There was an error in this gadget

Wednesday, 1 February 2012

Cerita Coca-Cola, alkohol, arak & typical Malaysians. Dan Tapai !

Salam Satu Mesia.

Ia merupakan hari yang indah dan gua tengah menikmati Kopi-O 3-in-1 Nescafe (apsal 3 dalam 1 sedangkan ia Kopi-O kan?) sambil melayari internet melayan laman Mukabuku (bak kata Najwa Latiff) bila tiba-tiba gua terserempak dengan satu post ni- something yang cakap tentang kunun nya pendedahan salah satu secret ingredient untuk mimuman kegemaran muda-mudi masa kini , Coca-cola adalah alkohol. Haram weih !!

Kira benda yang ada alkohol tu haram la. Camtu?  Jahil.

Gua dah hidu dah yang benda ni akan tersebar secara viral nya kat internet dalam masa terdekat ni, so gua biar la- gua x nak cakap pepe- sebab  gua ingat masyarakat Mesia ni dah matang dan berilmu dalam bab-bab ni-tapi terbukti, sangkaan gua meleset sama skali. Ramai saim-saim (kawan-kawan) gua terpengaruh dengan cerita tersebut- kononnya selama ini mereka meneguk “arak”- dan menggelabah tahap cipan.

Terdengar komen-komen yang kurang sedap gua dengari. Contohnya :

“Ya Tuhan, ampunkan aku. Aku telah minum arak (Coke) selama aku hidup” - Insan A (geng kain pelikat)

“Ohmagod~ habislah amalan baik I selama ni x diterima Tuhan” - Insan B (geng awek gedik)

“My Islam (muslim) friends must be pissed off by now”- Insan C (non Muslim)

F*** Coca-Cola !!” - Insan D (geng-geng ganas.. erm.. ye kowt)

Gua tepok dahi. *facepalm*. Then, makin lama, makin ramai yang share- kununnya sebagai tanggungjawab social- baik yang Muslim atau yang bukan Muslim-pakat share and sebar post tersebut. Tanpa asal usul-periksa dan mendalami. Typical Malaysians.

Typical Malaysians- Kumpulan manusia yang suka bergossip, menyebar berita-berita hangat yang kurang tepat, tahyul, dan suka berkongsi cerita-cerita yang rekaan yang disangkakan benar, tanpa sebarang penyelidikan atau usul periksa. Lebih-lebih lagi kalau ade benda yang melibatkan akidah dan sensitivity agama.

Siyes budus. Menjatuhkan kredibiliti JAKIM. Korang ingat penguatkuasa JAKIM  buat keje macam haram kew?

Contoh 1 :Dulu pernah kecoh Starbucks haram-ade babi- pakat sebar. Tup-tup, JAKIM xde kata pepe pown. Valid jew sijil halal derang sampai arini.

Coke contamination? World wide? U gotta be gay to believe in such thing.
Contoh 2 : Then ade cerita darah AIDS dengan Coca-cola- standard ar, pakat sebar. Or cerita ade mamat Bangla jatuh dalam tangki kilang Coca-cola- pakat sebar. Tup-tup xde pepe pown. Gimmick !

Gila ah~ Gua still x percaya yang ada orang yang percaya pasal benda ni. Da heck?
Contoh 3 :Cerita FB (Laman Mukabuku) nak di kenekan bayaran (or nak ditutup on March 15th) , pakat sebar- padhal sama jew-xde pepe pown! Maintain FOC jew. Ade elok ja sampai skrang.

Hangpa-hangpa suka cari publisiti ka? Nak tunjuk yang hangpa ni caring la sebab sharing benda-benda tahyul, cenggitu ? Gua x marah. Sikit pon x marah. Sikit pon x kacau hidup gua. Its just gua rasa terpanggil untuk membetulkan persepsi masyarakat Mesia yang sadis nie. Senang sangat nak diperbodohkan.

Contoh lain, acap kali kan,hangpa pernah terserempak dengan istilah-istilah camni dalam pembacaan, penyebaran post kat internet mahupon ceramah-ceramah :

“Sebuah kajian yang dilakukan di German menyatakan bahawa bla-bla-bla”

Atau

“Nabi pernah cakap yang bla-bla-bla. Quran pulak cakap bla-bla-bla”

Atau

“Seorang professor di German mendapati bahawa bla-bla-bla”


Then, derang pon tambah la something-something yang bunyi cam religious sket. Bagi kita percaya pada kebenaran kata-kata derang.

And korang percaya bulat-bulat. Pehh~ Korang penah ke pegi check kat Internet tentang kesahihan seswatu benda yang diceritakan kepada korang? Tak pernah terlintas ka kat fikiran hangpa, rasa inkuiri – “Betoi ka ada Universiti kat German yang buat kajian tu?” Or “Sape professor yang buat kajian tu” Or even “Wujud ka Universiti tu kat German?” Pernah kah hangpa pegi google kat website universiti tu? Ada valid source ke tak? Pernah? Mostly ramai yang percaya bulat-bulat je benda tu. X semua, mostly.

If korang ada terdengar/ terbaca cerita tentang kajian seorang professor  yang buat kajian pasal  molekul air  dan  potensinya sebagai penyimpan tenaga (mesej) tu memang  betul. Nama professor tu Dr. Masaru Emoto dari Jepun. Kira air jampi (or Yassin) korang tu memang ada unsur sains yang menyokong "keajaiban" air Yassin/jampi tersebut la. Google la if nak tau lebih lanjut.

Bila bercakap pasal hadis ka, ayat Quran ka, pernah ke korang gi check balik benda tuh- betul ka benda tu sabda Nabi? Hadis tu hadis jenis apa? Sahih? Daif? Palsu? Or even tu hadis yang x penah wujud pun?  Dan kalau menggunakan ayat-ayat dari Quran- ayat ke berapa? Surah mana? Dan ayat itu ayat penuh atau sekerat? Kenapa ayat tersebut diturunkan? X bole senang-senang main petik saja ayat Quran macam petik (quote) ayat mane2 manusia yang penah hidup kat dunia ni, wahai sahabat ! Sedar ka dak?

Okeyh~ sori ar, gua emo sket.

So.. Berbalik kepada topik hari ini : Coca-cola, alcohol dan arak. Biar tahu beza dia. Jangan jahil sangat.

 To make things clear, I have a question for you all. Sedia untuk tekan buzzer masing-masing ! 

Peringatan: Minum minuman yang halal tapi menyerupai arak dan membayangkannya sebagai arak juga HARAM hukumnya. Sekian , trimas.

Question : Yang mana sebenar nya haram:  ARAK atau ALKOHOL ?

Hurm. X bole jawab? Apa? Alkohol ngan arak tu sama? Serupa? Hang biaq betoi. Sama ka alcohol dengan arak? Sama?


TEEET ! Salah. Biar gua terangkan.

Okeyh. Let make it SnS (Short and Simple).

FACT No.1 : Yang haram & najis dalam ajaran Islam adelah arak. Bukan alkohol, ya kawan-kawan.

FACT No.2 : Alkohol x semestinya arak dan arak x semestinya alkohol.

Dalil knapa gua cakap camtu .

FACT No.3 : Berdasarkan definisi,

Apakah arak? Definisi arak ialah, minuman yang memabukkan . Simple.

Dalam pengertian Islam, arak atau khamar adalah sesuatu minuman atau makanan yang memabukkan atau menjadikan pemakan atau peminumnya hilang akal yang waras.

Sabda Rasulullah sollallaahu alaihi wasallam, maksudnya:
Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam buku Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin disebutkan,

 "Arak ialah alkohol dalam bentuk ethyl alcohol merupakan sejenis dadah yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Ia biasanya dihasilkan oleh sel-sel ragi atau 'yeast cells' yang bertindak ke atas karbohidrat.”

Apakah definisi alkohol?

Ini adelah alkohol. Sebatian kimia yang ade unsur karbon dan OH. Bukan arak, ya adek-adek !

Penah amik subjek kimia tak? Ok. Alkohol dari segi kimia ialah, sebatian dalam kumpulam hidrokarbon yang mengandungi elemen OH (1 atom oksigen + 1 atom hidrogen -hidroksida).

So.  Sama ke tak alkohol dengan arak tu ? Sama ? Of course la tak sama ! Tak puas hati?  Okey. Gua jelaskan lagi.

Apa pula kaitan arak dengan alkohol?

Secara umumnya, arak dihasilkan dengan cara penapaian bahan2 yang digunakan untuk menbuat arak seperti anggur, tapai, kurma, dan sebagainya, hingga menghasilkan sebatian etanol (sejenis alkohol) yang boleh memabukkan.

Tetapi, adelah tidak tepat dakwaan bahawa – minuman yang mengandungi alkohol itu di klasifikasi kan sebagai arak. Reason?

Sebab, alkohol juga boleh dihasilkan dari proses sintesis petroleum !

To make it simpler, biaq gua jadi cikgu Kimia hangpa sat. Sila tengok, cara penghasilan alkohol :-

Alkohol Jenis  1 : Anggur + yis —- (proses penapaian) —-> arak beralkohol yang memabukkan

Alkohol Jenis  2 : Hidrokarbon (petroleum ) —- (proses sintesis) —-> alkohol yang digunakan dalam industri

In fact,kalau korang tak tido time blajar kimia masa sekolah menengah dulu, korang mesti taw yang  alkohol jenis yang kedua adalah bahan yang mempunyai banyak kegunaan, contohnya dalam industri kecantikan digunakan dalam minyak wangi, bahan pencuci, barangan kosmetik; dalam industri makanan sebagai pelarut, pewarna, pemanis, etc; dan macam2 lagi. Hal ini termasuklah pembuatan Coca-cola yang kawan-kawan hangpa slalu dok togak tuh.

Tertulis ARAK. Kalu minum dan ia memabukkan, memang arak la tuh. Tapi,tak taw la kalau kat German ade air mineral jenama ARAK, ye tak? Salah faham plak nanti.

Lain la kalau depa habaq kat hangpa yang depa memang campur arak dalam Coca-cola tuh. Tu memang haram la jadinya. If depa habaq dalam tu ada alkohol, itu x menjadikan dia arak !

Okeyh. If hangpa still dok habaq, benda beralkohol ni haram, camna plak dengan tapai? Awat (kenapa) tapai ubi tu hangpa  tak cakap haram  nak makan? Terang-terang tapai tu ade alkohol kowt. Ha camna nak eksplain tuw? Sebab makan tapai x mabuk? Sebab tu makan tapai tu x haram.Then, yang selama ni hangpa minum Coke tu pernah ke jadi mabuk? Penah terpikiaq tak?

P/s- dalam air nyoiq (kelapa) pon ade alkohol, tahu ! Tapi ia x menjadikan air kelapa sebagai arak !

Konklusion dia,

Yang diharamkan oleh Islam ialah ARAK (dan sebarang bahan yang memabukkan), bukan alkohol. Namun memang benar, alkohol (etanol) yang terdapat didalam arak itu memberi kesan mabuk kepada peminumnya. Akan tetapi, yang disebut dalam al-Quran dan al-Hadis ialah KHAMAR, yang bila kita terjemahkan ialahARAK, bukan alkohol, meskipun dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai alcoholic drink. Alkohol bukan najis. So, same thing comply dekat perfume yang mengandungi alkohol. Boleh buwat semayang lagi. Sah.

Hangpa paham dok lagi ni? Mesti da faham kan? Bagus. *clap-clap*


Jadi, x kesah la if dalam Coke tu ade alkohol (kalau betol-betol ada). Itu tak menjadikan ia arak !

So. Gua tinggal kan hangpa dengan satu soklan. If hangpa paham konsep hangpa boleh jawab soklan gua ni.

If gua buat sejenis  minuman- katelah air kopi-O. Air + Kopi + Gula. Simple ja. 100% free alcohol. Tapi, sebab kopi  gua tu kopi special, sapa-sapa yang minum jadi ketagih. Buat depa jadi mabok-padahal x dak alkohol langsung tu. Jadi, air kopi gua buat tu arak ka bukan arak? 

Haram ka tidak kalu orang nak mimum?

Pepandai la korang pikiaq. Hehe.


Anything pon, Coca-cola tu pada satu perspektif yang lain tetap haram. Sebab :

  •          Menyokong agenda Yahudi (laknatullah) yang ingin menghancurkan umat Islam
  •    Ia boleh merosakkan tubuh badan kita  - kandungan gula, acidic content, etc.

If bole elak, elak la.Jangan beli or minum Coke. Bukan best sangat pon Coke ni. Tapi, kalu  hari panas terik, tengah letih berjalan- kalu bole minum Coke dengan ais- perggh~


Enuff said. Kalau hangpa-hangpa semua bole elak, jangan minum and jangan beli pon Coca-cola ni. “Leppor peccoh jah (baling kasi pecah saja),” bak kata Ustaz Azhar Idrus. Hehehe~

Rumit kan permasalahan macam ni?  Gua bukan nak mengelirukan hangpa ,sebaliknya cuba membuka minda kita bersama. Gua hanya melontarkan pandangan dan apa ilmu yang gua ada. And gua taw, gua x bole nak puaskan hati semua orang.

Share this post if you care.

So much for typical Malaysians. Huh~

This is MEJAH. Out~

2 comments:

  1. lagi khabar angin yang buat akak hangin ialah pasal kasut crocs hina Allah kat logo tu. Tah hapa2.
    Lagi satu pasal Akum dan perkataan Salam yg takleh guna sebab maksud Salam tu ialah selamat tinggal. Bingai gile.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak.

      Personally la kan, tentang Crocs tu, gua xley nak cakap pepe.
      Coz, gua sendiri pon beli pakai. Yang pasar malam punya tu. Kaler merah lagi.
      But , bila gua teliti tengok, memang ada logo dia yang seolah-olah tertulis kalimah ALLAH tu. Memang ada kak,memang ada. Ada asas derang cakap camtu.

      Maybe derang (pihak perusahaan Crocs) tak sengaja tercetak benda tu. Secara sengaja atau tak, tu gua xley komen. Gua harap kebetulan sahaja. Yang gua buat, amik lighter bapak gua (gua x merokok), bakar sikit logo dia tu bagi deformed sket. So, gua bebas dari rase bersalah bila melangkah dengan Crocs pasar malam gua yang kaler merah tu. rasa bangga pon ade. hehehe~

      Yang pasal salam tu, gua rase masalah linguastik jew. Yang penting, bagi gua, salam tu kata sapa bagi bahasa melayu. Lantak la depa nak kata apa.

      Kalu nak jadi agen politik, buat macam gua. Cakaplah "salam satu Malaysia".. Baru PM Najib sayang.. Keh keh keh..

      Thanks for reading, kak ! Appreciate your comment very2 much.

      Delete