Miranda Kerr. Ehem. Tiada kaitan dgn cerita ini, Gambar hiasan.
Dear ex,
I dah hampir berjaya lupakan you. Almost successful utk delete you
dari hidup I. Buang semua benda yang boleh ingatkan I pada you dari dalam
kepala otak I ni.
Tapi, I nak you tahu yang whatssap tu benda celaka. Sebab walau I tak
nak ambik port pasal you pun, kekadang bila I main whatssap dengan orang lain, I
akan terpandang status whatssap you dengan muka profile pic you skali. Memang
tak boleh nak remove you dari apps alah tu. Status you dan gambar you tu buat I
rasa menyampah bagai. Konon you tengah bahagia la sekarang; dah berjaya jumpa
jantan mana yang kaya-raya , hensem dan mampu tahan dengan perangai karut you
tu.
Funny thing about Whatsapp is, even though you already blocked a contact, they still can view your picture and read your status ! Dang!
Semalam I tengah syok-syok bertwit-twit dengan Kilafairy, tetiba tak
pasei-pasei ada orang tegur pasal cara I layan you. Bagi dia, tak patut I
kutuk-kutuk you, cerita keburukan you, peel you dan apa saja tentang you hanya
sebab you pernah buat I bahagia satu masa dulu. Sekarang I tulis entri ni saja
nak bagi tahu, sebab apa I marah sangat pada you.
Perlu la. Siap gua karang entri ni lagi.
Meh sini, perempuan. I bagitau you kenapa. Kalau you sanggup, you
baca la perkataan-perkataan yang I tulis kat bawah tu sepatah demi sepatah. Ready? (tarik nafas,hembus) You.
Kalau you nak tahu, break up pada usia tengah 20-an tu bukan benda
yang kelakar, okay? Memang tak lawak langsung la bila member zaman sekolah or kolej
masing-masing sibuk nak bertunang, atau PM fb mintak alamat rumah untuk hantar
kad kahwin atau instagram gambar ultrasound bebbi dalam perut derang. Bahagianya
derang. You pulak buat perangai you dan kita terfaktab. You boleh bayang tak
betapa berbulunya I? Boleh tak?
You taw tak macam mane rasa dia bila seorang lelaki dah label
seorang awek dalam hidup dia yang she is the one pastu si awek tu blah? You dah
sayang dia kaw-kaw tapi last-last dia breakup dengan you sebab yang tak berapa
munasabah? You tahu tak macam mana rasa dia? Rasa macam celaka, tau tak?
Biar I eja untuk you, C.E.L.A.K.A .
I kerja pun termenung, tak berhenti pikir pasal you siang malam,
dengar lagu jiwang pastu jadi moody mengalahkan perempuan period, pergi
Midvalley rasa nak nangis, jalan gi Alamanda rasa nak meraung, you boleh pulak
buat camtu. Rasa diri dah kosong macam dalam lagu Najwa Latif tu. Tak bermakna.
Sia-sia. Membazir betul buang masa, tenaga, duit sampai bertahun-tahun. Kecewa.
Rasa macam sokong team Harimau Malaya dengan Amar Rohidan dengan Sapik
Rahim jadi midfielder. Nak harapkan derang control game, hold the ball dan passing
bola, dia pulak boleh hilang bola sampai geng Thailand boleh skor dua gol dari
mistake dia sorang. Bangang.
You pernah main game Farmville tak kat FB tu? You tanam jagung,
siram dia, baja dia, sanggup bangun tengah-tengah malam nak tuai jagung-jagung tu.
Tup-tup ada orang lain curi jagung-jagung you. Ha, cam gitu la rasa dia. Cuma
lagi stress la sebab ni bukan game. This is real life.
Real people+Real dream =Real screw up.
Yang buat I lagi sakit hati, you ni kaki pembohong. Kaki tipu.
Kaki putar belit. Ngalahkan Karpal Singh. You suka cerita kat I cerita-cerita
sedih you. Tak cukup duitlah. Tak ada duit makan lah. Tak ada duit nak beli
ubat period lah. Bussit! I tak kisah la you nak pakai duit I. I anggap I
sedekah kat you yang sengkek tu. Cuma I tak puas hati sebab you cakap bohong. Nasib
baik I tak pernah “sentuh” you mana-mana pun. Kalau tak, memang I dah anggap you
perempuan murahan, yang bersepah ada dekat area brickfields tu. Tak boleh cakap
yang cap Bukit Bintang ,sebab yang situ mahal sikit harga dia.
Promosi akhir tahun! Cepat-cepat !
Yang lagi I ralat, I dah anggap you dah macam betul-betul jodoh I .
Dah ajak you bertunang. You tak nak. You bagi alasan yang macam-macam. Tak ready
lah. Nak kerja dulu lah. Masa tak sesuai lah. Lepas you break up dengan I tak
sampai 2 bulan, entah jantan malang mana yang you baru jumpa, tiba-tiba you dah
tergedik-gedik cakap you nak ajak dia kawin. Mana logik you?
Desperate sangat ke? You
mabuk minum todi ka? Woi!!!
Sudah la. I hate to say this but you adelah perempuan paling
celaka sekali yang I pernah jumpa. Rasa macam nak upah je orang kat Siam tu
suruh tembak you. Bukan mahal pun, berapa ratus je kena bayar. For me, its
worth it sebab I dah menghapuskan seorang makhluk yang tak berhati perut dari
dunia ni. Bertambah bersih dunia ni dari perempuan-perempuan parasit macam you.
Tak boleh bunuh semua, dapat bunuh seorang pun dah berbaloi-baloi. Apa sangat
la harga pembunuh upahan tu kalau nak dibandingkan dengan duit-duit I yang u
tipu tu,kan? Sengal.
Orang tiap kali nak makan baca doa. Korang tiap kali nak makan tangkap gambar. Sengal.
Tapi, janganlah pasal I cakap camtu you tak nak keluar rumah
pulak. Pegi la jalan-jalan kat Wangsawalk dengan balak baru you tu. Mintak dia
belanja Burger Bakar Abang Burn,mintak cheese lebih. Favourite you tu kan? Alah,
you kan kaki pau. Ape nak pelik nya. Jangan risau la. I tak buat apa-apa
pakatan lagi dengan pembunuh upahan Siam tu setakat ni. Esok lusa tak confirm lagi.
Jangan salahkan I sebab came out dengan idea upah orang untuk
tembak you. Salahkan fan Justin Bieber yang mintak bekas banduan tu bunuh
Bieber sebab si Bieber tu tak reply surat dia. Sama sengal je dia dengan you
sebenarnya. Hak tuih!
As a conclusion, I’m actually so over you. Finito. You made me
grew up and thanks to you, it’s even harder for me to start believe in women
again. You give love a really bad name. I’m writing this entry is because I want
you to know that some mistakes were not forgiven by just texting “I’m sorry”.
Bussit !
Janji-janji manis yang you beri dulu tu sekadar sembang kencang
yang sekelumit pun tak boleh pakai. Bukan I tak pernah mintak kita sort things
out and head for a new start. Mintak kita bukak buku baru. U bagi alasan bagai.
Lantaklah. Dalam bab ego,I dah pernah letakkan diri I lagi rendah dari tapak
kaki you. Merayu kat you. Benda tu payah orang lelaki nak buat, but you tak
pernah hargai pun. Macam kena ludah rasa dia. Tahi betul lah.
Fine. I terima hakikat yang you bukan jodoh I. Walau selama ni I
macam orang bodoh, penat berjuang sorang-sorang cuba menyelamatkan everything
yang kita ada. Sebab I cakap pada diri I, yang you are the one for me. Sebab tu
walau dekat setengah mati, I rela bertahan.
BAMMMMM! This picture scores BIG TIME !! (refer the Racy Ex post)
Dan setelah apa you buat kat I, you fikir you akan bahagia? You akan
dapat hidup bahagia yang you idamkan tu? Go on. Selagi you tak ubah perangai
you tu, I harap laki you dapat tahan perangai you yang tak berapa munasabah tu.
Hopefully , kalau you stress dengan suami you satu hari nanti,you tak ulang
perangai pelik you tu dan bagi anak-anak you minum Clorox pulak. You kan tak
boleh tahan stress-stress ni. Dasar saiko.
Ape ingat senang senang je I nak maafkan you
dan doakan kebahagiaan you padahal I kat sini menderita macam nak mati lepas
apa you buat kat I ?
[ Makluman ] <Entry ini telah ditambah sedikit sebanyak oleh Mejah sendiri sebab ada beberapa orang komen entri kali ni isi tak banyak.Tak cukup. Tak puas. So, trimas atas teguran ikhlas anda,Mejah dah tambah siket-siket dari pandangan Mejah (tulisan gua kaler Hijau, gitu!). Harap anda berpuas hati. And to Cik Yaya, jgn kecik hati. U've done a good job. Tq~>
Beauty and the fat guy. This is what I'm talking about ! Nailed it !
Mejah demam, so dia bagi peluang bagi Yaya menulis bagi
pihak dia. Okey lah tu. Sekurang-kurangnya, daripada korang duduk baca tulisan
seorang warga Adam sahaja, apakata cuba korang baca dari pandangan Yaya pula,
seorang wanita. Boleh dikatakan, Yaya
ni macam alter ego Mejah la. Chewah.
Siapa Yaya? Nama macam watak dalam cerita Boboboi ? Ha yelah
tu. Mejah tak kasi Yaya pecahkan rahsia. Tapi, yang penting, Yaya ni bukan awek
Mejah. Bukan ex Mejah. Yaya cuma kawan Mejah. Taklah rapat sangat. Cuma selalu
melakukan blog walking ke merata-rata dan pernah singgah di totallymejah – dan
pernah berbahas sakan dengan Mejah tentang isu-isu chauvinism.
Yaya- Bukan Gambar Sebenar. Hehehe~
Maaflah jika Yaya tak mampu berceloteh seperti Mejah, sebab Yaya
sendiri pun tak selalu berblog. Dulu rajin la. Kemudian, da stop da. Ade reason
Yaya sendiri untuk menarik diri dari arena blogging ni. So, bila Mejah cakap
dia demam, Yaya pun mensuggest kan diri Yaya untuk menulis untuk pihak Mejah. Melepas
rindu menulis blog.
Maybe Mejah tengah pening kowt. Tu pasal dia bagi Yaya buat
entri kali ni. Hehehe~
Yaya Menulis:Gejala Beauty And The Beast / Handsome And The
Ugly dalam masyarakat Malaysia (Versi 2.0- Updated)
Gambar hiasan. Tiada sebarang komen. Ehem.
Tak dinafikan, dari dulu sampai sekarang kita sering
disajikan oleh cerita cinta bertema diatas. Bagi Yaya bukan apa, kes-kes
sebegini memang berlaku di hadapan mata Yaya sendiri.
Yaya masih ingat,masa itu Yaya keluar bersama seorang kawan
di sebuah mall di ibu kota. Sedang Yaya dan kawan Yaya tu sedang syok window
shopping (sebab time tu dekat hujung bulan, so gaji tak masuk lagi), tiba-tiba adalah
seorang mamat yang menegur kawan Yaya.
Yaya hanya senyum kambing. Hanya ushar dia atas-bawah-atas
bawah . Tak kacak pun orangnya. Dressing nya pula biasa-biasa saja. Yaya ingat
yang awalnya si mamat tu nak mengurat kawan Yaya yang sorang ni- iyelah, kawan
Yaya ni kan cantik macam Yaya juga, tapi selepas mamat tu blah dari situ, kawan
Yaya beritahu Yaya yang si mamat tu sebenarnya tengah tunggu GF dia.
So , Yaya dengan kawan Yaya pun meneruskan lah program window
shopping kita orang tu dan selepas hampir 4 jam yang amat singkat tu, Yaya pun
rasa kering tekak dan nak merasa sedikit rangsangan kafien kepada otak Yaya.
Lalu, Yaya pun ajak la kawan Yaya tu turun minum Starbucks .
The Coffee experience- Yaya suka mocha !! Wohooo~
Tengah Yaya seronok sedut ice blended mocha Yaya tu,
tiba-tiba lalulah mamat yang tegur member Yaya tadi dengan GF dia. Wallawei~ GF
mamat tu cun gila. Kiok ! Kalau nak banding dengan Yaya sendiri la kan, nilai
10 orang Yaya yang cantik ni baru standing dengan minah yang sorang tu.
Yaya pandang betul-betul mamat yang jalan berpegangan dengan
minah tu, takut-takut tersalah orang ke apa kan, memang mata Yaya tak salah. In
fact, kawan Yaya pun mengesahkan yang mamat tu adalah kawan dia.
“Ha’a. Tu la si Azim tadi. Tak sangka pulak awek dia mantop
gila.” - kawan Yaya
Betul. Terkejut dinosaur la kami berdua sepanjang hari tu. Lupa
kedai mana yang ada banyak offer. Lupa segala kupon percuma. Lupa segala benda.
Buntu. Memikirkan beberapa perkara.
“Kenapa minah tu pilih mamat tak hensem jadi balak dia? ”
“Ada something wrong ke dengan otak si minah cun tu? ”
“Betul ke minah tu awek mamat tu? Bukan kazen ? Kakak?
Nenek? ”
Nasib baik Yaya ada BF. BF Yaya pun tak lah teruk sangat
(tak boleh cakap BF Yaya hensem, sebab dia selalu perasan dia jambu~Hehehe ).
Lagi hensem la dari mamat tu. Iyelah, logiknya. Jika minah cun macam tu sekali
pun, balak dia biasa-biasa saja, Yaya yang cantik biasa-biasa ni ,balak Yaya
mesti lagi kurang hensem dari mamat tu kan? Tapi BF Yaya hensem !! That’s why
bila Yaya fikir-fikir balik, tu Yaya sayang BF Yaya tu.
"You, kenapa awek yang lawa tu boyfriend dia tak handsome? Better awek tu pilih I, kan?" - Gambar hiasan.
Infact, Mejah pun pernah cerita pada Yaya. Masa tu dia
keluar dengan ex dia. Then, tengah dia jalan-jalan dengan ex dia tu, ex dia ushar
satu dua pasangan orang kapel ni. Pastu ex dia tanya dia,
“You.. Balak tadi tu
handsome.. Tapi awek dia biasa-biasa je la..Kenapa ek?”
But,bagi Yaya, personally, nak je Yaya tanya soalan tu pada ex
Mejah tu.
“Awak. Awak nampak cantik. Apsal awak terima Mejah jadi BF
awak?”
Sebab.. Mejah tak hensem pun. <--Sori Mejah. Hehehe~ <--- Yaya. Ex aku marah ko tulis part ni. Haha.
Tapi, Yaya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih sebab Yaya
tak pernah tengok ex Mejah tu depan-depan. Kalau setakat tengok gambar di FB
atau Tumblr tu,pernah la juga stalk. Tapi, semua itu boleh diedit. Boleh
diubah. Basic bagi perempuan nowadays. Kalau tak betul, tak lah Yaya beria-ia
mintak papa Yaya hantar Yaya ke kelas komputer semata-mata untuk belajar
mengedit gambar! Hehehe~
Okey. Sebelum Yaya terus mengarut , baik Yaya ikut format
totallymejah, SnS(Short n Simple).
·Sejauh mana kebenarannya
Sape nak makwe dia ratu cantik? Hehehe~
Sejujurnya, rata-rata pasangan yang Yaya perhatikan, tak
semua macam tu.So gejala Beauty and The Beast ni,bagi Yaya masih pada kadar
yang normal dan masih terkawal. Biasanya, Yaya lebih suka tengok pasangan yang dah berkahwin,
kerana bagi Yaya,pasangan bercouple tu bukannya jaminan. Couple budak-budak zaman
sekarang hanyalah trend. Dan Yaya yakin, jika Yaya tanya budak-budak muda yang
sedang berkepit sana sini tu, rata-rata akan cakap yang dia orang tak pasti
sama ada mereka akan berkahwin dengan pasangan masing-masing atau tidak. Masih
mentah dan tak matang lagi. Infact, topap pun pakai duit PTPTN atau duit mak
bapak, apatah lagi merancang dengan lebih jauh tentang masa depan.
Yang Yaya nak rumuskan, memang terdapat pasangan yang Beauty
and The Beast ni dalam masyarakat, tetapi tak semua macam tu. Ada saja pasangan yang sama-sama cantik dan
sama-sama buruk. Macam Yaya, sama cantik
dengan boyfriend Yaya tu. Hehehe~’
Kenapa ia berlaku?
Mungkinkah kerana, yang tak handsome dan tak lawa itu menjanjikan masa depan yang lebih cerah? - Gambar hiasan.
Kebanyakkan yang Yaya jumpa, yang tak berapa kisah pasal
rupa ni adalah pasangan yang dah banyak pengalaman dalam bercinta. Yang dah
pernah punya pasangan yang lawa / handsome tetapi di kecewakan oleh pasangan
mereka. Yang pernah ada boyfriend handsome tetapi mereka sengkek dan tak
berduit. Yang pernah ada girlfriend lawa tetapi kaki kikis mahupun jenis
playgirl. Atau mereka banyak termakan budi dari insan-insan yang rupa tak
seberapa itu.
Hal-hal macam inilah yang buatkan mereka tak kisah sangat tentang
rupa dalam memilih pasangan mereka. Rupa bukanlah faktor utama mereka memilih
pasangan,tetapi kualiti yang ada pada pasangan mereka, itu yang lebih mereka
pentingkan.
Kawan-kawan Yaya yang cantik-cantik pun ada yang ada suami
yang tak berapa handsome. Tapi, dia orang hidup bahagia sebab cik abam dia tu orang
semua jenis yang ada duit punya orang. Ingat-ingat balik, masa dia orang
belajar sama dengan Yaya di university dulu, boyfriend masing-masing semua
jenis yang tak nak kalah tahap handsomenya. But, when it comes to marriage,
mereka cari yang dapat jamin kehidupan mereka dan kehidupan anak-anak mereka di
masa hadapan.
Jessica Alba pun, kalau di buang kulitnya, rupa dalam dia sama saja macam Yaya yang dibuang kulit muka ! Ouch !
Mereka kembali pada basic :Beauty is only a skin deep and doesn’t
last forever.
Sebab itu, mereka tak kisah suami/isteri mereka tak sekufu
dengan mereka dari segi rupa, asalkan hidup mereka tenang,senang dan masa depan
mereka cerah.
Antara reason lain adalah, mereka jatuh cinta bukan sebab
rupa. Tapi personality pasangan mereka. Yang Yaya tahu, kebanyakkan lelaki yang
tak kacak di luar sana amat hebat dalam bab-bab mengayat awek ni.Sweetalker
bak kata orang. Skill power. So, budak-budak perempuan yang comel dan innocent
akan mudah terpedaya dengan mereka-mereka yang macam ini.
And sometimes, bagi lelaki, kalau perempuan tu ada bakat
special, mereka akan suka. Hal ini termasuklah bakat dalam bersukan eg: futsal
/ basketball, skill yang tahap gaban
dalam bermain gitar, pandai dalam bab-bab komputer, tahu segala benda berkaitan
bola sepak atau sekadar mempunyai bakat yang melampau-lampau terer nya dalam
bidang masakan. Get it?
Anzalna atau Neelofa? Yaya suka Anzalna. Mejah pilih Neelofa. Anda bagaimana?
Then,again. Another good reason is because, lain orang ,
lain taste. Macam mat salleh selalu cakap tu, “beauty is in the eyes of the
beholder”. Senang cakap, maybe minah/ balak tu sangat lawa di mata seseorang,but di
mata orang lain, tak lawa sangat, or worse, tak lawa langsung. Contohnya, si
Mejah ni suka sangat Cik Neelofa tu, kononnya cun hot abes la bagi dia, but
bagi Yaya, Siti Saleha lagi lawa. Or Anzalna ke, kan? Cik Neelofa kamu tu tak
lawa, la Mejah ! <--- Yaya, Neelofa lagi lawa , la!
Conclusion
Natijahnya, sindrom beauty and the beast ni memang ada dalam
masyarakat Malaysia. Tapi, selagi mereka saling bahagia berdua, tak perlu la
kita nak sakit hati. Kalau ternampak minah cun jalan-jalan berkepit dengan boyfriend
dia yang tak berapa nak handsome tu, biarkan sajalah. Tak perlu tanya diri
sendiri, adakah si minah tu buta atau rabun jauh kerana memilih mamat tu
sebagai pacar dia.Tak perlu sakit hati dan bertanya, kenapa mamat handsome tu
pilih minah yang tak lawa tu sebagai girlfriend dia dan bukan anda yang jauh
lagi cun dan lawa? Hentikanlah .
"Will you love me , even with my darkside?"
Darkside- Kelly Clarkson.
.:: Jap Yaya. Mejah Nak Menambah ::.
Jangan cakap korang deny benda ni la. Coz aku pun camtu. Tapi, kalu korang tak skeptikel cam gelagat tukang masak kat atas, gua salut korang! Hup-Hup !
Personally, bagi Mejah- beauty is not everything. Coz, gua ada travel ke sebahagian tempat dalam dunia ni dan jumpa macam-macam orang. Semua manusia dijadikan Tuhan cantik-cantik dan handsome-handsome belaka. Cuma , sejak kecik, kita dididik yang cantik dan handsome itu adalah model. Yang gojes dan cun itu penyanyi, pelakon. Sampaikan, ada minah tu cakap kat gua, dia diet dan nak kuruskan badan dia kaw-kaw semata-mata sebab nak jadi model. Gua tanya dia, apa sebab dia nak jadi model. Dia hanya cakap, sebab model tu orang yang lawa-lawa. Dan semua perempuan nak jadi model. Gua diam. Tak cakap apa-apa. Sebab gua tak nak bergadoh dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia. Yang minah tu tak tahu, gua pun ada kawan yang jadi model. Model iklan syampoo kereta sebetulnya. Dan dia jadi model syampoo tu pun sebab nasib dia baik. Sebab dia tak lawa pun.(Bagi gua la, kan?) Tapi da rezeki dia, kan? Tokey syampoo keta tu suka tengok senyuman dia. Biarlah. Gua bangga ada kawan model syampoo keta. Heh. The point is, cantik atau handsome nya kita, tak bermakna jika orang yang kita sayang tu, tengok kita dan rasa nak tapak-tapak muka kita dengan kaki dia. Pointless. Tak kisah la korang selawa dan seseksi Rosie Huntington-Whiteley (alah, makwe Transformers yang baru tu)sekalipun, tak bermakna kalau balak korang tak lalu nak tengok anda.
Rosie Huntington : Pergh.. meleleh beb.. Da la cun.. Speaking slang British.. Model VS plak tu,.. Owh.. Owh..
Baik korang muka biasa-biasa saja, tapi bila suami/ orang yang sayang anda tengok korang, derang rasa nak belai , nak pelok dan nak sayang korang, kan? Bukan gua nak cakap, semua orang kena jadi buruk dan tak lawa/hensem, tapi kalau korang rasa korang tak lawa /tak hensem, tak bermakna korang harus merendah diri. Tidak. Perangai tu kena jaga. Mulut tu lazer(sarcasm)skali skala takpe, tapi jangan mulut hudoh (a.k.a mulut takde lesen dalam memburuk dan membusukkan orang). Janganlah orang kutuk; "Perangai sama buruk dengan muka" or "Harap muka je lawa,perangai epic fail" or "dah la perasan comel, mulut pulak longkang". Sebab, gua pernah jumpa dan bergaul spesis-spesis ni; yang perasan cun dan mulut tak berlapik bila marah- yang buatkan gua pikir, baik tak payah ada bini lawa tapi perangai dan mulut hampeh. Apa guna kita cun, tapi sebab perangai kita yang tak berapa munasabah tu, orang tak respect pada kita. Kan?
Avatar Cik Fatt ; Flaunder the Fish. Comel. Hik hik.
Bak kata Cik Fatt, sorang member gua, dea cakap- Quote:
"Ye la..dari mne wujud perkataan ugly? Hodoh...tu sume rekaan mnusia sejagat...
Sbb mata diorang x brknan..terus ckp hodoh
N d fact is..God creates each of u beautifully in His eyes..spe kite nk ckp..Hodoh~"
Unquote: Tentang bab yang si Fatt tules kat atas tu,korang pikirla sendiri. Memasing da besar, kan? Takkan nak jadi cam budak Emaresem- nak kena suap segala benda. Bagi Mejah,dalam bab Beauty and The Beast ni, biarlah derang tak lawa. Tak sekufu dalam bab paras rupa ni, tapi bila derang bersama, derang bahagia. BA-HA-GI-YA. Paham? Derang happy. Masa depan derang terjamin. Gua lagi happy lagu tu. Kalu dapat yang cun, yang handsome sebagai pasangan hidup tu, kira bonus la. Syukur. Sebab yang penting, kebahagiaan- sekarang dan masa depan yang tyerjamin.Janji dapat restu ayah ibu. Baru berkat perkahwinan tersebut. Insyallah. .:: Mejah habis tambah, back to Yaya ::.
Sebagai akhir kata, Yaya nak share something yang Mejah
tulis di status Wassap dia,
“True love is the ability to love some1 just the way they
are and at the same time, the ability to admit own mistake and weakness”
“Cinta sejati adalah kemampuan untuk menyintai seseorang dengan
sekadar siapa dia dan pada masa yang sama, kemampuan untuk mengakui kesalahan
dan kelemahan diri sendiri”
So. Korang rasa korang
nak boyfriend/girlfriend yang lagi handsome/lawa dari yang sekarang? Cuba take a step back, and think, korang cantik dan lawa sangat ke sebenarnya? Bersyukurlah ada orang yang sayang
korang dengan sepenuh jiwa tu. Jangan menyesal di kemudian hari.
"If you left your lover because you found someone better than
him/her, that person you found MAY left you afterwards for someone who are
better than you. It’s karma."
Remember that. It happened to Yaya before. Hehehe~
Thanks tau sebab sudi baca tulisan Yaya.
Yaya
Salam sayang.
This is Yaya. Muaahkz. <3
P/s-memang betul, rupa taklah penting. Bak kata mak, hati yang
suci dan murni memang sukar dicari. Tapi, sanggupkan anda menatap rupa
suami/isteri yang tak berapa kacak/cantik setiap kali anda bangun tidur untuk
next 30 to 40 years after anda kahwin? Tepuk dada, tanya selera!