“Awak. Ada duit tak menjaminkan kebahagiaan.Kebahagiaan
adalah saat-saat bersama orang yang kita sayang.”
Cinta dan kebahagiaan itu lebih penting dari duit -Sang Mantan |
Somebody pernah
bagitau gua yang duit tak menjanjikan kebahagiaan dalam hidup. Dia juga percaya
yang dalam hidup ini, jodoh kita telah ditetapkan oleh Tuhan. Tak kira apa yang
berlaku, jika jodoh itu tiada, maka tiadalah. Dan jika jodoh itu ada, ia takkan
kemana.
Orang yang percaya pada dua benda ni adalah tak lain tak
bukan, ex gua yang sorang tu.
Jujurnya, entri kali ini bukan lah untuk menyelar dia atau
gua nak cakap yang benda yang dia percaya tu salah,cuma gua nak cakap betapa
dangkalnya pemikiran yang sedemikian. Dan gua mengarang entri ini juga bukan
disebabkan oleh dia seorang, tapi berkaitan dengan beberapa kes yang berlaku
di sekeliling gua.
Gua tak tahu macam mana orang perempuan berfikir. Mungkin,
perempuan-perempuan yang gua jumpa dan bermasalah adalah dari golongan yang tak
berapa matang, atau yang sedang terkial-kial memahami erti kehidupan. Tak
banyak penglaman. Terlalu percaya pada fantasi. Atau mereka berpura-pura untuk
tidak memahami reality kehidupan.
To start of, gua kasi contoh terdekat dengan gua. Ex gua
yang sorang tu. Menurut dia, duit tak menjanjikan kebahagiaan. Gua terasa ralat
sangat bila dia cakap macam tu. Mungkin bagi dia, walaupun dia boleh memilih
pasangan hidup yang berada, namun jika suaminya sibuk bekerja, dia takkan
merasa bahagia dalam rumah tangga.
Bagi dia, segala kemewahan hidup itu tak dapat digantikan
dengan belaian sang suami yang berada di sisinya saban hari. Malah, terpaksa
dibayar dengan kesunyian hidup tanpa insan yang dia sayang. Bagi dia, apa guna
ada rumah besar, kereta besar, berduit, tetapi tidak bahagia.
Mungkin dia lupa, yang sang suami sebenarnya bekerja
membanting tulang untuk dia. Siang malam sibuk meninggalkann dia semata-mata
ingin mencari duit memberikan keselesaan untuk dia. Dan tak semua yang mampu
memberi keselesaan kepada isteri dan tidak perlu bekerja keras. Hakikat yang
perlu dia sedar adalah tak semua lelaki di dunia ini yang mampu membeir dia
keselesaan dan bekerja seperti waktu pejabat, cuti di hujung minggu, tidak
stress apabila pulang ke rumah dan mampu memeluk erat dia semasa dia tidur di
waktu malam. Tidak. Tak semua suami seperti itu.
Bukan semua lelaki dilahirkan bijak untuk menjadi pegawai tinggi
kerajaan. Tidak semua lelaki mampu memegang jawatan dalam parti politik dan
melobi projek-projek kerajaan. Tidak semua lelaki anak ahli peniagaan terkenal
dan bakal mewarisi peniagaan. Tidak semua lelaki dilahirkan kacak dan mampu
menjadi pelakon atau model yang dibayar mahal. Tak semua lelaki bernasib baik
seperti itu.
Ni gambar orang bergaduh, bukan gambar orang nak mengawan. Harap maklum. |
Jika dia merasakan duit tu tak penting, cuba teka berapa
ramai pasangan suami isteri yang bercerai sebab duit? Gua malas nak cari info
dan statistic dalam bab ni. Namun dari cakap-cakap kawan gua yang kerja di law
firm, banyak pasangan yang bercerai sebab suami tak mampu bagi nafkah pada
isteri dan anak-anak. Padahal, bila ditanya balik, mereka sebenarnya telah lama
bercinta, ada yang bercinta sejak dari bangku sekolah lagi-suka sama suka,
saling bahagia, namun akhirnya bercerai.
Satu je pesan gua pada anak-anak dara kat luar sana, pesan
yang nenek gua pesan pada umi gua dan anak-anak perempuan dia,
“ Along kalau nak cari suami, cari suami yang ade kerja yang
baik, yang boleh tanggung makan minum kau dan anak-anak kau. Tu yang penting. Cari
yang ada agama. Kalau tak cinta pada orang tu tak apa. Lepas kawin, pelan-pelan
(perlahan-lahan) cinta dan bahagia tu datang..”
Tak. Dia tak pesan suruh cari mamat yang kaya untuk
dijadikan laki. Yang penting, calon suami tu berduit dan berkemampuan. Ada yang
rela kahwin dengan suami yang kurang mampu, sanggup hidup di rumah sempit,
makan biasa-biasa saja, asalkan mereka rasa mereka “bahagia”.
Ya. Kebahagiaan itu subjektif. Kebahagiaan bagi setiap orang
itu berbeda-beda. Cuma, kalau hidup tidak selesa, adakah itu dinamakan “kebahagiaan
palsu”? Adakah mereka akan bangun di
katil kecik di bilik sempit mereka setiap pagi dan menipu diri mereka sendiri
dengan mengatakan mereka sebenarnya “bahagia”?
Lebih-lebih lagi,masa bercinta dan baru kawin memang tak
nampak. Nanti bila dah lama kawin, dah mula ada anak, anak dah mula bersekolah
baru tahu langit tu tinggi rendah. Masa tu baru tahu “kebahagiaan” tu sebenarnya pakai duit. Masa tu baru nak
menggelabah.
Bila duit jadi problem, mulalah berlaku perbalahan antara
laki bini. If berlaku gaduh besar, adakah “kebahagiaan” yang derang claim tu
benar-benar “kebahagiaan” sejati atau sekadar sementara sahaja. Silap-silap
haribulan, berlaku cerai berai. Anak-anak terabai. Keluarga bersurai. Tiada
lagi permai.
Nah ambik. On your face. |
Akhir kata, duit tu penting. Secara rasionalnya gua cakap,
bahagia tu boleh dicipta dengan duit. Dan bahagia semata takkan kemana tanpa
duit. Ingatlah, “menangis didalam kereta BMW tu jauh lebih sedap dari menangis
diatas sebuah basikal.”
This is Mejah. Out.