Showing posts with label Jagung. Show all posts
Showing posts with label Jagung. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Kisah Jagung Dalam Percintaan (Part 2)

 Salam satu Mesia.

Sori la tunggu lama. Gua sebok sket dgn operasi mewujudkan kesedaran mengenai SOPA dalam kalangan rakyat Mesia dan some updates mengenainya. Korang pon baca la sama. Sebab entri pasal SOPA dan SOPA is Dead tu bacaan berbentuk ilmiah- bukan kisah gossip, lucah, atau lawak yang ramai kawan-kawan hangpa slalu dok share kat FB tu. Gua perhalusi dan mudahkan ikot gaya bahasa yang buat org2 yang malas angkat port dan malas membaca macam gua ni biar bole paham dalam masa yang singkat perihal SOPA tuh. Okeyh?

Ni link utk Part 1. Sesapa yang nak baca boley klik link ni.


To yang dah baca, jom sambung Cheritera Chenta Jagung.

Did you have your corn already today ? - Mejah.

*****************************************************************

Lalu duduk lah pemuda yang kacak dan tampan itu di podium, eh pondok yang ditunjukkan oleh tuan rumah tersebut. Sedang dia dok ralit mengushar keranuman jagung dan kecantikan ladang pada awal petang tersebut, seswatu telah muncul di kotak pikirannya- saiz jagung di ladang tersebut. Agak besar, malah ada yang bersaiz sama dengan lengan sasa beliau,dan tak kurang juga sebesar betis Maria Ozawa masa umor beliau 10 tahun.

Sejurus kemudian,  muncullah seorang lelaki separuh berusia lebih separuh abad di muka pintu rumah tersebut, rambutnya bercampur putih dan hitam, namun masih tegap tubuhnya, sambil salah sebelah tangannya memegang kemas sebuah PSP Vita.

 “Salam satu Mesia, saudara ku,” sapa pemuda tersebut.

 “Anak mencari hamba, Pendeta Jagung?” soal lelaki tersebut.

“Ya, Tuan Pendeta,” jawab pemuda tersebut ringkas dan pendek. SnS, (Short and Simple, bak kata Mejah).

“ Kalau tuan hamba maw hamba jual insurans syarikat tuan hamba, hamba x maw. Hamba dah join dah yang  ade  Jalaludin Hasan promote tuw” , explen orang tua tersebut, yang dah start salah faham.

“Tuan pendeta, tujuan kedatangan hamba ke sini adelah untuk menimba ilmu dari tuan,” jelas pemuda tersebut,yang  x nak persalah fahaman itu berterusan sambil tersenyum manis. Namun  dalam hati pemuda tersebut , “ Suwey~ sukew-sukew je main tudow-tudow aku ni salesman, acik ni. ~”

Then, sambil cover malu, acik pendeta tu pon cakap,

“La.. Ye kew.. Acik dah taw dah senanya.. Saje jew acik guraw dengan kamu..”

“Tujuan hamba datang ke sini adalah untuk belajar ilmu percintaan dari tuan pendeta,” Cakap pemuda tersebot dengan mata yang bersinar-sinar.

“Buleh dop?” soalnya lagi. Kali ini dengan muka berharap, dengan muka comel dan mata berkedip-kedip- alah macam muka kuceng kaler oren dalam citew Shrek tu. Berfantasi la sket, woi !

Ha.. Camni la muka pemuda tersebut.. Senang sket korang nak berfantasi !

“Okey. Tapi time yang hamba ade skarang limited. Hamba nak habeskan game Angry Bird Rio ni. My wife, Mellysa  bole habeskan dalam masa 4 hari jew game ni. Hamba baru halfway ni, dah hari ke dah tiga ni. Mana bole hamba kalah dengan dea,” balas pendeta berkenaan sambil menjeling manja pada gadis yang mempersilakan pemuda tersebut duduk tadi.

Wife tuan pendeta? Yang muda tadi tu?” tanya pemuda tersebut dengan nada yang tak berapa nak percaya.

 “Pehh~ ini memang ossem,memang aku x salah tempat lah !” katanya girang dalam hati.

Kenape? X percaya?” kata pendeta tersebut, dengan slang ala-ala iklan TV3 yang ade Adibah Noor tu sambil melabuhkan bontotnya ke atas pondok itu. Siap dengan muka sekali tuh !

“Tuan pendeta, hamba x nak ambil masa yang lama. Tapi bolehkan tuan jelaskan pada hamba, apakah perbezaan antara “alam percintaan” dengan “alam perkahwinan” ? Tu jew hamba interested nak taw,” kata pemuda tersebut.

“emm? Hum..,” respon pendeta tersebut.

Sambil merenung pada barisan pokok pokok jagung di ladang dea, dea berfikir. Seketika kemudian, pendeta tersebut pon melihat jam Swatch Touch yang dipakainya. Kendian,sambil meletak tangan kanannya di dagu, sambil jari telunjuknya menampar-nampar lembut pipinya, pendeta tersebut berkata, 

“ Ok. Hamba boley bagitaw jawapan kepada permaslahan tuan hamba. Tapi sekarang dah tiba time minum petang. Dan hari ni,hamba rasa hamba nak makan jagung bakar la,”

“Okey tuan pendeta. Ditanggung beres! Hamba akan cari jagung terbaik untuk santapan tuan pendeta,” kata pemuda tersebut, mengaccept challenge yang diutarakan padanya.

Bibir ngan mata tu yang penting ! Huh !!

“Tapi..” balas ringkas pendeta tersebut.

“Tapi apa?” Soal pemuda tersebut. Macam filem tipikal Melayu yang ade kat Mesia ni.

“Ada syarat tertuntu yang hamba mau mengenai spesifikasi jagung yang hamba mau.  Hamba mau tuan hamba cari jagung yang paling besar untuk santapan hamba. Syarat pertama, tuan hamba boleh petik satu jagung sahaja. Kalau tuan hamba berikan pada hamba bukan jagung terbesar yang ada dalam ladang ini, hamba tidak akan menjawab soalan tuan hamba. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan,” explain Pendeta Jagung tersebut dengan panjang lebar.

“Dan syarat kedua, tuan hamba hanya boleh melalui setiap batas jagung tersebut hanya sekali. Xde patah-patah balik. So, selagi tuan hamba x yakin yang jagung di tempat yang dilalui itu bukan lah jagung terbesar dalam ladang, jangan petik dulu, tapi teruskan lah perjalanan ke depan. Did I make myself clear?” sambung pendeta itu lagi.

Hurm.. Kalau ni lah keadaan nya, ghase-ghasenya bole tak korang cari jagung paling besar tu. masti "payah" kan? 

“Baiklah tuan pendeta. Hamba faham,” balas pemuda tersebut. Terdetik dalam fikirannya, “cari jagung yang paling besar dalam ladang, dengan syarat x boleh berpatah balik ke belakang, dan jangan petik jagung sebarangan,”

“Baiklah, hamba maw sambung main game Angry Bird ni, tuan hamba gi la cari jagung yang paling besar tu ya,” kata pendeta tersebut sambil mengukir senyuman.

Lalu bermula lah pencarian Jagung Terbesar bagi pemuda tersebut. Lepas satu batas , satu batas lagi diperhatikan oleh pemuda itu.  Dia berlalu pada setiap batas, sambil secara rawak mengagak saiz jagung yang terbesar.  Baru hendak dipetik sebatang jagung, kendian dia berpikir, “mungkin ada jagung yang lebih besar dari jagung ini di batas hadapan,”. Lalu dia pon blah. Dan tanpa mengambil jagung tersebut.

Jadi setiap kali pemuda tersebut terjumpa jagung yang bersaiz agak besar, beliau akan teragak-agak untuk mengambil jagung tersebut. Kerna beliau risau, nun di batas yang lebih hadapan, mungkin ada jagung yang lebih besar. Jadi dia akan berlalu begitu sahaja. Dengan harapan untuk menjumpai jagung yang lebih besar di batas yang lain. Dan pada hemat dia, dia “sik mau” (“ tak maw” kalau ikot slang awek daerah Bintulu, Sarawak) menghampakan harapan Pendeta Jagung.

Game ni best. Tapi susah sket ar. X semudah versi asal. Problem, Pendeta ?

Setelah masa yang diambil menyamai  3 episod cerita Koria berlalu, pemuda tersebut akhirnya sampai ke penghujung batas jagung yang terakhir. Namun, pemuda tersebut masih gagal mencari Jagung Terbesaq dalam ladang tersebut.Dengan wajah yang sedih, pemuda tersebut pon pegi la mengadap pendeta yang still tengah struggle nak habiskan level terakhir game Angry Bird bird beliau.

“ So, camna? Tuan hamba dapat jumpa tak jagung paling besar dalam ladang hamba ini?” soal pendeta tersebut dengan nada nak membahan pemuda tersebut.

“ Hamba rasa macam ada je tadi kat batas tengah tu,paling hujung. Tapi hamba tak berani ambik sebab hamba takut ada jagung yang lebih besar dari jagung tu,” jawab pemuda tersebut, dengan alasan, syarat yang ditetapkan oleh pendeta tersebut sebagai faktor utama dia tidak memetik sebarang jagung.

“Okeyh. Cool. Tuan hamba dah masok ke dalam ladang hamba dan sudah melihat kesemua jagung yang hamba ada. Jika, hamba memberikan tuan hamba peluang sekali lagi untuk masok dan bawa balik jagung paling besar dalam ladang ini, bolehkan tuan hamba handle tugasan tu?” soal Pendeta Jagung dengan nada berlagak.

“ Baiklah. Hamba boleh lakukan itu,” balas pemuda tersebut dan berlalulah dia ke dalam ladang jagung tersebut. Dan x sampai 5 menet, kembalilah pemuda tersebut dengan sebatang jagung - jagung yang di matanya, paling besaq dalam ladang tersebut dan dihulurkan kepada pendeta tersebut.

Pendeta tersebut mengepause game beliau, lalu mengambil jagung tersebut dari pemuda tersebut. Pendeta itu berkata, “ Jagung kamu ni wahai pemuda, bukanlah jagung terbesar dalam ladang ini. Maybe Top 5 paling besar, tapi bukanlah yang terbesar. Tapi, xpe. Good job,”

Mellysa, kemari kamu,” kata pendeta itu lagi, memanggil isteri dea yang muda dan howt tu.

“Masakkan jagung nie. Bakar dulu, cam biasa, pastu sebelum hidang, celup dengan air gula sekejap taw,” pesan pendeta tersebut kepada Mellysa, sambil menghulur “jagung terbesaq” kepadanya dengan penuh kaseh sayang dan lemah lembut.

Mellysa hanya mengangguk, merenung mata dan membalas senyuman suaminya. Sempat lagi pendeta tu gesel tangan dea pada tangan Mellysa tanda berguraw.  Mellysa tergelak kecil. Siap nampak lesung pipit lagi. Menang agak sweet la moment tu bagi derang, hurm..

Wallawey~ A smile accompanied by dimple is so ravishing  u noe ! (senyuman beserta lesung pipit sangat menggoda dan howt tahu !)

Sesudah Mellysa berlalu, pendeta jagung pon bertanya pada pemuda tersebut, apakah reason pemuda tersebut datang berjumpa dia. And pemuda tersebut pon berkata,

“ Hamba nak tahu, apa beza nya, alam percintaan dengan alam perkahwinan. Bole tuan pendeta explen tak?”

Pendeta tersebut tersenyum.  “okeh,” katanya ringkas. Pendeta tu sambung lagi,

“Tuan hamba sedar tak masa memula tuan hamba masok ke ladang hamba, cari jagung terbesar buat kali pertama?  Tapi x dapat apa-apa.  Itulah alam percintaan.”

Kali kedua tuan hamba masok ke ladang, dan petikkan hamba jagung terbesar pula adalah alam perkahwinan,”

Pemuda tersebut blur. Siyes x faham. “Pendeta ni nak troll aku ke hapew?” soal pemuda tersebut dalam hati.

Korang paham x apa yang pendeta tu cuba metaforakan ? Paham? Bagus. Xya la aku nak explain.

Ape? X faham? “Metafora” tu pon engkoghang x taw ape maksud dia? Cikgu Bahasa Arab korang x penah bagitaw? Apsal tak tanya Cikgu Metamatik Tambahan korang? Okeyh.. Aku explain la. Sebab aku sayang kat korang.

Masa pemuda tu masok ke ladang tu buat kali pertama, dia di ibaratkan berada di alam percintaan. Kira baru nak kenal dunia. Baru nak tahu ladang tu macam mana. Baru nak kenal jagung tu macam mana bentuk dia, macam mana bau dea, berapa besar saiz dea, kaler apa, if pegang, apa rasa dea. Dan lepas satu jagung, satu jagung lain dicari. Kira gelap mata nak pileh jagung paling besar and paling ranum. Frasa nak mencari pengalaman.

Dalam kes alam percintaan plak, kira baru nak rasa nikmat bercinta ni. Baru nak kenal kaum belawanan jantina ni macam mana.  Seperti jagung jugak, baru nak kenal lelaki/pompuan tu macam mana bentuk dia, macam mana bau dea, berapa besar saiz dea (?), kaler apa (??), if pegang, apa rasa dea (???). Dan lepas satu pasangan, kita break up and cari satu insan lain. Kira gelap mata nak pileh “jagung” paling besar and paling ranum, kacak, suweet dan sebagainya. Kira frasa nak cari pengalaman. Frasa bereksperimen.  X puas2 mencuba nak cari gf/bf yang paling “best” untuk puaskan hati kita. Ambik masa yang lama, kekadang sampai bertahun-tahun lamanya.  Get it?


Masok ladang besar camni, bawak GPS. Baru x sesat. Trolololol~

And bila masok ke ladang jagung buat kali kedua, dan berdasarkan pengalaman masok buat kali pertama, pemuda tersebut hanya ambil masa yang sekejap saja untuk mencari “jagung terbesar” yang terdapat dalam ladang tersebut ; even bukan yang paling besar pon, ia adalah antara jagung yang terbesar. Dan pilihan dia buatkan dia cukup berpuas hati dengan jagung tersebut kerana melalui pengalamannya, saiz jagung itu adalah yang antara terbesar. Camne dia taw? Sebab dea dah ada pengalaman mencari jagung yang terbesar.

Same thing happen when kita nak masok alam perkahwinan. Gambarannya seolah-olah macam bila masok ke ladang jagung buat kali kedua. Because berbekalkan pengalaman alam percintaan yang kita dah timba, kita hanya akan ambil masa yang sekejap saja untuk mencari “jagung terbesar” yang terdapat dalam hidup kita ; even walaupun bukan swami/isteri  yang paling best, dia adalah antara option yang terbaik yang kita akan ada. Kita tengok dea, bergaul dengan dea dan kita akan tahu, “Yes, he/she is the one I need as my hubby/wife,”. Camne kita taw?  Sebab, kita dah ada pengalaman bercinta dan berjumpa dengan macam-macam orang dah.  Dah kenal dah hati manusia ni macam mana. How does a relationship works and such.  Faham? Bagus. 

Korang memang terer. *clap-clap*

Gadis ini telah menjumpai "jagung" beliau. Anda bagaimana ?

So, my advice. Bercinta lah. Timba pengalaman. Breakups tu akan menjadikan kita lebih matang dan lebih mengenal manusia. Tapi ingat, jangan menyalah gunakan cinta. Ingat, jagung yang baik adalah jangung yang tak pernah dimakan serangga dan isinya tidak pernah terdedah. Yang mana dah “digiget serangga” tu bukan lah sesuatu yang amat teruk, jangan lah dibuang terus. Mereka tetap “jagung” yang ada value- maksud aku,depa ni still orang. Bukan barang. Undersetan, setan ? hehe~ (guraw)

Sejurus kendian, datang la Mellysa pada  Pendeta Jagung dan pemuda tersebut- sambil mambawa beberapa tongkol jagung bakar yang amat menggiurkan bau dan rupanya. Pendeta mengucapkan terima kasih pada isteri yang dia cintai dengan sepenuh hatinya itu. Mellysa tersenyum.

Kemudian, pendeta tersebot senyum dan berbisik pada pemuda tersebut,

Ni lah “jagung” aku,”

 Sejurus itu mereka kedua tertawa. Mellysa yang baru saje berlalu tu pon memuncungkan mulutnya dan berbisik dalam hati, “Gelakkan aku la tuh~ Gilo apo..” ~ Hehehehe~

Jagung bakar ya, adek-adek. Jangan nak pikir benda yang bukan-bukan. Babap kunk ! (Gambar Hiasan).. hehe~

Sekian kisah jagung. Pasni kalu korang tgk jagung bakar or corn-in-cup, bolehlah korang ingat satu cerita jagung ,kan?

Lẽ End.

Thanx for reading. Share with your love ones and frens. Spread the words, fellas.

This is Mejah. Out!

Thursday, 19 January 2012

Cerita Cinta : Kisah Jagung Dalam Percintaan ( Pt.1)

Salam Satu Mesia.

*I read this story once in a blog years back. But this jagung story is having a twist of mine~ my own version. So, let’s begin peeps !*

Korang yang mana jiwang tu mesti banyak cerita jiwang kan? Ombak Windu la, Karipap Cinta la, I'm Not Single la, hapew la.. Ok.. Ni kisah yang penah gua baca somewhere, tapi diadaptasi melalui imaginasi gua sendiri. So.. Amende ? Tajuk dea ?  Kalau.. Batang Jagung Cinta , boleh tak? X ngam? Berbaur lucah ?? Tenang-tenang.. Xpe.. Tajuk x penting. Yang penting, moral of the stori. Jom layan..

*****************************************************************

Cinta Jagung - Cambest jew tajuk ni. Kementerian Petanian mesti suka kalu depa taw gua tulis entri nie. Hehe~


Arakian pada satu zaman dahulu, ketika zaman kuda masih lagi menjadi tunggangan utama, pada zaman cinta masih lagi amat suci dan mahal dimata masyarakat, dan hatta sebelum zaman leggings masih lagi dianggap pakaian dalam, terdapat seorang anak muda yang suka mengembara ke seluruh pelosok alam untuk mencari ilmu. Disebabkan wajahnya yang amat hensem (lagi hensem dari Aaron Aziz  dalam citew Ombak Rindu tu) dan tubuhnya yang sasa (mengalahkan Malek Noor masa zaman kegemilangan nya), dia menjadi igauan gadis-gadis di tempat yang pernah dikunjunginya. Kira macam, back packers la zaman skrg ni.

Dan seperti kebanyakkan muda-mudi hari ini , yang suka menambah rakan-rakan (seperti menambah rakan baru di laman MukaBUku), dia pon berkenalan lah jugak dengan gadis-gadis tersebut. Tapi, dia bukanlah seorang player atau kassanova seperti yang anda sangkakan. Dia seorang yang beragama, dan cukup  menjaga batas pergaulan. And bila gua cakap “kawan” (atau "saim" dalam bahasa saintifik Kelantan, tu memang merujuk kepada meaning perkataan KAWAN yang termaktub dalam istilah kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, ya adek-adek. 

No such thing as “Teman Tapi Mesra” (seperti yang dipopularkan oleh  artis pop Indon-RaTu tu ), yang mana mampu mewujudkan keraguan tahap gaban dalam frasa ayat “just a friend”- seperti yang penah dinyanyikan oleh bebudak Too Phat. Eyh, korang penah dengar x lagu tu? Gila muda if x pena dgr lagu tersebut. Demmm~

Disebabkan si pemuda ni baik dan menjaga pergaulan dengan gadis-gadis yang bukan muhrim (macam gua la, ehem..), dea x pernah mencemolot, menggiget, menggesel mahupun menyentuh gadis-gadis yang bukan haknya tu. Bukan cam sesetengah kawan-kawan gua yang bercinta zaman sekarang nie- pantang ade peluang siket, lu orang maw ringan-rigan la. Nak kadel-kadel la. Tu la sampai kluar adegan Pavvy la, wujud frasa ayat “awak pileh saya atau KLCC “ la.. Amende la bebudak zaman skrg ni. Sadis gua. Siyes. *geleng paler*

Hah? Jg gitaw gua lu orang x pena tgk scene x berapa seronok ni.. Siyes,,

For me personally, gua berpegang pada kata-kata, if you want to touch a girl,  touch her heart first”- if u noe wot I mean la. Xpe, ngomel sket. Jom sambung citew jagung.

So, disebabkan dia ni suka mengembara dan disukai oleh ramai gadis sepanjang pengembaraan nya, dia pon nak le mencari ilmu tentang percintaan dan perhubungan. Ilmu Tuhan tu kan luas, ilmu percintaan ni pon penting juga- terutamanya bagi dia. Harap jangan salah faham –ilmu percintaan dan ilmu kamasutra tu lain yew adek-adek. Yang pemuda ni nak belajar ilmu tentang percintaan, bukan yang lagi satu tu. Dan dea pon teroskan mengembara dengan harapan, dapat mencari orang yang mampu berikan dea ilmu dalam jurusan tersebut. Kira nak cari Dr.Love la pada jaman tersebut.

Nak dijadikan cerita  , pengembaraan pemuda tersebut membawanya ke sebuah pekampungan pertanian. Kampung tanaman jagung ,to be exact. Kira satu negeri tersebut, rata-rata orang kat negeri dia tanam jagung untok menyara hidup. So, masok la beliau ke kampong tu- mundar mandir, berjumpa dan mengambil kesempatan untuk mengambil bergaul dan bertanya kabar dengan orang-orang kampong tersebut. Kira, dia ni jenis “mesra alam” la (baik dengan masyarakat), bak kata bapak aku.

Nak dipendekkan cerita, penduduk kampong  tu pon menyarankan dia  pergi berjumpa dengan seorang pendeta yang tinggal kat hujung kampong tersebut- Pendeta Jagung, diberi nama. (mesti korang rasa nama tu x seswai kan? Aku pon..Xpelah,ni cerita rekaan je pon). Pendeta tersebut dikatakan orang yang paling ariff dalam bidang percintaan kat kampong tu and mampu menjawab permaslahan dan pertanyaan pemuda tersebut tentang percintaan.

Lalu, sampailah si pemuda tersebut ke rumah pendeta yang digembar-gemburkan tu- sebuah rumah yang sederhana besar dengan dikelilingi ladang jagung yang sedang masak ranum.  Dan berjalanlah pemuda tersebut, menuju ke rumah pendeta tersebut dengan penuh keghairahan mencari ilmu percintaan yang terletak di tengah-tengah ladang jagung tersebut.

Ok la gambar ni. Bantu engkorang berimaginasi. Ok ?

Sesampainya beliau ke rumah pendeta tersebut, terlihatlah akan pemuda tersebut seorang perempuan yang sempurna parasnya sedang menyiram pokok bunga di sekitar rumah pendeta berkenaan. Gadis cantik tersebut yang bertudung dan sempurna pakaiannya itu  terus melemparkan senyuman yang cukup manis untuk pemuda berkenaan, yang merupakan tetamu yang datang ke rumahnya.

“ Assalamualaikum, “ sapa pemuda berkenaan.

“Waaalaikumussalam,” balas gadis tersebut, dengan penuh sopan.

“Maafkan saya kak, tumpang tanya, inikah rumah Pendeta Jagung ?” soal pemuda berkenaan lagi.

“Benar. Inilah rumah Pendeta Jagung” jawab gadis tersebut sambil tersenyum.

“Saudara dudok dulu. Saya akan panggilkan pendeta untuk saudara. Pendeta tengah main Angry Bird tu dengan anak jiran sebelah kat dalam rumah,” kata gadis tersebut lagi, sambil dengan ayunya menunjukkan bangsal di tepi rumah tersebut dengan ibu jari tangan kanan nya.

Lalu, dudok lah pemuda tersebut sambil bersial, .... i maen, bersila atas pondok tersebut. Tengah beliau dok ralit tengok jagung yang ranum-ranum sambil tertanya-tanya akan siapakah gadis tersebut, dengan tiba-tiba ....

JENG-JENG-JENG

*****************************************************************

Mesti korang dah penat baca kan? Xpe kita rileks kejap. Cite ni panjang sket tapi tinggi nilai tambah dalamnya. Kita sambung esok, okay? Gua nak suap kucing gua makan . Gerenti kalu korang baca bahagian dua nanti, korang x akan rasa rugi. Ok? Jangan marah, k? Eleyh, citew Twilight yang ade mamat pucat lesi tu dengan citew Harry Puttar yang sampai berjilid-jilid tu pon korang sanggup tunggu berbulan-bulan, ni  x kan la esok x ley tunggu. Kuceng gua cakap dea lapar.Kesian beliau.

Tgk.. Kuceng gua da buat muka da tu.. X baek kita biar menatang seksa woo~


Nanti kita sambung, okay? Salam satu Mesia.

~Bersambung~

End Of Part One.


*********************************************************


Part Two Dah Siap ! Ni link dea ! Enjoy, fellas !


http://totallymejah.blogspot.com/2012/01/kisah-jagung-dalam-percintaan-part-2.html

This is Mejah. Out !