Showing posts with label awek tak cun. Show all posts
Showing posts with label awek tak cun. Show all posts

Wednesday, 23 December 2015

TotallyMejah: Kisah Awek Cun Dalam LRT (Sebuah Hipotesis)

Untuk rekod, aku memang selalu naik kenderaan awam. Lagi-lagi jika aku ke KL. Bukan sebab tak mampu berkereta sendiri atau malu naik kapcai, cuma aku memang blurr kalau diberi peluang bawak kereta di KL. Jalan bersimpang siur, terlepas exit, nah tambah lagi 20km kau kena pusing balik or guna jalan jauh.

Lagi satu sebab, kesedaran sivik di jalan raya warga KL ni tak ramai yang setinggi atau lebih tinggi dari aku.

Masuk simpang tak bagi signal, buang sampai ikut tingkap, potong que macam dia sorang je yang bayar cukai jalan, tak beri laluan pada VVIP (eh?) dan tak hormati pengguna jalan raya yang lain. Lu nak potong que, gua bagi jalan, angkat la tangan sikit. Tanda terima kasih. Bukan kena bayar pun.

Silap-silap hari bulan, kalau kereta aku bercium mulut dengan kereta depa sebab salah depa sendiri, aku juga yang kena hentak dengan steering lock. Lagi-lagi kalau orang tu bawak kereta Peranchis cap burung dan bekerja sebagai perunding majlis perkahwinan. Kah.

Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku naik teksi. Tapi, aku sengaja tak nak. Naik teksi di KL ni leceh banyak kalau bukan naik teksi kupon. Hakikatnya, hukum kalau naik teksi di KL ni “pemandunya sentiasa benar”. Tak kiralah sama ada kau nego dengan dia tambang teksi ataunak pakai meter, harga yang dia letak tu takkan jadi lebih rendah, malah kadang-kadang lagi tinggi dek depa dah ubai suai meter.

Lagi mengarut kalau kau masuk je dalam teksi tu, si pemandu tu start bukak topik politik. Kalau sessi ceramah politik tu disertakan dengan secawan dua kopi, okeylah juga. Ini habuk pun tarak. Ibarat irama dan lagu, mana boleh pisahkan cerita politik, kutuk kerajaan tanpa pembasahan anak tekak dengan kopi, mas! Hilang seri! Itu fasal lah orang politik ni tak boleh survive kalau tak ada kedai kopi atau coffee house.

Grabcar? MyTeksi? Uber? Entahlah. Aku bukan IT savvy kinda guy. Tak reti benda-benda alah tu. Ah, WhatsApp aku pun jarang aku jeling sejak mula hidup bersendirian ni. Kadang-kadang orang terpaksa call aku supaya aku check WhatsApp. Fikir-fikir balik, ada baiknya aku pakai telefon cikai yang berharga RM30 dekat Pasar Karat Chowkit. Bateri pun tahan lama.

Jujurnya, aku suka naik LRT. Biarlah harga tambang akan naik tahun depan pun. Bukan sebab banyak memori keluar berdating dengan ex aku dengan naik LRT, tapi banyak benda yang aku belajar. Tentang ragam orang, tentang himpit-himpitan, tentang senggol-senggolan, tentang yang cukup sifat tapi pura-pura buta dan rabun duduk di seat OKU dan sebagainya.



Tapi itu semua bukan perkara pokok yang aku nak highlight kali ni. Perkara yang aku rasa seronok nak sentuh adalah kenapa pemandangan (dan bau) dalam koc LRT tu berbeza benar waktu orang nak pergi kerja dan waktu balik dari kerja. Yang pasti, dalam perjalanan pergi, bertaburan wajah-wajah yang manis, comey, cun dan lawa. Bagaimanapun, semasa balik, keadaannya lain benar. Nak cari yang sedap mata memandang tu memang payah. Yang ada pun, sayup-sayup dalam seorang dua. Yang banyak adalah yang rupa mak budak. Mana pergi semua yang lawa-lawa pagi tadi? Berkemah di tempat kerja kah?

Kawan aku mempunyai pendapat sendiri tentang hal ini. Katanya, “Masa pergi kerja lain bro, masing-masing masih segar bugar, baru lepas pasang badan, jadi naiklah serinya. Waktu balik, tubuh dah hilang letih. Tak ada mood. Maybe kena marah dengan boss lagi. Kau tahulah, orang perempuan ni, bila tak ada mood, ibu ayam pun tak berani nak tengok..”

Itu aku faham. Budak yang tak mumayyiz pun tahu perkara tu. Yang aku tak faham, mana perginya yang lawa-lawa, cun meleleh-leleh yang aku tengok pagi tadi? Mana?

“Itu bab lain. Yang cun-cun, lawa-lawa, mantop-mantop ni lain. Saham depa tinggi. Depa berpeluang dapat boyfriend yang berkemampuan. So, bila habis waktu bekerja, masing-masing boyfriend datang jemput..”

Habis tu, time pagi, time pergi kerja, kenapa depa tak berhantar pula?

“Waktu pagi selalunya singkat. Lecehlah kalau si boyfriend tu nak jemput aweknya, hantar pergi kerja dan bergegas masuk ofis depa pulak. Waktu habis kerja lain, lepas jemput boleh singgah mana-mana dulu. Makan burger bakar abang Burn ke, singgah Baskin Robbin ke.. boleh rehat-rehat.. boleh ringan-ringan..”

Owh pulak. Okay.

“Ada lagi satu sebab…” tambah dia.

“Most of the case, time awek tu pergi kerja, dia dibiarkan pergi kerja sendiri sebab si boyfriendnya aku tugasan lain..”

Tugasan apa pulak?

“Hantar bini dia. Hantar anak dia pergi sekolah. Aku pun buat macam tu jugak, Mejah. Masa aku pergi kerja, aku hantar bini aku. Masa aku balik, aku jemput awek. Bergilir-gilir la. Bini aku balik sendiri..”


Aku terdiam. Dan kini, faham lah aku kenapa banyak isteri orang yang cantik-cantik dibiarkan balik sendirian.

Yelah, takkan korang nak tengok aku angkut bini orang yang lawa-lawa hantar depa balik rumah pulak!

This is Mejah. Out.

Wednesday, 24 October 2012

Bebelan Yaya: Sindrom Balak Handsome, Awek Tak Cun & Awek Cun , Balak Tak Handsome


Salam sejahtera.

[ Makluman ]

<Entry ini telah ditambah sedikit sebanyak oleh Mejah sendiri sebab ada beberapa orang komen entri kali ni isi tak banyak.Tak cukup. Tak puas. So, trimas atas teguran ikhlas anda,Mejah dah tambah siket-siket dari pandangan Mejah (tulisan gua kaler Hijau, gitu!). Harap anda berpuas hati. And to Cik Yaya, jgn kecik hati. U've done a good job. Tq~>

Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it !

Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula, seorang wanita.  Boleh dikatakan, Yaya ni  macam alter ego Mejah la. Chewah.

Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.

Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas rindu menulis blog.

Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat entri kali ni. Hehehe~

Enjoy !!

****************************************************************

Yaya Menulis: Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)

Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem.

Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.

Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah seorang mamat yang menegur kawan Yaya.

Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.

So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya. Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .

The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~

Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu, tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai 10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.

Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.

“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop gila.” kawan Yaya

Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda. Buntu.  Memikirkan beberapa perkara.

“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”

“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”

“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak? Nenek? ”

Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat (tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ). Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.

"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan.

Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,

 “You.. Balak tadi tu handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”

But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex Mejah tu.

“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF awak?”

Sebab.. Mejah tak hensem pun. <-- Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.

Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar mengedit gambar! Hehehe~

Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format totallymejah, SnS (Short n Simple).

  • ·      Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~

Sejujurnya, rata-rata pasangan yang Yaya perhatikan, tak semua macam tu.So gejala Beauty and The Beast ni,bagi Yaya masih pada kadar yang normal dan masih terkawal. Biasanya, Yaya lebih suka tengok pasangan yang dah berkahwin, kerana bagi Yaya,pasangan bercouple tu bukannya jaminan. Couple budak-budak zaman sekarang hanyalah trend. Dan Yaya yakin, jika Yaya tanya budak-budak muda yang sedang berkepit sana sini tu, rata-rata akan cakap yang dia orang tak pasti sama ada mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau tidak. Masih mentah dan tak matang lagi. Infact, topap pun pakai duit PTPTN atau duit mak bapak, apatah lagi merancang dengan lebih jauh tentang masa depan.

Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu.  Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan sama-sama  buruk. Macam Yaya, sama cantik dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’

  • Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan.


Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak seberapa itu. 

Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka pentingkan.

Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage, mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di masa hadapan.

Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam  Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch !

Mereka kembali pada basic : Beauty is only a skin deep and doesn’t last forever.

Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan mereka cerah.

Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni. Sweetalker bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.

And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal / basketball, skill yang tahap  gaban dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam bidang masakan. Get it?

Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana?
Then,again. Another good reason is because, lain orang , lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the beholder. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
  • Conclusion

Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh lagi cun dan lawa? Hentikanlah .


"Will you love me , even with my darkside?"
Darkside- Kelly Clarkson.



.:: Jap Yaya. Mejah Nak Menambah ::.

Jangan cakap korang deny benda ni la. Coz aku pun camtu. Tapi, kalu korang tak  skeptikel cam  gelagat tukang masak kat atas, gua salut korang! Hup-Hup !

Personally, bagi Mejah- beauty is not everything. Coz, gua ada travel ke sebahagian tempat dalam dunia ni dan jumpa macam-macam orang. Semua manusia dijadikan Tuhan cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Cuma , sejak kecik, kita dididik yang cantik dan handsome itu adalah model. Yang gojes dan cun itu penyanyi, pelakon. 

Sampaikan, ada minah tu cakap kat gua, dia diet dan nak kuruskan badan dia kaw-kaw semata-mata sebab nak jadi model. Gua tanya dia, apa sebab dia nak jadi model. Dia hanya cakap, sebab model tu orang yang lawa-lawa. Dan semua perempuan nak jadi model. Gua diam. Tak cakap apa-apa. Sebab gua tak nak bergadoh dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia.

Yang minah tu tak tahu, gua pun ada kawan yang jadi model. Model iklan syampoo kereta sebetulnya. Dan dia jadi model syampoo tu pun sebab nasib dia baik. Sebab dia tak lawa pun.(Bagi gua la, kan?) Tapi da rezeki dia, kan? Tokey syampoo keta tu suka tengok senyuman dia. Biarlah. Gua bangga ada kawan model syampoo keta. Heh.

The point is, cantik atau handsome nya kita, tak bermakna jika orang yang kita sayang tu, tengok kita dan rasa nak tapak-tapak muka kita dengan kaki dia. Pointless. Tak kisah la korang selawa dan seseksi Rosie Huntington-Whiteley (alah, makwe Transformers yang baru tu) sekalipun, tak bermakna kalau balak korang tak lalu nak tengok anda. 

Rosie Huntington : Pergh.. meleleh beb.. Da la cun.. Speaking slang British.. Model VS plak tu,.. Owh.. Owh..

Baik korang muka biasa-biasa saja, tapi bila suami/ orang yang sayang anda tengok korang, derang rasa nak belai , nak pelok dan nak sayang korang, kan? Bukan gua nak cakap, semua orang kena jadi buruk dan tak lawa/hensem, tapi kalau korang rasa korang tak lawa /tak hensem, tak bermakna korang harus merendah diri. Tidak. Perangai tu kena jaga. Mulut tu lazer (sarcasm) skali skala takpe, tapi jangan mulut hudoh (a.k.a mulut takde lesen dalam memburuk dan membusukkan orang).

Janganlah orang kutuk; "Perangai sama buruk dengan muka" or "Harap muka je lawa,perangai epic fail" or "dah la perasan comel, mulut pulak longkang". Sebab, gua pernah jumpa dan bergaul spesis-spesis ni; yang perasan cun dan mulut tak berlapik bila marah- yang buatkan gua pikir, baik tak payah ada bini lawa tapi perangai dan mulut hampeh. Apa guna kita cun, tapi sebab perangai kita yang tak berapa munasabah tu, orang tak respect pada kita. Kan?

Avatar Cik Fatt ; Flaunder the Fish.  Comel. Hik hik.

Bak kata Cik Fatt, sorang member gua, dea cakap-

Quote:


"Ye la..dari mne wujud perkataan ugly? Hodoh...tu sume rekaan mnusia sejagat...
Sbb mata diorang x brknan..terus ckp hodoh
N d fact is..God creates each of u beautifully in His eyes..spe kite nk ckp..Hodoh~"


Unquote:

Tentang bab yang si Fatt tules kat atas tu,korang pikirla sendiri. Memasing da besar, kan? Takkan nak jadi cam budak Emaresem- nak kena suap segala benda.

Bagi Mejah,dalam bab Beauty and The Beast ni, biarlah derang tak lawa. Tak sekufu dalam bab paras rupa ni, tapi bila derang bersama, derang bahagiaBA-HA-GI-YA. Paham? Derang happy. Masa depan derang terjamin. Gua lagi happy lagu tu. 

Kalu dapat yang cun, yang handsome sebagai pasangan hidup tu, kira bonus la. Syukur. Sebab yang penting, kebahagiaan- sekarang dan masa depan yang tyerjamin.Janji dapat restu ayah ibu. Baru berkat perkahwinan tersebut. Insyallah.

.:: Mejah habis tambah, back to Yaya ::.



Sebagai akhir kata, Yaya nak share something yang Mejah tulis di status Wassap dia,

“True love is the ability to love some1 just the way they are and at the same time, the ability to admit own mistake and weakness

“Cinta sejati adalah kemampuan untuk menyintai seseorang dengan sekadar siapa dia dan pada masa yang sama, kemampuan untuk mengakui kesalahan dan kelemahan diri sendiri”

So. Korang rasa korang  nak boyfriend/girlfriend yang lagi handsome/lawa dari yang sekarang? Cuba take a step back, and think, korang cantik dan lawa sangat ke sebenarnya? Bersyukurlah ada orang yang sayang korang dengan sepenuh jiwa tu. Jangan menyesal di kemudian hari.

"If you left your lover because you found someone better than him/her, that person you found MAY left you afterwards for someone who are better than you. It’s karma."

Remember that. It happened to Yaya before. Hehehe~

Thanks tau sebab sudi baca tulisan Yaya.

Yaya

Salam sayang.

This is Yaya. Muaahkz. <3


P/s- memang betul, rupa taklah penting. Bak kata mak, hati yang suci dan murni memang sukar dicari. Tapi, sanggupkan anda menatap rupa suami/isteri yang tak berapa kacak/cantik setiap kali anda bangun tidur untuk next 30 to 40 years after anda kahwin? Tepuk dada, tanya selera!


·