There was an error in this gadget

Sunday, 12 February 2012

Aku Bukan Kasanova : Aku, Azalea & Krismas (Pt. 1)

Antara sebab aku suka krismas -  Super Santa Helper !!
Hari krismas tahun lepas cukup bersejarah.  Rasanya sampai aku kena timbus tanah pon aku akan ingat sampai bila-bila. Abang aku pun tentu camtu jugak. Demikian jugalah agaknya dengan cewek Indon yang baru aku kenal, Azalea Mahabumi amende ntah nama penuh dia. Bab menghafal ni aku fail siket.


Kalau ikut buku, Azalea sepatutnya menyambut krismas di rumah kawan sekuliahnya di Terengganu.  Tracy, kawan baik dia katanya. Ada pulak orang Kristian yang sambut Krismas di Terengganu. Tak sangka pulak aku. Beria-ria dia minta kebenaran dari aku, macam aku ni laki dia pulak. Heh. 


Aku selamba je lepaskan dia pergi. Bagi dia kenal negeri tempat penyu bertelor tu. Dalam pada itu, aku usik-usik juga si Azalea. Aku pesan pada dia, jangan la sampai slang Indon beliau tu jadi lintang pukang sebaliknya dia dari Gannu. Hilang la keunikan dia jika “kapan” disebutnya “kapang”, “ngapain” tertukar jadi “ngapaing” atau “ikan” dibilangnya “ikang”. Kalau setakat bercakap dengan aku saja aku tak heran - aku pun ada baka Kelantan juga. Takut-takut bila dia balik ke Indonesia nanti, dah tentu mak bapak dia naik pening dan tersalah makan papan pula !


Biarkan si Azalea kenal negeri "Gannu" ni. Biar dia rasa betapa enaknya keropok lekor & keropok losong original dari Terengganu.
P/s- Raya Krismas orang Gannu hidang kropok jugak ew? (O_____O) ???


Sepatutnya Azalea bertolak pada malam Sabtu. Malam orang pakat berebut nak balik kampong untuk cuti panjang – heret ke cuti tahun baru. Malam yang para drebar bas berebut untuk asah kaki untuk tekan minyak dan juru tol lenguh mengambil duit tol masok tabung kerajaan. Aku sendiri pun agak bizi ketika tu. Aku nak hantar Blackberry aku ke kedai, kamera ade problem siket. Tu plan aku. Warranty valid lagi.


Time tu si Ifarra tengah merajuk sakan dengan aku time tu. Dia buat-buat tak nak angkat port saja akan apa yang aku nak buat. Pada si Arriea, aku bagitahu dia yang aku sudah selamat berada di kampung . Pada si Alleana, aku bilang sama dia yang malam itu aku akan tidur awal- kerana pagi esoknya aku akan bertolak ke kampong. Dan pada si Azalea juga aku khabarkan benda yang hampir sama. Aku akan henjut balik ke kampong setelah basnya bertolak pada malam itu. 


Hanya pada si Melinda, aku bagitahu benda sebenar yang aku hanya akan balik pada malam Ahad. Sebab dia awal-awal lagi dah booking aku untuk temankan dia shopping Chrismas. Aku pantang benar menolak kalau si Melinda ni  ajak keluar. Sebab, wallet aku x pernah terusik pun bila keluar dengan dia. Rasa cam aku pulak si makwe dan dia pula si balak- sebab dia tanggung semua perbelanjaan everytime aku keluar dengan dia. Heh.


Heh. kalu bas cenggini ade kat Mesia. Aku tak teragak-agak  untuk booking tiket awal-awal. Rela naik menatang ni utk balik kampung berbanding naik benda lain. Pokefan la katakan.


Bagaimanapun, nak dijadikan cerita- takdir penentu segalanya. Rancangan Azalea ke Terengganu berubah pada pagi Sabtu itu. Azalea menelefon aku, bagitaw aku yang dia tak jadi beraya Krismas di sana.


“Ada kawan Azalea nggak sempat beli tiket,dong. Kasihan Lea, dehhh… Lalu Lea berikan aja tiket Lea padanya.”


Aku terkedu. Blurr kejap. Tapi aku bangga. Kalau dengan orang lain pun dia sanggup berikan tiket dia, dengan aku entah apa yang sanggup dia kasi kalau aku mintak. Heh. Senyum setan kejap aku. 


Tapi, betul kata Wak Jawa yang pernah aku campur- cewek-cewek yang berasal dari kampong Azalea memang baik-baik hati belaka. Memang terbukti cakapnya.  Terima kasih, Wak !


Terima kasih, Wak ! a.k.a  Pak Salam Erwin Joko Anuar .Hehe~


Habis tu, Azalea macam mana?” tanya aku, kaget. Dan pertanyaan aku itu bukan untuk bermanis mulut semata-mata, memang aku risau akan Azalea


“Ah.. Celebrate aja di KL..”


Aku hanya berdiam. Mendigest jawapan ringkas Azalea. Sebelum sempat aku buka mulut, Azalea menyambung..


Sendirian.”


Tiba-tiba aku rasa hiba. Touching abes. Tak sampai hati aku nak bayangkan wajah Azalea yang cantik tu menangis tatkala dia sendirian sedangkan aku bergumbira bersama familyku. Lagipun aku risau kalau minah Indonesia tu bersendirian sambut tahun baru di KL. Ntah buaya mana pulak yang akan dia jumpa dekat Daratan Merdeka, Bukit Bintang mahupun area-area KLCC tu. Somehow, aku rasa risau dan aku rasa bertanggung jawab pada dia. Kalau dia tu jantan macam aku ni tak apalah juga. Makin seronok apa sambut tahun baru di KL nun.


Lot 10. Member aku dari Gannu sebut "lokteng". Miahahaha~
Pagi Ahad itu aku resah. Rimas . Tak sedap hati. Agak kucar-kacir aku bila teringatkan si Azalea. Pun begitu, hari minggu itu aku teruskan plan aku untuk meneman Melinda shopping. Terus aku tak bukak Fesbuk mahupun main application Foursquare atau FB Check In; takut kantoi dengan Ifarra, Arriea, Anisse mahupun Azalea  sendiri. Berkepit sakan jugalah aku dan Melinda dari pagi ke petang Ahad itu. Dari Lot 10 ke One Utama. Semua dia beli pakai cap seret kad saja. Dia cakap, dia tak suka ambik baki bila dia membayar. 


Heh.Dasar anak orang kaya yang berlagak. Menyampah jugak aku kadang-kadang. Tapi sometimes, lagak dia tu buat aku kagum. Bak kata Melinda, “Everything you do, stay classy... Dengan aku-aku skali kena jaga class bila bersama dengan dia. Terselit juga rasa bangga bila keluar denga Melinda- bangga sebab aku bertindak sebagai penggerak ekonomi Malaysia tiap kali dia seret kad kredit bapaknya tu. Heh.


Dan lewat petang Ahad itu juga aku buat keputusan, bawa Azalea ke rumah abang aku di pinggir bandar KL. Dengan-dengan aku sekali tak jadi balik ke kampung. Dan Azalea menerima pelawaan ku dengan wajah yang berbelah bahagi, yang mana bahagian seronok dia nampak lebih banyak dari bahagian yang tidak. Abang aku pun ade bersama Kak Niena, yang aku dah anggap macam kakak ipar aku sendiri kat rumah abang aku tu.


Bagi gambar hiasan. Biar korang berimaginasi sket.
Kami balik, sampai ke rumah abang aku, yang mana Kak Niena tengah  sibuk hias pokok krismas. Dia x sambut Krismas pon, tapi saje-saje buat sebab bosan dok rumah. Maybe ada kawan-kawan dia nak datang sambut Krismas di rumah dia pon aku tak tahu.


Aku masih ingat lagi betapa gabranya suara umi aku tatkala abang aku menelefon dia memberitahu yang kononnya aku bawak balik menantunya berjumpa abang aku. Memang tipikal ibu bapa Melayu. Asal ade member berlainan jantina je yang berjumpa dengan ahli keluarga terdekat, mulalah berkumandang pelbagai cerita. Dah la dengan aku tu cewek nun dari seberang. Maunya tak terkejut gorilla derang. Atau maybe derang pulak risau takut aku dilarikan ke Lombok ka, Danok ka or something like that. Hakikatya, aku pun tak faham. Aku gelak je.


Malam itu, makan malam kiterang jadi cukup bermakna. Kami makan besar. Bukan selalu aku ada masa bersama abangku. Tu pun nasib baik dia ambik cuti hujung tahun time tuh. Dia memang baka workaholic. If dia tak cuti dan tak ada kat rumah dia time tu, aku pun x berani nak ajak Azalea datang- risau takut apa-apa akan jadi pada Azalea. Bukan apa,aku ni bukan jenis yang  boleh percaya sangat. Tempoh aku jadi orang baik ni lagi singkat dari tempoh aku jadi tak berapa baik. 


Ada jugak yang relative aku yang duduk area KL yang tetiba beria-ia nak datang pada malam itu. Kononnya nak datang jenguk-jenguk aku dan abang aku walaupun sebenarnya mungkin nak tengok Azalea. Sembang saja, derang tak datang pon.


Tidor selena polar bear. Syok woo~


Malam itu si Azalea tidur di bilik bersama Kak Niena. Malam itu juga tidurku menjadi lebih lena dari biasa. Macam gambar beruang di atas. Tapi, saat nak memejamkan mata aku masih tak berapa faham satu perkara - kenapa umi suruh abang aku pastikan aku tidur dulu di sofa ruang tamu itu sebelum abang aku tidur ?


Gamaknya, dia takut cepat benar dia dapat cucu lettew! Heh !




Gambar hiasan. Heh.




--------------------habis episod kali ini-----------------------------------------




Semoga korang terhibur. Heh. Gua malas cakap banyak2. This is just a fiction, okay ! 


This is Mejah. Out~

No comments:

Post a Comment