Tuesday, 28 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Luahan Rasa Seorang Awek (Pt. 5)

Gadis dan telefon. Gua agak, rupa S macam ni la based on suara dia. Kah-kah-kah..



Walaupun air liur dan lidah wanita itu lemah, namun ia mampu membuatkan lelaki tersungkur dan menggelupur  .:: Sumber : Wanita ::.


Namanya memang sedap. Cukup indah. Cukup puitis dan cukup ayu. Tapi, cukuplah aku panggil dia sebagai “S” saja dalam coretan aku kali ini. Bukan aku tidak mahu menyebut nama sebenarnya, tapi atas sebab keselamatan, aku terpaksa merahsiakannya. Mana tahu, kut-kut dia ada boyfriend dan si boyfriendnya ditakdirkan terbaca entri aku kali ini, tak pasal-pasal pula S kene tumbuk. Aku cukup tak gemar lelaki memukul wanita. Tak gentlemen.


Selain namanya , S mempunyai suara yang cukup sedap. Lembut.. Lunak.. macam burung tekukur baru belajar nak berjalan. Enam tujuh gelen jugalah air liurku berkecar semasa melayaninya  berbual hari itu. 


Sejujurnya, aku tidak mengenali S secara in person. Kononnya dia mendapat nombor aku dari salah seorang kenalan aku. Aku tak kisah. Dan melalui intonasi suaranya, niat dia menelefon adalah bukan untuk mengurat aku. Kerana agak bosan pada ketika itu, aku relakan saja. Bagi aku, memang tugas lelaki untuk membahagiakan wanita. Meminjamkan bahu sebagai tempat menangis, berkongsi masalah atau sekadar teman berbual. Tempat berbicara untuk melepaskan perasaan. Aku berpegang pada perinsip itu.


A shoulder to cry on. Camni la contoh dia. Bukan tugas lelaki utk buat gadis menangis.  Gua rasa sesal tiap kali gua  buat gadis nanges.  Harap depa semua  maafkan ketelanjuran gua. 


S menghubungiku semata-mata untuk “memberikan pandangan” mengenai lelaki. Katanya, setelah membaca tulisan-tulisan aku di blog ini, hatinya meruap-ruap untuk meluahkan pandangan itu. Masa mula dia sebut “meruap-ruap” itu, kembang juga mata kepala aku. Yalah, mulanya aku sangkakan dia meruap-ruap mahu ambik aku buat suami ! Terasa malu aku sekejap. Heh.


Logiknya, taklah aku faham mengapa S bersusah payah menghubungiku semata-mata untuk berkongsi pandangan dia itu. Apa faedah dia? Apa motif dia? Sumpah. Aku tak tahu. Adakah dia teman mantan awekku, Ifarra - yang mahu aku dikritik secara tidak langsung? Mungkinkah juga dia sebenarnya agen mana-mana GRO, eh NGO wanita yang sengaja “racun” aku? Atau dia semata-mata mahu mengkayakan Telekom Malaysia, sebab itu masa menelefonku dia dan bercakap lama-lama.


Entahlah. Biarlah. Apa pun aku tak peduli semua itu. Yang nak aku kongsikan adelah cara bagaimana S melepaskan geram dan memberikan pendapat. Hebat. Terkesima aku. Suaranya langsung tak tinggi, malah lagi lembut dari dodol yang sedang dikacau. Meleleh-leleh. Bunyinya macam isteri yang bercakap dengan suami yang dah lapan bulan tak dijumpai. 


Tetapi jangan keliru, disebalik kelembutan suara dan kelunakkan bahasa itu, S menggunakan banyak perkataan-perkataan yang kasar dan kesat. Perkataan-perkataan ‘ego’, ‘setan’, ‘jahat’, ‘bodoh’ , ‘jin’  yang dilebelkan kepada lelaki seperti mencurah-curah ke ladang gandum terselit di celah-celah kelembutan itu.


Whooops.. Sorry.. Mulot jahat ! Mulot jahat ! Cencored !


“ Orang lelaki memang teruk. Memang tak guna. Sentiasa tak nak mengaku kelemahan dan kesalahan diri sendiri. Pantang berlaku apa-apa dalam relationship, semua kesalahan nak di hempap pada perempuan. Lembu kerbau pun tak amal perangai begitu”. Bayangkanlah kata-kata sebegitu dengan suara yang lemak merdu dan nada suara yang lembut meleleh. Bingung sekejap jugak aku dibuatnya.


S menambah lagi. Dia makin lembut. Makin bermain dengan soal hati dan perasaan.


Hurm.. Sebenarnya, I sungguh-sungguh tak faham apa yang lelaki fikirkan. Dan sekarang I ragu-ragu apakah buah fikiran lelaki yang kononnya berakal sembilan itu boleh ditumpang atau setakat didengar melalui rongga roma sahaja..”


“Perkara pokok yang I nak cakap di sini adalah mengapa dalam kehidupan seorang lelaki, hanya ego dan martabat diri sahaja yang menjadi agenda utamanya? Jika jawapannya hanya untuk menunjukkan kekuasaan macam Firaun, atau untuk memberitahu kaum wanita bahawa lelaki adelah kepala kepada semua benda, maka tujuan itu telah pun tercapai. Sampai bila pun kami tetap tahu bahawa secerdik mana atau sehebat manapun semangat dan kemampuan kami, kami tak mampu menandingi lelaki. Kami tetap memerlukan lelaki untuk mengemudikan kehidupan kami dan kami tetap tak berupaya untuk membuat anak sendiri..”


You.. Biar I bagitahu you perkara yang selama ini lelaki tidak tahu dan tak mahu angkat tahu…”


Aku terdiam. Apelah agaknya yang dia nak cakap. Dub-dab-dub-dap dada aku. Cam ade rahsia besar jew dia nak bagitahu. Rahsia wanita agaknya.


Agak-agaknya, lelaki idaman S kene ade duit cash banyak macam ni.. Tu pun kalau lelaki tu xde kad kredit la..  


“Di hati perempuan, untuk menjadi hero tidak perlu ego. Tak perlu berperangai setan mahupun buaya. Tak perlu juga macho atau pandai berkungfu sana sini. Hero bagi perempuan adalah lelaki yang mampu melindungi dan menyanyangi kami sepernuh hati. Yang percaya pada monogami dan mampu menghantar kami ke Mid Valley, Pavvy atau KLCC dengan senyuman berseri dan poket berisi. Hanya itu, you. Hanya itu yang kami dambakan dari seorang lelaki..”


Aku tersengih. Memang sahih la yang berada di talifon aku tu benar-benar perempuan dan bukan “perempuan” yang banyak dekat Siam tu. Memang aku akui sifat dan nafsu perempuan memang banyak tang situ.


You.. keegoan itu hanya secebis perasaan. Perasaan yang timbul akibat tak yakin pada diri sendiri lantas mencari alasan untuk menutup kelemahan itu. Ego itu kadang-kadang bodoh dan menyusahkan. Percayalah cakap I, bahawa tidak semua perempuan yang suka lelaki ego. Sebaliknya, kami akan bertambah benci dan benci.. dan benci..”


Aku terdiam. Hanya membalas dengan beberapa “hurm” sahaja, tanda aku mendengar, bukan tanda aku setuju dengan kata-kata S. Lagipun, aku hanya sekadar tempat dia melepaskan rasa, bukan tempat berdebat. Biar dia lepaskan , biar dia rasa lega.


When old LOVE died, its actually the begining of a new LOVE. Breakups will only make you a better person in a relationship. Not worse - totallymejah


You.. harapnya I call you ni tak menambah keserabutan otak you yang baru putus dengan awek you tu.. Tak terniat sikit pun di hati I ni.. kalu you feel offended sebagai lelaki, I mintak maaf sangat-sangat. Anyway, I harap kalau you dah tak ada jodoh dengan dia, you akan jumpa dengan orang lain yang dapat bahagiakan you..”


Aku diam sahaja. Ya,benar dia kutuk lelaki. Tapi dia juga kutuk kaum dia sendiri. Tak perlu aku cakap apa-apa. Tak perlu aku panjangkan cerita bergaduh dengan dia pula.


Aku tahu banyak perempuan yang macam S; yang menjadikan kelembutan dan kehalusannya sebagai topeng untuk menyembunyikan segala yang buruk dan membusukkan golongan lelaki. Mungkinkah dia spesis yang terer menggunakan kata-kata yang sama dengan aku tapi berbeza jantina? 


Chumel kan budak ni... Mesti dia tgh cakap.. "Allluuuuw~"
Bagi aku, apa-apapun, bukan salah dia juga dia menjadi sedemikian. Mungkin selama dia hidup, dia telah dipertemukan dengan lelaki-lelaki yang salah. Lelaki yang “setan”. Yang “ego”. Yang “jahat”. Baru sekarang dia berkenalan dengan lelaki jenis aku, yang lemah lembut, nampak baik dan tahu menghargai wanita.


Jujurnya, aku juga pernah menemui wanita seperti itu. Juga pernah berkongsi macam-macam dengannya dari straw, gula-gula getah hinggalah bantal dan tilam. Dan aku yakin aku akan terus menemui perempuan yang seperti itu. Dicari atau tidak, ia akan tetap datang. Datang atau tidak, aku aku tetap mencari ! Heh.


Oh.. Neelofa.. Awat muka hang mengingatkan aku kepada mantan aku? Owh~ (Gambar Hiasan Semata-Mata)
***************************************************************


Tamat Entri kali Ini.


(This is just a fiction. Nonit to feel butthurt whatsoever)


This is Mejah. OUT~

Saturday, 25 February 2012

Surat Untuk Adinda : Golongan "Les-B" Di Tepian Pantai





Gambar hiasan. ( Jalan-jalan sambil pegang tangan?  Syok woo.. )
Salam , sayang.


Lewat sore tadi hujan menggila turunnya . Seluruh bumi kekanda di sini basah dan lencun. Seronok dan bertepuk tangan itik-itik di kampung kekanda bermain air di baruh. Sehingga ke malam ini, dingin nya masih terasa. Membelit diri dan tangkai hati kekanda. Dingin yang membawa ingatan kekanda melayang jauh mencari adinda. 


Memang benar kata orang, kesunyian, kesepian dan kedinginan ini membuatkan hati dan jiwa manusia ini menjadi resah gelisah. Sekonyong-konyongnya, jika bertunjangkan nafsu semata,mahu saja kekanda merangkul erat tubuh adinda dan berkongsi kehangatan kekanda bersama adinda pada saat ini. Maaflah, kadang-kadang kekanda ini setan juga. Maklum sajalah, kanda inikan baka tak mati pucuk yang subur lagi menyuburkan. 


Beginilah gambaran betapa riangnya gua bermain layang-layang di tepi pantai.  Nostalgik !
Adinda,


Malam ini , mata kekanda merasa segar sekali. Terkelip-kelip dalam kelam malam di tengah-tengah ranjang yang sepi dan kosong; hanya bertemankan bantal, tilam dan bantal sahaja. Namun, kotak fikiran kekanda ini tidak kosong , sayang. Ingatan kekanda kepada satu pemandangan yang kekanda nampak sewaktu bermain layang-layang di tepian pantai petang tadi tidak mahu dipadamkan; biarpun puas kekanda cuba. Ingatan itu menyerang dan mendesak seperti dambakan sebuah jawaban. Sayangnya, jawapan itu tiada pada kekanda, tapi ada pada kaum sejenis adinda.


Adinda,


Petang tadi kekanda ternampak sepasang insan. Kekasih sebetulnya. Mesra. Akrab. Rapat. Hangat. Berdua. Dan kedua-duanya perempuan. Ya, mereka kaum sejenis dengan sayang ! Seikhlas hati kekanda mengakui kedua-duanya sangat cantik dan menawan. Bergetar hati ini. Berdebar dada ini. Teruna sunti mana pun, jika terpandangkan wajah dan susuk tubuh mereka, tentu bergelinyang minta mak bapak mereka kahwinkan. Apatah lagi jejaka seperti kekanda ini, yang sudah tak berapa nak sunti lagi ini.. Ehem..


Adinda mungkin fikir itu cuma scene keintiman biasa sesame perempuan. Kekanda pun pada mulanya berfikiran sama seperti adinda juga. Tapi, sangkaan kekanda meleset sama sekali !


Adinda,hati kekanda ini terguris… melihat  kemesraan mereka yang semacam itu. Mereka saling berpegangan, saling merenung dan saling tersenyum. Saling membelai dan dibelai. Dan, yang membuatkan kekanda hampir-hampir tercekik buah kelapa yang tengah kekanda minum time itu adalah, mereka saling berkucupan ! Ya ! Bibir ke bibir !


Mmmuahkz.. Sleazy, huh ?
Oh Tuhan !


Seperti mahu luruh jantung kekanda kerana terkejut dan terkesima. Mengapa yang dikucup itu bukannya bibir kaum yang sejenis kekanda? Mengapa cuping telinga kecil yang digigit-gigit lembut itu bukan dari kaum jantan ? Mengapa mereka memilih untuk menyagat bibir di pipi di tempat yang salah? Bukankah lebih bagus jika mereka saling menyagat bibir masing-masing di kertas pasir daripada melakukan benda yang sama di kulit kaum sejenis? Even,kekanda pun tak pernah memperlakukan adinda sedemikian. Jealous betul kekanda dibuatnya !


Adinda,


Sungguh kekanda sukar menerima kenyataan bahawa perempuan-perempuan cantik, tulus ,mulus , kiut miut dan mantop itu tidak ada perasaan kepada lelaki sebaliknya ghairah terhadap spesis sendiri. Keghairahan apakah itu? Kesongsangan apakah itu? Sungguh kekanda tidak mengerti, adinda… Terbit rasa kasihan pula kekanda pada diri kekanda pula. Hanya mereka saja yang mengetahui mengapa ia dibiarkan menjadi nafsu nombor satu dalam hidup mereka.


Apapun alasan dan jawapannya, kekanda tetap tak dapat dan tak mampu nak digest.  Bagi kekanda, kaum wanita semakin kejam. Bukan setakat mahu mendominasi dan mengusai dunia lelaki, malah telah mengeksploitasi dan memanipulasi insan sejenis kekanda dengan godaan dan kecantikan. Dan kini, spesis adinda cuba membazirkan kaum kami pula… Cilakak !


Adinda,


Sebenarnya, kekanda amat terkesan dan merasa terhina dengan situasi ini. Kekanda ralat dan berasa terkilan. Mungkinkah lelaki sudah semakin tidak berharga di mata perempuan? Atau, mereka yang sememangnya sudah tidak bermata lagi? 


Katakan TIDAK kepada Seksualiti Merdeka !


Kejap lagi kekanda nak keluar jumpa ketua kampung kekanda. Kanda mahu ketua kampung buat satu petisyen untuk ditandatangani  ramai-ramai orang kampung kekanda demi menentang kebebasan seksual. Nanti kekanda akan update adinda lagi kalau ada apa-apa, okay? 


Juga kim salam pada papa adinda. Pesan pada dia, kekanda tak dapat balik ke kampung adinda hujung bulan ini kerana menghadiri kursus motivasi bersama Dr. Rozmey di Wangsamaju. 


 Pergh... Cukup-cukuplah korang mengata dia.. Kah-kah-kah..


Salam sayang,


Kekandamu.



Sunday, 19 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Aku, Ifarra & Moving On (Pt. 3)

Heartbreak.jpg. Hurm~






You can't start the next chapter of your life if you keep re-reading your last one  :. Retweet from Miss Mea.: 


Pagi tadi aku bangun dengan rasa yang berbeza. Rasa konfius. Rasa sedikit bangang. Juga secebis rasa tak berapa enak. Aku tengok kucing aku. Dia renung aku balik dan menguap malas macam tuan dia jugak. Dia dah biasa bangun lagi awal dari aku. Pagi ini pon samalah. Semalaman aku termenung. Sedang memikirkan masa depan aku dengan Ifarra  yang kian suram dan tenggelam dek masalah masing-masing.  Aku dah memilih untuk melepaskan dia pergi sepergi-perginya. 


Berhenti mengharap. Noktah.


Aku capai Blackberry aku. Aku menengok mesej-mesej yang masuk selama aku membuta ; notification FB, FB PM, BBM, Twitter dan mende-mende lain. Tertengok aku status YM Ifarra. Happy semacam dia pagi tu. Macam tak ada apa yang berlaku semalam. Aku menghela nafas. Macam naga dalam cerita How To Train Your Dragon yang mak aku minat bagai nak rak itu. Sejujurnya, seems like Ifarra dah tak nak angkat port pasal relationship kitarang. Either dia betul-betul tak kisah atau dia saja buat-buat tak kisah, Tuhan saja yang tahu.  Dia tu bergenetik ego. Sama spesis cam aku juga.


Sedutan dari HTTYD : Best woo citew ni. Skali tgk, menatang Nightfury ni sejibik macam kucing aku. Hohoho~  


Lepas aku let go dia semalam, aku berBBM dan texting-texting dengan Alleana, Arriea, Melinda dan beberapa kenalan perempuan aku yang lain. Bukan mintak simpati, tapi minta pandangan dan nasihat.  Si Azalea sorang je aku tak kacau. Aku tak nak dia ada kaitan dengan isu aku dan Ifarra.


Si Melinda pulak beria-ria nak call aku, tapi aku menolak untuk dengar suara dia yang lemak berkrim tu. Bukan apa, nanti apa pulak kata Alleana, Arriea dan yang lain-lain jika aku hanya asyik melayan dia seorang malam semalam. Better texting dan berBBM saja. Aku lagi selesa begitu. Tak juga aku mahu derang dengar aku menangis teresak-esak mengenangkan Ifarra. Hilang macho, bro !


“You tak terfikirkan nak cari pengganti kew before you tinggalkan Mesia?”


“Nada mesej abang macam dah orang yang banyak tak puas hati. Dengarnya abang dah mula jeran pada perempuan..”


“Hahaha.. padan muka ! Dulu berlagak handal sangat. Wordsmith kunun.. Tengok skarang apa dah jadi? Orang yang paling ko treasure pun takleh ko buat dia balik ke sisi ko..”


“Jangan la you risau . Di luar sana ramai lagi perempuan yang sedia untuk jadi awek you dan jadi wife you in the future. Satu hari nanti, Tuhan akan ketemukan you dengan orang yang benar-benar dijadikan untuk you..”


Ha.. Tipon aku ni macam ni jaa.. Mesej pon tak boleh simpan banyak2.. Dalam 80 keping lebih saja.
Kalau aku nak muatkan satu-satu sindiran, nasihat dan bujukan yang aku terima sejak tersebarnya cerita penderitaanku, mungkin aku boleh buat satu kitab kata-kata perangsang untuk orang yang baru lepas kena reject dek awek. Percayalah, banyak – sehinggakan aku rasa yang ada ayat-ayat pujuk yang diaorang kidnap dari Google , copy, paste dan hantar pada aku. Phrasing ayat yang sama terus. Tapi, tak kisahlah. Aku ucap kasih pada mereka sebab dengar rintihan aku. Sweet betul dia orang. Sanggup tak tidur malam semata-mata nak redakan hati aku yang berkecamuk . 


Sekidit (sedikit) sebanyak mesej-mesej itu memang menghidupkan kembali semangat aku. Alah, sekurang-kurangnya aku tahu ada juga orang yang ambil berat ke atas diriku nan sebatang kara ini. Sama ada si Aleeya, Arriea, Arra malah si Melinda pun sebenarnya awal-awal lagi sudah tahu akan hubungan aku dengan Ifarra. Derang sendiri pun tahu betapa specialnya Ifarra di mata aku. Tapi derang buat tak kesah sangat,asal aku boleh menemani derang selama aku tak bersama dengan Ifarra


Melambak-lambak web kat internet yang ade menyajikan  kata-kata nasihat utk org2 yang heartbroken ni; 9GAG, tumbler, twitter, etc. So, if ade member korang yg heartbreak, surf up la utk cari kata-kata semangat utk derang, okay !


Infact, si Melinda sendiri pun aku pernah marah sebab dia memperlekehkan si Ifarra aku tuh. Menangis-nangis dia mintak maaf sebab aku marah dia balik dan aku membekap Ifarra. Sampai dia nak berikan aku cenderamata yang bapak dia belikan dari Italy tanda mintak maaf. Aku tolak- aku bukan materialistic, aku just mintak Melinda tak kutuk Ifarra lagi di masa depan. Tengok, betapa sayang nya aku pada Ifarra pada masa tu!


Ehem. Balik pada peristiwa semalam.


Tetapi, perlu kusebutkan juga bahawa tak semua mesej-mesej yang aku trima bertujuan untuk memberikan perangsang kepada diriku yang malang ini. Yang ambil kesempatan pun ada juga. Habis diungkit-ungkit perbuatan silam ku . Seorang minah dari BB Bangi tu misalnya, dia punyalah kutuk macamlah aku pernah pegang dia kat mana-mana. Pelik bin ajaib aku dibuatnya. 


Bagaimanapun, macam biasa; jika mengutuk aku itu dapat membahagiakan  hati perempuan, aku rela dikutuk seumur hidup. Tapi, syaratnya perempuan tu kena la cantik sikit.. Heh..


Imaginasi. Fantasi. Okay lah tu, senang nak taw yang tahu if someone tu dah berpunya ke idak. Or yang dah berpunya, tapi nak cari orang baru ! Heh !


Carilah Pengganti.. Move On..


Itulah rumusan yang dicerminkan oleh mesej-mesej dari mereka yang bersimpati itu. Ada seorang dua itu malah memujukku dengan ayat-ayat yang mendayu dan meleleh-leleh macam mayonis dalam iklan KFC Zinger Burger tu, hinggakan dua tiga kali aku terpikir nak pergi cari derang, lepas tu terus mintak dengan tulus ikhlas supaya diambil jadi menantu emak dan abah dia.

Tapi, ini bukan aku yang dulu. Yang masih mentah itu. Aku ngaak mahu tersilap lagi, bak kata Azalea- cewek Indon ku itu. Aku perlu berhati-hati. Aku tak akan benarkan lagi menjadi korban keinginan.


Pergh... Meleleh wa cakap lu.. Best tu kalau kita kepit burger tu ketat-ketat dan jilat  mayonis kat celah2 daging dan roti tu. Nikmat seyh !


Aku tak perlu tergopoh kerana tak ada apa yang perlu aku gopohkan. Aku tak mahu menjadi seperti sesetengah lelaki yang membawa resmi kucing jalanan yang tersondol-sondol untuk meminta sesuap makanan.  Aku tak mahu begitu. Aku tak minat. Aku mahu jadi seperti kucingku yang amat kelas dan malas itu ; yang hanya akan makan jika makanan mahal disuap terus ke mulutnya. Kalau tak suap atau suap sebarangan, tak makan dia. Malah, siap tarik muka lagi !


Ego?


Tidak. Aku sekadar berkata segala yang benar. Segala yang aku rasa. Sehabis tulus. Aku masih seyakin dahulu bahawa lelaki aku adalah besi berani yang tugasnya menarik logam-logam lain; bukannya membenarkan diriku ditarik oleh logam-logam itu. Please !


Hah? Tak tahu apa tu "chauvinist" ? Google la wahai abang dan kakak ! Jangan nak mudah & spoon feed cam budak-budak Emaresem !


Maaflah- aku bukan chauvinist. Aku sekadar menyatakan apa yang aku rasa dan setakat sekarang, aku merasakan lelaki adalah sebaik-baik dan secantik-cantik makhluk di alam maya ini. Kalau tak percaya, cuba renung-renungkan; ayam- yang mana lebih cantik, yang jantan atau yang betina? Tengoklah singa pula, yang mana yang lagi lawa, jantan atau betina? Jawab !


Okeyh. Aku tahu ramai yang berkromosom XX tak puas hati dengan kata-kata aku. 


Kalau itu masih belum meyakinkan, tengoklah pada manusia; yang mana sebenarnya lebih cantik dan sempurna ? Jawapannya tentu lelaki dan sebab itulah kami tak memerlukan gincu, bedak, foundation atau sepupu-sepapat yang seangkatan dengannya. Tanpa semua itu pun kami tetap anggun, tetap lawa dan paling penting sekali , tetap berbisa !






Nota kaki


This is just a fiction. Nonit to feel butthurt whatsoever. Entri ni aku tulis sambil dengar lagu “Sepanjang Hidupku” oleh Maher Zain. Lagu tema cinta aku dan Ifarra satu masa dahulu. Tsk-tsk.. Nak sambung nanges balik rasanya.. (TT___TT)


This is Mejah. Out.

Tuesday, 14 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Aku, Melinda & Valentine (Pt. 2)

Tarikh Tulis    : 14 Februari. Malam. Lepas tengok bola.


Masa berlaku : Hari yang sama. Siang.




Last year ade jugak orang kasik aku Famous Amos dalam bekas camni.   Kira jiwang jugak la orang yang kasi benda ni . Aku makan jew cookies kat dalam tu. Tak ambik port sangat bab jiwang menjiwang ni. Ehem.


Sunyi.


Aku tak tahu mengapa. Tarikh 14 Februari pada tahun ini aku tak seperti tahun sebelum-sebelumnya. Sunyi dan membosankan.


Tahun lepas , aku ada candle night dinner dengan amoi Sarawak mana ntah di sebuah tempat di tanah tinggi di Malaysia. Ntah hidup entahkan mati amoi tu skarang. Aku dah tak kontek dia sejak Ifarra marah gila dekat aku sebab keluar dengan amoi tu. Aku ni memang menurut kata- bukan queen control, tapi sebab sayang. Di ulangi, sebab aku sayang dia. Noktah.


Di fikirkan balik, ada yang satu tahun tu yang aku ditempah oleh 3 perempuan yang berbeza pada hari yang sama - dari anak dara, anak yang tak berapa dara dan juga yang dah ada anak dara ,atau sebetulnya mak budak ! Nasib baik aku tahu cover line. Kalu tak, masak aku. Heh!

Malam semalam sebelum aku masuk tidur, lepas jam dua belas, bertalu-talu juga mesej “Selamat Hari Valentine masuk ke dalam talipon bimbitku ; mesej dari nombor perempuan-perempuan yang aku kenal,tak kurang  juga dari nombor yang aku tak kenal langsung. Yang mana aku kenal,aku hanya reply pendek. Ucap terima kasih and cakap derang sweet sebab derang ingat dekat aku. Yang mana aku kenal tapi aku tak berapa berkenan, aku padamkan saja mesej tersebut.


Semalam, aku sebenarnya menunggu SMS atau panggilan dari seseorang- Ifarra. Ya, Ifarra - satu-satunya perempuan aku yang aku anggap sebagai kekeasih awal dan akhir ku itu. Bukan aku jual mahal dan harap dia start texting aku dahulu. Tidak. Aku hantar pada dia- tak berjawab. Masih marah pada aku agaknya. Memang aku akui - egonya memang tinggi. Terutamanya kalau aku yang salah. Kata-kata bujuk rayu yang rapuh dan manis macam biskut Oreo perisa vanilla tak berkesan pada dia. Aku buntu.


Sedap doe Orio kalau makan camni. Korang x pernah try kew?  Lagi best kalu full creame milk yang sejuk tu, korang blend secukup rasa dengan orep, tambah eskrim Vanilla sket. Sedut pakai straw besar. Layan seyh !


Tapi, pada awek-awek yang lain di luar sana, memang kena pakai ayat-ayat manis. Ayat-ayat shahdu, meleleh-leleh wa cakap lu. If dia ushar kita dengan mata yang kelipok-kelipok, kita dengan konfidennya kene membalas renungan  mata derang dengan kelipak-kelipak. Then, senyum siket.  Aduh, bisa mati mas ! Bisik gadis Indon yang sanggup berenang menyeberang Selat Melaka kerana ingin mamadu kasih dengan aku. Ah, teman tapi mesra !


Waduh. Nggak usah sampei mati. Saya nggak maw kawin sama mayat!” kata ‘setan’ aku padanya, sambil senyum sehabis kacak. Tak perlu pakai minyak dagu. Tak perlu ubat guna-guna atau susuk. Tak payah amal ilmu pengasih. Setan sentiasa ada bila kita bermain cinta. Menghembus-hembus. Meniup-niup, supaya kita terlajak perahu, terlajak kata dan terlajak semuanya. Lepas dah terlajak macam-macam, si setan ni pulak akan berguling-guling gelakkan kita. #ROTFL# kata mereka.


Aku tahu tu. Dan korang pun tahu tu.Bukan tak tahu. Tapi, aku ni kan jantan yang subur. Jantan ni lawannya perempuan. Dan dua-dua manusia. Dua-dua saling tertarik dan melengkapi satu sama lain. Lemah pulak fikiran. Sudah. Kalau iman tak kuat, terkorban sajalah jawapannya. Tapi, janganlah sampai merogol atau membunuh. Jadi kalau korang tak reti beringat macam aku, jangan berjinak-jinak . Payah nak stop.


 Adele. Satu perkataan saja. Ossem (awesome) !


“ Nevermind I found someone like you,
I wish nothing but the best for you too~”


Eh. Handset aku menyibuk pulak. Baru nak buat ceramah agama siket. Aku baling kang handset ni ! Ish !! Dah la kantoi ringtone aku lagu jiwang.


Hello…” sambut aku malas. Malas semalas-malasnya. 


Bang, abang dekat rumah tu kan? Jom kita keluar,” terpacul suatu suara lemak merdu. Lemak berkrim. Disukai ramai. Macam familiar, tapi aku tak kenal.


Sapa ni?” sergah aku. Bosan.


Ala. Abang ni. Buat-buat tak cam pulak. Ini Linda lah.


Oh.. Melinda! Abang ingat budak perempuan yang lorat yang selalu kacau abang tu..” pujukku lembut.. lidah.


Budak perempuan mana pulak?” sergah dia. Kali ni giliran dia pulak berbunyi garang. Rawwr~


Entah lah. Yang abang tahu, dia cakap dia tengah tunggu SPM. Dia suka kacau abang..kelentongku sakan. Dalam hati aku tengah gelak berdekah-dekah.


Bagitau Linda nama dia, alamat dia, nombor talipon dia. Biar Linda cari. Linda nak ganyang dia !” jeritnya lagi. Tak puas hati. 


Erm.. Linda, tak payah. Dia tu budak lagi. Baru nak jadi model dan pelakon.Kalau Linda ganyang dia, karang berbopeng-bopeng muka dia yang kiut dan tubuhnya yang seksi tu. Kesian la dia.Takut tak laku !” lidah aku mejadi lembik luar biasa. Lembik bak jeli. Agar-agar kelapa jelly.


Biarkan rasanya menari-nari diatas lidah anda. Lembik. Melekit. Sedap dihisap-hisap lembut. Kelapa jelly.


“Linda tak kira ! Sekarang abang mesti keluar dengan Linda! By hook or by crook !” Mak datuk.. suaranya macam nak menggegar bumi.  Ada slang mat salleh siket. Stay classy.


Abang tak ada duit..” jawabku ringkas. Alasan. Suara aku seolah-olah tersekat di kerong..


Sejak bila abang keluar dengan Linda kena keluar duit?tempelaknya sepuas hati.


Itu yang abang malu tu!” ujarku bagai embun. Sejuk,bersih dan suci.


Sudah. Abang bersiap cepat. Hari ini kan hari special bagi Linda. Sekarang jugak Linda pegi ambik abang ! ” 


Jeng ! Jeng ! Jeng !


Ush  ! Garangnya dia. Tegas habis. Memang dasar anak orang kaya. Yang dia tau, dia nak aje apa dia nak. Tak kesah la camne-camne pon. Brutal. Lagi brutal lagi bagus. Makin macho aku jadinya. Heh~


Ini jantan bukan sebarang jantan beb ! Setakat Melinda,yang berpengalaman  pernah kawin 2 kali dan putus tunang 3 kali itu, belum cukup handal untuk menumbangkan aku. Aku kat rumah pun dia nak datang ambik lagi. Cari aku. Kejar aku. Aku tumbangkan dia dengan kata-kata manis aku saja. Tak payah pakai sepak terajang macam sesetengah suami atau balak orang yang putus wayar tu. Dayus !


Yang lebih lawaknya, si Melinda ni lebih tua dari aku 5 tahun. Tapi, dia tetap panggil aku, “bang” ! Dan aku pulak, kekadang boleh panggil dia "baby" !


Hehehehehe.. Gelinya.. Auww~


Gambar hiasan. Actually, ni ayat untuk mengayat. So, pandai-pandai la guna bila tiba masanya.



Sunday, 12 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Aku, Azalea & Krismas (Pt. 1)

Antara sebab aku suka krismas -  Super Santa Helper !!
Hari krismas tahun lepas cukup bersejarah.  Rasanya sampai aku kena timbus tanah pon aku akan ingat sampai bila-bila. Abang aku pun tentu camtu jugak. Demikian jugalah agaknya dengan cewek Indon yang baru aku kenal, Azalea Mahabumi amende ntah nama penuh dia. Bab menghafal ni aku fail siket.


Kalau ikut buku, Azalea sepatutnya menyambut krismas di rumah kawan sekuliahnya di Terengganu.  Tracy, kawan baik dia katanya. Ada pulak orang Kristian yang sambut Krismas di Terengganu. Tak sangka pulak aku. Beria-ria dia minta kebenaran dari aku, macam aku ni laki dia pulak. Heh. 


Aku selamba je lepaskan dia pergi. Bagi dia kenal negeri tempat penyu bertelor tu. Dalam pada itu, aku usik-usik juga si Azalea. Aku pesan pada dia, jangan la sampai slang Indon beliau tu jadi lintang pukang sebaliknya dia dari Gannu. Hilang la keunikan dia jika “kapan” disebutnya “kapang”, “ngapain” tertukar jadi “ngapaing” atau “ikan” dibilangnya “ikang”. Kalau setakat bercakap dengan aku saja aku tak heran - aku pun ada baka Kelantan juga. Takut-takut bila dia balik ke Indonesia nanti, dah tentu mak bapak dia naik pening dan tersalah makan papan pula !


Biarkan si Azalea kenal negeri "Gannu" ni. Biar dia rasa betapa enaknya keropok lekor & keropok losong original dari Terengganu.
P/s- Raya Krismas orang Gannu hidang kropok jugak ew? (O_____O) ???


Sepatutnya Azalea bertolak pada malam Sabtu. Malam orang pakat berebut nak balik kampong untuk cuti panjang – heret ke cuti tahun baru. Malam yang para drebar bas berebut untuk asah kaki untuk tekan minyak dan juru tol lenguh mengambil duit tol masok tabung kerajaan. Aku sendiri pun agak bizi ketika tu. Aku nak hantar Blackberry aku ke kedai, kamera ade problem siket. Tu plan aku. Warranty valid lagi.


Time tu si Ifarra tengah merajuk sakan dengan aku time tu. Dia buat-buat tak nak angkat port saja akan apa yang aku nak buat. Pada si Arriea, aku bagitahu dia yang aku sudah selamat berada di kampung . Pada si Alleana, aku bilang sama dia yang malam itu aku akan tidur awal- kerana pagi esoknya aku akan bertolak ke kampong. Dan pada si Azalea juga aku khabarkan benda yang hampir sama. Aku akan henjut balik ke kampong setelah basnya bertolak pada malam itu. 


Hanya pada si Melinda, aku bagitahu benda sebenar yang aku hanya akan balik pada malam Ahad. Sebab dia awal-awal lagi dah booking aku untuk temankan dia shopping Chrismas. Aku pantang benar menolak kalau si Melinda ni  ajak keluar. Sebab, wallet aku x pernah terusik pun bila keluar dengan dia. Rasa cam aku pulak si makwe dan dia pula si balak- sebab dia tanggung semua perbelanjaan everytime aku keluar dengan dia. Heh.


Heh. kalu bas cenggini ade kat Mesia. Aku tak teragak-agak  untuk booking tiket awal-awal. Rela naik menatang ni utk balik kampung berbanding naik benda lain. Pokefan la katakan.


Bagaimanapun, nak dijadikan cerita- takdir penentu segalanya. Rancangan Azalea ke Terengganu berubah pada pagi Sabtu itu. Azalea menelefon aku, bagitaw aku yang dia tak jadi beraya Krismas di sana.


“Ada kawan Azalea nggak sempat beli tiket,dong. Kasihan Lea, dehhh… Lalu Lea berikan aja tiket Lea padanya.”


Aku terkedu. Blurr kejap. Tapi aku bangga. Kalau dengan orang lain pun dia sanggup berikan tiket dia, dengan aku entah apa yang sanggup dia kasi kalau aku mintak. Heh. Senyum setan kejap aku. 


Tapi, betul kata Wak Jawa yang pernah aku campur- cewek-cewek yang berasal dari kampong Azalea memang baik-baik hati belaka. Memang terbukti cakapnya.  Terima kasih, Wak !


Terima kasih, Wak ! a.k.a  Pak Salam Erwin Joko Anuar .Hehe~


Habis tu, Azalea macam mana?” tanya aku, kaget. Dan pertanyaan aku itu bukan untuk bermanis mulut semata-mata, memang aku risau akan Azalea


“Ah.. Celebrate aja di KL..”


Aku hanya berdiam. Mendigest jawapan ringkas Azalea. Sebelum sempat aku buka mulut, Azalea menyambung..


Sendirian.”


Tiba-tiba aku rasa hiba. Touching abes. Tak sampai hati aku nak bayangkan wajah Azalea yang cantik tu menangis tatkala dia sendirian sedangkan aku bergumbira bersama familyku. Lagipun aku risau kalau minah Indonesia tu bersendirian sambut tahun baru di KL. Ntah buaya mana pulak yang akan dia jumpa dekat Daratan Merdeka, Bukit Bintang mahupun area-area KLCC tu. Somehow, aku rasa risau dan aku rasa bertanggung jawab pada dia. Kalau dia tu jantan macam aku ni tak apalah juga. Makin seronok apa sambut tahun baru di KL nun.


Lot 10. Member aku dari Gannu sebut "lokteng". Miahahaha~
Pagi Ahad itu aku resah. Rimas . Tak sedap hati. Agak kucar-kacir aku bila teringatkan si Azalea. Pun begitu, hari minggu itu aku teruskan plan aku untuk meneman Melinda shopping. Terus aku tak bukak Fesbuk mahupun main application Foursquare atau FB Check In; takut kantoi dengan Ifarra, Arriea, Anisse mahupun Azalea  sendiri. Berkepit sakan jugalah aku dan Melinda dari pagi ke petang Ahad itu. Dari Lot 10 ke One Utama. Semua dia beli pakai cap seret kad saja. Dia cakap, dia tak suka ambik baki bila dia membayar. 


Heh.Dasar anak orang kaya yang berlagak. Menyampah jugak aku kadang-kadang. Tapi sometimes, lagak dia tu buat aku kagum. Bak kata Melinda, “Everything you do, stay classy... Dengan aku-aku skali kena jaga class bila bersama dengan dia. Terselit juga rasa bangga bila keluar denga Melinda- bangga sebab aku bertindak sebagai penggerak ekonomi Malaysia tiap kali dia seret kad kredit bapaknya tu. Heh.


Dan lewat petang Ahad itu juga aku buat keputusan, bawa Azalea ke rumah abang aku di pinggir bandar KL. Dengan-dengan aku sekali tak jadi balik ke kampung. Dan Azalea menerima pelawaan ku dengan wajah yang berbelah bahagi, yang mana bahagian seronok dia nampak lebih banyak dari bahagian yang tidak. Abang aku pun ade bersama Kak Niena, yang aku dah anggap macam kakak ipar aku sendiri kat rumah abang aku tu.


Bagi gambar hiasan. Biar korang berimaginasi sket.
Kami balik, sampai ke rumah abang aku, yang mana Kak Niena tengah  sibuk hias pokok krismas. Dia x sambut Krismas pon, tapi saje-saje buat sebab bosan dok rumah. Maybe ada kawan-kawan dia nak datang sambut Krismas di rumah dia pon aku tak tahu.


Aku masih ingat lagi betapa gabranya suara umi aku tatkala abang aku menelefon dia memberitahu yang kononnya aku bawak balik menantunya berjumpa abang aku. Memang tipikal ibu bapa Melayu. Asal ade member berlainan jantina je yang berjumpa dengan ahli keluarga terdekat, mulalah berkumandang pelbagai cerita. Dah la dengan aku tu cewek nun dari seberang. Maunya tak terkejut gorilla derang. Atau maybe derang pulak risau takut aku dilarikan ke Lombok ka, Danok ka or something like that. Hakikatya, aku pun tak faham. Aku gelak je.


Malam itu, makan malam kiterang jadi cukup bermakna. Kami makan besar. Bukan selalu aku ada masa bersama abangku. Tu pun nasib baik dia ambik cuti hujung tahun time tuh. Dia memang baka workaholic. If dia tak cuti dan tak ada kat rumah dia time tu, aku pun x berani nak ajak Azalea datang- risau takut apa-apa akan jadi pada Azalea. Bukan apa,aku ni bukan jenis yang  boleh percaya sangat. Tempoh aku jadi orang baik ni lagi singkat dari tempoh aku jadi tak berapa baik. 


Ada jugak yang relative aku yang duduk area KL yang tetiba beria-ia nak datang pada malam itu. Kononnya nak datang jenguk-jenguk aku dan abang aku walaupun sebenarnya mungkin nak tengok Azalea. Sembang saja, derang tak datang pon.


Tidor selena polar bear. Syok woo~


Malam itu si Azalea tidur di bilik bersama Kak Niena. Malam itu juga tidurku menjadi lebih lena dari biasa. Macam gambar beruang di atas. Tapi, saat nak memejamkan mata aku masih tak berapa faham satu perkara - kenapa umi suruh abang aku pastikan aku tidur dulu di sofa ruang tamu itu sebelum abang aku tidur ?


Gamaknya, dia takut cepat benar dia dapat cucu lettew! Heh !




Gambar hiasan. Heh.




--------------------habis episod kali ini-----------------------------------------




Semoga korang terhibur. Heh. Gua malas cakap banyak2. This is just a fiction, okay ! 


This is Mejah. Out~

Friday, 10 February 2012

Aku Bukan Kasanova (Sebuah Prolog)

(intro)






Aku dah hampir jumpa apa yang betul-betul aku perlukan sekarang. Perempuan.


Ya. Anda telah membaca dengan betul. Gadis dalam bahasa standard ibunda aku. Awek dalam bahasa orang KL. “Marka” dalam bahasa Utara.  Atau “gewe” dalam pelat member aku dari daerah Jeli, Kelantan.  Semua merujuk pada perkara yang sama.


Ya. Awek. Atau cewek dalam bahasa Indon. Gambar hiasan. Ehem.


Ya, benar. Seorang  awek. Cun. Kiok abes! Dan buat kesekian kalinya, aku yakin yang dia ni perempuan - wanita dalam deskripsi dan makna yang sebenar- bukan perempuan-perempuan dari Brickfields atau Bukit Bintang yang ada time lewat-lewat malam tu. Juga bukan istilah bagi sesetengah “perempuan” cun yang terdapat banyak dekat Thailand tu. I’m talking about the real thing !


Senanya, sekelumit pun tak pernah terdetik dalam paler otak aku ni yang kiterang bole dipertemukan. Bak kate iklan Petronas dalam 4 atau 5 tahun lepas, “ikan di laut,asam di darat, dalam periok bikin muafakat”. Or macam  Ash bole dipertemukan dengan Pikachu dalam siri animasi Pokemon, begitu juga aku dengan dia. Something, yang x pernah disangka dek aku. Mungkin semua ini “rezeki” kepada aku yang suka “bersedekah” kata-kata manis pada gadis-gadis. Tuhan tu nak membalas. Aku redha saja.


Gambar gadis mirip Ifarra.  Ehem. Xleh tunjuk gambar penuh. nanti korang cakap aku perasan pulak.
Sebenarnya juga, perkara ini juga mungkin takkan berlaku jika bukan kerana Ifarra. Tapi, pada petang tersebut, satu-satunya awek tunggalku itu dah buat satu silap besar. I mean, besar gile. Aku ajak dia keluar dating petang tu, but dia cakap x leyh. Ada urusan pejabat. Nak jadikan cerita, aku pon terpaksa la kuar sorang2 - yang mana mengundang perasaan amat bosan tahap gaban. Aku pon gi la lepak kat satu restoran ni.


Then, sebagai seorang lelaki yang normal, suddenly aku rasa sunyi tyme tu. Ade plak pasangan kapel lain yang dok makan2, borak2 & bermesra dgn pasangan memasing kat retoran tu. Damn~. Rasa cam seolah-olah, depa semua tu dok usha dan menganjing aku pada masa yang sama. And of course, sebagai seorang lelaki yang sihat dan tak mati pucuk, aku benar-benar merasa yang aku perlu berdampingan dengan seseorang time tu.


If nak call si Arriea  & ajak dia keluar, si skandal masa zaman sekolah dulu? Dea tengah berserabut dengan balak-balak dia. Tak penah habis-habis or setel-setel dalam bab tukar-tukar balak ni. Tukar balak cam tukar stokin. X kesah la sebab dia cun dan mantap, dia berhak. Yup.


 Kalau korang tu cantik, bekerjaya, matang dan pandai jaga diri sendiri tanpa bergantung pada jantan untuk terus hidup, korang berhak untuk memilih balak cam pilih watak masa main game cam si Arriea. If tak, jangan nak berlagak. Sayangilah boyfriend kome-kome tu. Samething goes to boys !
If nak call si Alleana , awek sekuliah time matrix dulu tu pulak, rasa kurang berselera pulak. Lagipun aku tak mahu rapat sangat dengan minah tu. Risau dia akan ungkit dosa-dosa lama yang pernah aku buat dekat dia. Aku pulak sangat-sangat tak suka dengan insan-insan yang suka mengungkit- terutamanya golongan pompuan.


Sebab bagi aku, pompuan yang mengungkit tu adelah pompuan yang tak cool- dah bagi something kat jantan, pastu ade hati nak mengungkit or nak mintak balik. Kalu camtu, baik x yah bagi ape-ape at the first place, buruk sikuw namanya ! Same thing goes to boys, okeyh ! Mengungkit tu mengundang bala, tahu !


In a relationship, if possibel, time gado2 antara korang, tolong la jangan mengungkit. Sebab most of couple (including yang dah kawin) berpisah sebab "saling ungkit-mengungkit" time gado-gado. The best thing, to make a relationship work, is to menghargai & ingat  pada jasa pasangan anda pada anda dan melupakan apa salah derang pada anda. Yang sudah tu, sudah la. Individu yang kurang matang je yang suka mengungkit ni. Faham ?
Sebab tak tahu ape nak di buat, aku pon lepaklah dekat satu restoran yang dekat dengan hotel tempat aku stay. Dan nak dijadikan cerita, ntah kenapa tetiba mulot aku jadi gatal benor pada petang tu-maybe sebab sunyi, bosan or gersang, aku x sure; aku tetiba bertanya soalan pada minah Indon yang jadi pembantu  restoran tu. Aku pun dah agak biasa dengan dia, campur tolak restoran tu dah jadi salah satu tempat yang aku boleh anggap sebagai dapur emak ku juga. Maklumlah, selama aku stay di sini, dalam seminggu tu ade jugalah lima atau enam kali aku “melantak” atau “mentekedarah” di situ. Faveret aku pon si minah Indon tu tahu- kuey tiaw kungfu, extra kuey tiaw & extra pedas.


Lepas aku tanya dia itu dan ini (sebagai pemanis mulut dan ice breaking),tup-tup mulutku yang tak berapa munasabah ini bertanya pada minah Indon tu,kalau-kalau ade kawan tak yang dia bole rekomenkan kat aku.


“Eh.. ada pak, betul bapak mahu?” soal dia.


“Yalah. Benar, mak,” balasku, dah dia panggil aku pak, kenalah aku panggil dia “mak”. Barulah kena, ye tak? Lagipon, mati-mati aku ingat dia cuma bergurau.


“Kalau mahu dong, contact ini nombor..” dimintanya pen Pilot G2 di saku kemajaku itu lalu ditulisnya sepuluh angka- nombor henfon, Maxis- bermula dan berakhir dengan nombor kosong. 


Aku tengok tulisan dia, bole tahan- lagi cantik dari muka bapuk berbadan sasa yang aku jumpa masa aku makan dekat restoran pondok dekat area Sentul aritu. Dah la bapuk tu senyum-senyum manja kat aku time aku bayar -siyes seram rasanya.


Betul ni?” soal aku yang seolah-olah tak percaya .


Betul, dong. Kalau nggak percaya,minta handsetnya, biar saya ngontact !”  kata minah Indon tu sambil merenung ke arah Blackberry  aku. 


Ni lah gambo Blackberry aku. Segar dari ladang. Siap dengan tangkai lagi. Hurm. Korang penah merasa tak BB jenis yang ni ? LOL


Eh, nanti dulu,” aku mula terasa lain macam. Cam pelik jew. Mesti ade something fishy ni. Mula aku sedar yang si minah Indon ni tak berguraw. Siyes. 


Ini nombor siapa?


Kawan saya. Orang seberang juga


Orang seberang? Indon juga? Dan kemudian terbayang-bayanglah di mata aku ini wajah emak, pembantu gerai, tukang cuci bangunan dan pengasuh budak yang made in Indonesia yang pernah aku jumpa. Oh, tidak !


Maid : Seksi tak saya?  Mejah : Oh, tidak !! 


Aku mula rasa geli hati. Tergelak sendiri. Sumpah. Heh, berjodoh dan berkapel pendatang haram pulakah anak muda yang malang ini ? 


Namun, sungguh ku tak sangka pemikiran sempit dan sangkaan ku itu benar-benar meleset belaka… 


Dia itu benarnya, satu pupu sama saya dong. Tapi,baru saja kemari. Sedang kuliah di ….”


Hah? Budak university? (O____O)


Ya. Awek ala-ala dalam citew Sinetron Indon tu. Itu yang bermain di minda aku di saat  itu. Rawwr~ 


Aku suruh dia ulang balik ayat dia tadi.


Sah, yang dia sebut tadi memang nama sebuah universiti. Dan bukan Universiti Hospital, malah nama sebuah Universiti tersohor di Mesia ini.


Budak university yew?


Ah, all right sangat le tu..


*smiling*


Hehehehe.. Dengan tak semena-mena, tanduk dengan ekor setan aku keluar. Betul cakap mak aku. Aku ni memang dilahirkan bertuah.


To Be Continue


Girangnya hatiku. Segirang senyuman kopi ini. Wallaweih !


------------------------------------end of Prologue-------------------------------


So, cam biasa.


Salam 1 Mesia.


Kali nie, gua karang satu carpen or fiksyen cinta. Tentang seorang mamat yang di dalam alam bercinta. Harus diingatkan, mamat dalam cerita diatas bukan gua (di ulangi, bukan gua, okey?) - and if ada kene siket2 dgn gua tu, mmg x leyh buat apa la. Campur dari pengalaman gua sendiri jugak cerita ni. So, sebarang peristiwa, nama, kejadian dan ape2 sajelah dalam Siri Coretan : Aku Bukan Kasanova ini adelah rekaan semata-mata. Xde kene mengena dgn yg hidup atau yang telah meninggal dunia. If ade pon, hanyalah kebetulan semata-mata.


Motif kisah ni ditules adalah utk biarkan semua orang faham- baik lelaki atau perempuan, cara seorang lelaki berfikir dan bertindak dalam hal-hal cinta. Dan bukan semua lelaki akan berkelakuan cam mamat dalam citew nie. Okey?


Just as a light reading. Hiburan. Ade mase gua sambung lagi.Okey? 


Wassalam.


This is Mejah. Out ~


Nota kaki utk lelaki : Perempuan.. Umpama duit, makin banyak makin… ‘heh!’