There was an error in this gadget

Wednesday, 23 December 2015

TotallyMejah: Kisah Awek Cun Dalam LRT (Sebuah Hipotesis)

Untuk rekod, aku memang selalu naik kenderaan awam. Lagi-lagi jika aku ke KL. Bukan sebab tak mampu berkereta sendiri atau malu naik kapcai, cuma aku memang blurr kalau diberi peluang bawak kereta di KL. Jalan bersimpang siur, terlepas exit, nah tambah lagi 20km kau kena pusing balik or guna jalan jauh.

Lagi satu sebab, kesedaran sivik di jalan raya warga KL ni tak ramai yang setinggi atau lebih tinggi dari aku.

Masuk simpang tak bagi signal, buang sampai ikut tingkap, potong que macam dia sorang je yang bayar cukai jalan, tak beri laluan pada VVIP (eh?) dan tak hormati pengguna jalan raya yang lain. Lu nak potong que, gua bagi jalan, angkat la tangan sikit. Tanda terima kasih. Bukan kena bayar pun.

Silap-silap hari bulan, kalau kereta aku bercium mulut dengan kereta depa sebab salah depa sendiri, aku juga yang kena hentak dengan steering lock. Lagi-lagi kalau orang tu bawak kereta Peranchis cap burung dan bekerja sebagai perunding majlis perkahwinan. Kah.

Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku naik teksi. Tapi, aku sengaja tak nak. Naik teksi di KL ni leceh banyak kalau bukan naik teksi kupon. Hakikatnya, hukum kalau naik teksi di KL ni “pemandunya sentiasa benar”. Tak kiralah sama ada kau nego dengan dia tambang teksi ataunak pakai meter, harga yang dia letak tu takkan jadi lebih rendah, malah kadang-kadang lagi tinggi dek depa dah ubai suai meter.

Lagi mengarut kalau kau masuk je dalam teksi tu, si pemandu tu start bukak topik politik. Kalau sessi ceramah politik tu disertakan dengan secawan dua kopi, okeylah juga. Ini habuk pun tarak. Ibarat irama dan lagu, mana boleh pisahkan cerita politik, kutuk kerajaan tanpa pembasahan anak tekak dengan kopi, mas! Hilang seri! Itu fasal lah orang politik ni tak boleh survive kalau tak ada kedai kopi atau coffee house.

Grabcar? MyTeksi? Uber? Entahlah. Aku bukan IT savvy kinda guy. Tak reti benda-benda alah tu. Ah, WhatsApp aku pun jarang aku jeling sejak mula hidup bersendirian ni. Kadang-kadang orang terpaksa call aku supaya aku check WhatsApp. Fikir-fikir balik, ada baiknya aku pakai telefon cikai yang berharga RM30 dekat Pasar Karat Chowkit. Bateri pun tahan lama.

Jujurnya, aku suka naik LRT. Biarlah harga tambang akan naik tahun depan pun. Bukan sebab banyak memori keluar berdating dengan ex aku dengan naik LRT, tapi banyak benda yang aku belajar. Tentang ragam orang, tentang himpit-himpitan, tentang senggol-senggolan, tentang yang cukup sifat tapi pura-pura buta dan rabun duduk di seat OKU dan sebagainya.



Tapi itu semua bukan perkara pokok yang aku nak highlight kali ni. Perkara yang aku rasa seronok nak sentuh adalah kenapa pemandangan (dan bau) dalam koc LRT tu berbeza benar waktu orang nak pergi kerja dan waktu balik dari kerja. Yang pasti, dalam perjalanan pergi, bertaburan wajah-wajah yang manis, comey, cun dan lawa. Bagaimanapun, semasa balik, keadaannya lain benar. Nak cari yang sedap mata memandang tu memang payah. Yang ada pun, sayup-sayup dalam seorang dua. Yang banyak adalah yang rupa mak budak. Mana pergi semua yang lawa-lawa pagi tadi? Berkemah di tempat kerja kah?

Kawan aku mempunyai pendapat sendiri tentang hal ini. Katanya, “Masa pergi kerja lain bro, masing-masing masih segar bugar, baru lepas pasang badan, jadi naiklah serinya. Waktu balik, tubuh dah hilang letih. Tak ada mood. Maybe kena marah dengan boss lagi. Kau tahulah, orang perempuan ni, bila tak ada mood, ibu ayam pun tak berani nak tengok..”

Itu aku faham. Budak yang tak mumayyiz pun tahu perkara tu. Yang aku tak faham, mana perginya yang lawa-lawa, cun meleleh-leleh yang aku tengok pagi tadi? Mana?

“Itu bab lain. Yang cun-cun, lawa-lawa, mantop-mantop ni lain. Saham depa tinggi. Depa berpeluang dapat boyfriend yang berkemampuan. So, bila habis waktu bekerja, masing-masing boyfriend datang jemput..”

Habis tu, time pagi, time pergi kerja, kenapa depa tak berhantar pula?

“Waktu pagi selalunya singkat. Lecehlah kalau si boyfriend tu nak jemput aweknya, hantar pergi kerja dan bergegas masuk ofis depa pulak. Waktu habis kerja lain, lepas jemput boleh singgah mana-mana dulu. Makan burger bakar abang Burn ke, singgah Baskin Robbin ke.. boleh rehat-rehat.. boleh ringan-ringan..”

Owh pulak. Okay.

“Ada lagi satu sebab…” tambah dia.

“Most of the case, time awek tu pergi kerja, dia dibiarkan pergi kerja sendiri sebab si boyfriendnya aku tugasan lain..”

Tugasan apa pulak?

“Hantar bini dia. Hantar anak dia pergi sekolah. Aku pun buat macam tu jugak, Mejah. Masa aku pergi kerja, aku hantar bini aku. Masa aku balik, aku jemput awek. Bergilir-gilir la. Bini aku balik sendiri..”


Aku terdiam. Dan kini, faham lah aku kenapa banyak isteri orang yang cantik-cantik dibiarkan balik sendirian.

Yelah, takkan korang nak tengok aku angkut bini orang yang lawa-lawa hantar depa balik rumah pulak!

This is Mejah. Out.

Wednesday, 9 December 2015

Damia Arissa : Salah Faham Tentang Cinta

“INI TIDAK ADIL !!”

Ini gambar Cik Yuyu. Digunakan tanpa izin. Sekadar gambar hiasan, harap maklum.


Tempik hati kecil Damia Arissa.

“Kenapa kau harus memilih Syuhada dari aku?”

“Kenapa dia?”

“Kenapa HARUS dia?”

Dirasakan dirinya mahu mengamuk. Melepaskan nafsu amarahnya kepada Razman, melepaskan raksasa Gorgon yang diperam dalam dirinya sekian lama kerana mahu dilabel sebagai budak baik oleh orang-orang disekelilingnya.

Ikutkan hati, mahu saja dia selerakkan meja soleknya yang dipenuhi barangan mekap mahal dan perfume dari luar negara itu untuk melepaskan rasa geramnya. Mahu saja dia memberontak dengan membaling bantal-bantal dan jujukan anak patung diatas tilam empuknya kepenjuru bilik. Mahu saja dia menyelerakkan anak-anak patung Barbie koleksinya yang tersusun kemas di atas almari hiasan biliknya itu.

Kalau mengikut logik akal singkatnya, sudah tentu dia mengambil kunci kereta Mercedez ayahnya, memandu dengan laju dan merempuh pagar rumah Razman- masuk ke dalam rumah saja dia mensabotaj lelaki itu bak Kelly Clarkson seperti klip Since You’ve Been Gone.

Namun tidak, rasa marah dan tak puas hatinya yang meluap-luap itu dipendamkan saja dalam dirinya dengan menghela satu nafas panjang.

Damia sedar yang dia bukanlah sementah dulu. Menjadi anak perempuan tunggal kepada Tan Sri Rasyid dan Puan Seri Zhara bukan lesen untuknya untuk menjadi anak manja yang mana hanya tahu mengamuk apabila tak mendapat apa yang dikehendakinya. Dia kini cukup dewasa untuk tidak berpeel  demikian.

Dia juga tidak terlalu naif untuk meneguk alkohol atau menelan pil khayal untuk melupakan bencana yang dirasakan seperti "kiamat kecil" yang melanda dirinya.

Iman dia masih ada. Akal dia masih tajam dan waras untuk tidak berbuat demikian.

Damia juga sedar yang walaupun dia dari golongan yang berada, wang ringgit dan status yang dimiliki olehnya itu tidak mampu membeli kasih sayang dari Razman, lelaki yang dia minati bagai nak rak itu.

Damia menghempas tubuhnya yang genit itu keatas katil. Persalinan tidur sutera yang membaluti dirinya itu tak bisa menyelesakan hatinya yang berkecamuk itu. Lantas, lengan kanannya diletakkan di atas dahinya yang mulus itu, ibarat orang baru kalah judi. Mengenangkan kisah cintanya yang kian malap.

“Razman, kenapa kau harus berikan aku harapan, sedangkan sejak awal lagi hati kau sudah memilih Syuhada?”, soal  Damia, memulakan sessi monolong dalaman dengan dirinya sendiri.

“ Aku cantik. Aku ada kerjaya. Aku ada harta. Aku dari keturunan baik-baik. Apa kau buta?”

“ Kenapa kau harus pilih Syuhada? Kenapa?”

“Memang dasar jantan @#$&^!”

Maki Damia pada Razman, “jantan” yang dia mula minati saat pertama kali bertentang mata sewaktu lelaki itu datang menemuduga di kompeni bapaknya. Namun rasa cinta ibarat ombak tsunami yang bergelora dan bergolak dihatinya itu hilang serta merta tatkala dia terbaca status Facebook milik Razman petang tadi. Status yang mana mengesahkan desas desus bahawa Razman sudah selamat menjadi tunang Syuhada.

Hatinya ibarat kaca terhempas ke batu tatkala mata bundar Dyana membaca skrin telefon bimbitnya. Berkecai. Berkali-kali juga dia membaca ayat yang tertera. Sepatah demi sepatah. Aksara demi aksara. Takut-takut dia salah faham atau tersalah baca. 

Tidak. Dia tak salah baca.

Damia marah. Bukan kerana Syuhada merampas Razman dari dia. Bukan kerana Razman pernah berjanji untuk hidup sehidup semati dengannya. Bukan.
Damia merasa marah kerana dia merasakan Razman pernah memberi harapan untuk menjalin rasa cinta kepadanya. Mengukir kebahagiaan bersama. 

HA-RA-PAN. Itu soalnya.

Jika benar Razman tidak mahu berkasihan dengan dia, kenapa harus Razman member harapan palsu kepadanya ?

Satu persatu memorinya bersama Razman mula berputar di benak Damia.

Razman kerap menemaninya bershopping.

Razman pernah berkongsi payung dengannya ketika hujan lebat.

Razman sering mengutus surat sewaktu dia berada  di luar negara.

Razman pernah keluar menonton wayang lewat malam dan menghantarnya ke rumah.

Razman pernah memasak masakan Itali kegemarannya semasa dia di hospital hanya kerana dia memberitahu Razman yang dia mengidam.

Razman pernah bersejuk dan rela memberi Damia sweaternya sewaktu mereka berada di luar negara setelah luggage Damia hilang di airport. Bau harum sweater Razman masih tersemat kemas dalam minda Damia, walaupun peristiwa itu sudah hampir dua tahun berlalu.

Malah “jantan celaka” bernama Razman itu sudah beberapa kali juga datang ke rumah dan bertemu dengan orang tuanya!

Masakan petanda-petanda tersebut bukanlah tanda yang Razman juga menyukainya?

Rasa marahnya yang membara tadi perlahan-lahan mula hilang. Rasa panas dalam hatinya tadi mula berubah. Hatinya kini berasa sebak. Tanpa disangka, air matanya mengalir. Dia berasa kasihan pada dirinya sendiri. 

Damia mencapai telefon bimbitnya yang sudah retak cerminnya –retak dek dia membaling telefon bimbitnya ke dinding selepas membaca status Razman.

Diketipnya nama “Mejah”. Ditaipnya satu soalan kepada “Mejah”, sambil tangan kirinya mengesat air mata.

“ Why he gave me hope, when he doesn’t want me at the first place?”

Seketika kemudian, mesejnya dibalas.

“You want the truth, even it will hurt you?”

Damia membalas ringkas.

“Yes..”

“Mejah” membalas lagi mesejnya.

“ Actually, he wasn’t giving you so called “HOPE”. He just being a gentleman to a girl."

"Apa? Gentlemen? Mana pernah lelaki lain melayan aku sebaik itu! Mustahil!" bentak Damia, tidak percaya pada respons "Mejah".

Kemudian "Mejah" menyambung mesejnya.

"And you, Cik Damia..”

“..you actually SYOK SENDIRI”.

Damia tersentak membaca jawapan "Mejah". Dunianya dirasakan berhenti berputar seketika. Kusut yang merasuk mindanya sebentar tadi tiba-tiba hilang. Jawapan yang diberikan "Mejah" kasar, keras tetapi tepat. Segala persoalan dalam benaknya kini terjawab. Seluruh tubuhnya kini dirasakan lemah.

Tatkala dia hampir tenggelam dalam lamunannya sendiri, telefonnya bergetar. Tertera nama "Mejah" di caller ID. Damia meneguk air liur dan menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dia meyorong jarinya ke arah ikon hijau di skrin telefonnya.

"Arissa, you okay tak? I heard about Razman, and I'm sorry..", kedengaran suara Mejah dihujung talian.

"I'm.. okay. I think. Yeah.. I'm fine. I guess.." balas Damia. Dengan suara tersekat-sekat.

"Jangan bunuh diri pulak.. Kalau nak commit sucide, sebelum bunuh diri tu, tulis wasiat siap-siap. Harta kau semua bagi kat aku.." canda Mejah di talian, mesra.

"Ah kau.. You know I'm not as karut as your ex, right? Haha.." kata Damia,sambil gelak kecil setelah diusik Mejah.

"Yeah, I know. Haha.. You free right now? Lets go out, makan and watch some movie?" soal Mejah.

"Maybe by going out, had some fun, makan and all, you gonna feel better? Kan?" sambung Mejah sebelum Damia memberikan jawapan.

" Only if you promise to go for karaoke after the movie..", respons Damia.

" Okay. Set.." kata Mejah, sambil tersenyum.

Ah, apa guna jadi lelaki kalau tak mampu gembirakan wanita cantik saat mereka berduka, bukan?

Heh.

Saturday, 15 August 2015

TotallyMejah: Kemelut Long Distance Relationship (Perhubungan Cinta Jarak Jauh)



Disclaimer: Ini hanya sebuah carpen pendek yang agak panjang. Kalau nak baca, bacalah dengan perlahan-lahan. Kalau tak ada masa, jangan baca kalau tak nak serabut kepala otak. 

Berat juga persoalan yang aku bawa kali ni.

And uh, this is just a write up story. It's not real. Not entirely real. Not entirely.

***********************************************************

Petang itu aku turun ke kedai mamak RSMY. Selain untuk menikmati cheese nan nya yang dikatakan antara paling gempak di bandar metropolis Kuala Lumpur, aku datang ke sini sebab aku perlu jumpa seseorang – Indra, kawan lama aku.




Jujurnya, aku kenal Indra dah lama, sejak dari zaman matriks dulu. Dulu, kami amat rapat sewaktu belajar sekali. Malah,aku juga individu yang bertanggung jawab membasuh otak dia agar jangan kawin awal. It was back in 2007 aku bagi dia pesanan tu, but crazy as it seems, dia dengar cakap aku sampai sekarang – untuk  tak berkahwin sampai mencecah umur 30.

Beza dia dengan aku, dia agak skema. Aku pula agak rebellious. Dia bukan member yang kau boleh ajak teman kau fly or orang yang ushar line masa kau ceroboh masuk asrama perempuan time sekolah menengah. Tapi, tu kira ok lah sebab dia bukan kaki sabo.

Pernah sekali dia bagitahu aku yang mak makwe dia suruh masuk meminang. Aku nasihatkan dia kalau betul dah setuju, family mak makwe dia sukakan dia, dia dah mampu sara bini, just go on with it. But, dia pulak marah aku sebab galakkan dia kawin.

Dia argue pasal pegangan hidup aku. Pasal benda-benda yang aku pernah set up dalam kepala otak dia pasal perempuan. Tentang cara memikat hati perempuan. Kelemahan mereka. Cara menjadi lelaki bermulut manis. Cara menjadi buaya.

Tapi itu dulu. Zaman aku jahil. Zaman aku tak kenal lagi erti jatuh cinta. Zaman aku tak reti lagi hargai hati perempuan. Zaman sebelum aku kenal apa itu maksud frust nonggeng. Sebelum hati aku ibarat pinggan Noritake digilis treler 18 tayar yang sarat membawa muatan bauksit di Kuantan.

Kini aku dah jadi lelaki baik. Tulus, suci, jujur dalam memuji. Seseci lebaran bak kata Siti Nurhaliza sebelum dia kawin dengan Dato’K. Kerana aku percaya, ayat paling sweet tu adalah ayat yang lahir dari hati dan bukan lahir dari nafsu.

Sedang benak aku terbang melayang mengingatkan kembali semua ex-ex aku yang sesetengahnya aku hanya kenal rupa tapi tak ingat nama, dan sesetengahnya pula aku hanya ingat nama tak ingat rupa, bahu aku ditepuk dari belakang.

Eh, bro!”, kata aku menyapa Indra sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia meyambut salam aku dengan tangan kanan sedang tangan kirinya menarik kerusi, melabuhkan punggungnya untuk duduk.

Eh lama gila tak jumpa kau, Mejah. Since habis majlis si Azza kawin kan?” katanya sambil mengangkat tangan menanggil mamak.

Eh, yelah. Ingat juga kau ye. Aku baru start cuti time tu. Drive dari Sepang, turun PD..” balas aku.

Mana tak ingat. Kan kau bawak gift besar gila masa wedding dia. Semua orang ingat lah. Eh, kau tahu cerita kan pasal Azza tu?” soal Indra.

Aku tak tahu..” jawab aku, menipu. Pura-pura tak tahu cerita pasal Azza.

Sebenarnya, selepas 6 bulan kawin, Azza ada contact aku pasal dia nak bercerai dengan laki. Kata Azza, suami dia jual MLM. Sebab skim MLM laki dia dah kantoi, ramai orang serang suami dia dan dia. So, dia nekad nak tinggalkan suami dia, dan actually aku yang temankan dia lari ke Johor Bharu. Menyorok kat sana. Seminggu juga aku temankan dia disana; cari rumah sewa, interview kerja, berkongsi tilam dan bantal.

Pasal aku bawak lari Azza tu, aku rasa Tuhan je yang tahu. Rahsia kami.

Punyalah aku tatang Azza macam bini aku sendiri. Bawak lari, carikan tempat tinggal, carikan dia kerja. Lepas 2 bulan aku “larikan” dia, Azza tiba-tiba hilang. Tak dapat dikesan dari radar. Aku pun tak dapat hubungi dia. Dia turut lari dari aku. Celaka.

Rugi? Taklah, aku dah dapat apa yang aku nak dari Azza. No regrets.

Bagi aku pergilah jika dia nak pergi. Nak hilangkan diri. Nanti time dia sesak-sesak, aku juga yang akan dia cari. Nanti jumpa lah balik kalau Tuhan nak tunjuk.

Dia cerai dengan laki dia. 6 bulan je kawin bro. Lepas tu, dia hilang..” terang Indra pada aku. Aku mengangguk tanda faham. Buat-buat aku tak tahu apa-apa. Biarlah minah  cantik kacukan Arab-Siam-Melayu itu hilang dalam lipatan sejarah hidup aku.

Oh ya, kau telefon aku lewat malam semalam kenapa? Mak kau paksa kau kawin awal ke macam mana?” kata aku, bergurau dengan dia.

Tak lah..” Indra hanya tunduk. Melepaskan nafas yang begitu berat.

Nasib baik juga kau sebab aku ada kat  KL. Boleh juga aku turun jumpa kau. Apa masalah dia?” soal aku. Pelik juga bila air muka dia tiba-tiba berubah bila aku tanya kenapa.

Kau ada kenser ke apa? Ada lagi berapa bulan lagi kau punya nyawa?” tambah aku sambil bergurau dengan mulut becok.

Gila kau! Taklah. Ini pasal Sheera..”, jawab Indra.

Sheera? Makwe kau yang kau tak masuk meminang dia sebab aku larang dulu?” soal aku, mahukan kepastian.

Indra mengangguk tanda ya.

Kau buat dia mengandung?” soal aku, berseloroh.

Gila kau! Mana ada! Aku mana keji macam kau! Hahaha..” balas Indra, kali ini dia gelak. Bagus. Aku suka bila dia gelak. Sebab aku tahu masalah yang Inda akan kongsikan dengan aku nanti bukan masalah serius. Kali kedua aku digelar gila dalam tempoh kurang seminit.

Pasal Sheera. Dia.. dia dah tak layan aku macam dulu..” tambah Indra, menjawab soalan yang aku tanyakan dia awal-awal tadi. Kini,dia nampak agak sedih.

Maksud kau, dia pinggirkan kau? Ceritalah sikit details dia,” kata aku pada Indra. Butuhkan lebih maklumat.

Aku kawan dengan Sheera dah lama. Since lepas matrix lagi. Lepas tu kami berpisah masa masuk U. Lost contact. Then time start kerja, tup-tup kami duduk satu level dekat office. Cuma dia department lain…

Kami berkawan lama. Dekat 2 tahun, then dia kena tukar pergi ke tempat lain. Outside KL. Office branch kat Penang..

Masa dia baru pindah. Aku baru rasa hidup aku macam sunyi bila dia tak ada. Nak pergi kerja pagi-pagi pun dah tak ada mood..

But kami keep in touch with each other. Siang kerja, malam kami chat lah. Wassap-wassap. Time tu jugalah aku rasa, she’s the one for me. Dia pun macam okay je dengan aku. Kami tak adalah declare kami kapel macam budak-budak darjah satu, but yeah we got each other..”, terang Indra, panjang lebar.

Then, apa masalah dia?” soal aku. Ibarat anak kucing mengejar rama-rama terbang di padang rumput. Segalanya kedengaran indah

Let me guess. Dia tiba-tiba busy, tak ada masa untuk kau. Maybe dia dah tak nak layan kau sangat dah? Or, perhaps dia dah tak semesra masa kau satu office dengan dia dulu?” soal aku lagi tanpa sempat Indra menjawab soalan awal aku tadi.

Erm.. yeah.. Yes. Macam mana kau tahu?” akui Indra terhadap dakwaan aku. Dia seolah-olah pelik bagaimana aku tahu cerita yang bermain dalam kepala otak dia.

Ini Mejah lah. Kau dah lupa. I know girls inside out. How they think, how they react and the things that you must be aware of..” kata aku bangga, sambil  jari telunjuk aku menggesel hujung hidung aku yang tak gatal. Genetik ego dalam diri aku ni memang tak boleh nak dibendung.

Yeah.. That’s why aku nak tanya pendapat kau, Mejah..” balas Indra.

Haha.. okay-okay..” kata aku sambil menuangkan Coca-Cola Light ke dalam gelas berisi ais yang sudah separuh cair. Aku teguk. Perit rasanya tekak apabila air berpaksikan ekonomi Yahudi itu menerjah masuk ke kerongkong aku.

 
Kata fitness coach Mejah, Coke Light boleh diminum. Sebab kalori dia rendah.

Kau nak aku bagi jawapan yang tipu tapi menyenangkan ke, kau nak aku bagi tahu the truth yang menyakitkan?” soal aku kembali kepada Indra melontarkan pilihan jawapan yang ingin dia dengar dari mulut aku.

Well, aku selalu sangka baik. Aku percayakan dia. Bila dia cakap dia sibuk, aku telan je bulat-bulat yang dia tengah sibuk. Long distance relationship is about trust, kan?” balas Indra.

Long distance? KL – Penang? Tak sampai 4 jam pun drive kau tahu tak? Kau jangan buat lawak. Aku punya long distance relationship belah laut kau tahu? Pisah benua!” kata aku sambil menempelak Indra.

Kau lain Mejah. Aku lain. Berbeza. Kat KL ni, orang rumah sebelah pun kita tak kenal siapa. Apatah lagi kalau orang kat Penang,” hujah Indra pada aku. Aku pun tak tahu point dia tu releven ke tidak, but aku datang untuk nasihatkan dia. Untuk selesaikan masalah. Bukan untuk bahan dia.

Kalau aku nak sedapkan hati kau, aku boleh je kau buta-buta percayakan dia. Cipta macam-macam alasan dan andaian pasal apa dia cakap dia sibuk. But,as a friend yang jujur, aku nak kau faham apa yang akan aku cakap ni, mungkin akan lukakan hati kau..” terang aku kepada Indra. Dia kelihatan tersentak dengan kata-kata aku.

Well. I need to know what you think about this, Mejah. It’s confusing. I don’t know what to believe anymore..” kata Indra dengan suara tersekat-sekat. Ibarat dengar tak dengar je suara dia.

Aku teguk Coca-cola sekali lagi. Menarik nafas panjang. Aku pandang Indra. Tengok tepat ke dalam mata dia.

Dia dulu baik dengan kau. Rapat dengan kau. Hari-hari dia akan contact kau. Share sekecik-kecik benda yang berlaku pada dia sepanjang hari tu. Kau boleh rasa kemesraan dia time dia berborak dengan kau. Kadang-kadang, bila kau dengar suara dia, jantung kau yang berdebar-debar,” kata aku pada Indra.

Kadang-kadang bila dia marah dia cari kau untuk tempat dia luah perasaan. Kadang-kadang bila dia sedih, dia mintak kau dengar dia mengeluh. Kau maybe spend berjam-jam dengar dia menangis dan meraung dalam phone. Teman dia. But, bila dia gembira, dia share dengan kau keriangan hati dia,” tambah aku.

Sometimes, dia akan stay up late dengan kau. Borak benda-benda deep. Share rahsia dia yang tak pernah dia share dengan orang lain. Dia dedahkan part mana yang paling fragile dalam diri dia,” sambung aku.

Yes, betul,” kata Indra. Mata dia kelihatan bersinar-sinar. Mungkin teringat moments indah dia dengan Sheera agaknya.

Dia jadi open up dengan kau, share secrets dia dengan kau sebab dia percayakan kau. Kadang-kadang sebab dia nak tahu kau ni jenis jantan macam mana. Boleh jaga secret dia ke tak. Husband meterial ke tak..

Then, suddenly everything changed kan?”soal aku.

Emm..” balas Indra, bunyi macam nak tak nak je jawab.

Dia always cakap dia busy or penat. Bila dia online, dia dah jarang tegur kau. Kalau kau chat dengan dia, dia balas macam nak tak nak je. Her excitement is gone. Kau rasa dia layan kau macam outsider. Kadang-kadang bila dia update status di FB dia pun, status yang kau sendiri pun tak ada idea apa yang jadi pada dia. Benda yang selalu dia cakap adalah dia letih, penat, nak rehat. Sedih, gembira dia semua dia tak share lagi dah dengan kau,” terang aku pada Indra.

Indra tunduk. Tak mampu berkata apa-apa. Mungkin setiap benda yang aku bentangkan pada dia tu benda yang sedang dia tempuh.



Aku berhenti bercakap. Anney datang membawa sepinggan cheese nan. Di letakkan  diatas meja bersama kuah putih berpudina. Aku tarik cheese nan tersebut. Tersembul keluar keju cair seputih susu dari bahagian yang aku tarik. Meleleh-leleh seperti hati aku tiap kali aku tengok rancangan Anis Nabilah memasak. Sedap. Enak. Mengasyikkan.

Tapi kenapa Sheera dah tak kongsi segala benda yang berlaku dalam hidup dia dengan aku lagi dah?” soal Indra pada aku.

Aku menghembus nafas selepas Indra mengacukan soalan itu kepada aku. Keratan cheese nan yang berada dalam tangan aku, aku letakkan dalam pinggan. Aku mengalihkan pandangan aku tepat ke muka Indra.

Sebab.. mungkin sebab dia dah ada orang lain untuk dia bercerita..” balas aku.

Air muka Indra berubah seperti baru kena panah dengan halilintar.

Yup. Maybe dia dah ada orang lain sebagai tempat dia melepas perasaan..” kata aku sambil meneguk air.

Tak kot. Maybe dia betul-betul busy. Penat..” respons Indra. Somehow, aku tahu dia seolah-olah cuba bersangka baik, husnuldzon- macam geng surau selalu cakap bila depa nak tipu diri sendiri tentang kejahatan orang lain.

Dude.. Ginilah.. Meh aku cerita sikit dengan kau..” kata aku. Mula menyusun ayat dalam kepala aku, nak terangkan benda ni pada Indra.

U see. Aku dulu pun ada makwe. Zaman sekolah, zaman matrix, zaman U, zaman kerja.. Dah banyak perempuan aku jumpa dan hang out with. Kongsi bantal dan tilam sama-sama. So apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku..

Kau kena faham, busy adalah alasan paling mudah untuk kau shut someone down. Kau malas layan someone, alasan yang paling legit dan paling tak menyakitkan adalah “Saya Busy”. Kalau lelaki, biasanya kita akan cakap “saya tengah driving” or “saya nak solat”. Alasan yang orang tak boleh nak kondem balik..

But, alasan tetap alasan. Not more than that. Kalau betul kau care pasal someone, kau akan find time. Kau akan usaha cari masa. For example, kalau kau letih, kau akan call dia or layan dia chat sampai kau tertidur. Kadang-kadang sampai kau tak tidur langsung sebab kau seronok chat dengan dia..

Jika wanita/lelaki tersebut berborak atau chat di phone sampai dia tertidur, kahwinilah dia. He or she got you in his or her mind and carry you together in their sleep.


Kalau kau tengah driving, kau akan sanggup berhentikan kereta tepi jalan semata-mata kau nak jawab panggilan dia. Kalau kau ada tengah ada kelas, kau sanggup curi-curi mesej bawah meja or sanggup tuang kelas sebab nak keluar dengan dia..

Sepatutnya, kalau dia cakap dia busy, or middle of doing something, lepas dia habis kerja dia, dia akan immedietly call kau or reply mesej kau. Ia hanyalah alasan..

Infact, masa aku kerja shift, aku pernah buat sambungan haram internet dalam main server kat office aku. Semata-mata sebab aku nak baca email makwe aku time aku tengah kerja. Kalau boss aku find out, mati aku kena buang kerja, kau tau tak?

Tapi, kita jadi berani dan sanggup buat benda-benda bodoh ni sebab apa? Sebab bila kau dilamun cinta, kau sayangkan someone, kau sanggup buat semua benda. When you are in love, everything you do, it feels so right, even if its wrong..” syarah aku panjang lebar pada Indra.

Indra terdiam. Matanya nampak berkaca. Aku dah ready nak hulurkan dia tisu yang buat balut sudu garpu aku tadi. Tak macho lah kalau jantan menangis, ini bukan cerita telenovela Latin.

So, apa perlu aku buat,Mejah?” soal Indra. Mulutnya sedikit mencebik, tanda kecewa.

Kau. Jaga-jagalah. Tak perlu letak harapan tinggi sangat. Kalau kau serius dengan dia, kau masuklah meminang. Jumpa family dia. But, kalau dia tak nak, dia cakap dia tak sedia, kau faham-faham lah..

Kau layan je dia macam biasa. Cuma kurangkanlah sikit, takut dia menyampah pula dengan kau. Tak perlu kau soal dia apa-apa. Kalau dia rasa dia sudi nak share dengan kau, dia akan sharelah. Kalau tak, kau buat-buat tak tahu je…

Nanti dia sesak-sesak, dia bosan, tak ada orang nak layan dia, dia cari lah kau balik..” kata aku pada Indra.

Maybe, aku perlu cari orang lain? Lupakan dia terus?” soal Indra lagi.

Up to you. Cari je, bukan kau bertunang dengan dia ke apa pun. Sebab, kesakitan yang dibuat oleh seorang perempuan tu, hanya boleh dirawati dengan menggunakan seorang perempuan juga. Vice-versa..” terang aku sambil menghabiskan potongan terakhir cheese nan.

Ermm.. I’ll think about it then..” balas Indra.

Indra meyeluk sakunya. Mengeluarkan telefon bimbitnya, memeriksa mesej. Melihat Facebook. Membelek TL di Twitter. Dia mencebik lagi, tiada tanda sebarang aktiviti Sheera.

Apa agaknya yang perempuan tu tengah buat sekarang?




Mungkinkan sedang tengok wayang dengan jantan lain di Queensbay Mall?
Mungkinkah sedang makan Char Kotiaw dengan member-member lelakinya yang lain dekat Jalan Dato Keramat?
Mungkinkah sedang meratah peha ayam Nasi Kadaq Line Clear di Jalan Penang?

Lantaklah, lepaskan dia. Biarlah dia nak buat apa. Kau sabarlah, Indra.

Mejah.. Kau kan expert bab-bab relationship ni. Kau.. Kau bila lagi, bro ?” soal Indra, menghempap persoalan berat keatas aku.

Aku? Entahlah Indra. Makwe pun takde. Haha..” balas aku. Malas nak bukak cerita-cerita “kegagalan” aku. Berselindung di sebalik tawa yang amat tawar.

Aku kemudiannya mengalihkan perhatian aku kepada phone aku. Unlock, dan membelek TL di FB. Aku lihat perempuan yang aku tengah kejar separuh mati dalam hidup tengah online. Baru post status yang aku pun tak berapa pasti pasal jantan mana.

Bukak ruangan chat, rupanya dia dah baca mesej aku hours ago, but dia tak reply. Ouch.

Bukan kau sorang Indra yang kena macam tu. Ramai orang dibagi “harapan” palsu. Termasuk aku. Sebab tu aku faham perasaan kau. Aku doakan kau cepat-cepat kawin Indra. Kawin pula dengan orang yang akan sayangkan kau.

Amin.

******************************************************

Salam 1 Malaysia.

Kepada followers TotallyMejah yang mana setia, Mejah sincerely minta maaf sebab lama tak update blog.

Reason dia bukan sebab apa, Mejah cenderung untuk bercakap pasal sesuatu isu melalui FB Mejah saja. Plus, Mejah juga menjadi penulis artikel sukan untuk blog SemuanyaBOLA. Busy sikit.




Harap kalian makin sihat. Dan teruskan berblogging if that's what you guys really enjoy to do. Do things that make you happy. Okay?

And no. Mejah belum kawin lagi. Kalau Mejah kawin, kawin akan bagi tahu kalian. Hahaha.

Okay guys. Have a great day, and thanks for drop by.

This is Mejah.

Out.