Sunday 4 March 2012

Aku Bukan Kasanova : What's Done Is Done. Goodbye. (Pt. 6)

I wish I could have gone out dating with you wearing this kinda "kotak-kotak" shirt or a plain baju kurung once.  You should look awesome in those outfits. Thanx Shila coz jadi model kejap. 



"Ini pengakhiran buat kita. Aku mahu terus berlari. Mengatur langkah meninggakan kamu demi masa depan." :: Intro ::


Pernah dulu aku menghentikan langkah aku sejenak untuk menoleh kebelakang untuk melihat kamu. Aku berhenti seketika untuk menghulurkan tanganku padamu. Mahu menjalin semula rasa cinta antara kita yang pernah mekar. Ingin kembali ke masa engkau masih menjadi segala-galanya bagiku.


Benar. Aku pernah menghancurkan hati kamu. Nyata aku amat kejam. Cukup aku kesali tindakan aku itu. Mungkin itu keputusan yang paling bodoh aku buat selama hampir 24 tahun aku bernafas di bumi Tuhan ini. Air mataku hampir tertumpah setiap kali aku mendengar orang menyebut namamu atau terlihat gambar wajah orang seiras kamu.  Memang benar. Aku merasa tidak sempurna sejak aku kehilangan diri kamu.


Tatkala aku mengenangkan kamu yang sudah bersama insan lain sekarang, aku menjadi tidak keruan. Dengki sungguh aku kepada dia kerana dia memiliki kamu yang pernah menjadi duniaku. Dan tiap kali kamu mempertahankan dia sewaktu kita saling bercakaran, hati aku luluh. Lebur. Ia cukup menyakitkan apabila kau memberitahu aku yang sayang kamu sudah menjadi milik dia. Terasa seluruh dunia terhenti seketika bila bibir indah kamu mengucap kata itu.


Benar kata kamu. Tatkala aku berjauhan dari kamu, lelaki itu yang berada di sisi kamu. Dia yang mengesat air mata kamu yang aku tumpahkan itu. Dia juga yang mengembalikan senyuman di wajah menawan kamu itu suatu masa dahulu. Dia jugalah yang mengisi kekosongan di hati kamu yang aku tinggalkan. Dia penyelamat kamu. 


Dan aku telah kembali . Untuk mengambil semula tempat aku di hati kamu. Aku ketepikan ego aku. Menjilat semula ludah aku pada kamu. Membetulkan kembali apa yang tak seharusnya binasa. Mengembalikan keintiman yang pernah wujud antara kita. Mengulangi semula kenangan dan perasaan yang indah dalam hidup kita. Mengotakan janji yang aku akan memperisterikan kamu dan menjadi bapa kepada anak-anak kamu. Mencipta syurga dunia kita berdua.


Tetapi kamu enggan. Dan aku faham tindakan kamu walau aku sangat membenci keputusan itu. Aku harus akur. Aku sudah tewas pada dia.


Cukuplah sekali kamu mempercayai aku dan aku menghampakan kamu. Manisnya rasa itu akan selalu diingati dan mekarnya percintaan dulu akan sering tersemat rapi di hati kita. Kamu mungkin mimpi paling manis dengan pengakhiran yang paling menyeksakan.


Aku mengucapkan selamat tinggal. Semoga kamu berbahagia dengan dia. Akan aku bawa hati yang remuk ini kepada insan lain yang mampu menghiasinya seperti kamu hiasinya dengan cinta dan kesetiaan kamu suatu masa dulu. 


Meskipun aku bakal merindui senyuman manis dan kegembiraan tawa hilai kamu, aku akan buang perasaan itu jauh-jauh. Aku akan timbus rasa rindu itu dalam-dalam di bawah bumi. Harapnya aku cukup kuat untuk semua itu.


Dan aku tidak pernah merasa kesal tidak pernah menjamahi tubuh kamu. Itu hak suami kamu. Itu juga pinta kamu pada aku.


I'm letting you go. Thanks for all those beautiful memories that we had.  I'm gonna treasure it.


Sudah terlalu lama aku mengharapkan kembali cinta kamu,
Sudah berbakul kata-kata benci mulut kita hamburkan ,
Sudah berkontena janji-janji kita aku palsukan,
Sudah lesu kelenjar air mata kamu bertitisan,
Sudah perit tekak kita saling bertempikan,
Sudah jemu dan jelek telinga kamu mendengar pujukan,
Sudah banyak rasa sayang, kasih dan rindu yang kita persiakan,
Hanya tinggal satu saja yang dapat aku katakan .


Yang sudah tu, sudahlah.


Selamat tinggal, you. Insan yang pernah sepenuh hati aku sayang.


Aku harus kembali berlari. Perjalanan aku masih jauh.  Jika kita bertemu kembali suatu masa nanti, tak ada apa lagi yang perlu aku lafazkan kembali.






Biar ukiran cinta kita di pasir pantai itu perlahan-lahan hilang dimamah ombak.


P/S : Entri ini ditulis sambil melayan perasaan dengan lagu Patah Seribu – Shila Amzah.




*************************************************************************

Tamat entri jiwang nih.  Nanti gua free gua tulis lagi.


Pesan gua, yang putus cinta tu dan still tak boleh nak let go and move on, gua ade petua.


Lu orang bayangkanlah ex lu tu dah mati. Dah dengan selamatnya di timbus dalam tanah. Tak usah nak pikir sangat dah barang yang dah lepas. Tak payah di YM atau bertweeting lagi. Tak payah di call atau mesej. Tak payah nak gi stalk FB dia even dia dah remove korang. Anggap jew dia dah takde. Bila korang dah rasa ok dah, kontek la dia balik. Tanya khabar. Selagi tak ok, jgn kontek, faham. melainkan emergency atau benar-benar penting.


Sounds kejam. But it work. Good luck. 


This is Mejah. Out.

12 comments:

  1. hehhh..nak gelak boleh?? now go n check my blog..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okey beb!

      entry lu memang saje nak sakitkan hati gua.
      Mesti ex gua seronok tahap gaban baca entri lu.

      Cilakak!

      Keh keh keh. Thanks anyway..

      Delete
  2. hye2,,,heheh..mmng tersangat kejam pesan lu kan,, ^_^
    patot nya kalau dah ok lah g cari lain,wtper dtg at dye semula,,t d,sakiti lagi kunx,,
    da merana kan ^_^

    hahaah,,
    bEz jgak blOg kamu (y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak.

      gua kejam? Memang. Cukup2 lah tu. Semua orang cakap camtu kat gua.
      sakit, tahu !!

      yang penting, gua tak pernah wat setan kat dea, dan gua dah cuba untuk betulkan keadaan. Dia tak kuasa nak terima balik gua, tu hak dia. Did my part.

      again, thanks sebab sudi singgah. Gua budak baru blogging and thanks sebab sudi baca... and thanks sebab sudi komen.. and thanks itu.. thanks ini.. thanks itu dan ini...

      Membebel plak gua. Sori dan thanks dari sepenuh hati.. (>___<)

      Delete
  3. nak lupakan jerrr...biarlah aku membawa diri...hehe

    ReplyDelete
  4. Kadang kala, kita terpaksa menjadi kejam untuk menyelamatkan keadaan....

    let by gone be by gone...yang penting, hidup mesti terus maju ke depan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups.. And that's what I'm trying to do now..

      Kene jadi kejam la.. Kalau tak, gua nenges hari2 kowt.. Miahahaha~

      (thanks for dropping by)

      Delete
  5. alamak.. macam tak sangka plak termasuk blog luahan perasaan.. terrorist sungguh ayat2 lam blog ni..haha.. superb blog ko nih.. siyes <3 haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm.. kak.. ni Fiksyen.. ehem~ paham2 lah...

      Delete
  6. hewhewhew.. ada gak org laki frust yek. ko break dgn gf ko pe pasal ek? ko curang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. x. gua bukan jenis lelaki curang. gua brekap dgn awek gua coz tyme tu gua nak start bina kerjaya gua. gua takut kerjaya gua terganggu sebab dia, so gua dengan x munasabahnya, berkap dengan dia.

      gua taw gua bodoh dalam bab tu.

      Sekian.

      Delete