Heartbreak.jpg. Hurm~ |
You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading your last one :. Retweet from Miss Mea.:
Pagi tadi aku bangun dengan rasa yang berbeza. Rasa konfius. Rasa sedikit bangang. Juga secebis rasa tak berapa enak. Aku tengok kucing aku. Dia renung aku balik dan menguap malas macam tuan dia jugak. Dia dah biasa bangun lagi awal dari aku. Pagi ini pon samalah. Semalaman aku termenung. Sedang memikirkan masa depan aku dengan Ifarra yang kian suram dan tenggelam dek masalah masing-masing. Aku dah memilih untuk melepaskan dia pergi sepergi-perginya.
Berhenti mengharap. Noktah.
Aku capai Blackberry aku. Aku menengok mesej-mesej yang masuk selama aku membuta ; notification FB, FB PM, BBM, Twitter dan mende-mende lain. Tertengok aku status YM Ifarra. Happy semacam dia pagi tu. Macam tak ada apa yang berlaku semalam. Aku menghela nafas. Macam naga dalam cerita How To Train Your Dragon yang mak aku minat bagai nak rak itu. Sejujurnya, seems like Ifarra dah tak nak angkat port pasal relationship kitarang. Either dia betul-betul tak kisah atau dia saja buat-buat tak kisah, Tuhan saja yang tahu. Dia tu bergenetik ego. Sama spesis cam aku juga.
Sedutan dari HTTYD : Best woo citew ni. Skali tgk, menatang Nightfury ni sejibik macam kucing aku. Hohoho~ |
Lepas aku let go dia semalam, aku berBBM dan texting-texting dengan Alleana, Arriea, Melinda dan beberapa kenalan perempuan aku yang lain. Bukan mintak simpati, tapi minta pandangan dan nasihat. Si Azalea sorang je aku tak kacau. Aku tak nak dia ada kaitan dengan isu aku dan Ifarra.
Si Melinda pulak beria-ria nak call aku, tapi aku menolak untuk dengar suara dia yang lemak berkrim tu. Bukan apa, nanti apa pulak kata Alleana, Arriea dan yang lain-lain jika aku hanya asyik melayan dia seorang malam semalam. Better texting dan berBBM saja. Aku lagi selesa begitu. Tak juga aku mahu derang dengar aku menangis teresak-esak mengenangkan Ifarra. Hilang macho, bro !
“You tak terfikirkan nak cari pengganti kew before you tinggalkan Mesia?”
“Nada mesej abang macam dah orang yang banyak tak puas hati. Dengarnya abang dah mula jeran pada perempuan..”
“Hahaha.. padan muka ! Dulu berlagak handal sangat. Wordsmith kunun.. Tengok skarang apa dah jadi? Orang yang paling ko treasure pun takleh ko buat dia balik ke sisi ko..”
“Jangan la you risau . Di luar sana ramai lagi perempuan yang sedia untuk jadi awek you dan jadi wife you in the future. Satu hari nanti, Tuhan akan ketemukan you dengan orang yang benar-benar dijadikan untuk you..”
Ha.. Tipon aku ni macam ni jaa.. Mesej pon tak boleh simpan banyak2.. Dalam 80 keping lebih saja. |
Sekidit (sedikit) sebanyak mesej-mesej itu memang menghidupkan kembali semangat aku. Alah, sekurang-kurangnya aku tahu ada juga orang yang ambil berat ke atas diriku nan sebatang kara ini. Sama ada si Aleeya, Arriea, Arra malah si Melinda pun sebenarnya awal-awal lagi sudah tahu akan hubungan aku dengan Ifarra. Derang sendiri pun tahu betapa specialnya Ifarra di mata aku. Tapi derang buat tak kesah sangat,asal aku boleh menemani derang selama aku tak bersama dengan Ifarra.
Infact, si Melinda sendiri pun aku pernah marah sebab dia memperlekehkan si Ifarra aku tuh. Menangis-nangis dia mintak maaf sebab aku marah dia balik dan aku membekap Ifarra. Sampai dia nak berikan aku cenderamata yang bapak dia belikan dari Italy tanda mintak maaf. Aku tolak- aku bukan materialistic, aku just mintak Melinda tak kutuk Ifarra lagi di masa depan. Tengok, betapa sayang nya aku pada Ifarra pada masa tu!
Ehem. Balik pada peristiwa semalam.
Tetapi, perlu kusebutkan juga bahawa tak semua mesej-mesej yang aku trima bertujuan untuk memberikan perangsang kepada diriku yang malang ini. Yang ambil kesempatan pun ada juga. Habis diungkit-ungkit perbuatan silam ku . Seorang minah dari BB Bangi tu misalnya, dia punyalah kutuk macamlah aku pernah pegang dia kat mana-mana. Pelik bin ajaib aku dibuatnya.
Bagaimanapun, macam biasa; jika mengutuk aku itu dapat membahagiakan hati perempuan, aku rela dikutuk seumur hidup. Tapi, syaratnya perempuan tu kena la cantik sikit.. Heh..
Imaginasi. Fantasi. Okay lah tu, senang nak taw yang tahu if someone tu dah berpunya ke idak. Or yang dah berpunya, tapi nak cari orang baru ! Heh ! |
Carilah Pengganti.. Move On..
Itulah rumusan yang dicerminkan oleh mesej-mesej dari mereka yang bersimpati itu. Ada seorang dua itu malah memujukku dengan ayat-ayat yang mendayu dan meleleh-leleh macam mayonis dalam iklan KFC Zinger Burger tu, hinggakan dua tiga kali aku terpikir nak pergi cari derang, lepas tu terus mintak dengan tulus ikhlas supaya diambil jadi menantu emak dan abah dia.
Tapi, ini bukan aku yang dulu. Yang masih mentah itu. Aku ngaak mahu tersilap lagi, bak kata Azalea- cewek Indon ku itu. Aku perlu berhati-hati. Aku tak akan benarkan lagi menjadi korban keinginan.
Pergh... Meleleh wa cakap lu.. Best tu kalau kita kepit burger tu ketat-ketat dan jilat mayonis kat celah2 daging dan roti tu. Nikmat seyh ! |
Aku tak perlu tergopoh kerana tak ada apa yang perlu aku gopohkan. Aku tak mahu menjadi seperti sesetengah lelaki yang membawa resmi kucing jalanan yang tersondol-sondol untuk meminta sesuap makanan. Aku tak mahu begitu. Aku tak minat. Aku mahu jadi seperti kucingku yang amat kelas dan malas itu ; yang hanya akan makan jika makanan mahal disuap terus ke mulutnya. Kalau tak suap atau suap sebarangan, tak makan dia. Malah, siap tarik muka lagi !
Ego?
Tidak. Aku sekadar berkata segala yang benar. Segala yang aku rasa. Sehabis tulus. Aku masih seyakin dahulu bahawa lelaki aku adalah besi berani yang tugasnya menarik logam-logam lain; bukannya membenarkan diriku ditarik oleh logam-logam itu. Please !
Hah? Tak tahu apa tu "chauvinist" ? Google la wahai abang dan kakak ! Jangan nak mudah & spoon feed cam budak-budak Emaresem ! |
Maaflah- aku bukan chauvinist. Aku sekadar menyatakan apa yang aku rasa dan setakat sekarang, aku merasakan lelaki adalah sebaik-baik dan secantik-cantik makhluk di alam maya ini. Kalau tak percaya, cuba renung-renungkan; ayam- yang mana lebih cantik, yang jantan atau yang betina? Tengoklah singa pula, yang mana yang lagi lawa, jantan atau betina? Jawab !
Okeyh. Aku tahu ramai yang berkromosom XX tak puas hati dengan kata-kata aku.
Kalau itu masih belum meyakinkan, tengoklah pada manusia; yang mana sebenarnya lebih cantik dan sempurna ? Jawapannya tentu lelaki dan sebab itulah kami tak memerlukan gincu, bedak, foundation atau sepupu-sepapat yang seangkatan dengannya. Tanpa semua itu pun kami tetap anggun, tetap lawa dan paling penting sekali , tetap berbisa !
Nota kaki :
This is just a fiction. Nonit to feel butthurt whatsoever. Entri ni aku tulis sambil dengar lagu “Sepanjang Hidupku” oleh Maher Zain. Lagu tema cinta aku dan Ifarra satu masa dahulu. Tsk-tsk.. Nak sambung nanges balik rasanya.. (TT___TT)
This is Mejah. Out.
Salam Perkenalan...
ReplyDeleteHai.. Salam perkenalan jugak.. Thanx tau sebab sudi singgah.. (^___^)
Delete