Wednesday 23 December 2015

TotallyMejah: Kisah Awek Cun Dalam LRT (Sebuah Hipotesis)

Untuk rekod, aku memang selalu naik kenderaan awam. Lagi-lagi jika aku ke KL. Bukan sebab tak mampu berkereta sendiri atau malu naik kapcai, cuma aku memang blurr kalau diberi peluang bawak kereta di KL. Jalan bersimpang siur, terlepas exit, nah tambah lagi 20km kau kena pusing balik or guna jalan jauh.

Lagi satu sebab, kesedaran sivik di jalan raya warga KL ni tak ramai yang setinggi atau lebih tinggi dari aku.

Masuk simpang tak bagi signal, buang sampai ikut tingkap, potong que macam dia sorang je yang bayar cukai jalan, tak beri laluan pada VVIP (eh?) dan tak hormati pengguna jalan raya yang lain. Lu nak potong que, gua bagi jalan, angkat la tangan sikit. Tanda terima kasih. Bukan kena bayar pun.

Silap-silap hari bulan, kalau kereta aku bercium mulut dengan kereta depa sebab salah depa sendiri, aku juga yang kena hentak dengan steering lock. Lagi-lagi kalau orang tu bawak kereta Peranchis cap burung dan bekerja sebagai perunding majlis perkahwinan. Kah.

Kalau ikut rasa hati, mahu saja aku naik teksi. Tapi, aku sengaja tak nak. Naik teksi di KL ni leceh banyak kalau bukan naik teksi kupon. Hakikatnya, hukum kalau naik teksi di KL ni “pemandunya sentiasa benar”. Tak kiralah sama ada kau nego dengan dia tambang teksi ataunak pakai meter, harga yang dia letak tu takkan jadi lebih rendah, malah kadang-kadang lagi tinggi dek depa dah ubai suai meter.

Lagi mengarut kalau kau masuk je dalam teksi tu, si pemandu tu start bukak topik politik. Kalau sessi ceramah politik tu disertakan dengan secawan dua kopi, okeylah juga. Ini habuk pun tarak. Ibarat irama dan lagu, mana boleh pisahkan cerita politik, kutuk kerajaan tanpa pembasahan anak tekak dengan kopi, mas! Hilang seri! Itu fasal lah orang politik ni tak boleh survive kalau tak ada kedai kopi atau coffee house.

Grabcar? MyTeksi? Uber? Entahlah. Aku bukan IT savvy kinda guy. Tak reti benda-benda alah tu. Ah, WhatsApp aku pun jarang aku jeling sejak mula hidup bersendirian ni. Kadang-kadang orang terpaksa call aku supaya aku check WhatsApp. Fikir-fikir balik, ada baiknya aku pakai telefon cikai yang berharga RM30 dekat Pasar Karat Chowkit. Bateri pun tahan lama.

Jujurnya, aku suka naik LRT. Biarlah harga tambang akan naik tahun depan pun. Bukan sebab banyak memori keluar berdating dengan ex aku dengan naik LRT, tapi banyak benda yang aku belajar. Tentang ragam orang, tentang himpit-himpitan, tentang senggol-senggolan, tentang yang cukup sifat tapi pura-pura buta dan rabun duduk di seat OKU dan sebagainya.



Tapi itu semua bukan perkara pokok yang aku nak highlight kali ni. Perkara yang aku rasa seronok nak sentuh adalah kenapa pemandangan (dan bau) dalam koc LRT tu berbeza benar waktu orang nak pergi kerja dan waktu balik dari kerja. Yang pasti, dalam perjalanan pergi, bertaburan wajah-wajah yang manis, comey, cun dan lawa. Bagaimanapun, semasa balik, keadaannya lain benar. Nak cari yang sedap mata memandang tu memang payah. Yang ada pun, sayup-sayup dalam seorang dua. Yang banyak adalah yang rupa mak budak. Mana pergi semua yang lawa-lawa pagi tadi? Berkemah di tempat kerja kah?

Kawan aku mempunyai pendapat sendiri tentang hal ini. Katanya, “Masa pergi kerja lain bro, masing-masing masih segar bugar, baru lepas pasang badan, jadi naiklah serinya. Waktu balik, tubuh dah hilang letih. Tak ada mood. Maybe kena marah dengan boss lagi. Kau tahulah, orang perempuan ni, bila tak ada mood, ibu ayam pun tak berani nak tengok..”

Itu aku faham. Budak yang tak mumayyiz pun tahu perkara tu. Yang aku tak faham, mana perginya yang lawa-lawa, cun meleleh-leleh yang aku tengok pagi tadi? Mana?

“Itu bab lain. Yang cun-cun, lawa-lawa, mantop-mantop ni lain. Saham depa tinggi. Depa berpeluang dapat boyfriend yang berkemampuan. So, bila habis waktu bekerja, masing-masing boyfriend datang jemput..”

Habis tu, time pagi, time pergi kerja, kenapa depa tak berhantar pula?

“Waktu pagi selalunya singkat. Lecehlah kalau si boyfriend tu nak jemput aweknya, hantar pergi kerja dan bergegas masuk ofis depa pulak. Waktu habis kerja lain, lepas jemput boleh singgah mana-mana dulu. Makan burger bakar abang Burn ke, singgah Baskin Robbin ke.. boleh rehat-rehat.. boleh ringan-ringan..”

Owh pulak. Okay.

“Ada lagi satu sebab…” tambah dia.

“Most of the case, time awek tu pergi kerja, dia dibiarkan pergi kerja sendiri sebab si boyfriendnya aku tugasan lain..”

Tugasan apa pulak?

“Hantar bini dia. Hantar anak dia pergi sekolah. Aku pun buat macam tu jugak, Mejah. Masa aku pergi kerja, aku hantar bini aku. Masa aku balik, aku jemput awek. Bergilir-gilir la. Bini aku balik sendiri..”


Aku terdiam. Dan kini, faham lah aku kenapa banyak isteri orang yang cantik-cantik dibiarkan balik sendirian.

Yelah, takkan korang nak tengok aku angkut bini orang yang lawa-lawa hantar depa balik rumah pulak!

This is Mejah. Out.

No comments:

Post a Comment