Masa berlaku : Hari yang sama. Siang.
Sunyi.
Aku tak tahu mengapa. Tarikh 14 Februari pada tahun ini aku tak seperti tahun sebelum-sebelumnya. Sunyi dan membosankan.
Tahun lepas , aku ada candle night dinner dengan amoi Sarawak mana ntah di sebuah tempat di tanah tinggi di Malaysia. Ntah hidup entahkan mati amoi tu skarang. Aku dah tak kontek dia sejak Ifarra marah gila dekat aku sebab keluar dengan amoi tu. Aku ni memang menurut kata- bukan queen control, tapi sebab sayang. Di ulangi, sebab aku sayang dia. Noktah.
Di fikirkan balik, ada yang satu tahun tu yang aku ditempah oleh 3 perempuan yang berbeza pada hari yang sama - dari anak dara, anak yang tak berapa dara dan juga yang dah ada anak dara ,atau sebetulnya mak budak ! Nasib baik aku tahu cover line. Kalu tak, masak aku. Heh!
Malam semalam sebelum aku masuk tidur, lepas jam dua belas, bertalu-talu juga mesej “Selamat Hari Valentine” masuk ke dalam talipon bimbitku ; mesej dari nombor perempuan-perempuan yang aku kenal,tak kurang juga dari nombor yang aku tak kenal langsung. Yang mana aku kenal,aku hanya reply pendek. Ucap terima kasih and cakap derang sweet sebab derang ingat dekat aku. Yang mana aku kenal tapi aku tak berapa berkenan, aku padamkan saja mesej tersebut.
Semalam, aku sebenarnya menunggu SMS atau panggilan dari seseorang- Ifarra. Ya, Ifarra - satu-satunya perempuan aku yang aku anggap sebagai kekeasih awal dan akhir ku itu. Bukan aku jual mahal dan harap dia start texting aku dahulu. Tidak. Aku hantar pada dia- tak berjawab. Masih marah pada aku agaknya. Memang aku akui - egonya memang tinggi. Terutamanya kalau aku yang salah. Kata-kata bujuk rayu yang rapuh dan manis macam biskut Oreo perisa vanilla tak berkesan pada dia. Aku buntu.
Tapi, pada awek-awek yang lain di luar sana, memang kena pakai ayat-ayat manis. Ayat-ayat shahdu, meleleh-leleh wa cakap lu. If dia ushar kita dengan mata yang kelipok-kelipok, kita dengan konfidennya kene membalas renungan mata derang dengan kelipak-kelipak. Then, senyum siket. Aduh, bisa mati mas ! Bisik gadis Indon yang sanggup berenang menyeberang Selat Melaka kerana ingin mamadu kasih dengan aku. Ah, teman tapi mesra !
“Waduh. Nggak usah sampei mati. Saya nggak maw kawin sama mayat!” kata ‘setan’ aku padanya, sambil senyum sehabis kacak. Tak perlu pakai minyak dagu. Tak perlu ubat guna-guna atau susuk. Tak payah amal ilmu pengasih. Setan sentiasa ada bila kita bermain cinta. Menghembus-hembus. Meniup-niup, supaya kita terlajak perahu, terlajak kata dan terlajak semuanya. Lepas dah terlajak macam-macam, si setan ni pulak akan berguling-guling gelakkan kita. #ROTFL# kata mereka.
Aku tahu tu. Dan korang pun tahu tu.Bukan tak tahu. Tapi, aku ni kan jantan yang subur. Jantan ni lawannya perempuan. Dan dua-dua manusia. Dua-dua saling tertarik dan melengkapi satu sama lain. Lemah pulak fikiran. Sudah. Kalau iman tak kuat, terkorban sajalah jawapannya. Tapi, janganlah sampai merogol atau membunuh. Jadi kalau korang tak reti beringat macam aku, jangan berjinak-jinak . Payah nak stop.
Adele. Satu perkataan saja. Ossem (awesome) ! |
“ Nevermind I found someone like you,
I wish nothing but the best for you too~”
Eh. Handset aku menyibuk pulak. Baru nak buat ceramah agama siket. Aku baling kang handset ni ! Ish !! Dah la kantoi ringtone aku lagu jiwang.
“Hello…” sambut aku malas. Malas semalas-malasnya.
“Bang, abang dekat rumah tu kan? Jom kita keluar,” terpacul suatu suara lemak merdu. Lemak berkrim. Disukai ramai. Macam familiar, tapi aku tak kenal.
“Sapa ni?” sergah aku. Bosan.
“ Ala. Abang ni. Buat-buat tak cam pulak. Ini Linda lah.”
“ Oh.. Melinda! Abang ingat budak perempuan yang lorat yang selalu kacau abang tu..” pujukku lembut.. lidah.
“Budak perempuan mana pulak?” sergah dia. Kali ni giliran dia pulak berbunyi garang. Rawwr~
“Entah lah. Yang abang tahu, dia cakap dia tengah tunggu SPM. Dia suka kacau abang..” kelentongku sakan. Dalam hati aku tengah gelak berdekah-dekah.
“Bagitau Linda nama dia, alamat dia, nombor talipon dia. Biar Linda cari. Linda nak ganyang dia !” jeritnya lagi. Tak puas hati.
“ Erm.. Linda, tak payah. Dia tu budak lagi. Baru nak jadi model dan pelakon.Kalau Linda ganyang dia, karang berbopeng-bopeng muka dia yang kiut dan tubuhnya yang seksi tu. Kesian la dia.Takut tak laku !” lidah aku mejadi lembik luar biasa. Lembik bak jeli. Agar-agar kelapa jelly.
Biarkan rasanya menari-nari diatas lidah anda. Lembik. Melekit. Sedap dihisap-hisap lembut. Kelapa jelly. |
“Linda tak kira ! Sekarang abang mesti keluar dengan Linda! By hook or by crook !” Mak datuk.. suaranya macam nak menggegar bumi. Ada slang mat salleh siket. Stay classy.
“Abang tak ada duit..” jawabku ringkas. Alasan. Suara aku seolah-olah tersekat di kerong..
“ Sejak bila abang keluar dengan Linda kena keluar duit?” tempelaknya sepuas hati.
“ Itu yang abang malu tu!” ujarku bagai embun. Sejuk,bersih dan suci.
“ Sudah. Abang bersiap cepat. Hari ini kan hari special bagi Linda. Sekarang jugak Linda pegi ambik abang ! ”
Jeng ! Jeng ! Jeng !
Ush ! Garangnya dia. Tegas habis. Memang dasar anak orang kaya. Yang dia tau, dia nak aje apa dia nak. Tak kesah la camne-camne pon. Brutal. Lagi brutal lagi bagus. Makin macho aku jadinya. Heh~
Ini jantan bukan sebarang jantan beb ! Setakat Melinda,yang berpengalaman pernah kawin 2 kali dan putus tunang 3 kali itu, belum cukup handal untuk menumbangkan aku. Aku kat rumah pun dia nak datang ambik lagi. Cari aku. Kejar aku. Aku tumbangkan dia dengan kata-kata manis aku saja. Tak payah pakai sepak terajang macam sesetengah suami atau balak orang yang putus wayar tu. Dayus !
Yang lebih lawaknya, si Melinda ni lebih tua dari aku 5 tahun. Tapi, dia tetap panggil aku, “bang” ! Dan aku pulak, kekadang boleh panggil dia "baby" !
Hehehehehe.. Gelinya.. Auww~
Gambar hiasan. Actually, ni ayat untuk mengayat. So, pandai-pandai la guna bila tiba masanya. |
gedik laa... hehee.. Malaysia bilang gedik,
ReplyDeleteWah.. Gedik kah? Orang yang bercinta memang macam itu.. hehe~
Delete