang yang
menanam bangkai ini. Lagipun , ia hanya najis dan tidak berdosa..”
Terang Mamat lagi,
“Bagi saya, LEBIH BAIK MEMEGANG NAJIS,
DARI BERPEGANG TANGAN DENGAN BUKAN MAHRAM. Ustat saya cakap , sabda nabi: "Sesungguhnya kepala ditusuk dengan besi panas itu lebih baik
daripada memegang lelaki / perempuan bukan mahram." (HR. Thabrani dan
Baihaqi)”
Muka awek dan balak tadi terus berubah. Tersengih seperti kerang rebus, dan akhirnya berlalu dari situ menahan
malu, tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah berlalu sambil melepaskan pegangan
tangan masing –masing.
Monokuro chan !!!
Again gua tanya ni.. Best kan pegang tangan balak / awek korang? Heh..
Renung-renungkan dan selamat beramal.
This is Mejah, OUT !
(idea asal: internet. Gua olah semula ikut gaya gua. harap maklum)
Dengan tak berapa munasabahnya, tiba-tiba gua terasa inspired (terangsang) untuk menulis entri tentang kahwin. So, enjoy ! (Kepak-kepak-kebung-kebung~)<--- Bunyi kompang !
Dua dari kanan tu. Ehem-ehem. Jangan buat tak kenal pulak.
Baru-baru ni, gua sangat-sangat marah dengan ex gua tu. Gua
tataw apesal. Mungkin sebab bila dah breakup lepas hampir beberapa bulan ni,
gua baru sedar yang ex gua tu sebenarnya sangat jahat. Sangat sangat jahat.
Kalau nak bukak cerita betapa jahatnya dia, 2 minggu gua tulis di sini pun tak
sure dapat habiskan atau tak. Marah sangat sampai …..
Eh.. Sorry. Off topic. Ape tajuk entri ni?
(Pandang Atas)
Ehem.
Ok. Start balik.
Baru-baru ni, ade seorang kawan gua yang cun, cantik molek,
cukup tinggi saiznya, tak jemu dipandang, berdarah kacukan, rambut ikal mayang
bagitaw gua yang dia kan terbang ke Borneo untuk jadi pengapit kahwin kawan
dia. Dan before dia fly, dia ada advice kat gua untuk tulis entry ni. So, gua
pun sebab tengah tak banyak idea dan tak banyak kerja (sebab cuti), gua pun
tunaikan lah permintaan dia tu.
Of course la, awek lawa mintak tolong, gua yang gentleman ni
kena tolong la, kan? Infact, ex gua yang tak berapa munasabah tu mintak tolong
pon gua tolong, inikan pulak awek cun yang kuar tengok movie sesame dengan gua.
Siap belanja popcorn lagi kat gua sebab gua lapar. Heh.
Bagi awek tu, dia percaya yang kalau selalu jadi penyepit eh silap, pengapit
(bridesmaid), individu tersebut akan lambat berkahwin. Bagi gua pulak, gua
lebih percaya pada yang sebaliknya.
Cik Kilafairy. Khas untuk yang tak kenal lagi wajah Kilafairy. Ehem.
Dan FYI, untuk entri yang ini, gua sempat bertwit-twit
dengan Cik Neelofa (a.k.a mantan gua) dengan Cik Kila Fairy (ala, penyanyi yang
cun tu) ,untuk meminta pendapat dan pandangan derang. Hik-hik.
Ladies and gentlemen,lets get it started!
"Yeargh ! Kawin ! Aku ade, korang ade?"
Short N Simple (SnS).
Hipotesis #1 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin
lambat anda kahwin.
Hipotesis #2 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin
cepat anda kahwin.
Penerangan Hipotesis #1:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin lambat anda
kahwin”
Kebanyakkan orang Melayu yang gua jumpa depan-depan, face to
face (golongan makcik-makcik, auntie-auntie, nenek-nenek), atau dari blog-blog
yang gua lawat, kebanyakkan nya percaya pada Hipotesis #1. Dalam angka,dalam 55%
gitu.
Dan gua tak salahkan pandangan derang. Mungkin dalam family
mereka, atau jiran tetangga mereka, atau diri mereka sendiri pun, mereka lambat
mendapat jodoh, dan mungkin disebabkan mereka pernah menjadi pengapit sewaktu
mereka belum kahwin.
Punyalah taknak jadi bridesmaid (pengapit) ! Siap buat muka lagi tu !
Sampaikan, dari apa yang
gua research, ada sorang makcik ni . Gua panggil dia sebagai Makcik X la dalam
cerita ni. Dia sangat percaya kalau jadi pengapit nanti jodoh lambat. Dan,pada
masa tu ada orang minta tolong anak dara dia jadi pengapit, mati-mati dia tak
bagi. Last-last, mak cik tu sendiri yang jadi pengapit. Sungguh tak seswai la.
Tak munasabah langsung la makcik tu-macam ex gua. Rosak photoshoot orang tu kawin!
Punya la percaya pada teori tu.
Dan according to my ChenXu
(mak-cik-gua), ade reasons kenapa orang tua menyokong hipotesis #1.
-Jika selalu naik ke pelamin,seri pada wajah
derang akan luntur (hilang). Itu sebab utama dia. Itulah sebabnya pengantin
dilarang memakai baju pengantin sebelum hari pengantin tersebut kahwin. Itu
juga sebab ramai model-model baju pengantin kahwin lambat. Juga dipercayai
reason utama orang yang kuat bersolek (make up) tebal-tebal, tak naik seri
wajahnya pada hari dia kahwin.
-Kerana dari segi logiknya,orang yang jarang
make up tebal ni, bila disolek , wajahnya akan kelihatan lain. Seri wajah dia
akan naik. Yang dah biasa dimekap tebal diselaputi bedak tebal seinchi tu, akan kelihatan kurang menarik sewaktu kahwin. Sebab dah terbiasa sangatkan mekap tebal-tebal. Tu sebab gua larang ex gua mekap tebal-tebal bila kuar dating dengan
gua. Tapi dia ego. Tamau dengaq cakap ceqq. Degil. Biaq pi la dekat dia. (owh
sorry. Off topic).
Clear tentang teori #1?
Faham? Bagus. Korang memang memahami. Bukan cam ex gua tu.
Opps.. Ehem.. Gambar hiasan.. Lawa bumper Proton tu..
Penerangan Hipotesis #2:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin cepat anda akan
kahwin”
Gua personally suka hipotesis yang ini. Sebabnya, gua ni
lebih suka berfikiran positif. Percaya kepada peluang. Gua tak suka fikir
negative-negatif, unless mengenai benda yang gua taw banyak negative dari
positif.
Contohnya, bila ex gua cakap dia nak jadi model. Gua tak
setuju. Bukan gua ni otak kampung sangat or tak nak berfikiran positif, cuma
dari apa yang gua dengar dari member-member gua yang kerja agensi pengiklanan
dan agensi model, derang cakap, dunia modeling ni banyak yang negatif dari yang
positif.
Tapi, ex gua macam
biasa lah. Ego. Tak nak dengar punya cakap gua. Rasa diri dia pandai dan maybe
dia percaya orang baik lagi banyak dari orang tak berapa baik kat luar sana.
Biaq pi lah kat dia. (Owh sorry. Off topic lagi. Marah sungguh kowt gua kat
dia).
Back to the issue.
Mengenai hipotesis #2 ini,
tak begitu ramai orang yang setuju. Sebab mengikut kajian budaya terhadap pesanan
orang tua-tua Melayu, mereka cenderung untuk melarang (jangan itu, jangan
ini..) dan mengaitkan dengan benda negative. Contohnya:
"Bertuah engkau, Siti,"- Mak Esah, 68 tahun. Kejap. Sape yang bertuah ni, woi !!
“jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua” – gua rase Siti
Nurhaliza selalu nyanyi kat dapur kowt masa dia anak dara dulu. Miahahaha~
Atau
“Jangan potong kuku di waktu malam,nanti kena kejar dengan harimau”
– seriously, wadepak?
So, teori “Jangan jadi pengapit, nanti lambat kahwin” tu lebih
serasi dan selesa untuk diterima oleh orang Melayu. Cuba orang zaman-zaman dulu
cakap, “Sape jadi pengapit, nanti dia akan kahwin dengan putera raja,” . Gua
yakin, aci kerat jari la, ramai awek-awek yang dara, mahupun makcik-makcik tak
berapa nak dara, akan berebut-rebut nak
jadi pengapit dalam majlis kahwin. Heh.
Okay. Faktor utama gua terima teori ini adalah sebab, bagi gua yang berfikiran lebih kepada
praktikal ni, semakin kerap anda jadi pengapit, semakin ramai orang anda akan
jumpa. Semakin ramai peminat (especially yang single-single la). Semakin pandai
anda bersolek. Semakin banyak pengetahuan anda dalam bergaya. Dan apabila
banyak kali tengok orang lain kahwin, semakin menebal keinginan ingin berkahwin
derang. Menjadikan, semakin cerah peluang derang untuk berkahwin cepat tanpa
banyak kerenah. Bak kata orang, jodoh tu “berjangkit”. Hehe~
Faham ke dua-dua teori? Bagus. Tak faham? Ok, baca balik
slow-slow. Insyallah akan faham la.
Tahniah Dato! Gua ni jew tak kawen-kawen lagi. Tsk tsk tsk..
Conclusion:
As conclusion, yang mampu gua rumuskan adalah , cepat atau
lambatnya jodoh sebenarnya terletak di tangan Tuhan. Dan jodoh tiada kaitan pun
sebenarnya dengan aktiviti menjadi pengapit atau tidak. Contohnya, gua sendiri.
Tak pernah jadi pengapit pun. Tapi sampai sekarang gua tak kahwin-kahwin lagi.
Usia dah lanjut kowt. Bhahaha.
Dan mengenai Makcik X yang gua cerita awal-awal tadi tu, even sampai
hari ni pun anak dara dia yang cun tu tak kawin-kawin lagi. Tolol~
Walaupun jodoh tu hak Tuhan,usaha tu kena ada la jugak. Dan jangan terlalu memilih (choosy) pulak.
Karang jadi andartu baru tahu. Hehe~
Lagi satu, jangan amal peel macam ex gua. Gua terang-terang
ajak dia bertunang and kawin dengan gua, then dia pulak bagi macam-macam
alasan, nak tangguh la. Itu la . Ini la. Dan dia ulang ayat, “kalau ada jodoh
kita, akan ada la..”
The truth is, yang dia cakap tu betul. Gua tak bangkang.
Cuma, bagi gua personally, jodoh apa ke mende namenye kalau x ade usaha. Atau lebih tepat lagi, tak nak fight
for it. Jodoh kepala hot dia ! Gua ajak dia kawin sungguh-sungguh, dia boleh jawab
camtu. Skali gua acah cakap nak kawin dengan org lain, dia terus cakap semua
lelaki jahat . Penipu. Then, terus try komit suicide, potong tangan pakai
pisau. Tak munasabah langsung. Lembu kerbau pun tak amal perangai demikian.Sengal.
Kalau umur budak baru lepas SPM, gua boleh terima la sebab mungkin
belum cukup matang lagi. Ni dah nak jadi mak orang dah, still buat perangai
macam gitu. Gua pun naik heran. (facepalm).
Jodoh. Jenis yang banyak songeh, memang lambat la. Jenis yang tak banyak peel,jenis dengar cakap mak cepat la jodoh dia.
Owh. Off topic again. Terribly sorry.
…..
Erm..
Biarlah.. Xde mood la..
Yang penting, gua nak cakap, “Jadi pengapit or tak jadi pengapit,
sebenarnya tak ade effect pon dalam kecepatan or kelambatan jodoh korang”.
If korang nak jodoh cepat, berusahalah ke arahnya. Jangan banyak
songeh. Jangan buat peel. Jangan jual mahal. Above all, kalau cari jodoh tu,
carilah jodoh yang boleh membahagiakan dan menjamin masa depan korang. Then,
kalau saling boleh bertoleransi dan terima kelebihan dan kekurangan
masing-masing, barulah hubungan tu menjadi dan bahagia. Carilah keredhaan
Tuhan. Tu pokoknya. Gua doakan yang mana masih belum bertemu jodoh, supaya akan kahwin cepat-cepat dan yang mana dah bertemu jodoh tu, semoga cepat mendapat bebbi (baby) dan semoga jodoh korang dengan pasangan korang berpanjangan. Amin.
Sekian,harap korang boleh terima pendapat gua. Thanks for dropping by and reading this entry.
This is Mejah. Out.
If you excuse me, gua nak gi troll ex gua tu. Siap dia!
Wanita. Hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita yang cun. Eh, salah .. Yang solehah. (Gambar hiasan semata-mata)
Additional info: For those who’s want more infos and the extra miles..
Maskot totallymejah doing gangnam style. Hehehe~ (biasanya, gua asik gambar awek je gua letak, ye dak?)
For the record, gua bukan kaki K-Pop. Gua bukan peminat drama Korea yang
banyak lelaki dia jambu dan suka menangis itu. Gua juga bukan lelaki yang suka
tengok awek Korea yang cun macam anak patung menyanyi dan menari seragam dalam
bahasa yang gua tak faham. Bukan orang yang menggunakan dana MARA atau duit
PTPTN untuk membeli tiket konsert SuJu, T-Ara atau Bigbang. Dan of course, gua
bukan seorang yang duduk bersimpuh atas meja study hingga berejam-jam melayan rancangan
The Running Man.
Itu bukan gua. Tidak. Pemikiran dan mentaliti gua tak dijajah oleh awek-awek Korea. At least, belum lagi.
Dan gua menulis enrti kali ini bukanlah kerana gua suka sangat
lagu Gangnam tu. Tipulah kalau gua cakap dalam fon gua xde lagu tersebut gua download. Ada. Cuma merasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan rasa
supaya masyarakat Malaysia yang gua sayang ni, lebih berfikir dan matang bila
berhadapan dengan khabar angin di internet or so called “rumors”.
Maybe isu asas dalam entry kali ni (Gangnam hina Islam ?) lewat
sket- dah lapuk bak kata sesetengah orang. Tak panas. Masok angin. Tapi xpelah,
sebab Gangnam tu bukan benda asas yang ingin gua ketengahkan. Gangnam tu hanya
menjadi platform utk gua meluahkan pendapat dan pandangan gua.
Yang menjadi asas utama yang ingin gua ketengahkan adalah
cara rakyat Malaysia bertindak balas dengan cerita yang dibawa oleh angin-
“rumors”, yang x berasas, yang mereka x
kaji, x teliti tetapi pakai telan dan sebar tanpa sebarang unsur periksa.
Harus diingat, ini bukan sekali gua bercakap tentang isu
mentality masyarakat Mesia ni- dari kes pengharaman Starbucks kerana gelatin babi dan arak rum dalam keknya,kisah mamat
Bangladesh jatuh & mati dalam tangki kilang Coca-cola, teori lelaki curang ber IQ
rendah, peristiwa STOP KONY 2012 sehinggalah kes ini - Gangnam menghina Islam.
Okeyh, STP (straight to the point), baru-baru ni gua baru
balik dari berlayar- almost 6 bulan di laut. So, dalam sebulan sebelum gua
balik, masyarakat dunia tengah hangat dilanda demam Gangnam. Sehinggalah gua
balik (mid of Sept 12), and gua investigate, barulah gua taw apa sebenarnya
Gangnam style itu. Kira gua tak up to date sangat la pasal Gangnam ni.
Kejap, korang taw tak apa yang gua tengah citew ni? Infact, nenek gua kat Kampung Dewa Beta Hilir kat Kelantan pun taw apebenda fenomena Gangnam ni. Jgn gitaw gua korang tak taw pulak. Xpe. Yang xpenah taw ape tu Gangnam style, sila layan video bawah ni.
Gangnam style- lagu dan tarian tangan bersilang gaya ala-ala koboi naik kuda kepang. Ah, naik kuda. Bukan kuda kepang.
Baru jew gua nak layan Gangnam style tu, ada plak kazen gua cakap
“benda tu haram bang, Gangnam tu bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”,”. Gua tepuk
dahi. Gua tanya dia balik, “Sape cakap?”. Dia jawab. “Internet,”. Gua senyum.
Betul lah dia ni tipikal Malaysian. Senang betul percaya pada khabar kat internet. Gua
tak salahkan dia. Maybe sebab masyarakat sekeliling dia pun macam tu juga.
Gua pon bukak FB. Dan
seperti yang diberitakan, memang ada makhluk2 yang pakat menyebar “fitnah”
bekenaan. Gua tepuk dahi lagi sebab ramai pulak yang share gambar tu. Mengarut
betul. Gua investigate lagi, mencari terdapatkah blog-blog atau orang yang menafikan
berita palsu tu.Dan nasib baik, tak semua masyarakat Malaysia jahil dalam isu
ini- mungkin mereka sebahagian peminat-peminat K-Pop yang ingin mempertahankan
“kesucian K-pop" yang mereka minat bagai tu,atau sekadar rakyat Mesia yang
seperti gua merasa terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Tapi tak kisah lah,
kerana mereka tahu, sudah terlalu banyak penipuan di zaman sekarang dan mereka
bangkit untuk menegur apa yang tidak tepat, salah,tak berasas atau ringkasnya
cerita-cerita “karut”.
This is wot Im talking about. See, I not going to blame the person who created this "nonsense" first, but I blame those insolent people who irresponsibly spread this s*** out. Gila publisiti maybe.
Okeyh. Sila teliti fakta-fakta yang ingin diutarakan.
Auta 1: Oppa Gangnam Style Bermaksud “Saya ingin menjadi Yahudi laknatullah”
Fakta 1: Oppa Gangnam Style secara ringkasnya bermaksud
“Abang, stail (cara) Gangnam”
Okey. Apa tu Gangnam Style ? Penah tanya Uncle Google dak?
Tak pernah? Takpe. Bagi gua cerita. Dari apa yang Makcik Wikipedia bagitaw gua,
Gangnam adalah sebuah area di bandar raya Seoul, ibu negara Koria. Specialnya
area Gangnam ni adelah kerana area tersebut adalah area masyarakat yang tinggi
taraf hidupnya (classy lifestyle).
Ni lah gambar banda raya Seoul, area Gangnam, baq hang !
So, terma “Gangnam style” tu merujuk kepada cara hidup mewah
mereka-mereka yang tinggal di area Gangnam. Dan sekonyong-konyongnya menolak
dakwaan yang “Oppa Gangnam Style” kunun-kunun nya bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”.
Tulusnya, lagu ini menceritakan tentang gaya hidup warga Gangnam yang mewah dan menyeru agar mereka tidak mencari "kekayaan palsu". Camtu la lebih kurang intipati lagu ni. Faham?
Maka,
sesiapa yang percaya pada dakwaan "Saya nak jadi Yahudi" tersebut,bolehlah anda ketegeorikan diri anda
sebagai “Bangang”. Hahaha. Sori. Guraw jew. But, yeah. Truth hurts. Jika anda
percaya, anda banganglah jawabnya.
So, if korang tannak dilebel “bangang”, so next time bila ada
rumors di internet,sila check seadanya ke“valid”an info tersebut okay? Heh.
Sapa percaya dan sapa sebar dan still percaya benda ni, anda memang sengal !
Auta 2:Mempersendakan Burroq dan Silang Tangan Sebagai
Salib .
Fakta 2:Ni lagilah karut. Camne gua nak eksplain ni. Erm..
Okey. Dari penelitian gua,dari segi direct translation liriknya, xde pon perkataan
Burroq (binatang tunggangan Nabi Muhammad SAW) dalam lirik lagu
tersebut. Dan logiknya, jika anda naik kuda pun, kalau kuda tu laju, adekah
dengan menyilang tangan (gaya PSY) itu akan membuatkan pegangan pada tali kuda
makin kuat? Tidak ! Honestly, a human with a working brain inside his/her head
wouldn’t think so, unless they are born retarded!
Isu tangan silang sebagai salib? Pure
nonsense! Perlukah gua mengulas? Bak kata seorang mamat dari satu blog (Oh Tidak! Blog), beliau
menyatakan:
“Abis, otroman (Ultraman) pun buat
silang tangan ko nak kata apa? Otromen agen Kristian? Otromen hina Islam?
Otromen pencacai Kristian?”
(terribly sorry for my Christian
friend who may read this, I’m just quoting what the man said).
Extract from Oh, Tidak ! Blog. Bawah ada link untuk baca kisah penuh perdebatan ini !
Klaka kan? Then, there are some
insolent people who defend their statements regarding the issue.
Menyedihkan. Huh~
Gua secara jujurnya tidak faham bagaimana masyarakat Mesia
ini berfikir dan bertindak balas terhadap “rumors” ini. Kenapa mereka kurang
pemikiran inkuiri untuk menyelidik dan perasaan ingin tahu. Kenapa mereka tak sekurang-kurangnya, berfikiran seperti gua? Padahal,gua orang Kelantan , negeri yang dilebel sebagai "negeri
paling mundur" dan tak berapa maju. Duduk pulak di hujung negari nun,
bersempadan dengan Siam. Gua hidup dalam family yang sederhana. Masa membesar
tak pernah kenal ASTRO pun. Sekolah pun sekolah kampung saja- yang mana murid
satu kelas sampai 50 orang. Petang-petang, bila gua ponteng kelas agama, gua
akan pergi menangguk ikan laga dalam parit- bukannya ralit bermain Gameboy
Color, PS X atau bermain kad Pokemon. Kampung nya hidup gua. Gua tak membesar dalam
keadaan demikian.
Persoalannya, mengapa rakyat Mesia hari ini, yang rata-rata
cerdik pandai dan hidup dalam keadaan yang serba moden dan lebih baik dari gua,
tidak mampu untuk mentafsir segala informasi yang disuap kepada mereka? Mengapa mereka tidak
merasa terpanggil untuk bertanya kepada diri mereka sendiri,
“Betulkah apa yang diceritakan oleh internet/orang ini?”
“Apa kata , kita kaji dulu informasi ini sebelum kita
sebarkan kepada awam?”
“ Terdapatkah sumber-sumber lain yang dapat kita periksa
untuk mengesahkan maklumat ini (multiple resources, not only from one)?”
Pokoknya, asal isu itu hangat dan popular, mereka akan terus
menyebarkannya – dengan mindset, jika mereka menyebar rumors itu, mereka
seorang yang up to date dikalangan masyarakat sekeliling mereka. Lebih-lebih
lagi jika rumors itu adalah bersangkutan dengan agama dan akidah yang mereka
anuti. Semua pakat sebar pakai SMS,BBM, Twitter dan sebar melalui email dan
Fesbuk.
Gua sedar bahawa masyarakat Malaysia memang penyanyang dan
perihatin. Gua hargai dan hormati nilai itu, cuma kadang2 gua harap masyarakat
Mesia ni lebih berhati-hati dalam menyebebar dan mempercayai rumors yang
sekadar didengar di mulut atau yang terbaca di internet. Dan berwaspadalah
dalam menyebar info yang anda dapat. Bukan percaya dan sebar secara buta-buta
saja “rumors” tersebut, bukan hanya pasal Gangnam ini, tapi juga hal-hal lain.
You may think that by only changing your own perception alone on seeing
things is just a small effort, but cumulatively, it will bring a greater impact
on our society in the future. And it all starts from you.
Anda mungkin fikir yang dengan hanya menukar persepsi anda sendirian dalam melihat kedalam sesuatu perkara hanyalah usaha yang kecil, tetapi secara kumulatifnya (terkumpul), ia akan memberi satu impak yang lebih besar untuk masyarakat kita di masa akan datang. Dan ia bermula dengan anda.
Keep spreading the words and ideas to the one you love and
care.
Semoga bangsa Malaysia takkan menjadi bangsa yang jahil
tukil , bangang dan mudah diperbodoh-bodohkan di masa akan datang.
Terima kasih.
This is Mejah. Out.
If you guys can excuse me, gua nak gi layan Parody “Super
Kampung Style” kejap. Heh .