There was an error in this gadget

Saturday, 13 July 2013

Awek korang or bangkai anjing. Mana pilihan anda ?

A muslim touches and do kind stuff to dogs. Problem ?
Sedap kan jalan-jalan sambil pegang tangan balak korang? Rasa cam berejam-rejam genggam tangan balak tu, pun tak apa. Tak lenguh. Bagi awek-awek lain tahu yang balak hensem yang korang pegang tangan tu korang punya. Bagi depa jealous.

Syok kan bila korang usap-usap lembut rambut awek korang? Tolak rambut dia ke belakang telinga. Pastu letak tangan korang bawah dagu dia. Tekan lembut ibu jari korang kat bibir bawah dia yang lembab tu. Huuu~ Layan beb.

Nostalgik abes kan bila korang saling bersandaran atas bangku konkrit di taman sambil bergurau senda? Pastu ada adegan cubit-cubit manja. 

Ah, indahnya berkapel !!! Sape cakap kapel tak best, dia mati pucuk !

*****************************************************************************
Petang itu petang Sabtu.Di sebuah taman kelihatan Mamat, budak Melayu beragama Islam sedang menaiki motosikal yang baru pulang dari masjid selepas mengikuti kuliah agama selepas solat Asar. Dia masih memakai baju Melayu, berkain pelikat dan lengkap berkopiah. Mamat menikmati pemandangan indah di taman bunga itu. Tapi sayang, sayup di sudut-sudut taman itu terlihat pasangan muda-mudi yang sedang berpacaran.

“Owh.. esok hari Ahad. Ramai la keluar dating hari ini..”

Kerana berasa tak begitu selesa dengan pemandangan-pemandangan demikian, Mamat memutuskan untuk patah balik dan pulang ke rumah saja. Dia bukan kaki mengendap. Bukan kaki skodeng. Tak. Mamat punya perangai tak macam perangai korang yang tak berapa nak senonoh tu.

Baru saja Mamat buat u-turn untuk balik, tiba-tiba…

"Guk..guk...Kaing..kaing..kaing..."

Seekor anjing kelihatan tergolek di tengah jalan, baru saja dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu laju dan meninggalkan anjing itu begitu sahaja.

Mamat blurr. Dia di dalam dilemma, samada mahu menolong anjing itu, atau pun tidak. Anjing itu sepertinya sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Anjing itu kan najis Mughallazah. Najis berat. Darah anjing pula tu. Ah.. Biarkan sajalah,” pikir Mamat.

Sanggupkah anda? Tepuk dada, tanya diri !

Mamat buat tak nampak saja kejadian itu. Lalu dia beredar dari tempat itu secepat mungkin. Tapi hatinya masih ragu-ragu dengan tindakannya itu. 

Mamat teringat cerita ustatnya bahawa terdapat seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan. Islam memang menyeru umatnya berbuat baik kepada semua bintang, termasuk anjing mahupun babi sekalipun.

“Walau anjing itu najis, tapi dia makhluk Allah juga. Aku harus menolongnya..” bisik hati kecil Mamat.

Mamat menghampiri anjing tersebut yang bergelimpangan di tepi jalan itu. Nyata anjing itu sudah mati dan menjadi bangkai. Mamat memegang anjing itu, dan membawanya ke tepi jalan untuk menanamnya.

Ternyata, tindakan mamat itu diperhatikan oleh sepasang kekasih yang berada di situ.

Awek: “Baby, tengok sana. Gila betul. Pakaian nya saja gaya orang beragama, tapi selamba aje pegang anjing tu..” (sambil berbisik ke telinga balaknya)

Balak: “Ye lah beb. Orang kita ni, kalau belajar agama banyak sangat pun, boleh jadi mereng (gila) juga. Patutnya, kurang-kurang pun berlapik la. Anjing tu kan najis. Jom kita gi ushar (tengok) di kejap, baby..”

Ada makna ke bertudung , tapi selamba badak je pegang-pegang yang bukan muhrim ? - Gambar Hiasan

Sambil berpegang tangan , pasangan kekasih itu menghampiri Mamat yang sedang menggali lubang untuk mengebumikan bangkai anjing tersebut.

Balak : “ Erm.. bang.. ini bangkai anjing, kan?”

Mamat: “ Bangkai anjing. Mati kena langgar tadi. Saya nak tanam..”

Awek: “ Tapi bang, anjing tu kan najis. Mana boleh pegang kalau tak pakai sarung tangan. Ada darah lagi..”

Mamat:  “Ah.. tak ada apa-apa la, kak. Bangkai ni Cuma najis. Bukan berdosa kalau pegang. Nanti saya samak (cuci) lah..”

Balak: “Bang, najis tetap najis. Abang ni kan belajar agama. Mana boleh main pegang-pegang bangkai anjing ni..”

Mamat terdiam seketika. Mahu mendigest apa yang pasangan kekasih tu mahu memberitahu dia. Sambil tersenyum.

Mamat: “ Akak, abang. Maaf ya. Saya tahu itu. Anjing ini mati dilanggar kereta. Jika semua orang membiarkan saja bangkai ini di tepi jalan hanya kerana ianya najis, nanti bangkai ini akan membusuk, mereput dan mengganggu lebih ramai orang. Lebih baik jika ada orang yang menanam bangkai ini. Lagipun , ia hanya najis dan tidak berdosa..”

Terang Mamat lagi,

“Bagi saya, LEBIH BAIK MEMEGANG NAJIS, DARI BERPEGANG TANGAN DENGAN BUKAN MAHRAM. Ustat saya cakap , sabda nabi: "Sesungguhnya kepala ditusuk dengan besi panas itu lebih baik daripada memegang lelaki / perempuan bukan mahram." (HR. Thabrani dan Baihaqi)

Muka awek dan balak tadi terus berubah. Tersengih seperti kerang rebus, dan akhirnya berlalu dari situ menahan malu, tanpa berkata apa-apa. Mereka sudah berlalu sambil melepaskan pegangan tangan masing –masing.

Monokuro chan !!!


Again gua tanya ni.. Best kan pegang tangan balak / awek korang? Heh.. 

Renung-renungkan dan selamat beramal.

This is Mejah, OUT !

(idea asal: internet. Gua olah semula ikut gaya gua. harap maklum)

2 comments:

  1. this is AWESOME doyi!!
    tabik spring 50x!!

    ReplyDelete
  2. sumpah superb.. kat tempat keje selalu kena benda camni..customer muslim macam jijik je tengok akak pegang anjing sebab haram katanya..

    eh?kbai..selamat berbuka puasa..selamat hari raya...

    ReplyDelete