There was an error in this gadget

Friday, 5 July 2013

Entri Faktual : Kenapa Orang Islam Malaysia Menolak Hudud

Salam satu Mesia.

Alright, as promised, entri ni adalah rentetan atau kesinambungan dari entri gua yang earlier. Dalam entri kali ni, gua akan cuba ringkaskan dan gunakan bahasa yang mudah korang faham.

At the end of the day, gua harap masing-masing akan ada idea dan faham apa itu hudud dan pendapat korang mengenainya.

Sebab gua tau, korang rakyat Mesia (including me) semua tak berapa rajin nak baca benda yang berjela-jela, gua akan ringkaskan ikut format SnS (Short & Simple). Okay? 

Bagus. Korang memang power.
Kalau kamu sebenarnya HUDUD itu baik untuk kamu, tentu sudah lama kamu mahukannya dilaksanakan,

Hukum Hudud : Definisi

Dari segi terminologi, ia berasal dari perkataan HAD iaitu sekatan, limit, restriction.

Dari segi bahasa, ia bermaksud:

"Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sabda Nabi Muhammad s.a.w,  sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud."

Jadi kepada macai-macai yang mana dengan jahilnya mengatakan hukum hudud itu ciptaan manusia semata adalah salah sama sekali kerana ia memang termaktub dlam kitab suci tersebut.


Hukum Hudud dalam Syariah (Undang-Undang Islam)


Sebelum kita pi lagi jauh, izinkan gua jadi lecturer subject Syariah Islam korang kejak. Bagi basic knowledge.

Perundangan Islam (Syariat Islam) terbahagi kepada 4 sayap – Ibadat (ritual), Muamalat (ekonomi/ perbankan) , Munakahat (perkahwinan / Keluarga ) dan Jinayat (jenayah, kesalahan, hukuman) . Dalam sayap Jinayat pula, ia terbahagi kepada 3: Qisas, Ta’zir dan Hudud.

Hukum Qisas adalah hukuman / balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Contohnya, jika seseorang membunuh, maka hukuman bunuh juga akan dikenakan padanya. Walaupun begitu, sehingga hari ini, masih terdapat perbezaan pendapat ulama tentang hukum ini, samada ia adalah sebahagian dari hukum hudud atau tidak.

Hukum Ta’zir pula adalah hukuman yang ditetapkan atas budi bicara dan penelitian para pemimpin di sebuah negara, atas kesalahan yang tidak ditetapkan dalam hukum hudud, contohnya Akta Pekerja, Akta Pemeliharaan Hutan, Akta Alam Sekitar dan Akta Cetak Rompak. Ada faham? Bagus.

Hukum hudud pula adalah tetap – tak boleh diubah, dinafikan dan diabaikan kerana ia adalah peraturan dan hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan termaktub dalam al-Quran. Memang amat menghairankan mengapa terdapat ramai umat Islam, yang mana memegang perinsip rukun Iman, dan mengatakan mereka percaya kepada kitab (al-Quran), dan percaya kepada Nabi, namun menolak hukum ini. Malah , ada yang mengutuknya dan mendakwa hukum hudud itu kejam , tidak releven, tidak berperikemanusiaan dan ketinggalan zaman!


Jenayah-jenayah berdasarkan undang-undang sivil

Hukum-hukum yang termaktub dalam hukum hudud:

Terdapat 7 hukum yang tersenarai dalam hukum hudud.

5 darinya disebutkan dalam al-Quran:

  • ·         Zina (persetubuhan di luar nikah (perkahwinan)) –an-Nuur (ayat 2) – sebatan 100 kali (bagi yang belum berkahwin ), atau rejam batu (bagi yang sudah berkahwin) ,HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan


  • ·         Qazaf ( menuduh zina kepada perempuan yg baik (kurang empat saksi lelaki yang adil))—an- Nuur( ayat4) – sebatan 80 kali, HANYA JIKA CUKUP SYARAT & sabit kesalahan


  • ·         Mencuri – al –Maidah (ayat 38) – potong tangan, HANYA JIKA CUKUP SYARAT &  sabit kesalahan


  • ·         Hirabah ( Merompak ; 4 jenis rompak, hukuman berbeza kepada setiap jenis) – al- Maidah (ayat 33-34) – hukuman berbeza-beza mengikut jenis rompakan (mungkin juga hukuman dibatalkan jika si pelaku insaf sebelum tertangkap.


  • ·         Bughah (menderhaka kepada pemimpin yang adil)—al-Hujurat (ayat 9) –diperangi dengan cara tertentu , namun sebahagian ulamak tidak meletakkannya dalam hudud kerana masih terdapat perdebatan berkaitan hukum bughah ini.


2 darinya disebutkan melalui hadis (hadith / preach of ) Nabi Muhammad :

  • ·         Sharbul Khamar (meminum arak)—Hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib – 40 -80 sebatan, HANYA JIKA CUKUP SYARAT &  sabit kesalahan.


  • ·         Murtad ( keluar dari agama Islam) – hadith yang diriwayatkan oleh Abu Annas rha – hukum bunuh, setelah beberapa melalui beberapa syarat yang tetapkan.


Hangpa-hangpa (korang) nampak tak pattern dia?

Hukuman hudud itu, hanya dijatuhkan hanya bila individu-individu yang melakukan kesalahan tersebut benar-benar didapati bersalah mengikut panduan Islam, dan tidak semberono. Tidak semestinya seseorang pencuri yang mencuri itu dijatuhi hukuman potong tangan. Dan tidak sewenang-wenangnya orang yang berzina (mengapa masyarakat kita suka menggunakan istilah “seks bebas”, instead of "zina" ?) akan directly dikenakan hukuman rejam batu di khalayak ramai. Tidak!


Ini bukan retis ye adek-adek, ni seorang Ustazah... Harap maklum~

Sehinggakan pada zaman Rasulullah SAW sendiri, terdapat pendapat (Ustazah Marsyitah, if im not mistaken) yang mengatakan hanya satu sahaja kes zina yang berlaku pada masa tersebut dan dijatuhi hukum hudud. Kerana, untuk dijatuhi hukum hudud , pelbagai aspek perlu dinilai dengan amat teliti. Hal ini termasuklah mempunyai saksi-saksi yang cukup- 4 orang lelaki yang adil dan yang tidak melakukan dosa-dosa besar (tak meninggalkan bepuasa, tak meninggalkan solat, tidak menipu), harus melihat keadaan itu secara terang-terangan, serta beberapa syarat yang lain.

Antara contoh lain, pada zaman Saidina Umar (khallifah Islam ke-2) , musim kelaparan melanda. Dan berlaku kes-kes kecurian pada ketika itu kerana terlalu lapar, beliau tidak sewenang-wenangnya menjatuhi hukum potong tangan kepada pesalah. Tambahan pula, hukuman potong tangan hanya jatuh jika barang yang dicuri tersebut cukup nilainya dan atas sebab apa si pelaku mencuri, selain beberapa syarat-syarat ketat yang lain.

Ini bermakna, jika seseorang mencuri selipar Jepun korang kat masjid, tak bermaksud jika dia tertangkap, dia harus dibelasah dan dipotong tangannya tanpa perbicaraan yang sah, tanpa saksi yang sah dan tanpa bukti yang sah (cukup nilai )!!!

Faham takat ni?

Bagus. Korang memang terer.


Kenapa perlu berbelah-bahagi dalam isu hudud ini?

Mengapa sesetengah pihak menolak hudud (either orang Islam or bukan Islam)?

Alright. The best part of this entry.

Ade sesetegah reason yang gua berjaya korek and discover after some research done, mengapa certain-certain orang Islam menolak pelaksanaan hukum ini.

  • ·         Sebab tolak 1 -JAHIL ilmu agama


Orang-orang yang jahil (tidak berilmu) inilah yang banyak menentang hudud. Hal ini kerana mereka tidak tahu prinsip perlaksanaan hukum hudud. Mereka tidak tahu yang hudud tu hukum dari Tuhan (yang  Maha Mengetahui dan Maha Adil) dan bukannya dari manusia.

Sampaikan ada orang politik dengan selamba badaknya masa ceramah, cakap, “Tuan-tuan tahu tak, hukum hudud itu tak terdapat dalam al-Quran. Hukum itu adalah dari ahli-ahli feqah dan…” .

Maka, yang mana pendengar-pendengar ceramah beliau, yang juga jahil tukil, akan mendengar dan menyebar idealogi yang sama kepada orang-orang lain.

Hukum hudud tak disebut dalam al-Quran, kata Dato’? Adoyai..

Yang mereka tahu adalah hudud itu hukuman tak bertamadun dan kejam. Mereka sering dimomokkan oleh gambar-gambar dan cerita-cerita negative tentang perlaksanaan hukum ini, tanpa mereka memeriksa source of information yang mereka dapat.

Diburukkan pulak, pihak-pihak secular dari Barat, bahkan dari Malaysia sendiri yang kuat menyebarkan fahaman anti-hudud ini. Yang mana orang mengaku Islam yang sudah dibasuh kaw-kaw otaknya oleh geng-geng Yahudi , terang-terang depa akan pikiaq yang hudud ni -kejam, dan akan ada hukuman yang lebih baik dari hukum yang ditetapkan oleh Tuhan yang Maha Tahu.


Heh.. Hillarious Video..

“Tuhan perintahkan orang yang mencuri dipotong tangan, hang pi habaq dekat masyarakat yang orang yang mencuri ni kita patut bagi depa kerja. Yang terer curi tayaq, hang nak suroh depa kerja kedai tayaq. Yang terer rompak bank, hang nak suroh depa jaga bank? Lagu tu? "

 Ada logik ka? Hang ada akai dak? 

Kalau gua ada time ucapan tu, nak je gua tempik kat dia,

"HANG PIKIAQ HANG SAPA NAK BANGKANG DAN PERMAIN KATA-KATA TUHAN HANG?”

Facepalm. Double facepalm.

·         Sebab tolak 2 – Banyak melakukan kesalahan hukum hudud

Semestinya, orang-orang Islam yang lantang menafikan hukum ini adalah mereka yang bergelumang dengan hukuman dan kesalahan yang terdapat dalam hukum hudud ini. Contohnya, mereka orang Islam, namun gaya hidup mereka tidak melambangkan gaya hidup orang Islam.

Mereka mengaku Islam. Namun, mereka ke club atau pub. Mereka minum arak. Mereka bercemolot & berzina, mungkin dengan BF atau GF mereka. Mereka sudah terbiasa dengan dosa-dosa ini.

Hal ini samalah seperti korang tengah driving kereta. Tup-tup ada sekatan jalan raya oleh pihak polis dan JPJ. Tak perlu korang berasa risau kalau korang bukan seorang penjenayah yang dikehendaki, tak mabuk, bawak lesen memandu dan road tax kereta korang juga still valid. Tak perlu risau dan tak perlu menggelabah tetex. Tak perlu buat u-turn untuk escape. Tak perlu. 

Tak perlu takut sebab korang memang tak ada buat salah apa-apa!

 Logik,bukan ?


Even the Non-Muslim saying the same thing! Kalau tak buat salah, kenapa harus takut ? (please don't mind the political views) .

·         Sebab tolak 3 -- Perinsip “ketidak-adilan” dalam hukuman Islam

Sesetengah orang mengatakan hukum ini tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum seperti  Malaysia. Hal ini termasuklah golongan-golongan yang bukan beragama Islam yang tidak beriman dan percaya pada kitab Al-Quran dan Nabi.

Kata mereka, tak adil. Tak adil bagi mereka yang bukan Islam dikenakan hudud. Atau orang Islam dan orang bukan Islam dijatuhi hukuman yang berbeza walau kesalahan mereka sama.

Contoh mudah,  jika terjadinya kes zina, dimana pelakunya seorang beragama Islam dan seorang lagi bukan Islam. Bagaimanakah perlaksanaan hukum ini?


Komen gua, nak buat hudud, implement untuk semua. Habis cerita.


Mereka yang tidak beragama Islam dengan sewenang-wenangnya akan mengatakan:

“ Kami bukan beragama Islam. Mengapa kami harus patuh kepada undang-undang Islam?”

“Jika kami diadili dan dihukum dengan hukum Islam, adilkah ia bagi kami?”

Sebenarnya, ia bukan masalah besar. Jika mahu keadilan, hukum hudud harus jatuh kepada semua rakyat Malaysia, tak mengira agama.

Jika hudud dilaksanakan, sama ada mereka mahu atau tidak, mereka harus akur kerana mereka bernaung dibawah sebuah negara Islam. Dalam entri yang akan datang, gua akan perincikan tentang kesalahan hukum hudud untuk golongan non-muslim ni. InsyAllah.

Contoh mudah yang ingin gua beri adalah perlaksanaan AES. Memang kebanyakkan rakyat Malaysia menentang perlaksaan AES, tapi kalau ikut logic gua- kalau lu tak speeding, mana mungkin lu akan kena sambar sama kilat AES. Meaning to say, jika mereka tidak melakukan kesalahan yang termaktub dalam hukum hudud, kenapa mereka harus takut ?

·         Sebab tolak 4- Belum sesuai masanya

Sekarang terlalu ramai memberi komen bahawa "hudud belum sesuai". Jadi bila masa yang sesuainya?

Even ada someone , yang ada pangkat Ustaz buat statement dekat newspaper:

“Setelah manusia dapat makan dan hidup aman dengan baik dan sejahtera, hak semua orang dapat, tapi ada juga yang (orang) sengaja nak mencuri tanpa sebarang keperluan…masa tu kita (boleh) cakap pasal hudud,”

Link : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0425&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

Kejap. Gua tak ade niat pun nak memperkecilkan kata-kata dia. Cuma, gua tanya soalan tu skali lagi. BILA suasana kondusif yang ustaz tu sebutkan seperti diatas akan berlaku? Sape ley jawab BILA?


Penantian yang tak tahu bila ia akan bermula, apatah lagi akan dilaksana.


Tergelak kejak gua. Adoi..

·         Sebab tolak 5- Ekonomi negara kan terjejas. Rakyat hilang pekerjaan.


Seorang ahli politik yang non-Muslim, yang pernah turun takhta parti disebabkan hal yang sangat kontroversi, pernah mengatakan:

"Pagi ini saya menerima SMS, saya cuma telefon orang yang menghantar SMS itu tetapi tidak menjawab panggilan... katanya 1.2 juta akan hilang kerja jika wujud tafsiran dan pelaksanaan ketat hukum hudud di negara ini."
“SMS ini berkata MCA bercakap mengenai hudud, tetapi tidak bercakap mengenai peluang pekerjaan disebabkan penguatkuasaan ketat hukum hudud di negara ini... angka yang diberikan mencecah 1.2 juta," 
Again. Biar gua eksplain. Berdasarkan statistik pada tahun 2007, dari anggaran 25 juta orang rakyat Malaysia,10.9 juta orang dari pada itu adalah tenaga kerja dalam semua sektor. Dari jumlah itu, pekerja asing yang berdaftar adalah sebanyak 2.0 juta . 
Soalan gua,  setakat hari ini, yang 1.2 juta orang yang terlibat itu, adakah ia tergolong dalam golongan orang-orang Islam?
Memandu van arak? Bekerja di kilang arak? Menjual arak? Bekerja di pusat judi? Malah, adakah mereka juga menyara hidup dengan bekerja di bar, pub mahupun kelab malam?
Adakah korang rela jika satu hari nanti, ada anggota keluarga korang menyara hidup derang dan keluarga derang dengan hasil-hasil yang haram ini?
Tepuk dada korang, dan tanya!
Memetik kata seseorang yang gua respect:
"Hudud tidak menjejaskan FDI negara kerana apa saja bentuk sistem perundangan di mana-mana Negara, sekiranya undang-undang yang dilaksanakan itu memelihara hak, mencegah penganiayaan dan menghindar jenayah, maka pelabur akan lebih yakin justeru negara tersebut terhindar dari korupsi dan penindasan. [Hudud merupakan suatu undang-undang pencegahan dan mendidik.]
Hudud juga adalah undang - undang yang sangat berpotensi mencegah jenayah dan mungkar. Malah ia menyelamatkan masyarakat dari terjebak dalah pengaruh jenayah dan budaya mungkar yang merosakkan tamadun atau peradaban manusia itu sendiri. Dalam erti kata lain, hudud mampu melahirkan negara yang aman, masyarakat yang sejahtera dan keluarga yang bahagia kerana mereka bebas dari ancaman jenayah, mungkar dan maksiat. Bahkan non muslim turut menikmati suasana ini.
Bayangkan apabila tiada lagi mabuk - mabuk, kesempitan wang akibat kalah judi dan jenayah seksual, maka rakyat akan selamat dan terasa aman serta bahagia. Justeru sebahagian besar jenayah yang berlaku hari ini adalah akibat mabuk, kalah judi dan kegagalan mengawal syahwat. Dari sinilah berlakunya rompak, samun, culik, rogol, bunuh dan sebagainya."


Konklusi:

Bagi gua personally, gua tak rasa yang hudud tu tak releven dan tak praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia. Honestly, undang-undang hudud boleh dilaksanakan, Cuma untuk melaksanakan nya di negara berbilang kaum di Malaysia ini, undang-undang tersebut perlu dikaji dengan teliti akan perlaksanaannya.

Sebagai contoh, undang –undang hudud ini boleh diperkenalkan secara berperingkat-peringkat, tanpa pemansuhan undang-undang sivil sedia ada, secara terus. Ianya mungkin perlu mengambil tempoh peralihan yang lama, namun setidak-tidaknya usaha ke arah perlaksaan hukum itu telah dimulakan.

Pada pandangan gua, platform itu sudah tersedia. Hal ini kerana , perundangan yang ada di mahkamah Malaysia adalah perundangan yang hybrid (sivil + syariah). Jadi,proses untuk memperkenalkan hukum hudud ke dalam system perundangan Malaysia seharusnya sudah boleh dimulakan.

Tentang soal cara perlaksaan, either non-Muslim harus dihukum oleh hukum hudud or not, gua akan slow-slow bagi pendapat gua dalam next entri. Tak nak entri ni sarat sangat, ok?

Anyway, if ada sebarang persoalan , pendapat, pandangan or ada fakta yang gua keutarakan tak betul, mohon korang komen dekat bawah. Ada masa free , gua akan reply. Thanks.





Gua kena gi out station besok. So, gua kena tido awal sket malam ni. Okay?

Luahkan perasaan mu !

This is Mejah.


1 comment:

  1. Allah , baru tahu Dr Mashitah dah jadi macam ni sekali , bertabarruj di hadapan bukan muhrim , dulu sgt2 sanjungi beliau , kata-kata beliau , peribadi beliau , yaAllah , semoga kita semua berubah menjadi lebih baik ya, bukan lebih ke arah keburukan .. :'(

    ReplyDelete