Wednesday 14 November 2012

Soal Pengapit Dan Jodoh ( Jadi Pengapit = Lambat Kahwin ??)


Salam satu Malaysia.

Salam Deepavali. Salam maal hijrah.

Dengan tak berapa munasabahnya, tiba-tiba gua terasa inspired (terangsang) untuk menulis entri tentang kahwin. So, enjoy !

(Kepak-kepak-kebung-kebung~) <--- Bunyi kompang !

Dua dari kanan tu. Ehem-ehem. Jangan buat tak kenal pulak.

Baru-baru ni, gua sangat-sangat marah dengan ex gua tu. Gua tataw apesal. Mungkin sebab bila dah breakup lepas hampir beberapa bulan ni, gua baru sedar yang ex gua tu sebenarnya sangat jahat. Sangat sangat jahat. Kalau nak bukak cerita betapa jahatnya dia, 2 minggu gua tulis di sini pun tak sure dapat habiskan atau tak. Marah sangat sampai …..

Eh.. Sorry. Off topic. Ape tajuk entri ni? 

(Pandang Atas)

Ehem.

Ok. Start balik.

Baru-baru ni, ade seorang kawan gua yang cun, cantik molek, cukup tinggi saiznya, tak jemu dipandang, berdarah kacukan, rambut ikal mayang bagitaw gua yang dia kan terbang ke Borneo untuk jadi pengapit kahwin kawan dia. Dan before dia fly, dia ada advice kat gua untuk tulis entry ni. So, gua pun sebab tengah tak banyak idea dan tak banyak kerja (sebab cuti), gua pun tunaikan lah permintaan dia tu.

Of course la, awek lawa mintak tolong, gua yang gentleman ni kena tolong la, kan? Infact, ex gua yang tak berapa munasabah tu mintak tolong pon gua tolong, inikan pulak awek cun yang kuar tengok movie sesame dengan gua. Siap belanja popcorn lagi kat gua sebab gua lapar. Heh.

Bagi awek tu, dia percaya yang kalau selalu jadi penyepit eh silap, pengapit (bridesmaid), individu tersebut akan lambat berkahwin. Bagi gua pulak, gua lebih percaya pada yang sebaliknya.

Cik Kilafairy. Khas untuk yang tak kenal lagi wajah Kilafairy. Ehem.

Dan FYI, untuk entri yang ini, gua sempat bertwit-twit dengan Cik Neelofa (a.k.a mantan gua) dengan Cik Kila Fairy (ala, penyanyi yang cun tu) ,untuk meminta pendapat dan pandangan derang. Hik-hik.

Ladies and gentlemen,lets get it started!

"Yeargh ! Kawin ! Aku ade, korang ade?"


Short N Simple (SnS).

Hipotesis #1 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin lambat anda kahwin.

Hipotesis #2 : Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin cepat anda kahwin.

Penerangan Hipotesis #1:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin lambat anda kahwin”

Kebanyakkan orang Melayu yang gua jumpa depan-depan, face to face (golongan makcik-makcik, auntie-auntie, nenek-nenek), atau dari blog-blog yang gua lawat, kebanyakkan nya percaya pada Hipotesis #1. Dalam angka,dalam 55% gitu.

Dan gua tak salahkan pandangan derang. Mungkin dalam family mereka, atau jiran tetangga mereka, atau diri mereka sendiri pun, mereka lambat mendapat jodoh, dan mungkin disebabkan mereka pernah menjadi pengapit sewaktu mereka belum kahwin.

Punyalah taknak jadi bridesmaid (pengapit) ! Siap buat muka lagi tu !

Sampaikan, dari apa yang gua research, ada sorang makcik ni . Gua panggil dia sebagai Makcik X la dalam cerita ni. Dia sangat percaya kalau jadi pengapit nanti jodoh lambat. Dan,pada masa tu ada orang minta tolong anak dara dia jadi pengapit, mati-mati dia tak bagi. Last-last, mak cik tu sendiri yang jadi pengapit. Sungguh tak seswai la. Tak munasabah langsung la makcik tu-macam ex gua. Rosak photoshoot orang tu kawin! Punya la percaya pada teori tu.

Dan according to my ChenXu (mak-cik-gua), ade reasons kenapa orang tua menyokong hipotesis #1.

  • -          Jika selalu naik ke pelamin,seri pada wajah derang akan luntur (hilang). Itu sebab utama dia. Itulah sebabnya pengantin dilarang memakai baju pengantin sebelum hari pengantin tersebut kahwin. Itu juga sebab ramai model-model baju pengantin kahwin lambat. Juga dipercayai reason utama orang yang kuat bersolek (make up) tebal-tebal, tak naik seri wajahnya pada hari dia kahwin.
  • -          Kerana dari segi logiknya,orang yang jarang make up tebal ni, bila disolek , wajahnya akan kelihatan lain. Seri wajah dia akan naik. Yang dah biasa dimekap tebal diselaputi bedak tebal seinchi tu, akan kelihatan kurang menarik sewaktu kahwin. Sebab dah terbiasa sangatkan mekap tebal-tebal. Tu sebab gua larang ex gua mekap tebal-tebal bila kuar dating dengan gua. Tapi dia ego. Tamau dengaq cakap ceqq. Degil. Biaq pi la dekat dia. (owh sorry. Off topic).

Clear tentang teori #1?  Faham? Bagus. Korang memang memahami. Bukan cam ex gua tu.

Opps.. Ehem.. Gambar hiasan.. Lawa bumper Proton tu.. 

Penerangan Hipotesis #2:
“Semakin banyak anda jadi pengapit, semakin cepat anda akan kahwin”

Gua personally suka hipotesis yang ini. Sebabnya, gua ni lebih suka berfikiran positif. Percaya kepada peluang. Gua tak suka fikir negative-negatif, unless mengenai benda yang gua taw banyak negative dari positif.

Contohnya, bila ex gua cakap dia nak jadi model. Gua tak setuju. Bukan gua ni otak kampung sangat or tak nak berfikiran positif, cuma dari apa yang gua dengar dari member-member gua yang kerja agensi pengiklanan dan agensi model, derang cakap, dunia modeling ni banyak yang negatif dari yang positif.

 Tapi, ex gua macam biasa lah. Ego. Tak nak dengar punya cakap gua. Rasa diri dia pandai dan maybe dia percaya orang baik lagi banyak dari orang tak berapa baik kat luar sana. Biaq pi lah kat dia. (Owh sorry. Off topic lagi. Marah sungguh kowt gua kat dia).

Back to the issue.

Mengenai hipotesis #2  ini, tak begitu ramai orang yang setuju. Sebab mengikut kajian budaya terhadap pesanan orang tua-tua Melayu, mereka cenderung untuk melarang (jangan itu, jangan ini..) dan mengaitkan dengan benda negative. Contohnya:

"Bertuah engkau, Siti,"- Mak Esah, 68 tahun.  Kejap. Sape yang bertuah ni, woi !!

“jangan menyanyi di dapur, nanti dapat suami tua” – gua rase Siti Nurhaliza selalu nyanyi kat dapur kowt masa dia anak dara dulu. Miahahaha~

Atau

Jangan potong kuku di waktu malam,nanti kena kejar dengan harimau” – seriously, wadepak?

So, teori “Jangan jadi pengapit, nanti lambat kahwin” tu lebih serasi dan selesa untuk diterima oleh orang Melayu. Cuba orang zaman-zaman dulu cakap, “Sape jadi pengapit, nanti dia akan kahwin dengan putera raja,” . Gua yakin, aci kerat jari la, ramai awek-awek yang dara, mahupun makcik-makcik tak berapa nak dara, akan  berebut-rebut nak jadi pengapit dalam majlis kahwin. Heh.

Okay. Faktor utama gua terima teori ini adalah sebab,  bagi gua yang berfikiran lebih kepada praktikal ni, semakin kerap anda jadi pengapit, semakin ramai orang anda akan jumpa. Semakin ramai peminat (especially yang single-single la). Semakin pandai anda bersolek. Semakin banyak pengetahuan anda dalam bergaya. Dan apabila banyak kali tengok orang lain kahwin, semakin menebal keinginan ingin berkahwin derang. Menjadikan, semakin cerah peluang derang untuk berkahwin cepat tanpa banyak kerenah.

Bak kata orang, jodoh tu “berjangkit”. Hehe~

Faham ke dua-dua teori? Bagus. Tak faham? Ok, baca balik slow-slow. Insyallah akan faham la.

Tahniah Dato! Gua ni jew tak kawen-kawen lagi. Tsk tsk tsk..

Conclusion:
As conclusion, yang mampu gua rumuskan adalah , cepat atau lambatnya jodoh sebenarnya terletak di tangan Tuhan. Dan jodoh tiada kaitan pun sebenarnya dengan aktiviti menjadi pengapit atau tidak. Contohnya, gua sendiri. Tak pernah jadi pengapit pun. Tapi sampai sekarang gua tak kahwin-kahwin lagi. Usia dah lanjut kowt. Bhahaha.

Dan mengenai Makcik X yang gua cerita awal-awal tadi tu, even sampai hari ni pun anak dara dia yang cun tu tak kawin-kawin lagi. Tolol~

Walaupun jodoh tu hak Tuhan,usaha tu kena ada la jugak.  Dan jangan terlalu memilih (choosy) pulak. Karang jadi andartu baru tahu. Hehe~

Lagi satu, jangan amal peel macam ex gua. Gua terang-terang ajak dia bertunang and kawin dengan gua, then dia pulak bagi macam-macam alasan, nak tangguh la. Itu la . Ini la. Dan dia ulang ayat, “kalau ada jodoh kita, akan ada la..”

The truth is, yang dia cakap tu betul. Gua tak bangkang. Cuma, bagi gua personally, jodoh apa ke mende namenye kalau  x ade usaha. Atau lebih tepat lagi, tak nak fight for it. Jodoh kepala hot dia ! Gua ajak dia kawin sungguh-sungguh, dia boleh jawab camtu. Skali gua acah cakap nak kawin dengan org lain, dia terus cakap semua lelaki jahat . Penipu. Then, terus try komit suicide, potong tangan pakai pisau. Tak munasabah langsung. Lembu kerbau pun tak amal perangai demikian.Sengal.

Kalau umur budak baru lepas SPM, gua boleh terima la sebab mungkin belum cukup matang lagi. Ni dah nak jadi mak orang dah, still buat perangai macam gitu. Gua pun naik heran. (facepalm).

Jodoh. Jenis yang banyak songeh, memang lambat la. Jenis yang tak banyak peel,jenis dengar cakap mak cepat la jodoh dia.


Owh. Off topic again. Terribly sorry.

…..

Erm..

Biarlah.. Xde mood la..

Yang penting, gua nak cakap, “Jadi pengapit or tak jadi pengapit, sebenarnya tak ade effect pon dalam kecepatan or kelambatan jodoh korang”.

If korang nak jodoh cepat, berusahalah ke arahnya. Jangan banyak songeh. Jangan buat peel. Jangan jual mahal. Above all, kalau cari jodoh tu, carilah jodoh yang boleh membahagiakan dan menjamin masa depan korang. Then, kalau saling boleh bertoleransi dan terima kelebihan dan kekurangan masing-masing, barulah hubungan tu menjadi dan bahagia. Carilah keredhaan Tuhan. Tu pokoknya.

Gua doakan yang mana masih belum bertemu jodoh, supaya akan kahwin cepat-cepat dan yang mana dah bertemu jodoh tu, semoga cepat mendapat bebbi (baby) dan semoga jodoh korang dengan pasangan korang berpanjangan. Amin.

Sekian,harap korang boleh terima pendapat gua.

Thanks for dropping by and reading this entry.

This is Mejah. Out.

If you excuse me, gua nak gi troll ex gua tu. Siap dia!

Wanita. Hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita yang cun. Eh, salah .. Yang solehah.
(Gambar hiasan semata-mata)

Additional info:

For those who’s want more infos and the extra miles..


  • http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7827.20
  • http://riesha-ariesha.blogspot.com/2010/08/pengapitlambat-kahwin-ke-cepat-kahwin.html
  • http://nudabuffy.blogspot.com/2012/03/jadi-pengapit-kahwin-lambat-mitos-je.html
  • http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&ved=0CCEQFjAA&url=http%3A%2F%2Faj-the-mommy.blogspot.com%2F2012%2F02%2Fjadi-pengapit-kahwin-lambat.html&ei=z1WkUJbOAc_qrQfdgIGwCA&usg=AFQjCNEwQZwcj6CRunlahb0ejkN80UAXeA&sig2=Ge6CrB60lms0ofP4eT1OvA
  • http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&ved=0CDUQFjAC&url=http%3A%2F%2Fnurulainlatif.blogspot.com%2F2012%2F07%2Fpengapit-oh-pengapit.html&ei=z1WkUJbOAc_qrQfdgIGwCA&usg=AFQjCNEj0PTwRlxJ06MKCHJB7csRlG24Fg&sig2=NAsfPIpDBM4ivTifAnZIEg

6 comments:

  1. hmmm....mrh nmpk..xelok mrh2 kg brtkr syg..

    eh, sorry,tersalah topik.

    ReplyDelete
  2. bhahaha..

    woo pandai lu kutuk gua balik yew... siap lu..

    marah bertukar jadi sayang? tak taw la..

    kecewa dengan apa yg dia dah buat..

    but biarlah, Tuhan Maha Kaya. Dia lagi tahu apa yg terbaik utk Mejah.

    Cik Aien pun sudah-sudah la marah pada ex tu. Tak bosan ke dok bahan dia hari2?

    Mejah pun dah nak stop da trolling dia.

    thanks for singgah and komenting!

    ReplyDelete
  3. Pengapit tu x kahwin sbb abis mase jadi pengapit je, ble die nak kahwin..haha..sbb tu la..pttnyer berkat

    ReplyDelete
  4. malingsiaaa bodoh,,,,, sabah tak korang maling jua

    ReplyDelete
  5. saya dah 2 kali jadi pengapit kawan kahwin.. umur tahun ni dah masuk 30 tahun.. kebetulan sampai sekarang tak kawin2 lagi.. tak boleh percaya semua tu.. sebenarnya jodoh belum sampai lagi..

    ReplyDelete