Tuesday, 24 January 2012

Kisah Jagung Dalam Percintaan (Part 2)

 Salam satu Mesia.

Sori la tunggu lama. Gua sebok sket dgn operasi mewujudkan kesedaran mengenai SOPA dalam kalangan rakyat Mesia dan some updates mengenainya. Korang pon baca la sama. Sebab entri pasal SOPA dan SOPA is Dead tu bacaan berbentuk ilmiah- bukan kisah gossip, lucah, atau lawak yang ramai kawan-kawan hangpa slalu dok share kat FB tu. Gua perhalusi dan mudahkan ikot gaya bahasa yang buat org2 yang malas angkat port dan malas membaca macam gua ni biar bole paham dalam masa yang singkat perihal SOPA tuh. Okeyh?

Ni link utk Part 1. Sesapa yang nak baca boley klik link ni.


To yang dah baca, jom sambung Cheritera Chenta Jagung.

Did you have your corn already today ? - Mejah.

*****************************************************************

Lalu duduk lah pemuda yang kacak dan tampan itu di podium, eh pondok yang ditunjukkan oleh tuan rumah tersebut. Sedang dia dok ralit mengushar keranuman jagung dan kecantikan ladang pada awal petang tersebut, seswatu telah muncul di kotak pikirannya- saiz jagung di ladang tersebut. Agak besar, malah ada yang bersaiz sama dengan lengan sasa beliau,dan tak kurang juga sebesar betis Maria Ozawa masa umor beliau 10 tahun.

Sejurus kemudian,  muncullah seorang lelaki separuh berusia lebih separuh abad di muka pintu rumah tersebut, rambutnya bercampur putih dan hitam, namun masih tegap tubuhnya, sambil salah sebelah tangannya memegang kemas sebuah PSP Vita.

 “Salam satu Mesia, saudara ku,” sapa pemuda tersebut.

 “Anak mencari hamba, Pendeta Jagung?” soal lelaki tersebut.

“Ya, Tuan Pendeta,” jawab pemuda tersebut ringkas dan pendek. SnS, (Short and Simple, bak kata Mejah).

“ Kalau tuan hamba maw hamba jual insurans syarikat tuan hamba, hamba x maw. Hamba dah join dah yang  ade  Jalaludin Hasan promote tuw” , explen orang tua tersebut, yang dah start salah faham.

“Tuan pendeta, tujuan kedatangan hamba ke sini adelah untuk menimba ilmu dari tuan,” jelas pemuda tersebut,yang  x nak persalah fahaman itu berterusan sambil tersenyum manis. Namun  dalam hati pemuda tersebut , “ Suwey~ sukew-sukew je main tudow-tudow aku ni salesman, acik ni. ~”

Then, sambil cover malu, acik pendeta tu pon cakap,

“La.. Ye kew.. Acik dah taw dah senanya.. Saje jew acik guraw dengan kamu..”

“Tujuan hamba datang ke sini adalah untuk belajar ilmu percintaan dari tuan pendeta,” Cakap pemuda tersebot dengan mata yang bersinar-sinar.

“Buleh dop?” soalnya lagi. Kali ini dengan muka berharap, dengan muka comel dan mata berkedip-kedip- alah macam muka kuceng kaler oren dalam citew Shrek tu. Berfantasi la sket, woi !

Ha.. Camni la muka pemuda tersebut.. Senang sket korang nak berfantasi !

“Okey. Tapi time yang hamba ade skarang limited. Hamba nak habeskan game Angry Bird Rio ni. My wife, Mellysa  bole habeskan dalam masa 4 hari jew game ni. Hamba baru halfway ni, dah hari ke dah tiga ni. Mana bole hamba kalah dengan dea,” balas pendeta berkenaan sambil menjeling manja pada gadis yang mempersilakan pemuda tersebut duduk tadi.

Wife tuan pendeta? Yang muda tadi tu?” tanya pemuda tersebut dengan nada yang tak berapa nak percaya.

 “Pehh~ ini memang ossem,memang aku x salah tempat lah !” katanya girang dalam hati.

Kenape? X percaya?” kata pendeta tersebut, dengan slang ala-ala iklan TV3 yang ade Adibah Noor tu sambil melabuhkan bontotnya ke atas pondok itu. Siap dengan muka sekali tuh !

“Tuan pendeta, hamba x nak ambil masa yang lama. Tapi bolehkan tuan jelaskan pada hamba, apakah perbezaan antara “alam percintaan” dengan “alam perkahwinan” ? Tu jew hamba interested nak taw,” kata pemuda tersebut.

“emm? Hum..,” respon pendeta tersebut.

Sambil merenung pada barisan pokok pokok jagung di ladang dea, dea berfikir. Seketika kemudian, pendeta tersebut pon melihat jam Swatch Touch yang dipakainya. Kendian,sambil meletak tangan kanannya di dagu, sambil jari telunjuknya menampar-nampar lembut pipinya, pendeta tersebut berkata, 

“ Ok. Hamba boley bagitaw jawapan kepada permaslahan tuan hamba. Tapi sekarang dah tiba time minum petang. Dan hari ni,hamba rasa hamba nak makan jagung bakar la,”

“Okey tuan pendeta. Ditanggung beres! Hamba akan cari jagung terbaik untuk santapan tuan pendeta,” kata pemuda tersebut, mengaccept challenge yang diutarakan padanya.

Bibir ngan mata tu yang penting ! Huh !!

“Tapi..” balas ringkas pendeta tersebut.

“Tapi apa?” Soal pemuda tersebut. Macam filem tipikal Melayu yang ade kat Mesia ni.

“Ada syarat tertuntu yang hamba mau mengenai spesifikasi jagung yang hamba mau.  Hamba mau tuan hamba cari jagung yang paling besar untuk santapan hamba. Syarat pertama, tuan hamba boleh petik satu jagung sahaja. Kalau tuan hamba berikan pada hamba bukan jagung terbesar yang ada dalam ladang ini, hamba tidak akan menjawab soalan tuan hamba. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan,” explain Pendeta Jagung tersebut dengan panjang lebar.

“Dan syarat kedua, tuan hamba hanya boleh melalui setiap batas jagung tersebut hanya sekali. Xde patah-patah balik. So, selagi tuan hamba x yakin yang jagung di tempat yang dilalui itu bukan lah jagung terbesar dalam ladang, jangan petik dulu, tapi teruskan lah perjalanan ke depan. Did I make myself clear?” sambung pendeta itu lagi.

Hurm.. Kalau ni lah keadaan nya, ghase-ghasenya bole tak korang cari jagung paling besar tu. masti "payah" kan? 

“Baiklah tuan pendeta. Hamba faham,” balas pemuda tersebut. Terdetik dalam fikirannya, “cari jagung yang paling besar dalam ladang, dengan syarat x boleh berpatah balik ke belakang, dan jangan petik jagung sebarangan,”

“Baiklah, hamba maw sambung main game Angry Bird ni, tuan hamba gi la cari jagung yang paling besar tu ya,” kata pendeta tersebut sambil mengukir senyuman.

Lalu bermula lah pencarian Jagung Terbesar bagi pemuda tersebut. Lepas satu batas , satu batas lagi diperhatikan oleh pemuda itu.  Dia berlalu pada setiap batas, sambil secara rawak mengagak saiz jagung yang terbesar.  Baru hendak dipetik sebatang jagung, kendian dia berpikir, “mungkin ada jagung yang lebih besar dari jagung ini di batas hadapan,”. Lalu dia pon blah. Dan tanpa mengambil jagung tersebut.

Jadi setiap kali pemuda tersebut terjumpa jagung yang bersaiz agak besar, beliau akan teragak-agak untuk mengambil jagung tersebut. Kerna beliau risau, nun di batas yang lebih hadapan, mungkin ada jagung yang lebih besar. Jadi dia akan berlalu begitu sahaja. Dengan harapan untuk menjumpai jagung yang lebih besar di batas yang lain. Dan pada hemat dia, dia “sik mau” (“ tak maw” kalau ikot slang awek daerah Bintulu, Sarawak) menghampakan harapan Pendeta Jagung.

Game ni best. Tapi susah sket ar. X semudah versi asal. Problem, Pendeta ?

Setelah masa yang diambil menyamai  3 episod cerita Koria berlalu, pemuda tersebut akhirnya sampai ke penghujung batas jagung yang terakhir. Namun, pemuda tersebut masih gagal mencari Jagung Terbesaq dalam ladang tersebut.Dengan wajah yang sedih, pemuda tersebut pon pegi la mengadap pendeta yang still tengah struggle nak habiskan level terakhir game Angry Bird bird beliau.

“ So, camna? Tuan hamba dapat jumpa tak jagung paling besar dalam ladang hamba ini?” soal pendeta tersebut dengan nada nak membahan pemuda tersebut.

“ Hamba rasa macam ada je tadi kat batas tengah tu,paling hujung. Tapi hamba tak berani ambik sebab hamba takut ada jagung yang lebih besar dari jagung tu,” jawab pemuda tersebut, dengan alasan, syarat yang ditetapkan oleh pendeta tersebut sebagai faktor utama dia tidak memetik sebarang jagung.

“Okeyh. Cool. Tuan hamba dah masok ke dalam ladang hamba dan sudah melihat kesemua jagung yang hamba ada. Jika, hamba memberikan tuan hamba peluang sekali lagi untuk masok dan bawa balik jagung paling besar dalam ladang ini, bolehkan tuan hamba handle tugasan tu?” soal Pendeta Jagung dengan nada berlagak.

“ Baiklah. Hamba boleh lakukan itu,” balas pemuda tersebut dan berlalulah dia ke dalam ladang jagung tersebut. Dan x sampai 5 menet, kembalilah pemuda tersebut dengan sebatang jagung - jagung yang di matanya, paling besaq dalam ladang tersebut dan dihulurkan kepada pendeta tersebut.

Pendeta tersebut mengepause game beliau, lalu mengambil jagung tersebut dari pemuda tersebut. Pendeta itu berkata, “ Jagung kamu ni wahai pemuda, bukanlah jagung terbesar dalam ladang ini. Maybe Top 5 paling besar, tapi bukanlah yang terbesar. Tapi, xpe. Good job,”

Mellysa, kemari kamu,” kata pendeta itu lagi, memanggil isteri dea yang muda dan howt tu.

“Masakkan jagung nie. Bakar dulu, cam biasa, pastu sebelum hidang, celup dengan air gula sekejap taw,” pesan pendeta tersebut kepada Mellysa, sambil menghulur “jagung terbesaq” kepadanya dengan penuh kaseh sayang dan lemah lembut.

Mellysa hanya mengangguk, merenung mata dan membalas senyuman suaminya. Sempat lagi pendeta tu gesel tangan dea pada tangan Mellysa tanda berguraw.  Mellysa tergelak kecil. Siap nampak lesung pipit lagi. Menang agak sweet la moment tu bagi derang, hurm..

Wallawey~ A smile accompanied by dimple is so ravishing  u noe ! (senyuman beserta lesung pipit sangat menggoda dan howt tahu !)

Sesudah Mellysa berlalu, pendeta jagung pon bertanya pada pemuda tersebut, apakah reason pemuda tersebut datang berjumpa dia. And pemuda tersebut pon berkata,

“ Hamba nak tahu, apa beza nya, alam percintaan dengan alam perkahwinan. Bole tuan pendeta explen tak?”

Pendeta tersebut tersenyum.  “okeh,” katanya ringkas. Pendeta tu sambung lagi,

“Tuan hamba sedar tak masa memula tuan hamba masok ke ladang hamba, cari jagung terbesar buat kali pertama?  Tapi x dapat apa-apa.  Itulah alam percintaan.”

Kali kedua tuan hamba masok ke ladang, dan petikkan hamba jagung terbesar pula adalah alam perkahwinan,”

Pemuda tersebut blur. Siyes x faham. “Pendeta ni nak troll aku ke hapew?” soal pemuda tersebut dalam hati.

Korang paham x apa yang pendeta tu cuba metaforakan ? Paham? Bagus. Xya la aku nak explain.

Ape? X faham? “Metafora” tu pon engkoghang x taw ape maksud dia? Cikgu Bahasa Arab korang x penah bagitaw? Apsal tak tanya Cikgu Metamatik Tambahan korang? Okeyh.. Aku explain la. Sebab aku sayang kat korang.

Masa pemuda tu masok ke ladang tu buat kali pertama, dia di ibaratkan berada di alam percintaan. Kira baru nak kenal dunia. Baru nak tahu ladang tu macam mana. Baru nak kenal jagung tu macam mana bentuk dia, macam mana bau dea, berapa besar saiz dea, kaler apa, if pegang, apa rasa dea. Dan lepas satu jagung, satu jagung lain dicari. Kira gelap mata nak pileh jagung paling besar and paling ranum. Frasa nak mencari pengalaman.

Dalam kes alam percintaan plak, kira baru nak rasa nikmat bercinta ni. Baru nak kenal kaum belawanan jantina ni macam mana.  Seperti jagung jugak, baru nak kenal lelaki/pompuan tu macam mana bentuk dia, macam mana bau dea, berapa besar saiz dea (?), kaler apa (??), if pegang, apa rasa dea (???). Dan lepas satu pasangan, kita break up and cari satu insan lain. Kira gelap mata nak pileh “jagung” paling besar and paling ranum, kacak, suweet dan sebagainya. Kira frasa nak cari pengalaman. Frasa bereksperimen.  X puas2 mencuba nak cari gf/bf yang paling “best” untuk puaskan hati kita. Ambik masa yang lama, kekadang sampai bertahun-tahun lamanya.  Get it?


Masok ladang besar camni, bawak GPS. Baru x sesat. Trolololol~

And bila masok ke ladang jagung buat kali kedua, dan berdasarkan pengalaman masok buat kali pertama, pemuda tersebut hanya ambil masa yang sekejap saja untuk mencari “jagung terbesar” yang terdapat dalam ladang tersebut ; even bukan yang paling besar pon, ia adalah antara jagung yang terbesar. Dan pilihan dia buatkan dia cukup berpuas hati dengan jagung tersebut kerana melalui pengalamannya, saiz jagung itu adalah yang antara terbesar. Camne dia taw? Sebab dea dah ada pengalaman mencari jagung yang terbesar.

Same thing happen when kita nak masok alam perkahwinan. Gambarannya seolah-olah macam bila masok ke ladang jagung buat kali kedua. Because berbekalkan pengalaman alam percintaan yang kita dah timba, kita hanya akan ambil masa yang sekejap saja untuk mencari “jagung terbesar” yang terdapat dalam hidup kita ; even walaupun bukan swami/isteri  yang paling best, dia adalah antara option yang terbaik yang kita akan ada. Kita tengok dea, bergaul dengan dea dan kita akan tahu, “Yes, he/she is the one I need as my hubby/wife,”. Camne kita taw?  Sebab, kita dah ada pengalaman bercinta dan berjumpa dengan macam-macam orang dah.  Dah kenal dah hati manusia ni macam mana. How does a relationship works and such.  Faham? Bagus. 

Korang memang terer. *clap-clap*

Gadis ini telah menjumpai "jagung" beliau. Anda bagaimana ?

So, my advice. Bercinta lah. Timba pengalaman. Breakups tu akan menjadikan kita lebih matang dan lebih mengenal manusia. Tapi ingat, jangan menyalah gunakan cinta. Ingat, jagung yang baik adalah jangung yang tak pernah dimakan serangga dan isinya tidak pernah terdedah. Yang mana dah “digiget serangga” tu bukan lah sesuatu yang amat teruk, jangan lah dibuang terus. Mereka tetap “jagung” yang ada value- maksud aku,depa ni still orang. Bukan barang. Undersetan, setan ? hehe~ (guraw)

Sejurus kendian, datang la Mellysa pada  Pendeta Jagung dan pemuda tersebut- sambil mambawa beberapa tongkol jagung bakar yang amat menggiurkan bau dan rupanya. Pendeta mengucapkan terima kasih pada isteri yang dia cintai dengan sepenuh hatinya itu. Mellysa tersenyum.

Kemudian, pendeta tersebot senyum dan berbisik pada pemuda tersebut,

Ni lah “jagung” aku,”

 Sejurus itu mereka kedua tertawa. Mellysa yang baru saje berlalu tu pon memuncungkan mulutnya dan berbisik dalam hati, “Gelakkan aku la tuh~ Gilo apo..” ~ Hehehehe~

Jagung bakar ya, adek-adek. Jangan nak pikir benda yang bukan-bukan. Babap kunk ! (Gambar Hiasan).. hehe~

Sekian kisah jagung. Pasni kalu korang tgk jagung bakar or corn-in-cup, bolehlah korang ingat satu cerita jagung ,kan?

Lẽ End.

Thanx for reading. Share with your love ones and frens. Spread the words, fellas.

This is Mejah. Out!

Monday, 23 January 2012

SOPA is Dead ? : Benda yang hangpa kene taw. (Penipuan Besaq Nih !)

Salam Satu Mesia.

Yeargh !! Heppi la hangpa, ye dak?


"Thanks to all SOPA fighters, the sweet victory is ours" 

Ye kew?

Apa?? SOPA dah mati? Biaq betoi baq hang ! Biar benar?

Yea. SOPA dah mati.

Betoi ka? Hang jangan main-main Mejah. Tumuk muka hang baw hang taw…

Betol. X tipu hang.

Yabedabedu !! Mari kita raikan nya wahai sahabat !! Kita Berjaya “bunuh” SOPA.

Soklan: Betol ka Perang SOPA dah tamat? Just like that?

Bagi menjawab soalan hangpa. Jawapanya,"Ya dan Tidak" at the same time. Reason? Mai sama-sama kita bongkar.

YA coz SOPA dah dicampak kelaut. (YEAAAY !)
TIDAK coz masalah kita belom selesai. (AWWWWW~)

Bak kata Fifi Fairus Fuyyo dalam rancanagan Edisi Khas,  “Kami cari, kami dedah dan kami bongkar, untuk tatapan anda”.

Hehehe~ Guraw.. Guraw.. Igt lagi x mamat niey?

As always, SnS (Short and Simple).

·         Benarkah perang SOPA tamat dan warga Netizens (pengguna-pengguna Internet) menang keatas Perwakilan US?

o   Setelah bermusyawarah dan gado2 (debat, bukan kuih gado-gado) dalam meeting,akhirnya kerajaan Amarika telah mengakui bahawa depa TAK SOKONG SOPA. Pengundian rasmi tentang pelaksanaan SOPA telah di “kensel” dan perundangan tersebot telah di campak ke laut (di tolak ) dengan jayanya.
o   Dalam kenyataan rasmi depa, depa habaq yang masalah piracy (cetak rompak) adalah masalah yang dipandang siyes (serious) dan memerlukan undang-undang khusus untuk menangani nya. Itulah sebab depa nak buat AKTA BARU yang boleh jadi alat untok meghapuskan online piracy didalam dan di luar sempadan Amerika Syarikat (US). yea.. Benar.. AKTA BARU !
o   Dengan kata lain, depa nak lancaq (lancar, bukan lancha*) undang-undang anti piracy baru dalam tahun ni jugak.
o   Ringkasnya, SOPA tidak lah literally mati, tapi akan bangkit semula dari kubur (cam zombie dalam Plant VS Zombie tu) dan menjadi seswatu perundangan yang baru- perundangan anti piracy  yang hampir sama tapi nama lain. Pehe dok? (Faham tak? - versi Bahase Natif Terengganu).

·         Alah, kira macam taktik politik lapok la. Depa bagitau yang ganas-ganas dulu, pastu ramai yang tak setuju, then depa pon “buat-buat” busy, reka perundangan baru,konon nak pujuk (tipoo) rakyat Netizens supaya terima (ape tuh, toleransi? Win-win-situation?) X faham? Meh aku bagi hangpa contoh mudah.

·        Contoh mudah zaman YB Menteri Samy Vellu pegang PLUS:

  • ·         Tol Asal = RM 1. Maw naik tol  sebanyak lima posen. Tapi risau rakyat marah. So, Uncle hangpa declare kadar tol baru = RM2. Rakyat kecoh. Buat demonstrasi. Then, Uncle Hangpa buat-buat kalut. Puas buat-buat menyuarat sambil makan karipap,then agreed tukaq harga tol jadi RM 1.50 jew dari RM2 yang diwar-warkan pada asalnya. Then hangpa rasa hangpa menang. Padahal, Uncle Samy tu dah berjaya naikkan tol sebanayak 5 posen and hangpa pon x marah sangat la. Terer tak Uncle hangpa tu? Win-win situation la sangat. Haha~ 

(ni contoh bagi korang paham..Betul kew x, aku x taw.. Kang aku x pasal-pasal masok lokap..)

Dah nama PLUS.. Mesti la selalu tambah ! Xkan nak tolak pulak.. Dok gitu?


·         Hangpa x terpikiaq ka, awat geng-geng perwakilan US ni sokong sangat menatang anti piracy act macam SOPA/PIPA ni?

    Sebab anak derang artis (cam anak pompuan YB TPM kita tu)? Salah

    Sebab derang pemimpin yang perihatin terhadap rakyat yang cipta lagu/ movieSalah

    Sebab depa bersahabat baik dengan pengeluar filem/pereka lagu? Hampir tepat tapi salah gak.

·         Reason dea adelah sebab geng-geng yang menyokong SOPA ni (filem producers, song producers, pharmacists, atau lebih tepat, golongan entertainers) ni menyumbang banyak kepada depa masa depa berkempen dalam pilihanraya tempoh hari (tahun 2010). Source dari maplight.org (web yang mengkaji pengaruh wang terhadap politik Amerika), menyatakan :

 "Maplight.org found that since the beginning of the 2010 election cycle, SOPA's 32 sponsors took in nearly four times as much in campaign contributions from the entertainment industry than from the software and Internet industries (nearly $2 million versus a little over $500,000). For SOPA opponents, the ratio was reversed-foes of the legislation took about twice as much money from software and internet firms as they did from the entertainment industry."

Tu la.. Better tgk Ombak Rindu dari tgk MI: Ghost Protokol.. Duit Hangpa jugak support SOPA ni.. Ahaks~

·           So, masa derang berkempen time pilihan raya dulu, diibaratkan kalau geng-geng internet/software industries support derang singgit, geng-geng entertainment industries support derang 4 hinggit. So, kira depa terhutang budi la depa kat geng-geng industry hiburan ni. Nampak tak kaitan dea? Konspirasi abes. Ye dok?

·         Natijahnya, geng-geng dari industry hiburan ni, xde nye nak bebelanja berjuta-juta banyaknya untuk melobi (mengepong- bahasa saintifik org-org Jeli, Kelantan) geng-geng Perwakilan US untuk saje-saje jew. Ade la agenda tersembunyi depa. Dan untuk mengatakan “Kita menang sebab dah bunuh SOPA dan depa kalah,” tu mungkin terlalu awal. The fight will continue.
·          
·         The small battle is over. But the big war has just begun

    Harus diingat, masih ada akta PIPA dan ACTA (SOPA jugak, tapi versi Global).
·          
·         Cam yang aku penah habaq, perundangan ni x bole diubah atau ditunda (cam yg berlaku SOPA skrg ni), ia mesti di hancuskan teros. Dihapuskan secara TOTAL. Dan jangan ghisau ghimau, perjuangan hangpa tidak kesorangan. U are with your fellow Netizens
      
SOPA fighter: Awesome Kitty !

     Spread da words. Share-share la artikel ni kalu x keberatan.

FOC jew pon. Heh.

Thanx for reading. Sila kongsikan jika ada apa2 yang mengganggu pikiran hangpa.


This is Mejah. Out.

Thursday, 19 January 2012

SOPA : Ape yang Hangpa kene taw ? (SOPA versi dipermudahkan)

Salam satu Mesia.

Ha.. Hangpa-hangpa semua mesti pernah terbaca perkataan SOPA tu dalam sari dua ni kat internet maupun TV atau dada-dada akhbar. Tapi hangpa tau dak SOPA tu menatang hape? X taw? Hangpa x penah melayan perasaan inkuiri hangpa tu utk surf and cari dalam kitab Google ke hapew kew untok lebih memahami? Malas?  X kesah?  X nak  amek taw?

Teroskan membaca dan membuka minda !

X pa. Tu la tujuan entri ni diterbitkan. Nak hangpa-hangpa sekalian, selaku kawan-kawan (guu- dalam bahasa saintifik Kelantan) aku, supaya xde la jahil sangat bila bercakap tentang fenomena global ni. Dan harus diingat, SOPA bukan SOAP (sabon) atau OPERA SOAP ya, kawan-kawan.  Juga bukan nama timang-timangan kepada orang yang bernama Mustafa , mahupun nama saintifk kepada sejenis Pokemon.

Jom, kita buat hal-hal SOPA yang complicated ni dengan SnS- Short And Simple. Afterol, sambil menyambut seruan seorang kawan aku dari Ontario, Canada,yang penah cakap kat aku ,“Why you have to go and make things so complicated ?” Kan? Ala , hangpa pon kenai dea- jahil benar la hangpa kalu hangpa x kenai si Avril ni (lain la kalau hangpa lahir taun sama dengan bapak aku lain la, tu aku paham la..).

So , Short And Simple. As promised. Hangpa-hangpa pon malas nak baca yang berjela-jela , ye dop?

Intro : SOAP.. Eh.. SOPA

SOPA adalah singkatan kepada Stop Online Piracy Act, dalam bahasa Melayunya , Akta Sekat Cetak Rompak Atas Talian (ASCRAT, istilah aku sendiri ni).. hehehe.. Okey?  Ia dicadangkan pada tahun 2011 oleh seorang perwakilan US yang bernama Incik Lamar Smith. So, if hangpa or kawan-kawan hangpa kat US tu yang langgar (violate) akta ni once depa dah luluskan, derang bole dibicarakan dan maybe berdepan hukuman penjara selama 3-5 tahun. –reason, depa buat video clip gambar kuceng derang tapi pakai background music lagu Adele-Someone Like You yang ade copyright. Haa.. Dapat dah gambaran awal?


Contoh kekejaman SOPA & PIPA. Sangat-sangat potong stim !


Tujuan Pelaksanaan

Secara murninya, tujuan pelaksanaan SOPA adelah untuk memberikan wang kepada orang yang betul – money to the inventor.  Secara ilmiah nya, ada dua tujuan utama:

  1. Melindungi harta intelek- lagu, video, atau pepew sajew yang ade copyright. Kira, sapa buat, dea yang akan dapat la.

·         Basic. Bayangkan hangpa seorang artis ibarat Awi Rafael atau kumpulan KPop Koria tu. Hangpa penat-penat rakam lagu dan nari-nari utk video klip. Senang-senang jew aku donload pakai youtiub downloader. FOC (free of charge).Or kalau bapak hangpa kerja cam Yusuf Haslam, mesti hangpa nak duit dari hasil kerja tangan dea kan. Bapak hangpa bikin filem, mesti hangpa nak orang bayaq tiket utk tgk movie bapak hangpa tu kan. Xkan hangpa rela bapak hangpa penat shooting filem, pastu kawan-kawan hangpa gi tengok movie bapak hangpa kat online jew , free-free jew masa time derang main fesbuk- via moviegation ka, youtube ka, redtube ka.. (eh, bukan ew?). Atau derang simply donload jew donload movie bapak hangpa tu- maklumlah, pakai UniFi.
  1.   Perlindungan dari barang/dadah/ubat-ubatan tiruan (especially untuk pasaran US)

·         Kes ni especially utk warga pharmacist US. Pada satu tahun, depa penah claim USD500 juta dari Google, sebab para pembeli ubat sekitar US lebih cenderung utk membeli ubat-ubatan dari Canada secara online. Kira depa habaq mai yang depa loosing market dan depa pun claim yang derang ghisau ghimau yang ubatan-ubatan dari luaq tu x ori. Maklumlah, barang US jew yang ori. Pehh~

Ape SOPA ni effect kat hangpa?

Erm.. Senang citew, SOPA ni akan membuatkan Internet ni bukan macam yang kita pakai skarang. Kebebasan Internet akan terbantut dan terbantat (istilah orang buat kek yang x naik2) jika ia dikuat-kuasakan.  Sebagai contoh,  sesetengah agensi rangkaian pengiklanan dan kemudahan pembayan dalam talian (advertising network and online payment facilities) mungkin akan di barr (di sekat), enjin carian (seperti kitab Google) akan di barr dari menghubungkan hangpa dengan rangakaian diatas , malah ISP (internet service protocol) juga mungkin akan di block aksesnya ke web-web tertentu. (macam hangpa pakai internet kat library sekolah la, yang free tu. If korang masok FB kew, cari benda-benda yang xde kaitan dgn pelajaran, hangpa akan disekat).

Hehe~ Antara reason yang baik bagi perverts utk menentang SOPA !!

Jadi, sesetengah  website yang akan dijangka akan terjejas terok adelah seperti Amazon (derang da xley jual buku pdf secara online), agensi pekongsian data berbayar seperti filesonic, mediafire, filestube, getfile, filecrop (atau rakan-rakannya sepejuangan dia, yang ade korang bole pileh utk donload pakai yang free atau berbayar tu) , agensi seperti flicker, vimeo, dan YouTube- iye, tempat korang slalu tgk donload video tu, yang mana ade unsur-unsur  copyright tu-dalam lagu yang dipakai, atau video,atau gambar (any content) yang de dalam video tu akan ditapis , dan maybe korang boleh didakwa sebab mengupload bahan yang ade copyright.* (paham kew pe aku cakap?)

*ade keraguan dalam hal tersebut, sebab if ade unsur profit, baru derang bole dakwa. Ade la bias dea sket*

Ape yang teruknya ?

So, bila tapisan ni berlaku- internet punya kebebasan akan limited. Website seperti Wikileaks,Wikipedia, Youtube akan terjejas terok. Then,internet akan macam pointless. Hatta, email pon maybe xsecure- takut hangpa ada hantaq lagu ka, video ka as attachment kat awek hangpa- derang akan check and tgk email-email hangpa. Nak beli ebook “Soal Jawab Agama Bersama Ustaz Azhar Idrus “ untuk dibaca kat ipad 2 engkorang (dari amazon or online library) pon xley taw. Tangkap kunk ! Penjara 5 tahun kunk !

If law ni dilaksanakan di US , maka implikasi pada dunia kan besar. Hatta , seluruh dunia mungkin akan mengikut trend ini. Korang kenal x Napster?  Alah, yang dulu2 korang bole download and share any lagu (mp3) yang korang ade dengan seluruh dunia secara free tuw, dah diharamkan sebab copyright. So, same thing may happen to semua aplikasi internet yang korang ada. Suxx kan?

Generasi baru x taw ape menatang tu Napster. Yang penah kenal and penah pakai Napster ni taw la macam mana koolnya Napster di era itu.. "Terbaek" bak kata BoBoiBoy.

Nak lagi tau korang bole baca section 101 SOPA.. Aku baca pon aku panas tau.

Section 101 SOPA stated:

(A) the Internet site is used to provide goods or services to users located in the United States; 
(B) there is evidence that the Internet site or portion thereof is intended to offer or provide such goods and services (or) access to such goods and services (or) delivery of such goods and services to users located in the United States; 
(C) the Internet site or portion thereof does not contain reasonable measures to prevent such goods and services from being obtained in or delivered to the United States; and 
(D) any prices for goods and services are indicated or billed in the currency of the United States.

Gila pentingkan diri sendri en? Taw xpew.

Konklusi


Secara pendeknya, bila SOPA dikuatkuasakan, ia akan...

  • 1.       Beri kebebasan dan hak utk kerajaan (for now, US gov, later kita punya) sesebuah Negara untuk membelok (block/ bar) website asing.
  • 2.       Memberikan pemegang hakcipta (copyright holders) hak untuk menyaman/mendakwa pemilik & pengoperasi laman web yang menyokong pekongsian data.
  • 3.       Menjadikan pemuatnaik (uploader) yang mengupload  lagu,video,gambar atau sebarang data/maklumat yang dicopyright , satu kesalahan yang bole didakwa dan dibicarakan.
Faham dah ?

Aku harap la, entri ni akan memudahkan korang paham apekemenatang nye SOPA ni. Sejenis benda yang x best. Sangat x best. Payah sket nak paham. Tapi, jika hangpa sayangkan Internet hangpa, kebebasan bersuara (hidop-hidop.. MAHASISWA.. ceh, Adam Adli plak) , dan kebebasan individu (bukan seksualiti merdeka tahu,), hangpa perlu tambah pembacaan hangpa dan memahami knape kita harus merasa x seronok dengan SOPA.

Tapi.. Hangpa semua bertindak dan wat somethin’ bout it !

Gerakan anti-SOPA ni senanya dah agak lama, tapi kurang dapat perhatian, terutamanya dalam masyarakat kat Mesia ni.  Pada 18th Januari lepas, Wikipedia, BoingBoing, WordPress, TwitPic dah memboikot SOPA dengan memblackout website derang selama 24 jam. Mau bagi kesedaran pada kerajaan US dan masyarakat dunia.In fact, siap ade rally (demonstrasi aman ok, x ade insiden pecah-pecah klinik atau goncang-goncang pagar taw) lagi kat NYC untuk memboikot SOPA.

Mari berganding bahu menentang SOPA. Sebarkan !

Soalan nya, haruskan kita membenarkan beberapa kerat orang yang setuju dengan SOPA ni untuk control 7 billion orang lain di dunia ni jika pelaksaan akta ini diteruskan?

Dianggarkan, pada tahun 2015, lebih 80% penduduk dunia akan memiliki talipon bimbit pintar (termasuk kawan-kawan hangpa yang bercakap tepon guna bahasa Swahili di benua Afrika tu), dan punyai akses untuk dunia internet yang banyak ilmu dan info. Maukah hangpa evolusi penyebaran ilmu dan maklumat itu terbantut? Maw?

Mesti x mau kan?

Jadi,teruskan menyebarkan cerita tentang SOPA ini. Baca dan kongsikan artikel-artikel dan berita-berita , dan pergerakkan anti SOPA di kalangan masyarakat dan kawan-kawan anda. Biar ramai rakan-rakan kita yang sedar.
Bukan kene bayar pon..

Sebab personally bagi aku, pelaksanaan akta SOPA bukan lah cara yang mampu menghapuskan cetak rompak secara total,tapi ia mungkin akan mengundang masalah tersebut makin terok di masa depan. Kow guano?

"mai nak habaq mai kat hang, aku dengaq depa seluruh dunia pakat nak sokong kita, geng-geng pirate ni.. Ossem x?"- Parody Pirate of The Curry Bean.


Ni link yang baek utk tgk kempen menolak SOPA. Checkitowut !!



Wassalam.

Chao!

Cerita Cinta : Kisah Jagung Dalam Percintaan ( Pt.1)

Salam Satu Mesia.

*I read this story once in a blog years back. But this jagung story is having a twist of mine~ my own version. So, let’s begin peeps !*

Korang yang mana jiwang tu mesti banyak cerita jiwang kan? Ombak Windu la, Karipap Cinta la, I'm Not Single la, hapew la.. Ok.. Ni kisah yang penah gua baca somewhere, tapi diadaptasi melalui imaginasi gua sendiri. So.. Amende ? Tajuk dea ?  Kalau.. Batang Jagung Cinta , boleh tak? X ngam? Berbaur lucah ?? Tenang-tenang.. Xpe.. Tajuk x penting. Yang penting, moral of the stori. Jom layan..

*****************************************************************

Cinta Jagung - Cambest jew tajuk ni. Kementerian Petanian mesti suka kalu depa taw gua tulis entri nie. Hehe~


Arakian pada satu zaman dahulu, ketika zaman kuda masih lagi menjadi tunggangan utama, pada zaman cinta masih lagi amat suci dan mahal dimata masyarakat, dan hatta sebelum zaman leggings masih lagi dianggap pakaian dalam, terdapat seorang anak muda yang suka mengembara ke seluruh pelosok alam untuk mencari ilmu. Disebabkan wajahnya yang amat hensem (lagi hensem dari Aaron Aziz  dalam citew Ombak Rindu tu) dan tubuhnya yang sasa (mengalahkan Malek Noor masa zaman kegemilangan nya), dia menjadi igauan gadis-gadis di tempat yang pernah dikunjunginya. Kira macam, back packers la zaman skrg ni.

Dan seperti kebanyakkan muda-mudi hari ini , yang suka menambah rakan-rakan (seperti menambah rakan baru di laman MukaBUku), dia pon berkenalan lah jugak dengan gadis-gadis tersebut. Tapi, dia bukanlah seorang player atau kassanova seperti yang anda sangkakan. Dia seorang yang beragama, dan cukup  menjaga batas pergaulan. And bila gua cakap “kawan” (atau "saim" dalam bahasa saintifik Kelantan, tu memang merujuk kepada meaning perkataan KAWAN yang termaktub dalam istilah kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, ya adek-adek. 

No such thing as “Teman Tapi Mesra” (seperti yang dipopularkan oleh  artis pop Indon-RaTu tu ), yang mana mampu mewujudkan keraguan tahap gaban dalam frasa ayat “just a friend”- seperti yang penah dinyanyikan oleh bebudak Too Phat. Eyh, korang penah dengar x lagu tu? Gila muda if x pena dgr lagu tersebut. Demmm~

Disebabkan si pemuda ni baik dan menjaga pergaulan dengan gadis-gadis yang bukan muhrim (macam gua la, ehem..), dea x pernah mencemolot, menggiget, menggesel mahupun menyentuh gadis-gadis yang bukan haknya tu. Bukan cam sesetengah kawan-kawan gua yang bercinta zaman sekarang nie- pantang ade peluang siket, lu orang maw ringan-rigan la. Nak kadel-kadel la. Tu la sampai kluar adegan Pavvy la, wujud frasa ayat “awak pileh saya atau KLCC “ la.. Amende la bebudak zaman skrg ni. Sadis gua. Siyes. *geleng paler*

Hah? Jg gitaw gua lu orang x pena tgk scene x berapa seronok ni.. Siyes,,

For me personally, gua berpegang pada kata-kata, if you want to touch a girl,  touch her heart first”- if u noe wot I mean la. Xpe, ngomel sket. Jom sambung citew jagung.

So, disebabkan dia ni suka mengembara dan disukai oleh ramai gadis sepanjang pengembaraan nya, dia pon nak le mencari ilmu tentang percintaan dan perhubungan. Ilmu Tuhan tu kan luas, ilmu percintaan ni pon penting juga- terutamanya bagi dia. Harap jangan salah faham –ilmu percintaan dan ilmu kamasutra tu lain yew adek-adek. Yang pemuda ni nak belajar ilmu tentang percintaan, bukan yang lagi satu tu. Dan dea pon teroskan mengembara dengan harapan, dapat mencari orang yang mampu berikan dea ilmu dalam jurusan tersebut. Kira nak cari Dr.Love la pada jaman tersebut.

Nak dijadikan cerita  , pengembaraan pemuda tersebut membawanya ke sebuah pekampungan pertanian. Kampung tanaman jagung ,to be exact. Kira satu negeri tersebut, rata-rata orang kat negeri dia tanam jagung untok menyara hidup. So, masok la beliau ke kampong tu- mundar mandir, berjumpa dan mengambil kesempatan untuk mengambil bergaul dan bertanya kabar dengan orang-orang kampong tersebut. Kira, dia ni jenis “mesra alam” la (baik dengan masyarakat), bak kata bapak aku.

Nak dipendekkan cerita, penduduk kampong  tu pon menyarankan dia  pergi berjumpa dengan seorang pendeta yang tinggal kat hujung kampong tersebut- Pendeta Jagung, diberi nama. (mesti korang rasa nama tu x seswai kan? Aku pon..Xpelah,ni cerita rekaan je pon). Pendeta tersebut dikatakan orang yang paling ariff dalam bidang percintaan kat kampong tu and mampu menjawab permaslahan dan pertanyaan pemuda tersebut tentang percintaan.

Lalu, sampailah si pemuda tersebut ke rumah pendeta yang digembar-gemburkan tu- sebuah rumah yang sederhana besar dengan dikelilingi ladang jagung yang sedang masak ranum.  Dan berjalanlah pemuda tersebut, menuju ke rumah pendeta tersebut dengan penuh keghairahan mencari ilmu percintaan yang terletak di tengah-tengah ladang jagung tersebut.

Ok la gambar ni. Bantu engkorang berimaginasi. Ok ?

Sesampainya beliau ke rumah pendeta tersebut, terlihatlah akan pemuda tersebut seorang perempuan yang sempurna parasnya sedang menyiram pokok bunga di sekitar rumah pendeta berkenaan. Gadis cantik tersebut yang bertudung dan sempurna pakaiannya itu  terus melemparkan senyuman yang cukup manis untuk pemuda berkenaan, yang merupakan tetamu yang datang ke rumahnya.

“ Assalamualaikum, “ sapa pemuda berkenaan.

“Waaalaikumussalam,” balas gadis tersebut, dengan penuh sopan.

“Maafkan saya kak, tumpang tanya, inikah rumah Pendeta Jagung ?” soal pemuda berkenaan lagi.

“Benar. Inilah rumah Pendeta Jagung” jawab gadis tersebut sambil tersenyum.

“Saudara dudok dulu. Saya akan panggilkan pendeta untuk saudara. Pendeta tengah main Angry Bird tu dengan anak jiran sebelah kat dalam rumah,” kata gadis tersebut lagi, sambil dengan ayunya menunjukkan bangsal di tepi rumah tersebut dengan ibu jari tangan kanan nya.

Lalu, dudok lah pemuda tersebut sambil bersial, .... i maen, bersila atas pondok tersebut. Tengah beliau dok ralit tengok jagung yang ranum-ranum sambil tertanya-tanya akan siapakah gadis tersebut, dengan tiba-tiba ....

JENG-JENG-JENG

*****************************************************************

Mesti korang dah penat baca kan? Xpe kita rileks kejap. Cite ni panjang sket tapi tinggi nilai tambah dalamnya. Kita sambung esok, okay? Gua nak suap kucing gua makan . Gerenti kalu korang baca bahagian dua nanti, korang x akan rasa rugi. Ok? Jangan marah, k? Eleyh, citew Twilight yang ade mamat pucat lesi tu dengan citew Harry Puttar yang sampai berjilid-jilid tu pon korang sanggup tunggu berbulan-bulan, ni  x kan la esok x ley tunggu. Kuceng gua cakap dea lapar.Kesian beliau.

Tgk.. Kuceng gua da buat muka da tu.. X baek kita biar menatang seksa woo~


Nanti kita sambung, okay? Salam satu Mesia.

~Bersambung~

End Of Part One.


*********************************************************


Part Two Dah Siap ! Ni link dea ! Enjoy, fellas !


http://totallymejah.blogspot.com/2012/01/kisah-jagung-dalam-percintaan-part-2.html

This is Mejah. Out !