Owh Suki. Apasal you tak kawin dengan I? Owh.. Owh.. :(
“ Awak. Saya ada stalk ex awak. Tengokkan profile picture
kat FB dia tu, kalau bukan tunang, maybe dia dah kawin..”
“ Jah. Ko ingat lagi
tak awek ko kat matrix dulu? Yang mana satu? Si XXXX tu la. Saje nak gitaw. Dia
dah bertunang..”
“ Dear Mejah. Just want to tell you I’ve just gave birth of
my first baby. It’s a boy. If you free, you can visit me at XXXXX. Don’t forget
the Ferrari stroller that you promised me before. Hahaha. Hope you akan dapat
cari pengganti I secepat mungkin. InsyAllah..”
Satu demi satu ex aku dah berjaya dalam hidup. I mean, berjaya
kearah hidup berkeluarga- either da bertunang, berkahwin or dah selamat
melahirkan anak kalau tak satu, sedozen dua. Yang tinggal sorang, still single,
teruna (uhuk-uhuk) dan bujang trang tang tang adelah aku.
Dari segi kuantiti, dah berapa orang perempuan pernah
singgah jadi permaisuri kat dalam hati aku ni sejak 5 tahun lepas. If dalam
hati aku tu ade kerusi untuk permaisuri, kerusi tu dah jadi bak kerusi kat bus
stop, dimana orang duduk berisilih ganti. Kejap-kejap tukar orang. Kejap-kejap
tukar orang.
Rasa cam legasi ex aku ni macam pengurus-pengurus team
Chelsea pun ada jugak- dari zaman Claudio Renieri,Mourinho, Grant, Scolari, Wilkins,
Hiddink, Ancelloti, AVB, Matteo, Benitez, sampai lah ke era Mourinho balik, jumlah
perempuan yang pernah jadi pacar aku lebih ramai dari itu, or lebih kurang tu
jumlahnya. Tapi jangan pulak cakap aku penyokong Chelsea-aku penyokong tegar Arsene
Wenger dan Arsenal. Baka setia punya orang. Lots of exs? No. Its not a record that I'm proud of.
Lagasi manager Chelsea yang pernah berkhidmat bawah Abrahamovic bagi tempoh 13 tahun. Ex aku lagi ramai dari ni in 5 years time. Choi.
Apa? Aku tukar-tukar awek sebab aku tak setia?
Hello. Dalam semua relationship aku, setelah aku back dated
dan kaji balik, aku tak pernah pasang dua. Tidak sama sekali. Nehi. No. Dok, dalam
slang member aku daerah Jeli dan Gua Musang. Berapa kali aku nak ulang? Aku
setia punya orang. Profesional dalam berpacaran.
Betul. Aku dah bekerjaya. Tak berhutang dengan PTPTN. Tak de
hutang dengan FaMa. Dah jatuh hukum harus kahwin dah sebab dah mampu tanggung
anak orang . Kadang-kadang bila jalan-jalan tengok awek cun sikit, rasa dah
cecah tahap wajib kawin pun ade jugak, tapi berjaya gagahkan diri dari godaan
setan mata dengan cara dan kaedah tertentu. Berzikir ke contohnya. Aish.
Dah berkali-kali jugak orang-orang yang berumur (tak boleh
cakap tua, nanti derang terasa hati) duduk tanya aku, “bila mau kawin?”. Dah
jadi cam soalan dalam past years question dah. Siap offer calon lagi, tapi aku dengan
sopan cakap aku tak sedia lagi. Kadang-kadang aku just senyum tanpa cakap
ape-ape.
Pathethic. Yes. I. Am.
Tapi, bagi aku personally, kadang-kadang aku putuskan
sesuatu relationship tu bersebab. Bukan sebab aku ade awek lain. Tapi sebab aku
rasa- she’s not the one that I need.
Camne aku boleh bagi hujah tu? Sebab bila aku tengok balik
ex-ex aku-either aku ingat or ingat-ingat lupa or dah lupa terus dalam otak aku
ni, semuanya cantik-cantik belaka.Buktinya, lepas break up dengan aku, semua
ada jodoh masing-masing. Susur galur ex
aku banyak- dari yang kategori “mantop”, kategori hitam manis, kategori putih,
mulus dan gebu. Macam-macam. Tapi, at the end of the day, aku faham yang rupa
is not everything.
Tipulah kalau aku cakap time aku pergi stadium tengok bola
aku tak pandang amoi pakai seluar pendek pakai jersi sendat. Terliur jugak aku
tengok. Bukan tak tengok langsung; itu kalau aku mati pucuk or gay, memang
logik la! But takde la meleleh macam awek tengok iklan Cristiano Ronaldo makan
ayam Kepsi. Choi!
Sedap emmm.... Ah.. Ayam Kepsim i mean.. Ehem..
Betul. Aku tak pernah cakap aku ni bukan beautilistic- terma
yang aku gunakan bagi jantan yang suka perempuan based on look, tapi cantik
semata-mata tak cukup bagi aku. Sape tak nak bini yang cantik dan sedap mata
memandang? Sebab rupa tulah yang akan menemani aku tatkala aku bangun tido untuk
next 50 years, tu pun kalau umur aku sempat cecah 80 dan tak bercerai. Mana boleh
aku tak cerewet tang rupa!
The truth is, aku tak
ade jodoh lagi sebab aku kerap diketemukan dengan perempuan-perempuan yang aku
rasa tak kena dengan aku. Tak paham jiwa aku. Sebagai contoh, ade sorang ex aku
yang rupa cun, terer masak, kemas rumah, blaja power- tapi terlalu manja,
mengada-ngada dan drama queen. Reject.
Ade pulak cun, mantop, menggiurkan, tapi masa depan dia aku tak nampak. Aku memang cukup concern bab-bab masa depan ni, sebab masa depan
dia adalah masa depan aku jugak if dia jadi bini aku. Silap-silap hutang PTPTN
dia pun aku kena tanggung, berat nanang. Reject.
Ade pulak yang boleh tahan lawa, pandai, gagah,kacak, ade
masa depan. Tapi kasar sangat. Nanti dia pulak yang karate aku lepas kawin.
Reject.
Aku mencari kesempurnaan? Yes I do. Why? Sebab bila dia dah jadi bini
aku, dosa-dosa dia, adik ipar dia, dosa anak-anak dia, semua jatuh atas aku!
Aku tanggung wei. Aku tidaklah warak, tapi kalau problem, aku jugak nak
menjawab nanti. Mana boleh koksey kokdam. Selama-lamanya kawin tu. Bukan macam
couple. Gado sikit brekap. Gado sikit brekap. Aku ni, tak gadoh pun brekap.
Dah, camno?
But mengenangkan kata kata candy-crush aku, jangan ghisau
ghimau. Jodoh tu pasti. Sooner or later ade la tu. Kadang-kadang ia datang
tanpa kita duga. Aku simpan conversation aku dengan dia dalam hati. Inspiratione.
Dia pun da nak kawin da. Ape ni?
No, I don’t need to push the panic button. Not yet. Still
enjoying singlehood life. Tak tipu !
Apa?
“Being single do make you feel good. But doesn’t make you
feel right” ?
BUSSSIT! *ludah pada statement atas*
Poligami? Tuhan cakap. Bukan aku cakap. Choi.
Aku hanya mampu berdoa. Moga Tuhan ampuni dosa-dosa aku,
terutamanya pada ex-ex aku, dan temukan aku dengan bakal bini-bini yang baik.
Eh , aku sebut “bakal bini-bini” ke tadi?
Betul la tu. Aku tak salah sebut. Hiksss..
p/s:yang mana terasa hati, terguris perasaan, aku mintak maaf. I'm sorry I'm not perfect. Aku tak boleh nak puaskan hati semua orang. :(
[ Makluman ] <Entry ini telah ditambah sedikit sebanyak oleh Mejah sendiri sebab ada beberapa orang komen entri kali ni isi tak banyak.Tak cukup. Tak puas. So, trimas atas teguran ikhlas anda,Mejah dah tambah siket-siket dari pandangan Mejah (tulisan gua kaler Hijau, gitu!). Harap anda berpuas hati. And to Cik Yaya, jgn kecik hati. U've done a good job. Tq~>
Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it !
Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi
pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan
seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula,
seorang wanita. Boleh dikatakan, Yaya
ni macam alter ego Mejah la. Chewah.
Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah
tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek
Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu
melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan
pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.
Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya
sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason
Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap
dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas
rindu menulis blog.
Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat
entri kali ni. Hehehe~
Yaya Menulis:Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The
Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)
Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem.
Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering
disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes
sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.
Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan
di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window
shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah
seorang mamat yang menegur kawan Yaya.
Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas
bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat
yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan
Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan
Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.
So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window
shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun
rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya.
Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .
The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~
Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu,
tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF
mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai
10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.
Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan
minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In
fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.
“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop
gila.” - kawan Yaya
Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa
kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda.
Buntu. Memikirkan beberapa perkara.
“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”
“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”
“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak?
Nenek? ”
Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat
(tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ).
Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali
pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya
mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why
bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.
"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan.
Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia
keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar
satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,
“You.. Balak tadi tu
handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”
But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex
Mejah tu.
“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF
awak?”
Sebab.. Mejah tak hensem pun. <--Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.
Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya
tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB
atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh
diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia
mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar
mengedit gambar! Hehehe~
Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format
totallymejah, SnS(Short n Simple).
·Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~
Sejujurnya, rata-rata pasangan yang Yaya perhatikan, tak
semua macam tu.So gejala Beauty and The Beast ni,bagi Yaya masih pada kadar
yang normal dan masih terkawal. Biasanya, Yaya lebih suka tengok pasangan yang dah berkahwin,
kerana bagi Yaya,pasangan bercouple tu bukannya jaminan. Couple budak-budak zaman
sekarang hanyalah trend. Dan Yaya yakin, jika Yaya tanya budak-budak muda yang
sedang berkepit sana sini tu, rata-rata akan cakap yang dia orang tak pasti
sama ada mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau tidak. Masih
mentah dan tak matang lagi. Infact, topap pun pakai duit PTPTN atau duit mak
bapak, apatah lagi merancang dengan lebih jauh tentang masa depan.
Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty
and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu. Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan
sama-sama buruk. Macam Yaya, sama cantik
dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’
Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan.
Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal
rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah
pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan
mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak
berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis
playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak
seberapa itu.
Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang
rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih
pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka
pentingkan.
Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami
yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang
semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang
belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua
jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage,
mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di
masa hadapan.
Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch !
Mereka kembali pada basic :Beauty is only a skin deep and doesn’t
last forever.
Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu
dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan
mereka cerah.
Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab
rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang
tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni.Sweetalker
bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent
akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.
And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat
special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal
/ basketball, skill yang tahap gaban
dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan
bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam
bidang masakan. Get it?
Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana?
Then,again. Another good reason is because, lain orang ,
lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the
beholder”. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di
mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si
Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but
bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak
lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
Conclusion
Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam
masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la
kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend
dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri
sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu
sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu
pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh
lagi cun dan lawa? Hentikanlah .
"Will you love me , even with my darkside?"
Darkside- Kelly Clarkson.
.:: Jap Yaya. Mejah Nak Menambah ::.
Jangan cakap korang deny benda ni la. Coz aku pun camtu. Tapi, kalu korang tak skeptikel cam gelagat tukang masak kat atas, gua salut korang! Hup-Hup !
Personally, bagi Mejah- beauty is not everything. Coz, gua ada travel ke sebahagian tempat dalam dunia ni dan jumpa macam-macam orang. Semua manusia dijadikan Tuhan cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Cuma , sejak kecik, kita dididik yang cantik dan handsome itu adalah model. Yang gojes dan cun itu penyanyi, pelakon. Sampaikan, ada minah tu cakap kat gua, dia diet dan nak kuruskan badan dia kaw-kaw semata-mata sebab nak jadi model. Gua tanya dia, apa sebab dia nak jadi model. Dia hanya cakap, sebab model tu orang yang lawa-lawa. Dan semua perempuan nak jadi model. Gua diam. Tak cakap apa-apa. Sebab gua tak nak bergadoh dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia. Yang minah tu tak tahu, gua pun ada kawan yang jadi model. Model iklan syampoo kereta sebetulnya. Dan dia jadi model syampoo tu pun sebab nasib dia baik. Sebab dia tak lawa pun.(Bagi gua la, kan?) Tapi da rezeki dia, kan? Tokey syampoo keta tu suka tengok senyuman dia. Biarlah. Gua bangga ada kawan model syampoo keta. Heh. The point is, cantik atau handsome nya kita, tak bermakna jika orang yang kita sayang tu, tengok kita dan rasa nak tapak-tapak muka kita dengan kaki dia. Pointless. Tak kisah la korang selawa dan seseksi Rosie Huntington-Whiteley (alah, makwe Transformers yang baru tu)sekalipun, tak bermakna kalau balak korang tak lalu nak tengok anda.
Rosie Huntington : Pergh.. meleleh beb.. Da la cun.. Speaking slang British.. Model VS plak tu,.. Owh.. Owh..
Baik korang muka biasa-biasa saja, tapi bila suami/ orang yang sayang anda tengok korang, derang rasa nak belai , nak pelok dan nak sayang korang, kan? Bukan gua nak cakap, semua orang kena jadi buruk dan tak lawa/hensem, tapi kalau korang rasa korang tak lawa /tak hensem, tak bermakna korang harus merendah diri. Tidak. Perangai tu kena jaga. Mulut tu lazer(sarcasm)skali skala takpe, tapi jangan mulut hudoh (a.k.a mulut takde lesen dalam memburuk dan membusukkan orang). Janganlah orang kutuk; "Perangai sama buruk dengan muka" or "Harap muka je lawa,perangai epic fail" or "dah la perasan comel, mulut pulak longkang". Sebab, gua pernah jumpa dan bergaul spesis-spesis ni; yang perasan cun dan mulut tak berlapik bila marah- yang buatkan gua pikir, baik tak payah ada bini lawa tapi perangai dan mulut hampeh. Apa guna kita cun, tapi sebab perangai kita yang tak berapa munasabah tu, orang tak respect pada kita. Kan?
Avatar Cik Fatt ; Flaunder the Fish. Comel. Hik hik.
Bak kata Cik Fatt, sorang member gua, dea cakap- Quote:
"Ye la..dari mne wujud perkataan ugly? Hodoh...tu sume rekaan mnusia sejagat...
Sbb mata diorang x brknan..terus ckp hodoh
N d fact is..God creates each of u beautifully in His eyes..spe kite nk ckp..Hodoh~"
Unquote: Tentang bab yang si Fatt tules kat atas tu,korang pikirla sendiri. Memasing da besar, kan? Takkan nak jadi cam budak Emaresem- nak kena suap segala benda. Bagi Mejah,dalam bab Beauty and The Beast ni, biarlah derang tak lawa. Tak sekufu dalam bab paras rupa ni, tapi bila derang bersama, derang bahagia. BA-HA-GI-YA. Paham? Derang happy. Masa depan derang terjamin. Gua lagi happy lagu tu. Kalu dapat yang cun, yang handsome sebagai pasangan hidup tu, kira bonus la. Syukur. Sebab yang penting, kebahagiaan- sekarang dan masa depan yang tyerjamin.Janji dapat restu ayah ibu. Baru berkat perkahwinan tersebut. Insyallah. .:: Mejah habis tambah, back to Yaya ::.
Sebagai akhir kata, Yaya nak share something yang Mejah
tulis di status Wassap dia,
“True love is the ability to love some1 just the way they
are and at the same time, the ability to admit own mistake and weakness”
“Cinta sejati adalah kemampuan untuk menyintai seseorang dengan
sekadar siapa dia dan pada masa yang sama, kemampuan untuk mengakui kesalahan
dan kelemahan diri sendiri”
So. Korang rasa korang
nak boyfriend/girlfriend yang lagi handsome/lawa dari yang sekarang? Cuba take a step back, and think, korang cantik dan lawa sangat ke sebenarnya? Bersyukurlah ada orang yang sayang
korang dengan sepenuh jiwa tu. Jangan menyesal di kemudian hari.
"If you left your lover because you found someone better than
him/her, that person you found MAY left you afterwards for someone who are
better than you. It’s karma."
Remember that. It happened to Yaya before. Hehehe~
Thanks tau sebab sudi baca tulisan Yaya.
Yaya
Salam sayang.
This is Yaya. Muaahkz. <3
P/s-memang betul, rupa taklah penting. Bak kata mak, hati yang
suci dan murni memang sukar dicari. Tapi, sanggupkan anda menatap rupa
suami/isteri yang tak berapa kacak/cantik setiap kali anda bangun tidur untuk
next 30 to 40 years after anda kahwin? Tepuk dada, tanya selera!