Showing posts with label US. Show all posts
Showing posts with label US. Show all posts

Thursday, 4 October 2012

"Sengal"nya mentaliti masyarakat Malaysia : Satu kajian kes (Gangnam style)


Salam sejahtera dan salam satu Mesia.

Maskot totallymejah doing gangnam style. Hehehe~ (biasanya, gua asik gambar awek je gua letak, ye dak?)

For the record, gua bukan kaki K-Pop. Gua bukan peminat drama Korea yang banyak lelaki dia jambu dan suka menangis itu. Gua juga bukan lelaki yang suka tengok awek Korea yang cun macam anak patung menyanyi dan menari seragam dalam bahasa yang gua tak faham. Bukan orang yang menggunakan dana MARA atau duit PTPTN untuk membeli tiket konsert SuJu, T-Ara atau Bigbang. Dan of course, gua bukan seorang yang duduk bersimpuh atas meja study hingga berejam-jam melayan rancangan The Running Man.

Itu bukan gua. Tidak. Pemikiran dan mentaliti gua tak dijajah oleh awek-awek Korea. At least, belum lagi.

Dan gua menulis enrti kali ini bukanlah kerana gua suka sangat lagu Gangnam tu. Tipulah kalau gua cakap dalam fon gua xde lagu tersebut gua download. Ada. Cuma merasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan rasa supaya masyarakat Malaysia yang gua sayang ni, lebih berfikir dan matang bila berhadapan dengan khabar angin di internet or so called “rumors”.

Maybe isu asas dalam entry kali ni (Gangnam hina Islam ?) lewat sket- dah lapuk bak kata sesetengah orang. Tak panas. Masok angin. Tapi xpelah, sebab Gangnam tu bukan benda asas yang ingin gua ketengahkan. Gangnam tu hanya menjadi platform utk gua meluahkan pendapat dan pandangan gua.

Yang menjadi asas utama yang ingin gua ketengahkan adalah cara rakyat Malaysia bertindak balas dengan cerita yang dibawa oleh angin- “rumors”,  yang x berasas, yang mereka x kaji, x teliti tetapi pakai telan dan sebar tanpa sebarang unsur periksa.

Harus diingat, ini bukan sekali gua bercakap tentang isu mentality masyarakat Mesia ni- dari kes pengharaman Starbucks  kerana gelatin babi dan arak rum dalam keknya,kisah mamat Bangladesh jatuh & mati dalam tangki kilang Coca-cola, teori lelaki curang ber IQ rendah, peristiwa STOP KONY 2012 sehinggalah kes ini -  Gangnam menghina Islam.

Okeyh, STP (straight to the point), baru-baru ni gua baru balik dari berlayar- almost 6 bulan di laut. So, dalam sebulan sebelum gua balik, masyarakat dunia tengah hangat dilanda demam Gangnam. Sehinggalah gua balik (mid of Sept 12), and gua investigate, barulah gua taw apa sebenarnya Gangnam style itu. Kira gua tak up to date sangat la pasal Gangnam ni. 

Kejap, korang taw tak apa yang gua tengah citew ni? Infact, nenek gua kat Kampung Dewa Beta Hilir kat Kelantan pun taw apebenda fenomena Gangnam ni. Jgn gitaw gua korang tak taw pulak. Xpe. Yang xpenah taw ape tu Gangnam style, sila layan video bawah ni.

Gangnam style- lagu dan tarian tangan bersilang gaya ala-ala koboi naik kuda kepang. Ah, naik kuda. Bukan kuda kepang.

Baru jew gua nak layan Gangnam style tu, ada plak kazen gua cakap “benda tu haram bang, Gangnam tu bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”,”. Gua tepuk dahi. Gua tanya dia balik, “Sape cakap?”. Dia jawab.Internet,”. Gua senyum. Betul lah dia ni tipikal Malaysian. Senang betul percaya pada khabar kat internet. Gua tak salahkan dia. Maybe sebab masyarakat sekeliling dia pun macam tu juga.

Gua pon bukak  FB. Dan seperti yang diberitakan, memang ada makhluk2 yang pakat menyebar “fitnah” bekenaan. Gua tepuk dahi lagi sebab ramai pulak yang share gambar tu. Mengarut betul. Gua investigate lagi, mencari terdapatkah blog-blog atau orang yang menafikan berita palsu tu.Dan nasib baik, tak semua masyarakat Malaysia jahil dalam isu ini- mungkin mereka sebahagian peminat-peminat K-Pop yang ingin mempertahankan “kesucian K-pop" yang mereka minat bagai tu,atau sekadar rakyat Mesia yang seperti gua merasa terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Tapi tak kisah lah, kerana mereka tahu, sudah terlalu banyak penipuan di zaman sekarang dan mereka bangkit untuk menegur apa yang tidak tepat, salah,tak berasas atau ringkasnya cerita-cerita “karut”.

This is wot Im talking about. See, I not going to blame the person who created this  "nonsense" first, but I blame those insolent people who irresponsibly spread this s*** out.  Gila publisiti maybe.

Okeyh. Sila teliti fakta-fakta yang ingin diutarakan.

Auta 1: Oppa Gangnam Style Bermaksud  “Saya ingin menjadi Yahudi laknatullah

Fakta 1: Oppa Gangnam Style secara ringkasnya bermaksud “Abang, stail (cara) Gangnam”

Okey. Apa tu Gangnam Style ? Penah tanya Uncle Google dak? Tak pernah? Takpe. Bagi gua cerita. Dari apa yang Makcik Wikipedia bagitaw gua, Gangnam adalah sebuah area di bandar raya Seoul, ibu negara Koria. Specialnya area Gangnam ni adelah kerana area tersebut adalah area masyarakat yang tinggi taraf hidupnya (classy lifestyle).


Ni lah gambar banda raya Seoul, area Gangnam, baq hang !

So, terma “Gangnam style” tu merujuk kepada cara hidup mewah mereka-mereka yang tinggal di area Gangnam. Dan sekonyong-konyongnya menolak dakwaan yang “Oppa Gangnam Style” kunun-kunun nya bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”

Tulusnya, lagu ini menceritakan tentang gaya hidup warga Gangnam yang mewah dan menyeru agar mereka tidak mencari "kekayaan palsu". Camtu la lebih kurang intipati lagu ni. Faham?

Maka, sesiapa yang percaya pada dakwaan "Saya nak jadi Yahudi" tersebut,bolehlah anda ketegeorikan diri anda sebagai “Bangang”. Hahaha. Sori. Guraw jew. But, yeah. Truth hurts. Jika anda percaya, anda banganglah jawabnya.

So, if korang tannak dilebel “bangang”, so next time bila ada rumors di internet,sila check seadanya ke“valid”an info tersebut okay?  Heh.

Sapa percaya dan sapa sebar dan still percaya benda ni, anda memang sengal !

Auta 2: Mempersendakan Burroq dan Silang Tangan Sebagai Salib .

Fakta 2: Ni lagilah karut. Camne gua nak eksplain ni. Erm.. Okey. Dari penelitian gua,dari segi direct translation liriknya, xde pon  perkataan  Burroq (binatang tunggangan Nabi Muhammad SAW) dalam lirik lagu tersebut. Dan logiknya, jika anda naik kuda pun, kalau kuda tu laju, adekah dengan menyilang tangan (gaya PSY) itu akan membuatkan pegangan pada tali kuda makin kuat? Tidak ! Honestly, a human with a working brain inside his/her head wouldn’t think so, unless they are born retarded!

Isu tangan silang sebagai salib? Pure nonsense! Perlukah gua mengulas? Bak kata seorang mamat dari satu blog (Oh Tidak! Blog), beliau menyatakan:

“Abis, otroman (Ultraman) pun buat silang tangan ko nak kata apa? Otromen agen Kristian? Otromen hina Islam? Otromen pencacai Kristian?”
(terribly sorry for my Christian friend who may read this, I’m just quoting what the man said).


Extract from Oh, Tidak ! Blog. Bawah ada link untuk baca kisah penuh perdebatan ini !
Klaka kan? Then, there are some insolent people who defend their statements regarding the issue. Menyedihkan.  Huh~

Gua secara jujurnya tidak faham bagaimana masyarakat Mesia ini berfikir dan bertindak balas terhadap “rumors” ini. Kenapa mereka kurang pemikiran inkuiri untuk menyelidik dan perasaan ingin tahu. Kenapa mereka tak sekurang-kurangnya, berfikiran seperti gua? Padahal,gua orang Kelantan , negeri yang dilebel sebagai "negeri paling mundur" dan tak berapa maju. Duduk pulak di hujung negari nun, bersempadan dengan Siam. Gua hidup dalam family yang sederhana. Masa membesar tak pernah kenal ASTRO pun. Sekolah pun sekolah kampung saja- yang mana murid satu kelas sampai 50 orang. Petang-petang, bila gua ponteng kelas agama, gua akan pergi menangguk ikan laga dalam parit- bukannya ralit bermain Gameboy Color, PS X atau bermain kad Pokemon. Kampung nya hidup gua. Gua tak membesar dalam keadaan demikian.

Persoalannya, mengapa rakyat Mesia hari ini, yang rata-rata cerdik pandai dan hidup dalam keadaan yang serba moden dan lebih baik dari gua, tidak mampu untuk mentafsir segala informasi yang  disuap kepada mereka? Mengapa mereka tidak merasa terpanggil untuk bertanya kepada diri mereka sendiri,

Betulkah apa yang diceritakan oleh internet/orang ini?”

“Apa kata , kita kaji dulu informasi ini sebelum kita sebarkan kepada awam?”

“ Terdapatkah sumber-sumber lain yang dapat kita periksa untuk mengesahkan maklumat ini (multiple resources, not only from one)?”

Pokoknya, asal isu itu hangat dan popular, mereka akan terus menyebarkannya – dengan mindset, jika mereka menyebar rumors itu, mereka seorang yang up to date dikalangan masyarakat sekeliling mereka. Lebih-lebih lagi jika rumors itu adalah bersangkutan dengan agama dan akidah yang mereka anuti. Semua pakat sebar pakai SMS,BBM, Twitter dan sebar melalui email dan Fesbuk.

Gua sedar bahawa masyarakat Malaysia memang penyanyang dan perihatin. Gua hargai dan hormati nilai itu, cuma kadang2 gua harap masyarakat Mesia ni lebih berhati-hati dalam menyebebar dan mempercayai rumors yang sekadar didengar di mulut atau yang terbaca di internet. Dan berwaspadalah dalam menyebar info yang anda dapat. Bukan percaya dan sebar secara buta-buta saja “rumors” tersebut, bukan hanya pasal Gangnam ini, tapi juga hal-hal lain.

You may think that by only changing your own perception alone on seeing things is just a small effort, but cumulatively, it will bring a greater impact on our society in the future. And it all starts from you.

Anda mungkin fikir yang dengan hanya menukar persepsi anda sendirian dalam melihat kedalam sesuatu perkara hanyalah usaha yang kecil, tetapi secara kumulatifnya (terkumpul), ia akan memberi satu impak yang lebih besar untuk masyarakat kita di masa akan datang. Dan ia bermula dengan anda.

Keep spreading the words and ideas to the one you love and care.

Semoga bangsa Malaysia takkan menjadi bangsa yang jahil tukil , bangang dan mudah diperbodoh-bodohkan di masa akan datang.

Terima kasih.

This is Mejah. Out.

If you guys can excuse me, gua nak gi layan Parody “Super Kampung Style” kejap. Heh .

Comelnya Hunny Madu tersebut.. Owh.. Owh.. 

Here's your link for reference, TQ~

P/S- Sori lah bahasa kasar sket. Harap maaf . Dan harap korang dapat poin yang gua nak ketengahkan. Segala komen dialu-alukan. Trimas.

Thursday, 19 January 2012

SOPA : Ape yang Hangpa kene taw ? (SOPA versi dipermudahkan)

Salam satu Mesia.

Ha.. Hangpa-hangpa semua mesti pernah terbaca perkataan SOPA tu dalam sari dua ni kat internet maupun TV atau dada-dada akhbar. Tapi hangpa tau dak SOPA tu menatang hape? X taw? Hangpa x penah melayan perasaan inkuiri hangpa tu utk surf and cari dalam kitab Google ke hapew kew untok lebih memahami? Malas?  X kesah?  X nak  amek taw?

Teroskan membaca dan membuka minda !

X pa. Tu la tujuan entri ni diterbitkan. Nak hangpa-hangpa sekalian, selaku kawan-kawan (guu- dalam bahasa saintifik Kelantan) aku, supaya xde la jahil sangat bila bercakap tentang fenomena global ni. Dan harus diingat, SOPA bukan SOAP (sabon) atau OPERA SOAP ya, kawan-kawan.  Juga bukan nama timang-timangan kepada orang yang bernama Mustafa , mahupun nama saintifk kepada sejenis Pokemon.

Jom, kita buat hal-hal SOPA yang complicated ni dengan SnS- Short And Simple. Afterol, sambil menyambut seruan seorang kawan aku dari Ontario, Canada,yang penah cakap kat aku ,“Why you have to go and make things so complicated ?” Kan? Ala , hangpa pon kenai dea- jahil benar la hangpa kalu hangpa x kenai si Avril ni (lain la kalau hangpa lahir taun sama dengan bapak aku lain la, tu aku paham la..).

So , Short And Simple. As promised. Hangpa-hangpa pon malas nak baca yang berjela-jela , ye dop?

Intro : SOAP.. Eh.. SOPA

SOPA adalah singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dalam bahasa Melayunya , Akta Sekat Cetak Rompak Atas Talian (ASCRAT, istilah aku sendiri ni).. hehehe.. Okey?  Ia dicadangkan pada tahun 2011 oleh seorang perwakilan US yang bernama Incik Lamar Smith. So, if hangpa or kawan-kawan hangpa kat US tu yang langgar (violate) akta ni once depa dah luluskan, derang bole dibicarakan dan maybe berdepan hukuman penjara selama 3-5 tahun. –reason, depa buat video clip gambar kuceng derang tapi pakai background music lagu Adele-Someone Like You yang ade copyright. Haa.. Dapat dah gambaran awal?


Contoh kekejaman SOPA & PIPA. Sangat-sangat potong stim !


Tujuan Pelaksanaan

Secara murninya, tujuan pelaksanaan SOPA adelah untuk memberikan wang kepada orang yang betul – money to the inventor.  Secara ilmiah nya, ada dua tujuan utama:

  1. Melindungi harta intelek- lagu, video, atau pepew sajew yang ade copyright. Kira, sapa buat, dea yang akan dapat la.

·         Basic. Bayangkan hangpa seorang artis ibarat Awi Rafael atau kumpulan KPop Koria tu. Hangpa penat-penat rakam lagu dan nari-nari utk video klip. Senang-senang jew aku donload pakai youtiub downloader. FOC (free of charge).Or kalau bapak hangpa kerja cam Yusuf Haslam, mesti hangpa nak duit dari hasil kerja tangan dea kan. Bapak hangpa bikin filem, mesti hangpa nak orang bayaq tiket utk tgk movie bapak hangpa tu kan. Xkan hangpa rela bapak hangpa penat shooting filem, pastu kawan-kawan hangpa gi tengok movie bapak hangpa kat online jew , free-free jew masa time derang main fesbuk- via moviegation ka, youtube ka, redtube ka.. (eh, bukan ew?). Atau derang simply donload jew donload movie bapak hangpa tu- maklumlah, pakai UniFi.
  1.   Perlindungan dari barang/dadah/ubat-ubatan tiruan (especially untuk pasaran US)

·         Kes ni especially utk warga pharmacist US. Pada satu tahun, depa penah claim USD500 juta dari Google, sebab para pembeli ubat sekitar US lebih cenderung utk membeli ubat-ubatan dari Canada secara online. Kira depa habaq mai yang depa loosing market dan depa pun claim yang derang ghisau ghimau yang ubatan-ubatan dari luaq tu x ori. Maklumlah, barang US jew yang ori. Pehh~

Ape SOPA ni effect kat hangpa?

Erm.. Senang citew, SOPA ni akan membuatkan Internet ni bukan macam yang kita pakai skarang. Kebebasan Internet akan terbantut dan terbantat (istilah orang buat kek yang x naik2) jika ia dikuat-kuasakan.  Sebagai contoh,  sesetengah agensi rangkaian pengiklanan dan kemudahan pembayan dalam talian (advertising network and online payment facilities) mungkin akan di barr (di sekat), enjin carian (seperti kitab Google) akan di barr dari menghubungkan hangpa dengan rangakaian diatas , malah ISP (internet service protocol) juga mungkin akan di block aksesnya ke web-web tertentu. (macam hangpa pakai internet kat library sekolah la, yang free tu. If korang masok FB kew, cari benda-benda yang xde kaitan dgn pelajaran, hangpa akan disekat).

Hehe~ Antara reason yang baik bagi perverts utk menentang SOPA !!

Jadi, sesetengah  website yang akan dijangka akan terjejas terok adelah seperti Amazon (derang da xley jual buku pdf secara online), agensi pekongsian data berbayar seperti filesonic, mediafire, filestube, getfile, filecrop (atau rakan-rakannya sepejuangan dia, yang ade korang bole pileh utk donload pakai yang free atau berbayar tu) , agensi seperti flicker, vimeo, dan YouTube- iye, tempat korang slalu tgk donload video tu, yang mana ade unsur-unsur  copyright tu-dalam lagu yang dipakai, atau video,atau gambar (any content) yang de dalam video tu akan ditapis , dan maybe korang boleh didakwa sebab mengupload bahan yang ade copyright.* (paham kew pe aku cakap?)

*ade keraguan dalam hal tersebut, sebab if ade unsur profit, baru derang bole dakwa. Ade la bias dea sket*

Ape yang teruknya ?

So, bila tapisan ni berlaku- internet punya kebebasan akan limited. Website seperti Wikileaks,Wikipedia, Youtube akan terjejas terok. Then,internet akan macam pointless. Hatta, email pon maybe xsecure- takut hangpa ada hantaq lagu ka, video ka as attachment kat awek hangpa- derang akan check and tgk email-email hangpa. Nak beli ebook “Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus “ untuk dibaca kat ipad 2 engkorang (dari amazon or online library) pon xley taw. Tangkap kunk ! Penjara 5 tahun kunk !

If law ni dilaksanakan di US , maka implikasi pada dunia kan besar. Hatta , seluruh dunia mungkin akan mengikut trend ini. Korang kenal x Napster?  Alah, yang dulu2 korang bole download and share any lagu (mp3) yang korang ade dengan seluruh dunia secara free tuw, dah diharamkan sebab copyright. So, same thing may happen to semua aplikasi internet yang korang ada. Suxx kan?

Generasi baru x taw ape menatang tu Napster. Yang penah kenal and penah pakai Napster ni taw la macam mana koolnya Napster di era itu.. "Terbaek" bak kata BoBoiBoy.

Nak lagi tau korang bole baca section 101 SOPA.. Aku baca pon aku panas tau.

Section 101 SOPA stated:

(A) the Internet site is used to provide goods or services to users located in the United States; 
(B) there is evidence that the Internet site or portion thereof is intended to offer or provide such goods and services (or) access to such goods and services (or) delivery of such goods and services to users located in the United States; 
(C) the Internet site or portion thereof does not contain reasonable measures to prevent such goods and services from being obtained in or delivered to the United States; and 
(D) any prices for goods and services are indicated or billed in the currency of the United States.

Gila pentingkan diri sendri en? Taw xpew.

Konklusi


Secara pendeknya, bila SOPA dikuatkuasakan, ia akan...

  • 1.       Beri kebebasan dan hak utk kerajaan (for now, US gov, later kita punya) sesebuah Negara untuk membelok (block/ bar) website asing.
  • 2.       Memberikan pemegang hakcipta (copyright holders) hak untuk menyaman/mendakwa pemilik & pengoperasi laman web yang menyokong pekongsian data.
  • 3.       Menjadikan pemuatnaik (uploader) yang mengupload  lagu,video,gambar atau sebarang data/maklumat yang dicopyright , satu kesalahan yang bole didakwa dan dibicarakan.
Faham dah ?

Aku harap la, entri ni akan memudahkan korang paham apekemenatang nye SOPA ni. Sejenis benda yang x best. Sangat x best. Payah sket nak paham. Tapi, jika hangpa sayangkan Internet hangpa, kebebasan bersuara (hidop-hidop.. MAHASISWA.. ceh, Adam Adli plak) , dan kebebasan individu (bukan seksualiti merdeka tahu,), hangpa perlu tambah pembacaan hangpa dan memahami knape kita harus merasa x seronok dengan SOPA.

Tapi.. Hangpa semua bertindak dan wat somethin’ bout it !

Gerakan anti-SOPA ni senanya dah agak lama, tapi kurang dapat perhatian, terutamanya dalam masyarakat kat Mesia ni.  Pada 18th Januari lepas, Wikipedia, BoingBoing, WordPress, TwitPic dah memboikot SOPA dengan memblackout website derang selama 24 jam. Mau bagi kesedaran pada kerajaan US dan masyarakat dunia.In fact, siap ade rally (demonstrasi aman ok, x ade insiden pecah-pecah klinik atau goncang-goncang pagar taw) lagi kat NYC untuk memboikot SOPA.

Mari berganding bahu menentang SOPA. Sebarkan !

Soalan nya, haruskan kita membenarkan beberapa kerat orang yang setuju dengan SOPA ni untuk control 7 billion orang lain di dunia ni jika pelaksaan akta ini diteruskan?

Dianggarkan, pada tahun 2015, lebih 80% penduduk dunia akan memiliki talipon bimbit pintar (termasuk kawan-kawan hangpa yang bercakap tepon guna bahasa Swahili di benua Afrika tu), dan punyai akses untuk dunia internet yang banyak ilmu dan info. Maukah hangpa evolusi penyebaran ilmu dan maklumat itu terbantut? Maw?

Mesti x mau kan?

Jadi,teruskan menyebarkan cerita tentang SOPA ini. Baca dan kongsikan artikel-artikel dan berita-berita , dan pergerakkan anti SOPA di kalangan masyarakat dan kawan-kawan anda. Biar ramai rakan-rakan kita yang sedar.
Bukan kene bayar pon..

Sebab personally bagi aku, pelaksanaan akta SOPA bukan lah cara yang mampu menghapuskan cetak rompak secara total,tapi ia mungkin akan mengundang masalah tersebut makin terok di masa depan. Kow guano?

"mai nak habaq mai kat hang, aku dengaq depa seluruh dunia pakat nak sokong kita, geng-geng pirate ni.. Ossem x?"- Parody Pirate of The Curry Bean.


Ni link yang baek utk tgk kempen menolak SOPA. Checkitowut !!



Wassalam.

Chao!