Wednesday 9 December 2015

Damia Arissa : Salah Faham Tentang Cinta

“INI TIDAK ADIL !!”

Ini gambar Cik Yuyu. Digunakan tanpa izin. Sekadar gambar hiasan, harap maklum.


Tempik hati kecil Damia Arissa.

“Kenapa kau harus memilih Syuhada dari aku?”

“Kenapa dia?”

“Kenapa HARUS dia?”

Dirasakan dirinya mahu mengamuk. Melepaskan nafsu amarahnya kepada Razman, melepaskan raksasa Gorgon yang diperam dalam dirinya sekian lama kerana mahu dilabel sebagai budak baik oleh orang-orang disekelilingnya.

Ikutkan hati, mahu saja dia selerakkan meja soleknya yang dipenuhi barangan mekap mahal dan perfume dari luar negara itu untuk melepaskan rasa geramnya. Mahu saja dia memberontak dengan membaling bantal-bantal dan jujukan anak patung diatas tilam empuknya kepenjuru bilik. Mahu saja dia menyelerakkan anak-anak patung Barbie koleksinya yang tersusun kemas di atas almari hiasan biliknya itu.

Kalau mengikut logik akal singkatnya, sudah tentu dia mengambil kunci kereta Mercedez ayahnya, memandu dengan laju dan merempuh pagar rumah Razman- masuk ke dalam rumah saja dia mensabotaj lelaki itu bak Kelly Clarkson seperti klip Since You’ve Been Gone.

Namun tidak, rasa marah dan tak puas hatinya yang meluap-luap itu dipendamkan saja dalam dirinya dengan menghela satu nafas panjang.

Damia sedar yang dia bukanlah sementah dulu. Menjadi anak perempuan tunggal kepada Tan Sri Rasyid dan Puan Seri Zhara bukan lesen untuknya untuk menjadi anak manja yang mana hanya tahu mengamuk apabila tak mendapat apa yang dikehendakinya. Dia kini cukup dewasa untuk tidak berpeel  demikian.

Dia juga tidak terlalu naif untuk meneguk alkohol atau menelan pil khayal untuk melupakan bencana yang dirasakan seperti "kiamat kecil" yang melanda dirinya.

Iman dia masih ada. Akal dia masih tajam dan waras untuk tidak berbuat demikian.

Damia juga sedar yang walaupun dia dari golongan yang berada, wang ringgit dan status yang dimiliki olehnya itu tidak mampu membeli kasih sayang dari Razman, lelaki yang dia minati bagai nak rak itu.

Damia menghempas tubuhnya yang genit itu keatas katil. Persalinan tidur sutera yang membaluti dirinya itu tak bisa menyelesakan hatinya yang berkecamuk itu. Lantas, lengan kanannya diletakkan di atas dahinya yang mulus itu, ibarat orang baru kalah judi. Mengenangkan kisah cintanya yang kian malap.

“Razman, kenapa kau harus berikan aku harapan, sedangkan sejak awal lagi hati kau sudah memilih Syuhada?”, soal  Damia, memulakan sessi monolong dalaman dengan dirinya sendiri.

“ Aku cantik. Aku ada kerjaya. Aku ada harta. Aku dari keturunan baik-baik. Apa kau buta?”

“ Kenapa kau harus pilih Syuhada? Kenapa?”

“Memang dasar jantan @#$&^!”

Maki Damia pada Razman, “jantan” yang dia mula minati saat pertama kali bertentang mata sewaktu lelaki itu datang menemuduga di kompeni bapaknya. Namun rasa cinta ibarat ombak tsunami yang bergelora dan bergolak dihatinya itu hilang serta merta tatkala dia terbaca status Facebook milik Razman petang tadi. Status yang mana mengesahkan desas desus bahawa Razman sudah selamat menjadi tunang Syuhada.

Hatinya ibarat kaca terhempas ke batu tatkala mata bundar Dyana membaca skrin telefon bimbitnya. Berkecai. Berkali-kali juga dia membaca ayat yang tertera. Sepatah demi sepatah. Aksara demi aksara. Takut-takut dia salah faham atau tersalah baca. 

Tidak. Dia tak salah baca.

Damia marah. Bukan kerana Syuhada merampas Razman dari dia. Bukan kerana Razman pernah berjanji untuk hidup sehidup semati dengannya. Bukan.
Damia merasa marah kerana dia merasakan Razman pernah memberi harapan untuk menjalin rasa cinta kepadanya. Mengukir kebahagiaan bersama. 

HA-RA-PAN. Itu soalnya.

Jika benar Razman tidak mahu berkasihan dengan dia, kenapa harus Razman member harapan palsu kepadanya ?

Satu persatu memorinya bersama Razman mula berputar di benak Damia.

Razman kerap menemaninya bershopping.

Razman pernah berkongsi payung dengannya ketika hujan lebat.

Razman sering mengutus surat sewaktu dia berada  di luar negara.

Razman pernah keluar menonton wayang lewat malam dan menghantarnya ke rumah.

Razman pernah memasak masakan Itali kegemarannya semasa dia di hospital hanya kerana dia memberitahu Razman yang dia mengidam.

Razman pernah bersejuk dan rela memberi Damia sweaternya sewaktu mereka berada di luar negara setelah luggage Damia hilang di airport. Bau harum sweater Razman masih tersemat kemas dalam minda Damia, walaupun peristiwa itu sudah hampir dua tahun berlalu.

Malah “jantan celaka” bernama Razman itu sudah beberapa kali juga datang ke rumah dan bertemu dengan orang tuanya!

Masakan petanda-petanda tersebut bukanlah tanda yang Razman juga menyukainya?

Rasa marahnya yang membara tadi perlahan-lahan mula hilang. Rasa panas dalam hatinya tadi mula berubah. Hatinya kini berasa sebak. Tanpa disangka, air matanya mengalir. Dia berasa kasihan pada dirinya sendiri. 

Damia mencapai telefon bimbitnya yang sudah retak cerminnya –retak dek dia membaling telefon bimbitnya ke dinding selepas membaca status Razman.

Diketipnya nama “Mejah”. Ditaipnya satu soalan kepada “Mejah”, sambil tangan kirinya mengesat air mata.

“ Why he gave me hope, when he doesn’t want me at the first place?”

Seketika kemudian, mesejnya dibalas.

“You want the truth, even it will hurt you?”

Damia membalas ringkas.

“Yes..”

“Mejah” membalas lagi mesejnya.

“ Actually, he wasn’t giving you so called “HOPE”. He just being a gentleman to a girl."

"Apa? Gentlemen? Mana pernah lelaki lain melayan aku sebaik itu! Mustahil!" bentak Damia, tidak percaya pada respons "Mejah".

Kemudian "Mejah" menyambung mesejnya.

"And you, Cik Damia..”

“..you actually SYOK SENDIRI”.

Damia tersentak membaca jawapan "Mejah". Dunianya dirasakan berhenti berputar seketika. Kusut yang merasuk mindanya sebentar tadi tiba-tiba hilang. Jawapan yang diberikan "Mejah" kasar, keras tetapi tepat. Segala persoalan dalam benaknya kini terjawab. Seluruh tubuhnya kini dirasakan lemah.

Tatkala dia hampir tenggelam dalam lamunannya sendiri, telefonnya bergetar. Tertera nama "Mejah" di caller ID. Damia meneguk air liur dan menarik nafasnya dalam-dalam sebelum dia meyorong jarinya ke arah ikon hijau di skrin telefonnya.

"Arissa, you okay tak? I heard about Razman, and I'm sorry..", kedengaran suara Mejah dihujung talian.

"I'm.. okay. I think. Yeah.. I'm fine. I guess.." balas Damia. Dengan suara tersekat-sekat.

"Jangan bunuh diri pulak.. Kalau nak commit sucide, sebelum bunuh diri tu, tulis wasiat siap-siap. Harta kau semua bagi kat aku.." canda Mejah di talian, mesra.

"Ah kau.. You know I'm not as karut as your ex, right? Haha.." kata Damia,sambil gelak kecil setelah diusik Mejah.

"Yeah, I know. Haha.. You free right now? Lets go out, makan and watch some movie?" soal Mejah.

"Maybe by going out, had some fun, makan and all, you gonna feel better? Kan?" sambung Mejah sebelum Damia memberikan jawapan.

" Only if you promise to go for karaoke after the movie..", respons Damia.

" Okay. Set.." kata Mejah, sambil tersenyum.

Ah, apa guna jadi lelaki kalau tak mampu gembirakan wanita cantik saat mereka berduka, bukan?

Heh.

No comments:

Post a Comment