There was an error in this gadget

Friday, 2 March 2012

Lelaki Curang Miliki IQ Rendah ? Penafian Teori Secara Bersahaja oleh Mejah.

Mukaddimah. Kena la gambar awek lawa. Takkan nak letak gambar  Pn. Sri  Rosmah Mansor  plak. Kang korang tak baca blog gua! (Gurau Pn Sri. Jangan saman saya !)



"The ability to lie, like the proclivity to cheat, is hardwired into our reptile brains and smart men are just better at it than stupid ones." 


Malam semalam gua tengah syok layan Forum Perdana Hal Ehwal Islam dengan mak and bapak gua sambil berfesbuk. Malam yang amat tenang dan ada pengisian ilmu. Tetiba mata gua ternampak ada status sorang minah ni tulis..


":: Lelaki curang miliki IQ yg rendah. Fakta! Kbaiii "


Terkesima sekejap gua. Gigit jari kejap. Tetiba rasa terpanggil nak menjawab tomahan-tomahan liar berkenaan.


Actually,gua sekelumit pun tak heran dia tulis “lelaki curang” tu, yang gua kesah adalah apabila dia bercakap tentang kebodohan spesis gua. Kemudian, untuk menyokong “kesahihan” status dia, minah tu kasi gua satu link- keratan akhbar Kosmo! bertarikh 2 Mac 2010.


Ini lah entry berita tersebut. Korang boleh baca, ya !


Gua baca. Gua teliti. Tapi firasesat gua sekonyong-konyongnya tidak bersetuju dengan teori mamat berkenaan, lalu gua buat sedikit research untuk buktikan yang teori mamat tu takleyh pakai.  Lalu keluarlan entri kali ni, entri untuk membekap kaum berkromosom XY seperti gua.


Secara ringkasnya, dari kajian gua;



  • Mamat yang bentang teori (bukan fakta) tersebut , Dr. Satoshi Kanagawa , adalah seorang researcher yang sangat karut yang selalu keluarkan teori-teori yang karut dan super kontroversi.
  • Artikel dalam akhbar tu mengandungi unsur biased dan liputan artikel akhbar berkenaan tidak menyeluruh dan sekerat-sekerat sahaja.
  • Kecurangan tidak berkadar terus mahupun songsang dengan IQ. Ia berkadar terus dengan nafsu dan berkadar songsang dengan iman.



First, let’s get the thing right.


Keratan akhbar tu sebenarnya diekstrak dari artikel bahasa Inggeris dari Internet. Dan yang lebih menarik, artikel berkenaan tidak menyebut kandungan penuh kajian berkenaan. Kira penulis artikel dalam surat khabar tu macam main kotor la ; benar dia ada quote data kajian tu, tapi dia main quote sekerat-sekerat dan bukan secara menyeluruh. Dia masukkan hanya sebahagian data kajian tu dalam artikel dia semata-mata nakkan artikel dia tu nampak catchy, cambest dan menarik.  Jadi, dapatkan korang menghidu unsur biased kat sini? 

Lets dig deeper.


Bab-bab IQ rendah ni, gua teringat citew Forrest Gump.  Forrest yang IQ rendah ni sangat-sangat faithful dengan Jenny kan? Don't you guys think so?


"Lelaki curang miliki IQ rendah". Itu statement dia.  Tetapi, setelah penelitian ,frasa “ lelaki curang” dalam kajian tersebut, merujuk kepada SUAMI CURANG. Bukan lelaki playboy yang belom pernah angkat nikah,  bukan lelaki kasanova yang belum pernah tandatangan surat kawin dan tentu sekali bukan lelaki baik macam gua ni. No. Tidak sama sekali. Sebetulnya , artikel tu sepatutnya bertajuk “SUAMI CURANG MILIKI IQ RENDAH”. Faham? Bagus.

Tadi gua ade mention yang artikel dalam surat khabar tu biased dan penyebaran data yang sekerat-sekerat kan? Ni gua eksplain lagi kat korang. Gua dah baca artikel penuh dari researcher tu. Ada benda yang lebih memeranjatkan dari teori beliau. Kalau korang nak tahu , dalam laporan penuh kajian dia, si researcher tu cakap: 

  • Lelaki (berkahwin) yang curang ber IQ rendah  (tiada data nombor khusus)
  • Orang dewasa yang bersifat liberal mempunyai IQ yang lebih tinggi (106) berbanding lelaki yang bersifat konservetif (95) ; pandangan dalam bidang politik dan yang paling best..
  • Orang dewasa yang tidak percaya pada Tuhan (athies) punyai IQ yang lebih tinggi (103) dari lelaki yang kuat pegangan agama (97)

"Semakin kuat kepercayaan kepada Tuhan, semakin bodoh korang jadi" - Dr. Kanagawa, insan yang sama yang  keluarkan teori lelaki curang miliki IQ rendah. What de !


So, terkejut tak? Terkejut dengan teori last tu? Ya, kata researcher tu, dalam kajian dia, orang yang kuat agama mempunyai taraf  IQ lebih rendah dari orang yang tak ada agama. What the ???  Mesti korang tak setuju kan? Ape kaitan agama dengan IQ ? Terang-terang bagi gua yang mamat researcher ni karut.  Hampeh. Tak leh pakai. Pure nonsense!


Wah. Ade pulak orang marah gua sebab kutuk researcher tu. Ya, betol. Mamat tu researcher. Ada PHD. Buat kajian. Suka hati gua jew tudow-tudow dia karut. Marah plak sebahgian korang. Betul cakap korang. Gua belajar pun lulus darjah 6 je. Bukan taraf gua nak kritik teori dia.


Tapi. Sebenarnya, bukan gua sorang yang kritik idea dia . Ramai lagi researcher-researcher lain yang tak sekepala dan bersetuju dengan teori-teori mamat ni.  Tapi , korang tahukan siapa pelopor teori ni? Sape yang menulis artikel demikian? Adekah dia sekarut yang gua canang-canangkan?


 Tadaah !! Sayalah Dr. Satoshi Kanagawa ! Comel tak saya ?  Kiut kan?


Jom kita berkenalan dengan Dr. Satoshi Kanagawa, insan yang bertanggung jawab menulis artikel berkenaan. Gua dah tolong research utk kesenangan korang.


First of all, Dr. Satoshi Kanagawa ni seorang researcher, bukan saintis. Di ulangi, researcher (penyelidik). Or  lebih tepat lagi seorang ahli psikologi yang bekerja di London School of Economics (LSE). Dia buat kajian dalam bidang sains sosial (sosiologi, ekomoni dan antropologi). Dan, kebanyakkan hasil kajian dia menimbulkan kontroversi dan beliau telah dipecat dari komuniti penulis blog psikologi tersohor , Psychology Today pada tahun 2011.


Reason? 


Sebab dia keluarkan teori-teori karut yang biased dan tak berasas dan sangat menyinggung (highly offensive), terutamanya teori bangsa dan daya tarikan.


Nak tahu tahu “teori-teori”  beliau yang karut  tu?


Teori Karut Satu : Attractive People and Their Offspring  (Orang menarik dan keturunan mereka)


Pada tahun 2006, beliau menyatakan bahawa hanya 26 % orang-orang yang berpewatakan menarik lebih cenderung untuk memiliki anak lelaki sebagai keturunan. Bagaimanapun, mengikut seorang ahli statistik Columbia, Andrew Gelmen, hanya 8 % sahaja orang-orang berpewatakan menarik mahu anak berjantina  perempuan, sekaligus bulat-bulat menolak dakwaan dan teori yang dibawa Dr. Kanagawa. 


Sorang bentang teori. Seorang lagi bentang fakta nombor. Mana satu yang korang akan percaya? Nampak tak kekarutan dan kepincangan teori Dr. Kanagawa ? Bila orang ramai persoalkan kembali teori dia tu, dia bagi bermacam-macam alasan. 


Tak habis lagi. Ada lagi teori beliau yang mencetuskan kontroversi . 


Teori  “Bangsa dan Daya Tarikan”.


Teori Karut Dua : Warna kulit dan daya tarikan.
Pergh.. Kalaulah awek berkulit hitam tu tak cun, maka  apa komen anda tentang individu dalam gambar ni?  Tak cun? SAH. Kalu korang kate awek ni tak cun, korang mati pucuk macam Kanagawa. Wakaka~


Dalam hal ini, Dr. Kanagawa menyatakan teori, wanita berkulit hitam tidak semenarik wanita berbangsa lain. Ini kerana, menurut beliau kadar hormon estrogen dalam tubuh wanita berkulit hitam adalah rendah berbanding bangsa-bangsa lain. Kata beliau, awek kulit hitam tak menarik. Tak cun. Tak seksi. Tak Neelofa. 


Walau bagaimanapun, teori beliau sama sekali karut kerana dari data National Longitudinal Study Of Adolescent Health ( jabatan yang mengumpul data tentang keremajaan dan kesihatan kebangsaan), menunjukkan yang daya penarik berdasarkan bangsa dan warna kulit hanya berlaku semasa seorang wanita itu muda (bayi & kanak-kanak) dan semakin kurang kesannaya apabila meningkat dewasa.  


Meaning to say, kalau awek tu nampak tak berapa menarik semasa kecik hanya kerana kulit dia hitam, faktor warna kulit tu menjadi semakin tak penting apabila dia meningkat dewasa. Langsung tak ada kaitan dengan kadar estrogen dalam tubuh. Tarak ! Even gua pun kecur air liur tengok Helle Berry. Tipu la korang tak terliur tengok dia. Lain la kalau korang mati pucuk, heh !


Infact, teori tersebut memang sampah kerana tak ada bukti saintifik langsung yang menyatakan wanita berkulit hitam mempunyai kadar estrogen lebih rendah berbanding bangsa lain. Memang racist abes mamat ni! Mentang-mentang la dia tu putih. Cilakak !


Akibat dari teori bangang inilah, dia telah dipecat dari geng-geng penulis untuk blog Psychology Today pada tahun 2011. Dan dia telah pun meminta maaf atas penyataan teori tersebut. Kritikan pada Dr. Kanazawa, yang banyak dalam lingkungan akademik beliau, dengan pertuduhan data yang meragukan, andaian yang tak sempurna, dan analisis yang tak tepat menyebabkan hasil kajian yang kurang lengkap dan biased. Ringkasnya,dia memang karut !


Teori Karut Tiga : Kesihatan seseorang itu bergantung kepada taraf IQ, bukan  taraf kehidupan.
Tengok, budak-budak  Afrika ni pon gelakkan Kanagawa tuh. Siyes.


Dan teori yang paling gua takleh blah adalah, beliau penah cakap yang “Kesihatan manusia bergantung pada ketinggian IQ, dan bukan kepada kadar kemiskinan”. Menurut beliau, kadar kesihatan penduduk di Afrika itu rendah kerana IQ depa rendah, dan tak ada kaitan langsung dengan kadar kemiskinan! Hebat tak teori beliau? Korang sendiri decide la.


So. So far, adakah korang akan pegang kata-kata kajian beliau mengenai teori  “Tahap IQ dan Lelaki Curang” dia? Korang sama bangang dengan dia kalau korang percaya pada teori dia tu. Seriously. Teori ni macam teori Darwin la. Teori adelah andaian berdasarkan kajian, dan bukannnya fakta. Ia tak semestinya betul dan boleh dipertikaikan. Faham? 


Bagi gua la personally, IQ tak ada kaitan dengan kecurangan seorang suami. Bagi gua yang tak buat research ni, gua suka berfikiran logic, kritikal dan analitikal. Bercakap berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang sedikit yang gua ada ni.


Put on your thinking cap ! And lets be logical people !  FCUK (Fashion  College of United Kingdom)  Dr. Kanagawa !


Lets simplified:


LOGIC POINT 1:
Makin cerdik seorang lelaki tu, makin tinggi niat dia untuk menipu dan curang. Dan adakah lelaki kurang cerdik itu lebih cenderung untuk menipu? Fikir-fikirkan lah.


LOGIC POINT 2:
Lelaki yang bijak dan terer ni jarang terkantoi bila menipu/curang ,compare dengan lelaki yang tak berapa cerdik. So, adakah lelaki yang kurang cerdik ini cenderung untuk curang atau tidak?


LOGIC POINT 3:
Kecurangan bergantung kepada karekteristik dan nafsu, bukan bergantung pada tahap kepandaian. IQ tak ade kaitan dengan kecurangan !


Konklusi


Lelaki cerdik, secara logiknya lagi cenderung untuk curang. Noktah.


Gua menetang lelaki curang. Kalu nak pasang dua, kene melalui  jalan yang betul. Barulah jantan, namanya !  Kesian nyawnyaw ni kan? Kah kah kah !


Tapi. Ini tak bermakna gua sokong dengan lelaki curang. No no no. Tidak sama sekali.


Bagi gua, kalau seorang lelaki tu curang tanpa pengetahuan pasangannya tu ternyata bodoh. Seriously. Lembu kerbau pun tak amal perangai demikian. 


Ini kerana, memetik kata Cik Panadol, seorang blogger;


Walaupun mereka telah memiliki awekz yang cun siot, tunang yang ayu, isteri yang baik, anak-anak yang comel, dan keluarga yang bahagia tapi mereka masih lagi memilih untuk curang. Mata mereka masih lagi melilau2 menskodeng2 pompuan lain. Mulut mereka masih lagi t’lebih gula mengumpan semut2 yang ramping tue. Ya, itulah tanda2 kebodohan mereka. Tanda2 bahawa IQ mereka sgt rendah.


Sudalah pendidikan pun biasa2 saja. Kerja pun biasa2. Gaji pun cukup2 skali dah kawen, ada niat lagi nak curang. Tak ker bodoh namanya tue?


Kalo mereka memiliki IQ yang tinggi, mereka tidak akan berfikir untuk curang kerana kebahagiaan suda ada di dpn mata dorg. Betul tak? Tapi kenapa mereka still memilih untuk curang? Yup, becoz they are stupid!


Bagi gua, if gua ade awek cun yang cun bagai Neelofa, dan sayang pada gua macam gua sayang pada dia, memang IQ gua zero la if gua curang ngan dia. Oh, Neelofa !


Tu kata dia. Kata gua, lelaki yang berlaku curang, either pada awek atau isteri sendiri tu,jenis orang yang tak matang dalam perhubungan. Kalau lelaki tu seorang yang betul-betul jantan dan bertanggungjawab, si awek or si isteri tu patut tahu. Jujur dan tak ade selindung-selindung. Barulah kacak namanya! 


Gua tak menolak poligami. Kerana poligami tu sah dalam Islam. Gua bukan kapir nak menolak hukum Tuhan yang memang ada dalam Quran. Just, if  seorang suami tu nak berpoligami, kenalah dengan cara yang betul. Okay?


Setel. Lega gua rasa.


Jangan lupa sebar-sebarkan. Sharing is caring, peeps.


This is Mejah. Out.


P/S: Okeyh. Maybe korang pikir ade benda gua tipu or reka-reka kan? Ni list of websites yang korang bole baca utk maklumat lanjut. Trimas.

Happy reading. We are typical Malaysian afterol.






4 comments:

  1. wwyyhh entry ko ni serius terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makacih kak.. Gua saje jew gtaw pandangan gua. Siyes gua rasa si Kanagawa tu tolol benar orang nya. Saje buat teori pelik-pelik sengaja nak mencapap. Gua rasa gua rasa terpanggil nak betulkan apa yang kurang tepat.

      Thanks sebab singgah, baca nad komen kak ! Saya budak baru blakar blogging.

      Delete
  2. Cool giler Mejah. Akak dah follow kamu. Dan letak blog kamu dlm blog list akak kat tepi2 entry akak. Jgn segan2 dtg singgah blog akak sekali dua kala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey kak.. makacih~

      Sori la gua, i mean , saya budak baru lagi.. blog pun huduh..

      Thnaks sebab sudi baca, And a greater thanks for sharing my blog at your own space..

      Demo Arigato~ nanti saya jengok2 blog akak!

      Delete