Showing posts with label Indon. Show all posts
Showing posts with label Indon. Show all posts

Friday, 14 February 2014

ABK : Sebuah Pengakhiran



When I fall, I fall hard. Very Hard. "


Petang tadi aku ke pantai. Bukan untuk makan keropok ikan dan bebola ikan celup tepung panas-panas sambil minum air kelapa muda. Bukan untuk bermain layang-layang dengan riang yang aku selalu buat tu. Juga bukan untuk mengushar anak dara orang mandi-manda. Tidak.  Aku bukan pervert meskipun aku ni jenis baka subur lagi menyuburkan. Jauh sekali aku ni gay.

Malam semalam, sedang aku ralit bermain game Flappy Bird, telefon aku berdering, sayup-sayup mendendangkan lagu tema cerita Pokemon. Aku melihat caller ID. Azalea, pacar aku dari negara seberang itu. Aku mencebik bibir. Dah agak lama aku tak berhubungan dengan dia sejak aku pulang dari luar negeri. Malas sebenarnya. Aku lebih suka buat hal aku sendiri.

“Halo.  Kompleks Imigresen Putrajaya, boleh saya bantu?” sapa aku di talian, seperti receptionist bertauliah kerajaan. Bergurau.

Biarpun aku malas, namun kena tunjuk yang aku ini masih bernafsu untuk melayan si Azalea ni berbual. Tak gentlemen la if aku layan dia macam nak tak hendak je. Bersusah payah dia call aku, tak kan nak cakap elok-elok pun tak boleh, kan?

“Waduh! Maafin saya , pak! Tersalah tekan nombornya !” balas Azalea di panggilan, kaget. Slanga Indonesia dia dah banyak berubah. Mungkin sebab rata-rata kawan dia orang semenanjung. Bagus juga tu. Nasib baik dia tak bertutur dengan pelat Terengganu, memandangkan kawan baik dia, si Stacy tu awek Gannu.

Aku tergelak seketika. Tak sangka dia masih lurus bendul macam first time aku mula kenal dia dulu. Masih innocent. Masih mudah untuk diperdaya. Masih “Azalea.”

“..Mas..” bisiknya halus. Dia cam yang di talian telefon itu adalah aku dari bunyi gelak aku tadi.Suaranya yang lembut bagai burung tekukur baru belajar nak berjalan itu buatkan aku tertelan air liur seteguk dua. Dah sekian lama juga tak ada insan yang bernama perempuan memanggil aku dengan nada sebegitu. Yang paling hampir pun baru-baru ni, itupun bapuk berbadan sasa dekat area Brickfields. Dekat dua hari juga aku tak selera makan mengingatkan insiden bapuk tegur dan bagi flying kiss dekat aku. Cis!

“Sudah lama Lea tak mendengar bunyi mas gelak,”

“Mas sudah pulang ya? Gak beritahu sama Lea,” kata dia.

“Lea tunggu mas pulang. Khabarnya hujung bulan tiga. Awal ya..”, ngadu dia lagi tanpa sempat aku jawap. Sayu nadanya.

Iwo Peyek- Iwo Peyek~ : JOZAN

“Lea. Mejah baru saja pulang ke Malaysia. Belum pun sampei seminggu. Lagipun, masih banyak kerjaan yang masih belum beres..”pujuk aku, setelah otak aku meliar mencari alasan. Gaya bahasa Indon aku tak ubah macam Johan dalam program “Lawak ke Der” musim ke 2.

“Maaf ya,Lea. Mas gak mahu Lea kaget. Lea apa kabar? Sudah makan? Study ok?” sambung aku dengan alasan mahu menukar topic perbualan. Soalan ditambah dengan soalan. Mengalih perhatian Azalea. Skill komunikasi  yang memang efektif bila berhadapan dengan perempuan.

“Barangkali, mas sudah gak ingat sama Lea lagi..”, tuduhnya meliar pada aku.

“Waduh.. Mana pantas mas melupain Lea ! Gak pantas, dong !” pantas aku memotong cakapnya dengan slang Indon aku yang kurang mejadi. Lantaklah, asal Azalea tahu yang aku bukan sengaja melupakan dia.

“Ha ha.. Mas.. Lucu banget.. Gak perlu ikut Lea bicara bahasa Indonesia. Tutur bahasa Malaysia juga Lea bisa faham..” Balas Azalea dalam nada gelak.

“Asalkan bukan bahasa Kelantan, Lea bisa faham!”, senda Azalea.

Kami sama-sama tergelak. Perlahan-lahan memori perhubungan antara aku dan Azalea menerjah masuk ke benak fikiran aku, terutamanya tragedi  malam krismas 3 tahun yang lepas. Indahnya waktu itu. Ehem.

“Mas.. Benarnya Lea perlu banget ketemu Mas.. Ada benda penting yang Lea mahu bicara sama Mas..”, tutur Azalea memecahkan keriuhan gelak tawa sesama kami. Dan dari nadanya yang sebegitu, aku tahu Azalea sedang serius.

Aku terdiam seketika. Seingat aku dua bulan lepas, dia ada mengirimkan aku beberapa e-mail. E-mail itu mengajak aku berjumpa dia namun aku berikan alasan aku masih sibuk bekerja. Kali ini, mahu atau tidak aku harus berhadapan dengan Azalea.

“Baik..,”jawab aku dengan nada malas. Aku seolah-olah dapat merasakan yang hari yang aku aku takutkan selama ini, bakal muncul.


 ***********************************************************

“You, we need to stop doing this.”

Aku renung dia. Ya, aku dengar setiap suku kata yang Azalea ucapkan tadi. Aku bukan tuli. Tidak. Tapi telinga aku seolah-olah pekak. Dan aku tahu apa yang aku lakukan adalah salah. Tapi payah untuk aku berhenti.

Suasana di kedai ayam panggang mat salleh di Alamanda itu seakan-akan lengang. Biarpun terdapat manusia-manusia lain di kedai itu,bagi aku hanya ada aku dan Azalea sahaja. Aku mahu menatap mata Azalea sedalam-dalamnya.

Sape penah makan kat cawangan ni? Angket tgn !!

Gadis seberang berkulit sawo matang bermata bundar yang itu hanya tunduk membisu. Masing-masing diam. Yang mana hanya meja aku dan dia saja aku rasakan pegun dan benda-benda lain di sekeliling ku rasakan masih bergerak.
Hanya ruang kecil aku dan Azalea saja yang seolah olah terkurung dalam ruang masa kami sendiri. Tersekat. Tidak berlalu. Berhenti. Sunyi.

Azalea mengalihkan pandangan dia dari aku. Tak sanggup dia menatap mata aku tatkala mata dia mula berkaca. Raut wajah cantik gadis seberang itu sudah berubah menjadi amat suram. Tak pernah aku melihat wajah dia semuram itu.

“Lea sudah bilang sama Mejah. Sudah janji.Yang Mejah akan jadi pacar Lea hingga Lea benar-benar jumpa orang lain. Mana mungkin bisa kita mungkir, mas!”

Dia memulakan bicara hatinya. Mahu aku berhenti dari terus berhubungan dengan dia. Mungkin kerana dia sudah menjumpai lelaki yang boleh membahagiakan dia sepenuhnya.

“Tapi, Lea. Lea tahukan, masa Mejah berjanji dengan Lea tu, Mejah masih bersama Ifarra. Mana bisa Mejah menjadi pacar ke dua nya. Kini Ifarra sudah tiada…”

Bisik aku lembut, cuba memujuk Azalea dengan menghempap segala kesalahan aku kepada sang mantan aku itu, sambil tangan aku menyisir lembut rambut hitam Azalea ke belakang telinga kirinya. Dia pernah beritahu aku, dia selesa diperlakukan begitu.

“You. Please stop. It’s not about her. In fact, it's never about her. It’s about what we have promised. We need to stop.”

Aku terdiam mendengar kata Azalea. Jarang benar dia berbahasa Inggeris dengan aku. Biarpun bercampur slanga Indon bercampur grammatical error, aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Tangannya tangkas menangkis tangan aku.Tak rela dirinya disentuh aku ketika itu.

“Mas, Lea ajak Mas ketemu sama Lea hari ini, untuk beritahu Mas yang Lea sudah punya pacar yang baru..”

“Famili Lea yang carikan untuk Lea. Sebetulnya wasiat arwah papa Lea. Lea ngak bisa mungkirin.”

Arwah? Wasiat? Bila masa ayah Azalea ni mati?

“Usah terkejut, mas. Arwah papa Lea meninggal sewaktu mas masih belum pulang. Lea gak pernah beritahu mas. Dan pacar Lea yang sekarang ini yang banyak membantu family Lea di seberang sesudah papa Lea meninggal.”

Nada suara Azalea makin sebak. Suaranya yang lancar tadi sudah mula tersekat-sekat. Pilu. Air mata jernih Azalea mulai membasahi pipinya yang putih mulus itu.

“Mas.. Lepaskan Lea pergi, ya.. ini bukan pinta hati Lea sendiri. Tapi, Lea sudah pikirin. Ini terbaik untuk kita berdua..,”

Tangan aku digengam erat oleh dia. Dia memandang aku dengan dua mata bundarnya yang cantik itu sambil mendambakan jawapan. Aku tunduk. Tak sanggup bertentang mata dengannya. Tak mampu berkata apa-apa.

Sungguh. Seumur hidup aku, tak pernah ada soalan yang tak mampu aku jawab. Tak pernah aku merasa begitu lemah semasa berhadapan dengan makhluk yang dipanggil perempuan. Tak pernah aku gagal dalam memujuk golongan yang mudah termakan kata-kata manis itu.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku setelah aku benar-benar kenal perempuan, lidah aku kelu. Tiada respons yang mampu aku beri pada dia. Blank. Blur.

Mungkin ini pengakhiran bagi aku dan Azalea.

Aku bangkit dari kerusi meninggalkan Azalea  sambil diiringi bunyi tangisan teresak-esak. Suara tangis gadis dari seberang itu akan terus melekat dalam benak kepala aku. Mungkin sampai hari esok. Mungkin sampai bulan depan. Mungkin sampai aku kena kambus dengan tanah.

Selamat tinggal, Azalea. Lelaki ini sudah tewas.

Aku doakan yang terbaik untuk kamu.


*********************************************************** 

 Salam Satu Mesia.


Orait! 

Bagasi yang menemani gua balik tempoh hari. :3

Mejah baw balik Mesia ni. Hari ni baw genap seminggu ! *yeay*


So, ade mase sket, gua update la siri ABK ni. Saje je, ni sume fiksyen. Takde yang betul pun. *uhuk-uhuk*.


Anyway, thanks sebab sudi baca and hipe you guys enjoy reading it. Sorry la if power kureng sket, da lama x menulis. And enty ni pon senanya dah lama siap - dalam last year, cuma Mejah x sempat nak update.


Moral of the story kali ni, erm.. adelah.. "jangan kasi harapan pada orang, if kita xberapa nak serious sesuatu dalam perhubungan..". And, cinta kontrak ni kekadang buleh menjadi cinta yang betul. So, beware.


Yang mana baru kawen tu, Mejah ucapkan Selamat Pengantin Baru ! Ye lah, Baw ni Mejah ade balik Mesia. Ade readers yang baw kawin tu, ramai. Member-member Mejah pun ramai yang baw kawen recently.


Apa? Mejah akan kawin bila?


Bhahahahahahaha~


Kita tunggu dan lihat, ok? Korang doa-doakan lah. Sayang korang.


This is Mejah.


Out.

Friday, 10 February 2012

Aku Bukan Kasanova (Sebuah Prolog)

(intro)






Aku dah hampir jumpa apa yang betul-betul aku perlukan sekarang. Perempuan.


Ya. Anda telah membaca dengan betul. Gadis dalam bahasa standard ibunda aku. Awek dalam bahasa orang KL. “Marka” dalam bahasa Utara.  Atau “gewe” dalam pelat member aku dari daerah Jeli, Kelantan.  Semua merujuk pada perkara yang sama.


Ya. Awek. Atau cewek dalam bahasa Indon. Gambar hiasan. Ehem.


Ya, benar. Seorang  awek. Cun. Kiok abes! Dan buat kesekian kalinya, aku yakin yang dia ni perempuan - wanita dalam deskripsi dan makna yang sebenar- bukan perempuan-perempuan dari Brickfields atau Bukit Bintang yang ada time lewat-lewat malam tu. Juga bukan istilah bagi sesetengah “perempuan” cun yang terdapat banyak dekat Thailand tu. I’m talking about the real thing !


Senanya, sekelumit pun tak pernah terdetik dalam paler otak aku ni yang kiterang bole dipertemukan. Bak kate iklan Petronas dalam 4 atau 5 tahun lepas, “ikan di laut,asam di darat, dalam periok bikin muafakat”. Or macam  Ash bole dipertemukan dengan Pikachu dalam siri animasi Pokemon, begitu juga aku dengan dia. Something, yang x pernah disangka dek aku. Mungkin semua ini “rezeki” kepada aku yang suka “bersedekah” kata-kata manis pada gadis-gadis. Tuhan tu nak membalas. Aku redha saja.


Gambar gadis mirip Ifarra.  Ehem. Xleh tunjuk gambar penuh. nanti korang cakap aku perasan pulak.
Sebenarnya juga, perkara ini juga mungkin takkan berlaku jika bukan kerana Ifarra. Tapi, pada petang tersebut, satu-satunya awek tunggalku itu dah buat satu silap besar. I mean, besar gile. Aku ajak dia keluar dating petang tu, but dia cakap x leyh. Ada urusan pejabat. Nak jadikan cerita, aku pon terpaksa la kuar sorang2 - yang mana mengundang perasaan amat bosan tahap gaban. Aku pon gi la lepak kat satu restoran ni.


Then, sebagai seorang lelaki yang normal, suddenly aku rasa sunyi tyme tu. Ade plak pasangan kapel lain yang dok makan2, borak2 & bermesra dgn pasangan memasing kat retoran tu. Damn~. Rasa cam seolah-olah, depa semua tu dok usha dan menganjing aku pada masa yang sama. And of course, sebagai seorang lelaki yang sihat dan tak mati pucuk, aku benar-benar merasa yang aku perlu berdampingan dengan seseorang time tu.


If nak call si Arriea  & ajak dia keluar, si skandal masa zaman sekolah dulu? Dea tengah berserabut dengan balak-balak dia. Tak penah habis-habis or setel-setel dalam bab tukar-tukar balak ni. Tukar balak cam tukar stokin. X kesah la sebab dia cun dan mantap, dia berhak. Yup.


 Kalau korang tu cantik, bekerjaya, matang dan pandai jaga diri sendiri tanpa bergantung pada jantan untuk terus hidup, korang berhak untuk memilih balak cam pilih watak masa main game cam si Arriea. If tak, jangan nak berlagak. Sayangilah boyfriend kome-kome tu. Samething goes to boys !
If nak call si Alleana , awek sekuliah time matrix dulu tu pulak, rasa kurang berselera pulak. Lagipun aku tak mahu rapat sangat dengan minah tu. Risau dia akan ungkit dosa-dosa lama yang pernah aku buat dekat dia. Aku pulak sangat-sangat tak suka dengan insan-insan yang suka mengungkit- terutamanya golongan pompuan.


Sebab bagi aku, pompuan yang mengungkit tu adelah pompuan yang tak cool- dah bagi something kat jantan, pastu ade hati nak mengungkit or nak mintak balik. Kalu camtu, baik x yah bagi ape-ape at the first place, buruk sikuw namanya ! Same thing goes to boys, okeyh ! Mengungkit tu mengundang bala, tahu !


In a relationship, if possibel, time gado2 antara korang, tolong la jangan mengungkit. Sebab most of couple (including yang dah kawin) berpisah sebab "saling ungkit-mengungkit" time gado-gado. The best thing, to make a relationship work, is to menghargai & ingat  pada jasa pasangan anda pada anda dan melupakan apa salah derang pada anda. Yang sudah tu, sudah la. Individu yang kurang matang je yang suka mengungkit ni. Faham ?
Sebab tak tahu ape nak di buat, aku pon lepaklah dekat satu restoran yang dekat dengan hotel tempat aku stay. Dan nak dijadikan cerita, ntah kenapa tetiba mulot aku jadi gatal benor pada petang tu-maybe sebab sunyi, bosan or gersang, aku x sure; aku tetiba bertanya soalan pada minah Indon yang jadi pembantu  restoran tu. Aku pun dah agak biasa dengan dia, campur tolak restoran tu dah jadi salah satu tempat yang aku boleh anggap sebagai dapur emak ku juga. Maklumlah, selama aku stay di sini, dalam seminggu tu ade jugalah lima atau enam kali aku “melantak” atau “mentekedarah” di situ. Faveret aku pon si minah Indon tu tahu- kuey tiaw kungfu, extra kuey tiaw & extra pedas.


Lepas aku tanya dia itu dan ini (sebagai pemanis mulut dan ice breaking),tup-tup mulutku yang tak berapa munasabah ini bertanya pada minah Indon tu,kalau-kalau ade kawan tak yang dia bole rekomenkan kat aku.


“Eh.. ada pak, betul bapak mahu?” soal dia.


“Yalah. Benar, mak,” balasku, dah dia panggil aku pak, kenalah aku panggil dia “mak”. Barulah kena, ye tak? Lagipon, mati-mati aku ingat dia cuma bergurau.


“Kalau mahu dong, contact ini nombor..” dimintanya pen Pilot G2 di saku kemajaku itu lalu ditulisnya sepuluh angka- nombor henfon, Maxis- bermula dan berakhir dengan nombor kosong. 


Aku tengok tulisan dia, bole tahan- lagi cantik dari muka bapuk berbadan sasa yang aku jumpa masa aku makan dekat restoran pondok dekat area Sentul aritu. Dah la bapuk tu senyum-senyum manja kat aku time aku bayar -siyes seram rasanya.


Betul ni?” soal aku yang seolah-olah tak percaya .


Betul, dong. Kalau nggak percaya,minta handsetnya, biar saya ngontact !”  kata minah Indon tu sambil merenung ke arah Blackberry  aku. 


Ni lah gambo Blackberry aku. Segar dari ladang. Siap dengan tangkai lagi. Hurm. Korang penah merasa tak BB jenis yang ni ? LOL


Eh, nanti dulu,” aku mula terasa lain macam. Cam pelik jew. Mesti ade something fishy ni. Mula aku sedar yang si minah Indon ni tak berguraw. Siyes. 


Ini nombor siapa?


Kawan saya. Orang seberang juga


Orang seberang? Indon juga? Dan kemudian terbayang-bayanglah di mata aku ini wajah emak, pembantu gerai, tukang cuci bangunan dan pengasuh budak yang made in Indonesia yang pernah aku jumpa. Oh, tidak !


Maid : Seksi tak saya?  Mejah : Oh, tidak !! 


Aku mula rasa geli hati. Tergelak sendiri. Sumpah. Heh, berjodoh dan berkapel pendatang haram pulakah anak muda yang malang ini ? 


Namun, sungguh ku tak sangka pemikiran sempit dan sangkaan ku itu benar-benar meleset belaka… 


Dia itu benarnya, satu pupu sama saya dong. Tapi,baru saja kemari. Sedang kuliah di ….”


Hah? Budak university? (O____O)


Ya. Awek ala-ala dalam citew Sinetron Indon tu. Itu yang bermain di minda aku di saat  itu. Rawwr~ 


Aku suruh dia ulang balik ayat dia tadi.


Sah, yang dia sebut tadi memang nama sebuah universiti. Dan bukan Universiti Hospital, malah nama sebuah Universiti tersohor di Mesia ini.


Budak university yew?


Ah, all right sangat le tu..


*smiling*


Hehehehe.. Dengan tak semena-mena, tanduk dengan ekor setan aku keluar. Betul cakap mak aku. Aku ni memang dilahirkan bertuah.


To Be Continue


Girangnya hatiku. Segirang senyuman kopi ini. Wallaweih !


------------------------------------end of Prologue-------------------------------


So, cam biasa.


Salam 1 Mesia.


Kali nie, gua karang satu carpen or fiksyen cinta. Tentang seorang mamat yang di dalam alam bercinta. Harus diingatkan, mamat dalam cerita diatas bukan gua (di ulangi, bukan gua, okey?) - and if ada kene siket2 dgn gua tu, mmg x leyh buat apa la. Campur dari pengalaman gua sendiri jugak cerita ni. So, sebarang peristiwa, nama, kejadian dan ape2 sajelah dalam Siri Coretan : Aku Bukan Kasanova ini adelah rekaan semata-mata. Xde kene mengena dgn yg hidup atau yang telah meninggal dunia. If ade pon, hanyalah kebetulan semata-mata.


Motif kisah ni ditules adalah utk biarkan semua orang faham- baik lelaki atau perempuan, cara seorang lelaki berfikir dan bertindak dalam hal-hal cinta. Dan bukan semua lelaki akan berkelakuan cam mamat dalam citew nie. Okey?


Just as a light reading. Hiburan. Ade mase gua sambung lagi.Okey? 


Wassalam.


This is Mejah. Out ~


Nota kaki utk lelaki : Perempuan.. Umpama duit, makin banyak makin… ‘heh!’