There was an error in this gadget

Friday, 21 November 2014

Kebahagiaan ATAU Duit ?

“Awak. Ada duit tak menjaminkan kebahagiaan.Kebahagiaan adalah saat-saat bersama orang yang kita sayang.”

Cinta dan kebahagiaan itu lebih penting dari duit -Sang Mantan


Somebody pernah bagitau gua yang duit tak menjanjikan kebahagiaan dalam hidup. Dia juga percaya yang dalam hidup ini, jodoh kita telah ditetapkan oleh Tuhan. Tak kira apa yang berlaku, jika jodoh itu tiada, maka tiadalah. Dan jika jodoh itu ada, ia takkan kemana.

Orang yang percaya pada dua benda ni adalah tak lain tak bukan, ex gua yang sorang tu.

Jujurnya, entri kali ini bukan lah untuk menyelar dia atau gua nak cakap yang benda yang dia percaya tu salah,cuma gua nak cakap betapa dangkalnya pemikiran yang sedemikian. Dan gua mengarang entri ini juga bukan disebabkan oleh dia seorang, tapi berkaitan dengan beberapa kes yang berlaku di  sekeliling gua.

Gua tak tahu macam mana orang perempuan berfikir. Mungkin, perempuan-perempuan yang gua jumpa dan bermasalah adalah dari golongan yang tak berapa matang, atau yang sedang terkial-kial memahami erti kehidupan. Tak banyak penglaman. Terlalu percaya pada fantasi. Atau mereka berpura-pura untuk tidak memahami reality kehidupan.

Princess Diana. Ironiknya, beliau berkahwin dengan seorang putera raja. Malah, setelah "lari" dari putera raja tersebut kerana "tidak bahagia", beliau menjalinkan hubungan dengan seorang lagi ahli perniagaan yang kaya raya. Money cant buy happiness, eh? 


To start of, gua kasi contoh terdekat dengan gua. Ex gua yang sorang tu. Menurut dia, duit tak menjanjikan kebahagiaan. Gua terasa ralat sangat bila dia cakap macam tu. Mungkin bagi dia, walaupun dia boleh memilih pasangan hidup yang berada, namun jika suaminya sibuk bekerja, dia takkan merasa bahagia dalam rumah tangga.

Bagi dia, segala kemewahan hidup itu tak dapat digantikan dengan belaian sang suami yang berada di sisinya saban hari. Malah, terpaksa dibayar dengan kesunyian hidup tanpa insan yang dia sayang. Bagi dia, apa guna ada rumah besar, kereta besar, berduit, tetapi tidak bahagia.

Mungkin dia lupa, yang sang suami sebenarnya bekerja membanting tulang untuk dia. Siang malam sibuk meninggalkann dia semata-mata ingin mencari duit memberikan keselesaan untuk dia. Dan tak semua yang mampu memberi keselesaan kepada isteri dan tidak perlu bekerja keras. Hakikat yang perlu dia sedar adalah tak semua lelaki di dunia ini yang mampu membeir dia keselesaan dan bekerja seperti waktu pejabat, cuti di hujung minggu, tidak stress apabila pulang ke rumah dan mampu memeluk erat dia semasa dia tidur di waktu malam. Tidak. Tak semua suami seperti itu.

Bukan semua lelaki dilahirkan bijak untuk menjadi pegawai tinggi kerajaan. Tidak semua lelaki mampu memegang jawatan dalam parti politik dan melobi projek-projek kerajaan. Tidak semua lelaki anak ahli peniagaan terkenal dan bakal mewarisi peniagaan. Tidak semua lelaki dilahirkan kacak dan mampu menjadi pelakon atau model yang dibayar mahal. Tak semua lelaki bernasib baik seperti itu.

Ni gambar orang bergaduh, bukan gambar orang nak mengawan. Harap maklum.

Jika dia merasakan duit tu tak penting, cuba teka berapa ramai pasangan suami isteri yang bercerai sebab duit? Gua malas nak cari info dan statistic dalam bab ni. Namun dari cakap-cakap kawan gua yang kerja di law firm, banyak pasangan yang bercerai sebab suami tak mampu bagi nafkah pada isteri dan anak-anak. Padahal, bila ditanya balik, mereka sebenarnya telah lama bercinta, ada yang bercinta sejak dari bangku sekolah lagi-suka sama suka, saling bahagia, namun akhirnya bercerai.

Satu je pesan gua pada anak-anak dara kat luar sana, pesan yang nenek gua pesan pada umi gua dan anak-anak perempuan dia,

“ Along kalau nak cari suami, cari suami yang ade kerja yang baik, yang boleh tanggung makan minum kau dan anak-anak kau. Tu yang penting. Cari yang ada agama. Kalau tak cinta pada orang tu tak apa. Lepas kawin, pelan-pelan (perlahan-lahan) cinta dan bahagia tu datang..

Tak. Dia tak pesan suruh cari mamat yang kaya untuk dijadikan laki. Yang penting, calon suami tu berduit dan berkemampuan. Ada yang rela kahwin dengan suami yang kurang mampu, sanggup hidup di rumah sempit, makan biasa-biasa saja, asalkan mereka rasa mereka “bahagia”.

Ya. Kebahagiaan itu subjektif. Kebahagiaan bagi setiap orang itu berbeda-beda. Cuma, kalau hidup tidak selesa, adakah itu dinamakan “kebahagiaan palsu”?  Adakah mereka akan bangun di katil kecik di bilik sempit mereka setiap pagi dan menipu diri mereka sendiri dengan mengatakan mereka sebenarnya “bahagia”?

Lebih-lebih lagi,masa bercinta dan baru kawin memang tak nampak. Nanti bila dah lama kawin, dah mula ada anak, anak dah mula bersekolah baru tahu langit tu tinggi rendah. Masa tu baru tahu “kebahagiaan”  tu sebenarnya pakai duit. Masa tu baru nak menggelabah.

Bila duit jadi problem, mulalah berlaku perbalahan antara laki bini. If berlaku gaduh besar, adakah “kebahagiaan” yang derang claim tu benar-benar “kebahagiaan” sejati atau sekadar sementara sahaja. Silap-silap haribulan, berlaku cerai berai. Anak-anak terabai. Keluarga bersurai. Tiada lagi permai.

Nah ambik. On your face.

Akhir kata, duit tu penting. Secara rasionalnya gua cakap, bahagia tu boleh dicipta dengan duit. Dan bahagia semata takkan kemana tanpa duit. Ingatlah, “menangis didalam kereta BMW tu jauh lebih sedap dari menangis diatas sebuah basikal.”



This is Mejah. Out.

No comments:

Post a Comment