There was an error in this gadget

Friday, 16 November 2012

ABK : Prequel : Pertemuan Pertama (First Date)

Salam satu Mesia!

totallymejah against GAY and  LESBO.
Gua tengah mengelamun kat FB. Tetiba ada satu post ni dari Bella (Ntv 7) yang berbincang tentang first date derang . Ramai cakap dua-dua orang freeze la. Ade yang pegi dating pastu,terus balik sebab nervous la. Macam-macam.

So, entry kali ni, maybe cerita personal la sket, but boleh buat sandaran.

(Selalunya, entry totallymejah bersifat fiksyen or factual. Kali ni lain sket. Pengecualian khas).

*****************************************************************************

Latar Masa          : Tengah hari
Later Tempat      : Midvalley. Top floor. 
Latar Masyarakat : Masyarakat satu Malaysia yang harmoni.

Midvalley. Top floor. Ye ke?

Tengah hari itu aku sebenarnya aku tidak tenang. Tipulah kalau aku kata aku tak berdebar langsung. Ada juga rasa yang tak berapa enak bertakung dalam diri aku. Tapi rasa itu aku pendam. Aku cuba telan. Seolah-olah menelan ubat kapsul; kat luar nampak kecik  ,but bila masuk dalam mulut, rasa macam nak telan seekor buaya raksaksa besarnya.

Of course, siapa yang tak berdebar-debar masa first date derang , kan?

Aku melihat jam tangan aku. Dah pukul 1 setengah petang. Aku seluk poket aku, keluarkan handphone aku, tengok waktu jam telefon tu tunjuk pukul berapa. Benar. Jam tangan aku tak salah. Memang dia dah lambat. Aku teliti mesej-mesej dari dia. Yang terakhir yang aku terima berbunyi, “I’m on my way..”.

Tiket wayang yang aku pegang tertulis waktu tayangan akan bermula dalam sejam lagi ,dan dia masih belum sampai.

Aku mengeluh. Mungkin salah aku juga sebab tak jemput dia dari rumah dia. Tapi, biarlah dulu. Dia pun aku tak pernah jumpa, takkan aku dah terus nak berdepan dengan parents dia pulak!

Yup. Kedai mainan. Tolol.
Aku masuk ke dalam kedai mainan Toy’R’US tu. Jujurnya, aku suka kedai mainan. Rasa macam berada kat dunia aku sendiri. Mungkin masa aku kecik-kecik dulu parents aku tak belikan aku banyak mainan. Tu pasal la sampai aku besar ni, aku still suka pada mainan. Mungkin.

Namun, walaupun mata aku ralit melihat mainan yang berwarna-warni tu, otak aku ligat memikirkan pasal dia.

“Cantik macam dalam gambar ke rupa dia?”

“Tinggi ke dia?”

“Gelap ke dia?”

“Gemuk ke dia?”

“Pandai bergaya ke dia?”

“ Apa reaksi dia bila tengok aku?”

Above all, soalan last tu yang paling aku risau jawapan dia. Cukup takut kalau-kalau lepas dia tengok aku depan-depan, dan aku tengok dia muka ke muka, masing-masing akan kecewa. Mana taknya, berbulan-bulan chatting dekat YM, lepas dah declare baru nak berjumpa. Gila. Mungkin tu trend zaman tu. FB tak sepopular hari ni. Twitter pun rakyat Mesia tak kenal lagi pada time tu. Paling up pun myspace , friendster dan YM la masa tu. Heh.

Tengah aku mengelamun sesorang tu, henpon aku berdering. Caller ID tertulis nama dia. Aku telan air liur. Bedebar-debar nak jawab panggilan tu macam  takut masa nak bersunat. Aku tarik nafas, dan aku tekan butang “answer” pada telefon aku.

“Mejah..” ,kata aku. Ringkas.

“Hello. You. You ada kat mana ni? I da ada depan Toys’R’Us ni. Tak nampak pun you..” kata dia.

“I kat dalam. U tunggu jap , I keluar..”balas aku, sambil sembunyikan rasa berdebar.

Aku melangkah keluar dari kedai tu dengan langkah yang berat. Gila gelabah sebenarnya. Tapi muka dan gaya kena maintain cool. Fuh !! Kalau aku jenis kecut, dah lama aku lari balik dan buat alasan mak aku panggil balik makan nasi kat  rumah. Tapi, man needs to do what he needs to do bila masanya tiba kan? So, yeah. Aku teruskan juga walau goyang gila dalam diri ni.

Nampak sweet. Tapi, sebenarnya , awek tersebut "memijak" balak dia.  Dalam maksud gambar ni, taw.

Aku keluar dari kedai mainan tu. Dan depan aku ada seorang gadis yang cukup cantik. Berkasut Converse. Cukup tingginya. Berseluar jeans tapi sopan pakaian nya. Dia berpaling melihat aku. Tersenyum, dengan wajah malu-malu dan agak blur.

Dan senyuman dia tu, hampir membunuh aku. Rasa bahagia macam dekat hospital bahagia kejap aku. Tuhan je yang tahu. Indahnya time tu. Kira kalau tiba-tiba aku mati time tu pun, aku mati dengan tersenyum lebar.

“ You belum makan lagi, kan?”tu soalan pertama aku pada dia.

Salam tak. Perkenalkan diri pun tak. Tanya betul ke itu awek yang aku selalu YM or aku tersalah orang pun tak. Pakai langgar je tanya soalan. Tak gelabah sangat la, kan. Tolol.

“Erm.. tak. Belum makan,” balas dia dalam tersenyum.

“Okey. Jom kita lunch dulu cepat-cepat. Movie start dalam masa 45 minit,”ajak aku pada dia.

“Jom.”

Aku berjalan di depan dia, masuk ke restoran makanan segera tu. Iyelah. Time tu aku student lagi. Kira takdelah mewah sangat hidup aku. Order dua beger. Big Mac untuk aku dan Double Cheese beger untuk dia. Naik upper floor dan kiterang makan cepat-cepat, kejar masa. Tapi sempat dia bercerita sikit-sikit pasa diri dia. Perbualan kosong tentang fast food. Stupid talks bak kata Mat Salleh.

Tengok gambar ni, mengingatkan aku pada lapar. Bukan teringat pasal dia. ehem.

Dia cerita kentang goreng jenis macam mana yang dia suka. Kenapa dia suka beger jenis tu. Dia bagitaw aku reasons  habit dia simpan lebihan keju beger tu dulu dan makan kemudiannya. Dan dia cakap pada aku,tentang keju McD lain dari keju yang kat luar sana. Aku just layan je cakap dia tu. Ralit sebenarnya tengok dia makan.

Lepas makan, kiterang bergegas  tengok movie. Cerita RED time tu. Kiterang enjoy tengok cerita tu. Kira pilihan movie aku ni taklah teruk sangat. Ok la.
Kiterang banyak berbual masa bersama. Taklah kaku sangat.  Borak macam dah lama kenal.Taklah jadi pemalu sangat antara kiterang. But, takde lah tahap tak malu langsung dok berkepit or bercemolot kat public. Pandai dia jaga diri dia. Pegang tangan pun tak. Sopan tu satu. Malu tu pun satu hal jugak. Hehe~

Not bad, not bad at all.
But , tu dulu la. Sekarang dah lain cerita dia. Malas nak tulis panjang. But, hari tu, adalah satu hari yang cukup nostalgik bagi aku. Kira kalau ada budak-budak zaman sekarang yang ada cyber date or blind date tu, jangan nak perasan moden sangat la sebab aku pernah buat jugak benda tu.

Been there, done that !

Kalau orang tua-tua cakap zaman dia dulu pakai main hantar surat ajak keluar,aku pun pernah jugak melalui zaman tu. Masa sekolah menengah sebetulnya. Awek tu siap letak bedak lagi kat surat tu. Ingatkan anthrax ke apa, rupanya bedak. Hahaha.

Also, been there, done that !

And that’s my story la a bit about my first date. Not too bad. Quite ok la. Aku pernah keluar date dengan awek yang betul-betul karut pun ada. Tapi, malas la nak cerita. Tak seronok. Haha.

Moving on. (sigh)

Semoga ex-ex aku terus Berjaya dalam hidup derang. Tu doa aku.

Akhir kata,

“Trying to forget someone who you used to love, is same as trying to remember someone who you never met. Impossible.”

Gadoh tu gadoh jugak. Benci tu benci jugak. But, nak lupakan- IMPOSSIBBRUUU..

This is Mejah. Out.

3 comments:

  1. well..my 1st date also at mid valley megamall..sebb senang nk smpai sane..wahhaaha...after 5 years still segar ingtan bout dat time.. but i wish i never noe him at all..

    ReplyDelete
    Replies
    1. enough is enough..

      whats done is done.

      just move on with it la.

      gua gi putrajaya, gua igt dea. gi klcc, igt dea. gi midvalley igt dia.

      but, its just memories la. not more, not less.

      yang peliknya, memori dgn ex-ex yg lain x sekuat memori gua dgn dea. heh.

      move on. cari pengganti bila dh ready. hidup ni terlalu mahal utk dok igt yg lama.

      you cant find the happy ending at the end of the book if you kept reading the same chapter- seorang awek pernah gitaw gua.

      thanks for singgah. :3

      Delete
    2. if n only if the book end with hepi ending..if not? how come? haha..nope la... normal jika ingt...tp x bermakne xleh nk go on ngan life...but the truth is...if n only if..rite?

      Delete