Showing posts with label awek cun. Show all posts
Showing posts with label awek cun. Show all posts

Wednesday, 23 December 2015

TotallyMejah: Kisah Awek Cun Dalam LRT (Sebuah Hipotesis)

Untuk rekod, aku memang selalu naik kenderaan awam. Lagi-lagi jika aku ke KL. Bukan sebab tak mampu berkereta sendiri atau malu naik kapcai, cuma aku memang blurr kalau diberi peluang bawak kereta di KL. Jalan bersimpang siur, terlepas exit, nah tambah lagi 20km kau kena pusing balik or guna jalan jauh.

Lagi satu sebab, kesedaran sivik di jalan raya warga KL ni tak ramai yang setinggi atau lebih tinggi dari aku.

Masuk simpang tak bagi signal, buang sampai ikut tingkap, potong que macam dia sorang je yang bayar cukai jalan, tak beri laluan pada VVIP (eh?) dan tak hormati pengguna jalan raya yang lain. Lu nak potong que, gua bagi jalan, angkat la tangan sikit. Tanda terima kasih. Bukan kena bayar pun.

Silap-silap hari bulan, kalau kereta aku bercium mulut dengan kereta depa sebab salah depa sendiri, aku juga yang kena hentak dengan steering lock. Lagi-lagi kalau orang tu bawak kereta Peranchis cap burung dan bekerja sebagai perunding majlis perkahwinan. Kah.

Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku naik teksi. Tapi, aku sengaja tak nak. Naik teksi di KL ni leceh banyak kalau bukan naik teksi kupon. Hakikatnya, hukum kalau naik teksi di KL ni “pemandunya sentiasa benar”. Tak kiralah sama ada kau nego dengan dia tambang teksi ataunak pakai meter, harga yang dia letak tu takkan jadi lebih rendah, malah kadang-kadang lagi tinggi dek depa dah ubai suai meter.

Lagi mengarut kalau kau masuk je dalam teksi tu, si pemandu tu start bukak topik politik. Kalau sessi ceramah politik tu disertakan dengan secawan dua kopi, okeylah juga. Ini habuk pun tarak. Ibarat irama dan lagu, mana boleh pisahkan cerita politik, kutuk kerajaan tanpa pembasahan anak tekak dengan kopi, mas! Hilang seri! Itu fasal lah orang politik ni tak boleh survive kalau tak ada kedai kopi atau coffee house.

Grabcar? MyTeksi? Uber? Entahlah. Aku bukan IT savvy kinda guy. Tak reti benda-benda alah tu. Ah, WhatsApp aku pun jarang aku jeling sejak mula hidup bersendirian ni. Kadang-kadang orang terpaksa call aku supaya aku check WhatsApp. Fikir-fikir balik, ada baiknya aku pakai telefon cikai yang berharga RM30 dekat Pasar Karat Chowkit. Bateri pun tahan lama.

Jujurnya, aku suka naik LRT. Biarlah harga tambang akan naik tahun depan pun. Bukan sebab banyak memori keluar berdating dengan ex aku dengan naik LRT, tapi banyak benda yang aku belajar. Tentang ragam orang, tentang himpit-himpitan, tentang senggol-senggolan, tentang yang cukup sifat tapi pura-pura buta dan rabun duduk di seat OKU dan sebagainya.



Tapi itu semua bukan perkara pokok yang aku nak highlight kali ni. Perkara yang aku rasa seronok nak sentuh adalah kenapa pemandangan (dan bau) dalam koc LRT tu berbeza benar waktu orang nak pergi kerja dan waktu balik dari kerja. Yang pasti, dalam perjalanan pergi, bertaburan wajah-wajah yang manis, comey, cun dan lawa. Bagaimanapun, semasa balik, keadaannya lain benar. Nak cari yang sedap mata memandang tu memang payah. Yang ada pun, sayup-sayup dalam seorang dua. Yang banyak adalah yang rupa mak budak. Mana pergi semua yang lawa-lawa pagi tadi? Berkemah di tempat kerja kah?

Kawan aku mempunyai pendapat sendiri tentang hal ini. Katanya, “Masa pergi kerja lain bro, masing-masing masih segar bugar, baru lepas pasang badan, jadi naiklah serinya. Waktu balik, tubuh dah hilang letih. Tak ada mood. Maybe kena marah dengan boss lagi. Kau tahulah, orang perempuan ni, bila tak ada mood, ibu ayam pun tak berani nak tengok..”

Itu aku faham. Budak yang tak mumayyiz pun tahu perkara tu. Yang aku tak faham, mana perginya yang lawa-lawa, cun meleleh-leleh yang aku tengok pagi tadi? Mana?

“Itu bab lain. Yang cun-cun, lawa-lawa, mantop-mantop ni lain. Saham depa tinggi. Depa berpeluang dapat boyfriend yang berkemampuan. So, bila habis waktu bekerja, masing-masing boyfriend datang jemput..”

Habis tu, time pagi, time pergi kerja, kenapa depa tak berhantar pula?

“Waktu pagi selalunya singkat. Lecehlah kalau si boyfriend tu nak jemput aweknya, hantar pergi kerja dan bergegas masuk ofis depa pulak. Waktu habis kerja lain, lepas jemput boleh singgah mana-mana dulu. Makan burger bakar abang Burn ke, singgah Baskin Robbin ke.. boleh rehat-rehat.. boleh ringan-ringan..”

Owh pulak. Okay.

“Ada lagi satu sebab…” tambah dia.

“Most of the case, time awek tu pergi kerja, dia dibiarkan pergi kerja sendiri sebab si boyfriendnya aku tugasan lain..”

Tugasan apa pulak?

“Hantar bini dia. Hantar anak dia pergi sekolah. Aku pun buat macam tu jugak, Mejah. Masa aku pergi kerja, aku hantar bini aku. Masa aku balik, aku jemput awek. Bergilir-gilir la. Bini aku balik sendiri..”


Aku terdiam. Dan kini, faham lah aku kenapa banyak isteri orang yang cantik-cantik dibiarkan balik sendirian.

Yelah, takkan korang nak tengok aku angkut bini orang yang lawa-lawa hantar depa balik rumah pulak!

This is Mejah. Out.

Tuesday, 22 April 2014

ABK : Secawan Macchiato Panas Dan Malam Yang Dingin

Latar Masa          : Malam. Few years back.
Latar Tempat       : Warung Kedai Kopi Setarbakk, sekitar ibukota
Latar Cuaca         : Hujan renyai-renyai.

Macchiato is an Italian word meaning “stained”, and latte macchiato is literally translated as "stained milk". I think that's enough for our Italian language class for today.


“Nah. Hadiah..”

“Wah..Ape ni?”

“Bukak la tengok. Mesti kau suka..”

“Owh.. Miniature perfume. Thanks ! Memang aku suka. Kau kan tahu hobi aku kumpul benda alah ni..”

“Hobi ke obsession ?”

“Ye la. Aku ngaku aku gila kumpul miniature perfume. Hehe..”

“Nanti kau rindu aku ke apa. Kau cium la bau perfume tu. Perfume rasmi aku tu taw. Bau dia sama cam bau aku...” 

“Hahaha.. Ye la.. Ye la.. I will.. Btw,camne kau dapat ni?”

“Aku bodek amoi yang jual perfume tu tadi. Patutnya aku kena beli satu set baru dapat free miniature satu , but biasalah.. Aku beli sebotol je pun, amoi tu kasi gak free miniature. Kau taw la aku ni camne kan? “

“Taw ape? Yang kau tu terer mengayat perempuan? Yang tu bukan dah lama established ke?”

“Ah kau! Sedap je kutuk aku kan?”

“La.. Memang betul pun.. Tapi kan, kalau kau betul-betul terer, without any purchase pun kau boleh dapat miniature free taw..”

“Tak syok la camtu. Ayat-ayat jugak. But item dia kita kena beli la jugak. If aku mintak saje-saje kang, tak gentleman pulak. Aku pun tak selesa kalau amoi tu just bagi aku camtu je..”

“Ye tak ye jugak kan. Kau tolong dia, dia tolong kau balik. Takpe ke kau bagi aku miniature perfume ni? Bukan amoi tu kasi kat engkau ke?”

“ Memang aku mintak tu pun, hajat nak bagi kat kau. Bukan selalu aku boleh keluar dengan kau..”

“Hehe. Thanks again. Sweet la kau ni. But, nanti tak ade la kenangan kau dengan amoi tu..”

“Kenangan? Amoi tu bagi aku 2 botol la miniature tu. Aku bagi la kat kau satu..”

“Lah.. Amoi tu bagi sampai dua botol miniature kat kau? Power betul kau ni..”

“Yup. Dia siap kasi number telefon dia lagi. Bhahahaha..”

“Kau ni!!!!! Nasib baik kau bukan boyfriend aku taw!!!”

“Gahahaha.. Ye lah, aku je suka kat kau. Kau tu je yang tak nak..”

“Eh! Salah aku pulak ! Kau tu je yang memilih sangat bab cari teman hidup kau. Ramai ape perempuan yang baik kat luar tu yang suka kat engkau. Ex-ex kau tu pun sume okay-okay..."

"..plus, kalau aku pilih kau , balak aku tu nak campak ke mana?”


Aku tersenyum setawar biskut mayat. Dia pun turut terdiam. Aku menyambung hirupan latte macchiato panas aku yang dah semakin suam. Kehangatan dan kemesraan yang aku rasakan sebentar tadi semakin hilang. Hujan malam yang turun renyai-renyai di luar café itu tadi terasa dingin kembali.



Mungkin,kali ini lebih dingin dari tadi.

Monday, 7 April 2014

ABK: Pengakuan Seorang "Antertu"

Owh Suki. Apasal you tak kawin dengan I? Owh.. Owh.. :(

“ Awak. Saya ada stalk ex awak. Tengokkan profile picture kat FB dia tu, kalau bukan tunang, maybe dia dah kawin..”

“ Jah. Ko ingat  lagi tak awek ko kat matrix dulu? Yang mana satu? Si XXXX tu la. Saje nak gitaw. Dia dah bertunang..”

“ Dear Mejah. Just want to tell you I’ve just gave birth of my first baby. It’s a boy. If you free, you can visit me at XXXXX. Don’t forget the Ferrari stroller that you promised me before. Hahaha. Hope you akan dapat cari pengganti I secepat mungkin. InsyAllah..”

Satu demi satu ex aku dah berjaya dalam hidup. I mean, berjaya kearah hidup berkeluarga- either da bertunang, berkahwin or dah selamat melahirkan anak kalau tak satu, sedozen dua. Yang tinggal sorang, still single, teruna (uhuk-uhuk) dan bujang trang tang tang adelah aku.

Dari segi kuantiti, dah berapa orang perempuan pernah singgah jadi permaisuri kat dalam hati aku ni sejak 5 tahun lepas. If dalam hati aku tu ade kerusi untuk permaisuri, kerusi tu dah jadi bak kerusi kat bus stop, dimana orang duduk berisilih ganti. Kejap-kejap tukar orang. Kejap-kejap tukar orang.

Rasa cam legasi ex aku ni macam pengurus-pengurus team Chelsea pun ada jugak- dari zaman Claudio Renieri,Mourinho, Grant, Scolari, Wilkins, Hiddink, Ancelloti, AVB, Matteo, Benitez, sampai lah ke era Mourinho balik, jumlah perempuan yang pernah jadi pacar aku lebih ramai dari itu, or lebih kurang tu jumlahnya. Tapi jangan pulak cakap aku penyokong Chelsea-aku penyokong tegar Arsene Wenger dan Arsenal. Baka setia punya orang.

Lots of exs? No. Its not a record that I'm proud of. 

Lagasi manager Chelsea yang pernah berkhidmat bawah Abrahamovic bagi tempoh 13 tahun. Ex aku lagi ramai dari ni in 5 years time. Choi.

Apa? Aku tukar-tukar awek sebab aku tak setia?

Hello. Dalam semua relationship aku, setelah aku back dated dan kaji balik, aku tak pernah pasang dua. Tidak sama sekali. Nehi. No. Dok, dalam slang member aku daerah Jeli dan Gua Musang. Berapa kali aku nak ulang? Aku setia punya orang. Profesional dalam berpacaran.

Betul. Aku dah bekerjaya. Tak berhutang dengan PTPTN. Tak de hutang dengan FaMa. Dah jatuh hukum harus kahwin dah sebab dah mampu tanggung anak orang . Kadang-kadang bila jalan-jalan tengok awek cun sikit, rasa dah cecah tahap wajib kawin pun ade jugak, tapi berjaya gagahkan diri dari godaan setan mata dengan cara dan kaedah tertentu. Berzikir ke contohnya. Aish.

Dah berkali-kali jugak orang-orang yang berumur (tak boleh cakap tua, nanti derang terasa hati) duduk tanya aku, “bila mau kawin?”. Dah jadi cam soalan dalam past years question  dah. Siap offer calon lagi, tapi aku dengan sopan cakap aku tak sedia lagi. Kadang-kadang aku just senyum tanpa cakap ape-ape.

Pathethic. Yes. I. Am.

Tapi, bagi aku personally, kadang-kadang aku putuskan sesuatu relationship tu bersebab. Bukan sebab aku ade awek lain. Tapi sebab aku rasa- she’s not the one that I need.

Camne aku boleh bagi hujah tu? Sebab bila aku tengok balik ex-ex aku-either aku ingat or ingat-ingat lupa or dah lupa terus dalam otak aku ni, semuanya cantik-cantik belaka.Buktinya, lepas break up dengan aku, semua ada jodoh masing-masing.  Susur galur ex aku banyak- dari yang kategori “mantop”, kategori hitam manis, kategori putih, mulus dan gebu. Macam-macam. Tapi, at the end of the day, aku faham yang rupa is not everything.

Tipulah kalau aku cakap time aku pergi stadium tengok bola aku tak pandang amoi pakai seluar pendek pakai jersi sendat. Terliur jugak aku tengok. Bukan tak tengok langsung; itu kalau aku mati pucuk or gay, memang logik la! But takde la meleleh macam awek tengok iklan Cristiano Ronaldo makan ayam Kepsi. Choi!

Sedap emmm.... Ah.. Ayam Kepsim i mean.. Ehem..

Betul. Aku tak pernah cakap aku ni bukan beautilistic- terma yang aku gunakan bagi jantan yang suka perempuan based on look, tapi cantik semata-mata tak cukup bagi aku. Sape tak nak bini yang cantik dan sedap mata memandang? Sebab rupa tulah yang akan menemani aku tatkala aku bangun tido untuk next 50 years, tu pun kalau umur aku sempat cecah 80 dan tak bercerai. Mana boleh aku tak cerewet tang rupa!

The truth  is, aku tak ade jodoh lagi sebab aku kerap diketemukan dengan perempuan-perempuan yang aku rasa tak kena dengan aku. Tak paham jiwa aku. Sebagai contoh, ade sorang ex aku yang rupa cun, terer masak, kemas rumah, blaja power- tapi terlalu manja, mengada-ngada dan drama queen.  Reject.

Ade pulak cun, mantop, menggiurkan, tapi masa depan dia aku tak nampak. Aku memang cukup concern bab-bab masa depan ni, sebab masa depan dia adalah masa depan aku jugak if dia jadi bini aku. Silap-silap hutang PTPTN dia pun aku kena tanggung, berat nanang.  Reject.

Ade pulak yang boleh tahan lawa, pandai, gagah,kacak, ade masa depan. Tapi kasar sangat. Nanti dia pulak yang karate aku lepas kawin. Reject.

Aku mencari kesempurnaan?  Yes I do. Why? Sebab bila dia dah jadi bini aku, dosa-dosa dia, adik ipar dia, dosa anak-anak dia, semua jatuh atas aku! Aku tanggung wei. Aku tidaklah warak, tapi kalau problem, aku jugak nak menjawab nanti. Mana boleh koksey kokdam. Selama-lamanya kawin tu. Bukan macam couple. Gado sikit brekap. Gado sikit brekap. Aku ni, tak gadoh pun brekap. Dah, camno?

But mengenangkan kata kata candy-crush aku, jangan ghisau ghimau. Jodoh tu pasti. Sooner or later ade la tu. Kadang-kadang ia datang tanpa kita duga. Aku simpan conversation aku dengan dia dalam hati. Inspiratione. Dia pun da nak kawin da. Ape ni?

No, I don’t need to push the panic button. Not yet. Still enjoying singlehood life. Tak tipu !

Apa?

“Being single do make you feel good. But doesn’t make you feel right” ?

BUSSSIT! *ludah pada statement atas*

Poligami? Tuhan cakap. Bukan aku cakap. Choi.

Aku hanya mampu berdoa. Moga Tuhan ampuni dosa-dosa aku, terutamanya pada ex-ex aku, dan temukan aku dengan bakal bini-bini yang baik.

Eh , aku sebut “bakal bini-bini” ke tadi?

Betul la tu. Aku tak salah sebut. Hiksss..

p/s: yang mana terasa hati, terguris perasaan, aku mintak maaf. I'm sorry I'm not perfect. Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. :(


This is Mejah. Out. 

Sunday, 16 March 2014

ABK: Saya Rindukan Karipap, Awak

Hari tu gua rasa lain macam. Dalam 20 kali jugak gua dok main lock-unlock phone gua sambil bersandar pada kerusi malas. Resah. Rasa tak seronok. Rasa serba tak kena. Korang boleh bayang tak?

Sejujurnya, benak gua sedang menimbangkan sesuatu secara serius:

Perlu ke gua hubungi Ifarra?

Ye, IFARRA. Korang tak salah baca. Dan korang tak salah ingat. Dia ex gua yang gua pernah anggap kekasih awal dan akhir tu. Yang gua pernah habiskan masa bercinta bertahun-tahun tu.  Alah, ex gua yang lorat nak commit suicide lepas gua break dengan dia tu. Takkan korang tak ingat?

Cantiknya BCG awak! *gambar hiasan* Tak perlu berspekulasi.

Tak. Tak. Bukan awek Indon tu. Bukan. Itu heroin dalam cerita lain tu. Apa? Neelofa? Aish. Bukan! Yang tu awek gua yang skarang. Eh?

Tak ingat, tak pe. Sebab, tak penting pun. Cuma, gua ada SATU SOALAN yang gua harus tanya dia dan gua harap dia boleh jawab dengan jujur. Satu soalan yang bila sampai je ke satu tarikh tu saban tahun, sebetulnya tarikh hari jadi dia, soalan tu akan mula menghantui  hidup gua.

Sesal jugak gua. Selama gua kapel dengan Ifarra bertahun-tahun, gua tak tertanyakan soalan tu.Bukan sebab takut.  Sebab gua risau takut dia salah faham. Time tu kan gua tengah sayang Ifarra bagai nak rak. Takkan gua nak tengok dia sedih pulak?

Gua finally decide. Lantak la. Malu atau tidak, mahu atau tak, gua harus swipe ikon butang hijau di skrin telefon bimbit gua tu. Besar moments ni bagi gua sebab ini soal maruah yang gua perjudikan. Maruah seorang lelaki berbaka ego. Namun, walaupun agak cliché, untuk kesekian kalinya gua rendahkan ego gua pada Ifarra.

“toot-toot”

Sayup-sayup kedengaran bunyi talipon gua menghubungi talipon Ifarra. Huh. Gua ingat sang mantan gua yang sorang ni dah block number gua, rupanya belum lagi. Merdunya bunyi “toot-toot” tersebut, ibarat intro lagu “Plug-In-Baby nyanyian MUSE” bermain-main di minda gua. Dalam dada gua ni, toksah cakap la. Dup-dap-dup-dap macam bunyi kuda lari. Kanaling sungguh!

“Kenaling” tu apa? Ce tanya member korang yang nombor IC tengah derang “03”. Aish! Kurang vocabulary sungguh!

“Hah.. Hello..”

Satu suara yang seperti baru lepas menelan air liur kedengaran di talian. Ya. Gua cam sungguh suara tu. Suara tu milik Ifarra, dengan intonasi yang agak garang. Intonasi yang sama masa kitorang gaduh masa dia dapat tahu yang gua keluar tengok wayang cerita Ombak Rindu dengan awek lain. Nada ancaman. Nada keras. Nada sebelum dia mula memaki.

“Hai.. Cik Ifarra tengah busy ke?”

Soal gua. Pendek.

“ I call u ni sebab, I nak tanya you something..”

Sambung  gua sebelum sempat Ifarra menjawab soalan pertama.

“Tak. Tak busy. Amende kau nak tahu?”

Wow. Kasarnya. Gua ni dah cukup gentlemen membahasakan kan diri “I” dengan “You”, cakap lemah lembut ibarat kelapa jelly yang awek Vietnam jual kat Chowkit, dia dengan sekonyong-konyongnya menempelak gua dengan “amende kau nak tahu?”.

Memang patutla ko jadi ex.

Takpe. Soal ego tu gua ketepikan dulu. Pijaklah kalau kau rasa kau nak pijak. Ada soalan yang gua perlu tanya dia. Gua teguk air liur. Gua sambung.

“You ingat tak , masa kita mula-mula jumpa dulu? Our first date?  You datang pakai baju blaus kaler pink cair, seluar jeans biru dengan kasut converse kaler silver. I mintak you datang jumpa I dekat ToyRUs Midvalley. Pastu I tanya you dah makan ke belum. You cakap belum sebab you tak breakfast lagi. You cakap masa you keluar pagi tadi, makcik  yang selalu berniaga nasi lemak depan rumah you dah tak berniaga sebab dia balik Siam. Then you cakap sorry sebab lambat sampai 2 jam. Ade problem dengan kucing you. You kena kurung dan bagi makan kucing you makan dulu sebelum you keluar. Then sebab you rasa bersalah nak tipu I, you ngaku yang you pegi toilet lama sebab nak betulkan rambut you. You keluar rumah pakai tudung, before you jumpa I  you sengaja bukak. You ingat tak?

Soal gua pada Ifarra, kali ini dengan nada yang selembut sentuhan pelembut pakaian Downy.

“Ye . Aku ingat..”

Balas Ifarra pendek. Dingin. Masih berhati batu.

“Kemudian I cakap tak ape. Then I bawak you pegi makan Wak Donald, sebab I tak nak you lapar. Masa tu orang ramai, sebab lunch hour. So, I suroh you duduk dulu, booking tempat duduk. Biar I yang beratur untuk you. Before that, I belikan you eskrim Wak Donald. Perisa vanilla sebab you cakap you tak suka perisa coklat. I beli supaya you bley makan dulu eskrim tu sebelum order sampai. Tak nak you pengsan. Lagipun cuaca hari tu kan panas..”

Gua sambung. Perlahan-lahan gua keluarkan memori tu dari otak gua. Satu persatu gua bentang depan Ifarra.

“ Yes. I remember that..”

Respons Ifarra. Dah cakap Mat Salleh da. Nada suara makin lembut.

“Then, you bisik kat I yang you nak makan Dabel Cheese Burger. You tak cakap pun nak yang regular or saiz besar. Tapi sebab I tahu you tengah lapar I belikan you set besar. Nak you makan. Tak nak you lapar. Then masa you tengah makan,bagitahu I yang  you suka potong extra cheese layer tu untuk makan kemudian. You cakap you suka makan cheese Wak Donald tu. So I amek cheese dari  beger I, I potong and I kasi you. Awalnya,you cakap you tak nak tapi lepas I pujuk you, you makan jugak cheese tu..”

Perlahan-lahan memori makan beger di kedai makan pro-Yahudi gua putarkan kembali dalam benak Ifarra. Memori tu gua susun balik, cuba buat dia ingat setiap benda kecik yang berlaku time tu. Every little thing matters.

“Then, kita pergi tengok wayang dengn tiket yang I da beli online. Couple seat. Panggung no.3. Seat number .. 3 dgn 4,  row C if I not mistaken. You try check balik since you kan simpan semua tiket-tiket wayang yang kita pergi tengok. You cakap you suka simpan tiket wayang macam Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu tu. Memory bagi you. But, time tu bukan cerita Ombak Rindu, time tu cerita RED. Kita tengok cerita tu sebab malam sebelumnya you cakap you suka tengok Bruce Willis. Walaupun mamat tu botak dan dah tua, you cakap you suka. Correct me if I’m wrong..”

Slowly-slowly gua introduce scene tengok wayang pertama kitorang pada Ifarra. Sebutir-sebutir details gua baca pada dia. Bagi dia ingat balik, kot-kot dia terlupa.

“ Yes.. betul.. I.. remember..”

Jawab Ifarra. Dengan suara tersekat-sekat. Teresak-esak. Da start crack la tu.

“Then bila wayang tu habis, kita jalan keluar. Masa tu I cakap kat you, yang dalam wayang tadi sejuk, I nak je pegang tangan you tapi I malu. You plak cakap you pun nak pegang tangan I, tapi you pun malu. Then, I immediately hold your hand for the very first time as we walked. Then, kita berhenti dekat satu taman tu. Kita duduk kat bangku . When suddenly you cakap you baru teringat you ada tapau kuih-muih..”

“Ada kuih Seri Muka, Kuih Lapis dengan karipap kentang. And sebab I tengah lapar time tu, I makan dengan penuh perasaan. You pulak duduk gelakkan I sebab you cakap I nampak bersungguh sangat makan.You remember all that?”

Sambung gua.

“Hisk-hisk..Yes.. Yes.. I remember.. Hisk..”

Kali ini , kedengaran dia menjawab dalam tangisan. Ya, Ifarra sudah mula menangis!

“ Cik Ifarra, I have one question. Tolong jawab dengan jujur..”

Terang gua. Nada sehabis serius. Berbekalkan kecekalan dan kudrat yang masih gua ada. Gua traik nafas gua sehabis dalam sebelum gua tanya Ifarra soalan yang dah lama gua pendam sekian lama.

*

*

*

*

*

“ Kuih karipap tu sedap. Dekat mana you beli kuih karipap kentang tu ye?”



_________________________________________________________________________

Salam Satu Mesia.

Hari ni ringkas saja.

Peace Yawwww~

1) Saje melepas rindu berblog. Saje nak gembirakan korang since peristiwa keghaiban MH370 dah memuramkan kite semua, ditambah dgn cerita jerebu dan cerita remaja Melayu Islam madi overdose dadah di FMFA. Fiksyen semata-mata. Xde kena mengena dgn yg hidup or yang sudah meninggal donia.
2) Gua baw balik dari bercuti. So, gua dah sunburn sgt dah ni. Hew hew.
3) Gua still single, erti kata lain, belom kawin. So, yang mana nak masuk meminang gua dipersilakan. (Awek sahaja).
4) Satu je pinta gua. Doakan lah MH370. Semoga mereka selamat. Berhentilah mengkritik. Berhentilah meyalahkan org. Berhentilah berspekulasi. Teruskan percaya dan berdoa.

Sori la sebab sekarang dah kurang sengat dalam menulis. 

Tu je. Kbai!

#prayforMH370

This is Mejah. Out.

p/s: Yaya kim salam kat semua. Nyebok betol.



Thursday, 15 August 2013

Kisah Satu Malam: Aku, awek JDT dan kucing jalanan

Latar tempat:  Laluan pejalan kaki hadapan kedai 24 jam
Latar masa: Lewat malam
Latar masyarakat: Rakyat Mesia yang berbilang kaum yang hidup aman harmoni

Kedai serbaneka yang dimaksudkan
*ching-ching-ching*

Bunyi chime pintu kedai serbaneka itu memecahkan kesunyian malam. Dua pasang mata awek cashier memerhatikan aku masuk terkedek-kedek ke dalam kedai itu. Beria-ria cashier dua orang tu ushar aku; ibarat mamat bangla masuk kampung tengok anak dara Melayu. Lantaklah,bukan luak pun. Orang hensem ni memang suka orang perempuan tengok. Heh.

Aku just “watdonno” dan meneruskan langkah menuju ke bahagian belakang kedai, bahagian minuman sejuk. Lepas 5 minit duduk ushar peti sejuk tu atas bawah, kiri kanan, aku finally decide minuman apa aku rasa nak teguk waktu tu- Barbican perisa strawberi. Okay lah tu. Dari beli Coca-cola yang terang-terang sokong Yahudi, Barbican ni kira takdelah Yahudi sangat.

Aku ambil dua botol Barbican dan letak di atas counter pembayaran. Sambil melemparkan sebuah senyum tawar,aku tanya awek cashier tu:

“Kak, sini ada jual makanan kucing tak? Yang dalam packing kecik-kecik tu..”

Cat food! Cuma yang ini perisa dia bukan Seafood la.

“Ada dik,kat sana, belah bawah,” balas dia sambil menunjuk ke arah rak paling kanan sekali.

“Dik”? Aku ni baby face sangat ke sampai awek tu panggil “adik”? Yelah. Salah aku jugak yang membahasakan diri dia “kak”. Marah la tu. Kalau aku panggil dia “mak cik” tadi, mesti dia akan panggil aku “pak cik”.  Patutnya aku yang patut panggil dia “adik”. Barulah dia akan panggil aku “abang”. Kan sedap sikit bunyinya tu?

Alah. Biarlah. Bukan lawa sangat pun awek cashier ni, tak berbaloi aku nak fikir lama-lama pasal derang.

Aku pun ambiklah makanan kucing tu sepeket. Perisa “makanan laut” ? Makanan kucing pun ada perisa macam-macam ke? I mean,kucing-kucing zaman sekarang ni memang pandai memilih makan ke? Sampai ada perisa khusus bagai. Ntah-ntah kat Jepun pun ada makanan kucing perisa sayur untuk kucing-kucing yang mengaku vegetarian agaknya! Choii!

Selesai membayar, aku menuju ke pintu keluar. Masa aku baru je nak tarik pintu tu..

*ching-ching-ching*

Chime berbunyi lagi. Ada someone baru nak masuk dalam kedai tu.

Sorry guys. Gua dah 3 jam Google. Ni je gambar awek JDT yang gua jumpa yg mematuhi piawai. Harap maklum. 

Awek .

Rambut hitam panjang.

Cun kiok punya.

Pakai jersi JDT.

*Gulp.*

Telan air liur aku kejap. Terkesima. Cun bhai! Terus rasa aku nak lari laju-laju pegi beli jersi JDT dan pakai selai. Nak tunjuk kat dia aku pun fans JDT jugak. Baru bleh “saing-saing” dengan dia. Nak wujudkan similarities antara aku dan dia. Tak kesah la nombor tengah IC aku bukan “01” pun, aku sanggup!!!

Tuhan je yang tahu betapa aku mahu berpaling, cuit bahu awek tu dan mintak nombor dia. Tak dapat nombor, wechat id pun boleh. Tak kuasa aku nak main “look-look around” time tu. Atleast, dapat tengok muka dia sekali lagi pun jadilah!

Tapi, tidak. Memang aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang sopann santun dan pemalu, terutama pada orang yang aku tak berapa nak kenal. Aku hanya mampu menundukkan pandangan. Memandang lantai, dan dengan jalan keluar sehabis tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Tak apa. Kalau ada jodoh tu, tak lari. Ade rezeki, jumpa la dia lagi kt mana-mana”- pujuk aku pada hati aku.  Tipu diri sendiri. Bitter gila rasanya.




Keluar dari kedai tu, aku menghampiri  seekor kucing terbiar yang dari tadi dok mengiau-ngiau mintak makanan. Bunting. Muka cam lapar je. Aku ni memang sukakan binatang, terutamanya kucing. Pelan-pelan aku duduk mencangkung dekat dengan kucing tu, hampar satu beg plastic dan pelan-pelan aku koyak plastic makanan kucing tu. Bagi dia makan. Lahap betul. Lapar sangat agaknya.

Hati aku yang berkecamuk tadi terus rasa tenang tengok kucing tu makan. Somehow, walau kucing bunting tu tak reti bercakap bahasa manusia mahupun bahasa Kelantan,aku tahu yang dia sedang berterima kasih pada aku.

“Owh.. You dah bagi dia makan ya?”

Satu suara tiba-tiba kedengaran dari belakang aku. Aku toleh kepala aku,nak tengok makhluk mana yang tegur aku tak bagi salam ni.

Terkojut gorilla den bilo den pusing! Awek JDT tadi ha!!

“Ah…ha,” balas aku pendek.  Padahal masa tu, aku pun tak sure suara aku keluar ke tidak masa aku cakap “ah-ha” tu tadi. Gila besar bijik mata hitam dia pandang aku. Wallawei! Comel gila ! Cam tok bernafas den ni nengok dia ha! Dup dap dup dap dalam dado den ni ha!

(Apsal aku tiba-tiba cakap Nesmilan plak ni?)

"Nyam-nyam-nyam. Terima kasih ! Terima kasih!" - ujar kucing tersebut.

Dia senyum dan duduk mencangkukung  sebelah aku. Sama-sama teman kucing bertuah tu makan. Bau longkang yang dari tadi menemani aku dengan kucing tu tiba-tiba digantikan dengan aroma harum awek tu. Kalau tak salah aku, bau dia tu bau ala-ala Atlas Mountain Rose punya haruman yang ada dijual kat Body Shop tu.  

Wangi. Manis. Manggiurkan. Eh?

“ Senanya, I pun belikan makanan ni untuk dia. Tadi I nak masuk beli barang , dia duduk berbunyi-bunyi macam lapar. Kesian I tengok dia. Tengok-tengok u da bagi dia makan..” terang dia pada aku sambil menunjukkan satu beg plastic berisi makanan kucing dan sebotol susu penuh krim.

“You beli makanan je kan? Ni , I ada belikan dia susu. Hee..” sambung dia sambil menuang susu Dutch Lady ke dalam penutup botol susu. Dia senyum lagi. Dah nak pengsan aku rasa.

“Awak.. awak punya makanan kucing tu.. macam mana? Kucing ni cukup la satu pek..” tanya aku pada dia. Macam cakap merapu sorang-sorang je bunyinya. Gabra.

“I bawak balik je la. Rumah I pun ada cats..”jawab dia sambil hidang susu pada kucing. Tak pandang aku pun.

“You.. suka kucing?” sahut aku. Perlahan-lahan aku mula membina confidence.  Slow and steady. Mengorak langkah demi langkah.  Pasang perangkap kanan kiri jalan. Rasa macam jeneral perang pun ada. Kena pandai atur strategi ni. Kena cari pick up line baik punya untuk memenangi pertempuran ini.

 “I suka.. Suka gila..” balas dia sambil tersenyum melihat aku. Kali ni nampak gigi dia. Tersusun rapi. Putih bersih macam awek dalam iklan Darlie. Bebas plak. Bebas rongak. Bebas gigi berlapis. Mungkin benar ada possibility antara kami. Mungkin jugak kucing dia dekat rumah tu bakal mendapat abah yang baru. Start berangan dah aku. Heh.

"Bestnya kalau dapat suami yang sama perangai macam you, yang suka kucing. Sama macam I ni.." sambung awek tersebut. Tangan dia dok usap-usap kepala kucing tu dengan penuh kasih sayang. Calon ibu yang penyayang ni!

Apa? Suami? Aku ke? Wallawei! Aku suka benar awek yang jenis terus terang ni! Bukan ajak kapel ni, ajak kawin terus! Betul la cakap umi aku, aku ni memang dilahirkan bertuah. Alhamdulillah !

Terima kasih ibu kucing yang tengah melantak. Kerana menemukan jodoh kami.

“Tapi..”
Dialog murahan:  "Ya, tapi ..." "Tapi apa?". Tak caya? Tengok drama RTM.


Terhenti kejak angan-angan aku tadi.

Aku terdiam. Aku ni memang anti betul dengan perkataan “tapi” tu. ClichĂ© habis. Dialog sikit, “tapi”, dialog sikit “tapi”. Macam drama Melayu RTM dah rasa. Drama swasta kurang sikit dialog murahan camtu.

Tapi apa?

“Tapi suami I tu, dia.. Dia tak suka kucing..”

Jap. Apa awek tu cakap?

Suami?



Hati ni macam dah kena gelek dengan lori traller 12 tayar dah aku rasa. Saat tu jugak aku bangun. Pelan-pelan aku turun tangga menuju ke kereta tanpa memberikan sebarang reaksi pada minah tu. Satu perkataan je yang mampu aku cakap.

CELAKA !

Wednesday, 2 January 2013

ABK : Awek Mc D

Tiada kaitan dengan entri, Kaitan dengan tajuk sahaja.


Cerita ini adelah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang masih hidup,yang telah meninggal dunia, atau yang akan hidup di masa hadapan. Jika terdapat sebarang persamaan, watak, dialog, latar masa,latar tempat atau latar masyakarat adalah kebetulan semata-mata. Kadang-kadang, kebetulan tu nampak disengajakan, tapi sangat-sangat tak sengaja sebenarnya. Ok?

Sape pernah makan sini? Sape pernah?

Latar masa                          :Lewat tengah malam.
Latar tempat                      : Kedai Makanan Segera Pro-Israel, Jalan Setiawangsa, KL
Latar masyarakat              : Rakyat Mesia yang berbilang kaum.

Malam itu aku lapar. Sampaikan aku rasa kalau ade orang jual dinosaur panggang pun aku beli makan habis seekor. Aku keluar jalan-jalan cari makan sambil menghirup udara malam. Option yang aku ada hanya kedai MekDi, sebab jam dah tunjuk pukul lepas waktu tengah malam. Nasib baik orang-orang Yahudi ni suruh bukak kedai makan derang 24 jam,ade jugak lokasi untuk aku melantak.Heh.

Malam tu, aku bukan setakat lapar. Aku jugak bosan. Nak jugak aku keluar usher-ushar awek KL malam-malam ni. Nak try tengok ada tak mana-mana anak dara di area KL ni yang perangai sama buruk dengan aku yang nak melantak McD di tengah malam-malam buta ni.

Aku masuk ke dalam kedai McD tu. Masih ada orang. Xde lah lengang sangat. Satu kaunter je yang dibukak. Aku order set makanan yang paling banyak, tapi harga yang paling murah. Reason dia dua; satu,aku lapar tahap gaban dan dua, aku tak nak sumbang duit aku banyak2 kepada orang Israel. Ok, ok aku tipu. Aku tengah saving duit aku.

Sejak aku dah tak berkawan dengan si Melinda tu,hidup aku tak semewah macam dulu dah. Memang betul cakap dia, aku akan merasa ketiadaan dia. Atau lebih tepat lagi ketiadaan “duit-duit dan kad seret dia”. 

Tak pe. Nanti aku try ushar anak Tan Sri pulak. Dah melepas anak Dato’ , kena cari yang lagi up la,kan? Tak dapat awek yang bapak kaya, dapat Sugar Mummy pon okey juga. But still, aku x terdesak sampai tahap tu lagi. Aku tak semurah itu. Please.

Sesudah aku dapat set makanan aku,aku cari port yang mana kau boleh baca buku yang aku bawak (aku ni ulat buku, okay?) sambil boleh ushar awek; tak kira awek orang atau yang single. Standard la, aku kan lelaki normal. Takkan aku nak ushar lelaki pulak. Tu gay namanya.

Aku duduk di satu meja. Mengadap seorang awek ni. Boleh tahan cun nya. Yang lebih penting, dia keseorangan. Saat aku meletak tray makanan aku diatas meja, aku sempat melihat kearah dia. Melemparkan senyuman. Mengetest market. Dia tengok aku balik, membalas senyuman. Yes !

Baru je aku nak letak tangan atas meja untuk makan fries sambil baca buku,aku perasan yang meja kosong yang aku duduk tu kotor sebenarnya. Dasar Israel. Meja kosong. Tapi kotor dan melekit sana sini. Cilako. Aku ambil tisu,cuba lap meja tu dengan tisu kering tu. Cilako ganda dua. Kotoran tu tak hilang.

Aku nekad. Aku angkat tray aku dan aku letak atas meja awek depan aku tu. Dia terkedu tengok aku tarik kerusi dan duduk semeja dengan dia.

“Meja tu kotor. Tempat lain gelap. Saya nak baca buku sambil makan. Boleh kita share meja?”, soal aku.

“Yes sure. Boleh. But, I’m waiting for someone actually.” Balas dia dalam ke-blurr-an.

“Owh ye ke? Sebenarnya, saya nak baca buku, sambil makan, sambil tengok awak..” pancing aku. Tuhan je tahu betapa nak gilanya aku rasa bila aku cakap camtu. Gamble habis.

“Ah? U nak tengok i?” soal dia.

“Yup.”

“Hahaha. You’re funny!” balas dia sambil gelak.

“Sure. Sure. I guess I need a company after all. Saya Amanda, by the way,” sambung dia.

“Saya mintak maaf, but when I came into this place just now, I can’t help but noticing your presence. Terima kasih sebab sudi share this table with me.”

“Naah. This table is too big for me alone.”

Aku perkenalkan diri aku. Sambil memulakan bicara aku dengan dia. Yang mana dia bercakap lagi banyak dari aku. Makan. Borak. Gelak. Makan. Borak. Gelak.

Dia bagitahu aku. Dah lama sangat dah dia duduk di meja tu. Tunggu BF dia. Tak datang-datang. Dah dekat 2 jam dah. Sampaikan beger pospereti dgn kerli fries yang dia beli awal-awal untuk dia dan BF dia dah sejuk.

Menurut Amanda lagi, sepatutnya dia dan BF dia ada anniversary dinner awal petang tadi. But, BF dia ade kerja. Habis lambat. Then, dia kenselkan dia punya dinner tu dan arrange untuk simple dinner dengan BF dia di kedai McD tu, which also nearby dengan office BF dia. Tup-tup, BF dia tak jugak datang. Mana tak berbulunya dia.

Even, dia cakap, walaupun tahun depan derang berdua merancang nak kahwin pada tarikh 11.12.13, dia sekarang jadi ragu-ragu dengan BF dia. Dia risau yang hidup dia dengan BF dia tak akan bahagia sebab BF dia kerja rajin sangat.

“I was so sure about getting married with him back then. But, nowadays. Since dia dah dapat kerja tetap dengan kompeni baru tu, he seems like he don’t have enough time for me. He called me every morning. Texted me “good night” every time I went to sleep. But, we seldom met.”

“And I really doubt that, when I become his wife, I will not be happy”.

Terang awek bermata bundar bulat besar itu kepada aku. Kadang-kadang, mata dia hampir berkaca saat dia melepaskan perasaan.

“I love him. And maybe he can give me luxurious life. But, deep inside, I’m suffering. And dying. And suffocating... ”

Sebagai seorang lelaki yang gentleman, memamg termaktub dalam kitab hidup aku untuk cuba pujuk dia. Aku perlahan-lahan cakap pada dia yang BF dia tu bekerja, cari duit untuk dia jugak. Duit untuk derang kahwin dan after kahwin punya expense. Aku bagitahu dia yang lelaki yang betul-betul bertanggungjawab akan berusaha keras cari duit dan beri kehidupan yang selesa untuk wife dia. Dia nak stablekan hidup dia dulu. Normal la. Aku bagitahu dia yang aku pun macam BF dia juga. Aku harap dia cuba faham tentang BF dia tu, lebih –lebih lagi bila aku dapat tahu yang BF dia tu baru je join kompeni perniagaan tu.

Aku pun cakap pada dia. Dia pun betul juga. Duit tak janjikan kebahagiaan. But, bila tak ada duit, kebarangkalian untuk hidup tak bahagia tu tinggi. Si BF dia pun perlu bagi masa untuk dia. Lebih-lebih lagi, after derang dah kahwin. Aku gitaw dea yang sooner or later, bila BF dia dah established, BF dia akan bagi balik masa-masa yang derang tak bersama tu. Normal la awal-awal nak start hidup sendiri si lelaki tu akan struggle. Dan above all, si BF dia tu sangat-sangat perlukan support dari dia . Especially time-time macam sekarang, waktu baru nak build up hidup. Kasih sayang  dari dia. Tanpa berbelah bahagi. Tanpa ragu.

Amanda tersenyum. Dia puas dengan mendengar penjelasan aku. Dia berterima kasih sebab sudi dengar dia meluahkan perasaan marah dia.

“I feel like you kasi pinjam bahu you untuk I nanges dan pinjamkan telinga you bagi I cakap”.

Tu kata dia. Aku pun puas sebab dapat tolong seorang lagi kaum lelaki macam aku yang aweknya bermasalah dengan hubungan dia. Lawa pulak tu. Bonus.

Aku pesan kat Amanda lagi, yang bila seorang lelaki tu ada wawasan dalam hidup dia, ada benda yang dia betul-betul  focus, memang kebarangkalian dia untuk cari awek lain tu rendah. Ape taknya, awek seorang pun kadang-kadang terabai, inikan pulak nak tambah lagi seorang dua awek lain. Itu bagusnya lelaki yang kejar karrier ni.

“Lagipun, si bf Cik Amanda tu sibuk bekerja. Bukan sibuk berjimba-jimba cari awek. Kalau dia tak bersama Cik Amanda pun, Cik Amanda boleh rasa secured sebab dia bukan habiskan masa dia bercurangan dengan awek lain.”

Amanda tersenyum lagi. Kali ini senyumnya menampakkan giginya yang putih beserta lesung pipitnya yang dalam pada tengah pipinya. Aku tahu. Dia sudah yakin dan percaya pada kata-kata aku.

“You.. Erm.. Mejah.. I enjoyed talking to you. I understand that you want to convince me about my boyfriend. But, you know la kan, nowadays guys ni tak boleh percaya sangat..” celah Amanda.

“Miss Amanda, a friend of mine once said ‘Distance doesn't destroy relationships. Insecurities and doubts do’. So, if you love him, trust him cause your doubt will slowly destroy your love for him..” balas aku.

“yeah.. I guess so..” kata Amanda sambil mencebik bibirnya. Di permukaan nya, tak senang dengan kata-kata aku, namun jauh didasar benaknya, dia tahu aku betul.

Dipendekkan cerita, aku terus berbual-bual dengan Amanda. Tentang hidup dia, kerjaya dia , masa depan dia. Tentang aku dan hidup aku. Seketika kemudian, bf Amanda datang. Dan kami berbual-bual bersama. Dan aku kagum yg BF Amanda ni sangat sporting. Walaupun aku lepak dengan gf dia hampir 2 jam tanpa dia, dia tahu yang Amanda bukan jenis yang curang.

Kira ok lah. At the end of the day, gua dapat 2 orang kawan baru. Sorang awek cun, sorang lagi maybe bakal  jutawan negara. Heh. Betul kata mak aku, aku memang dilahirkan bertuah.

Sebelum aku keluar meninggalkan kedai MekDi tu, Amanda berlari ke arah aku. Rupanya, buku aku tertinggal tadi. Sesampainya di rumah, ketika aku membuka buku aku, sekeping kad jatuh dari buku aku. Kad itu tercatit satu nota yang ditulis kemas dengan pen biru ..

.
.
.
.
.
.
.

“Amanda. 010-XXX XXXX.  Call me later *kiss*”


Sekali lagi aku tersenyum mengiyakan kata-kata mak aku. Aku memang dilahirkan bertuah. Heh.

****************************************************************

Salam Satu Mesia.

Selamat tahun baru !!

Ok. Gua harap korang dapat plus point yang gua ketengahkan dari story yang gua share kali ni.  Gua tak leh nak bebel banyak-banyak sebab gua kena gerak tinggalkan Mesia malam ni.

"lelaki yg baik adalah lelaki yg nak secure masa depan dia dan orang yang dia sayang".

So, gua harap selama 4 bulan gua post macam2 entri ni, korang enjoy. Dan I'll see you guys in next six months. Gua kena naik kapal balik. Kembali bekerja di laut.

S.S Seri Amanah. Kapal gue!


Take care.

Thank you for supporting totallymejah.

LOLAR*,

Mejah a.k.a Aziri Pauzi.

*Lots Of Love And Respect