Monday 17 September 2012

Drama Sebabak : Lighter = Perempuan ???


Latar tempat : Bistro Mamak area Wangsamaju
Latar masa    : Petang,dekat waktu Maghrib

Ehem.. Tgk lighter kew tgk awek??
Mejah merenung Iliana dengan penuh tenang. Dia menyedut rokok yang berada di tangan kanannya dengan dalam-dalam. Agak perit rasa tekaknya. Pahit. Lalu mencampakkan rokok yang hampir habis itu jauh-jauh. Dengan perlahan-lahan dia menghembus asap rokok yang kaya dengan karbon monoksida itu ke udara. Asap itu kemudiannya hilang dibawa angin udara redup petang itu. Mejah mahu gadis dihadapannya tahu yang dia sudah sedia untuk berbual.

Iliana mengetap bibir. Dia melarikan pandangan matanya dari menatap wajah Mejah. Dia hanya diam seribu bahasa. Bibirnya seolah telah digam gam cap Gajah- tak mampu berkata apa-apa. Mengharapkan Mejah memulakan bicara antara mereka. Amat payah untuk dia mengatur ayat untuk memacahkan kebuntuan itu. Namun,dia tahu benar perangai Mejah. Setinggi mana ego lelaki itu. Terutamanya jika dia yang melakukan kesalahan. Mahu tak mahu, dia juga yang harus bersuara terlebih dahulu.

BRJ Bistro area Wangsamaju. Best ew makan situw?
You..” sapa Iliana, suaranya tersekat-sekat cuba memcahkan tembok sunyi antara meraka. Kering benar tekak dia berasa saat itu.

Emm..”  dengan perlahan Mejah menjawab.

Se.. sejak bila you start merokok?” soal Iliana.

Masa kita berdua dulu, you bagitahu I yang you tak smoking..” sambung Iliana, menyatakan hujah kenapa dia bertanya.

Illiana. You don’t know me. Either dulu, baik sekarang. You don’t really know who am I.. ” balas Mejah, dengan bahasa mat salleh dan wajah yang penuh sinis. Suka benar dia dapat menempelak gadis itu dengan kata-katanya.  

Plus. I’m not that same guy whose heart you used to play with. I’m not your toy anymore, Cik Iliana..” sambung Mejah, ibarat melumur garam di luka di hati kecil Iliana.

Iliana tersentak. Dia tergamam mendengar kata-kata Mejah. Kasar benar ayat itu baginya. Dia seolah-olah tidak percaya ayat itu diucap Mejah. Begitu tajam dan dalam .

 “Okey,” balas Iliana, sambil cuba menyembunyikan emosi sebenarnya. Hakikatnya, matanya mula berkaca. Empangan yang selama ini bertakung, kian retak. Menanti masa untuk pecah.

Owh, s*** ! “ getus Mejah dalam hati. Niatnya yang meluap-luap mahu menyindir Iliana dimatikan di saat itu.

Perasaannya yang serius tiba-tiba berubah. Egonya yang tinggi melangit tadi hilang serta merta. Mejah memang pantang benar jika dia melukakan hati perempuan- terutamanya pada Iliana, orang yang pernah dia sayang sungguh-sungguh. Muka serius tadi pula berubah menjadi muka kasihan mahu memujuk.

Bagi Mejah, cukuplah dia melukai hati perawan di hadapannya itu sekali. Dan sehingga saat itu, dia masih dibelenggu rasa bersalah itu.

I’m sorry. You kan tahu yang I sebenarnya tak suka tengok you sedih. I mintak maaf sangat-sangat. I didn’t mean to hurt you tat much. Memang I ni sarcasm sikit, but I didn’t mean to..” jelas Mejah, manglish.

its okay. Im used to that, balas Iliana ringkas. Cepat-cepat dia mahu melupakan sindiran pedas itu. Jari-jemarinya pantas menekan kunci-kunci aksara di telefon bimbitnya. Mahu segera dia  me”log in” ke FB nya supaya dia dapat mengalihkan perhatiannya dari perasaannya sendiri.

Masa dating pon sebok maen FB, apa barang ?
Tiba-tiba , terpapar satu status di sesawang FB Iliana. Status kawan-kawan Iliana. Dirasakan nya menarik dan lalu mahu dikongsikan dengan sang mantannya itu.

you.. see this.. What’s your opinion about this sayings? U kan power bab-bab cintan-cintan ni..” kata Iliana sambil memberikan telefon bimbitnya kepada Mejah.

Pemetik api. Masa mula-mula beli power.Sekali petik, api terus keluar. Besar dan mantap apinya. Pastu, dah pakai lama, mula dicampak-campak . Then, bila dah habis gasnya atau rosak batunya, di buang begitu saja. Itulah ibaratnya perempuan bagi lelaki..

Mejah memandang muka Iliana dengan wajah yang agak impressed. Berputar ligat benak fikirannya mahu memberikan respons. Biarlah respons itu boleh membahagiakan hati Iliana yang baru dia gores sebentar tadi. Mejah mengambil lighter berwarna merah yang digunakannya untuk mencucuh rokoknya sebentar tadi. Lalu, dipetiknya berkali-kali sambil merenung wajah comel Iliana.


You, bagi you kan, am I just another lighter that you usually throw after you get bored or done with it? soal Iliana lagi, sambil tersenyum. Bagi Iliana, rasanya puas bertanya soalan itu kepada Mejah. Rasa puasnya itu seperti dia baru sahaja menjaringkan gol penalti dengan sang mantannya itu menjadi goalkeeper.

Yes. And no..” balas Mejah. Ringkas selepas mengeluh.

Meaning?  You  tak buang lighter lama-lama you? U suka kumpul lighter yang you tak boleh pakai? U suka wat semua ek-ex you tu cam koleksi? Camtu?” lenting Iliana, marah dengan jawapan Mejah. Mejah tau, Iliana memang seorang yang cepat melenting-macam dia juga. Belum sempat apa-apa, sudah berkoyan-koyan tuduhan dihempapkan pada Mejah tanpa Mejah sempat mengulas jawapannya.

Illiana marah. Bukan gambar sebenar. Rawwr~

Cik Iliana.. please.. be patient..” rayu Mejah dengan mata sebulat mata kucing dalam citer Shrek lakonan Antonio Banderas yang Iliana minat bagai nak rak tu. Sempat juga Mejah memegang tangan Iliana yg sedang memegang cawan Milo panas itu. Risau benar Mejah jika Iliana yang tengah marah itu mencurah secawan minuman malt berkhasiat berperisa coklat panas itu ke muka nya sebab marah. Tak kacak dan tak gangnam sangat la muka Mejah jika terkena bahana Milo panas tu.

Mimum Milo anda jadi sihat dan kuat !

Okay. Terangkan..” arah Iliana dengan nada mengancam. Cawan Milo panas itu masih dia genggam. Tak mahu dilepaskan. “Salah jawab saja, ni makan dia..”, kata Iliana dalam hati.

Thanks.” Balas Mejah dengan sedikit rasa lega. Dia menghargai kesediaan Iliana bertenang dan memberikannya ruang untuk menjelaskan.  “I’ll explain,”.

Mejah bangun dari tempat duduknya lalu menyeluk poket seluar jeansnya dalam-dalam. Kemudian dikeluarkannya satu lagi lighter dan diletakkannya disebelah lighter merah yang sedia ada di atas meja itu. 

Lighter Zippo.

Red ZIPPO. I loike !!

Iliana makin bingung. “Kenapa ada dua lighter? Dia pasang dua kah? Ada spare part kah?Dasar jantan..

You see, Iliana. If perempuan adalah pemetik api, bagi I, you adalah Zippo I ni..”

Iliana masih tercengang. Menantikan explaination yang lebih baik dari Mejah.

Compare to the other lighter, you are the rare and most special one for me. Harga you bukan murah macam lighter Aladdin yang harga singgit ni. Tidak. You mahal. You ada harga you yang tersendiri, susah untuk I dapat dan tak semua orang mampu pakai you..”

“Plus, if you habis gas, or sumbu you dah hangus, or mechanical things inside you dah rosak, I akan hantar you ke kedai specialist untuk service you, so I boleh pakai you sampai bila-bila pun. I tak akan sewenang-wenangnya akan buang you bila you rosak or da tak boleh pakai macam lighter lain. Sebab you special dan bukan mudah untuk I nak dapatkan you, tahu..”

P/s- ZIPPO ada banyak gred and reger, tahu. Sila research utk maklumat lanjut.

Terang Mejah dengan panjang lebar. Mejah tak mahu si Iliana salah sangka pada dirinya. Iliana pula terkedu mendengar penjelasan Mejah. Perlahan-lahan cawan Milo panas itu dilepaskan oleh dia. Barulah Iliana tenang sedikit berbanding tadi.

And the most important thing, Iliana. Kalau I duduk lepak dengan kawan-kawan I, I keluarkan rokok dengan lighter Zippo ni atas meja, diaorang akan tengok Zippo ni dengan lain macam- lighter I bukan lighter murah macam diorang punya. You have become my pride when I’m with my friends, Iliana. They also wish they have someone as classy as you,

Iliana makin tenang. Terasa salah benar pandangannya pada Mejah. Sekali lagi Iliana malu dengan sikap dalam diri dia yang suka melulu. Kang dah malu.

Now, you understand,my Zippo?, soal Mejah tanpa mengharapkan jawapan sambil mengusap-usap lembut rambut Iliana macam Shahreizy Sam usap kepala Yana Shamsuddin dalam citew “8 jam” tu. Lega hati Mejah sesudah dia mengeksplain pada si Iliana yang cantik jelita tu.

8 Jam - stori yang menarik dengan pengakhiran yang cliche abis.

I mintak maaf sebab salah anggap.” Balas Iliana, ringkas sambil tertunduk.

Its okay. I never feel offended. Not your fault.  My mistake for making you misunderstood, Cik Iliana,” pujuk Mejah lembut. Sah .Kali ini ego Iliana dapat dipatahkan. Memang dah jadi adat mereka berdua suka sindir menyindir dan saling buat orang lain rasa bersalah.Tak kisahlah. Asal diaorang bahagia.

Iliana merenung pemetik api Zippo itu. Dia tersenyum sendirian. Mejah memang pandai berkain kata-kata. Pandai mengambil hati dia. Pandai memujuk. Pandai  menyejuk.

 Sejenak kemudian, Iliana terdiam. Dan benak fikirannya meneliti kembali objek-objek yang ada diatas meja makan itu. Mejah berasa pelik melihat riak wajah Iliana yang tenang tadi tiba-tiba berubah menjadi marah.

You…” tegur Iliana.

Errr.. kenapa Iliana? Is something wrong? ” soal Mejah, dengan berdebar-debar.

I wonder. Kenapa you ada bawak dua lighter skali? Tak cukup ke ada satu jew lighter?” soal Iliana dengan nada yang mengancam.

Sss.. spare..” jawab Mejah spontan. Tanpa berfikir panjang.

Apa? Spare you cakap???

SPUUUUSH!!!

Secawan Milo panas penuh tadi tiba-tiba  menjadi kosong ,diiriringi kedengaran suara seorang lelaki menjerit kesakitan.

Air Milo panas di muka memang sangat tidak enak rasanya.

End of story.

*****************************************************************

Salam sejahtera and salam satu Mesia.

Taking plane from Bintulu to KLIA.

First of all, syukur pada Tuhan. Lepas 6 bulan berlayar, gua da kembali ke Mesia. And hari ni B-day gua !! Yeay!! 

Kira hadiah dari gua buat korang sekembalinya gua dari laut.

Yang best jadikan contoh, yang tak best dijadikan sempadan, okay?

Maybe x de kick. Maybe agak membosankan. Maybe x best. Maybe berterabur. Gua mintak maap sesangat.

Mesej yang gua cuba sampaikan adalah..

"You might find  a thousand, or millions of girls/guys that are better than your lover, but none of them are the same with her/him"

Bak kata mantan gua,

"You maybe bole cari aweks yang lagi baik dari I, but you kena tahu yang dalam dunia ni, ada sorang je "Ifarra"."

Faham? Tak? Takpelah..

BTW,gua perlu masa utk warm up. Ni kira pembuka kata la ni.

So, gua harap korang enjoy citew drama sebabak nie. Ilang sket windu korang tu pada tulisan2 gua. Okay?

Till we meet again.

This is Mejah. Out.

P/s- Watak citew dalam carpen ni Mejah. Bukan gua. Tapi gua pakai nama tu sebab, gua xley pikir nama hero lain. Btw, ni fiksyen jew. Jangan la siyes sgt.Okay?

11 comments:

  1. cetusan rase orang palestin....

    moral of the story ape???pjg sgt malas bace

    ReplyDelete
    Replies
    1. From above, quote:

      "Mesej yang gua cuba sampaikan adalah..

      "You might find a thousand, or millions of girls/guys that are better than your lover, but none of them are the same with her/him"

      Bak kata mantan gua,

      "You maybe bole cari aweks yang lagi baik dari I, but you kena tahu yang dalam dunia ni, ada sorang je "Ifarra"."

      Faham? Tak? Takpelah.."

      Unquote..

      Hehehe.. thanks sbb sudi singgah En.Karim..

      Delete
  2. Akhirnyer ... Dh updated blog..yeaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..yup... akhirnya..

      Cik Hetty,thanks coz sudi singgah tau!!

      >___<

      Delete
  3. lame ko menghilang...btw happy birthday...n i wish i could be dat zippo..muahahaha....well kalu pompuan..yg special die tggl umah xbwk sekali..dat y lelaki cpt kantoi...wakakkaaka..(ok..juz my opinion )

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku da pulang.. and thnks for da bday wish.. and i wish you will be sum1 Zippo too..

      Yg special tinggal kat umah? erm.. baik ko cakap tinggal at kedai jew..

      Alah membeli, menang memekai, ye dop?

      K.. thanks for dropping by, kiddo !

      Delete
    2. lau kt kdai means blum jd hak milik ag...usha dr jauh je..hakhak

      Delete
  4. "You might find a thousand, or millions of girls/guys that are better than your lover, but none of them are the same with her/him"

    LOVE it <3

    ReplyDelete
  5. yup.. true.. apa yg sang mantan saya cakap tu betik... Sori x melawat blog anda.. nanti saya luangkan masa.. and thanks for reading and commenting, kak !

    ReplyDelete
  6. alah,, macam beza jer citer nye.. nak bcer now,,xsempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... nanti kak datang la melawat lagi.. bkn gua remove ew hapew..

      Delete