Showing posts with label kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin. Show all posts

Friday, 14 February 2014

ABK : Sebuah Pengakhiran



When I fall, I fall hard. Very Hard. "


Petang tadi aku ke pantai. Bukan untuk makan keropok ikan dan bebola ikan celup tepung panas-panas sambil minum air kelapa muda. Bukan untuk bermain layang-layang dengan riang yang aku selalu buat tu. Juga bukan untuk mengushar anak dara orang mandi-manda. Tidak.  Aku bukan pervert meskipun aku ni jenis baka subur lagi menyuburkan. Jauh sekali aku ni gay.

Malam semalam, sedang aku ralit bermain game Flappy Bird, telefon aku berdering, sayup-sayup mendendangkan lagu tema cerita Pokemon. Aku melihat caller ID. Azalea, pacar aku dari negara seberang itu. Aku mencebik bibir. Dah agak lama aku tak berhubungan dengan dia sejak aku pulang dari luar negeri. Malas sebenarnya. Aku lebih suka buat hal aku sendiri.

“Halo.  Kompleks Imigresen Putrajaya, boleh saya bantu?” sapa aku di talian, seperti receptionist bertauliah kerajaan. Bergurau.

Biarpun aku malas, namun kena tunjuk yang aku ini masih bernafsu untuk melayan si Azalea ni berbual. Tak gentlemen la if aku layan dia macam nak tak hendak je. Bersusah payah dia call aku, tak kan nak cakap elok-elok pun tak boleh, kan?

“Waduh! Maafin saya , pak! Tersalah tekan nombornya !” balas Azalea di panggilan, kaget. Slanga Indonesia dia dah banyak berubah. Mungkin sebab rata-rata kawan dia orang semenanjung. Bagus juga tu. Nasib baik dia tak bertutur dengan pelat Terengganu, memandangkan kawan baik dia, si Stacy tu awek Gannu.

Aku tergelak seketika. Tak sangka dia masih lurus bendul macam first time aku mula kenal dia dulu. Masih innocent. Masih mudah untuk diperdaya. Masih “Azalea.”

“..Mas..” bisiknya halus. Dia cam yang di talian telefon itu adalah aku dari bunyi gelak aku tadi.Suaranya yang lembut bagai burung tekukur baru belajar nak berjalan itu buatkan aku tertelan air liur seteguk dua. Dah sekian lama juga tak ada insan yang bernama perempuan memanggil aku dengan nada sebegitu. Yang paling hampir pun baru-baru ni, itupun bapuk berbadan sasa dekat area Brickfields. Dekat dua hari juga aku tak selera makan mengingatkan insiden bapuk tegur dan bagi flying kiss dekat aku. Cis!

“Sudah lama Lea tak mendengar bunyi mas gelak,”

“Mas sudah pulang ya? Gak beritahu sama Lea,” kata dia.

“Lea tunggu mas pulang. Khabarnya hujung bulan tiga. Awal ya..”, ngadu dia lagi tanpa sempat aku jawap. Sayu nadanya.

Iwo Peyek- Iwo Peyek~ : JOZAN

“Lea. Mejah baru saja pulang ke Malaysia. Belum pun sampei seminggu. Lagipun, masih banyak kerjaan yang masih belum beres..”pujuk aku, setelah otak aku meliar mencari alasan. Gaya bahasa Indon aku tak ubah macam Johan dalam program “Lawak ke Der” musim ke 2.

“Maaf ya,Lea. Mas gak mahu Lea kaget. Lea apa kabar? Sudah makan? Study ok?” sambung aku dengan alasan mahu menukar topic perbualan. Soalan ditambah dengan soalan. Mengalih perhatian Azalea. Skill komunikasi  yang memang efektif bila berhadapan dengan perempuan.

“Barangkali, mas sudah gak ingat sama Lea lagi..”, tuduhnya meliar pada aku.

“Waduh.. Mana pantas mas melupain Lea ! Gak pantas, dong !” pantas aku memotong cakapnya dengan slang Indon aku yang kurang mejadi. Lantaklah, asal Azalea tahu yang aku bukan sengaja melupakan dia.

“Ha ha.. Mas.. Lucu banget.. Gak perlu ikut Lea bicara bahasa Indonesia. Tutur bahasa Malaysia juga Lea bisa faham..” Balas Azalea dalam nada gelak.

“Asalkan bukan bahasa Kelantan, Lea bisa faham!”, senda Azalea.

Kami sama-sama tergelak. Perlahan-lahan memori perhubungan antara aku dan Azalea menerjah masuk ke benak fikiran aku, terutamanya tragedi  malam krismas 3 tahun yang lepas. Indahnya waktu itu. Ehem.

“Mas.. Benarnya Lea perlu banget ketemu Mas.. Ada benda penting yang Lea mahu bicara sama Mas..”, tutur Azalea memecahkan keriuhan gelak tawa sesama kami. Dan dari nadanya yang sebegitu, aku tahu Azalea sedang serius.

Aku terdiam seketika. Seingat aku dua bulan lepas, dia ada mengirimkan aku beberapa e-mail. E-mail itu mengajak aku berjumpa dia namun aku berikan alasan aku masih sibuk bekerja. Kali ini, mahu atau tidak aku harus berhadapan dengan Azalea.

“Baik..,”jawab aku dengan nada malas. Aku seolah-olah dapat merasakan yang hari yang aku aku takutkan selama ini, bakal muncul.


 ***********************************************************

“You, we need to stop doing this.”

Aku renung dia. Ya, aku dengar setiap suku kata yang Azalea ucapkan tadi. Aku bukan tuli. Tidak. Tapi telinga aku seolah-olah pekak. Dan aku tahu apa yang aku lakukan adalah salah. Tapi payah untuk aku berhenti.

Suasana di kedai ayam panggang mat salleh di Alamanda itu seakan-akan lengang. Biarpun terdapat manusia-manusia lain di kedai itu,bagi aku hanya ada aku dan Azalea sahaja. Aku mahu menatap mata Azalea sedalam-dalamnya.

Sape penah makan kat cawangan ni? Angket tgn !!

Gadis seberang berkulit sawo matang bermata bundar yang itu hanya tunduk membisu. Masing-masing diam. Yang mana hanya meja aku dan dia saja aku rasakan pegun dan benda-benda lain di sekeliling ku rasakan masih bergerak.
Hanya ruang kecil aku dan Azalea saja yang seolah olah terkurung dalam ruang masa kami sendiri. Tersekat. Tidak berlalu. Berhenti. Sunyi.

Azalea mengalihkan pandangan dia dari aku. Tak sanggup dia menatap mata aku tatkala mata dia mula berkaca. Raut wajah cantik gadis seberang itu sudah berubah menjadi amat suram. Tak pernah aku melihat wajah dia semuram itu.

“Lea sudah bilang sama Mejah. Sudah janji.Yang Mejah akan jadi pacar Lea hingga Lea benar-benar jumpa orang lain. Mana mungkin bisa kita mungkir, mas!”

Dia memulakan bicara hatinya. Mahu aku berhenti dari terus berhubungan dengan dia. Mungkin kerana dia sudah menjumpai lelaki yang boleh membahagiakan dia sepenuhnya.

“Tapi, Lea. Lea tahukan, masa Mejah berjanji dengan Lea tu, Mejah masih bersama Ifarra. Mana bisa Mejah menjadi pacar ke dua nya. Kini Ifarra sudah tiada…”

Bisik aku lembut, cuba memujuk Azalea dengan menghempap segala kesalahan aku kepada sang mantan aku itu, sambil tangan aku menyisir lembut rambut hitam Azalea ke belakang telinga kirinya. Dia pernah beritahu aku, dia selesa diperlakukan begitu.

“You. Please stop. It’s not about her. In fact, it's never about her. It’s about what we have promised. We need to stop.”

Aku terdiam mendengar kata Azalea. Jarang benar dia berbahasa Inggeris dengan aku. Biarpun bercampur slanga Indon bercampur grammatical error, aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Tangannya tangkas menangkis tangan aku.Tak rela dirinya disentuh aku ketika itu.

“Mas, Lea ajak Mas ketemu sama Lea hari ini, untuk beritahu Mas yang Lea sudah punya pacar yang baru..”

“Famili Lea yang carikan untuk Lea. Sebetulnya wasiat arwah papa Lea. Lea ngak bisa mungkirin.”

Arwah? Wasiat? Bila masa ayah Azalea ni mati?

“Usah terkejut, mas. Arwah papa Lea meninggal sewaktu mas masih belum pulang. Lea gak pernah beritahu mas. Dan pacar Lea yang sekarang ini yang banyak membantu family Lea di seberang sesudah papa Lea meninggal.”

Nada suara Azalea makin sebak. Suaranya yang lancar tadi sudah mula tersekat-sekat. Pilu. Air mata jernih Azalea mulai membasahi pipinya yang putih mulus itu.

“Mas.. Lepaskan Lea pergi, ya.. ini bukan pinta hati Lea sendiri. Tapi, Lea sudah pikirin. Ini terbaik untuk kita berdua..,”

Tangan aku digengam erat oleh dia. Dia memandang aku dengan dua mata bundarnya yang cantik itu sambil mendambakan jawapan. Aku tunduk. Tak sanggup bertentang mata dengannya. Tak mampu berkata apa-apa.

Sungguh. Seumur hidup aku, tak pernah ada soalan yang tak mampu aku jawab. Tak pernah aku merasa begitu lemah semasa berhadapan dengan makhluk yang dipanggil perempuan. Tak pernah aku gagal dalam memujuk golongan yang mudah termakan kata-kata manis itu.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku setelah aku benar-benar kenal perempuan, lidah aku kelu. Tiada respons yang mampu aku beri pada dia. Blank. Blur.

Mungkin ini pengakhiran bagi aku dan Azalea.

Aku bangkit dari kerusi meninggalkan Azalea  sambil diiringi bunyi tangisan teresak-esak. Suara tangis gadis dari seberang itu akan terus melekat dalam benak kepala aku. Mungkin sampai hari esok. Mungkin sampai bulan depan. Mungkin sampai aku kena kambus dengan tanah.

Selamat tinggal, Azalea. Lelaki ini sudah tewas.

Aku doakan yang terbaik untuk kamu.


*********************************************************** 

 Salam Satu Mesia.


Orait! 

Bagasi yang menemani gua balik tempoh hari. :3

Mejah baw balik Mesia ni. Hari ni baw genap seminggu ! *yeay*


So, ade mase sket, gua update la siri ABK ni. Saje je, ni sume fiksyen. Takde yang betul pun. *uhuk-uhuk*.


Anyway, thanks sebab sudi baca and hipe you guys enjoy reading it. Sorry la if power kureng sket, da lama x menulis. And enty ni pon senanya dah lama siap - dalam last year, cuma Mejah x sempat nak update.


Moral of the story kali ni, erm.. adelah.. "jangan kasi harapan pada orang, if kita xberapa nak serious sesuatu dalam perhubungan..". And, cinta kontrak ni kekadang buleh menjadi cinta yang betul. So, beware.


Yang mana baru kawen tu, Mejah ucapkan Selamat Pengantin Baru ! Ye lah, Baw ni Mejah ade balik Mesia. Ade readers yang baw kawin tu, ramai. Member-member Mejah pun ramai yang baw kawen recently.


Apa? Mejah akan kawin bila?


Bhahahahahahaha~


Kita tunggu dan lihat, ok? Korang doa-doakan lah. Sayang korang.


This is Mejah.


Out.

Tuesday, 30 July 2013

ABK : Patah Hati

" so I’m Puttin’ my defences up. Cause I don’t wanna fall in love. If I ever did that I think I’d have a heart attack " - Demi Lovato
“Saya mmg suka berkawan dgn awak.”

“In fact, dalam bnyk2 org lelaki yg saya kenal, saya rasa awaklah yg paling rapat dan paham jiwa saya”

“Tapi, nak jadi lebih dari kawan tu, saya rasa payah sikit. Dah terbiasa macam ni.”

“Saya lebih selesa kita ni hanya berkawan"

“Sorry sangat-sangat, awak”.

Untuk kesekian kalinya, aku baca ayat itu satu persatu. Baris by baris. Huruf by huruf. Dengan penuh sopan ayat dia.

Friendzoned again. Atau bahasa mudah, tanpa kias dan tanpa lapik, aku kena rejek lagi.

Semalam lagi aku terima mesej tu dalam Wassap fon aku. Terdiam aku. Tak reply apa-apa pada minah tu. Dah hilang nafsu dah. Penantian aku sejak berapa lama tu , aku kira buang masa. Membazir dalam setahun setengah aku menunggu dia recover balik lepas kena dump sebab boyfriend dia malas nak pujuk dia merajuk.

Ya. Dia masih trauma kena tinggal dek ex dia. Jadi, dia takut untuk menjalin sebarang perhunungan lagi. Serik.

Biarlah. Mungkin Tuhan dah takdirkan minah tu bukan jodoh aku. Bukan aku tak selalu contact dia, aku contact. Bukan aku tak pernah reject awek lain sebab tunggu dia, aku buat. Bukan aku tak simpan duit dan tak ada plan untuk masuk meminang dia, semua dah ready. Cuma tunggu green light dari dia dan parents dia saja.

But bila dah baca mesej tu semalam, tak ke terduduk aku dibuatnya?

Aku suka scene ni. Banyak benda yang melantun-lantun. I mean, tiket wayang tu. Melantun atas katil.
Rasa macam nak mengamuk macam Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu tu. Nak baling-baling semua GUNDAM aku yang tersusun berpuluh-puluh ekor atas rak tu. Nak hempuk-hempuk kucing aku dengan bantal busuk aku tu. Huh. Lantak la kucing aku tu nak merajuk pun. Nanti pandai la aku pujuk dia.

But, aku kan lelaki kuat. Sorry la, air mata aku tak jatuh bederai macam lelaki Korea yang jambu tu. Bukan nak cakap aku ni rock kapak atau macho gila, cuma bagi aku mahal benda alah tu. Hanya untuk certain-certain occasion saja air mata aku yang jernih dan suci tu akan keluar.

Tapi, aku pernah menangis kaw-kaw masa tengok cerita Pokemon The First Movie. Masa tu aku kecik lagi. Kira tak aci la, kan?

Woo.. Scene ni gua nanges terok woo..  Sedih siot! 3 kali ulang, 3 kali nanges kowt!
Frustrated? Tak de la sangat. Cuma lebih kepada risau je. Ye lah. Kalau aku boleh hidup selama 75 tahun kat dunia ni, aku dah habiskan satu pertiga dari tempoh tu. Dalam satu pertiga tu, aku dah tamat belajar,dah bekerja dan dah siap sedia untuk kawin.Tunggu the right one je. Tu life plan aku. Dah cun gila dah. Tapi,semua perempuan yang aku anggap calon menantu ideal bagi mak aku tu asyik-asyik tak sesuai. Tak compatible. Tak masyuk.

But melihatkan, ramai member-member yang dah kawin or yang dah bertunang, mana tak ghisaw ghimau nya aku?  Yang belom kahwin or nikah pon masing-masing ade makwe yang steady barang sorang dua. Even minggu lepas, awek first yang aku minat zaman sekolah rendah dulu pun ada mesej mintak alamat nak anto kad jemputan kawen. Beria-ria dia mintak buatkan aku rasa seolah-seolah dia tengah nak menganjing aku. Celaka sungguh.

Memang aku ni ditakdirkan untuk jadi gay ke apa ni?

Astarfirullah. Mengucap panjang kejap.

*tarik nafas kejap*

Aku bukak Fesbuk. Nampak Miss M tengah online.

“Hoi !”- sapa aku dalam private chat dia. Selamba je aku hoi-hoi kat awek orang. Atau lebih tepatnya, awek yang dah dirisik orang. Aku kan jenis jantan yang tak berapa taw malu.

“Hai Mejah !!!” – sahut dia. Cam happy je aku kacau dia. Nasib baik yang online tu dia, kalau balak dia yang online, bukan ke bala namanya.

“Saja kacau. Bosan..” – reply aku. Memang takde motif pun aku kacau dia. Sebab aku bosan je. Mungkin nak melarikan diri dari keserabutan kepala hotak aku.

“Ni alang-alang chatting, M nak tanya, bulan Disember nanti, Mejah ada kat darat x?” – soal dia.

“Hujung tahun ni, Mejah tak ada la. Outstation lagi.. Kenapa?”

“Owh.. M ingat nak ajak Mejah datang majlis pertunangan M. Boleh lah kita berburak-burak ! Asyik jumpa kejap-kejap je”

M dah nak bertunang ye? Tahniah.. jealous la dengan M” – balas aku. Dengan tak berapa sporting.

“Kenapa nak jealous pulak?” – tanya M, seolah-olah tahu aku sedang tarik muka.

Kate kazen gua, "Jelly" ni maksudnya cemburu. Bagi gua, "Jelly" tu sejenis makanan.

“Ye la. M kan dah dirisik. Lepas ni nak bertunang. Then tahun depan, InsyAllah , M akan kawen. Mejah ni ntah bila lagi la..” –luah aku. Saje buat-buat sedih. Mengharap simpati.

“ Mejah, you gonna get married. Don’t worry”- pujuk Miss M. Kondifen abis.

“But when?” – soal aku. Walau aku tahu soalan aku tu “bodoh bin tak berapa munasabah” untuk ditanya, apatah lagi untuk dijawab.

“Sooner than you imagine. *smiley*”- balas Miss M. Aku boleh bayang dia sedang tersenyum sewaktu dia menaip kata-kata itu.

“Sometimes, unexpected ?” –tanya aku. Sepontan.

“Yes. Sometimes, unexpected. Couldn’t even see it coming.” – jawab Miss M.

Aku terdiam menatap skrin monitor lappy aku.

Kawin = Sooner than I ever imagine + unexpected

Mungkin, seperti kata Miss M, aku harus terus percaya.

Rasa kecewa dan risau yang meluap-luap dalam diri aku yang hadir sejak semalam tiba-tiba hilang lepas membaca kata-kata Miss M.

Terima kasih, Miss M.

You just saved a life.



*****************************************************************

Salam satu Mesia.

Salam bulan puasa. Gua baw balik terawih ni. Korang tak gi terawih ke?

Keh-keh-keh. Okay, lets cut the chase and lets go direct to the point.

Satu je poin gua dalam entri kali ni.

"Pain and frustration that been inflicted by a girl, can easily be cured by another girl"

Or vice-versa. 

So, kalau korang pernah disakiti dan masih trauma untuk percaya pada orang baru dalam hidup korang, jangan takut untuk memulakan perhubungan baru. Sebab, kesakitan dalam perhubungan itu akan buatkan korang semakin matang, makin tabah.

Kira after every breakup dan failure, korang dah naik satu level baru. Macam main game candy crush la. Lepas korang crush gula-gula tu banyak-banyak, korang naik ke level baru. Dah makin power. Camtu la kiranya.

Don't stop beliving. Yang mana belum ada jodoh tu, masih single mingle, berdoalah pada Tuhan semoga jodoh tu dipercepatkan. Yang mana dah kawin tu, berdoalah semoga perkahwinan korang akan berkekalan dan bahagia selalu.



"Kita kahwin bukan sebab kita tgk kawan-kawan kita kawin pastu kita rasa kita kena kawin. Kita kawin bukan sebab kita rasa umur kita dah banyak. Kita kawin sebab kita rasa kita boleh bawak pasangan kita masuk syurga.." - ustat Kazim Elias.

Berdoalah. Kerana Tuhan itu Maha Mendengar.

Lagi-lagi bulan puasa ni.

Okay?

Take care, spread the love.

This is Mejah.Out.

Wednesday, 14 November 2012

Soal Pengapit Dan Jodoh ( Jadi Pengapit = Lambat Kahwin ??)


Salam satu Malaysia.

Salam Deepavali. Salam maal hijrah.

Dengan tak berapa munasabahnya, tiba-tiba gua terasa inspired (terangsang) untuk menulis entri tentang kahwin. So, enjoy !

(Kepak-kepak-kebung-kebung~) <--- Bunyi kompang !

Dua dari kanan tu. Ehem-ehem. Jangan buat tak kenal pulak.

Baru-baru ni, gua sangat-sangat marah dengan ex gua tu. Gua tataw apesal. Mungkin sebab bila dah breakup lepas hampir beberapa bulan ni, gua baru sedar yang ex gua tu sebenarnya sangat jahat. Sangat sangat jahat. Kalau nak bukak cerita betapa jahatnya dia, 2 minggu gua tulis di sini pun tak sure dapat habiskan atau tak. Marah sangat sampai …..

Eh.. Sorry. Off topic. Ape tajuk entri ni? 

(Pandang Atas)

Ehem.

Ok. Start balik.

Baru-baru ni, ade seorang kawan gua yang cun, cantik molek, cukup tinggi saiznya, tak jemu dipandang, berdarah kacukan, rambut ikal mayang bagitaw gua yang dia kan terbang ke Borneo untuk jadi pengapit kahwin kawan dia. Dan before dia fly, dia ada advice kat gua untuk tulis entry ni. So, gua pun sebab tengah tak banyak idea dan tak banyak kerja (sebab cuti), gua pun tunaikan lah permintaan dia tu.

Of course la, awek lawa mintak tolong, gua yang gentleman ni kena tolong la, kan? Infact, ex gua yang tak berapa munasabah tu mintak tolong pon gua tolong, inikan pulak awek cun yang kuar tengok movie sesame dengan gua. Siap belanja popcorn lagi kat gua sebab gua lapar. Heh.

Bagi awek tu, dia percaya yang kalau selalu jadi penyepit eh silap, pengapit (bridesmaid), individu tersebut akan lambat berkahwin. Bagi gua pulak, gua lebih percaya pada yang sebaliknya.

Cik Kilafairy. Khas untuk yang tak kenal lagi wajah Kilafairy. Ehem.

Dan FYI, untuk entri yang ini, gua sempat bertwit-twit dengan Cik Neelofa (a.k.a mantan gua) dengan Cik Kila Fairy (ala, penyanyi yang cun tu) ,untuk meminta pendapat dan pandangan derang. Hik-hik.

Ladies and gentlemen,lets get it started!

"Yeargh ! Kawin ! Aku ade, korang ade?"


Short N Simple (SnS).

Hipotesis #1 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin lambat anda kahwin.

Hipotesis #2 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin cepat anda kahwin.

Penerangan Hipotesis #1:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin lambat anda kahwin”

Kebanyakkan orang Melayu yang gua jumpa depan-depan, face to face (golongan makcik-makcik, auntie-auntie, nenek-nenek), atau dari blog-blog yang gua lawat, kebanyakkan nya percaya pada Hipotesis #1. Dalam angka,dalam 55% gitu.

Dan gua tak salahkan pandangan derang. Mungkin dalam family mereka, atau jiran tetangga mereka, atau diri mereka sendiri pun, mereka lambat mendapat jodoh, dan mungkin disebabkan mereka pernah menjadi pengapit sewaktu mereka belum kahwin.

Punyalah taknak jadi bridesmaid (pengapit) ! Siap buat muka lagi tu !

Sampaikan, dari apa yang gua research, ada sorang makcik ni . Gua panggil dia sebagai Makcik X la dalam cerita ni. Dia sangat percaya kalau jadi pengapit nanti jodoh lambat. Dan,pada masa tu ada orang minta tolong anak dara dia jadi pengapit, mati-mati dia tak bagi. Last-last, mak cik tu sendiri yang jadi pengapit. Sungguh tak seswai la. Tak munasabah langsung la makcik tu-macam ex gua. Rosak photoshoot orang tu kawin! Punya la percaya pada teori tu.

Dan according to my ChenXu (mak-cik-gua), ade reasons kenapa orang tua menyokong hipotesis #1.

  • -          Jika selalu naik ke pelamin,seri pada wajah derang akan luntur (hilang). Itu sebab utama dia. Itulah sebabnya pengantin dilarang memakai baju pengantin sebelum hari pengantin tersebut kahwin. Itu juga sebab ramai model-model baju pengantin kahwin lambat. Juga dipercayai reason utama orang yang kuat bersolek (make up) tebal-tebal, tak naik seri wajahnya pada hari dia kahwin.
  • -          Kerana dari segi logiknya,orang yang jarang make up tebal ni, bila disolek , wajahnya akan kelihatan lain. Seri wajah dia akan naik. Yang dah biasa dimekap tebal diselaputi bedak tebal seinchi tu, akan kelihatan kurang menarik sewaktu kahwin. Sebab dah terbiasa sangatkan mekap tebal-tebal. Tu sebab gua larang ex gua mekap tebal-tebal bila kuar dating dengan gua. Tapi dia ego. Tamau dengaq cakap ceqq. Degil. Biaq pi la dekat dia. (owh sorry. Off topic).

Clear tentang teori #1?  Faham? Bagus. Korang memang memahami. Bukan cam ex gua tu.

Opps.. Ehem.. Gambar hiasan.. Lawa bumper Proton tu.. 

Penerangan Hipotesis #2:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin cepat anda akan kahwin”

Gua personally suka hipotesis yang ini. Sebabnya, gua ni lebih suka berfikiran positif. Percaya kepada peluang. Gua tak suka fikir negative-negatif, unless mengenai benda yang gua taw banyak negative dari positif.

Contohnya, bila ex gua cakap dia nak jadi model. Gua tak setuju. Bukan gua ni otak kampung sangat or tak nak berfikiran positif, cuma dari apa yang gua dengar dari member-member gua yang kerja agensi pengiklanan dan agensi model, derang cakap, dunia modeling ni banyak yang negatif dari yang positif.

 Tapi, ex gua macam biasa lah. Ego. Tak nak dengar punya cakap gua. Rasa diri dia pandai dan maybe dia percaya orang baik lagi banyak dari orang tak berapa baik kat luar sana. Biaq pi lah kat dia. (Owh sorry. Off topic lagi. Marah sungguh kowt gua kat dia).

Back to the issue.

Mengenai hipotesis #2  ini, tak begitu ramai orang yang setuju. Sebab mengikut kajian budaya terhadap pesanan orang tua-tua Melayu, mereka cenderung untuk melarang (jangan itu, jangan ini..) dan mengaitkan dengan benda negative. Contohnya:

"Bertuah engkau, Siti,"- Mak Esah, 68 tahun.  Kejap. Sape yang bertuah ni, woi !!

“jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua” – gua rase Siti Nurhaliza selalu nyanyi kat dapur kowt masa dia anak dara dulu. Miahahaha~

Atau

Jangan potong kuku di waktu malam,nanti kena kejar dengan harimau” – seriously, wadepak?

So, teori “Jangan jadi pengapit, nanti lambat kahwin” tu lebih serasi dan selesa untuk diterima oleh orang Melayu. Cuba orang zaman-zaman dulu cakap, “Sape jadi pengapit, nanti dia akan kahwin dengan putera raja,” . Gua yakin, aci kerat jari la, ramai awek-awek yang dara, mahupun makcik-makcik tak berapa nak dara, akan  berebut-rebut nak jadi pengapit dalam majlis kahwin. Heh.

Okay. Faktor utama gua terima teori ini adalah sebab,  bagi gua yang berfikiran lebih kepada praktikal ni, semakin kerap anda jadi pengapit, semakin ramai orang anda akan jumpa. Semakin ramai peminat (especially yang single-single la). Semakin pandai anda bersolek. Semakin banyak pengetahuan anda dalam bergaya. Dan apabila banyak kali tengok orang lain kahwin, semakin menebal keinginan ingin berkahwin derang. Menjadikan, semakin cerah peluang derang untuk berkahwin cepat tanpa banyak kerenah.

Bak kata orang, jodoh tu “berjangkit”. Hehe~

Faham ke dua-dua teori? Bagus. Tak faham? Ok, baca balik slow-slow. Insyallah akan faham la.

Tahniah Dato! Gua ni jew tak kawen-kawen lagi. Tsk tsk tsk..

Conclusion:
As conclusion, yang mampu gua rumuskan adalah , cepat atau lambatnya jodoh sebenarnya terletak di tangan Tuhan. Dan jodoh tiada kaitan pun sebenarnya dengan aktiviti menjadi pengapit atau tidak. Contohnya, gua sendiri. Tak pernah jadi pengapit pun. Tapi sampai sekarang gua tak kahwin-kahwin lagi. Usia dah lanjut kowt. Bhahaha.

Dan mengenai Makcik X yang gua cerita awal-awal tadi tu, even sampai hari ni pun anak dara dia yang cun tu tak kawin-kawin lagi. Tolol~

Walaupun jodoh tu hak Tuhan,usaha tu kena ada la jugak.  Dan jangan terlalu memilih (choosy) pulak. Karang jadi andartu baru tahu. Hehe~

Lagi satu, jangan amal peel macam ex gua. Gua terang-terang ajak dia bertunang and kawin dengan gua, then dia pulak bagi macam-macam alasan, nak tangguh la. Itu la . Ini la. Dan dia ulang ayat, “kalau ada jodoh kita, akan ada la..”

The truth is, yang dia cakap tu betul. Gua tak bangkang. Cuma, bagi gua personally, jodoh apa ke mende namenye kalau  x ade usaha. Atau lebih tepat lagi, tak nak fight for it. Jodoh kepala hot dia ! Gua ajak dia kawin sungguh-sungguh, dia boleh jawab camtu. Skali gua acah cakap nak kawin dengan org lain, dia terus cakap semua lelaki jahat . Penipu. Then, terus try komit suicide, potong tangan pakai pisau. Tak munasabah langsung. Lembu kerbau pun tak amal perangai demikian.Sengal.

Kalau umur budak baru lepas SPM, gua boleh terima la sebab mungkin belum cukup matang lagi. Ni dah nak jadi mak orang dah, still buat perangai macam gitu. Gua pun naik heran. (facepalm).

Jodoh. Jenis yang banyak songeh, memang lambat la. Jenis yang tak banyak peel,jenis dengar cakap mak cepat la jodoh dia.


Owh. Off topic again. Terribly sorry.

…..

Erm..

Biarlah.. Xde mood la..

Yang penting, gua nak cakap, “Jadi pengapit or tak jadi pengapit, sebenarnya tak ade effect pon dalam kecepatan or kelambatan jodoh korang”.

If korang nak jodoh cepat, berusahalah ke arahnya. Jangan banyak songeh. Jangan buat peel. Jangan jual mahal. Above all, kalau cari jodoh tu, carilah jodoh yang boleh membahagiakan dan menjamin masa depan korang. Then, kalau saling boleh bertoleransi dan terima kelebihan dan kekurangan masing-masing, barulah hubungan tu menjadi dan bahagia. Carilah keredhaan Tuhan. Tu pokoknya.

Gua doakan yang mana masih belum bertemu jodoh, supaya akan kahwin cepat-cepat dan yang mana dah bertemu jodoh tu, semoga cepat mendapat bebbi (baby) dan semoga jodoh korang dengan pasangan korang berpanjangan. Amin.

Sekian,harap korang boleh terima pendapat gua.

Thanks for dropping by and reading this entry.

This is Mejah. Out.

If you excuse me, gua nak gi troll ex gua tu. Siap dia!

Wanita. Hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita yang cun. Eh, salah .. Yang solehah.
(Gambar hiasan semata-mata)

Additional info:

For those who’s want more infos and the extra miles..


  • http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7827.20
  • http://riesha-ariesha.blogspot.com/2010/08/pengapitlambat-kahwin-ke-cepat-kahwin.html
  • http://nudabuffy.blogspot.com/2012/03/jadi-pengapit-kahwin-lambat-mitos-je.html
  • http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCEQFjAA&url=http%3A%2F%2Faj-the-mommy.blogspot.com%2F2012%2F02%2Fjadi-pengapit-kahwin-lambat.html&ei=z1WkUJbOAc_qrQfdgIGwCA&usg=AFQjCNEwQZwcj6CRunlahb0ejkN80UAXeA&sig2=Ge6CrB60lms0ofP4eT1OvA
  • http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&ved=0CDUQFjAC&url=http%3A%2F%2Fnurulainlatif.blogspot.com%2F2012%2F07%2Fpengapit-oh-pengapit.html&ei=z1WkUJbOAc_qrQfdgIGwCA&usg=AFQjCNEj0PTwRlxJ06MKCHJB7csRlG24Fg&sig2=NAsfPIpDBM4ivTifAnZIEg

Wednesday, 18 January 2012

Kisah Seorang Awek Cun

*This Original Entry Was Published Many Years Back. This is a repost.*

Salam Satu Mesia.

Aku ade satu kisah benar yang aku pikir aku harus kongsi dengan korang. Bukannye untuk ngumpat atau memburukkan bangsa sendiri, tapi sebagai iktibar untuk kite semua (muda mudi masa kini).Orang kate yang baik tu dijadikan teladan yang buruk tu dijadikan sempadan.

Okey, aku stat bukak cite….

Aku ade mak. Mak aku plak ade sorang kawan. Yang merupakan bini kepada seorang datuk (datin la). Boley kate kawan baik la. So, mak aku slalu kate kat aku ngan abang aku, yang kawan die ni ade sorang anak pompuan yang cun gile. Aku ngan abang aku tak penah tengok pun anak kawan die tu. Maklumlah, aku ngan abang aku bukan slalu ade kat rumah, blaja kat negeri orang la katakan.Mak aku cakap lagi, kalaulah anak pompuan kawan die yang cun gile tu dinampak nye oleh anaknye sultan, maunye di buat bini.Tak tau lah, itu yang mak  aku cakap. Comel sungguh kot anak kawan die tu. Aku tak penah tangok lagi masa tu.

So nak dijadikan cite, pada suatu hari ,aku ngan mak aku gi la berbelanja skit (shopping la lebih kurang) untuk aku nyer interview. Beli baju, seluar, tai etc. Jadi, on the way back (dalam perjalanan pulang), mak aku pun cakap la yang dia nak singgah kat rumah kawan dia tu jap. Bisnes kata mak aku. Belok kiri, belok kanan , sampai la rumah kawan die tu.

Masuk aje dalam pintu pagar rumah kawan mak aku tu, aku ternampak seorang awek yang sungguh cun di depan pintu rumah tu. (memang lawa gile, cam ade angel singing je time aku menatap wajah awek tu). Memang aku terkaku tengok awek tu.( tok kettek~, kata orang Klate) Kalu nak dibandingkan dengan Siti Nurhaliza dalam iklan Olay atau Nora Danish dlam iklan sabun pencuci tu memeng tak leh celen (challenge) dia la.Jauh panggang dari api. Bak kate orang Klantan lagi, “ panggil tak dengar la”. Kesimpulannye, dia memang cun tahap gaban la. Rase cam nak buat bini je anak mak cik tu.

Ini gambar Siti "buat muka" masa beliau muda-muda dulu. Bukan gambar anak Datin tu  ya, adek-adek !


Tapi, dengan sepantas kilatnye, dia masuk ke dalam rumah tu. “Pemalu kot”, aku pikir.Tak kisah la.Jadi, lepas parking keta kat tepi rumah tu, mak aku pun masuk la dalam rumah kawan die tu. Mak aku kate kejap je.Aku pun tunggu la dalam keta tu. Tapi takde la kejap sangat, dalam 20 minit camtu. Kendian, mak aku pun kuar dari rumah tu sambil kat tangan die ade sampul surat .Muka cam x happy sangat la. Sampul jemputan kawin? Masuk je dalam keta, mak kau pun ajak aku pulang ke rumah.

Masa tengah bawak keta tu, mak aku pun bukak cite, Dia kata bisnes die dengan kawan die tu kene tangguh buat seketika. Kenapa? Sebab kawan mak aku tu kene buat kenduri kawin secara mengejut. Kate mak kau , anak pompuan kawan dia yang cun gile tu kene kawin.

“Kene kawin ?”

Sebenornye cam gini,anak kawan mak ku tu dah kawin lari dengan boifren dia. Maklumlah, Rantau Panjang (area rumah aku tu) kan dekat dengan Sungai Golok,Thailand. So, diaorang  (si awek cun tu dengan balak dia) pun kawin la kat sane, of course tanpa pengetahuan mak bapak dia orang. Jadi, untuk menyapu kembali arang yang telah terconteng kat mak bapak si awek tu (yang merupakan Dato’ dan Datin) diaorang akan dikahwinkan semula secara besar–besaran.

Yang lagi sensasi, dengar ceritanya anak pompuan dea yang cun tu senanya dah mengandung- tu la main reason derang kawin lari. Lagi hangat, si boipren tu pulak tak ade keje tetap- ade sumber lain plak cakap yang si boipren ni kerja jual pil kuda secara haram. Kalau cakap-cakap tu betul la kan, aku personally rasa sangat sedih. Sayang gile kowt bangsa aku.

Mak aku cakap, patut la si awek cun tu lari masuk dalam rumah. Malu rupenye nak berhadapan dengan masyarakat. Especially mak aku, since mak aku baik dengan mak dea. Mungkin, dia pun tahu yang kisah kawin lari dirinya tu dah tersebar ke seluruh cakrawala. Mak aku pun sebenornye dah diberitahu tentang kisah anak kawan nye itu dari mulut kawan-kawan dia. Tapi, mak aku  tak pernah angkat port sebab dea slalu sangka baik and kalau betul pun hal tu, dia mahu pengesahan dari mulut mak awek itu sendiri.
Tamau dengar dari mulut orang lain.

End of story.

 "Beauty is only a skin deep."- Mat Saleh


Aku cuma terpikir la, betul gak pepatah mat saleh tu yang berbunyi, “ beauty is only a skin deep”. Cun memang cun tapi kalu otak tak leh pakai takde gune gak. Mak aku pun ade cakap, yang budak pompuan tu (awek cun tu la), mengaji (akademik) tak pandai sangat. Tingkatan tiga pun ngam-ngam je lepas.Aku pun mula terpikir balik tentang kemahuan aku untuk memperisterikan seseorang hanye berpaksikan paras rupe semata-mata. Kalu kawin pun, hanya sekadar sebagai mesin buat anak je (ni kate-kate abang aku yang kijam la).

Kesimpulan nye, kalu nak cari isteri/suami tu, jangan hanya sekadar melihat kecantikan/kehenseman sahaja sebagai prioriti utama. Kene ade otak, akhlak , dan agama. Serta dari keturunan yang baik-baik.  Because, kawin tu tak berakhir sampai situ saja, the wife/ husband is going the parent to our future children. Kawin ni bukan main-main ye adik-adik.

Tu je aku nak sampaikan.buat iktibar kita semua. Ni cerita betul ni.Untuk iktibar kite semua. Wassalam dan terima kasih sebab sudi baca.