Showing posts with label nabi. Show all posts
Showing posts with label nabi. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Awek korang or bangkai anjing. Mana pilihan anda ?

A muslim touches and do kind stuff to dogs. Problem ?
Sedap kan jalan-jalan sambil pegang tangan balak korang? Rasa cam berejam-rejam genggam tangan balak tu, pun tak apa. Tak lenguh. Bagi awek-awek lain tahu yang balak hensem yang korang pegang tangan tu korang punya. Bagi depa jealous.

Syok kan bila korang usap-usap lembut rambut awek korang? Tolak rambut dia ke belakang telinga. Pastu letak tangan korang bawah dagu dia. Tekan lembut ibu jari korang kat bibir bawah dia yang lembab tu. Huuu~ Layan beb.

Nostalgik abes kan bila korang saling bersandaran atas bangku konkrit di taman sambil bergurau senda? Pastu ada adegan cubit-cubit manja. 

Ah, indahnya berkapel !!! Sape cakap kapel tak best, dia mati pucuk !

*****************************************************************************
Petang itu petang Sabtu.Di sebuah taman kelihatan Mamat, budak Melayu beragama Islam sedang menaiki motosikal yang baru pulang dari masjid selepas mengikuti kuliah agama selepas solat Asar. Dia masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan lengkap berkopiah. Mamat menikmati pemandangan indah di taman bunga itu. Tapi sayang, sayup di sudut-sudut taman itu terlihat pasangan muda-mudi yang sedang berpacaran.

“Owh.. esok hari Ahad. Ramai la keluar dating hari ini..”

Kerana berasa tak begitu selesa dengan pemandangan-pemandangan demikian, Mamat memutuskan untuk patah balik dan pulang ke rumah saja. Dia bukan kaki mengendap. Bukan kaki skodeng. Tak. Mamat punya perangai tak macam perangai korang yang tak berapa nak senonoh tu.

Baru saja Mamat buat u-turn untuk balik, tiba-tiba…

"Guk..guk...Kaing..kaing..kaing..."

Seekor anjing kelihatan tergolek di tengah jalan, baru saja dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju dan meninggalkan anjing itu begitu sahaja.

Mamat blurr. Dia di dalam dilemma, samada mahu menolong anjing itu, atau pun tidak. Anjing itu sepertinya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Anjing itu kan najis Mughallazah. Najis berat. Darah anjing pula tu. Ah.. Biarkan sajalah,” pikir Mamat.

Sanggupkah anda? Tepuk dada, tanya diri !

Mamat buat tak nampak saja kejadian itu. Lalu dia beredar dari tempat itu secepat mungkin. Tapi hatinya masih ragu-ragu dengan tindakannya itu. 

Mamat teringat cerita ustatnya bahawa terdapat seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Islam memang menyeru umatnya berbuat baik kepada semua bintang, termasuk anjing mahupun babi sekalipun.

“Walau anjing itu najis, tapi dia makhluk Allah juga. Aku harus menolongnya..” bisik hati kecil Mamat.

Mamat menghampiri anjing tersebut yang bergelimpangan di tepi jalan itu. Nyata anjing itu sudah mati dan menjadi bangkai. Mamat memegang anjing itu, dan membawanya ke tepi jalan untuk menanamnya.

Ternyata, tindakan mamat itu diperhatikan oleh sepasang kekasih yang berada di situ.

Awek: “Baby, tengok sana. Gila betul. Pakaian nya saja gaya orang beragama, tapi selamba aje pegang anjing tu..” (sambil berbisik ke telinga balaknya)

Balak: “Ye lah beb. Orang kita ni, kalau belajar agama banyak sangat pun, boleh jadi mereng (gila) juga. Patutnya, kurang-kurang pun berlapik la. Anjing tu kan najis. Jom kita gi ushar (tengok) di kejap, baby..”

Ada makna ke bertudung , tapi selamba badak je pegang-pegang yang bukan muhrim ? - Gambar Hiasan

Sambil berpegang tangan , pasangan kekasih itu menghampiri Mamat yang sedang menggali lubang untuk mengebumikan bangkai anjing tersebut.

Balak : “ Erm.. bang.. ini bangkai anjing, kan?”

Mamat: “ Bangkai anjing. Mati kena langgar tadi. Saya nak tanam..”

Awek: “ Tapi bang, anjing tu kan najis. Mana boleh pegang kalau tak pakai sarung tangan. Ada darah lagi..”

Mamat:  “Ah.. tak ada apa-apa la, kak. Bangkai ni Cuma najis. Bukan berdosa kalau pegang. Nanti saya samak (cuci) lah..”

Balak: “Bang, najis tetap najis. Abang ni kan belajar agama. Mana boleh main pegang-pegang bangkai anjing ni..”

Mamat terdiam seketika. Mahu mendigest apa yang pasangan kekasih tu mahu memberitahu dia. Sambil tersenyum.

Mamat: “ Akak, abang. Maaf ya. Saya tahu itu. Anjing ini mati dilanggar kereta. Jika semua orang membiarkan saja bangkai ini di tepi jalan hanya kerana ianya najis, nanti bangkai ini akan membusuk, mereput dan mengganggu lebih ramai orang. Lebih baik jika ada orang yang menanam bangkai ini. Lagipun , ia hanya najis dan tidak berdosa..”

Terang Mamat lagi,

“Bagi saya, LEBIH BAIK MEMEGANG NAJIS, DARI BERPEGANG TANGAN DENGAN BUKAN MAHRAM. Ustat saya cakap , sabda nabi: "Sesungguhnya kepala ditusuk dengan besi panas itu lebih baik daripada memegang lelaki / perempuan bukan mahram." (HR. Thabrani dan Baihaqi)

Muka awek dan balak tadi terus berubah. Tersengih seperti kerang rebus, dan akhirnya berlalu dari situ menahan malu, tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah berlalu sambil melepaskan pegangan tangan masing –masing.

Monokuro chan !!!


Again gua tanya ni.. Best kan pegang tangan balak / awek korang? Heh.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

This is Mejah, OUT !

(idea asal: internet. Gua olah semula ikut gaya gua. harap maklum)

Thursday, 4 October 2012

"Sengal"nya mentaliti masyarakat Malaysia : Satu kajian kes (Gangnam style)


Salam sejahtera dan salam satu Mesia.

Maskot totallymejah doing gangnam style. Hehehe~ (biasanya, gua asik gambar awek je gua letak, ye dak?)

For the record, gua bukan kaki K-Pop. Gua bukan peminat drama Korea yang banyak lelaki dia jambu dan suka menangis itu. Gua juga bukan lelaki yang suka tengok awek Korea yang cun macam anak patung menyanyi dan menari seragam dalam bahasa yang gua tak faham. Bukan orang yang menggunakan dana MARA atau duit PTPTN untuk membeli tiket konsert SuJu, T-Ara atau Bigbang. Dan of course, gua bukan seorang yang duduk bersimpuh atas meja study hingga berejam-jam melayan rancangan The Running Man.

Itu bukan gua. Tidak. Pemikiran dan mentaliti gua tak dijajah oleh awek-awek Korea. At least, belum lagi.

Dan gua menulis enrti kali ini bukanlah kerana gua suka sangat lagu Gangnam tu. Tipulah kalau gua cakap dalam fon gua xde lagu tersebut gua download. Ada. Cuma merasa terpanggil untuk meluahkan pendapat dan rasa supaya masyarakat Malaysia yang gua sayang ni, lebih berfikir dan matang bila berhadapan dengan khabar angin di internet or so called “rumors”.

Maybe isu asas dalam entry kali ni (Gangnam hina Islam ?) lewat sket- dah lapuk bak kata sesetengah orang. Tak panas. Masok angin. Tapi xpelah, sebab Gangnam tu bukan benda asas yang ingin gua ketengahkan. Gangnam tu hanya menjadi platform utk gua meluahkan pendapat dan pandangan gua.

Yang menjadi asas utama yang ingin gua ketengahkan adalah cara rakyat Malaysia bertindak balas dengan cerita yang dibawa oleh angin- “rumors”,  yang x berasas, yang mereka x kaji, x teliti tetapi pakai telan dan sebar tanpa sebarang unsur periksa.

Harus diingat, ini bukan sekali gua bercakap tentang isu mentality masyarakat Mesia ni- dari kes pengharaman Starbucks  kerana gelatin babi dan arak rum dalam keknya,kisah mamat Bangladesh jatuh & mati dalam tangki kilang Coca-cola, teori lelaki curang ber IQ rendah, peristiwa STOP KONY 2012 sehinggalah kes ini -  Gangnam menghina Islam.

Okeyh, STP (straight to the point), baru-baru ni gua baru balik dari berlayar- almost 6 bulan di laut. So, dalam sebulan sebelum gua balik, masyarakat dunia tengah hangat dilanda demam Gangnam. Sehinggalah gua balik (mid of Sept 12), and gua investigate, barulah gua taw apa sebenarnya Gangnam style itu. Kira gua tak up to date sangat la pasal Gangnam ni. 

Kejap, korang taw tak apa yang gua tengah citew ni? Infact, nenek gua kat Kampung Dewa Beta Hilir kat Kelantan pun taw apebenda fenomena Gangnam ni. Jgn gitaw gua korang tak taw pulak. Xpe. Yang xpenah taw ape tu Gangnam style, sila layan video bawah ni.

Gangnam style- lagu dan tarian tangan bersilang gaya ala-ala koboi naik kuda kepang. Ah, naik kuda. Bukan kuda kepang.

Baru jew gua nak layan Gangnam style tu, ada plak kazen gua cakap “benda tu haram bang, Gangnam tu bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”,”. Gua tepuk dahi. Gua tanya dia balik, “Sape cakap?”. Dia jawab.Internet,”. Gua senyum. Betul lah dia ni tipikal Malaysian. Senang betul percaya pada khabar kat internet. Gua tak salahkan dia. Maybe sebab masyarakat sekeliling dia pun macam tu juga.

Gua pon bukak  FB. Dan seperti yang diberitakan, memang ada makhluk2 yang pakat menyebar “fitnah” bekenaan. Gua tepuk dahi lagi sebab ramai pulak yang share gambar tu. Mengarut betul. Gua investigate lagi, mencari terdapatkah blog-blog atau orang yang menafikan berita palsu tu.Dan nasib baik, tak semua masyarakat Malaysia jahil dalam isu ini- mungkin mereka sebahagian peminat-peminat K-Pop yang ingin mempertahankan “kesucian K-pop" yang mereka minat bagai tu,atau sekadar rakyat Mesia yang seperti gua merasa terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Tapi tak kisah lah, kerana mereka tahu, sudah terlalu banyak penipuan di zaman sekarang dan mereka bangkit untuk menegur apa yang tidak tepat, salah,tak berasas atau ringkasnya cerita-cerita “karut”.

This is wot Im talking about. See, I not going to blame the person who created this  "nonsense" first, but I blame those insolent people who irresponsibly spread this s*** out.  Gila publisiti maybe.

Okeyh. Sila teliti fakta-fakta yang ingin diutarakan.

Auta 1: Oppa Gangnam Style Bermaksud  “Saya ingin menjadi Yahudi laknatullah

Fakta 1: Oppa Gangnam Style secara ringkasnya bermaksud “Abang, stail (cara) Gangnam”

Okey. Apa tu Gangnam Style ? Penah tanya Uncle Google dak? Tak pernah? Takpe. Bagi gua cerita. Dari apa yang Makcik Wikipedia bagitaw gua, Gangnam adalah sebuah area di bandar raya Seoul, ibu negara Koria. Specialnya area Gangnam ni adelah kerana area tersebut adalah area masyarakat yang tinggi taraf hidupnya (classy lifestyle).


Ni lah gambar banda raya Seoul, area Gangnam, baq hang !

So, terma “Gangnam style” tu merujuk kepada cara hidup mewah mereka-mereka yang tinggal di area Gangnam. Dan sekonyong-konyongnya menolak dakwaan yang “Oppa Gangnam Style” kunun-kunun nya bermaksud “Saya nak jadi Yahudi”

Tulusnya, lagu ini menceritakan tentang gaya hidup warga Gangnam yang mewah dan menyeru agar mereka tidak mencari "kekayaan palsu". Camtu la lebih kurang intipati lagu ni. Faham?

Maka, sesiapa yang percaya pada dakwaan "Saya nak jadi Yahudi" tersebut,bolehlah anda ketegeorikan diri anda sebagai “Bangang”. Hahaha. Sori. Guraw jew. But, yeah. Truth hurts. Jika anda percaya, anda banganglah jawabnya.

So, if korang tannak dilebel “bangang”, so next time bila ada rumors di internet,sila check seadanya ke“valid”an info tersebut okay?  Heh.

Sapa percaya dan sapa sebar dan still percaya benda ni, anda memang sengal !

Auta 2: Mempersendakan Burroq dan Silang Tangan Sebagai Salib .

Fakta 2: Ni lagilah karut. Camne gua nak eksplain ni. Erm.. Okey. Dari penelitian gua,dari segi direct translation liriknya, xde pon  perkataan  Burroq (binatang tunggangan Nabi Muhammad SAW) dalam lirik lagu tersebut. Dan logiknya, jika anda naik kuda pun, kalau kuda tu laju, adekah dengan menyilang tangan (gaya PSY) itu akan membuatkan pegangan pada tali kuda makin kuat? Tidak ! Honestly, a human with a working brain inside his/her head wouldn’t think so, unless they are born retarded!

Isu tangan silang sebagai salib? Pure nonsense! Perlukah gua mengulas? Bak kata seorang mamat dari satu blog (Oh Tidak! Blog), beliau menyatakan:

“Abis, otroman (Ultraman) pun buat silang tangan ko nak kata apa? Otromen agen Kristian? Otromen hina Islam? Otromen pencacai Kristian?”
(terribly sorry for my Christian friend who may read this, I’m just quoting what the man said).


Extract from Oh, Tidak ! Blog. Bawah ada link untuk baca kisah penuh perdebatan ini !
Klaka kan? Then, there are some insolent people who defend their statements regarding the issue. Menyedihkan.  Huh~

Gua secara jujurnya tidak faham bagaimana masyarakat Mesia ini berfikir dan bertindak balas terhadap “rumors” ini. Kenapa mereka kurang pemikiran inkuiri untuk menyelidik dan perasaan ingin tahu. Kenapa mereka tak sekurang-kurangnya, berfikiran seperti gua? Padahal,gua orang Kelantan , negeri yang dilebel sebagai "negeri paling mundur" dan tak berapa maju. Duduk pulak di hujung negari nun, bersempadan dengan Siam. Gua hidup dalam family yang sederhana. Masa membesar tak pernah kenal ASTRO pun. Sekolah pun sekolah kampung saja- yang mana murid satu kelas sampai 50 orang. Petang-petang, bila gua ponteng kelas agama, gua akan pergi menangguk ikan laga dalam parit- bukannya ralit bermain Gameboy Color, PS X atau bermain kad Pokemon. Kampung nya hidup gua. Gua tak membesar dalam keadaan demikian.

Persoalannya, mengapa rakyat Mesia hari ini, yang rata-rata cerdik pandai dan hidup dalam keadaan yang serba moden dan lebih baik dari gua, tidak mampu untuk mentafsir segala informasi yang  disuap kepada mereka? Mengapa mereka tidak merasa terpanggil untuk bertanya kepada diri mereka sendiri,

Betulkah apa yang diceritakan oleh internet/orang ini?”

“Apa kata , kita kaji dulu informasi ini sebelum kita sebarkan kepada awam?”

“ Terdapatkah sumber-sumber lain yang dapat kita periksa untuk mengesahkan maklumat ini (multiple resources, not only from one)?”

Pokoknya, asal isu itu hangat dan popular, mereka akan terus menyebarkannya – dengan mindset, jika mereka menyebar rumors itu, mereka seorang yang up to date dikalangan masyarakat sekeliling mereka. Lebih-lebih lagi jika rumors itu adalah bersangkutan dengan agama dan akidah yang mereka anuti. Semua pakat sebar pakai SMS,BBM, Twitter dan sebar melalui email dan Fesbuk.

Gua sedar bahawa masyarakat Malaysia memang penyanyang dan perihatin. Gua hargai dan hormati nilai itu, cuma kadang2 gua harap masyarakat Mesia ni lebih berhati-hati dalam menyebebar dan mempercayai rumors yang sekadar didengar di mulut atau yang terbaca di internet. Dan berwaspadalah dalam menyebar info yang anda dapat. Bukan percaya dan sebar secara buta-buta saja “rumors” tersebut, bukan hanya pasal Gangnam ini, tapi juga hal-hal lain.

You may think that by only changing your own perception alone on seeing things is just a small effort, but cumulatively, it will bring a greater impact on our society in the future. And it all starts from you.

Anda mungkin fikir yang dengan hanya menukar persepsi anda sendirian dalam melihat kedalam sesuatu perkara hanyalah usaha yang kecil, tetapi secara kumulatifnya (terkumpul), ia akan memberi satu impak yang lebih besar untuk masyarakat kita di masa akan datang. Dan ia bermula dengan anda.

Keep spreading the words and ideas to the one you love and care.

Semoga bangsa Malaysia takkan menjadi bangsa yang jahil tukil , bangang dan mudah diperbodoh-bodohkan di masa akan datang.

Terima kasih.

This is Mejah. Out.

If you guys can excuse me, gua nak gi layan Parody “Super Kampung Style” kejap. Heh .

Comelnya Hunny Madu tersebut.. Owh.. Owh.. 

Here's your link for reference, TQ~

P/S- Sori lah bahasa kasar sket. Harap maaf . Dan harap korang dapat poin yang gua nak ketengahkan. Segala komen dialu-alukan. Trimas.