Sunday, 16 March 2014

ABK: Saya Rindukan Karipap, Awak

Hari tu gua rasa lain macam. Dalam 20 kali jugak gua dok main lock-unlock phone gua sambil bersandar pada kerusi malas. Resah. Rasa tak seronok. Rasa serba tak kena. Korang boleh bayang tak?

Sejujurnya, benak gua sedang menimbangkan sesuatu secara serius:

Perlu ke gua hubungi Ifarra?

Ye, IFARRA. Korang tak salah baca. Dan korang tak salah ingat. Dia ex gua yang gua pernah anggap kekasih awal dan akhir tu. Yang gua pernah habiskan masa bercinta bertahun-tahun tu.  Alah, ex gua yang lorat nak commit suicide lepas gua break dengan dia tu. Takkan korang tak ingat?

Cantiknya BCG awak! *gambar hiasan* Tak perlu berspekulasi.

Tak. Tak. Bukan awek Indon tu. Bukan. Itu heroin dalam cerita lain tu. Apa? Neelofa? Aish. Bukan! Yang tu awek gua yang skarang. Eh?

Tak ingat, tak pe. Sebab, tak penting pun. Cuma, gua ada SATU SOALAN yang gua harus tanya dia dan gua harap dia boleh jawab dengan jujur. Satu soalan yang bila sampai je ke satu tarikh tu saban tahun, sebetulnya tarikh hari jadi dia, soalan tu akan mula menghantui  hidup gua.

Sesal jugak gua. Selama gua kapel dengan Ifarra bertahun-tahun, gua tak tertanyakan soalan tu.Bukan sebab takut.  Sebab gua risau takut dia salah faham. Time tu kan gua tengah sayang Ifarra bagai nak rak. Takkan gua nak tengok dia sedih pulak?

Gua finally decide. Lantak la. Malu atau tidak, mahu atau tak, gua harus swipe ikon butang hijau di skrin telefon bimbit gua tu. Besar moments ni bagi gua sebab ini soal maruah yang gua perjudikan. Maruah seorang lelaki berbaka ego. Namun, walaupun agak cliché, untuk kesekian kalinya gua rendahkan ego gua pada Ifarra.

“toot-toot”

Sayup-sayup kedengaran bunyi talipon gua menghubungi talipon Ifarra. Huh. Gua ingat sang mantan gua yang sorang ni dah block number gua, rupanya belum lagi. Merdunya bunyi “toot-toot” tersebut, ibarat intro lagu “Plug-In-Baby nyanyian MUSE” bermain-main di minda gua. Dalam dada gua ni, toksah cakap la. Dup-dap-dup-dap macam bunyi kuda lari. Kanaling sungguh!

“Kenaling” tu apa? Ce tanya member korang yang nombor IC tengah derang “03”. Aish! Kurang vocabulary sungguh!

“Hah.. Hello..”

Satu suara yang seperti baru lepas menelan air liur kedengaran di talian. Ya. Gua cam sungguh suara tu. Suara tu milik Ifarra, dengan intonasi yang agak garang. Intonasi yang sama masa kitorang gaduh masa dia dapat tahu yang gua keluar tengok wayang cerita Ombak Rindu dengan awek lain. Nada ancaman. Nada keras. Nada sebelum dia mula memaki.

“Hai.. Cik Ifarra tengah busy ke?”

Soal gua. Pendek.

“ I call u ni sebab, I nak tanya you something..”

Sambung  gua sebelum sempat Ifarra menjawab soalan pertama.

“Tak. Tak busy. Amende kau nak tahu?”

Wow. Kasarnya. Gua ni dah cukup gentlemen membahasakan kan diri “I” dengan “You”, cakap lemah lembut ibarat kelapa jelly yang awek Vietnam jual kat Chowkit, dia dengan sekonyong-konyongnya menempelak gua dengan “amende kau nak tahu?”.

Memang patutla ko jadi ex.

Takpe. Soal ego tu gua ketepikan dulu. Pijaklah kalau kau rasa kau nak pijak. Ada soalan yang gua perlu tanya dia. Gua teguk air liur. Gua sambung.

“You ingat tak , masa kita mula-mula jumpa dulu? Our first date?  You datang pakai baju blaus kaler pink cair, seluar jeans biru dengan kasut converse kaler silver. I mintak you datang jumpa I dekat ToyRUs Midvalley. Pastu I tanya you dah makan ke belum. You cakap belum sebab you tak breakfast lagi. You cakap masa you keluar pagi tadi, makcik  yang selalu berniaga nasi lemak depan rumah you dah tak berniaga sebab dia balik Siam. Then you cakap sorry sebab lambat sampai 2 jam. Ade problem dengan kucing you. You kena kurung dan bagi makan kucing you makan dulu sebelum you keluar. Then sebab you rasa bersalah nak tipu I, you ngaku yang you pegi toilet lama sebab nak betulkan rambut you. You keluar rumah pakai tudung, before you jumpa I  you sengaja bukak. You ingat tak?

Soal gua pada Ifarra, kali ini dengan nada yang selembut sentuhan pelembut pakaian Downy.

“Ye . Aku ingat..”

Balas Ifarra pendek. Dingin. Masih berhati batu.

“Kemudian I cakap tak ape. Then I bawak you pegi makan Wak Donald, sebab I tak nak you lapar. Masa tu orang ramai, sebab lunch hour. So, I suroh you duduk dulu, booking tempat duduk. Biar I yang beratur untuk you. Before that, I belikan you eskrim Wak Donald. Perisa vanilla sebab you cakap you tak suka perisa coklat. I beli supaya you bley makan dulu eskrim tu sebelum order sampai. Tak nak you pengsan. Lagipun cuaca hari tu kan panas..”

Gua sambung. Perlahan-lahan gua keluarkan memori tu dari otak gua. Satu persatu gua bentang depan Ifarra.

“ Yes. I remember that..”

Respons Ifarra. Dah cakap Mat Salleh da. Nada suara makin lembut.

“Then, you bisik kat I yang you nak makan Dabel Cheese Burger. You tak cakap pun nak yang regular or saiz besar. Tapi sebab I tahu you tengah lapar I belikan you set besar. Nak you makan. Tak nak you lapar. Then masa you tengah makan,bagitahu I yang  you suka potong extra cheese layer tu untuk makan kemudian. You cakap you suka makan cheese Wak Donald tu. So I amek cheese dari  beger I, I potong and I kasi you. Awalnya,you cakap you tak nak tapi lepas I pujuk you, you makan jugak cheese tu..”

Perlahan-lahan memori makan beger di kedai makan pro-Yahudi gua putarkan kembali dalam benak Ifarra. Memori tu gua susun balik, cuba buat dia ingat setiap benda kecik yang berlaku time tu. Every little thing matters.

“Then, kita pergi tengok wayang dengn tiket yang I da beli online. Couple seat. Panggung no.3. Seat number .. 3 dgn 4,  row C if I not mistaken. You try check balik since you kan simpan semua tiket-tiket wayang yang kita pergi tengok. You cakap you suka simpan tiket wayang macam Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu tu. Memory bagi you. But, time tu bukan cerita Ombak Rindu, time tu cerita RED. Kita tengok cerita tu sebab malam sebelumnya you cakap you suka tengok Bruce Willis. Walaupun mamat tu botak dan dah tua, you cakap you suka. Correct me if I’m wrong..”

Slowly-slowly gua introduce scene tengok wayang pertama kitorang pada Ifarra. Sebutir-sebutir details gua baca pada dia. Bagi dia ingat balik, kot-kot dia terlupa.

“ Yes.. betul.. I.. remember..”

Jawab Ifarra. Dengan suara tersekat-sekat. Teresak-esak. Da start crack la tu.

“Then bila wayang tu habis, kita jalan keluar. Masa tu I cakap kat you, yang dalam wayang tadi sejuk, I nak je pegang tangan you tapi I malu. You plak cakap you pun nak pegang tangan I, tapi you pun malu. Then, I immediately hold your hand for the very first time as we walked. Then, kita berhenti dekat satu taman tu. Kita duduk kat bangku . When suddenly you cakap you baru teringat you ada tapau kuih-muih..”

“Ada kuih Seri Muka, Kuih Lapis dengan karipap kentang. And sebab I tengah lapar time tu, I makan dengan penuh perasaan. You pulak duduk gelakkan I sebab you cakap I nampak bersungguh sangat makan.You remember all that?”

Sambung gua.

“Hisk-hisk..Yes.. Yes.. I remember.. Hisk..”

Kali ini , kedengaran dia menjawab dalam tangisan. Ya, Ifarra sudah mula menangis!

“ Cik Ifarra, I have one question. Tolong jawab dengan jujur..”

Terang gua. Nada sehabis serius. Berbekalkan kecekalan dan kudrat yang masih gua ada. Gua traik nafas gua sehabis dalam sebelum gua tanya Ifarra soalan yang dah lama gua pendam sekian lama.

*

*

*

*

*

“ Kuih karipap tu sedap. Dekat mana you beli kuih karipap kentang tu ye?”



_________________________________________________________________________

Salam Satu Mesia.

Hari ni ringkas saja.

Peace Yawwww~

1) Saje melepas rindu berblog. Saje nak gembirakan korang since peristiwa keghaiban MH370 dah memuramkan kite semua, ditambah dgn cerita jerebu dan cerita remaja Melayu Islam madi overdose dadah di FMFA. Fiksyen semata-mata. Xde kena mengena dgn yg hidup or yang sudah meninggal donia.
2) Gua baw balik dari bercuti. So, gua dah sunburn sgt dah ni. Hew hew.
3) Gua still single, erti kata lain, belom kawin. So, yang mana nak masuk meminang gua dipersilakan. (Awek sahaja).
4) Satu je pinta gua. Doakan lah MH370. Semoga mereka selamat. Berhentilah mengkritik. Berhentilah meyalahkan org. Berhentilah berspekulasi. Teruskan percaya dan berdoa.

Sori la sebab sekarang dah kurang sengat dalam menulis. 

Tu je. Kbai!

#prayforMH370

This is Mejah. Out.

p/s: Yaya kim salam kat semua. Nyebok betol.



Friday, 14 February 2014

ABK : Sebuah Pengakhiran



When I fall, I fall hard. Very Hard. "


Petang tadi aku ke pantai. Bukan untuk makan keropok ikan dan bebola ikan celup tepung panas-panas sambil minum air kelapa muda. Bukan untuk bermain layang-layang dengan riang yang aku selalu buat tu. Juga bukan untuk mengushar anak dara orang mandi-manda. Tidak.  Aku bukan pervert meskipun aku ni jenis baka subur lagi menyuburkan. Jauh sekali aku ni gay.

Malam semalam, sedang aku ralit bermain game Flappy Bird, telefon aku berdering, sayup-sayup mendendangkan lagu tema cerita Pokemon. Aku melihat caller ID. Azalea, pacar aku dari negara seberang itu. Aku mencebik bibir. Dah agak lama aku tak berhubungan dengan dia sejak aku pulang dari luar negeri. Malas sebenarnya. Aku lebih suka buat hal aku sendiri.

“Halo.  Kompleks Imigresen Putrajaya, boleh saya bantu?” sapa aku di talian, seperti receptionist bertauliah kerajaan. Bergurau.

Biarpun aku malas, namun kena tunjuk yang aku ini masih bernafsu untuk melayan si Azalea ni berbual. Tak gentlemen la if aku layan dia macam nak tak hendak je. Bersusah payah dia call aku, tak kan nak cakap elok-elok pun tak boleh, kan?

“Waduh! Maafin saya , pak! Tersalah tekan nombornya !” balas Azalea di panggilan, kaget. Slanga Indonesia dia dah banyak berubah. Mungkin sebab rata-rata kawan dia orang semenanjung. Bagus juga tu. Nasib baik dia tak bertutur dengan pelat Terengganu, memandangkan kawan baik dia, si Stacy tu awek Gannu.

Aku tergelak seketika. Tak sangka dia masih lurus bendul macam first time aku mula kenal dia dulu. Masih innocent. Masih mudah untuk diperdaya. Masih “Azalea.”

“..Mas..” bisiknya halus. Dia cam yang di talian telefon itu adalah aku dari bunyi gelak aku tadi.Suaranya yang lembut bagai burung tekukur baru belajar nak berjalan itu buatkan aku tertelan air liur seteguk dua. Dah sekian lama juga tak ada insan yang bernama perempuan memanggil aku dengan nada sebegitu. Yang paling hampir pun baru-baru ni, itupun bapuk berbadan sasa dekat area Brickfields. Dekat dua hari juga aku tak selera makan mengingatkan insiden bapuk tegur dan bagi flying kiss dekat aku. Cis!

“Sudah lama Lea tak mendengar bunyi mas gelak,”

“Mas sudah pulang ya? Gak beritahu sama Lea,” kata dia.

“Lea tunggu mas pulang. Khabarnya hujung bulan tiga. Awal ya..”, ngadu dia lagi tanpa sempat aku jawap. Sayu nadanya.

Iwo Peyek- Iwo Peyek~ : JOZAN

“Lea. Mejah baru saja pulang ke Malaysia. Belum pun sampei seminggu. Lagipun, masih banyak kerjaan yang masih belum beres..”pujuk aku, setelah otak aku meliar mencari alasan. Gaya bahasa Indon aku tak ubah macam Johan dalam program “Lawak ke Der” musim ke 2.

“Maaf ya,Lea. Mas gak mahu Lea kaget. Lea apa kabar? Sudah makan? Study ok?” sambung aku dengan alasan mahu menukar topic perbualan. Soalan ditambah dengan soalan. Mengalih perhatian Azalea. Skill komunikasi  yang memang efektif bila berhadapan dengan perempuan.

“Barangkali, mas sudah gak ingat sama Lea lagi..”, tuduhnya meliar pada aku.

“Waduh.. Mana pantas mas melupain Lea ! Gak pantas, dong !” pantas aku memotong cakapnya dengan slang Indon aku yang kurang mejadi. Lantaklah, asal Azalea tahu yang aku bukan sengaja melupakan dia.

“Ha ha.. Mas.. Lucu banget.. Gak perlu ikut Lea bicara bahasa Indonesia. Tutur bahasa Malaysia juga Lea bisa faham..” Balas Azalea dalam nada gelak.

“Asalkan bukan bahasa Kelantan, Lea bisa faham!”, senda Azalea.

Kami sama-sama tergelak. Perlahan-lahan memori perhubungan antara aku dan Azalea menerjah masuk ke benak fikiran aku, terutamanya tragedi  malam krismas 3 tahun yang lepas. Indahnya waktu itu. Ehem.

“Mas.. Benarnya Lea perlu banget ketemu Mas.. Ada benda penting yang Lea mahu bicara sama Mas..”, tutur Azalea memecahkan keriuhan gelak tawa sesama kami. Dan dari nadanya yang sebegitu, aku tahu Azalea sedang serius.

Aku terdiam seketika. Seingat aku dua bulan lepas, dia ada mengirimkan aku beberapa e-mail. E-mail itu mengajak aku berjumpa dia namun aku berikan alasan aku masih sibuk bekerja. Kali ini, mahu atau tidak aku harus berhadapan dengan Azalea.

“Baik..,”jawab aku dengan nada malas. Aku seolah-olah dapat merasakan yang hari yang aku aku takutkan selama ini, bakal muncul.


 ***********************************************************

“You, we need to stop doing this.”

Aku renung dia. Ya, aku dengar setiap suku kata yang Azalea ucapkan tadi. Aku bukan tuli. Tidak. Tapi telinga aku seolah-olah pekak. Dan aku tahu apa yang aku lakukan adalah salah. Tapi payah untuk aku berhenti.

Suasana di kedai ayam panggang mat salleh di Alamanda itu seakan-akan lengang. Biarpun terdapat manusia-manusia lain di kedai itu,bagi aku hanya ada aku dan Azalea sahaja. Aku mahu menatap mata Azalea sedalam-dalamnya.

Sape penah makan kat cawangan ni? Angket tgn !!

Gadis seberang berkulit sawo matang bermata bundar yang itu hanya tunduk membisu. Masing-masing diam. Yang mana hanya meja aku dan dia saja aku rasakan pegun dan benda-benda lain di sekeliling ku rasakan masih bergerak.
Hanya ruang kecil aku dan Azalea saja yang seolah olah terkurung dalam ruang masa kami sendiri. Tersekat. Tidak berlalu. Berhenti. Sunyi.

Azalea mengalihkan pandangan dia dari aku. Tak sanggup dia menatap mata aku tatkala mata dia mula berkaca. Raut wajah cantik gadis seberang itu sudah berubah menjadi amat suram. Tak pernah aku melihat wajah dia semuram itu.

“Lea sudah bilang sama Mejah. Sudah janji.Yang Mejah akan jadi pacar Lea hingga Lea benar-benar jumpa orang lain. Mana mungkin bisa kita mungkir, mas!”

Dia memulakan bicara hatinya. Mahu aku berhenti dari terus berhubungan dengan dia. Mungkin kerana dia sudah menjumpai lelaki yang boleh membahagiakan dia sepenuhnya.

“Tapi, Lea. Lea tahukan, masa Mejah berjanji dengan Lea tu, Mejah masih bersama Ifarra. Mana bisa Mejah menjadi pacar ke dua nya. Kini Ifarra sudah tiada…”

Bisik aku lembut, cuba memujuk Azalea dengan menghempap segala kesalahan aku kepada sang mantan aku itu, sambil tangan aku menyisir lembut rambut hitam Azalea ke belakang telinga kirinya. Dia pernah beritahu aku, dia selesa diperlakukan begitu.

“You. Please stop. It’s not about her. In fact, it's never about her. It’s about what we have promised. We need to stop.”

Aku terdiam mendengar kata Azalea. Jarang benar dia berbahasa Inggeris dengan aku. Biarpun bercampur slanga Indon bercampur grammatical error, aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Tangannya tangkas menangkis tangan aku.Tak rela dirinya disentuh aku ketika itu.

“Mas, Lea ajak Mas ketemu sama Lea hari ini, untuk beritahu Mas yang Lea sudah punya pacar yang baru..”

“Famili Lea yang carikan untuk Lea. Sebetulnya wasiat arwah papa Lea. Lea ngak bisa mungkirin.”

Arwah? Wasiat? Bila masa ayah Azalea ni mati?

“Usah terkejut, mas. Arwah papa Lea meninggal sewaktu mas masih belum pulang. Lea gak pernah beritahu mas. Dan pacar Lea yang sekarang ini yang banyak membantu family Lea di seberang sesudah papa Lea meninggal.”

Nada suara Azalea makin sebak. Suaranya yang lancar tadi sudah mula tersekat-sekat. Pilu. Air mata jernih Azalea mulai membasahi pipinya yang putih mulus itu.

“Mas.. Lepaskan Lea pergi, ya.. ini bukan pinta hati Lea sendiri. Tapi, Lea sudah pikirin. Ini terbaik untuk kita berdua..,”

Tangan aku digengam erat oleh dia. Dia memandang aku dengan dua mata bundarnya yang cantik itu sambil mendambakan jawapan. Aku tunduk. Tak sanggup bertentang mata dengannya. Tak mampu berkata apa-apa.

Sungguh. Seumur hidup aku, tak pernah ada soalan yang tak mampu aku jawab. Tak pernah aku merasa begitu lemah semasa berhadapan dengan makhluk yang dipanggil perempuan. Tak pernah aku gagal dalam memujuk golongan yang mudah termakan kata-kata manis itu.

Buat pertama kalinya dalam hidup aku setelah aku benar-benar kenal perempuan, lidah aku kelu. Tiada respons yang mampu aku beri pada dia. Blank. Blur.

Mungkin ini pengakhiran bagi aku dan Azalea.

Aku bangkit dari kerusi meninggalkan Azalea  sambil diiringi bunyi tangisan teresak-esak. Suara tangis gadis dari seberang itu akan terus melekat dalam benak kepala aku. Mungkin sampai hari esok. Mungkin sampai bulan depan. Mungkin sampai aku kena kambus dengan tanah.

Selamat tinggal, Azalea. Lelaki ini sudah tewas.

Aku doakan yang terbaik untuk kamu.


*********************************************************** 

 Salam Satu Mesia.


Orait! 

Bagasi yang menemani gua balik tempoh hari. :3

Mejah baw balik Mesia ni. Hari ni baw genap seminggu ! *yeay*


So, ade mase sket, gua update la siri ABK ni. Saje je, ni sume fiksyen. Takde yang betul pun. *uhuk-uhuk*.


Anyway, thanks sebab sudi baca and hipe you guys enjoy reading it. Sorry la if power kureng sket, da lama x menulis. And enty ni pon senanya dah lama siap - dalam last year, cuma Mejah x sempat nak update.


Moral of the story kali ni, erm.. adelah.. "jangan kasi harapan pada orang, if kita xberapa nak serious sesuatu dalam perhubungan..". And, cinta kontrak ni kekadang buleh menjadi cinta yang betul. So, beware.


Yang mana baru kawen tu, Mejah ucapkan Selamat Pengantin Baru ! Ye lah, Baw ni Mejah ade balik Mesia. Ade readers yang baw kawin tu, ramai. Member-member Mejah pun ramai yang baw kawen recently.


Apa? Mejah akan kawin bila?


Bhahahahahahaha~


Kita tunggu dan lihat, ok? Korang doa-doakan lah. Sayang korang.


This is Mejah.


Out.

Sunday, 24 November 2013

S.U.N.D.A.L



Sundal  [sun.dal]

1. tidak elok kelakuannya (bkn perempuan), jahat, lacur: kau memang gatal, ~; 2. perempuan lacur, perempuan jalang; ~ bolong sj hantu puntianak, langsuir; bersundal, menyundal menjadi sundal (bkn perempuan), menjadi pelacur, melacur; mempersundalkan menyebabkan atau me­maksa (seseorang) menjadi sundal atau perempuan lacur; persundalan perihal bersundal (menyundal), pelacuran.

-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Online.

Gambar hiasan. Tak de kena mengena pun. Heh,
 
“ Eh, abang. Saya mintak burger ayam biasa je. Bukan burger ayam special. Siap ada keju dengan daging bungkus telor lagi tu..”


“ Takpelah dik. Kira abang belanja kali ni. Lain kali, adik datang lah sini lagi. Nah, burger adik..”


“Hee.. Terima kasih  abang. Berapa harga semua ni?”


“ Semua sekali, lima hinggit tujuh posen dik. Harga naik sikit sebab kerajaan dah kurangkan subsidi..”


“Alamak bang. Sorry sangat-sangat. Saya bawak cukup-cukup je . Alaa.. Saya bawak lima ringgit je ni..(nada merayu-rayu dengan wajah iras2 watak kucing Antonio Banderas dalam cerita Shrek)”


“Oh. Kalu camtu takpelah dik. Lima ringgit pun dah okey dah. Adik cun punya pasal, ape hal sangat la tujuh posen tu. Asal jangan mintak free, abang bole kasi la. Boleh nego punya..”


“Owh. Ye ke? Terima kasih abang. Hew hew..”



Salam satu Mesia.

Okey, gua nak tanya dan nak korang jawab dengan tulus. Dah berapa kali korang terdengar perbualan yang bertemakan perkara yang sama dengan tema  di atas? Kalau bukan scene kedai burger, mungkin scene- scene kat tempat lain,mungkin dalam drama TV. 

Ce angkat tangan, gua nak bilang.Okeyh. Ramai.


Isunya, perempuan sering mendapat keistimewaan tertentu bila berhubungan dengan kaum adam. Lebih-lebih lagi perempuan yang cun, yang comey ,yang mantop, yang Anzalna, yang Neelofa. Tapi pekara pokoknya, dia itu seorang perempuan.

Juga berapa ramai yang berani mengakui yang di tempat derang bekerja, ada watak perempuan yang boleh tahan cunnya tapi tak berapa power, kurang cekap  dan tak terer (even tak reti sekalipun) dalam melakukan pekerjaan derang, but at the end of the day, watak perempuan itu juga yang mudah dapat promotion dan dapat kenaikan gaji. Watak itu juga yang disenangi dan di layan dengan baik oleh bos-bos mahupun rakan sekerja dia.

Sape akui benda ni pernah jadi kat derang. Ce angkat tangan sekali lagi. Gua nak bilang. 

Okey. Terima kasih. Boleh jatuhkan  tangan dan sambung baca.

Or korang ada ingat tak, waktu korang gi interview untuk kerjaya yang langsung tak de kena mengena dengan paras rupa,contohnya kerja operator talipon untuk Telekom atau Happy Mobile , korang  perasan tak, yang  awek dengan rupa yang boleh tahan, cukup inci bodinya, peluang untuk dia mendapat kerja adalah jauh lebih tinggi berbanding awek yang tak berapa nak cun, even awek jenis yang kedua tu lebih berkelayakan dan ada pengalaman.

Belum cukup dengan itu,isu paras rupa ni juga turut melibatkan bidang kemasyarakatan termsuklah dalam bab-bab kekeluargaan. Sebab,bukan sekali dua, malah berkali-kali juga gua dengar keluhan few member gua yang mendakwa , derang tak menjadi anak feveret parents derang hanya sebab derang tak berapa nak cantik compare dengan adik-beradik dia yang lain.

It’s sad. But, that’s the ugly truth.

Contoh mudah digest lain:

Sebab dia perempuan, dia tak payah buat kerja berat. Even sama-sama kerja kilang, jawatan sama, bayar gaji pun sama.

Sebab dia cun, dia naik mudah pangkat. Even minah tu tak tahu buat kerja.
Sebab dia lawa, tokey kedai tu bole kasi special price. Even gua yang regular customer pun haram nak dapat.

Sebab dia cantik, abang polis trafik tu kasi lepas -- Ye, sebab dia cantik dan merayu-rayu dekat abam polis tu untuk  tak disaman. Last-last dapat warning je.  “Lain kali, adik bawak keta slow sikit ya. Abang polis takut adik kemalangan..”  Choi!!!

Boleh baca tak permainan dia? Boleh? Bagus. Korang memang bijak.

Hipotesis Gua:

Dalam semua contoh-contoh yang gua nukilkan dekat atas tu, gua nak simpulkan satu je dekat sini:

Rupa tu amat-amat-amat-amat penting bagi seorang perempuan. Semakin lawa seorang perempuan itu, masa depan dia makin cerah- lebih-lebih lagi yang mana boleh bergaul dengan orang, berpelajaran dan boleh bawak diri sendiri.

 Ehem..  Bagi lelaki gua malas nak cerita. Sebab bukan satu dua, malah bersepah makhluk yang berkromosom sama dengan gua yang menjadi kesayangan ramai (family, bosses, masyarakat, orang kampung),  even derang tak berapa nak kacak mana.

Why it happen (Kenapa ia berlaku) ?

Sedar tak sedar,memang sejak kita kecik , kita dah dididik untuk “menghormati” kaum wanita. Dan bagi gua ia tak salah. Maka terbitlah istilah-istilah “gentleman”, “ladies first” , anti-chauvinist, seksis, feminism dan tak lupa juga frasa ayat , “kasi can la, dia awek kowt”. Lagi-lagi pada wanita yang cun, sebab perasaan “menghormati” tu selalu bercampur baur dengan  perasaan “sayang” , “kasih”, “cinta”, “wo ai ni”, “ai shiteru” dan sebagainya.

Iya . Iya. Gua akui. Wanita adalah kaum yang lemah. Kaum yang harus dibela. Di bentuk dari rusuk kiri lelaki, yang hampir dengan hati untuk disayangi dan dekat dengan tangan untuk dilindungi. Perempuan tak sekuat lelaki. Ada kerja-kerja berat  lelaki yang perempuan tak bley buat. Iya. Gua paham.

Kata member gua yang kerja dengan kerajaan dalambab beri tender ni, kalu negotiator  sesebuah syarikat tu lawa, peluang syarikat tu nak dapat tender tu tinggi. Or bila ada awek cun dalam opis, kaum2 Adam akan lebih bersemangat nak kerja. The working atmosphere becomes different. Produktiviti syarikat naik. Budak-budak bujang nak gi kerja pun tak de lah liat sangat. See? Ada guna “kecantikan” anugerah Tuhan tu.

Tapi, yang gua concern sekarang adalah orang-orang perempuan yang sengaja menyalah gunakan “asset” pada diri mereka untuk melindungi kepentingan diri mereka sendiri.

Kecantikan diri mereka itu menjadi alat atau bantu loncatan untuk mereka naik ke atas.

Adakah ia masalah?

Tidak . Pada awalnya tidak. 

Dah memang Tuhan jadikan dia selawa Nora Danish dalam iklan sabun pencuci sebelum dia menjanda dan secomel Lisa Surihari dalam iklam Pampers wanita sebelum dia kawin. Dan memang hukum alam semua orang suka tengok rupa yang indah. Gua pun camtu jugak. Lelaki mana yang cakap dia “tak memilih kecantikan rupa, tapi melihat kecantikan hati” tu, gua declare dia mati pucuk.

Cuma, terdapat golongan yang “rupa je lawa, tapi perangai buruk”, yang turut menggunakan kelebihan-kelebihan mereka itu bukan untuk kepentingan diri sendiri saja, malah untuk menjatuhkan orang lain.  Kadang-kala, walau si cantik tu dok buat hal dia tapi tak kacau orang lain sekalipun, mungkin akan timbul rasa cemburu dan dengki dalam hati orang-orang sekeliling mula timbul, ekoran layanan istimewa yang tak derang dapat.

Contoh mudah, korang sama-sama kerja kilang dengan sorang minah cun ni. Dia hari-hari dok “menyundal” dan main kenyit-kenyit mata dengan “supervisa” korang. Tak lama kemudian, minah tu dapat promotion or naik gaji, even korang kerja kat situ lagi lama dari minah tu. Tak hangin satu badan ke korang?

Or bak kata member gua, sebab minah tu lawa, apa yang minah tu cakap , orang lain semua percaya. Semua yang member gua yang tak berapa nak cun tu cakap, semua yang dia cakap sepatah haram pun orang lain tak dengar. Walau, si minah cun tu menipu. Tapi sebab dia lawa, orang percaya sama dia.

Lantaran, mereka-mereka inilah yang gua rujuk sebagai “sundal”, even secara fizikalnya, derang tak berkongsi katil,tilam, selimut,bantal, gula-gula getah mahupun straw dengan bos-bos derang. 

Pedas? Terasa la tu.

Maksud tersirap bandung.

Dalam gua dok membebel dari atas sampai bawah, and sampai dah penat korang baca, satu je fakta yang tersirat yang gua nak bagitahu;

“we are living in a MALE dominated world”.

Yes. “Male” dominated world. You read it right.

Itulah punca kenapa semua ini berlaku. Itulah kebenaran pahit yang perempuan-perempuan kat luar sana, yang sedang membaca tulisan ini harus akui. Itulah yang gua cuba nak sampaikan.

Sebab, gua tengok ramai perempuan yang bermati-matian nak jadi cantik. Berhabis duit beribu ringgit beli air aura white bagai. Beli jamu ‘Cantik Tak Kak Ton’. Buat breast implant. Cocok botox. Suntik stem sel. Sanggup mengikat perut sebab nak dapat tubuh yang menggiurkan. Sanggup terseliuh kaki sebab nak pakai high heels. 

Semua kegilaan-kegilaan ini disebabkan apa?

Sebab nak nampak menarik di depan mata para-para lelaki. Bos derang. Orang-orang yang “mengusai” hidup derang.

So, syok tak jadi seorang lelaki? Best kan? Tak caya, cuba tengok video klip lagu Michel Telo, Mr.Worldwide or  klip video PSY. Cuba ingat balik iklan-iklan pada billboard, dalam TV dan majalah yang korang baca. Atau time autoshow or time pelancaran apa-apa produk. Ce tengok kaum mana yang jadi model.
 Kaum yang ada halkum macam gua ke bukan? Terbukti ke tak kata-kata gua?

Or kalu still tak puas hati,simply scroll atas balik, tengok billboard blog totallyMejah. Ce gitaw gua,gambar lelaki ke gambar perempuan yang jadi model. Cun ke tidak. Better gua letak gambar kucing gua je if yang gua cakap ni salah. Or letak gambar beruang ke. Gambar angsa ke. Kan?

Dalam kulit kacang (In a nutshell).

Dunia memang kejam. Dunia memang tak adil. Terimalah hakikat tu.
Dua benda gua nak highlight dalam entri kali ni:

  • ·         Perempuan. Asal cantik je, asal tahu bawak diri, ada pelajaran sikit, dah mampu pergi jauh.

  • ·         Lelaki. Tak kacak tak apa. Yang penting bila ada duit, ada pangkat, ada kuasa, ada pengaruh – subjek dalam item kat atas tu akan datang dengan sendirinya.  And sebab we are living in a male dominated world (ya, gua seksis), manusia yang mana bergelar “jantan” tu , sedarlah bahawa mereka sangat beruntung. Heh.

Sape stuju apa gua cakap? Angkat tangan. Hoh, yang tak angkat tangan tu nampak sangat pernah menyundal. Keh keh keh.

Jangan marah eh? Nanti kena jual.

This is Mejah. Out.

*******************************************************

Entri ni gua nukilkan waktu gua tengah belayar. So, kurang sikit bisa dia. So harap maaf. Saja lepaskan rindu nak berblog.

Harap maklum.