Hari tu gua rasa lain macam. Dalam 20 kali jugak gua dok
main lock-unlock phone gua sambil bersandar pada kerusi malas. Resah. Rasa tak
seronok. Rasa serba tak kena. Korang
boleh bayang tak?
Sejujurnya, benak gua sedang menimbangkan sesuatu secara
serius:
Perlu ke gua hubungi Ifarra?
Ye, IFARRA. Korang tak salah baca. Dan korang tak salah
ingat. Dia ex gua yang gua pernah anggap kekasih awal dan akhir tu. Yang gua
pernah habiskan masa bercinta bertahun-tahun tu. Alah, ex gua yang lorat nak commit suicide lepas
gua break dengan dia tu. Takkan korang tak ingat?
Cantiknya BCG awak! *gambar hiasan* Tak perlu berspekulasi. |
Tak. Tak. Bukan awek Indon tu. Bukan. Itu heroin dalam
cerita lain tu. Apa? Neelofa? Aish. Bukan! Yang tu awek gua yang skarang. Eh?
Tak ingat, tak pe. Sebab, tak penting pun. Cuma, gua ada SATU
SOALAN yang gua harus tanya dia dan gua harap dia boleh jawab dengan jujur.
Satu soalan yang bila sampai je ke satu tarikh tu saban tahun, sebetulnya
tarikh hari jadi dia, soalan tu akan mula menghantui hidup gua.
Sesal jugak gua. Selama gua kapel dengan Ifarra
bertahun-tahun, gua tak tertanyakan soalan tu.Bukan sebab takut. Sebab gua risau takut dia salah faham. Time
tu kan gua tengah sayang Ifarra bagai nak rak. Takkan gua nak tengok dia sedih
pulak?
Gua finally decide. Lantak la. Malu atau tidak, mahu atau
tak, gua harus swipe ikon butang hijau di skrin telefon bimbit gua tu. Besar
moments ni bagi gua sebab ini soal maruah yang gua perjudikan. Maruah seorang
lelaki berbaka ego. Namun, walaupun agak cliché, untuk kesekian kalinya gua
rendahkan ego gua pada Ifarra.
“toot-toot”
Sayup-sayup kedengaran bunyi talipon gua menghubungi talipon
Ifarra. Huh. Gua ingat sang mantan gua yang sorang ni dah block number gua,
rupanya belum lagi. Merdunya bunyi “toot-toot” tersebut, ibarat intro lagu
“Plug-In-Baby nyanyian MUSE” bermain-main di minda gua. Dalam dada gua ni,
toksah cakap la. Dup-dap-dup-dap macam bunyi kuda lari. Kanaling sungguh!
“Kenaling” tu apa? Ce tanya member korang yang nombor IC
tengah derang “03”. Aish! Kurang vocabulary sungguh!
“Hah.. Hello..”
Satu suara yang seperti baru lepas menelan air liur
kedengaran di talian. Ya. Gua cam sungguh suara tu. Suara tu milik Ifarra,
dengan intonasi yang agak garang. Intonasi yang sama masa kitorang gaduh masa
dia dapat tahu yang gua keluar tengok wayang cerita Ombak Rindu dengan awek
lain. Nada ancaman. Nada keras. Nada sebelum dia mula memaki.
“Hai.. Cik Ifarra tengah busy ke?”
Soal gua. Pendek.
“ I call u ni sebab, I nak tanya you something..”
Sambung gua sebelum
sempat Ifarra menjawab soalan pertama.
“Tak. Tak busy. Amende kau nak tahu?”
Wow. Kasarnya. Gua ni dah cukup gentlemen membahasakan kan
diri “I” dengan “You”, cakap lemah lembut ibarat kelapa jelly yang awek Vietnam
jual kat Chowkit, dia dengan sekonyong-konyongnya menempelak gua dengan “amende
kau nak tahu?”.
Memang patutla ko jadi ex.
Takpe. Soal ego tu gua ketepikan dulu. Pijaklah kalau kau
rasa kau nak pijak. Ada soalan yang gua perlu tanya dia. Gua teguk air liur.
Gua sambung.
“You ingat tak , masa kita mula-mula jumpa dulu? Our first
date? You datang pakai baju blaus kaler
pink cair, seluar jeans biru dengan kasut converse kaler silver. I mintak you
datang jumpa I dekat ToyRUs Midvalley. Pastu I tanya you dah makan ke belum.
You cakap belum sebab you tak breakfast lagi. You cakap masa you keluar pagi
tadi, makcik yang selalu berniaga nasi
lemak depan rumah you dah tak berniaga sebab dia balik Siam. Then you cakap
sorry sebab lambat sampai 2 jam. Ade problem dengan kucing you. You kena kurung
dan bagi makan kucing you makan dulu sebelum you keluar. Then sebab you rasa
bersalah nak tipu I, you ngaku yang you pegi toilet lama sebab nak betulkan
rambut you. You keluar rumah pakai tudung, before you jumpa I you sengaja bukak. You ingat tak?”
Soal gua pada Ifarra, kali ini dengan nada yang selembut sentuhan
pelembut pakaian Downy.
“Ye . Aku ingat..”
Balas Ifarra pendek. Dingin. Masih berhati batu.
“Kemudian I cakap tak ape. Then I bawak you pegi makan Wak
Donald, sebab I tak nak you lapar. Masa tu orang ramai, sebab lunch hour. So, I
suroh you duduk dulu, booking tempat duduk. Biar I yang beratur untuk you.
Before that, I belikan you eskrim Wak Donald. Perisa vanilla sebab you cakap
you tak suka perisa coklat. I beli supaya you bley makan dulu eskrim tu sebelum
order sampai. Tak nak you pengsan. Lagipun cuaca hari tu kan panas..”
Gua sambung. Perlahan-lahan gua keluarkan memori tu dari
otak gua. Satu persatu gua bentang depan Ifarra.
“ Yes. I remember that..”
Respons Ifarra. Dah cakap Mat Salleh da. Nada suara makin
lembut.
“Then, you bisik kat I yang you nak makan Dabel Cheese
Burger. You tak cakap pun nak yang regular or saiz besar. Tapi sebab I tahu you
tengah lapar I belikan you set besar. Nak you makan. Tak nak you lapar. Then
masa you tengah makan,bagitahu I yang you suka potong extra cheese layer tu untuk
makan kemudian. You cakap you suka makan cheese Wak Donald tu. So I amek cheese
dari beger I, I potong and I kasi you. Awalnya,you
cakap you tak nak tapi lepas I pujuk you, you makan jugak cheese tu..”
Perlahan-lahan memori makan beger di kedai makan pro-Yahudi
gua putarkan kembali dalam benak Ifarra. Memori tu gua susun balik, cuba buat
dia ingat setiap benda kecik yang berlaku time tu. Every little thing matters.
“Then, kita pergi tengok wayang dengn tiket yang I da beli
online. Couple seat. Panggung no.3. Seat number .. 3 dgn 4, row C if I not mistaken. You try check balik
since you kan simpan semua tiket-tiket wayang yang kita pergi tengok. You cakap
you suka simpan tiket wayang macam Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu tu.
Memory bagi you. But, time tu bukan cerita Ombak Rindu, time tu cerita RED.
Kita tengok cerita tu sebab malam sebelumnya you cakap you suka tengok Bruce
Willis. Walaupun mamat tu botak dan dah tua, you cakap you suka. Correct me if
I’m wrong..”
Slowly-slowly gua introduce scene tengok wayang pertama
kitorang pada Ifarra. Sebutir-sebutir details gua baca pada dia. Bagi dia ingat
balik, kot-kot dia terlupa.
“ Yes.. betul.. I.. remember..”
Jawab Ifarra. Dengan suara tersekat-sekat. Teresak-esak. Da
start crack la tu.
“Then bila wayang tu habis, kita jalan keluar. Masa tu I
cakap kat you, yang dalam wayang tadi sejuk, I nak je pegang tangan you tapi I
malu. You plak cakap you pun nak pegang tangan I, tapi you pun malu. Then, I
immediately hold your hand for the very first time as we walked. Then, kita
berhenti dekat satu taman tu. Kita duduk kat bangku . When suddenly you cakap
you baru teringat you ada tapau kuih-muih..”
“Ada kuih Seri Muka, Kuih Lapis dengan karipap kentang. And
sebab I tengah lapar time tu, I makan dengan penuh perasaan. You pulak duduk
gelakkan I sebab you cakap I nampak bersungguh sangat makan.You remember all
that?”
Sambung gua.
“Hisk-hisk..Yes.. Yes.. I remember.. Hisk..”
Kali ini , kedengaran dia menjawab dalam tangisan. Ya,
Ifarra sudah mula menangis!
“ Cik Ifarra, I have one question. Tolong jawab dengan
jujur..”
Terang gua. Nada sehabis serius. Berbekalkan kecekalan dan
kudrat yang masih gua ada. Gua traik nafas gua sehabis dalam sebelum gua tanya
Ifarra soalan yang dah lama gua pendam sekian lama.
*
*
*
*
*
“ Kuih karipap tu sedap. Dekat mana you beli kuih karipap
kentang tu ye?”
_________________________________________________________________________
Salam Satu Mesia.
Hari ni ringkas saja.
Peace Yawwww~ |
1) Saje melepas rindu berblog. Saje nak gembirakan korang since peristiwa keghaiban MH370 dah memuramkan kite semua, ditambah dgn cerita jerebu dan cerita remaja Melayu Islam madi overdose dadah di FMFA. Fiksyen semata-mata. Xde kena mengena dgn yg hidup or yang sudah meninggal donia.
2) Gua baw balik dari bercuti. So, gua dah sunburn sgt dah ni. Hew hew.
3) Gua still single, erti kata lain, belom kawin. So, yang mana nak masuk meminang gua dipersilakan. (Awek sahaja).
4) Satu je pinta gua. Doakan lah MH370. Semoga mereka selamat. Berhentilah mengkritik. Berhentilah meyalahkan org. Berhentilah berspekulasi. Teruskan percaya dan berdoa.
Sori la sebab sekarang dah kurang sengat dalam menulis.
Tu je. Kbai!
#prayforMH370
This is Mejah. Out.
p/s: Yaya kim salam kat semua. Nyebok betol.