Aku dah hampir jumpa apa yang betul-betul aku perlukan sekarang. Perempuan.
Ya. Anda telah membaca dengan betul. Gadis dalam bahasa standard ibunda aku. Awek dalam bahasa orang KL. “Marka” dalam bahasa Utara. Atau “gewe” dalam pelat member aku dari daerah Jeli, Kelantan. Semua merujuk pada perkara yang sama.
Ya. Awek. Atau cewek dalam bahasa Indon. Gambar hiasan. Ehem. |
Ya, benar. Seorang awek. Cun. Kiok abes! Dan buat kesekian kalinya, aku yakin yang dia ni perempuan - wanita dalam deskripsi dan makna yang sebenar- bukan perempuan-perempuan dari Brickfields atau Bukit Bintang yang ada time lewat-lewat malam tu. Juga bukan istilah bagi sesetengah “perempuan” cun yang terdapat banyak dekat Thailand tu. I’m talking about the real thing !
Senanya, sekelumit pun tak pernah terdetik dalam paler otak aku ni yang kiterang bole dipertemukan. Bak kate iklan Petronas dalam 4 atau 5 tahun lepas, “ikan di laut,asam di darat, dalam periok bikin muafakat”. Or macam Ash bole dipertemukan dengan Pikachu dalam siri animasi Pokemon, begitu juga aku dengan dia. Something, yang x pernah disangka dek aku. Mungkin semua ini “rezeki” kepada aku yang suka “bersedekah” kata-kata manis pada gadis-gadis. Tuhan tu nak membalas. Aku redha saja.
Gambar gadis mirip Ifarra. Ehem. Xleh tunjuk gambar penuh. nanti korang cakap aku perasan pulak. |
Sebenarnya juga, perkara ini juga mungkin takkan berlaku jika bukan kerana Ifarra. Tapi, pada petang tersebut, satu-satunya awek tunggalku itu dah buat satu silap besar. I mean, besar gile. Aku ajak dia keluar dating petang tu, but dia cakap x leyh. Ada urusan pejabat. Nak jadikan cerita, aku pon terpaksa la kuar sorang2 - yang mana mengundang perasaan amat bosan tahap gaban. Aku pon gi la lepak kat satu restoran ni.
Then, sebagai seorang lelaki yang normal, suddenly aku rasa sunyi tyme tu. Ade plak pasangan kapel lain yang dok makan2, borak2 & bermesra dgn pasangan memasing kat retoran tu. Damn~. Rasa cam seolah-olah, depa semua tu dok usha dan menganjing aku pada masa yang sama. And of course, sebagai seorang lelaki yang sihat dan tak mati pucuk, aku benar-benar merasa yang aku perlu berdampingan dengan seseorang time tu.
If nak call si Arriea & ajak dia keluar, si skandal masa zaman sekolah dulu? Dea tengah berserabut dengan balak-balak dia. Tak penah habis-habis or setel-setel dalam bab tukar-tukar balak ni. Tukar balak cam tukar stokin. X kesah la sebab dia cun dan mantap, dia berhak. Yup.
If nak call si Alleana , awek sekuliah time matrix dulu tu pulak, rasa kurang berselera pulak. Lagipun aku tak mahu rapat sangat dengan minah tu. Risau dia akan ungkit dosa-dosa lama yang pernah aku buat dekat dia. Aku pulak sangat-sangat tak suka dengan insan-insan yang suka mengungkit- terutamanya golongan pompuan.
Sebab bagi aku, pompuan yang mengungkit tu adelah pompuan yang tak cool- dah bagi something kat jantan, pastu ade hati nak mengungkit or nak mintak balik. Kalu camtu, baik x yah bagi ape-ape at the first place, buruk sikuw namanya ! Same thing goes to boys, okeyh ! Mengungkit tu mengundang bala, tahu !
Sebab tak tahu ape nak di buat, aku pon lepaklah dekat satu restoran yang dekat dengan hotel tempat aku stay. Dan nak dijadikan cerita, ntah kenapa tetiba mulot aku jadi gatal benor pada petang tu-maybe sebab sunyi, bosan or gersang, aku x sure; aku tetiba bertanya soalan pada minah Indon yang jadi pembantu restoran tu. Aku pun dah agak biasa dengan dia, campur tolak restoran tu dah jadi salah satu tempat yang aku boleh anggap sebagai dapur emak ku juga. Maklumlah, selama aku stay di sini, dalam seminggu tu ade jugalah lima atau enam kali aku “melantak” atau “mentekedarah” di situ. Faveret aku pon si minah Indon tu tahu- kuey tiaw kungfu, extra kuey tiaw & extra pedas.
Lepas aku tanya dia itu dan ini (sebagai pemanis mulut dan ice breaking),tup-tup mulutku yang tak berapa munasabah ini bertanya pada minah Indon tu,kalau-kalau ade kawan tak yang dia bole rekomenkan kat aku.
“Eh.. ada pak, betul bapak mahu?” soal dia.
“Yalah. Benar, mak,” balasku, dah dia panggil aku pak, kenalah aku panggil dia “mak”. Barulah kena, ye tak? Lagipon, mati-mati aku ingat dia cuma bergurau.
“Kalau mahu dong, contact ini nombor..” dimintanya pen Pilot G2 di saku kemajaku itu lalu ditulisnya sepuluh angka- nombor henfon, Maxis- bermula dan berakhir dengan nombor kosong.
Aku tengok tulisan dia, bole tahan- lagi cantik dari muka bapuk berbadan sasa yang aku jumpa masa aku makan dekat restoran pondok dekat area Sentul aritu. Dah la bapuk tu senyum-senyum manja kat aku time aku bayar -siyes seram rasanya.
“Betul ni?” soal aku yang seolah-olah tak percaya .
“Betul, dong. Kalau nggak percaya,minta handsetnya, biar saya ngontact !” kata minah Indon tu sambil merenung ke arah Blackberry aku.
Ni lah gambo Blackberry aku. Segar dari ladang. Siap dengan tangkai lagi. Hurm. Korang penah merasa tak BB jenis yang ni ? LOL |
“Eh, nanti dulu,” aku mula terasa lain macam. Cam pelik jew. Mesti ade something fishy ni. Mula aku sedar yang si minah Indon ni tak berguraw. Siyes.
“Ini nombor siapa?”
“Kawan saya. Orang seberang juga”
Orang seberang? Indon juga? Dan kemudian terbayang-bayanglah di mata aku ini wajah emak, pembantu gerai, tukang cuci bangunan dan pengasuh budak yang made in Indonesia yang pernah aku jumpa. Oh, tidak !
Maid : Seksi tak saya? Mejah : Oh, tidak !! |
Aku mula rasa geli hati. Tergelak sendiri. Sumpah. Heh, berjodoh dan berkapel pendatang haram pulakah anak muda yang malang ini ?
Namun, sungguh ku tak sangka pemikiran sempit dan sangkaan ku itu benar-benar meleset belaka…
“Dia itu benarnya, satu pupu sama saya dong. Tapi,baru saja kemari. Sedang kuliah di ….”
Hah? Budak university? (O____O)
Ya. Awek ala-ala dalam citew Sinetron Indon tu. Itu yang bermain di minda aku di saat itu. Rawwr~ |
Aku suruh dia ulang balik ayat dia tadi.
Sah, yang dia sebut tadi memang nama sebuah universiti. Dan bukan Universiti Hospital, malah nama sebuah Universiti tersohor di Mesia ini.
Budak university yew?
Ah, all right sangat le tu..
*smiling*
Hehehehe.. Dengan tak semena-mena, tanduk dengan ekor setan aku keluar. Betul cakap mak aku. Aku ni memang dilahirkan bertuah.
To Be Continue
Girangnya hatiku. Segirang senyuman kopi ini. Wallaweih ! |
------------------------------------end of Prologue-------------------------------
So, cam biasa.
Salam 1 Mesia.
Kali nie, gua karang satu carpen or fiksyen cinta. Tentang seorang mamat yang di dalam alam bercinta. Harus diingatkan, mamat dalam cerita diatas bukan gua (di ulangi, bukan gua, okey?) - and if ada kene siket2 dgn gua tu, mmg x leyh buat apa la. Campur dari pengalaman gua sendiri jugak cerita ni. So, sebarang peristiwa, nama, kejadian dan ape2 sajelah dalam Siri Coretan : Aku Bukan Kasanova ini adelah rekaan semata-mata. Xde kene mengena dgn yg hidup atau yang telah meninggal dunia. If ade pon, hanyalah kebetulan semata-mata.
Motif kisah ni ditules adalah utk biarkan semua orang faham- baik lelaki atau perempuan, cara seorang lelaki berfikir dan bertindak dalam hal-hal cinta. Dan bukan semua lelaki akan berkelakuan cam mamat dalam citew nie. Okey?
Just as a light reading. Hiburan. Ade mase gua sambung lagi.Okey?
Wassalam.
This is Mejah. Out ~
Nota kaki utk lelaki : Perempuan.. Umpama duit, makin banyak makin… ‘heh!’
No comments:
Post a Comment