A muslim touches and do kind stuff to dogs. Problem ?
Sedap kan jalan-jalan sambil pegang tangan
balak korang? Rasa cam berejam-rejam genggam tangan balak tu, pun tak apa. Tak lenguh. Bagi awek-awek lain tahu yang balak hensem yang korang pegang tangan tu korang punya. Bagi depa jealous.
Syok kan bila korang usap-usap lembut rambut
awek korang? Tolak rambut dia ke belakang telinga. Pastu letak tangan korang
bawah dagu dia. Tekan lembut ibu jari korang kat bibir bawah dia yang lembab tu. Huuu~ Layan beb.
Nostalgik abes kan bila korang saling
bersandaran atas bangku konkrit di taman sambil bergurau senda? Pastu ada
adegan cubit-cubit manja.
Ah, indahnya berkapel !!! Sape cakap kapel tak best,
dia mati pucuk !
Petang itu petang Sabtu.Di sebuah taman kelihatan Mamat, budak Melayu beragama Islam sedang menaiki
motosikal yang baru pulang dari masjid selepas mengikuti kuliah agama selepas
solat Asar. Dia masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan lengkap berkopiah.
Mamat menikmati pemandangan indah di taman bunga itu. Tapi sayang, sayup di
sudut-sudut taman itu terlihat pasangan muda-mudi yang sedang berpacaran.
“Owh.. esok hari Ahad.
Ramai la keluar dating hari ini..”
Kerana berasa tak begitu
selesa dengan pemandangan-pemandangan demikian, Mamat memutuskan untuk patah
balik dan pulang ke rumah saja. Dia bukan kaki mengendap. Bukan kaki skodeng.
Tak. Mamat punya perangai tak macam perangai korang yang tak berapa nak senonoh
tu.
Baru saja Mamat
buat u-turn untuk balik, tiba-tiba…
"Guk..guk...Kaing..kaing..kaing..."
Seekor anjing kelihatan
tergolek di tengah jalan, baru saja dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu
laju dan meninggalkan anjing itu begitu sahaja.
Mamat blurr. Dia di dalam dilemma, samada mahu menolong anjing
itu, atau pun tidak. Anjing itu sepertinya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.
“Anjing itu kan najis Mughallazah. Najis berat. Darah anjing
pula tu. Ah.. Biarkan sajalah,” pikir Mamat.
Sanggupkah anda? Tepuk dada, tanya diri !
Mamat buat tak nampak saja kejadian itu. Lalu dia beredar dari
tempat itu secepat mungkin. Tapi hatinya masih ragu-ragu dengan tindakannya
itu.
Mamat teringat cerita ustatnya bahawa terdapat seorang pelacur yang masuk
syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Islam memang menyeru
umatnya berbuat baik kepada semua bintang, termasuk anjing mahupun babi
sekalipun.
“Walau anjing itu najis,
tapi dia makhluk Allah juga. Aku harus menolongnya..” bisik hati kecil Mamat.
Mamat menghampiri anjing
tersebut yang bergelimpangan di tepi jalan itu. Nyata anjing itu sudah mati dan
menjadi bangkai. Mamat memegang anjing itu, dan membawanya ke tepi jalan untuk
menanamnya.
Ternyata, tindakan mamat
itu diperhatikan oleh sepasang kekasih yang berada di situ.
Awek: “Baby, tengok
sana. Gila betul. Pakaian nya saja gaya orang beragama, tapi selamba aje pegang
anjing tu..” (sambil berbisik ke telinga balaknya)
Balak: “Ye lah beb.
Orang kita ni, kalau belajar agama banyak sangat pun, boleh jadi mereng (gila)
juga. Patutnya, kurang-kurang pun berlapik la. Anjing tu kan najis. Jom kita gi
ushar (tengok) di kejap, baby..”
Ada makna ke bertudung , tapi selamba badak je pegang-pegang yang bukan muhrim ? - Gambar Hiasan
Sambil berpegang
tangan , pasangan kekasih itu menghampiri Mamat yang sedang menggali lubang
untuk mengebumikan bangkai anjing tersebut.
Awek: “ Tapi bang,
anjing tu kan najis. Mana boleh pegang kalau tak pakai sarung tangan. Ada darah
lagi..”
Mamat: “Ah.. tak ada apa-apa la, kak. Bangkai ni Cuma
najis. Bukan berdosa kalau pegang. Nanti saya samak (cuci) lah..”
Balak: “Bang, najis tetap najis. Abang ni kan
belajar agama. Mana boleh main pegang-pegang bangkai anjing ni..”
Mamat terdiam seketika. Mahu mendigest apa
yang pasangan kekasih tu mahu memberitahu dia. Sambil tersenyum.
Mamat: “ Akak, abang. Maaf ya. Saya tahu
itu. Anjing ini mati dilanggar kereta. Jika semua orang membiarkan saja bangkai
ini di tepi jalan hanya kerana ianya najis, nanti bangkai ini akan membusuk,
mereput dan mengganggu lebih ramai orang. Lebih baik jika ada orang yang
menanam bangkai ini. Lagipun , ia hanya najis dan tidak berdosa..”
Terang Mamat lagi,
“Bagi saya, LEBIH BAIK MEMEGANG NAJIS,
DARI BERPEGANG TANGAN DENGAN BUKAN MAHRAM. Ustat saya cakap , sabda nabi: "Sesungguhnya kepala ditusuk dengan besi panas itu lebih baik
daripada memegang lelaki / perempuan bukan mahram." (HR. Thabrani dan
Baihaqi)”
Muka awek dan balak tadi terus berubah. Tersengih seperti kerang rebus, dan akhirnya berlalu dari situ menahan
malu, tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah berlalu sambil melepaskan pegangan
tangan masing –masing.
Monokuro chan !!!
Again gua tanya ni.. Best kan pegang tangan balak / awek korang? Heh..
Renung-renungkan dan selamat beramal.
This is Mejah, OUT !
(idea asal: internet. Gua olah semula ikut gaya gua. harap maklum)
[ Makluman ] <Entry ini telah ditambah sedikit sebanyak oleh Mejah sendiri sebab ada beberapa orang komen entri kali ni isi tak banyak.Tak cukup. Tak puas. So, trimas atas teguran ikhlas anda,Mejah dah tambah siket-siket dari pandangan Mejah (tulisan gua kaler Hijau, gitu!). Harap anda berpuas hati. And to Cik Yaya, jgn kecik hati. U've done a good job. Tq~>
Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it !
Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi
pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan
seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula,
seorang wanita. Boleh dikatakan, Yaya
ni macam alter ego Mejah la. Chewah.
Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah
tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek
Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu
melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan
pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.
Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya
sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason
Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap
dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas
rindu menulis blog.
Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat
entri kali ni. Hehehe~
Yaya Menulis:Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The
Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)
Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem.
Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering
disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes
sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.
Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan
di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window
shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah
seorang mamat yang menegur kawan Yaya.
Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas
bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat
yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan
Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan
Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.
So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window
shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun
rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya.
Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .
The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~
Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu,
tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF
mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai
10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.
Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan
minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In
fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.
“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop
gila.” - kawan Yaya
Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa
kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda.
Buntu. Memikirkan beberapa perkara.
“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”
“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”
“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak?
Nenek? ”
Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat
(tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ).
Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali
pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya
mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why
bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.
"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan.
Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia
keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar
satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,
“You.. Balak tadi tu
handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”
But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex
Mejah tu.
“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF
awak?”
Sebab.. Mejah tak hensem pun. <--Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.
Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya
tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB
atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh
diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia
mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar
mengedit gambar! Hehehe~
Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format
totallymejah, SnS(Short n Simple).
·Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~
Sejujurnya, rata-rata pasangan yang Yaya perhatikan, tak
semua macam tu.So gejala Beauty and The Beast ni,bagi Yaya masih pada kadar
yang normal dan masih terkawal. Biasanya, Yaya lebih suka tengok pasangan yang dah berkahwin,
kerana bagi Yaya,pasangan bercouple tu bukannya jaminan. Couple budak-budak zaman
sekarang hanyalah trend. Dan Yaya yakin, jika Yaya tanya budak-budak muda yang
sedang berkepit sana sini tu, rata-rata akan cakap yang dia orang tak pasti
sama ada mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau tidak. Masih
mentah dan tak matang lagi. Infact, topap pun pakai duit PTPTN atau duit mak
bapak, apatah lagi merancang dengan lebih jauh tentang masa depan.
Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty
and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu. Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan
sama-sama buruk. Macam Yaya, sama cantik
dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’
Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan.
Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal
rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah
pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan
mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak
berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis
playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak
seberapa itu.
Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang
rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih
pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka
pentingkan.
Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami
yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang
semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang
belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua
jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage,
mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di
masa hadapan.
Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch !
Mereka kembali pada basic :Beauty is only a skin deep and doesn’t
last forever.
Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu
dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan
mereka cerah.
Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab
rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang
tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni.Sweetalker
bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent
akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.
And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat
special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal
/ basketball, skill yang tahap gaban
dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan
bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam
bidang masakan. Get it?
Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana?
Then,again. Another good reason is because, lain orang ,
lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the
beholder”. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di
mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si
Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but
bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak
lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
Conclusion
Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam
masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la
kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend
dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri
sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu
sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu
pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh
lagi cun dan lawa? Hentikanlah .
"Will you love me , even with my darkside?"
Darkside- Kelly Clarkson.
.:: Jap Yaya. Mejah Nak Menambah ::.
Jangan cakap korang deny benda ni la. Coz aku pun camtu. Tapi, kalu korang tak skeptikel cam gelagat tukang masak kat atas, gua salut korang! Hup-Hup !
Personally, bagi Mejah- beauty is not everything. Coz, gua ada travel ke sebahagian tempat dalam dunia ni dan jumpa macam-macam orang. Semua manusia dijadikan Tuhan cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Cuma , sejak kecik, kita dididik yang cantik dan handsome itu adalah model. Yang gojes dan cun itu penyanyi, pelakon. Sampaikan, ada minah tu cakap kat gua, dia diet dan nak kuruskan badan dia kaw-kaw semata-mata sebab nak jadi model. Gua tanya dia, apa sebab dia nak jadi model. Dia hanya cakap, sebab model tu orang yang lawa-lawa. Dan semua perempuan nak jadi model. Gua diam. Tak cakap apa-apa. Sebab gua tak nak bergadoh dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia. Yang minah tu tak tahu, gua pun ada kawan yang jadi model. Model iklan syampoo kereta sebetulnya. Dan dia jadi model syampoo tu pun sebab nasib dia baik. Sebab dia tak lawa pun.(Bagi gua la, kan?) Tapi da rezeki dia, kan? Tokey syampoo keta tu suka tengok senyuman dia. Biarlah. Gua bangga ada kawan model syampoo keta. Heh. The point is, cantik atau handsome nya kita, tak bermakna jika orang yang kita sayang tu, tengok kita dan rasa nak tapak-tapak muka kita dengan kaki dia. Pointless. Tak kisah la korang selawa dan seseksi Rosie Huntington-Whiteley (alah, makwe Transformers yang baru tu)sekalipun, tak bermakna kalau balak korang tak lalu nak tengok anda.
Rosie Huntington : Pergh.. meleleh beb.. Da la cun.. Speaking slang British.. Model VS plak tu,.. Owh.. Owh..
Baik korang muka biasa-biasa saja, tapi bila suami/ orang yang sayang anda tengok korang, derang rasa nak belai , nak pelok dan nak sayang korang, kan? Bukan gua nak cakap, semua orang kena jadi buruk dan tak lawa/hensem, tapi kalau korang rasa korang tak lawa /tak hensem, tak bermakna korang harus merendah diri. Tidak. Perangai tu kena jaga. Mulut tu lazer(sarcasm)skali skala takpe, tapi jangan mulut hudoh (a.k.a mulut takde lesen dalam memburuk dan membusukkan orang). Janganlah orang kutuk; "Perangai sama buruk dengan muka" or "Harap muka je lawa,perangai epic fail" or "dah la perasan comel, mulut pulak longkang". Sebab, gua pernah jumpa dan bergaul spesis-spesis ni; yang perasan cun dan mulut tak berlapik bila marah- yang buatkan gua pikir, baik tak payah ada bini lawa tapi perangai dan mulut hampeh. Apa guna kita cun, tapi sebab perangai kita yang tak berapa munasabah tu, orang tak respect pada kita. Kan?
Avatar Cik Fatt ; Flaunder the Fish. Comel. Hik hik.
Bak kata Cik Fatt, sorang member gua, dea cakap- Quote:
"Ye la..dari mne wujud perkataan ugly? Hodoh...tu sume rekaan mnusia sejagat...
Sbb mata diorang x brknan..terus ckp hodoh
N d fact is..God creates each of u beautifully in His eyes..spe kite nk ckp..Hodoh~"
Unquote: Tentang bab yang si Fatt tules kat atas tu,korang pikirla sendiri. Memasing da besar, kan? Takkan nak jadi cam budak Emaresem- nak kena suap segala benda. Bagi Mejah,dalam bab Beauty and The Beast ni, biarlah derang tak lawa. Tak sekufu dalam bab paras rupa ni, tapi bila derang bersama, derang bahagia. BA-HA-GI-YA. Paham? Derang happy. Masa depan derang terjamin. Gua lagi happy lagu tu. Kalu dapat yang cun, yang handsome sebagai pasangan hidup tu, kira bonus la. Syukur. Sebab yang penting, kebahagiaan- sekarang dan masa depan yang tyerjamin.Janji dapat restu ayah ibu. Baru berkat perkahwinan tersebut. Insyallah. .:: Mejah habis tambah, back to Yaya ::.
Sebagai akhir kata, Yaya nak share something yang Mejah
tulis di status Wassap dia,
“True love is the ability to love some1 just the way they
are and at the same time, the ability to admit own mistake and weakness”
“Cinta sejati adalah kemampuan untuk menyintai seseorang dengan
sekadar siapa dia dan pada masa yang sama, kemampuan untuk mengakui kesalahan
dan kelemahan diri sendiri”
So. Korang rasa korang
nak boyfriend/girlfriend yang lagi handsome/lawa dari yang sekarang? Cuba take a step back, and think, korang cantik dan lawa sangat ke sebenarnya? Bersyukurlah ada orang yang sayang
korang dengan sepenuh jiwa tu. Jangan menyesal di kemudian hari.
"If you left your lover because you found someone better than
him/her, that person you found MAY left you afterwards for someone who are
better than you. It’s karma."
Remember that. It happened to Yaya before. Hehehe~
Thanks tau sebab sudi baca tulisan Yaya.
Yaya
Salam sayang.
This is Yaya. Muaahkz. <3
P/s-memang betul, rupa taklah penting. Bak kata mak, hati yang
suci dan murni memang sukar dicari. Tapi, sanggupkan anda menatap rupa
suami/isteri yang tak berapa kacak/cantik setiap kali anda bangun tidur untuk
next 30 to 40 years after anda kahwin? Tepuk dada, tanya selera!