There was an error in this gadget

Thursday, 15 August 2013

Kisah Satu Malam: Aku, awek JDT dan kucing jalanan

Latar tempat:  Laluan pejalan kaki hadapan kedai 24 jam
Latar masa: Lewat malam
Latar masyarakat: Rakyat Mesia yang berbilang kaum yang hidup aman harmoni

Kedai serbaneka yang dimaksudkan
*ching-ching-ching*

Bunyi chime pintu kedai serbaneka itu memecahkan kesunyian malam. Dua pasang mata awek cashier memerhatikan aku masuk terkedek-kedek ke dalam kedai itu. Beria-ria cashier dua orang tu ushar aku; ibarat mamat bangla masuk kampung tengok anak dara Melayu. Lantaklah,bukan luak pun. Orang hensem ni memang suka orang perempuan tengok. Heh.

Aku just “watdonno” dan meneruskan langkah menuju ke bahagian belakang kedai, bahagian minuman sejuk. Lepas 5 minit duduk ushar peti sejuk tu atas bawah, kiri kanan, aku finally decide minuman apa aku rasa nak teguk waktu tu- Barbican perisa strawberi. Okay lah tu. Dari beli Coca-cola yang terang-terang sokong Yahudi, Barbican ni kira takdelah Yahudi sangat.

Aku ambil dua botol Barbican dan letak di atas counter pembayaran. Sambil melemparkan sebuah senyum tawar,aku tanya awek cashier tu:

“Kak, sini ada jual makanan kucing tak? Yang dalam packing kecik-kecik tu..”

Cat food! Cuma yang ini perisa dia bukan Seafood la.

“Ada dik,kat sana, belah bawah,” balas dia sambil menunjuk ke arah rak paling kanan sekali.

“Dik”? Aku ni baby face sangat ke sampai awek tu panggil “adik”? Yelah. Salah aku jugak yang membahasakan diri dia “kak”. Marah la tu. Kalau aku panggil dia “mak cik” tadi, mesti dia akan panggil aku “pak cik”.  Patutnya aku yang patut panggil dia “adik”. Barulah dia akan panggil aku “abang”. Kan sedap sikit bunyinya tu?

Alah. Biarlah. Bukan lawa sangat pun awek cashier ni, tak berbaloi aku nak fikir lama-lama pasal derang.

Aku pun ambiklah makanan kucing tu sepeket. Perisa “makanan laut” ? Makanan kucing pun ada perisa macam-macam ke? I mean,kucing-kucing zaman sekarang ni memang pandai memilih makan ke? Sampai ada perisa khusus bagai. Ntah-ntah kat Jepun pun ada makanan kucing perisa sayur untuk kucing-kucing yang mengaku vegetarian agaknya! Choii!

Selesai membayar, aku menuju ke pintu keluar. Masa aku baru je nak tarik pintu tu..

*ching-ching-ching*

Chime berbunyi lagi. Ada someone baru nak masuk dalam kedai tu.

Sorry guys. Gua dah 3 jam Google. Ni je gambar awek JDT yang gua jumpa yg mematuhi piawai. Harap maklum. 

Awek .

Rambut hitam panjang.

Cun kiok punya.

Pakai jersi JDT.

*Gulp.*

Telan air liur aku kejap. Terkesima. Cun bhai! Terus rasa aku nak lari laju-laju pegi beli jersi JDT dan pakai selai. Nak tunjuk kat dia aku pun fans JDT jugak. Baru bleh “saing-saing” dengan dia. Nak wujudkan similarities antara aku dan dia. Tak kesah la nombor tengah IC aku bukan “01” pun, aku sanggup!!!

Tuhan je yang tahu betapa aku mahu berpaling, cuit bahu awek tu dan mintak nombor dia. Tak dapat nombor, wechat id pun boleh. Tak kuasa aku nak main “look-look around” time tu. Atleast, dapat tengok muka dia sekali lagi pun jadilah!

Tapi, tidak. Memang aku dilahirkan sebagai seorang lelaki yang sopann santun dan pemalu, terutama pada orang yang aku tak berapa nak kenal. Aku hanya mampu menundukkan pandangan. Memandang lantai, dan dengan jalan keluar sehabis tenang macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Tak apa. Kalau ada jodoh tu, tak lari. Ade rezeki, jumpa la dia lagi kt mana-mana”- pujuk aku pada hati aku.  Tipu diri sendiri. Bitter gila rasanya.




Keluar dari kedai tu, aku menghampiri  seekor kucing terbiar yang dari tadi dok mengiau-ngiau mintak makanan. Bunting. Muka cam lapar je. Aku ni memang sukakan binatang, terutamanya kucing. Pelan-pelan aku duduk mencangkung dekat dengan kucing tu, hampar satu beg plastic dan pelan-pelan aku koyak plastic makanan kucing tu. Bagi dia makan. Lahap betul. Lapar sangat agaknya.

Hati aku yang berkecamuk tadi terus rasa tenang tengok kucing tu makan. Somehow, walau kucing bunting tu tak reti bercakap bahasa manusia mahupun bahasa Kelantan,aku tahu yang dia sedang berterima kasih pada aku.

“Owh.. You dah bagi dia makan ya?”

Satu suara tiba-tiba kedengaran dari belakang aku. Aku toleh kepala aku,nak tengok makhluk mana yang tegur aku tak bagi salam ni.

Terkojut gorilla den bilo den pusing! Awek JDT tadi ha!!

“Ah…ha,” balas aku pendek.  Padahal masa tu, aku pun tak sure suara aku keluar ke tidak masa aku cakap “ah-ha” tu tadi. Gila besar bijik mata hitam dia pandang aku. Wallawei! Comel gila ! Cam tok bernafas den ni nengok dia ha! Dup dap dup dap dalam dado den ni ha!

(Apsal aku tiba-tiba cakap Nesmilan plak ni?)

"Nyam-nyam-nyam. Terima kasih ! Terima kasih!" - ujar kucing tersebut.

Dia senyum dan duduk mencangkukung  sebelah aku. Sama-sama teman kucing bertuah tu makan. Bau longkang yang dari tadi menemani aku dengan kucing tu tiba-tiba digantikan dengan aroma harum awek tu. Kalau tak salah aku, bau dia tu bau ala-ala Atlas Mountain Rose punya haruman yang ada dijual kat Body Shop tu.  

Wangi. Manis. Manggiurkan. Eh?

“ Senanya, I pun belikan makanan ni untuk dia. Tadi I nak masuk beli barang , dia duduk berbunyi-bunyi macam lapar. Kesian I tengok dia. Tengok-tengok u da bagi dia makan..” terang dia pada aku sambil menunjukkan satu beg plastic berisi makanan kucing dan sebotol susu penuh krim.

“You beli makanan je kan? Ni , I ada belikan dia susu. Hee..” sambung dia sambil menuang susu Dutch Lady ke dalam penutup botol susu. Dia senyum lagi. Dah nak pengsan aku rasa.

“Awak.. awak punya makanan kucing tu.. macam mana? Kucing ni cukup la satu pek..” tanya aku pada dia. Macam cakap merapu sorang-sorang je bunyinya. Gabra.

“I bawak balik je la. Rumah I pun ada cats..”jawab dia sambil hidang susu pada kucing. Tak pandang aku pun.

“You.. suka kucing?” sahut aku. Perlahan-lahan aku mula membina confidence.  Slow and steady. Mengorak langkah demi langkah.  Pasang perangkap kanan kiri jalan. Rasa macam jeneral perang pun ada. Kena pandai atur strategi ni. Kena cari pick up line baik punya untuk memenangi pertempuran ini.

 “I suka.. Suka gila..” balas dia sambil tersenyum melihat aku. Kali ni nampak gigi dia. Tersusun rapi. Putih bersih macam awek dalam iklan Darlie. Bebas plak. Bebas rongak. Bebas gigi berlapis. Mungkin benar ada possibility antara kami. Mungkin jugak kucing dia dekat rumah tu bakal mendapat abah yang baru. Start berangan dah aku. Heh.

"Bestnya kalau dapat suami yang sama perangai macam you, yang suka kucing. Sama macam I ni.." sambung awek tersebut. Tangan dia dok usap-usap kepala kucing tu dengan penuh kasih sayang. Calon ibu yang penyayang ni!

Apa? Suami? Aku ke? Wallawei! Aku suka benar awek yang jenis terus terang ni! Bukan ajak kapel ni, ajak kawin terus! Betul la cakap umi aku, aku ni memang dilahirkan bertuah. Alhamdulillah !

Terima kasih ibu kucing yang tengah melantak. Kerana menemukan jodoh kami.

“Tapi..”
Dialog murahan:  "Ya, tapi ..." "Tapi apa?". Tak caya? Tengok drama RTM.


Terhenti kejak angan-angan aku tadi.

Aku terdiam. Aku ni memang anti betul dengan perkataan “tapi” tu. Clich√© habis. Dialog sikit, “tapi”, dialog sikit “tapi”. Macam drama Melayu RTM dah rasa. Drama swasta kurang sikit dialog murahan camtu.

Tapi apa?

“Tapi suami I tu, dia.. Dia tak suka kucing..”

Jap. Apa awek tu cakap?

Suami?



Hati ni macam dah kena gelek dengan lori traller 12 tayar dah aku rasa. Saat tu jugak aku bangun. Pelan-pelan aku turun tangga menuju ke kereta tanpa memberikan sebarang reaksi pada minah tu. Satu perkataan je yang mampu aku cakap.

CELAKA !

4 comments:

  1. Kunjungi blog kami untuk novel novel menarik berbahasa Inggeris...(visit us for popular english novels...)
    http://bangibookseller.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahhahahahahahaha.padan muka.lain kali jangan perasaan lebih tau.

    ReplyDelete