Tuesday 13 March 2012

Ibu Anda VS Awek Anda ( Dilemma seorang lelaki)

Kalo berbicara bab mertua, memang  orang Mesia tak lepas punya teringat cerita ni. Punyalah power abang P.Ramlee tu kan?


Hari itu sudah beransur petang. Burung-burung berterbangan pulang ke sarang masing-masing. Itek-itek mula beratur dan berduyun-duyun pulang ke reban. Matahari makin tenggelam di ufuk barat, menghadiahkan umat manusia panorama yang indah, khusus bagi mereka yang suka mengagumi kejadian alam milik Tuhan.


Mak Sikin termenung jauh. Sulaman manik yang sedang dia usahakan itu terhenti seketika. Jari jemarinya yang sudah dimamah usia itu tidak lagi menari-nari seperti tadi. Dia menaggalkan cermin mata usangnya itu. Tekaknya berasa pahit. Dia menghela panjang nafasnya. Tubuh dan fikirannya berasa amat letih. Benar, ada sesuatu yang membelenggu kotak fikiran Mak Sikin sejak pagi – berkenaan Asfarina, calon menantunya.


Awal siang tadi, anaknya Sabil menelefon Mak Sikin yang baru selesai solat Dhuha. Baru semalam Sabil pulang dari bertugas di platform minyak di pesisir pantai Sarawak. Dua minggu sudah dia di lautan. Panggilan Sabil untuk bertanya khabar dan melepas rindu kepada bondanya. 


Sesudah bersembang tentang pelbagai perkara, tiba-tiba Sabil memberitahu bondanya sesuatu yang mengejutkan. Ibu bapa kepada Asfarina, kekasihnya mahu berjumpa Mak Sikin pada hujung bulan ini. Berjumpa untuk berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dalam masa terdekat.


Gua pun kekadang camni gak. Time busy. But, kekadang jew. Bukan selalu. Gua kan sopan, heh !


“Umi. Mak ayah Asfarina nak jumpa Umi. Mereka akan datang ke KL dari Sarawak pada hujung bulan ini,” kata Sabil, lembut dan sopan. 


“Kenapa mak ayah Asfarina nak jumpa Umi?” soal Mak Sikin,kehairanan. Berdegup kencang jantungnya.


“ Mak ayah dia nak berbincang tentang perkahwinan Sabil dan Asfarina dengan Umi,” balas Sabil, dengan rasa bersalah dan berbelah bahagi.


“Allah ! Biar benar !” tempik hati tua Mak Sikin. Terasa dunianya berhenti berputar seketika.


“Habis tu? Apa kata Sabil?”tanya Mak Sikin lagi, dambakan kepastian Sabil. Sekelumit pun tak dia jangka bahawa Sabil akan benar-benar merancang untuk mengahwini Asfarina.


“ Sabil tak tahu. Sebab Sabil memang bercadang nak berkahwin dengan Asfarina. Cuma, Sabil rasa sekarang bukan masanya,” jelas Sabil.


“Sabil. Umi tak kisah bila Sabil nak kahwin. Tapi, betul ke Sabil nak kahwin dengan Asfarina tu? Sabil kan tahu Umi tak berkenan dengan dia sebagai menantu Umi,” balas Mak Sikin, dengan sedikit tinggi nada suaranya. 


Memang Sabil tahu yang Mak Sikin memang tak berkenan akan Asfarina. Terlalu banyak beza antara mereka berdua. Memang tak ada satu sifat pun pada Asfarina yang dapat mengambil hati Mak Sikin. Dari empat ciri-ciri wajib calon menantu anak-anak Mak Sikin tetapkan dari awal,hanya dua saja yang dipenuhi oleh Asfarina. Jangankan nak lulus, short-listed pun tak lepas !


Ya. Asfarina berbangsa Melayu. Tapi bukan Melayu Kelantan seperti yang Mak  Sikin dambakan. Ya, Asfarina mempunyai adik beradik yang sedikit, tetapi Asfarina tidak tinggi, berbadan katik malahan tidak cantik di mata Mak Sikin. Mana mungkin dia merelakan anak lelakinya yang sulung ,tampan dan berkerjaya besar itu memperisterikan Asfarina yang tak cukup syarat itu !


Ni lah calon menantu yang Mak Sikin cari gamaknya. - Melayu. Kelantan. Adik beradik tak ramai. Dan bukan bertubuh katik. Gua search "awek kelantan Pasir Mas", gambar awek ni keluar. Nasib baik tak keluar nama Neelofa, kan?


“Sabil tahu, Umi. Tapi Sabil sayang dia..” balas Sabil dengan rasa salah.


“Sabil. Kalau Sabil tetap nak berkahwin dengan Asfarina, Umi dah tak ada seorang anak bernama Sabil, tahu !” kata Mak Sikin memberikan amaran pada Sabil. Sekonyong-konyongnya, tak rela dia kehilangan putera sulung yang dia sayang dan bangga-banggakan kepada gadis kecil molek itu.


“Umi, yang Sabil sayang..” Sabil mula menyusun kata. Mahu benar dia memujuk bonda dia yang dia sanjung itu. Dan dia juga tak mahu Asfarina kecewa di penghujung episod cinta mereka.


“Cuba Umi bayangkan Umi ditempat Asfarina. Tahun ni dia dah berumur 25 tahun. Ahli keluarga dia dah bertanya  bila dia akan kahwin dengan Sabil. Kalau Sabil putus dengan dia, dah tak ada orang lain yang sanggup kahwin dengan dia. Umi juga cakap, dia tu tak cantik,”


“Umi kan seorang  perempuan. Tentu Umi dapat rasa apa dia rasa. Sabil dah lama berkawan dengan  dia. Dah lalui macam-macam pengalaman dengan dia. Sebelum Sabil berjaya seperti hari ini, dia dah wujud dalam hidup Sabil. Masa Sabil masih budak yang tak ada apa-apa, dia yang ambil Sabil. Sabil tak pernah ada orang yang betul-betul pedulikan tentang Sabil selain Asfarina”


“Cuba Umi letakkan Umi dalam jiwa wanita Umi. Sanggupkan Sabil pergi pada Asfarina dan katakan pada dia, “Kita putus. Umi saya  tak suka awak sebab awak tak cantik” ? Umi, Sabil tak pilih isteri Sabil berdasarkan rupa. Kalau sebab rupa semata-mata, sampai bila-bila pencarian Sabil tak akan habis, Umi.”


Mak Sikin hanya berdiam diri. Tak mampu untuk dia berkata apa-apa. Dia cuba meresap hujah-hujah Sabil.


Ce teka ni sapew? Ha.. Ni awek pun awek Kelantan jugak.  Cik Puan Temenggung  Kelantan .  Cun seyh ! Kalu awek ni ngorat Sabil, gua tataw Sabil nak kan dia ke tidak. Korang rasa ?


“ Ramai perempuan yang cantik mahu berkenalan dengan Sabil. Pegawai tinggi. Model. Eksekutif. Ada juga yang kawan-kawan Sabil perkenalkan pada Sabil macam-macam perempuan. Semua Sabil tak mahu. Satu-satunya yang sentiasa ada di fikiran Sabil adalah Asfarina, Umi..”


"Lagipun, si Asfarina tu dia bukan berkawan sangat dengan orang lain. Dia tak ada perangai buruk lain Umi. Dia tak liar. Tak ada perangai dan peel yang tak senonoh. Dia tak kacau orang. Dan macam Umi jugalah, suka pada kucing. Jiwa penyayang,"


“Sabil pun dah cukup rapat dengan keluarga dan ayah Asfarina sendiri. Umi pun tahu, ahli keluarga Asfarina orang yang baik-baik. Jika Umi tak restui perkahwinan Sabil dan Asfarina, Sabil akan malu berdepan dengan mereka Umi,” jelas Sabil dengan tenang dan penuh rasa hormat pada Mak Sikin. Mahu benar dia mendapat green light dan restu bondanya itu.


Ibarat menarik rambut dalam tepung. Tepung tak berselerak. Rambut tak putus. Itu niat hati kecil Sabil yang tak mahu keadaan keduanya bertambah keruh.


Sedikit demi sedikit, hati wanita Mak Sikin tersentuh dengan kata-kata Sabil. Barangkali Sabil ini mewarisi kelebihan bapa dia yang pandai memujuk hati perempuan itu. Sungguh. Anaknya itu suka pada Asfarina yang kecil molek itu. Sayang dengan sebebar-benarnya. Mungkin tak ada apa lagi yang mampu dikatakannya pada Sabil.


"Kalu baby tu hensem, sebab bapak dia hensem. Kalau baby tu cantik, sebab mak kepada bapak dia cantik " - Sabil.


“Nanti kalau Sabil kahwin dengan dia, cucu Umi kan jadi tak cantik sebab ibu dia tak cantik,” kata Mak Sikin,nada bersenda dengan Sabil.


“Aah.. Mana ada Umi. Mesti lawa sebab bapak dia hensem  dan nenda dia lawa ,” balas Sabil selamba,disertai gelak kecil.


“Jadi, boleh lah Umi,ya?” sambung Sabil pendek.


“Erm..” balas Mak Sikin dalam-dalam. Di pelusuk lubuk hati dia, Tuhan saja tahu betapa banyak ketidak sanggupan harus dia ketepikan untuk melafas kata setuju yang sepatah itu. Pengorbanan seorang ibu , bukan dari fizikal sahaja. Tapi soal hati dia sendiri terpaksa dia nafikan untuk melihat putera yang cukup dia sayang menikmati secebis kebahagiaan . 


Restu dari seorang ibu. Itu sangat besar, tahu !


*****************************************************************


" Ya, benar. Saya pernah bercinta dengan seorang blogger. Dia bukan artis, dan  dia orang Klatey " - Neelofa, pengacara Nona. 


Salam Satu Mesia !


Gua kembali menulis entry ala-ala menyentuh perasaan ni. Bukan apa, sekadar berkongsi pengalaman gua bersama semua rakyat Mesia yang mungkin punyai masalah yang sama- pasangan tak mendapat restu dari ibu bapa utk berkahwin.


Masalah engkorang mungkin tak sama. Tapi, yang gua cuba sampaikan adalah berdiplomatiklah dengan ibu korang. Jangan kecewakan hati orang tua kita.


Macam Sabil, dia tahu Umi dia tak suka si Asfarina itu,jadi dia dengan perlahan-lahan dan dengan sopan menyentuh hati Umi dia. Umi dia juga seorang perempuan- yang punyai hati yang lembut dan mudah tersentuh jika kena caranya. Jangan lah sebabkan awek , kita bermusuh dan membenci ibu kita sendiri. Ingatlah, ke mana pun kita- hakikatnya kita tetap akan pulang ke ibu kita.






Di situ asal kita. 


If korang ada benda nak share,sudi2kan lah komen. 


This is Mejah. Out.





21 comments:

  1. lelaki yang lebih manyanjungi ibu beliau adalah lelaki yang boleh jadi suami yang baik! tu baru la real family man!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju kak.Tu pasal dea tak kawin lari tuw..

      Lelaki yang kacak adelah lelaki yang melayan dan menghormati para wanita lain seperti mana dia menghormati ibunya sendiri.. dok gituw?

      Thanks coz sudi singgah , kak !

      Delete
  2. Tapi, zack melawan cakap ayah dia demia azura iaitu neelofa? Hehehe. Betul la tu point kamu tu. Sampai la maksud dia. Kalau ibubapa tak restu pada sebab2 yang merepek seperti rupa tak cantik atau asal berlainan negeri tu mmg tak dpt terima. So, boleh cuba sentuh hati derang. Tapi kaalu parents tak setuju sebab perangai pompuan tu buruk, tak senonoh, sila la pertimbangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa, kak.

      Maybe si ibu tu tak nak merasa sunyi bila anak2 dia dah bekerja. Dah la si anak jarang pulang, dan kalau ape2 jadi, kalau si menantu tu duduk senegeri, boleh jugaklah si menantu tu datang menjenguk.Dok gituw?

      Naluri hati tua- takut merasa sunyi dan takut diabai anak.

      Owh, Neelofa? Mantan awek saya tuh? Biarlah dia.. Malas nak cakap apa.. Sapelah saya ni di mata dia sekarang~ (*perasan)

      Kah kah kah~

      Btw, thanks sebab singgah, kak !!

      Delete
  3. betul,apa2 biar dpt restu. kalau x,hdup pun x berkat.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stuju sgt2 kak.. Gua pun tataw la camna masa depan gua kelak..

      Hopefully mak gua berkenan dgn bini gua tuw.. tak nak ade dilemma menantu vs mertua plak..

      thanks sebab sudi baca and komen kak!

      Delete
  4. Memang kena dapatkan restu....klu x, hidup xberkat, susah di kemudian hari....tapi kena pndai2 la, supaya ibu merestui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skill memujuk tu penting !!

      (>___<).. kene terer pujuk mak.. baru ley terer pujuk awek ! kakaka~

      Delete
  5. amboi.demand nauuu mak sabil.
    haha.tp kalau iqa..mcm tu.sentiasa perlu kan restu keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..Normal la tuw..

      bayang if lu ade anak pompuan yang comel lote, kerja elok, dan lu sayang sangat anak lu tu.. takkan lu nak kasi dia kawen sebarangan kan..

      Atleast, lu ade tetapkan ciri2 menantu lu, kan?

      Normal la tu.. Naluri ibu.. dia takut dia hilang anak dia.. (>___<)

      thanks sbb sudi bacew n komen..

      Delete
  6. respon to ww: mana ada is buli, incik asben secara tulusnya nak masakkan. lagipun dia pandai dari is... (^___^) sama2 berganding bahu dalam rumahtangga, moga berbahagia hinggga ke syurga..insyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami , kalau dia masak utk isteri, dgn niat utk tolong beserta ikhlas dgn kaseh sayang, itu sgt2 suweet tahu !

      P/s- utk pompuan kat luar yg single tuw, cari la laki yg terer masak macam gua ni.. tak rugi woo~ kalu malas boley mintak laki anda tulung masak..

      masak sama2 kat dapor pun suweet tahu.. especially bila ada anak2 tgk..

      Kan? thehehe~ jgn buli suami plak..

      Delete
  7. yang pentinb tak semak udah :D

    ReplyDelete
  8. haha..da ramai sgt jumpa blogger lelaki yg suka jadikan neelofa cth~ =p

    x dpt restu mak, x berkat hidup..mintak jauh~

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm.. beza gua dgn blogger2 laki lain kat luar tuw... gua dgn Neelofa tu.. masa dulu2.. erm..

      xnak cakap pepelah.. hahaha~

      Yang penting Cik Neelofa kita tu, di harapkan akan terus sukses..

      Delete
  9. yup setuju... restu ibubapa tu penting...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bak kate member gua yg dok Jeli tu.. "MEMEY AH!"

      hahaha..

      Thanx kak !

      Delete
  10. untunglah org Kelantan cntik2..
    org lain tak,dh tu jahat.. ntah knapa aku anti minah2 cun dri kelntan.. harharhar XD

    p/s: err, dh brpnya la.. cuma die jauh.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak...

      awek Kelantan cun? hum..

      Bagi gua yang baru bernyawa 24 tahun ni.. selama gua hidop, gua xpenah lagi jatuh cinta dgn awek Kelantan.. (gua baka Kelantan, just belajar dan kerja kat merata2)..

      Masyarakat Mesia terlalu banyak dimomok kan bahawa orang kelantan ni jahat2.. perampas laki orang.. suka tinggal kawan.. ganas.. x respek orang.. gatal.. etc..etc..

      just nak gtaw, yang kekadang, gua rasa , gua dah letih DIDISKRIMINASI oleh BANGSA GUA SENDIRI... huh~

      Salam dari Mejah and thanx coz singgah, bca & komen !

      Delete
  11. klu i di tempat asfarina, i lg prefer kawen ngn suami yg mak nya syg kan kita..mertua yg terima kita seadaanya..yg welcome kita dlm fmly dia..yg fikir kita terbaik untuk anaknya..wlaupun anaknya (suami) tu, kita baru 1st time sembang dgn dia bila kt ats katil time mlm pertama..cinta boleh dipupuk..sbb cinta yg hakiki hanyalah hak suami bkn bf..

    sbb menawan hati suami lebih mudah dr menawan hati mertua..selak kain nmpk betis,laki dh xmenentu..dr nafsu lama2 akn bertukar jd cinta..let say if asfarina jd kawen jgk ngn guy tu..maknya akan pasrah menerima..tp mampukah mak nya redha menerima sepanjang pernikahan if ad hasutan kaum kerabat yg menyimpan angan2 berlaki kan guy tu..or if pernikahan yg tidak dikurniakan anak..or anak yg dilahirkan tidak sebijak or cute sperti diangankan..

    renungkan.. syurga di bwah tapak kaki ibu..ibu mertua juga akn jd ibu kita after kawen..

    ReplyDelete