Showing posts with label pelacur. Show all posts
Showing posts with label pelacur. Show all posts

Saturday, 13 July 2013

Awek korang or bangkai anjing. Mana pilihan anda ?

A muslim touches and do kind stuff to dogs. Problem ?
Sedap kan jalan-jalan sambil pegang tangan balak korang? Rasa cam berejam-rejam genggam tangan balak tu, pun tak apa. Tak lenguh. Bagi awek-awek lain tahu yang balak hensem yang korang pegang tangan tu korang punya. Bagi depa jealous.

Syok kan bila korang usap-usap lembut rambut awek korang? Tolak rambut dia ke belakang telinga. Pastu letak tangan korang bawah dagu dia. Tekan lembut ibu jari korang kat bibir bawah dia yang lembab tu. Huuu~ Layan beb.

Nostalgik abes kan bila korang saling bersandaran atas bangku konkrit di taman sambil bergurau senda? Pastu ada adegan cubit-cubit manja. 

Ah, indahnya berkapel !!! Sape cakap kapel tak best, dia mati pucuk !

*****************************************************************************
Petang itu petang Sabtu.Di sebuah taman kelihatan Mamat, budak Melayu beragama Islam sedang menaiki motosikal yang baru pulang dari masjid selepas mengikuti kuliah agama selepas solat Asar. Dia masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan lengkap berkopiah. Mamat menikmati pemandangan indah di taman bunga itu. Tapi sayang, sayup di sudut-sudut taman itu terlihat pasangan muda-mudi yang sedang berpacaran.

“Owh.. esok hari Ahad. Ramai la keluar dating hari ini..”

Kerana berasa tak begitu selesa dengan pemandangan-pemandangan demikian, Mamat memutuskan untuk patah balik dan pulang ke rumah saja. Dia bukan kaki mengendap. Bukan kaki skodeng. Tak. Mamat punya perangai tak macam perangai korang yang tak berapa nak senonoh tu.

Baru saja Mamat buat u-turn untuk balik, tiba-tiba…

"Guk..guk...Kaing..kaing..kaing..."

Seekor anjing kelihatan tergolek di tengah jalan, baru saja dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju dan meninggalkan anjing itu begitu sahaja.

Mamat blurr. Dia di dalam dilemma, samada mahu menolong anjing itu, atau pun tidak. Anjing itu sepertinya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Anjing itu kan najis Mughallazah. Najis berat. Darah anjing pula tu. Ah.. Biarkan sajalah,” pikir Mamat.

Sanggupkah anda? Tepuk dada, tanya diri !

Mamat buat tak nampak saja kejadian itu. Lalu dia beredar dari tempat itu secepat mungkin. Tapi hatinya masih ragu-ragu dengan tindakannya itu. 

Mamat teringat cerita ustatnya bahawa terdapat seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Islam memang menyeru umatnya berbuat baik kepada semua bintang, termasuk anjing mahupun babi sekalipun.

“Walau anjing itu najis, tapi dia makhluk Allah juga. Aku harus menolongnya..” bisik hati kecil Mamat.

Mamat menghampiri anjing tersebut yang bergelimpangan di tepi jalan itu. Nyata anjing itu sudah mati dan menjadi bangkai. Mamat memegang anjing itu, dan membawanya ke tepi jalan untuk menanamnya.

Ternyata, tindakan mamat itu diperhatikan oleh sepasang kekasih yang berada di situ.

Awek: “Baby, tengok sana. Gila betul. Pakaian nya saja gaya orang beragama, tapi selamba aje pegang anjing tu..” (sambil berbisik ke telinga balaknya)

Balak: “Ye lah beb. Orang kita ni, kalau belajar agama banyak sangat pun, boleh jadi mereng (gila) juga. Patutnya, kurang-kurang pun berlapik la. Anjing tu kan najis. Jom kita gi ushar (tengok) di kejap, baby..”

Ada makna ke bertudung , tapi selamba badak je pegang-pegang yang bukan muhrim ? - Gambar Hiasan

Sambil berpegang tangan , pasangan kekasih itu menghampiri Mamat yang sedang menggali lubang untuk mengebumikan bangkai anjing tersebut.

Balak : “ Erm.. bang.. ini bangkai anjing, kan?”

Mamat: “ Bangkai anjing. Mati kena langgar tadi. Saya nak tanam..”

Awek: “ Tapi bang, anjing tu kan najis. Mana boleh pegang kalau tak pakai sarung tangan. Ada darah lagi..”

Mamat:  “Ah.. tak ada apa-apa la, kak. Bangkai ni Cuma najis. Bukan berdosa kalau pegang. Nanti saya samak (cuci) lah..”

Balak: “Bang, najis tetap najis. Abang ni kan belajar agama. Mana boleh main pegang-pegang bangkai anjing ni..”

Mamat terdiam seketika. Mahu mendigest apa yang pasangan kekasih tu mahu memberitahu dia. Sambil tersenyum.

Mamat: “ Akak, abang. Maaf ya. Saya tahu itu. Anjing ini mati dilanggar kereta. Jika semua orang membiarkan saja bangkai ini di tepi jalan hanya kerana ianya najis, nanti bangkai ini akan membusuk, mereput dan mengganggu lebih ramai orang. Lebih baik jika ada orang yang menanam bangkai ini. Lagipun , ia hanya najis dan tidak berdosa..”

Terang Mamat lagi,

“Bagi saya, LEBIH BAIK MEMEGANG NAJIS, DARI BERPEGANG TANGAN DENGAN BUKAN MAHRAM. Ustat saya cakap , sabda nabi: "Sesungguhnya kepala ditusuk dengan besi panas itu lebih baik daripada memegang lelaki / perempuan bukan mahram." (HR. Thabrani dan Baihaqi)

Muka awek dan balak tadi terus berubah. Tersengih seperti kerang rebus, dan akhirnya berlalu dari situ menahan malu, tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah berlalu sambil melepaskan pegangan tangan masing –masing.

Monokuro chan !!!


Again gua tanya ni.. Best kan pegang tangan balak / awek korang? Heh.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

This is Mejah, OUT !

(idea asal: internet. Gua olah semula ikut gaya gua. harap maklum)

Monday, 17 December 2012

ABK : Entri Caci Maki ( Dear Ex )

Miranda Kerr. Ehem. Tiada kaitan dgn cerita ini, Gambar hiasan.


Dear ex,


I dah hampir berjaya lupakan you. Almost successful utk delete you dari hidup I. Buang semua benda yang boleh ingatkan I pada you dari dalam kepala otak I ni.

Tapi, I nak you tahu yang whatssap tu benda celaka. Sebab walau I tak nak ambik port pasal you pun, kekadang bila I main whatssap dengan orang lain, I akan terpandang status whatssap you dengan muka profile pic you skali. Memang tak boleh nak remove you dari apps alah tu. Status you dan gambar you tu buat I rasa menyampah bagai. Konon you tengah bahagia la sekarang; dah berjaya jumpa jantan mana yang kaya-raya , hensem dan mampu tahan dengan perangai karut you tu.

Funny thing about Whatsapp is, even though you already blocked  a contact, they still can view your picture and read your status ! Dang!
Semalam I tengah syok-syok bertwit-twit dengan Kilafairy, tetiba tak pasei-pasei ada orang tegur pasal cara I layan you. Bagi dia, tak patut I kutuk-kutuk you, cerita keburukan you, peel you dan apa saja tentang you hanya sebab you pernah buat I bahagia satu masa dulu. Sekarang I tulis entri ni saja nak bagi tahu, sebab apa I marah sangat pada you.

Perlu la. Siap gua karang entri ni lagi.
Meh sini, perempuan. I bagitau you kenapa. Kalau you sanggup, you baca la perkataan-perkataan yang I tulis kat bawah tu sepatah demi sepatah.

Ready? (tarik nafas,hembus)

You.

Kalau you nak tahu, break up pada usia tengah 20-an tu bukan benda yang kelakar, okay? Memang tak lawak langsung la bila member zaman sekolah or kolej masing-masing sibuk nak bertunang, atau PM fb mintak alamat rumah untuk hantar kad kahwin atau instagram gambar ultrasound bebbi dalam perut derang. Bahagianya derang. You pulak buat perangai you dan kita terfaktab. You boleh bayang tak betapa berbulunya I? Boleh tak?

You taw tak macam mane rasa dia bila seorang lelaki dah label seorang awek dalam hidup dia yang she is the one pastu si awek tu blah? You dah sayang dia kaw-kaw tapi last-last dia breakup dengan you sebab yang tak berapa munasabah? You tahu tak macam mana rasa dia? Rasa macam celaka, tau tak?

Biar I eja untuk you, C.E.L.A.K.A .

I kerja pun termenung, tak berhenti pikir pasal you siang malam, dengar lagu jiwang pastu jadi moody mengalahkan perempuan period, pergi Midvalley rasa nak nangis, jalan gi Alamanda rasa nak meraung, you boleh pulak buat camtu. Rasa diri dah kosong macam dalam lagu Najwa Latif tu. Tak bermakna. Sia-sia. Membazir betul buang masa, tenaga, duit sampai bertahun-tahun. Kecewa.

Ah~ Amar. Sikit-sikit jatuh. Sikit-sikit hilang bola. Sikit-sikit kengkang. Satu Mesia kutuk ngkau. 

Rasa macam sokong team Harimau Malaya dengan Amar Rohidan dengan Sapik Rahim jadi midfielder. Nak harapkan derang control game, hold the ball dan passing bola, dia pulak boleh hilang bola sampai geng Thailand boleh skor dua gol dari mistake dia sorang. Bangang.

You pernah main game Farmville tak kat FB tu? You tanam jagung, siram dia, baja dia, sanggup bangun tengah-tengah malam nak tuai jagung-jagung tu. Tup-tup ada orang lain curi jagung-jagung you. Ha, cam gitu la rasa dia. Cuma lagi stress la sebab ni bukan game. This is real life.

Real people + Real dream = Real screw up.

Yang buat I lagi sakit hati, you ni kaki pembohong. Kaki tipu. Kaki putar belit. Ngalahkan Karpal Singh. You suka cerita kat I cerita-cerita sedih you. Tak cukup duitlah. Tak ada duit makan lah. Tak ada duit nak beli ubat period lah. Bussit! I tak kisah la you nak pakai duit I. I anggap I sedekah kat you yang sengkek tu. Cuma I tak puas hati sebab you cakap bohong. Nasib baik I tak pernah “sentuh” you mana-mana pun. Kalau tak, memang I dah anggap you perempuan murahan, yang bersepah ada dekat area brickfields tu. Tak boleh cakap yang cap Bukit Bintang ,sebab yang situ mahal sikit harga dia.

Promosi akhir tahun! Cepat-cepat !

Yang lagi I ralat, I dah anggap you dah macam betul-betul jodoh I . Dah ajak you bertunang. You tak nak. You bagi alasan yang macam-macam. Tak ready lah. Nak kerja dulu lah. Masa tak sesuai lah. Lepas you break up dengan I tak sampai 2 bulan, entah jantan malang mana yang you baru jumpa, tiba-tiba you dah tergedik-gedik cakap you nak ajak dia kawin. Mana logik you?

Desperate sangat ke?  You mabuk minum todi ka? Woi!!!

Sudah la. I hate to say this but you adelah perempuan paling celaka sekali yang I pernah jumpa. Rasa macam nak upah je orang kat Siam tu suruh tembak you. Bukan mahal pun, berapa ratus je kena bayar. For me, its worth it sebab I dah menghapuskan seorang makhluk yang tak berhati perut dari dunia ni. Bertambah bersih dunia ni dari perempuan-perempuan parasit macam you. Tak boleh bunuh semua, dapat bunuh seorang pun dah berbaloi-baloi. Apa sangat la harga pembunuh upahan tu kalau nak dibandingkan dengan duit-duit I yang u tipu tu,kan? Sengal.

Orang tiap kali nak makan baca doa. Korang tiap kali nak makan tangkap gambar. Sengal.

Tapi, janganlah pasal I cakap camtu you tak nak keluar rumah pulak. Pegi la jalan-jalan kat Wangsawalk dengan balak baru you tu. Mintak dia belanja Burger Bakar Abang Burn,mintak cheese lebih. Favourite you tu kan? Alah, you kan kaki pau. Ape nak pelik nya. Jangan risau la. I tak buat apa-apa pakatan lagi dengan pembunuh upahan Siam tu setakat ni.  Esok lusa tak confirm lagi.

Jangan salahkan I sebab came out dengan idea upah orang untuk tembak you. Salahkan fan Justin Bieber yang mintak bekas banduan tu bunuh Bieber sebab si Bieber tu tak reply surat dia. Sama sengal je dia dengan you sebenarnya. Hak tuih!

As a conclusion, I’m actually so over you. Finito. You made me grew up and thanks to you, it’s even harder for me to start believe in women again. You give love a really bad name. I’m writing this entry is because I want you to know that some mistakes were not forgiven by just texting “I’m sorry”. Bussit !

Janji-janji manis yang you beri dulu tu sekadar sembang kencang yang sekelumit pun tak boleh pakai. Bukan I tak pernah mintak kita sort things out and head for a new start. Mintak kita bukak buku baru. U bagi alasan bagai. Lantaklah. Dalam bab ego,I dah pernah letakkan diri I lagi rendah dari tapak kaki you. Merayu kat you. Benda tu payah orang lelaki nak buat, but you tak pernah hargai pun. Macam kena ludah rasa dia. Tahi betul lah.

Fine. I terima hakikat yang you bukan jodoh I. Walau selama ni I macam orang bodoh, penat berjuang sorang-sorang cuba menyelamatkan everything yang kita ada. Sebab I cakap pada diri I, yang you are the one for me. Sebab tu walau dekat setengah mati, I rela bertahan.

BAMMMMM! This picture scores BIG TIME !! (refer the Racy Ex post)

Dan setelah apa you buat kat I, you fikir you akan bahagia? You akan dapat hidup bahagia yang you idamkan tu? Go on. Selagi you tak ubah perangai you tu, I harap laki you dapat tahan perangai you yang tak berapa munasabah tu. Hopefully , kalau you stress dengan suami you satu hari nanti,you tak ulang perangai pelik you tu dan bagi anak-anak you minum Clorox pulak. You kan tak boleh tahan stress-stress ni. Dasar saiko.

 Ape ingat senang senang je I nak maafkan you dan doakan kebahagiaan you padahal I kat sini menderita macam nak mati lepas apa you buat kat I ?

NO WAY.

 Thank You. Fakyu.

Yeah. I know u will read this.