There was an error in this gadget

Thursday, 19 January 2012

Cerita Cinta : Kisah Jagung Dalam Percintaan ( Pt.1)

Salam Satu Mesia.

*I read this story once in a blog years back. But this jagung story is having a twist of mine~ my own version. So, let’s begin peeps !*

Korang yang mana jiwang tu mesti banyak cerita jiwang kan? Ombak Windu la, Karipap Cinta la, I'm Not Single la, hapew la.. Ok.. Ni kisah yang penah gua baca somewhere, tapi diadaptasi melalui imaginasi gua sendiri. So.. Amende ? Tajuk dea ?  Kalau.. Batang Jagung Cinta , boleh tak? X ngam? Berbaur lucah ?? Tenang-tenang.. Xpe.. Tajuk x penting. Yang penting, moral of the stori. Jom layan..

*****************************************************************

Cinta Jagung - Cambest jew tajuk ni. Kementerian Petanian mesti suka kalu depa taw gua tulis entri nie. Hehe~


Arakian pada satu zaman dahulu, ketika zaman kuda masih lagi menjadi tunggangan utama, pada zaman cinta masih lagi amat suci dan mahal dimata masyarakat, dan hatta sebelum zaman leggings masih lagi dianggap pakaian dalam, terdapat seorang anak muda yang suka mengembara ke seluruh pelosok alam untuk mencari ilmu. Disebabkan wajahnya yang amat hensem (lagi hensem dari Aaron Aziz  dalam citew Ombak Rindu tu) dan tubuhnya yang sasa (mengalahkan Malek Noor masa zaman kegemilangan nya), dia menjadi igauan gadis-gadis di tempat yang pernah dikunjunginya. Kira macam, back packers la zaman skrg ni.

Dan seperti kebanyakkan muda-mudi hari ini , yang suka menambah rakan-rakan (seperti menambah rakan baru di laman MukaBUku), dia pon berkenalan lah jugak dengan gadis-gadis tersebut. Tapi, dia bukanlah seorang player atau kassanova seperti yang anda sangkakan. Dia seorang yang beragama, dan cukup  menjaga batas pergaulan. And bila gua cakap “kawan” (atau "saim" dalam bahasa saintifik Kelantan, tu memang merujuk kepada meaning perkataan KAWAN yang termaktub dalam istilah kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, ya adek-adek. 

No such thing as “Teman Tapi Mesra” (seperti yang dipopularkan oleh  artis pop Indon-RaTu tu ), yang mana mampu mewujudkan keraguan tahap gaban dalam frasa ayat “just a friend”- seperti yang penah dinyanyikan oleh bebudak Too Phat. Eyh, korang penah dengar x lagu tu? Gila muda if x pena dgr lagu tersebut. Demmm~

Disebabkan si pemuda ni baik dan menjaga pergaulan dengan gadis-gadis yang bukan muhrim (macam gua la, ehem..), dea x pernah mencemolot, menggiget, menggesel mahupun menyentuh gadis-gadis yang bukan haknya tu. Bukan cam sesetengah kawan-kawan gua yang bercinta zaman sekarang nie- pantang ade peluang siket, lu orang maw ringan-rigan la. Nak kadel-kadel la. Tu la sampai kluar adegan Pavvy la, wujud frasa ayat “awak pileh saya atau KLCC “ la.. Amende la bebudak zaman skrg ni. Sadis gua. Siyes. *geleng paler*

Hah? Jg gitaw gua lu orang x pena tgk scene x berapa seronok ni.. Siyes,,

For me personally, gua berpegang pada kata-kata, if you want to touch a girl,  touch her heart first”- if u noe wot I mean la. Xpe, ngomel sket. Jom sambung citew jagung.

So, disebabkan dia ni suka mengembara dan disukai oleh ramai gadis sepanjang pengembaraan nya, dia pon nak le mencari ilmu tentang percintaan dan perhubungan. Ilmu Tuhan tu kan luas, ilmu percintaan ni pon penting juga- terutamanya bagi dia. Harap jangan salah faham –ilmu percintaan dan ilmu kamasutra tu lain yew adek-adek. Yang pemuda ni nak belajar ilmu tentang percintaan, bukan yang lagi satu tu. Dan dea pon teroskan mengembara dengan harapan, dapat mencari orang yang mampu berikan dea ilmu dalam jurusan tersebut. Kira nak cari Dr.Love la pada jaman tersebut.

Nak dijadikan cerita  , pengembaraan pemuda tersebut membawanya ke sebuah pekampungan pertanian. Kampung tanaman jagung ,to be exact. Kira satu negeri tersebut, rata-rata orang kat negeri dia tanam jagung untok menyara hidup. So, masok la beliau ke kampong tu- mundar mandir, berjumpa dan mengambil kesempatan untuk mengambil bergaul dan bertanya kabar dengan orang-orang kampong tersebut. Kira, dia ni jenis “mesra alam” la (baik dengan masyarakat), bak kata bapak aku.

Nak dipendekkan cerita, penduduk kampong  tu pon menyarankan dia  pergi berjumpa dengan seorang pendeta yang tinggal kat hujung kampong tersebut- Pendeta Jagung, diberi nama. (mesti korang rasa nama tu x seswai kan? Aku pon..Xpelah,ni cerita rekaan je pon). Pendeta tersebut dikatakan orang yang paling ariff dalam bidang percintaan kat kampong tu and mampu menjawab permaslahan dan pertanyaan pemuda tersebut tentang percintaan.

Lalu, sampailah si pemuda tersebut ke rumah pendeta yang digembar-gemburkan tu- sebuah rumah yang sederhana besar dengan dikelilingi ladang jagung yang sedang masak ranum.  Dan berjalanlah pemuda tersebut, menuju ke rumah pendeta tersebut dengan penuh keghairahan mencari ilmu percintaan yang terletak di tengah-tengah ladang jagung tersebut.

Ok la gambar ni. Bantu engkorang berimaginasi. Ok ?

Sesampainya beliau ke rumah pendeta tersebut, terlihatlah akan pemuda tersebut seorang perempuan yang sempurna parasnya sedang menyiram pokok bunga di sekitar rumah pendeta berkenaan. Gadis cantik tersebut yang bertudung dan sempurna pakaiannya itu  terus melemparkan senyuman yang cukup manis untuk pemuda berkenaan, yang merupakan tetamu yang datang ke rumahnya.

“ Assalamualaikum, “ sapa pemuda berkenaan.

“Waaalaikumussalam,” balas gadis tersebut, dengan penuh sopan.

“Maafkan saya kak, tumpang tanya, inikah rumah Pendeta Jagung ?” soal pemuda berkenaan lagi.

“Benar. Inilah rumah Pendeta Jagung” jawab gadis tersebut sambil tersenyum.

“Saudara dudok dulu. Saya akan panggilkan pendeta untuk saudara. Pendeta tengah main Angry Bird tu dengan anak jiran sebelah kat dalam rumah,” kata gadis tersebut lagi, sambil dengan ayunya menunjukkan bangsal di tepi rumah tersebut dengan ibu jari tangan kanan nya.

Lalu, dudok lah pemuda tersebut sambil bersial, .... i maen, bersila atas pondok tersebut. Tengah beliau dok ralit tengok jagung yang ranum-ranum sambil tertanya-tanya akan siapakah gadis tersebut, dengan tiba-tiba ....

JENG-JENG-JENG

*****************************************************************

Mesti korang dah penat baca kan? Xpe kita rileks kejap. Cite ni panjang sket tapi tinggi nilai tambah dalamnya. Kita sambung esok, okay? Gua nak suap kucing gua makan . Gerenti kalu korang baca bahagian dua nanti, korang x akan rasa rugi. Ok? Jangan marah, k? Eleyh, citew Twilight yang ade mamat pucat lesi tu dengan citew Harry Puttar yang sampai berjilid-jilid tu pon korang sanggup tunggu berbulan-bulan, ni  x kan la esok x ley tunggu. Kuceng gua cakap dea lapar.Kesian beliau.

Tgk.. Kuceng gua da buat muka da tu.. X baek kita biar menatang seksa woo~


Nanti kita sambung, okay? Salam satu Mesia.

~Bersambung~

End Of Part One.


*********************************************************


Part Two Dah Siap ! Ni link dea ! Enjoy, fellas !


http://totallymejah.blogspot.com/2012/01/kisah-jagung-dalam-percintaan-part-2.html

This is Mejah. Out !

No comments:

Post a Comment