Gambar hiasan. ( Jalan-jalan sambil pegang tangan? Syok woo.. ) |
Lewat sore tadi hujan menggila turunnya . Seluruh bumi kekanda di sini basah dan lencun. Seronok dan bertepuk tangan itik-itik di kampung kekanda bermain air di baruh. Sehingga ke malam ini, dingin nya masih terasa. Membelit diri dan tangkai hati kekanda. Dingin yang membawa ingatan kekanda melayang jauh mencari adinda.
Memang benar kata orang, kesunyian, kesepian dan kedinginan ini membuatkan hati dan jiwa manusia ini menjadi resah gelisah. Sekonyong-konyongnya, jika bertunjangkan nafsu semata,mahu saja kekanda merangkul erat tubuh adinda dan berkongsi kehangatan kekanda bersama adinda pada saat ini. Maaflah, kadang-kadang kekanda ini setan juga. Maklum sajalah, kanda inikan baka tak mati pucuk yang subur lagi menyuburkan.
Beginilah gambaran betapa riangnya gua bermain layang-layang di tepi pantai. Nostalgik ! |
Malam ini , mata kekanda merasa segar sekali. Terkelip-kelip dalam kelam malam di tengah-tengah ranjang yang sepi dan kosong; hanya bertemankan bantal, tilam dan bantal sahaja. Namun, kotak fikiran kekanda ini tidak kosong , sayang. Ingatan kekanda kepada satu pemandangan yang kekanda nampak sewaktu bermain layang-layang di tepian pantai petang tadi tidak mahu dipadamkan; biarpun puas kekanda cuba. Ingatan itu menyerang dan mendesak seperti dambakan sebuah jawaban. Sayangnya, jawapan itu tiada pada kekanda, tapi ada pada kaum sejenis adinda.
Adinda,
Petang tadi kekanda ternampak sepasang insan. Kekasih sebetulnya. Mesra. Akrab. Rapat. Hangat. Berdua. Dan kedua-duanya perempuan. Ya, mereka kaum sejenis dengan sayang ! Seikhlas hati kekanda mengakui kedua-duanya sangat cantik dan menawan. Bergetar hati ini. Berdebar dada ini. Teruna sunti mana pun, jika terpandangkan wajah dan susuk tubuh mereka, tentu bergelinyang minta mak bapak mereka kahwinkan. Apatah lagi jejaka seperti kekanda ini, yang sudah tak berapa nak sunti lagi ini.. Ehem..
Adinda mungkin fikir itu cuma scene keintiman biasa sesame perempuan. Kekanda pun pada mulanya berfikiran sama seperti adinda juga. Tapi, sangkaan kekanda meleset sama sekali !
Adinda,hati kekanda ini terguris… melihat kemesraan mereka yang semacam itu. Mereka saling berpegangan, saling merenung dan saling tersenyum. Saling membelai dan dibelai. Dan, yang membuatkan kekanda hampir-hampir tercekik buah kelapa yang tengah kekanda minum time itu adalah, mereka saling berkucupan ! Ya ! Bibir ke bibir !
Mmmuahkz.. Sleazy, huh ? |
Seperti mahu luruh jantung kekanda kerana terkejut dan terkesima. Mengapa yang dikucup itu bukannya bibir kaum yang sejenis kekanda? Mengapa cuping telinga kecil yang digigit-gigit lembut itu bukan dari kaum jantan ? Mengapa mereka memilih untuk menyagat bibir di pipi di tempat yang salah? Bukankah lebih bagus jika mereka saling menyagat bibir masing-masing di kertas pasir daripada melakukan benda yang sama di kulit kaum sejenis? Even,kekanda pun tak pernah memperlakukan adinda sedemikian. Jealous betul kekanda dibuatnya !
Adinda,
Sungguh kekanda sukar menerima kenyataan bahawa perempuan-perempuan cantik, tulus ,mulus , kiut miut dan mantop itu tidak ada perasaan kepada lelaki sebaliknya ghairah terhadap spesis sendiri. Keghairahan apakah itu? Kesongsangan apakah itu? Sungguh kekanda tidak mengerti, adinda… Terbit rasa kasihan pula kekanda pada diri kekanda pula. Hanya mereka saja yang mengetahui mengapa ia dibiarkan menjadi nafsu nombor satu dalam hidup mereka.
Apapun alasan dan jawapannya, kekanda tetap tak dapat dan tak mampu nak digest. Bagi kekanda, kaum wanita semakin kejam. Bukan setakat mahu mendominasi dan mengusai dunia lelaki, malah telah mengeksploitasi dan memanipulasi insan sejenis kekanda dengan godaan dan kecantikan. Dan kini, spesis adinda cuba membazirkan kaum kami pula… Cilakak !
Adinda,
Sebenarnya, kekanda amat terkesan dan merasa terhina dengan situasi ini. Kekanda ralat dan berasa terkilan. Mungkinkah lelaki sudah semakin tidak berharga di mata perempuan? Atau, mereka yang sememangnya sudah tidak bermata lagi?
Katakan TIDAK kepada Seksualiti Merdeka ! |
Kejap lagi kekanda nak keluar jumpa ketua kampung kekanda. Kanda mahu ketua kampung buat satu petisyen untuk ditandatangani ramai-ramai orang kampung kekanda demi menentang kebebasan seksual. Nanti kekanda akan update adinda lagi kalau ada apa-apa, okay?
Juga kim salam pada papa adinda. Pesan pada dia, kekanda tak dapat balik ke kampung adinda hujung bulan ini kerana menghadiri kursus motivasi bersama Dr. Rozmey di Wangsamaju.
Pergh... Cukup-cukuplah korang mengata dia.. Kah-kah-kah.. |
Salam sayang,
Kekandamu.
No comments:
Post a Comment